Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

707 ini. R dalam darah setiap keluarga.

Jangan lupa. 7 Julai 2012. Sabtu. W4R#2. Jalan Untuk Royalti. Acara jalan kaki seluruh keluarga. 2 petang. Stesen bas Kota Bharu. Tiada penutup muka bagi lelaki. Aman, lambai, senyum sambil edarkan risalah pendidikan. Hasil bumi itu adalah maruah dan darah anak Kelantan.

Cerita ringkas R berdarah

Deal dengan OCPD, UMNO himpun kul 10-12. Royalti kul 9-11. UMNO serah memo kul 12, Royalti serah memo kul 11. Jam 10-11 adalah waktu kritikal. OCPD cakap kena bahagi kawasan. Gua bawak dalam meeting dalam 5-6 kali kemungkinan UMNO sampai awal. Tapi ditolak atas alasan UMNO susah bangun pagi. Sebab gua tak percaya, gua sampai jam 7 pagi. Sorang2. 15 minit kemudian group UMNO sampai. Dalam 15 orang. Gua sms gua vs 15 sekarang ni. Tapi still takda apa2 berlaku. Diorang buat kerja diorang. Gua buat kerja gua. Program UMNO bermula jam 10 pagi. Itu keputusan OCPD dan meeting. Kalau lu tgk video boleh tgk bagaimana kami (R) di depan dan UMNO di belakang. Kalau kami langgar kawasan, seawal 7.30 semasa gua vs 15 lagi dah kena belasah. Tapi takda pun. Malah siap tanya nak pinjam tali rapia lagi. Menjelang 8.30, perhimpunan R mahu bermula, UMNO pun kata nak mula. Deal dengan OCPD jam 10. Mula halau peserta R. Baru nak berunding dengan polis uniform dan preman, Pengerusi TUKAR

UMNO pusat vs anak Kelantan : Parking tempat selamat esok.

Walau ada suara2 yang menuduh gua bawa budaya jahat dalam anak2 Kelantan. Peduli apa gua. Zaman play safe, pasif sek2 Klate dah berlalu. Skang budaya hasut. Ngaaa... Esok, ada pertembungan kumpulan UMNO pusat dengan anak Kelantan (PAS + UMNO + NGO). Tadi Abah, gua, Jeming n TPU meeting dalam bilik OCPD. UMNO seru guna sentimen Mageran 1978. Pastu Syam panggil meeting kat site. Panas sikit bab lokasi jajahan. Pihak keselamatan tak rasmi anak Kelantan (sek2 debe ) + Unit Amal akan berkampung. Esok, lu orang yang hadir, sila parking kereta jauh sikit. Jalan kaki sikit takpe. Sebab team UMNO pusat ni terkenal dengan tindakan dayus. Tiada penutup muka bagi lelaki. Tiada simbol parti. Jangan layan provokasi. Setiap peserta digalakkan merakam apa2 kejadian untuk bukti atau sejarah. Dengar arahan keselamatan. Semoga Allah mudahkan segalanya esok. Amin.

Riduan Tee panel paling out pada gua.

Oleh : AdukaTaruna [1] Dalam sejarah hidup gua berada di Kelantan, malah, sepanjang gua hidup, inilah acara paling best pada gua. Acara Final Word Cup time Zidane tanduk Metarazzi pun tak best macam ni. Tahniah pada geng Ostad Ahmad Baihaki, Saifuddin Ibrahim dalam mewujudkan acara ni untuk santapan intelektual rakyat. Cuma secara keseluruhan panel2 gagal menepati tajuk yang diberikan. Pada gua perkara ini terjadi kerana moderator tersebut tidak mengawal keluasan fikrah ahli panel. Moderator sndiri mengaku tidak membuat persiapan dan memberi kebebasan kepada panel. Di sini silapnya. Pada gua round pertama penting. Moderator perlu mengecilkan skop untuk setiap panel yang diberikan giliran. [2] Penonton Kelantan masih berada level tertinggi di antara negeri2 lain. Kalau buat di N9, dalam keadaan penonton terbuka, mencecah 8000, bukan dipilih macam debat Sinar Harian, gua jamin dengan darah gua, kerusi akan melayang ke pentas. Cuma untuk level yang lebih baik, gua nak catit,

Bergambar : Pemuda UMNO Pahang halau aktiviti R di Pantai Balok

Masa geng Kelantan anjur W4R #1 dulu, member2 Pahang sanggup hadir. Bila team diorang ada buat program anti Lynas plak, gua dan Ahmad Dhani hadir memberi sokongan sambil berkempen perjuangan R di kalangan aktivis2 yang rata2nya kaum Cina. Malangnya, baru gua nak setting kempen, gua didatangi 4 orang yang dipercayai Pemuda UMNO Pahang. Pemuda UMNO depan gua tu sampai2, terus sepak kotak2 gua. Ini sudah lebih. Lu sepak sekali lagi, gua nak tengok. "Royalti, royalti takda kat sini. Sini Pahang. Bukan negeri Nik Aziz mu tu! Jangan sampai kami guna kekerasan suruh korang balik." Budak baju kuning tu sound gua. Mendidih jer gua. "Wehh.. adik comel. Demokrasi la sket. Suka hati gua la nak kempen perjuangan gua kat mana-mana bumi Malaysia pun. Lu ingat lu sorang jer ada kekerasan? Gua takda?" "Habes? Lu nak buat apa? Usik la budak ni, aku nak tengok. Usik la!" Pemuda UMNO baju biru tu cabar gua. "Datang negeri orang, nak cari pasal. Nak buat h

Kemaluan wanita : Dialog gua dengan orang Iran

Oleh : AdukaTaruna Ada banyak penjelasan bab Syiah, terutama bab kafirkan sahabat. Tapi masa tak sesuai gua nak dedahkan. Kena tunggu dialog sunni-syiah sah jadi ke tak, dulu. N3 ni gua nak share penjelasan peniaga expo Iran berkenaan isu Syria. Dengan bantuan member yang fasih BI, dialog lebih kurangnya begini : "Tabung ini untuk kerajaan Presiden Syria atau untuk rakyat Syiria?" (merujuk tabung bantuan untuk Syria dalam expo) "Rakyat Syria." "Sepatutnya kena tulis untuk rakyat Syria sebab kami fikir tabung ini untuk kerajaan Syria." "Kami tak sokong langsung kerajaan Syria. Pada kami, mereka pro Israel dan USA." "Bagi kami, tabung2 dari Malaysia untuk Palestine atau Syria, akan diserahkan kepada pihak yang menyokong Israel dan USA." "Tidak. Ini bukan tabung rasmi kerajaan Malaysia. Ini tabung yang diuruskan NGO yang anti Israel." "Kamu sepatutnya tulis untuk rakyat Syria. Bukan sekadar meletak bender

Projek masuk gelanggang Syiah.

Oleh : AdukaTaruna Gua bukannya berani sangat. Tapi sekurang2nya gua bukan penakut macam ulama Sunni Hadi Awang yang lari ketika mahu disoal. Dan membenarkan samseng sunni membelasah si penyoal. Itu adalah sejarah ulama sunni yang gua catit. Kepala gua dah bengkak ingin mengetahu hujah Syiah solat atas batu. Gua dengar batu itu dari Karbala. Melalui Jeming, tadi, di expo, gua menahan seorang Ostad Syiah Melayu Kelantan. Untuk bertanya apakah pundeknya solat guna batu. Dan ostad Syiah tak lari bila disoal. Ini adalah dialog lebih kurang : "Assalamualaikum ostad." "Waalaikumussalam." "Nak bertanya pasal Syiah boleh, ostad?" Ostad tu terpinga. Jeming tarik dia jauh sket. "Nak tanya pasal batu, ostad. Apsal orang Syiah solat guna batu?" "Bukan batu. Tapi tanah. Sebab Muhammad saw tak pernah solat atas carpet atau sejadah. Ini bermula zaman Muawiyah. Kalau ada pun dakwaan Muhammad solat atas hamparan, ianya terlalu sedikit berb

Telur & maruah anak Kelantan di pihak mana?

Kecuali bola, maybe selama sedekad ini, polis Kelantan belum bertindak melepaskan gas dan air kimia. Tetapi, pada 26 Jun ini, pada 9 pagi, depan SUK (Kota Darul Naim), berlaku pertembungan team R (anak Kelantan) dengan team TUKAR / SEDAR / PERKASA (proksi UMNO pusat). Team R mengadakan perhimpunan menjunjung titah Sultan Kelantan di depan SUK. Mereka turut menjemput pimpinan PAS / UMNO dan NGO Kelantan. Beberapa Ketua UMNO Cawangan disahkan hadir dan akan memberikan ucapan. Ketepikan dahulu idealogi politik, tetapi demi maruah anak Kelantan, mereka berhimpun menuntut kesemua agensi kerajaan negeri, pusat dan premis perniagaan mempamerkan plak titah Sultan Kelantan. Pemuda PAS, kalau hadir bawa bendera parti, kami, AJK R, orang pertama yang akan koyakkan bendera tersebut. Bagaimanapun, pada hari, dan masa yang sama, proksi UMNO pusat, turut berhimpun di tempat yang sama. Jika ini berlaku, maybe selama sedekat ini, inilah detik gas & air kimia FRU yang akan dilepaskan. Mungki

Syiah : Ulama Kelantan yang takut pada bayangan

Gua terlibat secara tak langsung dengan Expo Pedagangan Dunia Islam di Stadium KB. Memang dalam banyak2 negara Islam, Iran paling menonjol dari pameran teknologi, kesenian mereka. Cuma masalahnya fahaman Syiah yang mereka bawa di mana digeruni oleh ulama sunni di Kelantan. Hari ni TGNA tegur berkenaan Syiah yang gua rasakan memusnahkan segala kebaikan yang terhasil dari expo itu dalam tajuk persepsi orang awam. Muka depan Sinar Harian Kelantan. Apa yang ulama takut dan gerun dengan Syiah ni, gua pun tak faham. Sebab ianya double standard. Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan fahaman mereka di ruangan perniagaan mereka, kenapa double standard dengan peniaga Cina & Siam Buddha yang mempamerkan fahaman mereka di premis perniagaan masing2. Berapa juta sunni yang dah jadi Budha akibat itu? Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan video / filem Syiah mereka, selama kecil anak-anak Kelantan duk tgk filem Kristian, berapa bilion setahun anak-anak Kelantan yang jadi Kristian? Sebab

Aziz Desa mengelak ketika diminta sign sokongan R

Aziz Desa melalui booth R di Expo Perdagangan Dunia Islam, Stadium KB. Masa tu gua sedang kalut nak tampal poster hasutan untuk W4R#2. Bila sampai, tengok2, Ostad Latif (KP PAS Kelantan) dan Ostad Marzuk (KP Bachok) dah ada bagi sokongan. Aziz Desa pun ada. Bila Topeng Perak nak ambil gambar, Aziz Desa dalam keadaan membelakangkan kamera. Gua yang kebanyakkan tak selesa enterprem dengan pimpinan terpaksa enterprem pasal gua cuit Aziz Desa, maklumkan Topeng Perak sedia klik. Takan dia membelakangkan kamera dok sebelah KP PAS. Lepas tu gua sound lebih kurang gini : "Terima kasih, bos. Minta sign tanda setuju." Gua chow sambung kerja hasutan poster. Bila kembali semula, member gua si Ayie Prop memaklumkan Aziz Desa mengelak dan enggan sign tanda sokongan. Memang hak demokrasi dia lah. UMNO Kelantan sendiri ramai yang enggan sign, walau ramai juga pimpinan mereka yang sign. Cuma, jika dia tak sign atas kapasiti bukan rakyat kelantan, gua nak tegurlah. Orang puti

CARA ELAK DIKESAN & DISABIT PERUNDANGAN INTERNET MALAYSIA

[1] Pendahuluan Di Malaysia, terutama masyarakat yang aktif menyampaikan pendapat politik melalui internet, apatah lagi mereka yang melawan kerajaan Barisan Nasional pada zaman buku ini ditulis, sangat berisiko disabit dengan undang-undang. Untuk medium internet, masyarakat Malaysia tertakluk dalam Akta Hasutan yang mempunyai definasi luas yang boleh dimanipulasi kerajaan Barisan Nasional, dan juga Akta Telekomunikasi dan Multimedia, di mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM50 000 atau kedua-duanya sekali. Buku ini mendedahkan cara dan persiapan, bagaimana melepaskan diri dari cengkaman undang-undang tersebut. Sungguhpun begitu, buku ini tidak akan menyokong sebarang perbuatan jenayah, penghinaan agama dan kaum yang berlaku melalui medium internet. Buku ini hanya berkongsi bagaimana mengelakkan diri dari dikesan dan disabit undang-undang internet, ketika mekanisme pendakwaan berada di zaman buku ini ditulis. Buku ini juga ditulis dengan tuju

Minta maaf tidak cukup, Nizar perlu disiasat - PAS Johor & DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat Nizar yang menghina Institusi Kesultanan Johor. Tulisan dalam twitter berkenaan bidaan no plate adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu. Rujukan : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Ini adalah sejarah yang Allah takdirkan untuk dirakam manusia. Untuk manfaat manusia yang berfikir.

Alangkah bersyukurnya gua jadi lelaki.

Oleh : AdukaTaruna Tadi meeting acara hasutan (R) di TDC. Sebab gua Russian, meeting jam 5.30 petang, jam 5.15 gua dah sampai. Sebab Russian meeting dengan Melayu, jam 6.00 petang pun korum tak cukup lagi. Ayie Prop maybe rasa bosan, dia rembat sepiring Tembikai Susu. Settle sepiring, ambil lagi sepiring. Gua tukang makan jer. Pendek cerita, meeting berlangsung dan selesai. Pengerusi menjemput makan. Yang wanita kalut nak guna garfu. Gua dengan Ayie tadi sebat guna tangan jer. Bestnye jadi lelaki. Syukur sangat2. Apa pun yang dilakukan, tak nampak tak manisnya. Mandi, lap badan, colek ketiak, pakai apa yang patut, terus keluar. Pakai singlet pun takpe, beb. Ngaaaa....

Akhbar Cina sebar dan sapot (R)

Kisah menyebarkan virus R

Oleh : AdukaTaruna Memember tag ke gua. TT kritik penyetup W4R. Gua jawab begini : ‎1. TT bandingkan BERSIH yang dia duduk dengan W4R yang kita duduk. TT dalam BERSIH pun selepas 1.0. Kita setup W4R sejak sifar. 2. TT duduk dalam team yang ada professional bukan Melayu. Kira duduk dalam team Chelsea. W4R duduk dalam team baru nak berangan jadi Chelsea. Muka2 budu semua. kah3.. 3. TT dan BERSIH dapat sokongan politik. Tanpa sokongan politik, terutama PAS, kerat konek dia la kalau berjaya tahap 3.0. W4R plak tak dapat sokongan politik. Betul2 harapkan rakyat yang boleh asingkan tajuk. Sebab  Jean Francoise  muka lawan Hadi.  Syam Ghaz plak pemuda pas takut dia jadi KP.  Topeng Perak Unmasked I muka lawan Anwar. 4. TT kebetulan duduk dalam isu nasional. W4R duduk dalam isu audien setempat. Suruh TT setup demo Teluk Rubiah la, guna bahasa Perak ke, flyers maha hebat ke. Tanpa pentas politik. Test tengok. 5. Tektik tanpa pentas politik kami berjaya dapatkan Sultan dan pemimpi

Walk 4R masuk sukabar Cine loh.

Jangan lupa. W4R#2 pada 0707. Jam 2 petang. Starting point Stesen bas Kota Bharu. Konsep keluarga. R adalah perjuangan setiap keluarga.

Weih mokcik Klate.. sultan demo tu oghe luar gak ko?

Oleh : AdukaTaruna Tadi gua sensorang bertugas kat booth R di Expo Pertanian Stadium KB. Jadi salesman dan promoter. Ayat standard ialah : "Silakan masuk. Baca jer. Free tak kena bayar. Kalau setuju boleh sign. Tak setuju tak mengapa." Ada satu mokcik yang gua percaya Wanita UMNO (tapi anak dia cun siot). Lepas gua tegur dia dengan ayat standard, dia pun masuk sambil tanya gua (ayat lebih kurang) : "Habes, yang kat Pantai Senok tu apa dia?" Gua dah bengong dah. Apa dia ada kat Pantai Senok? Ayie Prop tak bagitau gua pun. "Saya tak tahu apa ada kat Pantai Senok tu, tapi booth ni berkaitan dengan perjuangan gas dan petrolium. Hasil bumi Kelantan sendiri." "Tu... kat Pantai Senok tu.. apa dia?" "Apa dia?" "Kilang gas la. Kat Pantai Senok tu. Kan dah ada tu." "Itu mungkin pemborong gas memasak kot. Tapi ini pasal bahan mentah. Hasil bumi Kelantan." "Kamu orang luar ke ni?" "Yer say

Plate sign Sultan Kelantan menjadi buruan.

Plate / plak (apa2 namalah) yang ditandatangani Sultan Kelantan bagi menyokong perjuangan hasil bumi Kelantan menjadi buruan 2 pihak. Pihak pertama ialah pihak yang mahu menghapuskan bukti sejarah itu. Pihak kedua ialah pihak yang ingin menyimpan bahan sejarah itu. Ketika team R berjaya mencilok halangan bagi mendapatkan persetujuan diri Sultan sendiri, plate tersebut terus menjadi buruan pihak pertama. Polis mahu plate tersebut atas alasan OSA la, belum gazet la, macam2. Tapi plate tersebut telah pun dibawa lari geng2 R ke lokasi yang gua sendiri pun tak tahu. Tadi, seorang pakcik menawarkan 10 dinar (RM 7,990.00) bagi plate tersebut. Kalau UMNO tawar RM2 juta, gua sanggup pecah rahsia lokasi simpanan benda alah tu. Ada rumah Hj Osama Gi. Mohon polis g serbu rumah beliau.

7 Julai 2012 : W4R#2

Oleh : AdukaTaruna Salam R semua Diumumkan, W4R#2 jatuh pada 7 Julai 2012, jam 2 petang. Starting point Stesen bas Kota Bharu. Ending point juga di Stesen bas Kota Bharu. Perjalanan praktikal untuk keluarga. sejauh 3 km. Dasar yang ditetapkan ialah : 1. Konsep hari keluarga. Slogannya ialah "R perjuangan setiap keluarga". Bawa keluarga masing2. 2. Pakaian merah atau putih atau kedua2nya. 3. Aman, senyum, lambai dan agihkan risalah. 4. Tiada penutup muka. Setiap orang bertanggungjawab terhadap identiti masing2. 5. Cetak risalah mengenai perjuangan R seorang 50 keping. Slogan manila kad ikut kreativiti masing2. Ini acara rakyat. Perjuangan kita sendiri. 6. Mohon peserta keluarkan poster promosi masing2. Ini acara rakyat. perjuangan kita sendiri. R adalah perjuangan setiap keluarga Malaysia yang prihatin akan hak keluarga Kelantan

Gua tak jadi masuk UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Tapi gua nak masuk PKR. Pergh.. best siot. PKR. Gua tahu la parti lu tidak menjadikan Islam itu asas. Tapi, walaupun begitu, lu kena akui falsafah masa depan negara bergantung kepada remaja yang dibentuk pada masa sekarang. Ini adalah pembangunan insan. Anak muda yang majoriti rosak pada hari ini dibentuk oleh sistem UMNO. Kalau lu pun serupa UMNO dalam membentuk remaja dan anak muda, memang pundek lah. Hiburan seperti yang ditayangkan oleh visual itu sangat keterlaluan dalam membentuk sahsiah golongan muda yang mewarisi Malaysia masa akan datang. Bukan gua suruh nasyid secara total, tetapi apa yang dipaparkan visual di atas sangat keterlaluan yang merosakkan.

W4R#2 dalam masa terdekat.

Mohon rakan2 dapat berikan cadangan tarikh untuk W4R edisi yang kedua di  http://www.facebook.com/RForRoyalty

Cerita wartawan Kosmo akan kes gua

Alhamdulillah. Mahkamah mendapati gua tak bersalah. Artikel itu sangat lucu bila digunakan untuk politik. Dan sebenarnya sultan dihina kalau artikel itu diputuskan mahkamah menghina sultan. Atau kata lain, artikel seperti itu, kalau sultan terluka, sungguh hina. Stendet artikel tersebut hanya melukakan Melayu hutan pembuat report polis yang dipergunakan UMNO. Gua yang tertuduh, diorang yang report, tp diorang yang gigil masuk dalam kandang. Tersengeh2, tergaru2 kepala. Baka Melayu low class. Gua balik rumah dan bergegas ke Port Dickson untuk urusan pembayaran lawyer. Orang miskin macam gua ni, tak takut dengan penjara. Tapi takut dengan kos jer. Mak gua kol, wartawan Kosmo datang rumah. Gua minta mak gua tak bagi statement, dan suruh dia kol gua. Dulu, masa gua langgar Hadi Awang, wartawan Kosmo hubungi gua kat FB. Untuk interview dengan wakil di Kota Bharu. Dan gua ambil keputusan untuk tidak berada dalam arus perbahasan media perdana. Gua tak mahu dimanipulasi. Perbahasan sebenar