Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 23, 2012

Kota Bharu : Video burung singgah di Al-Quran.

Burung singgah tu hanya kebetulan dan sekadar tajuk N3. Pada Sabtu, 22 September 2012 lalu, satu Resolusi Bulatan Jam Besar Kota Bharu telah sepakat dicapai. Berkenaan Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 ini.

Ianya telah mendapat liputan Sinar Harian Edisi Kelantan selain dari media blog dan facebook. Video bacaan resolusi masih peringkat upload, gua laporkan sebahagian dulu di sini. Insyaallah.




Sep 21, 2012

Siapalah yang buat video nih.

Paling kelakar wartawan Ibrahim Ali tu. Hahaha..



Apa pun jangan lupa. Sabtu ini. 22/09/12.

Program : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.
Tarikh : Sabtu 22 September 2012
Tempat : Bulatan jam besar. Berhampiran mahkamah KB.
Masa : 2.30 petang.
Pakaian : Merah putih. Warna negeri Kelantan. Identiti politik dilarang.
Kemuncak : Bacaan resolusi bersama. Menyerahkan bendera Kelantan kepada wakil MP. Melepaskan merpati dan sidang media.

Sep 20, 2012

Bajet 2013 : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.


Salam semua anak Kelantan yang bermaruah. Sempena Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh PM pada 28 September ini, satu piket dan resolusi awam akan diadakan untuk menggesa kerajaan pusat menunaikan Rancangan Malaysia yang lepas terhadap Kelantan. Dan juga memasukkan Kelantan dalam bajet 2013. Kami bukan negeri asing.

Program : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.
Tarikh : Sabtu 22 September 2012
Tempat : Bulatan jam besar. Berhampiran mahkamah KB.
Masa : 2.30 petang.
Pakaian : Merah putih. Warna negeri Kelantan. Identiti politik dilarang.
Kemuncak : Bacaan resolusi bersama. Menyerahkan bendera Kelantan kepada wakil MP. Melepaskan merpati dan sidang media.


Gambar aktiviti hasutan R


Konvoi 50 buah kenderaan menjelajah Malaysia. Setup R di negeri2 singgahan.

R mendapat sokongan GLC Kelantan. Kecuali PKINK. Bukan tak sokong. Tapi belum beri sokongan lagi.

Di Himpunan Hijau, Machang.

Di atas bot sungai Melaka. Puak2 R ni turun dalam bot setiap 10 orang. Then ambil alih bot dengan speaker corner. Hasutan dilakukan ke atas pelancong dalam bot tu. Driver bot berbulu jer dengar point2 hasutan. Nasib baik dia tak wheely  bot tu kasi terbalik.

R ditubuhkan sehingga ke Sabah. Alhamdulillah.

Konvoi R. Set2 Klate ni boikot terus Petronas. 50 buah kereta round JB dengan bendera R. Blok habes traffic light. Masuk felda, masing2 diingatkan jaga akhlak dan maruah. Sebab bawa jenama Kelantan. Ada yg bawa bendera Kelantan. No plate pun Kelantan.

Sepanjang perjalanan, KB-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan- Kuala Lumpur; mahupun tempat singgah, terdapat golongan yang tahu mengenai R. Mereka beam lampu, hon, angkat tangan simbol R, minta sticker, etc.

Gua di JB. Tengah tu SB. Nasihat gua supaya tak provokasi di Johor. Apa ingat gua Uncle Seekers ke? Gua  la orang paling sayang Sultan Johor. Ambil gambar dulu, beres...

Setup plak R UTM Johor. Ambil gambar depan Pak Guard. Ramai sangat. Pak Guard hanya mampu koling2 jer la.

Allah takdirkan anak kedua gua sertai R sejak dalam perut.

Sep 11, 2012

Video PM bermain dengan kucing.








Pertandingan foto dasyat.


Pertandingan foto R paling 'DASYAT' & persembahan paling 'DASYAT.

1. Mesti tutup aurat dan tidak melanggar batasan syarak.

2. Upload gambar R DASYAT anda di http://www.facebook.com/groups/aktivisroyalti/

3. Pemenang ditentukan juri. Ada 3 pemenang jer. Takda dakwa-dakwi.

4. Pemenang akan diumumkan pada malam HARI MALAYSIA TUNTUT ROYALTI. Stadium Sultam Muhammad IV. 9 malam.

5. Hadiah misteri dan liputan media R akan menanti pemenang. Sapa2 malu nak naik pentas untuk terima hadiah, bleh bawak keluarga, kawan2. No prob. Perjuangan R takda kasta2, VIP2.

6. Persembahan terbaik hanya ada 1 pemenang sahaja. Hadiah misteri dan keputusan melalui juri.

7. Juri untuk pertandingan ini ialah Jeming Hassan Full, Topeng Perak Unmasked I, Asrol Affandi dan Ahmad Dhani. Pepandai la lu rasuah diorang.

So, jangan lupa. HARI MALAYSIA TUNTUT ROYALTI.

Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 9 malam - 12 pagi

Selamat Hari Malaysia. Kelantan bukan negeri asing!

Sep 10, 2012

Catatan : Ringan-ringan jer.

N3 ini tidak diiklankan di FB. Pasal N3 ni tak perlukan audien. Just catatan gua. Lu nak baca, baca. Tak nak baca sudah. Janji nasyid. Peduli apa gua..


[1]
Masa gua berniaga kecil2 dulu, beberapa kali juga tolak percintaan bila rasa2 gua masih belum boleh bagi anak-bini makan. Dari membazir masa, mainkan harapan orang, baik gua lepaskan. Biar dorg terseksa sebulan dari tak tahu sampai bila.

Last2, Allah jodohkan gua dengan isteri yang Allah tahu lebih bertepatan dengan gua. Dah ada anak 1 1/2 pun. Umur 10 tahun dan dalam perut 5 bulan. Kalau lahir nanti jarak tahun kelahiran 2 tahun (30.10.2011 dan Januari 2013). Alhamdulillah. Yeyeh!

Masa g klinik, bini gua kena 'marah' kat doktor. Sebab enggan ambil pil. Kan dah melekat. Gua ada teori dan dah diskus dengan isteri sebenarnya. Adik-beradik gua semua ada 'fasa'.

Fasa 1 : Along-Angah (gua) beza setahun.
Fasa 2 : Alang-Andak-Achik beza setahun dua. 6-7 tahun dengan gua.

Fasa 3 : Adik. Beza dengan Achik 5 tahun.

[2]
Gua perhatikan, adik2 fasa 1 dan 2, memang independent. Kebal dan 'degil'. Gua rumuskan fasa 1 dan 2 membesar dalam keadaan mereka ada partner untuk belajar bergaduh, bermesyuarat, merancang dan sebagainya.

Fasa 3 ni, adik gua yang bongsu. Tapi maybe rakan sebaya dia di sekitar rumah ramai, maka, dia pun mempunyai patner. Ada nabi membesar tanpa adik-beradik, ada nabi yang membesar dengan adik-beradik, tapi pembolehubahnya ialah patner dalam membesar itu sangat penting. Muhammad SAW patner dengan anak Halimatussaadiah.

Walaupun tidak ada keputusan terhadap teori gua, dan tiada pemerhatian kepada anak tunggal dalam satu2 keluarga yang lain, gua ambil keputusan untuk menyediakan kepelbagaian partner kepada setiap anak gua, selain partner rakan sebaya yang bersesuaian. Perancangan manusia lah ni. Amin.

So, doktor tu mana tau dalam kepala otak gua ni apa. Lu dengan ilmu lu, gua dengan ilmu sesat gua ni la. Insyallah, selepas, KMT 1 dan KMT 2, ibunya berehat pula menanti ke fasa 2. Wallahualam.

[3]
Masa diambang perkahwinan dulu, ketika kalut dengan persiapan dokumen dan niaga kecil2 gua, campur sedang bertempur dalam membentangkan KEPIMPINAN ISLAM, BUKAN KEPIMPINAN ULAMA di blog gua; Zainulfakar dan Ali Abu menghubungi gua. Katanya, Anwar Ibrahim nak jumpa.

Gua cakap, gua peniaga kecil pertamanya. Pembentang idea keduanya (blog just medium). Sedang kumpul duit nak kawin dengan seadanya yang mampu. Nak penuhi undangan perlu tutup at least 2 hari. So, gua minta ganti rugi RM500 (seingat gua) untuk berjumpa. Terus tak jumpa. Maybe Anwar anggap sogokan kot. Anwar memang tegas pasal rasuah. Itu fakta.

Perkahwinan gua, antara yang bantu gua di Kelantan ini ialah Pink Turtle dan Topeng. Masa tu gua tak kenal ramai. Gua belum tubek ke alam fizikal. Haji Joe plak masa tu UMNO (kah3). Gua ingat lagi, 2 hari lepas majlis bersanding, gua kerja mengecat di hotel milik kakak Pink Turtle untuk kos balik Seremban. Gua mana bagitau mak gua, yang gua takda duit. Gua lelaki ma..

Cuma kesian yang menambahkan sayang kepada isteri gua. Dalam keadaan terumbang-ambing baru kawin tu, peristiwa setan Johor plak berlaku. Pun tak bagitau mak gua. Bagitau member dulu. Kah3... maka episode menetap di Kelantan pun bermula.

[4]
Dengan sijil dan kemahiran yang ada, gua dapat Graphic Designer kat syarikat buat baju. Tapi, kerja jam 9-6. Sambung plak OT wajib 10-12 malam. Payahnya la nak join aktivis. Kalau begini, baik gua sambung belajar sampai tinggi2 dulu. Pastu kerja kerajaan. Pastu pencen. Pastu mati atas tilam ditemani anak2. Selesai objektif gua lahir ke dunia ni.

Last2 berhenti dan kerja Pak Guard. Baru bleh ejas masa. Barulah boleh berusrah Barbican, buat gerakan bawah carpet dan sebagainya. Kerja punya kerja dapat plak lesen senjata api. Naik pangkat dan dihantar ke Kuala Lumpur. Nak tolak pun tak bleh sebab kontrak jaga kawasan di Kelantan tamat. Dengan gaji + elaun RM2000. EX5 kompeni. Rumah kompeni bayar. Kerja sana yang stabil, dunia Pak Guard yang bleh ejas masa, gua boleh beraktivis dengan JATI ke PERKASA ke.

Tapi beberapa rakan Kelantan keberatan plak gua berhijrah. Nak ejas GLC Kelantan, gua bukan PAS. Lawan Presiden PAS lagi ada. Akhirnya terima tawaran sementara UTTV sebelum kerja part time dengan member (peniaga Kelantan) + bantuan dari kumpulan R.

[5]
Baru-baru ni, ada rakan ajak masuk PKR. Gua cakap, belum terfikir gua masuk jemaah2 politik ni. Tak ramai yang masuk jemaah politik ni untuk berjuang hak rakyat. Yang fikir nak ubah dasar negara kepada yang lebih baik.

Yang ramai ialah bagaimana menyusun orang-orang politik. Aku perlu bergambar dengan siapa hari ini. Aku perlu berkawan dengan siapa hari ini. Aku perlu iring dan sambut siapa hari ini. Apa yang perlu aku buat untuk memastikan aku disebut?

Biarlah... gua nak belajar duduk dalam jemaah dulu. Jemaah sekecil R. Kekuatan menahan diri untuk melawan di luar saluran tu kena kukuh dulu. Yerla.. bila dah masuk jemaah, tak bebas macam di luar jemaah. Kena professional dengan jemaah yang kita sendiri mahu sertai.

Cumanya, taklah sampai gua berfahaman "Kalau tak suka buat parti sendiri la. Kalau tak suka buat negara sendiri la. Bukan ahli tak layak kritik."

[6]
Masuk bab bola plak. Gua nak mohon yang sesat baca N3 ni doa sama-sama Kelantan ke Final Piala Malaysia. Mesti main kat Bukit Jalil. Sejarah R antaranya bermula di situ. Sekarang ni, boleh dikatakan setiap anak Kelantan tahu simbol R. Sokong dengan tidak sahaja yang bezanya.

Kalaulah berjaya lepasi kekangan politik yang wajib berlaku kali ni, semangat R akan melanda Stadium Bukit Jalil itu untuk dipancarkan ke televisyen yang sudah pasti tidak dapat mengelakkan dari masuk ke dalam rumah-rumah di Malaysia ini. Amin.

Wallahualam.

Sep 7, 2012

MAZA dan Hari Malaysia (Kelantan bukan negeri luar)

[1]
Bendanya dah lama. Basi dah pun. Tapi gua tulis juga lah. Sebab baru lepas berdialog dengan sahabat. Katanya MAZA hebat berhujah dengan Tun Faizal (UMNO).

Gua cakap, dalam pertembungan twitter MAZA-Faizal, yang menang ialah Faizal. MAZA bijak dalam kategori berilmu. Tapi dia tidak bijak dalam kategori psiko / strategi / EQ (emosi).

Tun Faizal sebenarnya sudah berjaya membuatkan MAZA memilih label untuk dirinya. Mengisytiharkan kepihakan. MAZA kata beliau lebih semangat menentang UMNO. Menentang label UMNO bermakna menentang secara total. Bukan menentang secara bertajuk.

Sebelum ini UMNO sukar dengan tokoh yang bebas. MAZA hadir himpunan UMNO. MAZA sokong apa yg baik dalam UMNO. Cumanya, jahay UMNO lebih banyak, membuatkan banyaklah tentangan MAZA terhadap kejahatan UMNO.

Sekarang sudah mudah. MAZA dah isytihar dan merasmikan dirinya. Inilah label aku.

[2]
Begitu juga MAZA dan Abby. Abby tu pompuan ma.. Ilmu MAZA tahu pompuan ni 9 pintu emosi, 1 pintu akal. Tapi MAZA cerdik dalam berilmu sahaja. MAZA menjawab Abby yang sedikit beremosi dengan emosi juga.

Pada gua sangat memalukan kalau kita lebih beremosi dari wanita yang beremosi. Memang akan kata, tak nampak ayat emosi pun dari MAZA. Tapi pada gua, dan hasil reaksi puas hati penyokong MAZA terhadap Abby, gua simpulkan MAZA membuat statement menyindir terhadap seorang wanita yang sedikit emosi.

Penarik Beca pernah sound gua. Keyboard ni macam steering kereta. Lelaki yang baik, berilmu dan penyabar akan menjadi emosi bila sahaja dia memegang steering kereta.

[3]
Ada orang email gua minta pandangan tentang masalah rumah tangga. Memang boleh nak bagi nasihat. Tapi pertama rasa takut. Kedua rasa malu. Takut sebab perkahwinan gua baru 3 tahun. Gua tak nak Allah uji gua akan kata2 nasihat gua tu. Berapa banyak pakar motivasi yang gagal dalam kehidupan rumah tangga, gagal dalam mendidik anak.

Kita nasihatkan orang pung pang pung pang. Skali buatnya Allah kata, meh kita test tengok... mampos. Tak sure lagi tu boleh ke tak boleh gua. Nauzubillah. Walau Allah janji ujian tu setara dengan tahap, tapi, gua kalau boleh takmo la ambil ujian.

Keduanya rasa malu. Baru2 ni, Haji Sobri, Pengerusi UTTV mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan beliau. Kali ke berapa? 38 tahun beb. Gua pun baru 31. Bermakna, 7 tahun gua belum wujud, dia dah kawin. Alhamdulillah kekal 38 tahun dah. Satu angka yang memuhasabahkan diri gua.

[4]
Jangan lupa. 15 September ini. kepada mereka yang berada di Kelantan. Mari bersama mencatatkan sejarah di bumi sendiri.

Program : Hari Malaysia. Kelantan bukan negeri luar!
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 9 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV

* Tertakluk kepada pindaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sep 6, 2012

Bimbang TGNA akur dengan Anwar.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
TGHA muka keras. Tapi pendirian lembut. Contoh dalam kes UG. Kejap tutup kejap buka. TGNA muka lembut. Tapi pendirian keras. "Saya adalah nakhoda" adalah ayat tertinggi kekerasan pendirian yang pernah dipamerkan TGNA sepanjang gua hidup.

Dalam 100 tajuk mengenai Anwar pula, 90 gua diam tanda kagum dengan beliau ni. 10 lagi gua lawan sebagai fitrah tidak setuju dalam diri gua. Antara yang paling gua kagum ialah, ketika dia remaja, di zaman Malaysia gelap, satu zaman yang apa sahaja UMNO buat dianggap betul, termasuk membunuh sebuah perkampungan, Anwar tidak takut untuk melawan sehingga di ISA.

Cumanya, lepas tu dia masuk UMNO. Ntah apa2 ntah... spoil paling besar dalam sejarah dirinya. Gua pun boleh buat. Buat satu projek yang membuatkan tumpuan UMNO kepada gua, lepas tu, gua masuk UMNO. Kompom mempunyai kekuatan untuk naik dalam UMNO.

[2]
Semasa Taikun Cina suruh Najib buat judi bola, Najib test market dengan minta Awang Adek buat kenyataan media. Hal yang sama terjadi dalam politik PR. Ironinya kedua-dua kes berlaku di Bachok.

Anwar mahu kerusi Bachok. Untuk diletakkan Dr Zaiyadi. Yang buat statement ialah Aziz Ketereh. Maka, ramai lah orang marahkan Aziz seperti mana orang marahkan Awang Adek.

Mengapa Anwar mahu Bachok, gua pun tak tahu. Maybe imej PKR-Anwar semakin meningkat jika berjaya dilihat menggantikan Nash. Mungkin inilah peluang PKR bertapak di Bachok dengan meletakkan Dr Zaiyadi anak tempatan di situ, dan sudah mempunyai link (bekas Ketua Pemuda UMNO dan masih lagi ahli UMNO).

[3]
Gua berada dalam politik Kelantan secara tidak langsung. Ramai yang merungut kerana ini. Rungutan terpecah kepada 2 :

1. Gelombang pemberontakan dari anak-anak muda ahli PAS di Bachok. Cuma ahli PAS ni, gua jamin takkan buat pemberontakan terbuka. Paling berani dalam fesbuk dan kedai kopi jer. Ada blog pun tahap rahsia. Ala2 diari peribadi. Tulis pung pang pung pang. Yang baca diri sendiri. Takut malu muka. Penakut, pemalu tapi claim pejuang.

2. Rungutan pengundi yang tidak kisah sama ada PKR atau PAS, tetapi Dr Zaiyadi yang play safe atau teragak-agak. Seolah-olah Dr Zaiyadi mahu kerusi Bachok dijamin kepadanya baru mahu mengisytihar keluar UMNO masuk PKR. Sedangkan melihatkan kehadiran beliau secara terbuka bersama Anwar mungkin menunjukkan terdapat percaturan mengenai tarikh mengumuman keluar UMNO.

[4]
Untuk menceritakan PAS dan PKR di Bachok ini, gua berani tulis bahawa PKR sebenarnya tidak wujud di Bachok. Kita mulakan dengan definasi jentera parti dahulu.

Jentera parti bukan audien. Bukan crowd. Jentera parti ialah petugas.

1. Petugas pasang bendera.
2. Kumpulan setup ceramah.
3. Kumpulan survey / cula.
4. Individu dalam agensi2 kerajaan yang memudahkan prosedur birokrasi.
5. Dana.
6. Keselamatan.
7.
8.

Dan PKR memang tidak wujud di Bachok. Melainkan jika Dr Zaiyadi bertanding dan menang. Maka PKR boleh mula bertapak membentuk jenteranya sendiri. Di Machang sudah ada. Hasil Nasution. Dan kini Nasution boleh bertanding di tempat lain pula.

[5]
Berikutan pemberontakan alam maya berkenaan dengan kenyataan Aziz Ketereh yang mahukan Bachok, baru-baru ini TGNA ada bersama Anwar di dalam bas Jelajah Merdeka. Selepas itu, Anwar mengeluarkan kenyataan "pembahagian kerusi selesai."

Gua tak kisah pun PAS atau PKR asalkan gua dapat Malaysia Baru. Gua tak kisah pun PKR bina jentera di Bachok asalkan rakyat untung akan persaingan sihat parti politik.

Cuma gua rasa kesian pada rakan-rakan gua (jentera PAS) yang gua tahu mereka berkerja kerana jenama. Bukan kerana intelektual. Gua rasa sedih mereka bersungguh2 menaikkan jenama mereka. Buat macam2. Tiba2, kalaulah TGNA akur kepaa Anwar, dan membuatkan PAS menetapkan keputusan Bachok diserahkan kepada PKR, gua dapat rasa apa yang diorang rasa.

Dan gua tulislah dalam satu penulisan berbentuk luahan jiwa ni. Bukan dalam bentuk pemberontakan. Sebab pemuda PAS ni bukan pemberontak. Mereka jiwa-jiwa. Di sepanduk jihad. Atas kepala kopiah. Dalam hati kuntum2 bunga. Kalau gua taip dalam bentuk pemberontakan, macam gua poyo plak. Lebih2.

[6]
Penutupnya, kita bercakap mengenai kuntum2 bunga pemuda PAS pula, katakan pemuda PAS anjur demo Jihad menentang regim luar negara. Lu hadir memberikan sokongan.

Ketika demo tersebut, sekumpulan PERKASA / samseng suaka politik serang. Sebab lu muka paling melawan, lu kena serang. Apakah reaksi anak-anak muda PAS?

1. Yang paling kuntum2 bunga akan terpaku dan terkelu.

2. Yang berani sket akan takbir sekuat hati dari jauh. "Sudahlah... sudahlah.. kita sesama Islam. Allahuakhbar! Allahuakhbar!"

3. Yang paling gedebe akan pegang badan, tangan dan kaki kita. Bukan samseng yang sedang menyerang. "Sudahlah.. sudahlah. Kita jangan jadi seperti mereka." Yang kena serang ditumbuk bertubi-tubi dalam keadaan anggota badan kena pegang.

4. Selepas semuanya selesai, ketua akan buat kenyataan amaran.



Sep 5, 2012

Gambar disebar : Polis Kedah buru lelaki ini.

Polis Kedah meminta kerjasama orang awam bagi mengesan lelaki dalam gambar. Lelaki itu disiasat di bawah Akta Hasutan Terpilih - ABF

R merebak ke negara bersalji.

R bersedia masuk dalam gelombang The Red Warrior.

R di Pelantar Minyak bumi Kelantan. Kembalikan maruah anak-isteri kami itu!

Dan kepada rakyat Kelantan, jangan lupa.

Program : HARI MALAYSIA. Kelantan bukan negeri luar.
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 9 malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad IV

Tertakluk kepada pindaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa. Apa pun standby. Kelantan bukan negeri luar!! Kita ulangi kemeriahan / keghairahan / kehangatan seperti dalam video ini!!