Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Mar 31, 2012

0404 : Masa untuk lawan FAM anak-beranak.


Anuar Musa VS Presiden FAM : Gua sokong himpunan pro Anuar Musa.

Oleh : AdukaTaruna

Dengar2nya, set2 Kelate ni nak buat himpunan gergasi menyokong Anuar Musa dalam isu cubaan mencantas dalam FAM oleh Presiden FAM sendiri.

Gua tak tahu isu sebenar, tetapi, kalau himpunan itu menjadi kenyataan, gua akan hadir memberikan sokongan atas tajuk Anuar Musa lebih berwibawa meneraju FAM dari Presiden dan anaknya sekarang ini.

Itu kita bercakap soal 3 pilihan yang ada lah. Kalau ada 4 pilihan, Datuk Basri Akil ada lagi, gua akan sokong Basri Akil. Tapi bercakap soal 3 pilihan yang ada, demi masa depan bola sepak Malaysia, gua akan turun memberikan sokongan kepada Anuar Musa.


Kami dipanggil lembu - Wanita UMNO

Ngaaaaa.....

UTTV : Gua bersama Ostad Wan Ji dan Jeming Hassan







Mar 30, 2012

Gua, Bob Lokman dan Tan Seng Giaw di UTTV

Oleh : AdukaTaruna

1. 8.00 pagi, Jumaat, 30 Mac 2012, insyaallah, gua akan bersama Bob Lokman. Live di studio UTTV. Lu orang bleh tonton di http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming Soalan dan komen boleh dihantar di Facebook gua, AdukaTaruna.

2. 8.30 malam, Jumaat, 30 Mac 2012, insyaallah, gua dan Irene (Penghulu Tanpa Mukim Kota Bharu) akan bersama Dr Tan Seng Giaw. Live di studio UTTV. Lu orang bleh tonton di http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming Soalan dan komen boleh dihantar di Facebook gua, AdukaTaruna.

Mar 28, 2012

Ada sesiapa dok KB bleh tolong gua tak?

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Hahaha.. biasalah.. time gua camni, bila lagi nak susahkan kengkawan. Ngeee.. Ada sesiapa yang kenal driving school area KB tak? Yang bleh kaw tim harga sket la. Bini gua dah pandai bawak kete lama dah. Cuma nak ajar sikit2 jer lagi. So, dengan kurangnya jumlah jam belajar, maybe harga bleh kurang lagi kot.

Kos mahal nak buat lesen ni gua nak bawak ke parlimen, lambat sangat pulak. Gua kena bertanding jadi MP pulak dulu. Kah3. Gua kena stanby la. Kot2 gua ke penjara. Skang ni hampir kebanyakan perkara settle dah. Alhamdulillah.

[2]
UTTV akan dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2012 bersamaan hari Aprilfool negara. Hua3.. Acara dimulakan dengan solat hajat. Mula2 gua kena jadi imam. Tapi Ostad Wan Ji telah mensabotaj dengan meminta gua dibatalkan tauliah imam. So, UTTV guna khidmat Ostad Jaa.

Kepada yang mahu turut sama bersolat dan mendoakan medium media baru UTTV ini terus berada di landasan yang sepatutnya, marilah sama bersolat hajat di Wisma Suara Muda. Nak kecek tak panda, kawe wi peta jah.


 Kedua-dua gambar ni gua ambil dari Group Facebook UMNO tumPAS.


Mar 26, 2012

Dilemma rakyat. Antara perubatan kerajaan dengan swasta.

Oleh : AdukaTaruna

Gua pun tak pasti sama ada gua ni betul atau tidak. Tapi, base on pemerhatian gua, dan cerita rakan2, maka gua taip la N3 gua nih.

Member gua si Ayet (bukan nama sebenar), masa isterinya bersalin anak pertama, mereka menggunakan perkhidmatan swasta. Az-zahra apa ntah kat Bangi. Anak pertama dikatakan bermasalah membuatkan doktor sarankan pembedahan.

Anak kedua si Ayet juga doktor sarankan pembedahan. Di swasta jugak. Gua tak tahu sama ada benar atau tidak, atau ianya bermotifkan duit. Kalau pembedahan, swasta akan caj mahal woo.. Kalau gua benar, maka gua rasa sistem menzalimi si Ayet.

Kini isteri Ayet dikatakan hanya selamat melahirkan seorang anak sahaja lagi. Kerana sudah 2 kali pembedahan. 2 anak pertama lelaki. Dan keluarga Ayet mengharapkan kali ini perempuan.

Itu cerita swasta. Bagaimana dengan cerita kerajaan? Gua bimbangi, wujud satu falsafah, sampai bayi mampos pun, kalau boleh elakkan pembedahan. Mahal. Doktor pula kena kerja lebih berat. Maka, kita tersepit dalam 2 sistem yang wujud.

Apakah ada satu sistem yang boleh pembaca cadangkan untuk kita atasi benda ini selepas Malaysia Baru nanti?



Mar 25, 2012

Sebuah catatan gua.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Blog ni bukan milik gua secara rasmi dan peribadi. Masa gua dilokap, blog ini terus diupdate.  Kalau gua mati nanti, blog ini akan terus diupdate. Insyaallah.

N3 kali ni, catatan peribadi gua hari2 terdekat ni. Bz la. Gua kena buat persediaan kalau2 gua ke penjara 10 April nih. Anak bini. Itu priority utama gua. Then gua kena settlekan kos peguam gua. Alhamdulillah. Dalam sukar, ada kemudahan. Takda pilihan selain  gadai prinsip. Gua kena harung. Gua selalu doa, kalaulah satu hari nanti gua tak tahan, mohon Allah takdirkan gua berhenti. Bukan U turn. Amin.

[2]
Mulanya gua ambil keputusan berhijrah ke KL. Syarikat tawar gua gaji Pengawal Keselamatan Bersenjata RM1700. Gua plan hijrah selama 3 bulan. Boleh settle sedikit kos lawyer. Lepas ni, kalau gua ada kes, gua akan bela diri gua sendiri kot. Sebab gua rasa, gua dah semakin tahu. Maybe silibus Allah untuk gua pergi jauh lagi tanpa takut dengan kos mahkamah. Wallahualam.

Tapi, malangnya mahkamah tetapkan 10 April final. Mana sempat 3 bulan. Gua terpaksa fikir plan lain. Muhammad AEON Bin Kreadit kasi gua pinjam. Wakakaka. Settle 1 bab. 1 bab lagi ialah joran bini gua jika gua ke penjara. Supaya dia boleh menggantikan tugas gua memancing untuk sementara.

[3]
Gua sudah hantar surat berhenti kerja as Pak Guard. Sebab gua dilamar UTTV bermula 1 April nih. Sebuah televisyen internet yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak-anak Kelantan. Walau tak banyak, tapi lebih banyak dari RM700 gua as Pak Guard. Yang paling penting, ianya seolah2 susunan laluan untuk gua.

Dengan berhentinya gua as Pak Guard, dengan laluan baru ini, gua harapkan gua lebih memperkukuhkan langkah dalam menyediakan laluan mendapatkan RRM. Wallahualam. Berikut adalah aktiviti gua atas nama UTTV yang diberikan kerjasama sepenuhnya kerajaan negeri atas nama demokrasi. Kelantan adalah universiti politik Malaysia? Gua semakin memahami istilah ini.

 "NFC setuju menyerahkan lembu-lembu itu kepada gua. Percayalah adik-kakok sekeliee."

 "Biar janggut 2-3 helai, takper bro.. janji jangan riak macam Jean Francois. Kah3.."

 Perut siapa paling kempis sekali? tulah tandanya orang tak makan rasuah. Ngeee..

 Pasal ostad ni adalah gua nak bawa naik Killafairy tak lepas. Huh!

Ingatlah tuan2... Dajal itu ada 2 tanduk. Kah3...



Mar 15, 2012

Pendapat dari seorang tentera.


Oleh : Askar Setia

Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera.

Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa.

Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain.

Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tujuan tertentu dan suka-suka namun, ia bukan perkara main-main dan harus dihentikan dengan segera.

Justeru, saya amat mengharap agar Saudara dapat memadamkan entri berkenaan' Acuan membentuk polis dan tentera di negara kita?' di blog dan menasihati rakan-rakan yang lain agar tidak menyebarkan gambar berkenaan. ATM bukanlah satu entiti yang boleh dipersenda sedemikain rupa. Kami bersusah payah membanting tulang empat kerat demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

ATM juga tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan sedemikian rupa.

Wassalam

-Askar Setia-

Mar 13, 2012

Berparang : 4 lawan 1.



Abe2 gedebe sekalian, wak gapo baloh gitumore. Takpo2.. nanti bilo UTTV siap, insyallah, kito bui hok sapo2 nak baloh, baloh secaro sehak. Baloh idea. Baloh pandange. Baloh hujah. Terer tok kawe kecek Klate lo ni?

Acuan membentuk polis dan tentera di negara kita?


Adakah gambar yang tersebar di FB ini adalah acuan untuk membentuk / melahirkan polis dan tentera di negara kita? Jika begitu apakah hasilnya? Jika sudah lama begitu, sekarang ini hasilnya bagaimana?


Mar 11, 2012

"Bukan kita orang yang cover Papa Gomo."

Semasa di mahkamah, ketika sidang take 5, gua lepak di luar. Gua pun sound JSJK Bukit Aman dengan nada gurau2.

"Lu memang tak adil la. Bila nak tangkap Papa Gomo nyer, bro?"

Dengan nada setengah sedih dan setengah marah dia bagi tau gua masyarakat hanya tahu marah polis. Tapi sebenarnya berapa banyak kertas siasatan yang dihantar polis ditolak Peguam Negara?

"Lu tanya Peguam Negara la Aduka.. diorang ni yang cover Papa Gomo. Bukan kitaorang."

Sup gear box terakhir sebelum Kak Jat letak jawatan.

Kak Jat letak jawatan? Atau tak sambung senator? Apa kaitan Kak Jat dengan dosa si suami curi duwet ratus juta? Tak perlu mahkamah? Hanya perlu tidak sambung jawatan senator untuk dosa curi duwet rakyat? Teknik umrah tidak jadi? Ini adalah sup gear box yang gua makan sebelum berita Kak Jat tidak sambung jadi senator. Tq kepada yang menjemput dan membelanja gua. Ngeee..

Mar 9, 2012

Syauqey yang gua kenali.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber 1 : Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan
Sumber 2 : Langgar Utusan Malaysia (Kelantan)

Ketika gua masih baru dalam dunia politik Kelantan, seorang rakan mengatakan budak ni (Syauqey) sama berani macam lu, bro. Cuma dia gila sket. Gua usha dia dari jauh jer lah. Itulah pertama kali gua tengok Syauqey dalam satu program.

Kemudian, ketika rakan2 kelam-kabut dengan kes Hjosama Gi yang ditahan jual T Shirt BERSIH gua, Syauqey turut ditahan. Kes memprotes cara polis menahannya ketika menaiki motosikal. Gua mendengar polis memijak kepala Syauqey. Kemudian protes berlanjutan dengan dia berguling2 depan balai polis sehingga polis memanggil ambulans untuk dirujuk sakit jiwa.

Seterusnya gua semakin kenal akan sahabat gua ini. Gua banyak kali bersama2nya dalam mesyuarat aktivis politik dan NGO. Ada banyak gua tak setuju dengan beliau atas tajuk method tindakan disebalik mengakui keberanian dia.

Biasalah, manusia. Mana ada sempurna. Gua juga begitu. Ramai pimpinan tidak suka Syauqey begitu juga gua. Cuma, bezanya mungkin, gua diterima aktivis bawahan, dan Syauqey sedikit sukar diterima dari pelbagai perkara.

Tetapi perjuangan Syauqey adalah satu matlamat yang sangat baik. Selari dengan perjuangan PR. Gua boleh hormati dalam dirinya memilih method atau kaedah. Bukan sekali-dua gua bertekak dengan budak nih dalam meeting. Dan ofkos dia sangat professional. Bertekak hanya dalam meetting atau peluang bersuara dalam wacana / forum.

Kelemahan Syauqey ialah dia tidak berada dalam dunia luas. Internet. Dia hanya berada dalam kelompok realiti yang dicapai oleh pancainderanya secara konvensional. Itu yang membentuk Syauqey sebegitu. Pernah gua cadangkan nama Mat Saman Kati, dan Syauqey tidak pernah dengar nama MSK! Tidak pernah dengar nama beberapa blogger. Menunjukkan dia jauh dari dunia luas yang mungkin boleh membantunya dalam memilih method dan seni dalam setiap perkara yang mahu dia ambil. Gua tidak mahu memberikan contoh kerana N3 ini bukan bertujuan melumpuhkan. Tetapi memberi faham.

Hari ini, dia dijatuhkan hukuman penjara setahun akan kesalahan menghalang penjawat awam (polis). Tiada banyak yang mampu gua bantu kerana gua sendiri bermasalah. Hanya sedikit artikel yang harapnya boleh mengalihkan sedikit tumpuan kita kepada Syauqey. Sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang ingin disampaikan bolehlah dirujuk kepada akaun FB yang bernama Aina Sayuti.

Solidariri untuk Syauqey atas nama matlamat perjuangan Syauqey yang sama dengan kita semua. Hidup Syauqey!

Sedih siot. Iktibar kepada gua.


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinyaditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


Mar 8, 2012

Kisah hidup gua 3 - 8 Mac 2012.

Oleh : AdukaTaruna



[1]
Keta Mazda gua baru service. Roadtax dah bayar guna BR1M. Cun. Alhamdulillah. 5hb-7hb gua ada kes mahkamah. Atas tuduhan menghina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos. Kelulusan cuti dari majikan settle. 8hb kul 12 malam gua start kerja semula. Tu pasal perlu naik kete Mazda gua. Settle kes mahkamah gua terus ke Kelantan.

Gua akan start cuti 3hb. Cadang bertolak lepas Zuhur. Bini n anak gua tinggal Seremban sana dan akan balik dengan sedara-mara by bas nanti. Ada kenduri kawin. Gua akan drive sorang2 dari Seremban ke Kelantan. Menjelang petang 2hb, Mazda gua buat kelakar. Takmo hidup guna kunci. Kena hidup macam kete lumba. Tolak.

Pagi, gua pergi bengkel kete. Ijtihad gua, maybe Allah suruh gua naik keteapi. Sebab gua akan drive sorang2. Kalau tak settle Mazda gua, gua terpaksa pergi beli tiket ketapi. Limit jam 10 pagi. Gua bagi masa pada diri gua. Kalau tiket keteapi habes, gua cari bas. Kalau habes gak, gua drive Mazda sampai Kuala Krai, dan minta tolong member pinjamkan ketenya kepada gua.

Sampai bengkel kete jam 8.30pg. Jam 9 pomen sampai. Start. Terus hidup. Tiuuuuuuuuuuu.. jangan bergurau la kete woi.

"Apo yang rosak ni Jang oi?" Pomen tu try kecek nogori dengan gua. Huduh sungguh soundnya.

"Tadi tak bleh start, be." Gua pulak try kecek Klate.

10 pagi. Mazda gua tetap boleh start. Pomen cakap dia tak bleh trace rosak kalau camni. Pulak... keteapi ke Mazda. Mazda ke keteapi. Ke keteapi berjenama Mazdan. Ke...

[2]
Member sekerja gua suruh beli tiket keteapi. Masalahnya kalau keteapi, gua akan langgar tarikh cuti.

"Jap Na. Diam jap. 5 minit. Gua nak fikir jap."

Akhirnya gua ambil keputusan naik Mazda. Tapi ikut Gua Musang. Sebab kalau ikut Terengganu, takda keteapi. Apa2 hal terjadi, gua boleh minta tolong member hantarkan gua ke stesen keteapi. Takda tiket, naik lompat. Bini dan anak kena tidur kat surau la.

Kuala Krai ada member. Alhamdulillah. Manek Urai ada. Alhamdulillah. Gua Musang ada. Alhamdulillah. Merapoh takda. Jangan Mazda buat kelakar kat sini, sudah. Kuala Lipis ada. Alhamdulillah. Raub ada Alhamdulillah.

[3]
Perjalanan lancar. jam 5 petang gua singgah Petronas Gua Musang. Untuk solat Asar. Settle. Start kete hidup. Cun. Tapi bila jalan ada bunyi besi bergesel sebelah tayar depan kiri. Warghhhh.. tinjau2 takda. Bini gua dah cemas. Gua dengan KMT jer releks. Hua3..

Jalan menuju ke bulatan Gua Musang tayar depan kiri terus jem. Takmo gerak. Jeng3.. Sudah. Kalau gua tak hadir mahkamah, kompom waran tangkap keluar. Gua kol Ayah Su Pok Nik. Tak dapat. Aduss..

Kol Tok Ggawo Manek Urai.

"Salam Tok. Kete problem kat Gua Musang. Nak minta tolong hantarkan gua dan bini ke stesen ketreapi. Tak hadir mahkamah 5 hb ni, waran tangkap keluar ni Tok."

"Beres.. Lagi 1 jam setengah gua sampai."

"Jap Tok. Try kol seorang lagi member. Takut bantuan bertindih, menyusahkan pulak."

"Ok."

Kol Ayah Su Pom Nik. Dapat. Dia duduk kira2 3km dari lokasi kereta gua. Kol semula Tok Ggawo batalkan bantuan. Sebelum Ayah Su sampai, sekeluarga polis (berdasarkan T shirt ada logo polis) U turn singgah tanyakan keadaan gua. Maybe dia kesian tgk KMT. Gua ucapkan tq sebab dah ada rakan dalam perjalanan. Ayah Su hantarkan gua ke stesen keteapi. Mujur tiket ada. Ngam2 2 seat. Jam 10 malam keteapi akan sampai.

Pergi semula ke kereta. Drive paksa kete gua untuk parking kat rumah Ayah Su. Terdetak2 bunyi tayar depan bila kena paksa. Settle sementara kete. Settlekan KMT pulak. Mandikan dia di surau stesen. Mujur anak gua tahan lasak sejak kecil. Jam 10 gua chow. Tq Tok Ggawo dan Ayah Su.

Kata orang Melayu dulu2... kuat memaki-hamun susah dapat kawan. Tapi sebaliknya berlaku kepada gua. Kuat memaki-hamun banyak pulak kawan. 1 Malaysia pulak tu. Gua paling kuat maki Hadi. Tapi negeri paling banyak kawan gua ialah Terengganu. Ahli PAS pula tu. Hua3..

[4]
Kes mahkamah gua bermula. Pendakwaraya mencadangkan kepada gua untuk mengaku bersalah dengan denda RM10k dan jaminan tiada hebahan media. Katanya gua tetap akan didapati bersalah. Itu jaminan mulut di luar mahkamah kepada gua.

Ada banyak kemudahan yang gua dapat dalam kes gua. Gua tak tahu dari siapa. Maybe gua bukan pembolehubah seperti Anwar Ibrahim, so, kemudahan tu gua dapat.

1. Gua dihalang dihantar ke Johor.

2. Kes gua diambil alih oleh PDRM tertinggi iaitu Bukit Aman. Membuatkan gua OKT yang digeruni polis2 'jahat' lokap.

3. Gua bayar wang jaminan ketika habis waktu pejabat. Orang yang terima siap bagitau gua bahawa mereka diarahkan tunggu gua walau waktu pejabat dah habis. Polis JSJK Seremban pun siap bertanya kepada gua sama ada gua anggota polis juga atau tidak sebab mana pernah wang jaminan dibayar selepas pejabat.

4. Gua tidak makan makanan penjara. Sebaliknya PDRM belikan gua makanan. Di lokap Pengkalan Chepa, gua diasingkan dari banduan lain. Lokap gua hanya untuk gua.

So, gua terus cakap, gua memilih penjara dari membayar denda. Duit satu hal, laluan untuk orang lain atau anak gua satu hal lagi. So, gua mohon, kalaulah kemudahan itu diberikan lagi kepada gua, gua nak minta penjara Pengkalan Chepa. Dekat dengan anak bini gua.

Terus lawyer gua potong. Jangan fikir dulu pasal penjara. Kita lawan dulu.

[5]
Pada penilaian gua sebelah pihak, perbiacaraan mahkamah memang memihak kepada gua. Dari saksi Ketua Forensik Cyber Security, telah ditanya lawyer gua :

"Adakah anda setuju bahawa Khairul Nizam yang menjual novel dalam blog AdukaTaruna itu tidak semestinya pemilik blog AdukaTaruna?"

"Saya setuju."

"Tadi kamu mengatakan kamu mempunyai bukti Laptop itu pernah memasuki ruangan admin blog adukataruna. Pada tarikh artikel itu dimuatnaik. Tetapi mengapa kamu tidak menjumpai bukti muatnaik artikel tersebut?"

"Mungkin dia bukan penulis artikel tersebut."

"Adakah kamu setuju blog adukataruna mempunyai ramai penulis yang memunyai akses memuatnaik artikel?"

"Saya setuju."

Kebanyakan saksi yang dibawa adalah pereport polis. Kesemua mereka bodoh dalam internet. Ayat report pula sama. Dan dari mana mereka tahu artikel itu, semuanya dari sms.

Seorang Ketua Pemuda Cawangan Kg mana ntah dari Simpang Renggam ketika diminta lawyer gua menyebut nama blog gua :

"ww.blogspotadukataruna.com."

"Anda pasti."

"Ya saya pasti."

Mujur jawapannya direpair oleh pendakwaraya.

Seorang pereport polis ditanya lawyer gua :

"Adakah anda setuju, jika anda tidak menerima sms tersebut, anda tidak akan tahu kewujudan artikel itu?"

"Tidak setuju."

"Jadi ini bermakna, sama ada terima sms atau tidak terima, anda tetap akan mengetahui kewujudan artikel tersebut. Setuju atau tidak?"

"Tidak setuju."

Dengan polis mahkamah tu sekali tergelak.

Seorang lagi pereport polis ditanya lawyer gua :

"Kamu mengatakan aritikel itu ditujukan khas kepada Almarhum Sultan Johor kerana pada ketika itu tiada sultan negeri lain yang mangkat. Tetapi artikel tersebut dimuatnaik sebelum kemangkatan."

"Ketika itu dia gering."

"Apa maksud gering?" Hakim bertanya.

"Nazak."

"Sakit pun gering, bukan. Nazak pun gering. Gering yang mana? Soal pendakwaraya.

"Nazak."

"Nazak bermaksud bila2 boleh jalan la, kan." Pendakwaraya Sikh itu menambah. Satu mahkamah gelak. Termasuk 2 lawyer di mejala Plaintiff. Kecuali hakim dan gua. Gua takut gelak sebab takut mempengaruhi keputusan hakim. Hakim menegur pendakwaraya. Pendakwaraya mohon maaf.

[6]
10 April adalah final. Sama ada gua perlu dibela diri atau dilepaskan. Kalau gua disabitkan kesalahan, kata hati gua hari ini, gua takkan bayar denda. Gua pilih penjara. Dan mohon pihak yang berikan kemudahan kepada gua tu berikan sekali lagi. Berilah gua penjara Pengkalan Chepa.

Kalau gua dibebaskan, pada gua, gua dah dapat perbicaraan yang adil. Berdasarkan penilaikan sebelah pihak gua akan situasi perbicaraan gua.

1. N3 itu untuk novel mengikut siasatan polis.
2. Tiada bukti gua pemilik tunggal dan rasmi blog adukataruna mengikut Cyber Scurity.
3. Pereport polis gagal buktikan artikel tersebut ditujukan khas kepada Almarhum sultan.
4. Dari kesemua pereport polis yang dipanggil, hampir kesemua mereka buta internet.

Terima kasih kepada yang mendoakan gua. Dan gua memohon doa dari kalian sekali lagi. Radio Budu berDJkan gua akan ke talian esok. Jumaat. Jam 10 pagi. Amin.

Menjelang pulang ke Kelantan. Ayah Su memaklumkan, pomen tak jumpa masalah kete gua. Kete Mazda gua ok. Siap buka dan test drive. Pelik. Keteapi gua turun Gua Musang. Gua drive Mazda gua sambil diekori kete Ayah Su sampai Pengkalan Chepa. No prob. Huh?

Mar 1, 2012

Radio Budu, radio paling realiti.

Oleh : AdukaTaruna

Design by TheYellowBoutique

Lama dah gua nak buat satu platform untuk bukan pemimpin. Selama ini pemilik2 idea hanya menjadi tukang setup kepada pentas pemimpin melahirkan idea mereka. Orang2 macam MSK, Eddy, mahasiswa, pekebun, etc contohnya just jadi tukang setup ceramah. Di FB banyak rakan2 FB yang mempunyai idea mengenai negara. Tapi tiada platform. Hanya menulis. Padahal setakat ahli politik macam Azmin Ali, tahap cikai punya idea. Takda langsung. Berapa banyak ahli politik yang hanya menjaga parti, atau ketua parti. Bukan penyumbang idea di parlimen.

Gua, AdukaTaruna, memohon untuk bina satu platform dianggap kebanyakkan orang politik sebagai memberi gua senjata. Dan senjata tu pasti tiada jaminan menikam mereka sendiri. Tak mengapa, gua professional. Apa sahaja perlukan duit, bro. Gua bukan kaya. Ni pun silap2 gua akan ke KL untuk 3 bulan. Kerja sana. Syarikat offer RM1800. Tinggal anak bini la, kejap. Nak bayar lawyer maa.. Buat Melayu2 bodoh yang merelakan diri menjadi perisai kepada sistem seltan tu, gua takkan maafkan sampai kiamat. Gua bukan baik mcm nabi. Allah bagi hak memberi maaf kepada gua. Ngeee...

Akhirnya seorang rakan membantu. Bayarkan server. Belajar sofware asas DJ. Winamp. Nak DJ kat rumah plak tak sesuai. Kena DJ kat tempat kerja nih. Kena ada berukben. Maka share la sorang sikit bagi bayarkan berukben. Masa MSK, Anas Jalil, etc ada as pemberi idea, guna skype, walau laptop 1 Malaysia gua asyik hang, audien mencecah 90 orang ip unique. Pada jam 2-3 pagi tuh. Radio Budu plak masih baru dan huru-hara.

Alhamdulillah. Kini keadaan semakin stabil. Ada banyak bukan pemimpin yang berpeluang menyampaikan idea. Inilah radio paling realiti pada gua. Takda studio. Macam2 bunyi masuk. Paling wajib ialah bunyi motor member Pak Guard gua yang keluar masuk. Paling adventure bila bos gua sampai time gua tengah DJ. Sound pendengar sepatah dua, terus tutup laptop dan cabut berukben. Tak sempat nak shutdown. Berukben paling penting. Sebab kena jimat. Duit rakyat tu. Hua3..

Teringat ketika Sembang Larut Malam dengan Edyes, Cuping, Fakrudin dan Jean. Masa masih dalam keadaan ujikaji. Tengah on air kucing rumah gua boleh bertumbuk dengan kucing jiran plak depan microphone. Live bersama Adam Adli kat bilik rumah Jeming. Dengan wayar berserabut, buku majalah bertimbun, dengan Jeming tak pakai baju. Kesemua 'panel' on air dalam keadaan meniarap atas tikar. Mengadap laptop.

Semoga Radio Budu ni akan stabil dari segi masa ke talian. radio Budu skang dah ada beberapa DJ, cuma mereka maybe masih segan nak bercakap. Gua akan cadangkan beberapa DJ lagi. Inilah satu platform yang dibangunkan bagi memberi peluang bukan pemimpin menyampaikan idea2 mengenai negara. Amin.