Oleh : AdukaTaruna
[1]
Lama dah
gua tak fight dengan team Hadi Awang ni. Gua (kami sebenarnya) ni, jenis
yang fight dengan pembolehubah. Bukan dengan taik. Gua fight dengan
team Hadi Awang ni ketika mereka pembolehubah. Setelah mereka semua
hanya tinggal histori (istilah Penarik Beca), taik (istilah gua), maka
jadi bodoh jika gua fight dengan taik.
Kerja-kerja fight
dengan taik ni, kini seperti biasa, diambil oleh PAS. PAS sekarang ni,
tengah tunjuk terer pada taik yang tak boleh buat apa-apa lagi. Nash
perlu keluar la, Hasan Ali talam 2 muka la.
Macam kisah
si bacul dengan anjing la. Time anjing tu kuat, si bacul ni yang
menyorok belakang entah ke mana. Time anjing tu berjaya dihalau, muncul
si bacul ni dengan dada terkepak tunjuk garang pada taik tinggalan si
anjing. Nak maki lebih2 tak bleh. Golongan ostad semuanya ni. Tapi
sebenarnya, inilah asbab Allah letakkan golongan agama ramai berkualiti
seperti ini, supaya menepati zaman umat Islam adalah buih di lautan.
Untuk
kali ni, gua jelaskan dalam keadaan bukan fight yang nak membuktikan
sesuatu. Just fight mempertahankan diri sahaja. Wallahualam.
[2]
Rujukan : http://adukataruna.blogspot.com/2012/08/selamat-aidilfitri-dari-kami.html
Bila
gua selalu menggunakan konsep dayus kepada orang Kelantan yang tidak
mempertahankan maruah hasil buminya sendiri, maka adalah plak mamat PAS
team Hadi, cuba melagakan gua dengan orang Kelantan yang sokong R tapi
tak tampil. Dah macam UMNO yang lagakan gua dengan orang Kelantan dengan
konsep orang luar buat perpecahan untuk orang Kelantan.
Perjuangan
ni team work. Ada macam-macam posisi. Allah yang tahu kita ni posisi
mana. Walau aktivis2 ni adalah benda zahir yang lu orang nampak, tapi di
belakangnya adalah orang-orang yang tak tampil. Kami NGO. Takda dana
untuk berjuang. Kami disokong oleh peniaga-peniaga Kelantan. Setiap
orang yang tidak dayus menyokong mengikut posisi masing2.
Yang
peniaga memberikan bantuan kewangan. Yang pekerja memberikan bantuan
bergambar. Yang artis Kelantan pun turut memberikan bantuan dalam bentuk
gambar anak-anaknya. Paling minima tepek stiker. Semua ini membantu menghidupkan isu tersebut.
Setelah itu Allah yang menilai keikhlasan kita.
[3]
Rujukan :
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=41763&postdays=0&postorder=asc&start=105
Disampaikan
kepada gua, di TKO, ada orang menyindir gua sebagai penyelamat luar
yang memimpin orang Kelantan. Lama gua tak buka TKO, kecuali disampaikan
oleh rakan-rakan. Selalu, kalau bukan pembolehubah perjuangan, memang
malas ambil port. Tapi kali ni atas stand mempertahankan diri, di kala
ada mood plak.Tak penting pun no [3] ni. Just sekali lalu jer la.
Kelantan
ni pada gua Universiti Politik. Tempat rekrud. Anwar dulu masa kena
terajang UMNO datang Kelantan. Mahathir masa mula2 kecewa dengan Paklah n
Khairy datang Kelantan. Taib Mahmud nak sampaikan isyarat ugutan kepada
BN, hantar wakil ke Kelantan.
Forum yang ada fight,
majoritinya berlaku di Kelantan. Ridhuan Tee, Fathul Bari, Nazri Aziz
duduk sepentas dengan lawan. Pemimpin2 PAS luar ramai bertanding di
parlimen Kelantan. Direkrud di sini sebelum ke negeri masing-masing.
Nak
tulis segan. Tapi atas stand mempertahankan diri, secara sepintas lalu,
gua nak sebut, Allah takdirkan gua berkahwin dengan orang Kelantan dan
belajar di sini. Apa yang Allah tentukan untuk gua yang akan datang,
wallahualam. Tapi melalui ibu Jeming, Jeming selalu pesan, selalu doa
husnul khotimah. Kesudahan yang baik. Pengakhiran hidup yang baik. Jahil
arab punya pasal, gua belajar doa tu dalam bahasa arab dengan Ostad Wan
Ji.
Memang banyak gua belajar di sini. Cara bergerak
dalam team work, networking, etc. Selain belajar benda2 yang sebenarnya
betul, banyak juga belajar benda2 yang sebenarnya silap.
[4]
Tajuk ni gua nak share perbezaan antara gerakan politik dan gerakan rakyat. Pandai2la sokong ikut tajuk.
Tidak
semua, tapi kebanyakan orang politik naik kerana playsafe dan kerana
tak banyak musuh. Kebanyakan orang politik berakidahkan undi jari.
Contoh 1.
Ketika
R memutuskan tarikh 26 Mei untuk berhimpun di SUK, UMNO turut mahu
berhimpun pada tarikh yang sama. Mesyuarat terbahagi kepada 2. R perlu
batalkan himpunan atas sebab :
1. Jika kehadiran R
kurang dari UMNO, ianya mendatangkan damage (kepada parti politik,
kepada pemimpin politik yang hadir ketika itu).
2. Tidak mahu dilihat seperti PERKASA dan UMNO yang mahu buat kacau pada program orang lain.
Seingat
gua, yang berkeras mahu tetap berhimpun pada tarikh tersebut ialah gua
sendiri, Syam dan Ayie Prop. Yang lain terutama orang politik dan orang2
tua tidak mahu. Panas metting malam tu. Mujur Presiden kontrol dengan
baik.
Yang mahu berhimpun pula atas sebab :
1.
Jangan bunuh falsafah kerana takut persepsi yang boleh dibina musuh.
Takut persepsi jihad adalah ganas oleh musuh menyebabkan kita tukar
jihad kepada ternak, jihad ekonomi dan sebagainya. Takut dianggap
seperti PERKASA, kita batalkan himpunan. R ada surat kebenaran tuan
tanah (SUK) untuk berhimpun. Dan ada kebenaran polis. Nak batalkan
semata-mata tunduk kepada persepsi yang bakal dimanipulasi musuh?
Bullshit. Kita akan lawan apa sahaja.
2. Hadir dan
himpun kerana Allah. Bukan kerana berapa yang boleh hadir. Bukan kerana
kalau tak ramai, boleh damage parti. Boleh damage pangkat pemimpin. MP
Kota Baru, hadir dalam eksperimen W4R gua yang hanya sekitar 50 orang.
Tak malu dan takut pun?
"Kalau mereka lebih ramai dari anta, lagu mano, syeikh?"
"Gua akan tetap duduk situ sampai setakat mana yang gua tahan. Then balik. Then gua akan catit bagaimana maruah orang Kelantan dalam mempertahankan maruah di pusat pentadbiran mereka sendiri."
Takdirnya, Allah takdirkan satu peristiwa berkaitan dengan diri gua sendiri. Yang melonjakkan perjuangan R. Ada yang menganggap itu hukuman kerana pendapat serban. Kita menyamakan Allah dengan standard kita. Rujuk Al-Quran, hukuman Allah adalah berkenaan aib berunsurkan pendidikan. Dan tidak menyebabkan diri si kena hukum menjadi ikon. Kalau Allah nak hukum, mudah sahaja Dia takdirkan gua jatuh longkang berdarah di kepala sebelum perjuangan. Supaya gua dan semua dapat berfikir dan kafarah. Atau apa sahaja yang menepati definasi hukuman.
Tapi tak la pula gua mempertahankan diri bagi mengelakkan itu semua menjadi perbincangan indiviualistik. Di N3 ini pun, hanya menulis sepintas lalu benda yang telah pun sejuk.
Contoh 2.
Gua dihubungi oleh student
Mesir Terengganu. Dia cakap, gua mendapat layanan sebegitu oleh Hadi
Awang kerana niat gua nak jatuhkannya. Sebenarnya Hadi adalah orang
warak dan baik. Gua cakap, orang politik memang takut jatuh. Orang Islam
tak takut jatuh.
Al-Quran diturunkan di Arab. Dihafal
dan dipertandingkan di Malaysia. Diamalkan di Barat. Pemimpin Barat
menghadapi pelbagai cara kreatif rakyatnya yang bertujuan
menjatuhkannya. Takda masalah. PM Australia dijatuhkan hari ini, esok
keluar berjogging walau ditunggu ratusan media. Malu? Bullshitlah orang
yang berasa malu kerana tidak lagi berpangkat.
Gua
pernah saksikan Exco Kelantan memarahi (tona suara sedikit keras)
seseorang di Bachok kerana program atas nama exco tersebut tidak ramai,
walaupun telah dijemput Azhar Idrus sebagai pembolehubah kehadiran.
Terlalu
ramai orang politik berakidahkan undi jari. Kalau tidak boleh hadir
ramai, maka Allah dikemudiankan. Perjuangan dan isu ditangguhkan dahulu.
Contoh 3.
Contoh isu PTPTN. Benda ni menjadi rungutan lama. Tapi sebab tak popular, maka tak banyak orang politik yang memperjuangkannya. Sehinggalah isu ini popular dalam kes samseng serang kemah mahasiswa di Dataran Merdeka. Ramai orang politik menziarah dan bergambar dalam khemah. Sehingga debat Rafizi dan Khairy pun menjelma.
Begitulah bezanya antara gerakan golongan tertindas dengan gerakan orang politik. Lepas dilanggar dan terkepung ni jer Hadi Awang keluar statement nak bersara jadi nelayan bagai. Sikap merendah diri yang terpuji kata pentaksubnya. Fakap la.. dulu sebelum dilanggar dan terkepung,
"Ana menggalas tanggungjawab sebab diminta oleh jemaah."
[5]
Baka
penghafal dalam zaman buih di lautan. Ditetapkan, untuk membentuk zaman
Islam kini, ialah baka anak-anak yang kurang bereksperimen, kurang
mengkaji, selalunya cenderung ke bidang hafalan. Anak-anak yang banyak
eksperimen dan mengkaji pula terpecah kepada 2.
Yang
berjaya dididik ibu bapa akan ke bidang professional. Yang mencabar. Yang tidak berjaya
didik ibu bapa akan musnah akibat eksperimen dan kajian yang bukan2.
Yang menyesatkan. Dadah seumpamanya.
Pernah terdengar di telinga gua seorang melahirkan hasrat lebih kurang begini :
"Kalaulah ada sesiapa yang sponsor ana, ana nak berjihad di Palestine."
"Ana, kalau boleh, nak mati di bumi Syria."
Bullshit
lah. Berjihad dulu di tanah lahir sendiri. Ulama pewaris nabi, kan?
Setiap kaum dan zaman diutuskan nabi masing2, kan? Lu berjihad dulu
untuk kaum dan zaman lu sendiri. Test benda mudah dulu. Langgar Najib
untuk bebaskan tahanan ISA kalau nak fight sangat luar negeri sendiri.
Langgar Najib serah memorandum hasil bumi lu sendiri dulu. Lepasi segala samseng dan polis. Setakat nak berarak depan Najib pun nyorok belakang billboard. Ini semua
adalah hafalan yang membuak tanpa kemampuan analisis.
Bila
isu muslim di luar negara, lu dulu poyo demo depan kedutaan. Syahid sini sana. Isu muslim
dalam negara sendiri, lu ghaib. Berzakat kami ini menghantar kamu
menjadi ulama di luar negara bukan untuk tukar warga negara sana. Tapi,
untuk berbakti kepada muslim tanah air kamu terlebih dahulu.
Kebanyakan orang politik berakidahkan undi jari. Ini perkara hakikat.
[7]
kalau orang politik bergerak atas sebab popular, maka tidak hairan. Tapi kalau kita yang bukan politik terpengaruh dengan suasana ini, maka ianya sangat hairan. Contohnya NGO Palestine. Ada berlambak NGO Palestine. Sebab apa? Sebab popular. Kos nak taja student Palestine belajar doktor cecah RM1 juta.
Ada NGO muslim Thai yang jiran dekat jer dengan kita? NGO muslim Somalia? Atau ditubuhkan NGO muslim tertindas dunia yang menawarkan pembelaan secara umum?
Tiada. Tiada glamer.. maka tiada....
[8]
Ketika pertemuan minum teh dengan rakan-rakan, ditanya mengenai penyelesaian segala apa yang gua suarakan ini. Gua berkata kesemua kita, termasuk gua yang membangkitkan, tidak sempurna.
Sungguhpun begitu, apa yang tidak sempurna tetap perlu dibangkitkan supaya ianya membantu penambahbaikan di masa depan. Dalam pemilihan pula, pilihlah benda kurang buruk dari yang sangat buruk.
Walau golongan ostad2 Melayu di zaman Islam seumpama buih di lautan ini sangat lembab, tetapi mereka jauh kurang buruk dari perompak dan penyamun yang diangkat menjadi pemimpin.
Wallahualam.