Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Cerita KB : Women driver yang bekeng.

Oleh : AdukaTaruna Member dari KL datang. Menginap di Sabrina Court. Sebelah Pizza Hut KB. Member kol gua ajak makan malam dengan family. Gua dengan bini gua park kete situ. Naik kete member. Settle makan malam, hantar gua. Gua pun menuju ke kereta gua. Sekali gua nampak satu perempuan terjerit2. Dikelilingi ramai lelaki. Ni kes samun ke rogol nih? Agak2 bukan kes bahaya, baru gua ajak isteri gua jadi pak sibuk. Belum apa2 gua dah tangkap gambar. Kah3.. tak sangka dulu gua selalu kutuk makcik astro kat kg gua. Skang gua plak. Sampai2 gua tanya sorang brother duk terlap2 cermin kereta. "Apa kes ni bey?" "Kunci kereta tinggal bey. Lamo doh. Takut budok daley lemah jah." Rupanya2 ada 2 budak dalam kereta. Cermin dah berkabus dari dalam. Seorang lelaki umur 7-8 tahun. Seorang perempuan umur 10-11 bulan. Budak lelaki tidur tak sedar diri. Budak perempuan menangis sampai takda suara. Suara ramai terjerit2 suruh budak lelaki bangun menyebabkan bayi tu semakin panik

Video polis yang zalim terhadap penyokong TRW

Video piket di DUN Kelantan

Ini adalah warna politik baru Kelantan beb. Kusam dan lemau akibat terlalu lama memerintah kepada lebih berwarna-warni.

Hasutan bergerak yang meletup.

Klik gambar untuk lebih jelas. RM20 sehelai. Kain jenis T Shirt. Hubungi gua untuk maklumat lanjut. AdukaTaruna (FB), adukataruna2008@gmail.com (email).

Program Qurban di Kemboja

Ingin kenal watak Jeming Hassan?

Cerita KB : Pasar Tani / Malam Taman Bendahara

Oleh : AdukaTaruna [1] Lama dah gua nak suarakan benda ni. Tapi sebab cadangnya nak tulis dalam kategori berat, bergambar dan sebagainya, menyebabkan gua mencari masa luang. Last2, tak jadi tulis secara itu. Balik dari Taman Bendahara tadi, gua terus tulis lah. [2] Gua tak tahu peranan siapa, sama ada Ahli Majlis atau Perancang Bandar, tapi di Kelantan, pemikir terhadap tajuk ini seolah2 mandul. Mungkin kerana Ahli Majlisnya adalah lantikan politik yang tidak boleh dicabar (selesa). Taman Bendahara yang menempatkan Pasaraya Pantai Timur, UMK, restoran segera ternama itu, terdapat tapak pasar malam / tani. Bermakna 2 jenis pasar dlm seminggu. [3] Keseluruhan kawasan Taman Bendahara itu tidak 'hidup' secara seimbang. Di bahagian depan di mana Pasaraya, UMK hidup. Tetapi di belakangnya mati. Yang menjadi peliknya, berpuluh2 tahun keadaan itu menjadi begitu, tidakkah Majlis Bandaraya memikirkan jalan penyelesaian? Itu salah satu sebab. [4] Gua berpendapat Pasar Mal

Apabila TGNA jadi mesin cuci dosa.

Oleh : AdukaTaruna Entah macamana, dek kerana kuatnya pengaruh TGNA dalam keagamaan, sedar tak sedar, TGNA dah jadi satu mesin cuci dosa manusia. 1. Ahli politik wanita yang tersebar gambar tidurnya dulu, walaupun bukan salahnya, jumpa TGNA bagi meredakan keadaan. Tersebarlah gambar wanita tersebut bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 2. Ahli politik wanita bukan Islam yang diserang isu masuk surau sampaikan bantuan. Pun jumpa TGNA. Tersebarlah gambar bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 3. Statement Anwar berkenaan Zionis, video seks, tuduhan liwat. Dikritik hebat. Jumpa TGNA gak. Cuma Anwar lebih hebat. Jumpa ulama dunia yang lain juga. Dosa yang tak dosa pun hapus. 4. Gua faham hakikat ini awal lagi. Sebab tu, walau gua ada gambar berdua dengan TGNA (TGNA tak tahu gua AdukaTaruna masa bergambar tu), gua tak publish pun. Simpanan keluarga jer. Kecuali gambar tahnik anak gua. Tu pun bukan majlis khas. Gua beratur bersama puluhan rakyat lain. Kalau gua publis

Video rahsia latihan The Red Warrior.

Blogger APA masuk PAS.

Blogger APA dulu UMNO. Tapi sekarang sudah isytihar tidak berpihak pada mana-mana parti. Dan ingin meletakkan dirinya kepada apa sahaja tajuk yang dia fikir betul. Mula2 sampai ke rumah Pak Syed (abah Uncle Seekers), gua tak perasan brother ni. Bila melintas depannya, dia berdehem. Skali toleh.. eh... APA pun ada siot. Tak pernah berjumpa pun sebelum ni, tapi boleh peluk2 ala2 ulama. Keh2.. Lepas makan tengah hari, ada sedikit space masa untuk berehat. Time berbual, Abu Nawas tiba2 angkat laptop komunis tinggi2. Gua ingat laptop tu guna tenaga solar ke apa untuk cahaya matahari yang lebih. Rupa2nya ambil gambar guna laptop. "Komunih tak bagi aku guna kamera. Aku guna laptop saja.." Banglo ni kalau nak sewa semalam RM2500. Ketinggian paling tinggi di Janda Baik. Kolam renang tepi gaung. Gua hadir ke sini atas objektif ambil kesempatan aktivis berkumpul untuk bentang satu kertas kerja. Tapi lu tengok aksi Jeming dan Abu Nawas. Kelakar giler time tu. Mereka kata