Skip to main content

Dah lama tak berlawan dengan team Hadi Awang.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Lama dah gua tak fight dengan team Hadi Awang ni. Gua (kami sebenarnya) ni, jenis yang fight dengan pembolehubah. Bukan dengan taik. Gua fight dengan team Hadi Awang ni ketika mereka pembolehubah. Setelah mereka semua hanya tinggal histori (istilah Penarik Beca), taik (istilah gua), maka jadi bodoh jika gua fight dengan taik.

Kerja-kerja fight dengan taik ni, kini seperti biasa, diambil oleh PAS. PAS sekarang ni, tengah tunjuk terer pada taik yang tak boleh buat apa-apa lagi. Nash perlu keluar la, Hasan Ali talam 2 muka la.

Macam kisah si bacul dengan anjing la. Time anjing tu kuat, si bacul ni yang menyorok belakang entah ke mana. Time anjing tu berjaya dihalau, muncul si bacul ni dengan dada terkepak tunjuk garang pada taik tinggalan si anjing. Nak maki lebih2 tak bleh. Golongan ostad semuanya ni. Tapi sebenarnya, inilah asbab Allah letakkan golongan agama ramai berkualiti seperti ini, supaya menepati zaman umat Islam adalah buih di lautan.

Untuk kali ni, gua jelaskan dalam keadaan bukan fight yang nak membuktikan sesuatu. Just fight mempertahankan diri sahaja. Wallahualam.

[2]

Rujukan : http://adukataruna.blogspot.com/2012/08/selamat-aidilfitri-dari-kami.html

Bila gua selalu menggunakan konsep dayus kepada orang Kelantan yang tidak mempertahankan maruah hasil buminya sendiri, maka adalah plak mamat PAS team Hadi, cuba melagakan gua dengan orang Kelantan yang sokong R tapi tak tampil. Dah macam UMNO yang lagakan gua dengan orang Kelantan dengan konsep orang luar buat perpecahan untuk orang Kelantan.

Perjuangan ni team work. Ada macam-macam posisi. Allah yang tahu kita ni posisi mana. Walau aktivis2 ni adalah benda zahir yang lu orang nampak, tapi di belakangnya adalah orang-orang yang tak tampil. Kami NGO. Takda dana untuk berjuang. Kami disokong oleh peniaga-peniaga Kelantan. Setiap orang yang tidak dayus menyokong mengikut posisi masing2.

Yang peniaga memberikan bantuan kewangan. Yang pekerja memberikan bantuan bergambar. Yang artis Kelantan pun turut memberikan bantuan dalam bentuk gambar anak-anaknya. Paling minima tepek stiker. Semua ini membantu menghidupkan isu tersebut. Setelah itu Allah yang menilai keikhlasan kita.

[3]

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=41763&postdays=0&postorder=asc&start=105

Disampaikan kepada gua, di TKO, ada orang menyindir gua sebagai penyelamat luar yang memimpin orang Kelantan. Lama gua tak buka TKO, kecuali disampaikan oleh rakan-rakan. Selalu, kalau bukan pembolehubah perjuangan, memang malas ambil port. Tapi kali ni atas stand mempertahankan diri, di kala ada mood plak.Tak penting pun no [3] ni. Just sekali lalu jer la.

Kelantan ni pada gua Universiti Politik. Tempat rekrud. Anwar dulu masa kena terajang UMNO datang Kelantan. Mahathir masa mula2 kecewa dengan Paklah n Khairy datang Kelantan. Taib Mahmud nak sampaikan isyarat ugutan kepada BN, hantar wakil ke Kelantan.

Forum yang ada fight, majoritinya berlaku di Kelantan. Ridhuan Tee, Fathul Bari, Nazri Aziz duduk sepentas dengan lawan. Pemimpin2 PAS luar ramai bertanding di parlimen Kelantan. Direkrud di sini sebelum ke negeri masing-masing.

Nak tulis segan. Tapi atas stand mempertahankan diri, secara sepintas lalu, gua nak sebut, Allah takdirkan gua berkahwin dengan orang Kelantan dan belajar di sini. Apa yang Allah tentukan untuk gua yang akan datang, wallahualam. Tapi melalui ibu Jeming, Jeming selalu pesan, selalu doa husnul khotimah. Kesudahan yang baik. Pengakhiran hidup yang baik. Jahil arab punya pasal, gua belajar doa tu dalam bahasa arab dengan Ostad Wan Ji.

Memang banyak gua belajar di sini. Cara bergerak dalam team work, networking, etc. Selain belajar benda2 yang sebenarnya betul, banyak juga belajar benda2 yang sebenarnya silap.

[4]

Tajuk ni gua nak share perbezaan antara gerakan politik dan gerakan rakyat. Pandai2la sokong ikut tajuk.

Tidak semua, tapi kebanyakan orang politik naik kerana playsafe dan kerana tak banyak musuh. Kebanyakan orang politik berakidahkan undi jari.

Contoh 1.

Ketika R memutuskan tarikh 26 Mei untuk berhimpun di SUK, UMNO turut mahu berhimpun pada tarikh yang sama. Mesyuarat terbahagi kepada 2. R perlu batalkan himpunan atas sebab :

1. Jika kehadiran R kurang dari UMNO, ianya mendatangkan damage (kepada parti politik, kepada pemimpin politik yang hadir ketika itu).

2. Tidak mahu dilihat seperti PERKASA dan UMNO yang mahu buat kacau pada program orang lain.

Seingat gua, yang berkeras mahu tetap berhimpun pada tarikh tersebut ialah gua sendiri, Syam dan Ayie Prop. Yang lain terutama orang politik dan orang2 tua tidak mahu.  Panas metting malam tu. Mujur Presiden kontrol dengan baik.

Yang mahu berhimpun pula atas sebab :

1. Jangan bunuh falsafah kerana takut persepsi yang boleh dibina musuh. Takut persepsi jihad adalah ganas oleh musuh menyebabkan kita tukar jihad kepada ternak, jihad ekonomi dan sebagainya. Takut dianggap seperti PERKASA, kita batalkan himpunan. R ada surat kebenaran tuan tanah (SUK) untuk berhimpun. Dan ada kebenaran polis. Nak batalkan semata-mata tunduk kepada persepsi yang bakal dimanipulasi musuh? Bullshit. Kita akan lawan apa sahaja.

2. Hadir dan himpun kerana Allah. Bukan kerana berapa yang boleh hadir. Bukan kerana kalau tak ramai, boleh damage parti. Boleh damage pangkat pemimpin. MP Kota Baru, hadir dalam eksperimen W4R gua yang hanya sekitar 50 orang. Tak malu dan takut pun?

"Kalau mereka lebih ramai dari anta, lagu mano, syeikh?"

"Gua akan tetap duduk situ sampai setakat mana yang gua tahan. Then balik. Then gua akan catit bagaimana maruah orang Kelantan dalam mempertahankan maruah di pusat pentadbiran mereka sendiri."

Takdirnya, Allah takdirkan satu peristiwa berkaitan dengan diri gua sendiri. Yang melonjakkan perjuangan R. Ada yang menganggap itu hukuman kerana pendapat serban. Kita menyamakan Allah dengan standard kita. Rujuk Al-Quran, hukuman Allah adalah berkenaan aib berunsurkan pendidikan. Dan tidak menyebabkan diri si kena hukum menjadi ikon. Kalau Allah nak hukum, mudah sahaja Dia takdirkan gua jatuh longkang berdarah di kepala sebelum perjuangan. Supaya gua dan semua dapat berfikir dan kafarah. Atau apa sahaja yang menepati definasi hukuman.

Tapi tak la pula gua mempertahankan diri bagi mengelakkan itu semua menjadi perbincangan indiviualistik. Di N3 ini pun, hanya menulis sepintas lalu benda yang telah pun sejuk.

Contoh 2.

Gua dihubungi oleh student Mesir Terengganu. Dia cakap, gua mendapat layanan sebegitu oleh Hadi Awang kerana niat gua nak jatuhkannya. Sebenarnya Hadi adalah orang warak dan baik. Gua cakap, orang politik memang takut jatuh. Orang Islam tak takut jatuh.

Al-Quran diturunkan di Arab. Dihafal dan dipertandingkan di Malaysia. Diamalkan di Barat. Pemimpin Barat menghadapi pelbagai cara kreatif rakyatnya yang bertujuan menjatuhkannya. Takda masalah. PM Australia dijatuhkan hari ini, esok keluar berjogging walau ditunggu ratusan media. Malu? Bullshitlah orang yang berasa malu kerana tidak lagi berpangkat.

Gua pernah saksikan Exco Kelantan memarahi (tona suara sedikit keras) seseorang di Bachok kerana program atas nama exco tersebut tidak ramai, walaupun telah dijemput Azhar Idrus sebagai pembolehubah kehadiran.

Terlalu ramai orang politik berakidahkan undi jari. Kalau tidak boleh hadir ramai, maka Allah dikemudiankan. Perjuangan dan isu ditangguhkan dahulu.

Contoh 3.

Contoh isu PTPTN. Benda ni menjadi rungutan lama. Tapi sebab tak popular, maka tak banyak orang politik yang memperjuangkannya. Sehinggalah isu ini popular dalam kes samseng serang kemah mahasiswa di Dataran Merdeka. Ramai orang politik menziarah dan bergambar dalam khemah. Sehingga debat Rafizi dan Khairy pun menjelma.

Begitulah bezanya antara gerakan golongan tertindas dengan gerakan orang politik. Lepas dilanggar dan terkepung ni jer Hadi Awang keluar statement nak bersara jadi nelayan bagai. Sikap merendah diri yang terpuji kata pentaksubnya. Fakap la.. dulu sebelum dilanggar dan terkepung,

"Ana menggalas tanggungjawab sebab diminta oleh jemaah."

[5]

Baka penghafal dalam zaman buih di lautan. Ditetapkan, untuk membentuk zaman Islam kini, ialah baka anak-anak yang kurang bereksperimen, kurang mengkaji, selalunya cenderung ke bidang hafalan. Anak-anak yang banyak eksperimen dan mengkaji pula terpecah kepada 2.

Yang berjaya dididik ibu bapa akan ke bidang professional. Yang mencabar. Yang tidak berjaya didik ibu bapa akan musnah akibat eksperimen dan kajian yang bukan2. Yang menyesatkan. Dadah seumpamanya.

Pernah terdengar di telinga gua seorang melahirkan hasrat lebih kurang begini :

"Kalaulah ada sesiapa yang sponsor ana, ana nak berjihad di Palestine."

"Ana, kalau boleh, nak mati di bumi Syria."

Bullshit lah. Berjihad dulu di tanah lahir sendiri. Ulama pewaris nabi, kan? Setiap kaum dan zaman diutuskan nabi masing2, kan? Lu berjihad dulu untuk kaum dan zaman lu sendiri. Test benda mudah dulu. Langgar Najib untuk bebaskan tahanan ISA kalau nak fight sangat luar negeri sendiri. Langgar Najib serah memorandum hasil bumi lu sendiri dulu. Lepasi segala samseng dan polis. Setakat nak berarak depan Najib pun nyorok belakang billboard. Ini semua adalah hafalan yang membuak tanpa kemampuan analisis.

Bila isu muslim di luar negara, lu dulu poyo demo depan kedutaan. Syahid sini sana. Isu muslim dalam negara sendiri, lu ghaib. Berzakat kami ini menghantar kamu menjadi ulama di luar negara bukan untuk tukar warga negara sana. Tapi, untuk berbakti kepada muslim tanah air kamu terlebih dahulu.

Kebanyakan orang politik berakidahkan undi jari. Ini perkara hakikat.

[7]

kalau orang politik bergerak atas sebab popular, maka tidak hairan. Tapi kalau kita yang bukan politik terpengaruh dengan suasana ini, maka ianya sangat hairan. Contohnya NGO Palestine. Ada berlambak NGO Palestine. Sebab apa? Sebab popular. Kos nak taja student Palestine belajar doktor cecah RM1 juta.

Ada NGO muslim Thai yang jiran dekat jer dengan kita? NGO muslim Somalia? Atau ditubuhkan NGO muslim tertindas dunia yang menawarkan pembelaan secara umum?

Tiada. Tiada glamer.. maka tiada....

[8]

Ketika pertemuan minum teh dengan rakan-rakan, ditanya mengenai penyelesaian segala apa yang gua suarakan ini. Gua berkata kesemua kita, termasuk gua yang membangkitkan, tidak sempurna.

Sungguhpun begitu, apa yang tidak sempurna tetap perlu dibangkitkan supaya ianya membantu penambahbaikan di masa depan. Dalam pemilihan pula, pilihlah benda kurang buruk dari yang sangat buruk.

Walau golongan ostad2 Melayu di zaman Islam seumpama buih di lautan ini sangat lembab, tetapi mereka jauh kurang buruk dari perompak dan penyamun yang diangkat menjadi pemimpin.

Wallahualam.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.