Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 28, 2012

Gila nombor

Gila nombor ni pekerjaan ularma dan seltan jer. pas12 la.. pas17 la.. semua ada dalam kitab. Sebab kitab gua yang tulis. Khaahhkk ptuih!


Beza aktivis dan politis

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Istilah politis tu betul ke tak dari tatabahasa, gua belasah jer la. N3 ni gua nak kongsi pendapat beza di antara aktivis dan politis.

Ramai politis hari ini lahir dari aktivis. Kemudian, apabila memegang amanah yang berat, peratus aktivis secara tenaga menurun. Namun, gua percaya, jiwa aktivis mereka masih wujud. Melalui bantuan, tunjuk ajar kepada aktivis lain, terutama pelapis baru.

[2]
Ramai juga aktivis yang segan menjadi politis. Sejak Allah memaksa gua keluar melalui asbab Sultan Johor, gua belajar dari banyak pergaulan. Untuk tajuk [2] ini, gua nak share satu kisah.

Ada satu parti politik yang menguruskan kerajaan sedang mengadakan sebuah program. Gua dan beberapa rakan gua, aktivis Palestine, terbabit secara tidak langsung. Sementara program bermula secara rasmi, rakan dari parti politik mengajak gua lepak dalam bilik meeting. Ada aircond, air minum. Gua setuju. Pasal niat gua nak tido kejap.

So, gua tak ambil port la apa situasi pun. 15 minit tido2 chiken, gua tgk2, VIP dah ramai. Salam2, gua keluarlah. Cari member aktivis gua ni takda. Rupa2nya duduk kat tempat hadirin. Bila ditanya, jawabnya, dia tak selesa seolah2 tepek jual muka kat area VIP. Gua pun tak selesa gak. Tapi kalau gua dah tetap prioriti tido, gua tak ambil port.

Di sini gua belajar. Maybe ramai aktivis yang mcm member gua nih. Apakah pro dan kontranya? Bagaimana kalau sikap seperti ini menyebabkan politik negara diisi oleh orang2 yang salah?

[3]
Sebelum majlis bermula, ditakdirkan Allah, di tangga naik pentas utama ada seorang kanak-kanak perempuan comot sekitar 14 tahun tidur atas tanah. Remaja itu dikerumi oleh beberapa petugas parti.

Ketika ditanya kenapa, remaja itu menunjukkan perutnya yang sedikit buncit. Maybe lapar. Maybe mengandung.

"Adik tak boleh tidur sini. Nanti VIP nak naik tangga ni." Lafaz seorang petugas politik berbaju batik. Sampai sekarang gua ingat wajahnya. Dialog mengikut dialek tempatan. Tapi gua terjemah ikut standard blog ni la.

"Jangan tidur sini, kang ustaz panggil polis kang." Seorang lagi petugas politik yang membahasakan dirinya ustaz pula menambah.

Gua nak masuk campur, teringat member gua si aktivis Palestine tadi. Kang nampak macam gua tepek diri plak. Gua nak pancing dengan duit kang, ahli2 parti ni tuduh gua bawa budaya sesat pulak. Dah banyak dah tuduhan macam tu. Tujuannya, suruh dia chow jauh sikit jer. Pastu gua folow la dia tanya masalah dia. Kalau betul dia pregnant, gua kenal Aina Sayuti. Atau Wati, isteri Syauqey yang ada NGO untuk remaja macam ni.

Sekali ustaz tadi hulur RM5. Barulah remaja tersebut setuju untuk beredar. Gua follow dia. Bila jauh sikit gua pun panggil la. Bila dia tahu dirinya dipanggil, dia pun lari. Ceh.. mcm la muka gua ni muka perogol.

[4]
Semasa perjalan pulang dari projek hasutan di Bukit Jalil, gua terserempak dengan bangkai kucing berupa harimau. Nama kampung dia gua tak tahu. Maybe Kucing Batu. Maybe Harimau Akar. Gua hentikan Hilux dan undur. Ambil gambar untuk bahan blog.

Ini juga berkaitan dengan aktivis vs politis. Gua teringat member gua. Pemuda PAS. Yie Bulan Purnama. Dia pernah berkongsi pendapat peribadinya mengenai Malaysia tidak memerlukan hutan kekal. Tebang semua, wujudkan hutan yang mendatangkan hasil. Hutan kelapa sawit dan hutan getah misalnya.

Oksigen pun dapat. Tadahan air pun dapat. Masalah binatang liar tengok kat zoo sahaja. Sedikit duit untung dari hutan hasil tersebut, berikan kepada NGO pejuang hutan di negara berdekatan Malaysia. Suruh dia kekalkan hutan. Kita boleh tumpang. Ha.. hambek. Idealogi yang menarik dari Yie Bulan Pernama. Memang dia peniaga pun.

Gua rasa mujur Yie kongsi idealogi dengan gua yang sifar aktivis tajuk alam sekitar. Kalau dia kongsi idealogi dengan MSK atau Pak Din Mountdeweller, gua rasa suasana penghujahan memang panas dan menarik. Pertembungan orang berjiwa alam dengan orang berjiwa duit.

Ketika perjalanan pulang ke Kota Bharu. sebelum Bukit 7. Comel kan? Kesian dia mati kena langgar. Menatang apa gua pun tak tahu. Kalau lah boleh bela..

May 27, 2012

Video W4R #1





Najib blah lepas pengunjung maut, 10 cedera.

May 26, 2012

Ulasan dalam penat. Walk 4 R edisi pertama.

Oleh : AdukaTaruna

Terima kasih kepada semua yang hadir. Untuk permulaan, projek newbie ini berjaya mengumpulkan hampir 100 orang. Tetapi mungkin jarak perjalanan 2.6km terlalu jauh untuk kumpulan kecil, maka yang berjaya menghabiskan lebih 5km pergi dan balik hanyalah sekitar 30 orang.

Paling respek MP Kota Bharu. Beliau diambang bersara. Turun kalau semata2 nak beli nama tak logik. Dengan kehadiran 100 orang, beliau tanpa rasa malu hadir. Hadir atas kapasiti anak Kelantan. Tidak kisah dengan syarat awal AJK Walk 4 R supaya tiada monopoli speaker oleh orang politik. Berjalan sehingga melepasi jarak 2km sebelum bergegas memenuhi program lain.

Terima kasih kepada rakan luar Kelantan yang hadir. Terima kasih kepada anak Kelantan sendiri. Terima kasih rakan UMNO Kelantan yang selesa hadir tanpa logo politik. Terima kasih semua termasuk MSK yang gua belajar cara2 setup melalui penulisannya.

Semoga kehadiran W4R yang akan datang lebih besar jumlahnya. Jumpa malam ini di Pantai Sri 7 bagi brainwash / muhasabah untuk mendapatkan kaizen. Tq aaa...

Detik sejarah. Di atas jambatan Sultan Yahya Petra. Pusingan sebelum U turn. Kehadiran masih dalam 100 orang.


Ini starting point. Ketika menunggu kehadiran. Beberapa polis usha keadaan. Tapi tiada provokasi dari mereka. 

Ini point U turn semula ke KB Mall. Atas jejantas Pasir pekan. Ketika ini peserta menyusut kerana pulang by kereta dan motor oleh rakan / keluarga.

MP Kota Bharu ketika diminta berucap 2 minit. Kenapa beliau hadir bersama-sama kami.

Bergerak memasuki laluan motorsikal jambatan. Kenderaan memberikan sokongan by horn.

Projek newbie yang menggegarkan warga Kota Bharu. 2000 pelekat R habis diedarkan kepada kenderaan.

Ini adalah waktu prestasi terbaik W4R. Peserta yang masih bersemangat. Kenderaan yang sporting.

Di starting point. Kehadiran warga Terengganu. Saudara Ropi. Ketika ditanya, Besut berjiwa Kelantan.


Semoga Allah permudahkan perjalanan rakan-rakan yang mula bertolak pulang ke luar Kelantan selepas Asar tadi. Amin. Tq banyak semua.

May 25, 2012

Sejarah pertama dicatat esok.



Terima kasih kepada rakan-rakan luar yang turun ke KB, bermalam atas lantai bersama-sama untuk memberikan solidariti kepada rakan-rakan Kelantan.

Beza bergambar BERSIH RAKYAT dan 'BERSIH' palsu UMNO

Ini BERSIH Original dari rakyat.


Dah macam ayam daging pakai bikini dah gua tengok. Mak sape la ni. Panggil2la balik rumah.

Gambar tandatangan Ust Azhar Idrus.

24 Mei 2012. Ketika kempen CABAR (Solidariti Anak Bachok Tuntut Darat Minyak ke Bachok), sebuah anak fokus gerakan R. Sumber gambar oleh Cendawan Hijau.



Ini pulak projek hasutan atas jambatan. Sabtu ni boh. 2 pm. Berkumpul di Petronas KB Mall. Memember luar Kelantan sudah berkampung dan berkubu di Kota Bharu. Projek newbie ini akan menjadi perintis projek besar masa hadapan. Insyaallah.




May 23, 2012

26 Mei. Hari anak Klate bangun melawan.

 Sebelum dipertikaikan status gua, gua terpaksa tepek gambar anak Klate gua ni. Ngaa..

 So, tajuk N3 selari dengan gua. Anak Klate. Bapak jer bukan. Bagaimanapun, memember gua dari luar ramai turun bagi sokongan kepada memember Klate. Memang best siot ada memember macam nih. 

Gua dah jadi peserta BERSIH 1.0. Masa tu sikit jer berbanding BERSIH 3.0. Skang peluang lu orang plak. Jadilah sebahagian dari sejarah pertama demo jalanan di Kelantan. Walk 4 R #1.

Video Melayu Hutan mengganas guna nama Islam.

Ramalan debat Khairy - Azhar Idrus, Khairy - Tantawi

[1]
Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT.

UAI : PTPTN riba. Riba hukumnya haram.

Khairy : Jika begitu, sila berikan cadangan penyelesaiannya.

UAI : Mung nak lawang Allah ko? Ambil tali, ikat kat tekok. Kafir laknat mung.

[2]
Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT.


"Laillah!" (Khairy melatah sebab pen terjatuh)

Tantawi : Boleh jatuh akidah kalau sebut 'tiada tuhan."

Khairy : Yer.. yer.. saya minta maaf. Kita kembali debat PTPTN

Tantawi : Hal akidah bukan soal minta maaf pada manusia. Ini kena bertaubat.

Ulasan debat Khairy vs Pemuda PAS

Oleh : AdukaTaruna

Opss.. silap. Intelek Pemuda PAS hanya muncul bila artis tersilap baca skrip. Atau artis membaca skrip yang meragukan. Bukan pemuda PAS. Tapi Rafizi.

Gua takmo fokus bab point debat. Semua boleh menilai. Dan gua sendiri pun ada dasar cadangan untuk pendidikan. Tapi belum dizahirkan lah.

Cuma nak citer bab Khairy nih. Ramai kata beliau bijak. Termasuk member gua sendiri. Si Topeng. Kalau bijak berpolitik, maybe. Maybe sahaja. Tapi kalau bijak dalam memikirkan dasar negara, gua fakap sahaja.

Pada gua, Khairy sedia berubah apabila dirinya terpulau. Dalam keadaan lanskap politik selepas PRU12, beliau terpaksa mengapungkan dirinya dari tenggelam. Gua percaya inilah pembolehubah Khairy sebenar.

Khairy sanggup hilang berbulan lamanya bagi memasuki askar Wataniah. Khairy berjaya dapat sayap terjun payung. Khairy tampil dalam debat isu-isu terpilih. Yang dia pilih sendiri. Banyak cabaran debat yang dia takut. Khairy tampil berdemo ketika BERSIH 2.0 juga berdemo. Semua ini usaha Khairy mengapungkan dirinya. Bukan kerana beliau bijak dalam menentukan dasar negara.

Debat malam tadi membuktikan intelek Khairy. Biasa2 sahaja. Bukan soal point. Point dilontarkan berdasarkan dasar parti sendiri. Gua sendiri ada point tersendiri. Rafizi ada. Sosialis ada. Kapitalis ada. Soalnya, yang mana paling rakyat terima sahaja.

Tetapi, apabila diberi peluang mengajukan soalan kepada lawan, Khairy pilih soalan negeri PR yang tak lakukan pendidikan percuma. Pemilihan soalan tersebut menunjukkan Khairy bodoh sebenarnya. Bukan genius macam yang Topeng dakwa. Itu soalan bunuh diri. Itu soalan makcik Felda.

Bercakap soal Rafizi pula, gua ucapkan tahniah kepada Rafizi dalam kemampuan mencadangkan dasar. Tapi gua tetap tolak dia sebagai pimpinan. Kerana Rafizi sifar aktivis. Dia pemimpin dalam pejabat dan aircond. Manusia jenis ini, apabila lanskap politik tidak memerlukan apungan diri, maka mudah dia berubah kepada elitis bangsat.

Memang tak semua pemimpin berjiwa aktivis. Tapi at least jangan la sifar. 10% berjiwa aktivis sudah cukup pada gua, untuk lanskap politik semasa ini. Yang turun padang, yang menyertai rakyat dalam gerakan, etc.

Apa pun, tahniah kepada semua. Termasuk Khairy yang terpaksa mengapungkan diri melalui kaedah debat isu terpilih.


May 21, 2012

Catatan Kota Bharu - Bukit Jalil

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Perjumpaan 6 orang di Kedai Tom Yam. Gua, Jeming, Topeng, Syam, Ayie dan Mike menghasilkan 2 plan hasutan untuk perjuangan hasil bumi Kelantan. Pertama pada 19 Mei 2012 sempena Final FA Cup di Bukit Jalil. Kedua 26 Mei 2012.

Gua mencadangkan hasutan menggunakan simbol. Tak perlu taip panjang2 sampai 16 huruf (R O Y A L T I   P E T R O L I U M). Setelah bertekak, akhirnya plan pertama siap. Huruf R dipilih sebab rakyat mudah tiru, cetak dan sebarkan. Syam Ghaz mengepalai projek.



[2]
Asalnya gua akan follow Jeming and geng. By bas. Dana hasil derma rakyat dan peniaga2 Kelantan. Juga duit poket sendiri. Gua setup aktiviti hasutan malam final. Start 10 malam. Memember KL sedia membantu.

Then, tukar plan. Jeming ketuai team bas. Mereka diberikan tugas menyeludup bahan2 ke stadium. Gua akan masuk team Syam Ghaz dan Ayie Prop. Guna Hilux. Topeng dan Yie BP akan follow by Myvi as bekap transport.

Malangnya, kedai printing gagal siap. Jam 6 petang baru gua bertolak dari KB. Ikut matematik, 2-3 pagi baru sampai. Sedangkan program setup jam 10 malam. Gua kol memember KL bagitau masalah gua. Minta mereka ON tanpa gua.



[3]
Sepanjang perjalanan, gua menyaksikan kanak2 yang ditemani ibu bapa masing2 melambai2 tangan kepada kenderaan yang mempamerkan bendera Kelantan. Muka masing2 punyalah teruja. Kenderaan plak sporting dengan membalas guna horn dan lampu.

Pertama fenomena ini gua tak pernah tengok di negeri gua. Kedua gua rasa sedih sebab diorang tak berkemampuan untuk pergi. Takper la dik.. gua ni pun pergi bukan pasal bola. Gua akan simpankan sekotak bendera kecil Kelantan, nanti balik gua akan agih2kan. Insyaallah. Semoga sikit sebanyak lu happy. Gua pun happy.

9 Malam, Eddy The Yellow Boutique kol.

"Salam bro. mana dah lu?"

"Sorry bro. Gua tumpang orang ma.. baru Gua Musang. Tapi gua dah info. Team Jeming dah sampai sana."

"Blah la lu.. gua dah agak dah.."

Gua besit Hilux PMBK dan sampai R&R Geting Sempah, Karak sekitar jam 12 malam. Yie BP kol. Dia 15 km di belakang.

[4]
Sampai Stadium Bukit Jalil sekitar 1 pagi. Peniaga Kelantan dah penuh. Parking dan veni vidi vici. Datang usha tawan. Ada 1 port jajahan. Depan foodcourt. jalan masuk dah berpagar. Peniaga berbayar sahaja bleh masuk. Drive Hilux panjat divider. Mujur dalam team takda ostad PAS. Kalau tak kena haram, mesti kena soal boleh buat ke ni? Orang pernah buat tak?

Park Hilux. Bergambar dulu dengan banner untuk hasutan facebook. Pasang 2 khemah. Gua, Benz Ali dan syam 1 khemah. Letak kepala, terus lelap.. zzzz





Berkenaan dengan boikot Petronas, kalau ditanya gua as peribadi, gua tak setuju. Tapi hak demokrasi mereka untuk menjadikan ianya platform perbahasan saraf, gua raikan.

[5]
Tiba-tiba khemah bergoyang. Kepala lutut gua kena goncang. Makhluk halus ke apa ni?

"Bangun! Bangun! Bangun!"

DBKL ke apa ni? Ni kang, DBKL masuk spital, gua masuk lokap ni kang.

"Subuh! Subuh! 6.30 dah ni. Ceroh doh!"

Gosok2 mata. Ayie Prop rupanya. Kejutkan solat sebijik macam FRU. Keluar khemah, hala ke surau, tu diaaaaaaaaaa... beratur nak ambil wuduk bai... Baik paip. Baik sinki. Nyaris2 kol Ostad Wan Ji. Boleh tak tayamum guna bedak semata2 malas nak beratur.

Settle semua hal, naik Myvi ke R&R highway KERSAS. Mandi dan sarapan. Datang semula stadium jam 10 pagi.

[6]
Sampai2, tengok port jajahan semakin mengecil. Ada peniaga jajah kawasan. Sebelah kanan ada van. Gua usha driver untuk slow talk. Tapi ntah pergi mana. Takpa2.. kita bentang banner atas jalan. Tepek banner kat van beliau. Nanti dia tanya, kita slow talk.

Akhirnya brother tu setuju ambil port sebelah sana. Alihkan van. Kami gotong royong ukah (panjat) pasang banner.

"Tulis tempat, boh. Tulis tempat slalu. Tengok ore mano paling banyok." Gua try speaking Klate.

satu team tulis K. Krai.

"Yaaaaa.... Kuala Krai ni boh." Gua sebut guna megaphone.

Bila main bab asobiyah, tu diaaa... Orang semakin ramai. Tahap ribu2 lemon bai yang sign.

"Bachok tuuu!!.."

"Tanah Merah!!...."

"Felda Chiku!!.."

"Padang Tembak!! Ait?" Ni tempat gua ni. Gua angkat kepala. Sorang pakcik senyum. Pokcik apa nama ntah. Tapi kenal muka la. Satu taman perumahan la plak. Gua hulur tangan salam.

"Lamo tak mari surau?.." Tegur pakcik tu. Niamakahai orang tua ni.. citer surau kat stadium. Nak sabotaj gua depan mek2 Klate ke? Ngaaa...

"Bz sket lo ni pokcik. Insyaallah.. insyaallah."

Beberapa polis dan sekuriti mohon acara dihentikan. Tapi crowd ribu depan mata mereka bukan crowd yang pentingkan nama politik. Ini crowd sukan bola abey. Dengan megaphone kat tangan, gua boleh halakan crowd halau polis kalau gua nak.

Syam berdiplomasi setiap kali arahan henti sampai.



[7]
Makin petang, makin ribu2 lemon. Sesak. Walau tak padat macam BERSIH 4.0, tapi gua punya kepala tangkap pening minta dadah panadol. Orang makin ramai sign. Bateri megaphone plak habes. Marker pun dah nak habes.

10 000 keping pelekat R diedarkan kepada setiap tandatangan habes jam 2 petang! Bermakna lebih dari 10 000 tandatangan

Tiba2 Anuar Musa sampai. Jeming dan Syam pelawa turunkan tandantangan. Anuar Musa sign kat word royalti.

"Teruskan berjuang. Ini soal maruah anak Klate kito."

Pergh.. nampaknya Tengku Razaleigh tidak keseorangan. Gua turunkan banner Sultan Kelantan. Dan tawaf keliling stadium. Polis follow. Crowd bunyikan horn. Beberapa kali tawaf berhenti kejap pasal nak bergambar.

Siapa kata gua tak sokong Sultan? heh.. puii..






[8]
Bendera gergasi R berjaya diseludup masuk. TV1 dan Astro Arena merakamkan bendera R itu bergerak dari team Jeming sehingga ke sempadan VIP.

Wartawan Sinar Harian Selangor dan Malaysiakini membuat liputan. Harakah jer yang tak cover. Walau Syam sudah berikan butiran. Maybe sebab takda wajah2 PAS dalam program tu kot.

Gua ambil keputusan tak masuk stadium sebab 2 perkara :

i. Gua nak kemas barang2. Kalau semua masuk, dan baru nak kemas selepas habes bola, gua rasa tenaga dah takda dah.

ii. Gua meraikan seorang sahabat KL yang memberikan solidariti kepada perjuangan R. Nak belanja makan, dia lagi kaya dari gua. Gua bagi dia tiket gua.

Lepas kemas, gua bentang kain merah. Lipat2 sampai tebal. Tutup mata dengan tuala. Baring dan terus tidur. Zzzzz... automatik gua kat rumah Zahida rafik tanpa pengetahuan Shafie Afdal.


[9]
Bermalam rumah member Ayie Prob dalam keadaan berbulu sebab Chelsea menang nasib. Bertolak ke KB selepas makan tengah hari. Sampai Kechau gua tengok budak2 kibar bendera Kelantan. Kechau ni bukan sempadan ni bro. Kalau sempadan gua tak heran. Pastu budak2 plak. Kalau mak bapak maybe dia asal Kelantan.

Start Kechau sampai Merapoh, kanak2, remaja berkumpul tepi jalan kibar bendera Kelantan. Gua rasa Presiden FAM anak-beranak dah boleh berambus la. Kalau Pahang sendiri sokong Kelantan dalam bola sepak. Ngaaa...

Start Gua Musang, baru projek agihkan bendera dan air mineral kepada budak2 dilakukan. Banyak kali berhenti.Berebut2. Sampai gua kena bebuat garang macam cikgu disiplin. Happy tengok diorang happy.

Penutupnya, hasutan R akan dilakukan di stadium sendiri nanti. 26 Mei ni hasutan secara jalan kaki plak. Walk 4 R. Nantikan poster dan pegumuman dari kami. Bersama kita catat sejarah dalam demo jalanan pertama di Kelantan. Insyaallah.



Perasmian PASTI GEMBIRA

Alhamdulillah. PASTI GEMBIRA yang sudah beroperasi selama beberapa bulan, kini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Brother Taufik. Tq aa bro..

Menurut saudara Dayat, semoga dengan pembukaan PASTI di kawasan elite (Taipan Senawang), dapat mengisi ruang vakum pendidikan anak-anak muslim di sini.

Terima kasih kepada semua penderma, penyokong kepada penubuhan PASTI ini. Semoga pendidikan berasaskan Islam kembali mendapat tempat oleh ibu bapa. PASTI GEMBIRA menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Kira anti PPSMI la. Ngaa...

Gambar-gambar perasmian.











Banyak lagi gambar di sini.

May 17, 2012

Perjuangan hasil bumi di Stadium Bukit Jalil


"Barang siapa yang berkemampuan untuk hadir memberikan solidariti, tetapi tidak, maka; termasuklah mereka itu dalam kumpulan tarian punggung UMNO." Imam AdukaTaruna

May 15, 2012

Beberapa perkara yang gua nak share.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Perkara pertama yang gua nak share pendapat ialah mengenai muzakarah yang dilontarkan Hadi Awang semalam. Beza muzarakah semalam dan muzakarah dulu ialah gelap dan terang. Memang ada yang curiga sebab barang muzakarah ni bermula oleh ulama bangang myang memilih pendekatan gelap dan mencetus fitnah. Alhamdulillah, rakyat berjaya bangkit dan hasilnya ulama bangang ada yang kalah, dan ada yang terkepung sekarang ni.

Untuk muzakarah semalam, terlatest punya, gua berpendapat, ianya perlu berlaku. Dengan syarat pertama, dilakukan secara live. Baik ustream, baik TV. Gua mahu rakyat terutama Melayu Hutan tahu hujah di mana titik PAS-UMNO tidak boleh bersama. Di mana titik PAS-UMNO boleh bersama. Ini sangat penting menjelang PRU13.

Syarat kedua pula ialah panel muzarakah dari PAS tidak total kepada kem muzakarah gelap. Jap lagi, Hadi + Harun + ABC bermuzakarah dengan UMNO, dengan live plak tu, mampos kena bahan dek ulama muda UMNO. Ianya perlu disertai secara seimbang oleh kumpulan progresif PAS. Barulah PAS for all.

[2]
Gua takda masalah dengan Tengku Melayu DAP yang membantah BERSIH 3.0 dilansungkan di jalanan. Gua hormati pendapat dia. Yang tak setuju dengan Tengku DAP tu, haruslah fight dengan hujah.

Bagaimanapun, selaku organisasi yang mempunyai perlembagaan sendiri, Tengku DAP itu tertakluk kepada perlembagaan DAP. Apatah lagi, kerusinya adalah lantikan, bukannya undian. Kalau undian, suaranya mewakili pengundi. Kalau lantikan, dia kena akur terhadap si pelantik. So, memang wajar DAP mengenakan tindakan terhadap Tengku DAP yang tidak menggunakan saluran perlembagaan dalam suaranya.

Namun, tindakan / hukuman tidak melantik semula Tengku DAP tersebut, diambang PRU13, ketika DAP menjadi ikon kebebasan tertinggi diantara 3 (PAS / PKR / DAP), adalah satu percaturan yang bodoh pada pendapat gua. Ianya mengasak maruah manusia supaya keluar dari kumpulan. Itulah yang berlaku. DAP mengembalikan momokan tradisi Melayu terhadap diri DAP itu sendiri ketika terdapat ruang2 pembebasan sudah jelas.

[3]
Penggulungan hujah kes gua jatuh pada Rabu ni. Kalau gua ada kes, gua akan dipanggil bela diri. Kalau takda kes, gua dilepaskan. Gua harap doa dari lu orang semua. Amin.

Daripada perbualan dengan seorang polis, diambang PRU ini, Najib mengumumkan dasar minima isu yang merugikan BN. Dari sekecil2 hingga ke sebesar2. Tahniah kepada sahabat Shauqey yang sudah dibebaskan. UMNO Pulau Pinang pun sudah membuat kenyataan membebaskan diri dari isu upacara kematian Lim Guan Eng oleh PERKASA.

Dan menurutnya lagi, parlimen bubar selepas Jumaat ini. Selepas 18 Mei.

[4]
26 Mei, gua nak buat demo jalanan pertama di KB. Tanya pendapat beberapa rakan. Akhirnya, menjadi status kami. Asal target kami sekitar 10-20 orang. Kami bukan mana-mana pemimpin. So, jumlah tidak mendamagekan kami. Kalau kami pemimpin A, kehadiran 20 orang, ianya mendamagekan individu pemimpin. Jadi, demi kelangsungan individu, banyak gerakan perlu diperapkan. Individu first, Allah second. Bantah kafirkan TGNA pun hijack crowd kuliah Jumaat.

Perbincangan demi perbincangan, ianya menjadikan 26 Mei di seolah2 Big Program. Gua tak setuju dari awal lagi. Sebab gua tak nak dianggap mencabar sesiapa. Dan gua tak mahu menyusahkan / meminjam sesiapa. Gua just nak bawa satu lagi budaya luar bersama rakan2, demi anak cucu. Lillahitaala. Beberapa sahabat masuk menggunakan NGO. Siap nak guna khidmat Unit Amal. Walkie Talkie dan usher bermotosikal.

Gua cakap, tak perlu big program. Sahabat cakap, takpa. Diorang uruskan. Lu dont worry lah. Akhirnya, ketika di Seremban, gua mendapat panggilan telefon dari sahabat berkenaan, bahawa satu sayap PAS telah menetapkan satu program 26 Mei dengan status setiap ahli wajib hadir. Gua senyum dan cakap, lu kena utamakan jemaah yang lu dah berbaiah.

Kan.... Gua dah baca benda ni dari awal dah. So, projek demo jalanan pertama di Kelantan, lillahitaala first, demi anak cucu, kembali kepada projek newbie. Kecil2an. Aman. Mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

May 13, 2012

Ingat (R), ingat perjuangan hasil bumi Kelantan.


Ini adalah perjuangan anak bangsa. Ini adalah maruah sejenis baka. Sertai perjuangan dalam program KKE'MOH pada malam Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Dan sertai perjuangan dalam demo jalanan 'Peace Walk' pertama di Kelantan pada 26 Mei ini.

Gambar Sharizat sengaja biadap pada orang Cina

Utusan Malaysia sengaja cetus perbalahan kaum dengan menerbitkan gambar Sharizat menyuap makanan kepada Cina dengan tangan kiri?

May 12, 2012

Insiden kantol dengan mak mertua.

Oleh : AdukaTaruna

Anak gua sejak koya dapat kaki sikit2 ni, buas ya amat la. Pada suatu hari (macam karangan budak2 la plak), bini gua ada kerja. Gua plak nak kejar masa. Mandikan anak gua, pastu pakaikan baju.

Bab nak pakai pampers, macam bertomoi dengan anak sendiri dah gua rasa. Sebelum pakai pempers kena bedak dulu. Anak gua plak tak bleh dalam posisi terlentang. Automatik dia akan meniarap dan merangkak. Kalau paksa dia lentang, kaki dia akan menerajang2. Nak pakai bedak caner nih? Masa darurat dah ni.

Gua pun ambil deodoran gua jenis spray. Gua spray. Pssttt... psssttt.. sekali mak mertua gua nampak. ngaaa....

Video pelawak Astro mendatangkan gelombang DISLIKE.

Oleh : AdukaTaruna

Ini antara kumpulan yang gua nak tengok keadaan mereka selepas Malaysia Lama berakhir. Ketika sejarah Malaysia Baru ditulis. Mesti cerita U Turn, diugut, periuk nasi, bertaubat, kesal akan menjadi mainan bibir.

Persediaan demo jalanan pertama di Kelantan.


Detail akan diumumkan kemudian.

May 10, 2012

Husam sudah mula berperang

 Husam dalam pertemuan dengan lebih 50 NGO Melayu seluruh Malaysia, malam tadi.


Husam bersama 13 pengamal media baru pro UMNO Johor, di kediamannya. Walau hanya 3 dari mereka bersetuju tidak akan memfitnah peribadi lawan, tetapi gua percaya pertemuan itu sedikit sebanyak menbentuk fikrah mereka.

May 9, 2012

Arab Saudi keluar senarai warga Malaysia dilarang kerjakan haji.

Riyadh 9 Mei - Arab Saudi hari ini mengeluarkan sejumlah senarai nama individu yang diharamkan memasuki negara itu, termasuk mengerjakan haji. Senarai nama yang difakskan ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia itu diserahkan ke Wisma Putra petang tadi.

Antara nama yang dikeluarkan ialah Salim Iskandar, Shaik Hussein Mydin, Novandri, Musa Sheikh Fadzir menjadikan keseluruhan mereka 30 orang.

Dalam satu sidang media, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Syeikh Qaad Ibrani, ketika ditanya sama ada senarai nama itu dikeluarkan kerana BERSIH 3.0 tempoh hari, menafikan demikian itu. Ujarnya kerajaan Arab Saudi mahu pengesahan dari kerajaan Malaysia sama ada mereka ini rakyat Malaysia atau India. - ABF

Malam Hasut Anak Muda (MAHAM)

Semua yang mahu menghasut. Sosialis, Islamis, Komunis, Pengemis, Opportunist. Dan siapa yang rela diri dihasut, dijemput hadir. Malam Hasut tanpa panji jenama politik. 

Jangan report Talian Nur bidio ni plak.

Video yang tak sanggup gua tengok sampai habes.

Pada gua, sebenarnya ada hikmahnya Allah takdirkan gua blah awal sebelum keganasan pihak polis. Gua jenis melawan. Polis (ketika berkumpulan) plak lagi la lawan dengan orang yang melawan. Maybe ada baiknya takdir pertembungan itu tidak berlaku kot. Wallahualam.

Begitu juga dengan video nih. Tak sanggup gua nak habiskan. Siapa sanggup lihat sendirilah. Ambil iktibar supaya kita menjadi lebih baik dari semalam. Amin.


May 8, 2012

Reaksi Marina Mahathir bila diajukan nama Anwar Ibrahim




Video streaming by Ustream

Bila Namewee sabotaj BERSIH

Ini kembar seiras Namewee. Jeming Hassan. Aktivis politik Kelantan. Haha



Patutlah Namewee sangat kebal.

Gua nak tampar TGNA Jumaat nih.



Terima kasih Rahim Noor kerana telah memberi gua hidayah. 

Rupa2nya selama ini anak gua ditahnik, didoakan oleh bapa kafir. Tiunama.

Sultan Kelantan juga menjadi makmum kepada bapa kafir. Jumaat ni gua lempang TGNA time beliau bagi kuliah.