Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Isu MPKB vs non muslim

Oleh : AdukaTaruna Ini adalah rentetan yang berlaku dalam N3 sebelum ini. Penguasa salon terbabit telah menjemput gua untuk menyiasat sendiri. Siasatan awal mendapati, peraturan MPKB untuk kedai gunting rambut jelas tidak menganiaya bukan Islam. Syarat no 10 menyatakan, pekerja wanita dilarang menggunting rambut lelaki, atau sebaliknya, SEKIRANYA salah seorang atau kedua-duanya muslim dan bukan muhrim. Ini bermakna, tidak menjadi kesalahan sekiranya wanita bukan muslim gunting rambut lelaki bukan muslim. Kekeckhan dunia non muslim Kelantan terjadi apabila penguatkuasa MPKB telah menyaman tokey salon kerana wanita bukan Islam gunting rambut lelaki bulan Islam. Dalam surat saman itu ditulis kesalahan wanita menggunting rambut lelaki. Ketika soal jawab dengan penguatkuasa, maka timbullah dakwaan peraturan seperti yang En Lau dakwa. Sebenarnya penguatkuasa MPKB tersebut yang melanggar undang-undang yang disediakan MPKB sendiri. Berkenaan dengan isu tiada lesen, memang pr

Projek Langgar TGNA

Oleh : AdukaTaruna [1] Selepas kes Langgar TGHA di Rusila dulu, gua dihubungi oleh beberapa media perdana. Gua enggan. Kerana tidak mahu isu itu dinilai oleh audien media perdana. Gua hanya mahu isu itu dinilai oleh audien internet. Selepas menolaknya, gua dihubungi oleh sekumpulan manusia. Merundingkan harga (cecah juta beb) jika gua buat Projek Langgar TGNA di Pulau Melaka. Mereka kasi gua senarai isu yang gua boleh pilih sendiri. Mereka kasi gua perlindungan politik. Mereka kasi gua peguam, polis dan media. Ketika itu gua hanya maklumkan kepada sahabat. Tidak dikongsi dalam blog. Kerana tidak mahu dilihat koya. Poyo. Berlebih2an dalam isu langgar TGHA. [2] Hari ini gua dihubungi (tag) oleh Lau Chit Fang. Mengenai isu salon rambut KB Mall. Isu ini sangat melukakan orang bukan Islam. Dan isu ini bukan isu agama atau bangsa. Tetapi isu hak seorang bukan Islam. Salon rambut A di KB Mall ini gagal mendapatkan lesen perniagaan. Tetapi beroperasi selama 2 tahun atas sistem bay

Bashar lebih jahat dari Mahathir

Perbualan dengan sahabat mengingatkan gua satu lagi perbualan yang lain. Gua ditanya mengenai sebahagian pendapat mengatakan Bashar adalah benar. Gua katakan Bashar lebih jahat dari Mahathir. Member gua seakan melenting. Pertama gua katakan Bashar lebih jahat. Kedua gua katakan Mahathir lebih baik. Gua percaya kalau Mahathir itu adalah Bashar, sebelum rakyatnya memberontak sehingga angkat senjata. Sehingga mengundang peluang kuasa asing campur tangan; sudah pasti beliau akan melaksanakan peralihan kuasa. Walaupun Bashar boleh melaksanakan peralihan kuasa ke bonekanya yg fresh, kenapa dia enggan? Perapa peratus pertumpahan sesama rakyat reda kalau Bashar letak jawatan? Berapa peratus peluang tangan asing tertutup kalau Bashar menyerahkan kuasanya walau secara boneka? Perkara ini telah pun dicadangkan oleh Erdogan Turki. Tetapi di sinilah manusia IQ bangang tak nampak logik Bashar adalah penjahat yang gila kuasa. Memang kita tidak tahu perkara sebenar. Muhammad saw pun melalui tak

Dating pada 17/11/12 ni

Ini adalah maruah dan sistem.

Ingatlah wahai anak. Hasil bumi itu perlu melalui kerajaan negeri yang dipilih rakyat. Supaya kerajaan yang uruskan duit hasil bumi itu terpaksa melalui perbahasan dewan. Dan terpaksa menerima penolakan rakyat apabila salah urus. Ianya seperti air Selangor. Sudah diserah kepada pusat. Apabila air Selangor disalah urus, rakyat Selangor terpaksa lawan pusat. Peringkat Malaysia. Tiada peluang mengajar kerajaan peringkat negeri. Sahabat dan anak semua. Ini adalah berkenaan maruah dan sistem.

Video peribadi

Warna-warni Himpunan Tuntutan Rakyat. Seremban.

Antara yang menziarahi gua di gerai adalah Edyes, Saufi, Azizi. Geng SAMM. Selain itu Otai Manjung, Milo Suam, Akob Project, Abu Jementah, pendengar Radio Budu, rakan2 facebook, Presiden Persatuan Anak kelantan N9 dan pekerja2 Petronas. Abu Nawas tak datang gerai gua. Mengikut maklumat dalaman, beliau masih segan ekoran tewas bola api dengan team Kelantan di Janda Baik hari tu. Manjung Mari plak tak berani keluar kereta sebab hujan. Kaki dia ada besi. Ceh.. Kaki gua pun ada besi, bro... Antara baju cetak rompak yang ditemui. Hahaha. Meriah. Positifnya, cetak rompak membantu perkembangan hasutan perjuangan. Negatifnya, falsafah yang salah. Tiada bayaran royalti kepada NGO R. Hujan lebat baik punya turun sebelah petang. Disertai ribut. Owner The Yellow Boutique dan Benz Ali sedang kalut memastikan khemah tak terbang. Cuaca ni kalau kena dengan program UMNO kompom batal terus. Sebab audien mereka tiada nilai pejuang. Bersama team PAS Lenggeng yang menziarahi gua sebagai pengun