Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 31, 2012

Wacana terpanas! : Anak Muda VS Orang Politik.

Tarikh : 3hb. Februari, 2012
Tempat : Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan.
Waktu : 9:00 malam
Penganjur : UMNO TumPAS (Group Facebook)

Moderator : Syam Ghaz

Panelist:
1: Ustaz Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan) Orang Politik
2: YB Amiruddin Shari (ADUN Batu, Caves) Orang Politik


VS

3: Mohamad Hafizudin (Mahasiswa) Anak Muda
4: AdukaTaruna (Blogger Bebas) Anak Muda


Jan 30, 2012

Iktiraf negara Israel : Anwar akan rasa tentangan lebih dari apa yang Hadi Awang rasa. Amin.

Oleh : AdukaTaruna

Anwar adalah produk UMNO. Untuk audien Cina atau India, UMNO berwajah lain. Kenyataan lain. Untuk media Melayu, UMNO berwajah lain, kenyataan pun lain.

Begitu juga dengan undang gay ketika media antarabangsa. Anwar membuat kenyataan yang serampang 2 wajah. Selepas beberapa hari, Anwar buat kenyataan 'membetulkan' kenyataan serampang 2 wajah dalam media bahasa Melayu.

Kes terjadi juga dengan pengiktirafan negara Israel oleh Anwar. Selepas kenyataan untuk media antarabangsa, Anwar pun buat kenyataan untuk media Melayu.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.


Keadilan bagi rakyat Israel? Heh! sebab tu gua tak minat Anwar. Dan tak hadir apa sahaja program dia.

Bila dia sebut rakyat Israel, bermakna dia iktiraf Israel itu sebagai negara. Negara Israel adalah haram berdasarkan timeline Salahuddin Ayubi yang membebaskan Palestine.

Kaum yang guna logo bintang bucu 5 sebenar adalah kaum Yahudi yang memilih untuk tinggal di Palestine dari zaman Nabi Daud dan selepas Salahuddin. Sehingga ramai antara mereka yang menjadi muslim.

Yahudi2 yang sendiri memilih tidak mahu tinggal dalam pemerintahan Islam Salahudin selepas dimerdekakan dari pemerintahan Kristian (blok barat) yang zalim itu, gua berikan nama
Yahudi Kategori B.

Yahudi2 Kategori B itu kemudiannya membentuk fahaman Zionis, yakni fahaman berasaskan gerakan mendapatkan negara sendiri walau apa cara. Target mereka, tanah yang kononnya asal-usul mereka. Itu bukan negara mereka. Tetapi itu negara Yahudi2 yang sudah menjadi muslim dan Yahudi2 lama yang masih menggunakan bintang Nabi Daud (bucu 5). Cuma masalahnya ialah Arab menukarkan identiti bangsa mereka kepada Arab selepas mereka memeluk Islam. Macam Melayu yang berlumba2 menjadi Arab bila pegang sijil agama.

Akhirnya, tanah2 Yahudi muslim dan Yahudi bukan muslim dirampas. Dalam 1 peperangan. Selepas peperangan dunia kedua dimana telah terbentuk New World Order. Ditubuhkan negara bernama Israel dengan penindasan terhadap kaum yang tinggal di situ sejak nenek-moyang. Oleh kaum yang tinggal bukan di situ, tetapi menggunakan hujah nenek-moyangnya pernah tinggal di situ. 


Sebab itulah sebarang bentuk perakuan Israel adalah negara adalah haram. Sama ada hubungan diplomatik, sukan mewakili negara, dan lafaz kerakyatan seperti Anwar. Musuh kita adalah kewujudan negara Israel yang haram diiktiraf muslim dan Yahudi2 Bintang Daud yang tulen.

Cuma gua tidak akan lawan Anwar dalam misi mendapatkan Malaysia Baru. Dapat sahaja Malaysia Baru, Anwar akan rasa apa yang Hadi Awang rasa. Insyaallah akan lebih advance. Lillahitaala.
Demi Allah.


Bergambar : Gua ambil C&U (senjata api)

Oleh : AdukaTaruna

Mungkin tak setaraf dengan Rela, polis dan askar. Tapi dah blog gua, gua tulis la pengalaman gua. Syarikat hantar gua ambil C&U untuk lesen senjata api. Bawah PDRM. Garang nak mampos bai polis yang handle senjata api nih. Sebab benda alah ni berbahaya. Tak bleh buat secara kuliah Semanis Kurma der.

4 orang dari Kelantan dan beberapa dari negeri lain diasingkan sebab pemohon baru. Kena ajar teori dulu. Ada 3 orang polis garang handle senjata api nih. A dan B handle latihan pemegang lesen. Manakala polis C handle kitorang.

Cerita 1.
Setelah diajar, dan diberi amaran tentang keselamatan senjata api, polis C pun bertanya.

"Baik. Sekarang siapa dalam kumpulan ini pernah menembak. Tak kira la senapang kawan ke, abah ke. Keluar ke depan. Cepat! Cepat!!!"

3 orang keluar. 2 dari Kelantan (termasuk gua), sorang dari mana ntah.

"Kamu tembak guna apa?" Soal polis pada member gua.

"Senapang kawan. Dia Rela."

"Kamu?" Polis tu tanya gua plak.

"Arwah Abah punya. Dia Rela gak dulu."

"Kamu?"

"Senapang Funfair."

Dengan polis2 sekali gelak. Terus mamat tu dipanggil Funfair.

Cerita 2.
Member gua ni memang lucu orangnya. Polis C petik nama dia. Dia dah gelabah. Polis tu ajar dia cara tembak berdiri. Tapi dia kidal. Polis tu tukar la cara2 untuk orang kidal.

"Kalau kidal, dah senapang kat bahu kiri, apsal guna mata kanan? Mata kiri! Mata kiri! Woi Mat! Bengong! Mu tutup 2-2 mata wat per?"

Member gua punya cemas nak kenyit mata yang mana satu, sampai dia kenyit kedua-dua mata. Wakakakaka.

Cerita 3.
Lepas teori dan praktikal tanpa peluru, tiba time guna peluru. Peluru hidup bai. Member gua yang tadi, orang pertama. Lepas 'cekah' pum gun tu, buka kunci keselamatan picu, ready nak tembak, polis bunyi wisel tanda tembak. Tapi member gua g 'cekah' sekali lagi pum tu. Melantun peluru hidup keluar. Ada lagi 3 dalam. Dia terus tarik picu tapi tak meletup.

Dia angkat tangan menandakan dia ada masalah. Betul dah. Yang salahnya, dia pusing badan nak tgk sama ada polis perasan dia angkat tangan atau tidak. Pusing dengan muncung senapang bersama. Gua orang no 2 belakang dia. Budak depan gua terus meniarap. Gua tak tiarap la sebab muncung tu sebenarnya kat kumpulan lain.

Polis B yang berdekatan terus berlindung belakang gua. Niamakai. Gua pun menyangkung la. Biar polis tu terdedah. Polis tu terus serbu member gua tadi. Seb baik tak kena penyepak. Dia dah angkat kaki dah. Huhu. Polis tu dah nak halau dah member gua dari situ. Mujur la polis A dan C tarik kasi kaunseling kat member gua tu. Dia direhatkan sebentar.

Guna peluru penabur tu bai. Kompom mampos 3-4 orang kalau meletup tadi. Gua kompom syahid punya. Sebab dah lebih 24 jam gua tak kutuk ulama Hadi. Hua3...

Cerita 4.
Walau gua baru, dalam kumpulan pemohon baru, ada 3 orang termasuk si Funfair yang berjaya tembak kesemua 4 piring sasaran. Posisi menembak berdiri. Habes sesi pum gun, kami dapat main pistol plak.

"Kalau lulus pistol, bleh mohon jadi bodiguard." Sound anak tokey syarikat pada gua. Gua bukan minat pun. Gua minat senjata api tu jer. Ni baju gua masa kena tahan kes dituduh hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos tu.


Dulu gua selalu bangangkan polis dalam Gerak Khas yang tembak tak kena2. Rupa2nya pistol memang payah bai. Tak tahu la pistol tu yang bangang atau gua sama bangang dengan polis Gerak Khas Yusof Haslam tu.

Jarak piring 20 meter jer, gua hanya dapat tembak sekeping dari 4. Si Funfair dapat 2 keping. Tapi tak aci sebab polis pegangkan tangan dia. Sorang lagi hanya dapat tembak tanah. Hahaha.

Berikut adalah gambar2 curik yang gua sempat ambik. Gambar curi tak ketat sangat. Yang ketat gila babi ialah komponen senjata dan peluru. Kelonsong peluru pun tak boleh bawa keluar. Siap kena ikrar sumpah lagi.







Jan 28, 2012

PAS atau PKR : AdukaTaruna VS Ust Azhar (1)

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Seminar Metologi Pemilihan Calon Dalam Pilihanraya Menurut Kaedah Siasah Syar'iyyah. Pada 28 Januari. Di Bangunan ABIM Tanjung MAS, Pengkalan Chepa.

Gua mengulas pembentangan oleh Ustaz Mohd Azhar Abdullah dan dijawab beliau kembali. Nanti gua kemas kini N3 ni bila dah siap upload. Cuma audio kureng sket la. Bila speaker dewan dirakam mic handphone. Seb baik audio gua ok sebab gua tak guna mic. Wire mic tu tak sampai ke whiteboard.

[2]
Gua menggunakan word bodoh yang membawa maksud bebal dalam pembentangan intelek. Ianya bukan mencarut. Ianya word yang membawa makna. Tapi ada seorang tua tak setuju. Gua hormati. Tapi gua takan tunduk pada budaya lu. Gua biadap? Terpulang.



Updated.


Bila Hadi tawar tidak bertanding dengan word 'tapi'.

Sumber : Sinar Harian

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menawarkan kepada partinya untuk bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon.

Pada gua, Hadi layak jadi PM Malaysia dari Anwar. Sebab Hadi takda skandal mandal. Pastu amanah. Pastu ada jaringan dunia Islam antarabangsa. Kalau Hadi wat bengong ketika jadi PM di Malaysia Baru, gua n geng sedia jadi pembaris. Setakat Abu Bakar Chik nak jadi front liner bacup Hadi time tu, memang bawah tapak kaki kami jer.

Alternatif selain Hadi dan Anwar menjadi PM ialah Husam. Pendapat gualah. Tu N3 lainlah. Soalnya, yang gua berbulu ialah, skang ni fasa perang. Di mana orang2 macam Hadi ni bodoh nak mamposla dalam seni perang. Sangat2 naive. Tu yang gua berijtihad menjatuhkan Hadi demi Allah. Dan ofkos gua tak pernah nafi akhlak gua jahat. Tu bab akhlak.

So, untuk topik ni, gua bpendapat, biar Hadi parlimen la. Kerana dapat sahaja Malaysia Baru, gua akan fight utk jatuhkan Anwar habis2an. Lebih advance dr jatuhkan Hadi. Insyaallah. Skang ni gua tumpang kehebatan Anwar untuk dapatkan Malaysia Baru jer.

Kalau Hadi ke DUN semata-mata untuk jadi MB, gua rasa lupakan sahajalah. Rekod Hadi hanya cemerlang dikalangan orang PAS Terengganu. Sebab hidup mereka berakidahkan batang tubuh tokoh manusia.

Tp sangat2 buruk rekod Hadi untuk rakyat bukan ahli PAS, kerana sikap2 orang2 keliling Hadi yang macam monyet dapat bunga ketika memerintah dulu. Wallahualam.


Jan 27, 2012

Video terbaru : Gua bogel atas Jambatan Yahya Petra kalau Anwar saman Dato' T

Najib dan pengikut ada alasan kenapa tak nak debat. Anwar dan pengikut ada alasan kenapa tak nak saman. Hak demokrasi lu orang nak nak kemukakan alasan.

Tapi, kalau Anwar berani saman Dato' T, gua bogel atas Jambatan Yahya Petra. Amacam? Jangan keluar cabaran gua kat Utusan Malaysia, sudah. Mampos kena tiaw dengan mak gua.



Jan 26, 2012

Occupy Seremban 1 : Video 3-6

Occupy Seremban 1 : Cadangan Sistem ( Siri 3 )


Occupy Seremban 1 : Cadangan Sistem ( Siri 4 ) 


Occupy Seremban 1 : Sistem Zakat ( Siri 5 ) 


Occupy Seremban 1 : Penggulungan ( Siri 6 )


Jan 25, 2012

Video Occupy Seremban 1 : Pengenalan (Siri 1)

Oleh : AdukaTaruna, Ustaz Azman Penerangan PAS n9, Eddy TheYellowBoutique, Benz Ali, Ah Chong, Tok Guru06 dan hadirin.

Occupy Seremban 1 : Pengenalan (Siri 1)



Occupy Seremban 1 : Masalah Kita (Siri 2)



Gua nak anak gua jadi ulama.

Oleh : AdukaTaruna


Ikhtiar gua sebagai manusia ialah menghalakan anak gua ke bidang agama. Dengan harapan, mudah2an Allah menjadikan anak gua salah seorang ulama kategori pemikir di masa hadapan. Sekali gus menamatkan zaman ulama penghafal di zaman gua. Amin. Kepada Khai Muhammad Taruna, itulah hasrat abah kepada anda.

Jan 23, 2012

Sebuah cerita kehidupan : Kete gua prob di ELITE Highway.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
7hb lalu, gua hantar kereta gua untuk diperbaiki. Stanby gua nak balik Seremban 20hb. Ada 2 pilihan. 1 bengkel member. Satu lagi bengkel saudara bini gua. Sebab saudara, gua pilih lah. Tu pun selepas soal siasat sama ada mampu atau tidak siap pada 18hb. Gua nak pakai dulu dalam 2 hari tu. Test apa yang patut. Dia kata boleh siap.

17hb gua kol, dia kata tak siap. Rupa2nya dia bekerja dengan orang lain. Dan kereta gua hanya direpair hujung minggu. Warghhh.... dia tawarkan alternatif. Keretanya sendiri. Wira 1.3. 19hb sebelah malam gua g ambil. Tu yang gua tak dapat joint program mahasiswa tu.

[2]
Alhamdulillah, bertolak jam 10 malam pada 20hb, gua sampai 10 pagi pada 21hb. Sejam setengah tidur di Petronas Benta, sejam tidur di Petronas Simpang Durian, Jelebu. Gua ikut Manchis. Siap singgah air terjun Bukit Tangga lagi. Malam tu Okupai dengan Penerangan PAS N9, Ustaz Azman (blogger Lobai Kampong). Video nanti di Kelantan gua upload. Insyaallah.

Pagi 22hb, gua ke Rawang. Rumah Pak Saudara sebelah bini gua. Jam 5 petang gua chow sebab program makan malam dengan family gua. Kilometer 36.2 Elite Highway berhampiran sempadan Selangor-N9, tiba2 wira gua meletup. Gua berhenti tepi. Radiator Hos sebelah bawah pecah terbarai. Ah.. sudah.

[3]
Gua releks dulu. Turun bawah gaung. G kencing dulu. Naik atas, info kat keluarga dulu.

"Radiator hos kete pecah. Tersadai kat Elite Highway. Jangan risau. Apa2 hal Angah kol."

Gua hantar kat Along gua, bukan kat mak gua. Kalau kat mak gua, kompom panggilan demi panggilan gua kena jawab. Hua3...

Gua ambil tiket tol. Kol hot line.

"Terima kasih kerana menghubungi. Saya Iwan berada di talian." Ayat dia lebih kurang camtu la.

"Assalamualaikum Iwan. Saya nak maklumkan bahawa kereta saya radiator hos pecah dan kini tersadai di Elite Higway."

"Kilometer berapa tu?"

"36.2."

"Dari arah mana, ke mana?"

"Dari arah Rawang ke Seremban. Dan saya nak tanya, adakah saya boleh mendapatkan hos radiator ganti dari bantuan Plus?"

"Tak pasti lah encik. Tapi selalunya kerosakan kecil sahaja yang kami bantu. Kerosakan besar, kami tunda."

"Ok. Kalau tunda, berapa caj yang saya perlu bayar."

"Kami tidak mengambil apa-apa bayaran. Dan jangan membayar apa2 jika diminta."

"Ok. Terima kasih."

Ngam2.. satu Wira berhenti seberang jalan. 2 India keluar dan melintas menuju ke arah kereta gua. Bini gua dah start sorok beg duit. Gua teringat cerita Penarik Beca. Insyaallah, setakat 2 orang kalau tangan kosong, gua bleh lawan kalau dia berniat tak baik. Dalam kete gua plak, semua pompan kecuali gua dan anak gua. KMT 2.5 bulan.

[4]
"Abang... apa problem?" India pakai spek sound gua, India tak pakai spek terus usha engine.

"Tak tahu la.. Radiator rasanya."

"Kita bengkel punya orang abang."

"Takpa, terima kasih. Saya sudah kol saya punya adik. Bawak barang datang sini."

"Kita punya bengkel dekat sini saja abang."

"Terima kasih banyak Macha. Tapi saya satu kali lagi cakap. Saya punya adik2 mari sini."

India tak pakai spek terus chow tanpa memandang gua. Ini satu signal tak baik. Apakah kemungkinan? Maybe backup dia akan sampai? Payah. Gua sorang jer lelaki dewasa kat sini. Gua kol balik PLUS tadi.

"Terima kasih kerana menghubungi. Saya Iwan berada di talian."

"Yer Wan. Tadi saya da talifon tadi. Kilometer 36.2 tadi."

"Yer.. yer.. saya dah hubungi bantuan dah."

"Tahu, tapi saya nak maklumat. Berapa kilometer lagi R&R Seremban?"

"Sebentar yer. Mmm.. mmm... mmm.... 21km lagi."

"Ok. Terima kasih."

So, ijtihad gua, kalau jadi apa2 yang gua ramalkan, gua hayun kereta gua sejauh 21km ke R&R Seremban. Gua sms Along gua plak.

"Minta tolong sesiapa belikan hos sebelah bawah radiator Wira 1.3. Esok cuti Cina. Angah kena balik Kelantan time Cuti Cina."

Tapi, baru 5 minit berlalu, Storm kuning Polis Bantuan PLUS sampai.

[5]
"Assalamualaikum." Gua sapa dan bersalaman.

"Waalaikumussalam."

"Camni Encik. Radiator hos pecah la. Unit Bantuan ni ada sediakan spare part ke?"

"Aish.. mana ada, encik. Setakat air boleh la."

"Kalau macam, tarik la ni yer."

"Yer."

"Sampai mana?"

"Tol Nilai lah. Seorang dari kereta encik duduk di kereta saya. Encik duduk sebelah. Steering kete ni akan dikawal encik ni."

Bini gua dengan anak gua duduk Storm. Mujur anak gua tahan lasak. Tak meragam langsung. Alhamdulillah. Kereta gua ditarik.

"Encik. Maaf. Nak tanya dan minta bantuan la kalau boleh."

"Apa tu?"

"Kalau saya minta tolong Encik tarik kereta saya sampai Tol Seremban, boleh?"

"Maaf la.. kami jaga Elite sahaja. Sempadan kami setakat Nilai."

"Kalau begitu, boleh tak Encik tinggalkan kereta saya di highway Nilai. Dan saya minta bantuan Plus Nilai pula."

"Eh.. dia sekali jer Encik. Ada rekod dan laporan. Kalau camtu, rosak dari Bukit Kayu Hitam, sambung2 sampai Johor pula nanti."

Sms adik gua masuk.

"Semua kedai dah tutup. Takda hos."

[6]
Sampai Tol Nilai, gua kontek Ali Abu. Ngam2 pulak dio ado kek Semenanjung. Minta bantuan carikan hos. Terima kasih Ali Abu kerana bertungkus lumus melanggar kedai2 di Nilai. Tapi semua tutup. Separuh abad bawah UMNO Ketuanan Melayu, Cina cuti, Melayu mati kelaparan. Hua3... Gua di N9, bukan di Kelantan.

Gua suruh yang lain settlekan Magrib dulu, mandikan anak gua dulu, gua takpa, Mazhab Aduka. Jamak kat Isyak karang. Hujan rintik2. Hari semakin gelap. Gua ambil keputusan, kalau Ali Abu takda hos, gua hayun kereta gua sampai tol Seremban sambil usha meter suhu. Kalau panas, gua berhenti. Minta2 hujan sikit2 dan malam membantu kepanasan engine kereta gua.

Gua pergi ke Storm Plus ada ada kat situ (Bantuan Plus lain dari tadi), dan tegur polis bantuan tu.

"Semekom Encik. Sey nak tanyo pendapat la."

"Ha.. melekom salam. Pendapat apo tu?"

"Keto sey ni radiator hos eh pocah. Skang ni engine pun dah sojuk. Hujan pulak tu. Malam lak laie. Kok sey hayun keto ni sampai Tol Somban, agak2 sompek tak? Se ado anak kocik la."

"Den macam ponah nampak ekau ni. Ekau Somban kek mano?"

"Paroi."

"Kocik an laie. Den pon Paroi gak."

"Panchor."

"Padan la. Den Taman Ampangan. Ekau nak hayun buleh, tapi jangan sampai gasket kau berasap plak."

"Sey tengok meta suhu la."

"Cam nia la ha.. ekau hayun, tp agak2 tak lopeh, ekau boghonti. Tepon PLUS. Minta dia tarik sampai Tol Somban. Pepandai ekau la kek situ. Dokek dah tu."

"Masalah eh, boleh ko camtu? Sey dah kono tarik kek PLUS tadi kek Elite."

"Pulak. Ekau ambik la no tepon den ni ha.. kok tak lopeh, tepon an den."

"Adu la mak.. Allah yo la balas jaso. Timo kasih banyak2 la ha."

[7]
Baru gua nak panggil bini, adik ipar dan mak mertua gua, satu brader sound gua.

"Apsal keto kau bai?"

"Radiator hos pocah la.."

Dia pun usha.

"Barang takdo ni bang oi. Cino ghayo."

"Tahu den tu. Den nak hayun yo sampai Tol Somban."

'Somban ekau kek mano?"

"Panchor. Tapi Selaso ni nak balik Kelantan. Den kojo sano."

"Gilo kau ni. Kojap ha. Den tgk ado tak dalam keto."

Brader tu bawak 1 hos. 2nd punya la. Ali Abu pun sampai. Tanpa hos.

"Ni Waja punyo ni. Jap den nengok an. Kok buleh modifait."

Pendekkan cerita selesai.

"Ni den buek an tempolari yo nih. Ekau nak balik Kelantan tak jamin den do."

"Kok den bawak sambil tgk meta suhu cano? Agak2 paneh, den bersidai la kojap."

"Kok camtu buleh la kot."

"Berapa hargo ni?"

"Boghi la 20 ko, 30 ko."

Gua tahu hos baru harga dalam RM20. Kira harga munasabah la tu. Gua hulur RM50.

"Takdo kocik den ni do. Ekau tukar la memano."

Gua melintas ke pondok tol. Tukar duit Rm10.

"Camni aa bang. RM20 hargo hos. RM10 upah. RM10 pasal hat ikhlas. Pastu minta minta tolong doa an samo. Lopeh la sey balik Kelantan ha. Barang memang takdo do ni bang. Selaso ni den kono balik. Kono buang kojo pulak kok den tak balik."

"Apo banyak bona ni?"

"Ambik yo la bang. Den orang susah. Abang pun tak kayo do. Tapi ado joki lobih ni, buleh la bayar. Ikhlas ni."

Bini dan anak gua pun sampai.

"Anak kau ko ni?"

"Ha.. anak den ni. Alhamdulillah. Baru satu ni yo dulu."

"Ni ha.. den boghi pulak kek anak kau RM10."

"Apo gilo kau ni bang?"

"Gilo apo pulak. Den ikhlas."

[8]
Terima kasih Allah. Tq Polis Bantuan PLUS, Ali Abu dan semua yang membantu. Abang tu tak tahu gua blogger. Kalau tahu pun dio pedulik apo. Tapi gua bagi la nombor dio. Kalau lu ada masalah area Nilai atau kawasan bersempadan, boleh la hubunginya. Insyaallah dan wallahualam. Doakan gua selamat sampai Kota Bharu. Esok pagi gua bertolak. Di negeri UMNO, Cina cuti, Melayu mati kelaparan.

Ami Pomen
019-303 1321
019-266 9727
016-660 9727

Jan 21, 2012

Pejabat PJ PAS N9 dibakar.

Oleh : AdukaTaruna

Tajuk jer ala2 Parpu Kari ni bai. Haha. Program borak2 idealogi kita-kita ditukar ke Pejabat PJ PAS N9. Taman Tasik Jaya. Dulu kaler oren. Tapi tak tau la Bro Topek tukar kaler pink skang ni. Jumpa di sana. Insyaallah. Jam 9 malam. Selepas Isyak.

Jan 20, 2012

Kereta berdarah : Berebut Yuyu Luna punya pasal di Kota Bahru.

Oleh : AdukaTaruna


Puak2 jakun ni berani sebab polis di pihak mereka sahaja. Sungguhpun begitu, keberanian mereka bergantung kepada negeri. Makin lama UMNO tak memerintah, makin kurang kejakunan mereka.

Di negeri UMNO, ceramah Mat Sabu sampai diupah samseng2. Di Kota Bahru, ceramah Mat Sabu disabotaj dengan cat dan calar kenderaan. Kaedah pukul curi ala2 jemaah Rusila jugak la.

Gua sampai program mahasiswa bila dah settle. Sebab gua ada hal di Ketereh. Pastu Okupai plak kat Tambatan Diraja. Masa nak blah dengan Hazwan dan Syam Ghaz, seorang SB tunjuk2 gua kepada rakan2nya. Hazwan sound gua, gua toleh nak tgk muka SB tu, tesadung penutup longkang la plak. NIamakahai. Mesti SB tu gelak sama gua.

Pastu gua ke Hotel Ridel. Tengah menunggu kehadiran kesemua puak2 Okupai, tiba2 gua terbau minya tanah. Gua bergurau dengan Jeming. Ada orang nak bom Adam Adli.


Rupa2nya kereta yang membawa Adam Adli telah dimarking awal2. Kena simbah cat beb. Saksi nampak Wira kaler silver. Gua ingat perang besar dah malam tu. Wira silver tu mesti info kawan2 dia berapa ramai yang ada dengan Adam Adli. Tapi tu la.. setakat baling cat merah jer la. Ntah apo2 la Malaysia bawah UMNO nih. Jakun.

Malas taip panjang2, meh la sama-sama dapatkan Malaysia Baru.



Jan 19, 2012

21 Januari : Occupy pertama di Senawang!!!


Jemputla datang untuk sama-sama diskus idealogi masing-masing. Dipengerusi majliskan oleh Eddy The Yellow Boutique. Konsep duduk bersila bersama-sama. Ada white board. Konsep occupy Kota Bharu yang cool. Nak luah pandangan, just angkat tangan dan cakap.

Gua, Jeming, Topeng kat Kota Bharu siap berebut2 dengan mahasiswa, anak2 muda untuk bertekak. Baik punya. Ini program pelbagai hala. Bukan program ceramah politik yang sehala. Cool bro program ni. Program kita, hak milik kita. Yeyeh....

Sebelum terlupa, tempat terhad tu bro semua. Dalam 30 orang jer rasanya bleh bersila sama-sama. Pasti Gembira di Taipan Senawang. Depan Maybank. Sebelah kedai Watson. Sederet dengan BSN Bank.

Jan 17, 2012

Gua akan tampar Adam Adli di KTC Kota Bharu malam Jumaat ini.

Jangan lupa. KTC Kota Bharu. Malam Jumaat ini. Gua nak tampar Adam Adli sebab usha awek gua, Yuyu Luna. Kah3..


"Nampak? Ini nama-nama yang lu perlu jaga. Jangan sesekali lu kasi masuk, faham. Nampak jer, sound gua. Jangan sekor pun lepas."

Hot! : Video langgar Ostad Azhar Idrus.

Oleh : Ali Abu



Tahniah kepada Ali Abu dari N9. Tahniah Ostad kerana professional. Tahniah jemaah masjid N9. Tak tau apa jadi kalau langgar kat Terengganu nih. Hahaha.

Inilah impian gua. Rakyat sangat berkuasa. Kita perlu dapatkan Malaysia Baru untuk mendapatkan kuasa rakyat. Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan seltan2 Melayu tu kita boleh langgar sahaja nanti. Langgar guna hujah dan dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan negara.

Kita ulang tayang sejarah ulama berhadapan dengan hujah rakyat biasa yang kerja Pengawal Keselamatan macam gua. Ini adalah takdir yang Allah tulis dalam Loh Mahfuz. Untuk rujukan umat Islam khususnya.



Buat Ali Abu. Ghayo Cino ni den balik. Insyaallah. Nanti den tipon kau. Insyaallah.

Jan 16, 2012

Buku Punk Rock sudah terbit!

Lagu ini gua tujukan untuk abang angkat gua.

Oleh : AdukaTaruna




Gua tujukan lagu ni kepada abang angkat gua. Abang Najib Razak. Dengan ucapan, apsal gua tak dapat BR1M? Nama gua takda kat Pejabat UMNO Pengkalan Chepa tadik. Member gua yang kaya sket dari gua ada plak?

 Apa dosa kita, kan KMT kan?






Jan 12, 2012

Video terbaik dari non muslim Kelantan.

Gua dapat ni dari blog Harimau Menaip.



Tipu lagi : Apabila Hadi mahu menjadi nelayan selepas era UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua bermula tanpa PAS. Di luar PAS dan tanpa team dalam pertempuran menjatuhkan watak-watak bodoh dalam mode perang besar. Kemudian sedikit2 diterima. Dan kini gua berada sedikit2 dalam PAS. Gua boleh diterima walaupun dalam masa yang sama majoriti mereka tidak setuju dengan pertempuran gua itu. Takpa.. professional la.

[2]


Gua jumpa gambar ni dalam FB. Ofkos la memember yang tag ke gua. Gua ingat statement tu memain. Tapi rupa2nya ada dalam Harakah. Oleh kerana itu statement rasmi, dan berkaitan dengan falsafah pertempuran gua, maka gua terpaksa lawan.

[3]
Hadi mengatakan, dia akan balik jadi nelayan jika sudah menang. Untuk kenyataan bersifat semasa, maybe mungkin. Mungkin Hadi sudah sedar. Allah itu membolak-balikkan hati. Tetapi untuk bersifat sejarah dan fakta, ianya satu dusta. Satu lagi penipu dari Hadi Awang.

Jika kita ambil premis menang dan negara. Faktanya ialah Terengganu pernah menang (dari UMNO / penjahat). Tetapi adakah Hadi menjadi nelayan ketika itu? Hadi boleh menipu 27 juta rakyat Malaysia. Maybe. Tapi dengan gua, tak boleh (insyaallah). Mari kita lihat :

3.1 Terengganu menang (selamat dari penjahat) hasil sentiment Anwar dan hasil terajui Fadhil Noor. Adakah Hadi Awang menjadi nelayan? Adakah nelayan yang dipilih Hadi Awang?

Akulah MB Terengganu
Akulah ADUN
Akulah MP
Akulah PJ Terengganu
Akulah penggalas beban poligami
Akulah penggalas beban Rusila
Akulah ulama antarabangsa
Akulah Ketua Pembangkang (selepas Ostad Fadhil)
DAP ubat tamat tempoh

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:

”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

Terengganu kembali ditangan jahat UMNO sehingga sekarang.

3.2 Sekiranya peringkat negara masih belum diselamatkan (dari penjahat UMNO) ketika itu, menyebabkan Hadi Awang akan ke luar negara membalas hujah gua ini dari sana; mengapa membolot sejumlah amanah peringkat negeri? Bolotlah sahaja jawatan peringkat negara dan dunia. Tiadakah pemimpin baik lagikah dikalangan PAS Terengganu? Semuanya jahat serupa UMNO?

Inilah dusta dan tipu sekali lagi dari Hadi Awang. Dan kalau gua ke Rusila, memang kompom akan menyorok sekali lagi belakang Fortuner PAS12.

[4]
Hati semasa Allah yang punya. Hati yang lepas2 dinilai dengan fakta dan sejarah. Jika statement Hadi ini tegak di atas hati semasa, gua ada komen lain. Tetapi jika ditegakkan atas hati sejarah dan fakta, komen gua adalah antara tajuk [1] dan tajuk [3].

Jika statement ini tegak atas hati semasa, inilah falsafah gua. Mengapa gua bertempur dan mempunyai sahabat2 berfikrah tempur yang sama.

Malaysia kini berada dalam mode perang. Perang mendapatkan kuasa dari orang jahat. Perang dalam konteks demokrasi. Demokrasi yang sedikit dan tertindas ini.

Dalam fasa perang, golongan2 bodoh seperti Hadi Awang perlu diletakkan ditempatnya. Tempatnya bukan di bidang Jeneral. Allah suruh letakkan sesuatu itu pada tempatnya. Serahkan sesuatu itu pada ahlinya. Bukan Kepimpinan Ulama, tetapi Kepimpinan Islam.

Apabila golongan2 bodoh ini enggan bersetuju meletakkan diri mereka sendiri ditempatnya, maka wujudlah pertempuran wajib demi memenangi peperangan besar. Ulama2 bodoh penghafal ini perlu diterajang. Senilah ialah kami. Kami PAS Reform tidak boleh berada dalam barisan perang yang berlaku itu. Tetapi berada di barisan sisi yang berkecuali. Yang menelan maki, fatwa murtad, sesat, munafik, yang sanggup dimusuhi oleh kedua-dua pihak yang berperang. Lillahitala. Kerana Allah.

Ya, benar, kami tidak berakhlak mulia. Ya, benar, kami lahir dan dididik dalam suasana sekular serba serbi. Tetapi kerana itulah kami mahu anak2 kami hidup dalam sistem Islam yang membantu membentuk akhlak anak2 kami. Sekurang2nya lebih baik dari kami. Dan untuk mendapatkan itulah kami terpaksa membunuh golongan2 bodoh dan penghafal ini. Yang melewat2kan padang sama rata peperangan mendapatkan Islam.

Biar akhlak kami tidak mulia. Tapi akidah kami, tetap Allah. Asalkan akidah tetap, syurga dan neraka bergantung kepada suka-suki Allah. Akhlak bukan pembolehubah kepada syurga dan neraka walaupun ianya membantu.

[5]
Terajang puak bodoh kesukaran tahap 1. Terajang puak bodoh dan tak sedar diri kesukaran tahap 2. Terajang puak bodoh dan tak sedar diri, yang tegak atas majoriti bangsa taksub yang bodoh adalah satu kesukaran yang tidak tertulis. Tetapi motivasinya, hanya kerana impian. Nawaitu. Jika fikirkan bab hasil, pasti putus asa. Cukuplah Allah bayar atas niat, dan maafkan silap-salah dalam mendapatkan niat. Berjaya atau tidak jangan fikir.

Dalam tajuk 5 ini, bagi menjawab statement dusta Hadi Awang ini, seandainya Malaysia Baru. Maksud gua Malaysia yang bebas dari penjahat UMNO, tetapi masih belum bebas dari penjahat bukan UMNO bersikap UMNO. Ketika ini fasa peperangan sudah selesai. Hanya fasa pertempuran kecil2 bagi mendapatkan kestabilan, bagi mengelakkan hijack kejayaan, etc.

Pada kami, untuk Malaysia Baru, Hadi Awanglah yang sesuai menjadi PM. Kerana fasa memerlukan kecerdikan sudah berlalu. Fasa penghafal yang mulia, yang tidak pernah curik duwet, yang tidak aggressive adalah sesuai. Dan jika dia buat kerja2 bodoh (sebab dia bukan jenis cerdik), di mana kerja2 bodohnya itu memudaratkan rakyat, dialah paling senang dijatuhkan dalam suasana Malaysia Baru!

[6]
Hadi Awang kata, skang dia nak jawatan sebab nak selamatkan negara dari orang jahat. lepas menang, dia nak jadi nelayan. Atas hati semasa gua no kemen. Atas hati sejarah dan fakta, komen gua adalah bullshit. Penipuan seterusnya.

Kami, PAS Reform kata, skang fasa perang. Golongan penghafal perlu diterajang. Kerana merugikan, melambatkan. Lepas menang, penghafal perlu dinaikkan. Sebab dia baik dan tidak aggressive. Kalau sikap itu memudaratkan, dia mudah dijatuhkan.

Kesimpulannya, PAS Reform berfalsafah :

1. Fasa perang = golongan penghafal diletakkan ditempatnya (nyahkan dari tempat Jeneral).

2. Fasa selepas perang (Malaysia Baru) = golongan pengfahal diletakkan ditempatnya (dipersilakan menjadi Jeneral).

3. Ketika Allah melahirkan satu dunia di mana Islam seperti buih dilautan, Allah melahirkan dunia di mana Islam itu diketuai oleh penghafal2 agama yang bodoh. Ketika Allah melahirkan satu dunia Islam di mana Islam itu gemilang, Allah melahirkan dunia di mana Islam itu diketuai oleh pemikir2 agama yang proaktif.

Bebas Malaysia dari penjahat, ana jadi nelayan? Bullshit!

Sapo2 sek2 tino tu buleh pakat2 mari deh.


Orang lelaki nyanyi, orang pompan bleh tengok. Orang pompan nyanyi, orang lelaki tak bleh tgk. Tgk youtube jer la.. Ngeee.... Apa pun gua tetap akan hadir. Bagi memastikan penjahat2 seksual seperti Abang Hensem,  Jean Francoise, Mohd Ropi, Fathinul, Cuping Merah tidak akan menyusup masuk dengan menyamar sebagai wanita berpurdah. Kah3..

Selangor bodoh prosedur kalau pecat Hasan Ali selepas surat rasmi PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Memula gua ingat nak tunggu dan lihat dulu baru tulis. Tapi fikir2 balik, lebih tepat dan ikhlas kalau gua tulis awal2. Lain la kalau gua tertinggal bas.

Diberitakan PAS telah menghantar surat rasmi kepada Selangor. Memaklumkan Hasan Ali telah dipecat. Ini prosedur yang bagus. Tapi kalau Selangor pecat Hasan Ali sebelum 30 hari masa yang diberikan PAS kepada Hasan Ali untuk membuat rayuan, memang bangang tahap petala langit la.

Tunggu peruntukan masa rayuan dulu. Takut2 ada unsur2 manipulasi isu. Dah la PAS bengong pecat Hasan Ali selepas kritik Anwar. Bukan selepas membantah keputusan muktamar (Negara Kebajikan). Bila bantah / burukkan keputusan muktamar (Negara Kebajikan) guna saluran musuh, PAS penghafal ni buat majlis Mahabbah. Mahabbah abah kau. Time Hasan Ali lempar taik kat muka TGNA dan majlis Mahabbah, senyap lagi. Time bantai Anwar, Azmin Ali campur, terus pecat. Bodo bab timming. Niat memang lain. Tapi pengundi hutan nampak?

So, gua harap, Selangor tunggu hak Hasan Ali kemukakan rayuan ke Syura dulu. Kalau Hasan Ali tak berminat, maka, teruskanlah penggantian. Peribadi gua, gua tak mahu Hasan Ali merayu. Tapi gua tak boleh sekat hak orang yang diberikan hak. Dan hati manusia tu Allah pegang. Kalau Allah mahu Hasan Ali kembali ke landasan, sapa bleh halang? Zaid Ibrahim pun U turn ke Anwar, ma.

Jan 10, 2012

Tengah bertukang : Radio Budu

Oleh : AdukaTaruna

Gua skang tengah bertukang2 menyiapkan sebuah radio online. Nama diberi ialah Radio Budu. Buat masa ni, waktu yang cuba diudarakan ialah :

1. 9am - 11am
2. 2pm - 4pm
3. 10pm - 12am

Kalau nak dengar Radio Budu boleh klik gambar yang gua tepek ni. Tapi yer la, masih dalam mode pertukangan. Pempaham jer la bro. Pelan2 kayuh. Insyaallah, nanti gua buat Pages Radio Budu di FB, so kita boleh berinteraksi dalam tu.

Doa2kan gua semoga tak hangat2 tahi Ase.





Jan 9, 2012

Gua cuba untuk tidak mencela Saiful.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk mendapatkan Malaysia Baru, gua sangat gembira Anwar bebas. Tak banyak manusia dalam sejarah Malaysia pasca merdeka bekerja keras, berkorban sebegitu rupa bagi mendapatkan Malaysia Baru. Terlalu besar peranan Anwar.

Tetapi gua cuba tidak sesekali mengutuk Saiful. Gua hanya manusia yang diminta Allah menilai mengikut zahir. Gua bimbang terpaksa mencari Saiful di padang masyar nanti. Kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kita hanya menilai mengikut keupayaan manusia. Ada yang mengikut sentimen. Ada mengikut jenama. Ada yang mengikut prosedur.

Di dunia, betul dan salah ditentukan manusia berdasarkan teknik. Ada tektik yang ditetapkan Allah. Manusia diwajibkan hanya patuh kepada keputusan teknik. Sebab itu jangan dicela manusia yang didapati bersalah akibat keputusan teknik. Jangan disanjung manusia yang didapati tidak bersalah akibat keputusan teknik.

Rakaman realiti dan saksi sebenar hanya di mahkamah Allah. Gua menanti Anwar memperjuangkan qazaf pula di mahkamah syariah selepas ini.

Ramalan gua kes Anwar.

Oleh : AdukaTaruna

Ingat tektik APCO masa kes Perak. Nizar jadi MB tak sempat bubar parlimen dah kena sekat di Mahkamah Rayuan.

Ingat tektik APCO kes Perak. ADUN BN lompat PKR. Anwar sambut. TGNA komen. Sekali lompat semula ke BN bersama 3 ADUN barua. Mati hujah, mati prinsip.

Ingat bagaimana US masuk Banghdad dulu. Dengan kekuatan kecil. Kemudian keluar. Diraikan tentera Saddam kononnya kejayaan menghalau US dari Bahgdad. Sedangkan US nak riki kekuatan kubu terakhir itu. Then, tak sampai 24 jam Bahgdad ditawan US selepas mengetahui kekuatan Saddam.

Kenapa polis bagi kebenaran perhimpunan. Tiada roadblock di Kuala Lumpur. Kenapa PEDIKA dijadualkan berprogram atas nama Islam di masjid berdekatan? Adakah APCO mahu test kekuatan Anwar? Apakah kekuatan Anwar masih tahap 1998?

Jika keputusannya hanya 5 ribu di mahkamah, plus tanpa insiden pertembungan PEKIDA, maybe pendakwaraya akan ke Mahkamah Rayuan.


Jan 8, 2012

Teknik gua kasi anak gua tido.

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum gua share teknik gua kasi anak gua tido, gua nak share sama lu orang 2 perkara.

1. Sam AMK buat bangang lagi? http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/perhimpunan-901-shamsul-iskandar.html?spref=fb

2. Punyalah semangat nak pergi 901. Siap beli baju 901. Beli seluar 501. Beli kasut Total 90. Sekali bini tak kasi pergi - Cuping Merah

Ok. Back to the story. Anak gua koya orang besar. Selagi dalam rumah tu ada yang belum tidur lagi (malam), dia tak tido. Lawan mata. Merengek la kalau letak. Kena dukung. Huarghhhh... gua plak tak guna konsep buai2an.

Pikir punya pikir, akhirnya gua dukung dalam gaya meriba sambil meniup pelan2 dan secara terus2an kat mata anak gua. Kasi dia pejam mata la bila kena angin. Kena 3 minit, lelap. Kah3.. So, kepada sesiapa yang ada anak koya camtu, bleh amalkan teknik nih.

Testimonial 1.

"Terima kasih Aduka. Teknik ni sangat berguna kepada gua terutama malam Jumaat. Sebelum gua kena sabar tunggu anak gua tidur. Skang tidak lagi." - Jean Francoise

Testimonial 2.

"Tak jadi la Aduka. Maybe sebab gua baru makan petai kot." Manjung Mari.

Selamat on the way kepada peserta 901.

Oleh : AdukaTaruna

1. Padam sms yang ada kaitan dengan PR / 901 untuk lepas dari pemeriksaan rambang polis.

2. Barang2 wanted demo seperti garam jangan bawak. Ganti dengan ENO. ENO belum wanted lagik.

3. Cabut stiker pro PR untuk elak masalah seperti sekatan atau sabotaj kenderaan.

4. Jangan berkumpul lebih dari 4 orang sebelum demo. Kena black maria awal2 terasa ruginya.

5. Yang ahli PAS jangan terlalu jaga Anwar plak dari jaga Hadi Awang. Walau gua nak jatuhkan dia, tapi untuk tajuk; keselamatan dia penting tu. Bina parameter yang difikirkan praktikal pada ketika itu.

6. Jangan benarkan Sam AMK duduk belakang anda. Tapi anda duduk belakangnya. Ngeee...

Jangan tuduh gua bacul plak sebab tak g. Gua diarahkan TGNA jaga Kelantan ni boh. Kah3...

Cara-cara memadamkan unsur2 gedebe dan pemberontak pada muka.

Oleh : AdukaTaruna

Inilah yang dilakukan oleh adik2 ipar gua. Cuba memadamkan wajah2 pemberontak anak gua. Hua3... Blog baby dah ni bai...

Khai Muhammad AdukaTaruna. 2 bulan. 6.1 kg. 61cm.

Sebuah komik agenda UMNO-PAS.


True color Hadi Awang akan didedah Hasan Ali selepas parlimen bubar.

Oleh : AdukaTaruna


[1]
Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi tetap mahu memegang amanah. Sejarah hina akan ditulis ke atasnya.

Mesyuaratnya PAS Pusat adalah prosedur yang diambil oleh golongan pemikir agama selepas tindakan cocer line yang diambil oleh penghafal agama dengan nama Arabnya 'Mahabbah'.

Penghafal agama merancang menyelamatkan fakta2 hina mereka dengan program Mahabbah itu. Tetapi Allah juga merancang sehingga perangangan penghafal itu termasuk dalam perancanganNya. Hasan Ali yang memegang rahsia Hadi Awang melempar taik ke muka TGNA.

[2]
Para pemikir agama memanggil mesyuarat PAS Pusat. Dan mengusahakan TGNA hadir dalam mesyuarat itu. Ketika penghafal agama berbelit2 dalam tindakan terhadap Hasan Ali, TGNA mengelurkan kata putus. Pecat. Disokong oleh sekumpulan pemikir agama yang ditakdirkan Allah dipilih ketika muktamar itu.

Ketika zaman di mana Allah mengkehendaki Islam itu seperti buih dilautan, Allah menyediakan zaman Islam diketuai oleh penghafal2 agama. Ketika Allah mengkehendaki Islam itu kembali berkuasa, Allah menyediakan zaman Islam diketuai oleh pemikir.


Kita tunggu true color penghafal agama yang Allah janjikan kehinaan dalam memegang amanah bagi yang tidak mampu. Masanya akan tiba. Insyaallah.

[3]
Kepada mereka yang hadir 901 esok, hindari dari lari ke dalam masjid program PEKIDA. Unit Amal harus memastikan peserta tidak memasuki masjid itu.

Gua bimbang kebenaran polis akan 901, kehadiran program PEKIDA di tempat yang sama, serangan FRU dari sebelah bukan masjid menghalau ke masjid, pemergian Najib ke luar negara, adalah skrip2 yang mencelakakan.

Bukan masalah takut kepaa PEKIDA. Gua yakin jumlah PEKIDA terlalu sedikit berbanding 901. Tetapi implikasi isu dan sentimen yang terhasil, boleh membunuh momentum menuju Malaysia Baru. Nauzubillah.

p/s : Cuma bodohnya PAS akibat penghafal ni, Hasan Ali dipecat selepas teguran Azmin Ali. Bukan dipecat selepas mempertikai Negara Kebajikan. Ini sejarah yang memalukan pada PAS, membanggakan pada Azmin Ali.


Jan 6, 2012

Video MB Kelantan berjalan ketika umur 47 hari.

Sumber : Cuping Merah

Buat pertama kalinya, Utusan Malaysia siar berita benar di muka depannya. Wakakakaka


Ni video MB Kelantan berjalan ketika umur 47 hari. Kah3...

Sumber : http://youtu.be/_cTzsjAfA7c



Okupai paling best pada gua.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua mendapat jemputan untuk turut sama dalam program tertutup perjumpaan dengan Anwar. Hanya yang mendapat sms sahaja yang hadir. Antara yang sms gua ialah Abah Abu Samah.

Gua cakap gua tak pergi. Gua pilih Okupai dengan mahasiswa. Gua doakan selamat semuanyalah. Then Abah balas sms gua dengan ayat omputeh. "Aduka, pls take this opportunity." Menatang apa nih? Sebab jauh dari gugel, gua pun tak balas time tu. Dan terus lupa nak balas. Wakakaka.

[2]
Dalam siri2 Okupai yang berlaku di Tambatan Diraja, kehadiran gua tak lah sebaik Jeming dan rakan2 yang lain. Tapi dalam banyak2 okupai yang gua hadir, gua rasa inilah paling best. Best sebab secara tak sengaja, peserta dari Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) join. Selain dari student UMK.

Yang bestnya student MPKB ni ialah majoriti mereka berfikrah lawan dan jenis tak ambil pusing. Kami berdialog sambil makan kek. Macam2 isu dibangkitkan. Antaranya stand mengenai demo, stand mengenai tindakan Adam Adli turun bendera Najib, stand rusuhan, stand imej negara dan sebagainya. Gua rasa suka sangat apabila mereka berani membantah gua dan student2 UMK. Bantah sambil makan kek bersama-sama. Professional sungguh. Hahaha. Respek lu orang beb!

Minggu depan, kalau kena gayanya, mesti panas. Sebab MPKB mesti repeat, tambahan pula student2 kebanyakannya sudah habis exam. Harap, minggu depan, kalau MPKB datang, orang2 macam gua sendiri, Jeming dan Topeng perlu lebih banyak beri laluan kepada MPKB dan UMK. Kita2 ni just control suasana jer. Seronok tengok adik2 (cam poyo plak sebut adik2), berbalas hujah secara pro, santai dan berkelah2.

Sedikit gambar amatur dari gua.













Jan 5, 2012

Kenali 5 jenis artis / Selebriti.

Oleh : AdukaTaruna

Artis / celebrity pada gua ada 5 jenis.

1. Berani berada dalam kelompok tertindas secara rasmi.
2. Berani berada dalam kelompok tertindas secara jemputan.
3. Tidak berani berada dalam kelompok tertindas (rasmi atau jemputan).
4. Berada di kelompok penindas secara rasmi kerana idealogi.
5. Berada di kelompok penindas kerana cari makan.


Contoh jenis 1.
Ini adalah contoh artis jenis 1. Sanggup masuk dalam ruang sempit dan ditindas demi membebaskan jiwa. Bob Lokman, Sham Kamikazee antaranya. Mereka berani secara rasmi.

Contoh jenis 2.
Contoh 2 adalah artis yang tidak akan masuk dalam kelompok tertindas secara rasmi. Tetapi berani memenuhi undangan secara professional. Antaranya ialah Ustaz Zamihan, Wardina, Amy Search, Zizan, etc.

Contoh jenis 3.
Contoh 3 ialah Awie dan pelbagai artis lagi. Mereka mungkin menyokong golongan tertindas, tetapi dalam senyap. Tidak akan berani memenuhi kemputan sekiranya ada. Tetapi jika jemputan pihak penindas tiada masalah.

Contoh jenis 4.
Mereka ini sememangnya berada dalam kelompok penindas kerana idealogi. Bukan kerana periuk nasi. Antaranya ialah Aznil dan Jin Samsudin.

Contoh jenis 5.
Jenis 5 ialah oppotunist. Cari makan. Antara contoh ialah Jamal Abdillah. Dan terbaru Afdlin Shauki. Afdlin gua percaya sebelum ini pro golongan tertindas. Tetapi tekanan persembahan yang dikaitkan dengan Rosmah oleh golongan tertindas membuatkan dia memasuki golongan penindas.

Tidak boleh salahkan golongan tertindas. Mereka adalah tertindas. Dan persembahan Afdlin itu mereka angkat sebagai semangat walau mungkin Afdlin tidak bermaksud pun sedemikian. Tetapi Allah mengatakan patutkah mereka berkata itu dan ini sedangkan mereka tidak diuji?

Dan Afdlin membuktikan dia gagal dalam ujian. Ujian semangat seorang yang ditindas. Wallahualam.

Kalau tak sokong, janganlah ganggu usaha dapatkan Malaysia Baru.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Mentang2lah Hasan Ali pegang rahsia UMNO-Hadi Awang, makin hari, makin berani dia yer. Terbaru kenyataan tidak sokong dan gesaan pelajar untuk hadir 901.

Gua pun tak hadir. Tapi Anwarlah watak terbaik untuk dapatkan Malaysia Baru. Dapat Malaysia Baru adalah impian gua dan ramai lagi. Di Malaysia Baru, rakyat sangat berkuasa. Seltan pun rakyat bleh lawan. Kalau Anwar jahat pun, di Malaysia Baru, Anwar terlalu kacang untuk dilanggar hujah. Dia nampak jer hebat berhujah, dan memang hebat pun untuk majoriti rakyat.

Itu fahaman gua dan rakan2.

[2]
Ya, memang benar sesetengah pimpinan dalam PAS mencurigai Anwar. Tapi untuk mendapatkan Malaysia Baru, demokrasi yang sebenar, mereka sekurang2nya tidak mengeluarkan kenyataan membantu Malaysia Lama. Diam adalah lebih baik.

Apa yang berlaku kepada Hasan Ali adalah persediaan sejarah hina kepada kumpulan2 ini. Sejarah mereka akan ditulis. Qada dan Qadar. Teruskanlah Hasan Ali. Gua percaya tindakan2 lu termasuk dalam perancangan Allah.

Wallahualam.

Gambar Kek Untuk Mahasiswa malam ni.

Oleh : AdukaTaruna




"Tidaklah mereka yang tidak hadir itu melainkan termasukdalam kumpulan Boboi." Riwayat Ostad Wan Ji.


Falsafah gua isu Amalina. Ianya adalah satu PPAOA.

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukannya baik. Banyak bertatih dan menyusu lagi. Tapi akidah kena jaga, bro.. syurga dan neraka ni ikut rahmat Allah jer. Tapi kalau akidah lari, nauzubillah woo..

[1]
Layanan Allah terhadap Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Kerana Allah yang menjaga agamaNya. Apa sahaja yang melibatkan Islam secara langsung, sama ada musuh harbi, penganut Islam sendiri, pasti Allah mempunyai satu stand yang berbeza dengan selain dari itu.

Pendekkan story, kita pergi ke kes adik Amalina. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri melibatkan Islam (agama Allah) secara langsung. Sama ada persepsi, atau imej, atau apa sahaja secara direct. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri juga telah membenarkan dengan rela dan sedar mereka dipergunakan untuk perjuangan kebangsaan (Melayu).

Jika Amalina bukan melibatkan Islam, sudah pasti lain ceritanya. Sebab Amalina melibatkan Islam, sudah pasti Allah tidak mahu semua ini. Mengotorkan agamanya dengan kebangsaan yang sempit. Sebab itulah kebanyakan ikon yang mengotorkan Islam dengan kebangsaan akan dibinasakan Allah. Semoga mereka dan kita berfikir dan kembali kepadaNya.

Falsafah ini gua perkenalkan dengan nama Proses Penjagaan Agama Oleh Allah (PPAOA).

[2]
Hafiz Hasyim pernah juara All England. Dia sendiri rela dan sedar dipergunakan bagi menyemarakkan fahaman kebangsaan. Dia disambut di airport ketika itu dengan wajah2 kebangsaan. Dipakaikan tengkolok, dan sebagainya oleh pejuang2 kebangsaan.

Maka, PPAOA pun berlaku. Hafiz merudum dan tidak pernah berjaya bangkit. Jika Allah benarkan dia terus-terusan berjaya, maka kebangsaan akan menyubur. Perkauman akan berleluasa. Allah menjaga agamanya. Mana2 muslim yang mengotori Islam dengan dakyah sempit pasti akan dimusnahkan. Sebab dia melibatkan Islam secara langsung.

Jika Kanoute Sevilla itu menyuburkan fahaman kebangsaan Afrikanya atau negronya atau bangsanya, maka Allah sudah pasti memusnahkan faktor2 yang mengikonnya. Dia tidak dibenarkan menjadi ikon. Kerjaya glamernya akan musnah.

[3]
Terlalu banyak perkara ini berlaku di depan mata kita. Hanya untuk manusia yang berfikir. Sufiah yang genius matematik itu pun diangkat ikon kebangsaan Melayu. Oleh kerana kebetulan dia muslim, maka Allah pasti akan menjahanamkan keIKONannya itu. Dia ditakdirkan memilih jalan yang salah.

Begitu juga dengan Shukri Hadafi. Pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin. Ianya juga diangkat sebagai IKON assobiyyah. Ini akan merosakkan kesucian dan ketulenan Islam. Allah pasti menjaga agamanya. PPAOA. Akhirnya anak genius ini dikatakan terjebak dalam najis dadah.


Dan Adi Putra dalam bahaya, jika AMK di bawah Sam mengIKONkan budak ini dalam perjuangan assobiyyah. Cuma mujur setakat ini budak ini tidak pro pejuang2 kebangsaan dusta.


[4]
Jika anda tidak melibatkan Islam secara langsung, maka, anda buatlah apa sahaja di dunia ini. Allah berlepas diri kepada kamu. Kecuali di hari pembalasan kelak. Namun, jika anda melibatkan Islam secara langsung, maka anda terikat dengan PPAOA.


Penutupnya, mari kita lihat mereka yang diangkat sebagai IKON muslimin oleh mereka yang melibatkan agama Allah secara langsung.


Sumber : Mengaji Pasti Boleh!


Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
 Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan  1 2A.
Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
  
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
 
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran


Jan 3, 2012

Mari doakan mahasiswa UPSI yang final exam esok.

Oleh : AdukaTaruna

Minta semua doakan Mahasiswa UPSI yang akan mengambil final exam bermula esok. Kami, rakyat Malaysia doakan kecermalangan anda dalam setiap lapangan. Terima kasih atas kesediaan mahasiswa UPSI dalam menyiapkan diri sebagai seorang yang bukan penghafal kertas semata2. Andalah pendidik anak2 kami kelak.

Untuk itu, sebutir kek telah disponsor seseorang dari rakyat Kelantan bagi mengucapkan terima kasih kami kepada mahasiswa. Mahasiswa dijemput datang pada :

Tarikh : 05 Januari 2012
Masa : 10 malam (selepas Isyak)
Lokasi : Tambatan Diraja (sebelah Hotel Ridel), Kota Bharu.

Video yang mencatatkan lebih 60 juta views.



Okupai Mahasiswa dan anak muda. Tambatan Diraja Kota Bharu (Hotel Ridel)

Tarikh : 5 Januari 2012
Masa : 10 malam (selepas Isyak)
Agenda : Meraikan kebangkitan mahasiswa sambil berkongsi idealogi.
Pengisian : Kita bincangkan kesalahan mahasiswa / polis / pihak yang terbabit berdasarkan gambar dan video. Then cari kaizen untuk tindakan masa hadapan. Insyaallah.

Gua try minta sponsor kek ala2 epi besday tu. Makan sorang sikit takpa. Haha. Kalau lu tak nak kasi Jeming makan, kita beli kek berunsur nasi. Sebab kalau Jeming tak makan, kek tu pasti cukup.

Aina Sayuti kata, malam tu ada pertemuan Anwar dengan NGI / NGO / Ahli Media Baru. Terbuka dan demokrasi lah. Siapa nak g jumpa Anwar untuk kempen 901 tu, silakan. Gua sokong kalau lu sokong Anwar as rakyat tertindas. Bukan as Mahafiraun in the making. Okupai ni pun sebenarnya dah tahap acara mingguan. Kecik2 jer.

Gambar2 okupai kecik2 sebelah petang ari tu.

 




Siswi UPSI dibuang kolej. Terima ugutan.



Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

Menurutnya yang juga lebih dikenali ‘Yuyu Luna’ di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

“Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut ‘bar exam’

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

“Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (gambar) untuk di bar dari ambil ‘exam’..”

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

“Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan “orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”

“Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku.”

UPSI sekat youtube, facebook


Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

“Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.

“Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam.”

“Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.”, ujarnya dalam satu kenyataan. - GZDaily