Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Dec 31, 2011

Bacaan untuk Hadi Awang : Blog pondan pun matahari naik lagi...

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua bukan pendakwah. Tak layak. Member2 gua sendiri akan muntah kalau ada yang kata gua pendakwah. Gua hanya setuju kalau digelar pemberontak. Istilah tu pun yang gua perasan, Jean Francois yang bagi. Cuma ada tionaseng member2 yang tambah tokok pemberontak ada taman dalam hati. Jibauk!

Gua perasan kat ruangan komen (blog mana ntah, Penarik Beca kalau tak silap), ada blog pondan baru yang mengiklankan hujah dan blognya. Dah tak guna dah blog Penembak Babi ke, Batu Api ke. Hahaha. Gua baca dan intelek gua reject. Intelek, bukan sentimen.

Cumanya, gua tak nak ulas la. Sebab gua bukan pendakwah. Gua pemberontak. Kalau pendakwah sejati, dia akan ulas. Dengan ilmiah. Dengan kasih sayang. Tapi gua tidak begitu. Tu pasal gua cakap member2 gua sendiri akan muntah kalau gua dikatakan pendakwah.

[2]
Malam tadi, Dayat sms gua memohon hujah gua akan hujah blog ulama pondan. Gua malas la bagi link. Jatuh standard blog gua jer. Seorang pemberontak yang hanya menumpukan kepada titik tepat pun rasa malu nak hujah balas hujah tu. Tapi pasal member baik gua sendiri keliru, tak boleh jadi.

Maka, gua terpaksa ulas. Dan demi mengelakkan aib seorang pemberontak romantik, gua terpaksa ulas dalam keadaan high level kononnya. Wakakaka.

[3]
Islam ni agama hujah. Dari hujah sembunyi2, Nabi dipaksa berhujah secara terbuka. Kat pasar antara terawalnya. Then, pendekkan story, Islam pun kukuh atas hujah. Takda nabi pun, setiap perkara yang mahu diputuskan, hendaklah berdasarkan hujah. Ini level pertama. Dalam tajuk [3].

Diakhir2 riwayat Nabi saw, nabi pesan, suruh gigit agama hujah ni dengan gigi geraham. Gigitlah dengan hujah. Zaman2 berdekatan nabi, ketika kegemilangan Islam, pendeta agama apa pun dibenarkan berdebat, mencabar debat. Dibenarkan berhujah. Kalau time tu Hasan Ali ada, tiba-tiba dia cakap haram Bible elektronik dibenarkan, memang dialah Nabi selepas Muhammad yang mempunyai syariat sendiri. Memandai2.

[4]
Lama kelamaan, selepas zaman yang berdekatan dengan Nabi saw, wujudlah 2 jenis manusia yang menggigit menggunakan geraham ini.

i. Manusia yang menggigit geraham dengan hujah.
ii. Manusia yang menggigit geraham dengan sentimen / jenama / ketokohan / doktrin.

Manusia [i] jika tidak setepat konsep yang dimaksudkan Nabi pun, mungkin menghampiri tepat. Tapi manusia [ii] adalah manusia yang mencipta syirik baru. Berjuang kerana ketokohan manusia. Berjuang kerana 3R (khaakkhh ptuih), berjuang kerana label dan jenama.

[5]
Bila Allah gilirkan kembali isu ulama bodoh piang dalam politik ini, maka muncullah semula blogger2 pondan dengan blog2 baru. Dah tiada lagi blog Penembak Babi ke, Batu Api ke, Ali Zaidan ke. Blog baru la pulak. Diiklankan dengan gigih di ruangan komen blog2 beridentiti.

Mereka ini berjuang kerana manusia dan kedudukan mereka yang bergantung kepada bulu2 ketiak ulama bodoh piang. Gugurnya ulama bodoh piang, kembalinya jemaah kepada konsep sebenar, maka gugurlah kedudukan mereka.

Lu ingat mereka2 ni boleh ke bekerja as Pak Guard? Atau turun sehingga tahap menyebarkan risalah? Sjati tahap manakah aktivisme puak2 ulama dan mereka yang bergayutan itu dalam kerja2 Islam? Sejati manakah Haron Din sehingga tahap harung banjir sampaikan risalah dan bantuan? Sejati tahap manakah Hadi Awang dalam nilai aktivisme dalam dirinya? Setakat kaki pancing, Cuping Merah lagi hebat. Boleh potong umpan cacing lebihan di mata kail hanya gigit guna gigi!


[6]
Dari manakah lahirnya ulama2 Melayu zaman sekarang ini? Dalam baka anak2 Melayu, ada 2 jenis kebiasaannya.

i. Anak2 yang aktif. Kreatif. Berani.
ii. Anak2 yang pasif. Biasa2 sahaja.

Anak2 jenis [i], jika tidak mendapat didikan keluarga yang betul, kebanyakkannya hancur awal. Mereka cenderung mencuba pelbagai perkara yang membuatkan mereka terjebak. Mereka juga berani mengambil risiko yang salah.

Anak2 jenis [i] jika mendapat didikan keluarga yang betul, kebanyakkan mereka akan ke bidang yang lebih mencabar. Kejuruteraan / sains / perniagaan / etc. Sebelum kembali ke dunia Islami seandainya Allah mengkehendaki mereka menyumbangkan khidmat dalam jemaah Islami.

Anak2 jenis [ii] tidak mencabar dalam mendidiknya. Mereka patuh pada arahan. Tidak berani bertindak di luar kotak. Bidang yang sesuai dengannya hanya dalam hafalan. Majoriti mereka hafal, ambil periksa, lulus dan ke bidang hafalan kitab.

Dan di Malaysia, atas doktrin. atas jenama, atas sentimen, mereka2 ini, anak2 berbaka pasif ini, diangkat menjadi pemimpin Islami. Untuk ditakdirkan ditipu musuh Islami dalam zaman kelam ini; sehinggalah Allah kitarkan semula sinar dengan kembalinya konsep Nabi. Serahkan sesuatu itu pada ahlinya. Pemimpin itu harus sedar kelayakan dirinya, etc.

[7]
Setelah menghigh levelkan dalam 6 tajuk kesemuanya, barulah gua rasa tidak aib untuk gua menjawab hujah bodoh pengikut kepada ulama yang bodoh. Namun, sesekali gua tidak akan memberikan linknya. Pepandainya lu cari sendiri.

Macam biasa. Orang bodoh kepada ulama bodoh ni takut dengan Husam. Pelik sungguh gua.

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihanraya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke?  

7.1 Hujah Penarik Beca dia tak nak jawab. Yang ni gua tak nak qoute. Sebab tak cabar ilmiah gua. Just basic. Gua pemberontak. Bukan pendakwah. Dia suruh orang tolak dengan hujah Penarik Beca sembah batu. Apa bodoh la. Berita dari orang fasik pun Allah tak suruh tolak. Sebab ianya bercanggah dengan konsep Allah supaya melihat apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan. Allah suruh selidik dan siasat berita dari orang fasik. Bukan tolak. Inikan pula berita / hujah /maklumat dari Penarik Beca.

Demi ulama bodoh, sebenarnya mereka sebenarnya mencipta agama baru. Allah tak sebut pun Kepimpinan Ulama. Mereka berakidah kepadanya. Allah suruh letakkan sesuatu itu pada tempatnya, mengikut bidangnya. Kalau syura Islami, keahliannya ulama lah. Kalau pengurusan, terbukalah. So, kesemua ini nama yang tepat ialah Kepimpinan Islam. Ulama ada, professional ada, bekas2 beruniform ada, etc. Bukan menambah label baru Kepimpinan Ulama yang kini menjadi doktrin / sentimen yang digigit geraham. Sesat!

7.2 Dia kata Husam janji PAS tak letak calon tu paling aib gua nak jawab dalam blog ni. Gua kenangkan member gua si Dayat tu jer as maybe mativasi yang Allah kasi gua supaya jawab.

Pertama, apa kelayakan Husam sama ada nak tentukan PAS letak calon atau tidak? Dia jadi calon pun atas Syura. Pundek apa hujah pengikut ulama bangang ni? Memang aib sungguh gua nak jawab dalam medium pemberontakan gua nih.

"Abang Ku Li... saya datang ni nak tawarkan sesuatu."

"Yer adik Husam.. apa tu?"

"Kalau Abang Ku Li buat A, saya takkan letak calon PAS di sini."

"Adik Husam, saya bukan bodoh macam penyembah Hadi Awang. Yang tetapkan PAS bertanding atau tidak bukan adik Husam. Tapi syura. Balik, dan cuba lagi tau."

7.3 Sebenarnya, falsafahnya ialah bukan jumpa UMNO atau tidak. Falsafahnya ialah jumpa dalam gelap. Memanglah ada keperluan berjumpa dlam gelap. Dan takan nak heboh untuk setiap kali jumpa. Tapi janganlah menipu pengundi kalau didedahkan.

Jangan lari luar negara dan menipu di sana untuk sebaran Malaysia. Bila gua datang ke Rusila, nyorok belakang Fortuner PAS12. Benarkan samseng pukul curi gua dalam keadaan gua dipegang beramai2. Pundek! Seltan pun gua janji gua akan tahan tengah jalan, atau di bangunannya sendiri ketika Malaysia Baru nanti (wallahualam), atas nawaitu mendapatkan Islamic Republic of Malaysia yang menggunakan nama komersialnya Republik Rakyat Malaysia (insyaallah). Inikan pula setakat ulama penapu (penakut hujah dan penipu hujah) macam Hadi Awang.

Pegang beramai2 satu hal. Pukul curi satu hal lagi. Tak berani pukul depan pun, nak pukul curi pun, janganlah pegang gua gitumo sekali. Secara koyanya, gua tak kuat, gua pantas jer. Kalau tak pantas pun, gua takan mengaku kalah (wallahualam). Tak tamadun punya jemaah. Hujah la bai.

[8]
Pemimpin sebenar akan membentuk pengikutnya menjadi rakyat yang mengigit hujah dengan geraham.

"Kalau Fatimah mencuri, pasti gua potong tangannya."
"Memanggil Bilal dengan perkataan hitam adalah salah."
"Lihat apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan."

Pemimpin dari jenis anak2 baka [ii] yang Allah jadikan mereka pemimpin dalam dunia di mana Allah kehendaki Islam berada seperti buih dilautan ini, membentuk pengikutnya menjadi rakyat yang menggigit doktrin / sentimen dengan geraham.

"Biar Islam kalah asal ulama tidak kalah."
"Seminar Kepimpinan Ulama menjelang pemilihan."
"Menentang ulama antarabangsa masuk neraka."

[9]
Penggulungannya, jikalah tidak kerana kekeliruan member gua sendiri, pasti gua tidak akan mengaibkan jiwa pemberontakan gua, medium pemberontakan gua dengan menjawab hujah tidak berkualiti ini. Jika gua jawab pun, pasti dalam N3 pendek atas jiwa gua yang memberontak sambil mencarut2. Jiwa. Bukan sikap fizikal realiti gua. Penulisan gua tulus dari jiwa. Tak hipokrit la. Untuk memaki2 kena buat blog pondan. Kat luar berjubah dan berserban.

Untuk mengelakkan rasa aib seorang bukan berjiwa pendakwah macam gua, gua terpaksa jawab hujah bengong banga tu secara high level macam ni. Jap lagi mesti bangga blogger bangang pengikut ulama penapu itu kerana gua terpaksa berjela2 menjawab hujah pendek dia.

Khaahhkkk ptuih! Lu bukan pembolehubah la bro. Pemberontak mcm kami ni shut down pembolehubah utama jer. Manusia level bulu ketiak macam lu bukan fighter yang boleh menaikkan pembolehubah utama kalau berjaya dijatuhkan. Lu jenis pengikut arus dan zaman. Kami yang akan menetapkan zaman untuk lu dan pembolehubah lu. Kalah Allah izinkanlah.

Memang paling atas, pemegang hujah agama berpadu sambil menipu ini ialah Haron Din. Sebenarnya fine. Bereh. Sila kemukakan idea dan hujah. Tapi sedia untuk dilawan dengan hujah la. Bukan coner baring berbelit macam serban atas kepala Abu Jahal.

Haron Din sebenarnya bukan kuasa pengarahan. Dia kuasa dasar. Yang berkuasa memberi arahan pengurusan ialah Presiden. Gua nak tambah musuh, memang tak mampu dan tak praktikal. Just shut down Hadi Awang sahaja, settle 90% masalah PAS. Itu kalau guna word shut down. kalau guna word upgrade pun boleh. Just upgrade Hadi Awang itu kepada Syura yang menetapkan dasar untuk dibentangkan di muktamar.

Wait and see la Hadi Awang. Lu buat perjumpaan guna nama Arab MAHABBAH sebelum Jumaat pasal lu nak elakkan kami sampai ke Rusila. Sekali Hasan Ali lempar taik kat muka lu dan TGNA. Lu dalam keadaan aib nak melawan sebab rahsia lu Hasan Ali pegang.

Pasal langgar lu tu, gua just nak bagitau. IQ lu bawah tapak kaki gua jer. Lu fikir idea gua nak langgar lu strereotaip jer ke? Tak kaizen? Lu berada hiraki di atas kerana budaya / keadaan zaman yang mengigit doktrin dengan geraham. Kalau Allah izinkan, kami akan menentukan zaman untuk lu, dan menentukan sejarah yang perlu ditulis ke atas lu. Wallahualam.

Janji Allah melalui Rasul kita :

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:

”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

Dec 30, 2011

UPSI beri amaran kepada pelajar yang berdemo pro Adam Adli.

Oleh : SB UPSI


Panas! Debat Melayu Aneh Penang VS Anak Tantawi malam tahun baru.



VS




Anjurkan sahaja debat Adam Adli (Mahasiswa) dengan Melayu Aneh itu.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/xrheXq3sUo8



1. Kita sedia maklum UMNO berani menggunakan pendekatan fizikal yang di luar undang2 kerana polis berada di pihak mereka. Sejarah membuktikan siri pembunuhan yang membabitkan UMNO.

2. Gua puji langkah mahasiswa yang mengambil pendekatan mengelakkan risiko. Allah meminta kita membuat keputusan melalui zahir. Zahir yang boleh dilihat manusia. Zahir untuk ini adalah sejarah tidak tamadun UMNO.

3. Kenyataan Melayu Aneh itu dibuat selepas mahasiswa dan Adam Adli menarik diri dari acara pada hari tersebut. Itu adalah kenyataan air liur. Peristiwa sebaliknya mungkin berlaku jika Adam Adli dan mahasiswa meneruskan acara.

4. Berdasarkan kenyataan Melayu Aneh tersebut, yang kononnya berani berhujah, gua mencadangkan, ada pihak2 yang menganjurkan debat mahasiswa dengan Melayu Aneh itu. Tajuk yang berkaitan dengan sistem / dasar kerajaan yang zalim (AUKU / ISA / pendekatan double standrad / etc.)

Dec 27, 2011

Banjir di 3 negeri tak berubah.

Keadaan banjir di beberapa negeri tidak banyak berubah setakat 11 pagi ini dengan Johor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah ialah seramai 1,214 orang berbanding 1,236 orang petang semalam.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, mereka ditempatkan di 18 pusat pemindahan iaitu lapan di Segamat, tujuh di Mersing dan tiga di Batu Pahat.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan.

Perkampungan itu hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara, kata portal itu.

Di ROMPIN, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan juga tidak banyak berubah apabila hanya enam orang dibenarkan balik sejak petang semalam, menjadikan jumlah yang masih berada di pusat berkenaan seramai 619 mangsa.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu.

"Seramai 137 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, SK Pianggu (430) dan Dewan Teluk Gading (52) setakat 9 pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Di SANDAKAN, jumlah mangsa banjir di kampung Gum-Gum yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 194 orang pada 9 pagi ini berbanding 351 semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata kesemua 73 keluarga itu ditempatkan di Dewan Sri Gum-Gum dan tidak dibenarkan kembali ke rumah masing-masing kerana dikhuatiri paras air Sungai Gum-Gum meningkat pada bila-bila masa.

Sementara itu, beberapa sungai utama di Beluran kini berada pada paras berjaga-jaga.

Penolong pegawai daerahnya Roger Appolonius ketika dihubungi, berkata penduduk terutama yang tinggal berhampiran tebing sungai dinasihatkan segera berpindah ke kawasan selamat jika mendapati paras air meningkat secara mendadak.

Jalan raya di Km 1.5 Jalan SPSP 1 di daerah itu masih ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak semalam akibat dinaiki air banjir.

- Bernama


Dec 26, 2011

Falsafah gua mempolitikkan budak sekolah / bayi

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Dalam Islam politik sebahagian dari Islam itu sendiri. Tak boleh suku2, asing2. Banyak perkara dalam Islam perlu diperjuangkan melalui politik. Termasuk budak sekolah dan bayi.

Masalahnya, apa terjadi seandainya budak sekolah dan bayi dipergunakan pihak2 yang cemas mempertahankan kuasa dan wang ringgit? Sehingga memudaratkan kelompok itu? Kita kembali kepada asasnya. Yakni :


Acara tidak boleh diharamkan, kecuali segala SOP yang diambil, dicuba, tetap membawa lebih banyak perkara buruk dari baik.

Cadangan SOPnya :

1. Jika hak budak sekolah / bayi perlu diperjuangkan melalui politik, maka, yang hadir dalam acara politik itu secara fizikal ialah penjaganya. Menuntut hak / idea anak2 sekolahnya.

2. Jika perjuangan melalui politik itu memerlukan sehingga budak sekolah / bayi itu hadir secara fizikal, maka ianya wajib disertai oleh penjaganya. Juga secara fizikal.

3. Budak sekolah / bayi tidak boleh digunakan secara fizikal mewakili mana2 pertubuhan, tanpa kehadiran fizikal penjaganya.

4. Budak sekolah / bayi boleh memasuki perjuangan hak mereka melalui politik tanpa kehadiran fizikal diri mereka, mahupun penjaga mereka, hanya melalui medium hujah penulisan (kalau bayi bleh menulis, silalah. Medium hujah seperti temuramah / wawancara / debat / etc dianggap fizikal.

[2]
Wahyu datang melalui peristiwa. Teknologi datang melalui masalah. Masalah makanan busuk baru dapat teknologi peti sejuk. N3 gua kebanyakan muncul melalui peristiwa.

Pasal apa gua nak citer falsafah atau stand gua bab politik kanak2 / bayi? Sebab gambar yang akan gua tampal diakhir ini.

Gambar itu bukanlah termasuk dalam tajuk [1] di atas. Tapi sebab bini gua dan adik2 ipar gua ke sekolah bagi menguruskan persekolahan ipar gua yang settle PMR baru-baru ni. Gua jadi pengasuh la.

Then, keadaan mengkehendaki gua turut sama2 memberikan solidariti perjuangan rakyat di Kelantan. Maka, dengan terpaksanya, bukan atas stand politik, gua membawa anak gua tu. Sampai di sana, jumpa SB yang ambil Intelligent gua kes hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos.

Bertanya khabar, dan dia hadiah anak gua RM10 sambil menasihati gua supaya jangan babitkan anak gua, dan anak gua terlalu kecil untuk dibawa ke luar. Skang ni musim demam. Kena sayang zuriat kita. Gua faham hujah dia, dan lepak dengan dia dalam balai bersama sorang lagi SB. Tukar2 idealogi secara pro.


Pertamanya gua bawa bukan atas stand politik. Tapi atas stand takda orang nak jaga. Masa bini gua mengandung lagi Dayat ingatkan gua, satu hari nanti, Allah akan uji gua pilih antara perjuangan dengan anak bini. Bermula dengan sekecil2 seperti ini. Dia pernah berhadapan dengan tarikh BERSIH dengan keperluan anak demam. Kecil untuk orang kecil. Besar untuk orang besar berhadapan antara penjara dengan anak bini, misalnya.

Secara umurnya, memang anak gua masih kecil. Ini perbandingan anak jiran depan gua. Umur 9 bulan lebih. Berat 7kg++. Berdiri memerlukan sokongan. Anak gua 55 hari. Berat 5kg. Boleh juga berdiri dengan sokongan. Cuma time ambil gambar ni anak gua moody. Pempes penuh kot. Hahaha. Gua ada video anak gua berjalan dengan sokongan 3-4 langkah ketika umur 47 hari. Cuma untuk upload semata2 N3 ni, mcm jobo plak. Huhu..

Gua tak paksa lu setuju pun fahaman gua. Fahaman berlawanan dengan gua itu pun bermotifkan mencari yang terbaik untuk si anak2. Tapi idealogi gua, setakat ke balai polis, no prob rasanya. Lainlah kalau tempat padat. Lebih berisiko jangkitan. Wallahualam.

Video : Kelantan mohon petronas daratkan gas dan minyak Kelantan di Kelantan

Sumber : http://youtu.be/omYkzDIrXmM



Bangkitlah anak muda Kelantan. Gua akan menyusup melalui medium bola sepak. Anak gua kan Mykid '03'.

Penerangan : Kita Semua Adalah ketua (Leaderless Movement) ABU

Oleh : TheYellow Boutique

Wa mendapati dari respond sebelum ini, kebanyakan kita masih kurang infomasi.Jadi wa mulakan balik penerangan tentang konsep dan method ABU yang wa ingin cadangkan.

Artikel Sebelum
1stAnda Juga Mampu Menyelamatkan Negara
2ndTugas Selamatkan Negara Adalah Tentang Anda
3rdSelamatkan Lokal Anda, Barulah Terselamat Negara

Leaderless Movement adalah satu cara untuk mengatur sebilangan besar individu yang berjuang menentang musuh, biasanya kerajaan yang terlampau lama berkuasa.

Leaderless Movement diorganisasikan oleh individu bebas atau kumpulan kecil yang dipanggil sel-sel. Satu kumpulan tertentu mungkin mempunyai seorang pemimpin di dalamnya, tetapi tidak ada pemimpin yang mengarahkan lebih daripada satu kumpulan.

Organisasi konvensional, seperti kebanyakan tentera, kerajaan, parti-parti politik, dan syarikat-syarikat, mempunyai struktur yang sangat berbeza. Ia adalah struktur hierarki. Dalam organisasi konvensional, orang-orang yang melakukan kebanyakan kerja selalunya adalah orang yang berada di bawah hierarki. Pembiayaan dan arahan datang dari beberapa orang pemimpin yang berada di atas. Kerana arahan berpusat dan kawalan, organisasi konvensional boleh dimanipulasi, atau dimusnahkan, dengan hanya mempengaruhi, mengawal atau memusnahkan pemimpin di atas

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan ini dibiayai, dilatih oleh mereka sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membuat penentangan(consenseus). Keputusan mereka berdasarkan matlamat penentangan mereka yang difahami dengan baik, dan apa jua maklumat risikan yang dikumpul.

Leaderless Movement bukan pergerakan rahsia

Jika ia melakukan perkara-perkara yang tidak popular, seperti Terrorism, ia perlu merahsiakan pertubuhannya.Tetapi jika ia melakukan perkara yang popular, seperti menentang kerajaan yang menindas, maka ia tidak perlu berahsia, dan boleh mendapat pertambahan ahli dan menjadi lebih kuat dengan bertindak secara terbuka.

Revolusi Amerika sebagai "Leaderless Movement"

Leaderless Movement tidak semestinya strategi terakhir. Sebagai contoh, perjuangan penjajah menentang British semasa era revolusi Amerika mengandungi komponen Leaderless Movement dari awal.Sebagai contoh ketika ia bermula, gerakan revolusi Amerika memiliki dua jenis pergerakan contohnya:-

"Committees of Correspondence"- mengumpul dan mengedarkan maklumat risikan melalui surat kepada kumpulan-kumpulan lain dalam pergerakan. Maklumat risikan ini terdiri daripada maklumat tentang aktiviti British, termasuk undang-undang yang diluluskan di England yang memberi kesan kepada negara-negara jajahan, dan idea-idea dan berita tentang aktiviti-aktiviti pergerakan.

"Sons of Liberty" - telah menggunakan maklumat ini untuk merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan penentangan, termasuk protes dan sabotaj. Satu contoh yang terkenal ini adalah Parti Teh Boston.

Penentangan revolusi amerika meningkat dari segi saiz dan kekuatan. Akhirnya ia cukup kuat untuk menyokong komponen hierarki konvensional, termasuk tentera dengan General George Washington sebagai pemimpin.

Kelebihan "Leaderless Movement"

Kelebihan utama "Leaderless Movement" ialah sangat sukar bagi musuh untuk menggunakan kaedah COINTELPRO satu cara menyusup dan mengawal. Ia adalah lebih sukar untuk menghentikan tentangan "Leaderless Movement" daripada menghentikan tentangan organisasi konvensional dengan bilangan orang dan method yang sama. Ini adalah kerana:

Sesuatu organisasi konvensional boleh dikawal dengan mengawal beberapa orang sahaja pemimpin bahagian atas yang berkuasa memberi arahan dan mengagihkan pembiayaan.Kaedah pembunuhan, rasuah, pengugutan, dan lain-lain kaedah kawalan, boleh diaplikasikan kepada beberapa orang penting dalam organisasi konvensional lalu merasakan organisasi dari dalam.

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan individu dibiayai sendiri, terlatih sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membantu penentangan. Jadi, menghentikan "Leaderless Movement" bermakna menghentikan kebanyakan individu atau kumpulan yang boleh jadi sangat besar jumlahnya.

Kelemahan "Leaderless Movement"

"Leaderless Movement" mempunyai kelemahan. Yang utama ialah komunikasi. Ahli-ahli "Leaderless Movement" perlu untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti mereka dan aktiviti-aktiviti musuh dengan berkesan . Mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan orang ramai yang berpotensi untuk menyertai penentangan. "Leaderless Movement" modern boleh melakukan ini dengan laman web Internet, e-mel, telefon, surat pos, dan liputan oleh media berita.Namun ini tetap boleh dipatahkan dengan mudah oleh pihak berkuasa.

"No Mercy For Corruptor"
     Anonymous ABU


Dec 25, 2011

Surat terbuka kepada Menteri Kesihatan dan Pengarah HRPZII

Oleh : Jeming Hassan

Salam sejahtera kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Assalamulaikum kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkidhmatan kesihatan di Malaysia dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II yang berusaha untuk menggubal dan melaksanakan polisi "Memberi perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" seperti mana yang dijanjikan didalam Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II didalam website HRPZ 2 tidak lama dahulu.

Saya adalah anak kepada Allahyarham Siti Sapol Binti Mat Rani yang meninggal dunia di Hospital Raja Perampuan Zainab 2 (HRPZII) 20 Disember 2011 pada pukul 1.55 pagi. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar sinar harian pada 21 Disimber 2011 kerana ketidakpuasan hati keluarga kami kerana tidak mendapat layanan yang mesra dan tidak profesional daripada pihak HRPZII . Tuan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan telah memberi maklmum balas di akhbar sinar pada 24 Disember 2011.

Terlebih dahulu, saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah menjaga arwah ibu kami sepanjang beliau berada di HRPZII dan kami juga mengucapkan terima kasih kerana sudi membalas dakwaan kami kononnya kami tidak mendapat layanan yang mesra di HRPZII di akhbar Sinar pada 24 Disember 2011.

Namun begitu, kami sedikit kecewa bila Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan berhubung dengan jawapan dan anggapan pihak Dato' di akhabr itu kerana pihak Hospital seolah-olah menganggap kami tidak dapat menerima kematian ibu kami. Kami juga agak kecewa apabila Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan hanya mendengar cerita dari kakitangan HRPZII tanpa mendengar penjelasan daripada kami sekeluarga sebelum membuat penjelasan di akhbar.

Untuk pengetahuan Dato', kami bukan mahukan layanan sepeti mana anak raja, namun layanan dan cara kerja di HRPZII amat mendukacitakan saya dan saya juga telah mendengar banyak rungutan yang sama daripada pengunjung HRPZII.

Diantara perkara-perkara kami sekeluarga tidak berpuas hati ialah;

1. Bahasa yang digunakan oleh jururawat yang bertugas di ward 8 dimana ketika menyuruh adik saya memberikan arwah ibu susu melalui wayar. Adik saya berumur 19 tahun dan beliau belajar dalam jurusan Tesl dan sudah pasti beliau tidak tahu dan takut untuk melakukan perkara itu. Dan jika pihak HRPZII hendak kami juga yang melakukannya, sekurang-kurangnya ajarlah adik saya dan bukannya menyindir seolah-olah kami ini mahu menyusahkan pihak hospital.

2. Saya juga tidak berpuas hati dengan cara doktor menyampaikan penyakit arwah ibu di depan dan dapat didengari oleh arwah ibu saya. Kerana walaupun ketika itu arwah ibu tidak boleh membuka mata, namun kami yakin arwah ibu sedang mendengar kerana reaksi arwah ibu bila kami menyentuhnya. Seorang doktor telah memberitahu bahawa arwah ibu kami tidak boleh diselamatkan lagi dan hanya menunggu masa. Dan perkara itu berulang bila ada jururawat juga daripada ward 8 yang secara jelas bercakap perkara yang negatif depan arwah ibu kami. Untuk pengetahun pihak Dato', jika kita hendak menyembelih bintang sekali pun, kita juga tidak dibolehkan membiar haiwan yang bakal disembelih itu melihat pisau itu apatah lagi bercakap perkara yang negatif dihadapan pesakit walaupun pesakit itu tidak sedar. Salahkan jika jauhkan sedikit dari pesakit yang terlantar itu?

3.Saya juga tidak berpuas hati dengan mesin yang "monitor" tekanan darah, denyutan nadi dan tekanan oksigen yang digunakan ketika merawat arwah ibu baru-baru ini. Ini kerana, alat itu sentiasa berubah-ubah dan kami sekeluarga pula hanya berpandu alat itu kerana jururawat hanya datang apabila hendak memberikan ubat. Namun saya sedikit terkejut apabila bacaaan nadi arwah ibu mencecah sehingga 200 dan ke atas. Sepengetahuan saya, denyutan normal nadi anggarannya sekitar 80. Saya segara memberitahu jururawat yang bertugas namun tidak diendahnya. Namun, saya cuba dapatkan jururawat sehingga berkali-kali saya panggil barulah dia datang. Apa bila dia datang, rupa-rupanya wayar pada tangan arwah ibu tercabut dan menyebabkan bacaan menjadi ralat dan wayar lain terpaksa dipasangkan ditangan lain.

4. Saya juga keliru dengan penyampaian doktor dalam member sesuatu maklumat. Seorang doktor telah memberitahu kepada saya bahawa pihak HUSM tidak dapat membuat pembedahan sepertimana juga pihak HRPZII. Namun saya keliru apabila dinyatakan seorang sepupu apabila beliau meminta rakannya di HUSM membantu arwah ibu untuk dihantar ke HUSM untuk dibedah telah memberi tahu bahawa kami sekeluarga tidak membenarkan dan telah menandatangan sebuah surat yang menyatakan kami tidak mahu arwah ibu dibedah. Namun kami tidak pernah pun menurunkan tanda sedemikian. Kami juga merasa agak kecewa dengan cara penyampaian doktor apabila hendak memberi sesuatu surat untuk kami turunkan tanda tangan. Seperti contoh, ada seorang doktor memberi cerita tidak mahu arwah ibu dibedah dan datang seorang doktor pula memberitahu mahu tukar bilik dan memberikan borang. Saya yang mempercayai doktor terus menurunkan tanda tangan,kerana menyanka itu borang tukar bilik, namun apabila diminta surat itu, bukan borang tukar bilik yang saya turunkan tetapi borang CPR yang saya turunkan tanda tangan tanpa memberitahu dengan jelas dan terperinci. Dan sepatutnya pihak hospital harus berbincang dan menerangkan kepada bapa selaku ketua keluarga.

5. Di ward 9 sekali jururawat melakukan kesilapan. "Monitor" katil arwah ibu yang ada dibilik itu dikongsi dengan katil disebelahnya. Saya tidak kisah jika peralatan itu dikongsi, namun saya amat marah bila bacaan ibu juga dikongsi. Ada satu kes dimana datang seorang jururawat yang bertugas membaca bacaan tekanan darah ibu tanpa memeriksanya dengan betul. Bacaan pada 'monitor' itu ialah 123 sedangkan bacaan arwah ibu sebelum ini adalah 245. Jururawat yang tidak melakukan pemeriksaan secara betul itu terus menghentikan pemberian ubat kepada arwah kerana kononnya tekanan darah arwah ibu telah normal. Namun itu bukanlah bacaan yang sebenar tetapi bacaan pesakit yang berada disebelah arwah ibu, dan saya telah memberitahu jururawat yang lain dan jururawat itu memberikan semula ubat kepada arwah ibu.

6. Pada 20 disember pukul 1.55 pagi, bacaan pada "monitor" tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Seorang jururawat datang dan memberitahu menurut bacaan pada "monitor" itu arwah ibu telah tiada. Namun beliau tidak berani memberi pengesahan dan menghubungi doktor untuk mengesahkan perkara itu. Saya sendiri yang berada di depan arwah ibu menyentuh kakinya, tetapi masih panas. Saya juga masih tidak berani untuk memberitahu keluarga yang lain kecuali adik beradik kerana masih tidak mendapat pengesahan daripada doktor. Hampir 15 minit menunggu doctor namun tidak sampai juga. Keluarga saya yang jarak 8 kilomter daripada hospital sudah pun sampai namun doktor yang berada di kawasan yang sama masih belum sampai. Saya cuba carikan doktor dan bertanya kepada jururawat yang bertugas, mereka kata semua doktor tidak berada berada di bangunan ini dan sedang berada di bangunan yang lain. Saya cuba dapatkan doktor di ward kecemasan dan memberitahu bahawa ibu sedang tenat. Namun tiada doktor yang berada disitu dapat membantu dan beliau cuba menghubungi doktor yang bertugas di ward itu. Seorang kakitangan di ward kecemasan memberitahu seorang doktor dalam perjalanan ke ward arwah ibu. Saya segera ke ward arwah ibu namun batang hidung doktor pun tiada. Saya sekali lagi pergi dan merayu supaya seorang doktor datang ke ward arwah ibu kerana arwah ibu sedang tenat. Mereka memberitahu meraka dibahagian lain dan doktor lain yang urus hal disitu. Dan saya merayu dan meminta adakah salah jika seorang doktor datang menjenguk kerana arwah ibu sedang tenat. Namun mereka diward kecemasan tetap berdegil dan memberitahu seorang doktor dalam perjalanan ke ward ibu. Saya pergi lagi ke ward ibu, saya lihat adik beradik yang lain masih mundar mandir dan doktor masih lagi tidak sampai. Sekali lagi saya pergi dan mereka tetap memberikan alasan yang sama iaitu doktor dalam perjalanan. Saya pergi lagi ke ward ibu dan doktor masih juga belum sampai. Saya hilang sabar dan terus ke ward kecemasan dan menjerit memanggil doktor. Namun tiada juga doktor yang simpati. Datang seorang polis yang bertugas di ward kecemasan memberitahu "kalau sudah mati tu nak buat macam mana lagi?" Hampir berlaku pergaduhan namun mujur datang seorang doktor yang bertugas di ward arwah ibu telah sampai dan adik datang memberitahu saya. Doktor yang bertugas itu datang dan memberitahu arwah ibu telah pun meninggal dunia dan kami tidak tahu secara jelas pukul berapa sebenarnya arwah ibu kami meninggal dunia.

7. Arwah ibu dibawa pulang ke rumah menggunakan van jenazah hospital. Saya juga tidak berpuas hati dengan pekerja itu yang melakukan kerja itu dengan kasar, Apabila ditegur, pekerja itu memberitahu “ini hanya mayat” dan ini mengguris kami sekeluarga kerana jenazah yang dinyata oleh pekerja itu adalah arwah ibu kami.

8. Keesokkan hari kami pergi ke hospital untuk menghantar selimut dan mengambil kesempatan untuk berjumpa doktor yang memberi borang CPR itu kepada saya. Saya ingin meminta penjelasan daripadanya bagaimana pihak HUSM boleh memberitahu bahawa kami sekeluarga tidak mahu arwah dibedah. Namun beliau bercuti. Namun ada seorang doktor yang mengajak kami masuk ke satu bilik untuk memberi penjelasan dan mendengar ketidakpuasan hati kami. Doktor itu menjelaskan kronologi penyakit ibu dan baru kami sekeluarga sedikit jelas dengan panyakit ibu. Namun saya tidak perpuas hati kerana, kenapa apabila arwah ibu sudah tiada baru ada penjelas dan itu pun kerana kami datang. Kenapa ketika mula-mula kami datang pihak hospital hanya memberitahu acuh tak acuh. Dan penjelasan itu juga dibuat di hadapan pesakit. Dan dijelaskan dengan tidak jelas!

Untuk pengetahuan pihak Dato' saya ada membaca perutusan dato di web Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II dimana HRPZII menjanjikan perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" dan ianya juga merupakan polisi HRPZII yang mana selaras dengan aspirasi dan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun saya agak terkejut apabila Dato' hanya memberi komen di akhbar dan langsung tidak memanggil kami untuk mendengar sendiri apa yang kami tidak puas hati. Dan anggapan dato' seolah-olah kami tidak dapat menerima kematian arwah ibu kami itu adalah salah. Kami tahu dan kami yakin setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia. Dan kami juga tahu itu satu suratan takdir arwah ibu. Namun, kami tidak berpuas hati dengan layanan dan berjumpa doktor sehari selepas hari ibu meninggal ada untuk memberitahu ketidakpuasan hati kami agar pihak hospital dan memperbaiki mutu kerja di hospital. Saya juga berharap pihak Dato' dapat turun ke hospital sebagai rakyat biasa dan bukan sebagai Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II. Saya berharap perkhidmatan kesihatan yang disediakan hospital kerajaan dapat ditingkatkan kerana hospital itu adalah milik semua masyakat dan sesiapa yang sakit akan pergi ke sana dan berharapkan layanan yang sewajarnya.

-Jeming Hassan-

Mohon doa dari pembaca blog sekelian...

Oleh : Manjung Mari

Salam Sejahtera..

Pepagi begini, aku dengan rendah hati memohon bantuan doa dari pembaca sekelian untuk keselamatan para pelajar Malaysia termasuk anak sulong aku sendiri yang berada di Mafraq Jordan...

Menurut anak aku yang menghantar pesanan ......

Salam...semua sihat ke? doakan k.long kat sini. kelmarin hari jumaat, ada rusuhan besar dekat Mafraq (bukan dekat Amman tau)..rusuhan dekat bangunan Ikhwan Muslimin...bangunan IM dekat sangat dengan penempatan budak melayu yg perempuan....siap dibakar semua, nak roboh kan bangunan ni..

Sebab diserang, kerana puak-puak ni risau kalau IM gulingkan insitusi beraja dekat sini...Dorang kan sampai ada tahap sayang raja mcm dah sebahagian dalam aqidah...

Doakan kitorang kat sini selamat..

Moga-moga doa para pembaca ada sedikit sebanyak dapat menyelamat keselamatan anak-anak kita yang berada di bumi Jordan..Insyaallah....

Dec 24, 2011

KIsah bloggers UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Semalam gua berbual dengan seorang member. Dia mempunyai kenalan dalam UMNO. Dia menyatakan pendapat dia mengenai blogger UMNO. Ianya bermula apabila gua menyatakan kehairanan seolah2 blogger UMNO ini tidak fikirkan kepercayaan pembaca dengan beberapa isu fitnah. Contohnya gambar awek catur anak LGE tu. Banyak contoh lain lagi.

"Aduka, diorang jadi blogger tak sama dengan lu orang sebelah sini. Diorang jadi blogger sebab ada imbuhan."

"Gua tahulah. Tapi imbuhan pun, kalau lari pembaca, siapa nak beri imbuhan lagi?"

"Menteri mana tahu bab2 statistik internet ni, bro. Motif utama bloggers UMNO ialah mendapatkan hit. Dengan bukti hit itulah mereka dianggap relevan diberi imbuhan."

"Logik."

"Bukan logik. Tapi realiti. Blog Che Det dulu tu sampai beribu komen. Lu ingat betul ke? Pelakon jer ramai tu. Sebenar maybe setengah, maybe suku dari itu. Blog UMNO semua benarkan Anonymous komen. Sebab nak buat seolah2 blognya ramai komen. Relevan diberi imbuhan."

Alhamdulillah. PASTI GEMBIRA sudah beroperasi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://pastigembira.blogspot.com/

Terima kasih kepada semua. Dari Kelantan pusing turun, naik semula ke Perlis. Sarawak dan Sabah. Student2, di luar negara dan uma di Ireland. Semoga Allah merahmati kita semua.














Lagi video Langgar Hadi (6)

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/GscuvGQ54YM

Lagi video Langgar Hadi yang diserahkan kepada gua by email. Gua rasa PAS Terangganu pun dah berbulu dengan Hadi Awang la. Tu pasal kali ni dia serahkan kepada gua. Cuma bahagian keganasan rakan2nya dia deleted dah. Kecuali muka2 yang rapat dengan Hadi Awang sahaja dia tak potong.

Mamat yang tahan gua dalam video tu lah yang menahan gua ke tingkat 1. Kemudian gua jelaskan bahawa penahanan gua ini boleh dianggap satu penculikan, dan gua berhak membuat laporan polis, barulah team Pak Wahad masuk campur. Pengerusi masjid nampak cemas. Mamat yang tahan gua tu pun gelabah.

Siapakah yang Allah hina dalam sejarah ini? Sudah pasti orang yang tidak layak memegang amanah, tetapi bermati2 mempertahankan jawatan atas alasan jemaah lantik.




Dec 23, 2011

Video : "Macam (tuduhan) Hasan Ali tu.." - TGNA

Oleh : AdukaTaruna
Sumber :  http://youtu.be/WaB61GCJuoM

Ketika TGNA menyebut nama Hasan Ali dan tuduhannya, HP gua dalam keadaan lock. Dan ini yang dapat gua rakam.



Adam Adli : Terima kasih Dewan Pemuda PAS

Sumber : Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

NONE"Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan bunuh ke atasnya telah melepasi  batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

NONE"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai
asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangNasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak,  mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.

Gua : Tq Dewan Pemuda PAS. Maka, terpaksa la gua berhenti kritik Pemuda PAS. Mujur tahun depan dah tak lama. Apa pun terima kasih tak terhingga dari gua aa, Ostad Tantawi dan Ostad Nik Abduh.

Pendaftaran Projek Langgar Hadi di Rusila 2.0

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : HarakahDaily



Apabila open check, nak gerak tak boleh sebab tak nak mati antara dua buah, dia bleh pilih buy time. Wakakaka. Tangguh pertarungan jap, g luar negara dulu, bila balik, keluar dalil dan ucapan hukum2 bermain catur yang dia hafal.

Sungguh pun nampak macam terer dengan senarai hafalan,penghafal adalah penghafal. Terdapat 3 hujah yang perlu ditanya secara rakaman video (langgar). So, di peringkat awal, gua open Projek Langgar Hadi 2.0. Sesiapa yang nak follow gua bleh email gua adukataruna2008@gmail.com

Daftar dulu. Boleh siap bagi pendapat. Gua pun kena fikir prioritynya juga sebersih2nya.

Dec 22, 2011

Memorandum PKR dan PAS mohon UPSI jangan tunduk campur tangan UMNO.

Oleh : SB UPSI








Peristiwa Harian di Kelantan (1)

Oleh : AdukaTaruna

 Bersama rakan sekerja tempat lama yang berkahwin. Baung, Chekok.

 Kek Burung Marah di kedai kek dalam Tesco. Kota Bharu.

Jualan clear stok Kedai Barangan Elektrik Kemudi. Depan Kedutaan Thailand. Harga gila punya murah. LCD Toshiba 40" RM799. Tapi orang miskin macam gua beli pembakar roti RM9 untuk hadiah kawen member. Wakakaka.

 Hari PEMIKIR di KTC Kelantan. Pelbagai info dan pameran.

Di rumah kawen member. Azri. Bunut Payong.

 Lepak sebentar sementara lauk siap. Wakakaka. 

Selamat pengantin baru bro. Hingga bahagia hingga ke syurga. Pemuda PAS Kelantan pun ada. Tapi gua malas bergambar. Tak pasal2, dia kena tuduh macam2.


Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji?

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Ini adalah Almarhum Ust Hasan Shukri(gambar) selepas beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dulu. Beliau tewas dengan Ust Nasaruddin Mat Esa, seorang tokoh muda ketika itu.

Beberapa hari selepas pemilihan, di adakan mesyuarat AJK Pas Pusat, Beliau turut di jemput hadir. Ramai menjangkakan Almarhum Ust Hasan Shukri mungkin tidak hadir atas alasan baru saja tewas dalam pertandingan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk 'sejukkan' hati, tetapi apa yang memeranjatkan sewaktu hari mesyuarat, beliaulah antara yg pertama ada dalam bilik mesyuarat PAS Pusat(d Taman Melewar ketika itu), beliau sempat menyapu dalam bilik mesyuarat dan beliaulah yg menyambut tetamu lain yg hadir (termasuk Ust Nasaruddin Mat Isa).

Begitulah akhlak seorang pejuang Islam tulin, yg berjuang untuk jemaah dan bukan atas faktor peribadi yg apabila tewas...menjauhkan diri dengan jemaah dan sampai tak datang mesyuarat. Al Fatihah untuk Almarhum Ust Hasan Shukri, Moga rohnya di tempatkan di kalangan syuhada dan solehin. Amin.


[2]


Ini Mat Sabu. Muka jahat pada orang2 tua yang hanya tengok TV. Bahasa kasar tapi kelakar. Lepas kalah kepada Nash pemilihan lepas, sebutir sikap atau kenyataan pun tak keluar dari mulutnya pasal kekalahan. Takda berita dia menjauhkan diri, atau enggan hadir jemputan parti. Yang memekak ialah penyokong2nya sahaja. 


[3]




Ini Husam. Kalau Mat Sabu tadi, dia boleh dikatakan golongan bukan establish. Husam dia exco. Ada kedudukan. Kalah dengan Nash pemilihan lepas.


Sebutir sikap dan kenyataan pun tak keluar yang menentang parti walau penyokong2nya mempertikaikan cara pengundian dikira. Pemilihan selepas itu, siap boleh beri laluan kepada Mat Sabu.

Malah, walau mengecewakan gua dan Aziz Bari, dia menolak pencalonan Presiden dari kawasan Bukit Bintang. Kalau ikutkan, antara produk PAS yang terbaik dari segi aggresif / ekonomi / networking dan pentadbiran yang boleh dijadikan alternatif kepada Anwar ialah Husam.


Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji?

Hasan Ali : Soalan coverline dari Nik Abduh

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/gambar-adukataruna-topeng-perak-bakar.html



1. Gua bakar gambar dia lama dulu lagi. Pada tahun 2009. Secara poyonya kami berada beberapa tahun di depan semua pemimpin, penyokong dan blogger yang baru terhegeh2 menentang Hasan Ali sekarang ni.

2. Then, time gua mendamagekan pihak2 pro perubahan PAS akan kes Sultan Johor, Khalid Samad diputuskan digantung 6 bulan.

3. Selepas dicungkil Saari, Tantawi dikatakan terpedaya dengan air mata orang yang didakwa ada hutang 800k. Lalu Tantawi membuat kenyataan menyokong Hasan Ali. Ini sikap jujur dan naif Tantawi.

3. Tekanan meningkat kepada Hadi Awang. Seorang pemimpin PAS Pusat memberitahu gua, pihak Hadi takut isu Hasan ni membuatkan gua sampai ke Rusila sekali lagi. Gua tergelak. Ingatkan bergurau.

4. Tak lama kemudian, Stopa Ali change side. Wooo... then, tak lama lagi Hadi Awang akan buat statement. Agak2 berani tak Hadi Awang mengambil risiko dilanggar di Rusila kalau side masih si sebalh Hasan Ali? Keadaan Hadi Awang yang lemah otak ini dalam keadaan open check.

a. Menyebelahi Hasan Ali, King selamat. Queen mati. Dia anytime dilanggar sekali lagi. Nak berhujah tak pandai, intelek out.

b. Menyebelahi majoriti PAS (Tantawi dah ubah side, Muslimat dah keluar stand, Naib Presiden anggap perang), bermakna King mati. Queen selamat. Hasan Ali akan menganggap Presiden gagal menunaikan janji melindunginya ketika usaha berpadu. Maka, rahsia true color Hadi Awang akan didedahkan.

5. Selepas Tantawi change side, Nik Abduh tergamam. Maka, bertanyalah dia soalan tahap kelakar ini. Nak cover line kot. Bahaya yang nyata sebenarnya apabila penghafal itu dipilih menjadi pemimpin situasi perang.


Maka bertanyalah Nik Abduh (rujuk gambar) :

Apakah pandangan tuan-tuan yang budiman mengenai sikap UMNO yang tidak mengambil sebarang tindakan dan hukuman terhadap PEMBERONTAK utamanya, YM Tengku Razaleigh Hamzah yang hampir-hampir semua kenyataan dan tindakannya telah menguntungkan pembangkang? Atau ringkasnya, RUGI atau UNTUNG UNNO dengan sikapnya itu?

Nak gua jawab rasa turun level. Tak jawab, bahaya sebab dia driver kepada ribuan penumpang. Maka jawapannya ialah :

Jawapan level baby.

Apa guna masak di rumah, kalau nak makan terpaksa ikut keadaan jiran..

Jawapan level budak sekolah.

Apa guna buat peraturan sekolah, tapi untuk daulatkan peraturan itu terpaksa 2x5 dengan perauturan kumpulan gangster.

Jawapan level penghafal.

1. Langgar perlembagaan parti fasal 82 (1) (g). Iaitu mengawal diri supaya tdk melakukan sebarang tindakan yg menyalahi atau merugikan kepentinga parti.

2. Fasal 82 (1) (b) iaitu taat n patuh kpd perlembagaan parti serta Aturan dan Peraturannya.

3. Fasal 82 (1) (c) iaitu taat dan patuh kpd arahan2 dan perintah2 parti.

Sendiri buat perlembagaan. Tapi bila kengkawan sendiri yang langgar, kena rujuk kumpulan gangster UMNO supaya kita 2x5 dengannya.

Haiyaaa... penghafal. 

Al Fatihah : Damailah dirimu di sana.

Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya.

Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi.

Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi.

Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi.

Senyumannya, pandangan penuh harapan yang dimilikinya, sukar untuk kita fahami. Sukar untuk beliau luahkan penderitaan yang ditanggung walau sejuta insan menunjukkan rasa kasih kepadanya.

Semangat untuk melihat adik Annisa untuk hidup normal, yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, sukar dinafi. Kesungguhan anda mengundang kekaguman di hati kami.

Buat ibu dan ayah adik Annisa, redhalah, kerana ajal itu adalah janji Allah swt kepada setiap yang hidup.

Kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan anda tidak bernoktah di sini. Jangan gusar dengan mendung di langit kerana yakinlah pasti akan ada pelangi yang bakal menjelma.

Ketabahan anda, ketabahan kami. Kekuatan anda, kekuatan kami. Kesedihan anda, kesedihan kami. Penderitaan anda, penderitaan kami.

Tabahlah. Kami bersama anda.

Al fatihah untuk almarhum adik annisa.

Dec 21, 2011

Hasan dan Nash : Perlukah gua langgar Hadi di Rusila sekali lagi? (Video terbaru inside)

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/WZqfCZERL3s



Video ini baru sahaja diberikan kepada gua melalui email. Maybe orang Rusila sendiri yang bagi kot. Tapi video ni, adalah rakaman kejadian sebelum pengganas Rusila mengamuk terhadap gua dan rakan. Ianya terpotong (dipotong?) sejurus sebelum upacara rentap-merentap berlangsung depan Hadi Awang. Lelaki yang memegang baju gua itulah ketua dan pemula kepada acara belasah.

Kejadiannya berlaku pada 7 Januari 2011. Ini adalah link kronologi kejadian.

http://adukataruna.blogspot.com/2011/01/gua-akan-jumpa-hadi-di-rusila-lagi.html

Pada hari kejadian peralatan rakaman seperti HP dan Kamera milik gua dan rakan telah dirampas oleh pengikut Hadi. Soalannya, perlukah gua melanggar Hadi Awang sekali lagi di Rusila, dalam kes Hasan dan Nash sekarang ini? Atau ianya sudah jatuh priority yang tidak lagi penting?

Islam adalah agama hujah. Dan jika lu orang dapat memberikan hujah kepada gua bahawa priority Langgar Hadi di Rusila masih berada di atas, Lillahitaala, Bismillahi tawakkaltu alallah, gua akan ke sana sekali lagi. Pada hari Jumaat (ketika Hadi Awang ada).

Amaran ! : Dakwat kekal untuk pengundian berganda, atau dakwat kekal untuk halang pengundian berganda?

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Ameno World


Cuba lihat gambar itu.
Pindaan perauturan pilihanraya akan dibuat. Pengundi yang enggan dicalitkan dengan dakwat kekal tidak akan dibenarkan mengundi pada PRU13 nanti.

Sepatutnya pengundi yang sudah mempunyai tanda dakwat tidak dibenarkan mengundi. Bukan pengundi tiada tanda dakwat yang tidak dibenarkan mengundi.

Usah2lah bergaduh bab Hasan Ali dan Nash tu. Insyaallah, jika Allah izinkan mereka akan tercabut sendiri. PRU13 ni ghaiblah mereka dari PAS dan true color lah mereka. Hadi Awang sendiri akan tercabut. Cuma lambat sikit la. Pemilihan yang akan datang. Yang penting dan priority ialah dakwat kekal sedang dimanipulasikan.

Jika menurut Utuseks Malaysia ni, bermakna, penggunaan dakwat TETAP TIDAK MENGHALANG PENGUNDIAN BERGANDA.

Nanti gua akan kemukakan cadangan bagaimana nak minimakan pengundian berganda. Insyaallah.


Semua pelajar universiti diwajibkan berdemo bantah Adam Adli.

Dari sumber rakan student, UMNO mewajibkan pihak universiti mengerahkan pelajarnya berdemo membantah Adam Adli. Ianya akan dimainkan di media perdana milik mereka. Seperti isu kerahan wajib pelajar UiTM semasa zaman Misai tu.

Harap2, SMM dan BEBAS boleh tunjukkan solidariti balas mempertahankan Adam Adli kurang seminggu dari demo kerahan UMNO itu. Insyaallah. Kalau berkemampuan, gua akan join untuk liputan.

Adam Adli dipelawa ke Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Kepada adik Adam Adli, gua dan rakan2 Kelantan mempelawa lu ke sini. Kelantan ni dah macam tempat perlindungan politik dah. Masa Anwar dalam UMNO, dia la raja kutuk PAS dan Kelantan. Bila kena pecat, susun kubu, dan raih simpati di Kelantan. Mahathir pun untuk roadshow lawan Paklah, Kelantan juga. Bergaduh sampai kena spray pemedih mata. Gua pun ke Kelantan juga. Tapi gua takpala.. dah memang bini gua Kelantan. Ngee..

Gua dengan bantuan sek2 Kelantan, insyaallah boleh adjust lu di sini. Untuk sementara waktu. Maybe lu bleh ajar kami cara2 menurunkan bendera Najib tanpa dilihat oleh pengawal keselamatan dan polis. Tinggi gak ilu lu tuh.

Jika lu terbaca ini, dan berhajat untuk ke Kelantan, sila pertimbangkan tips gua ini :

1. Cabut sim kad yang didaftarkan dengan nama lu. Setakat off hp tak berapa yakin. Guna sim kad orang lain.

2. Jangan lakukan urusan duit di ATM milik akaun lu. Guna akaun orang lain. Kasi (dedahkan) no akaun lu untuk kutipan derma, dan serahkan kad bank kepada orang yang lu percaya. Orang ini akan masukkan duit ke akaun yang lu guna sementara tu secara berpecah. Contoh :

RM100 didermakan atas akaun lu. Kad ATM ada pada si Ali. Si Ali keluarkan cash RM100, balik rumah. Bagi RM10 kepada 10 orang. 10 orang tadi akan masukkan ke dalam akaun sementara lu secara berasingan. ATM lain2, tarikh lain, waktu lain. Kalau nak follow kena kerahkan 10 SB. Payah sikit. Tapi, jangan buat dengan kerap.

3. Potong rambut K Pop lu tuh. Pakai kemeja dan seluar slack. Tukar dress up. UMNO ni ganas dengan bantuan polis utk anak2 Melayu. Kalau polis bebas, kita boleh tgk true color diorg sekor2.

4. Sampai Kelantan, cari CC. Mesej gua melalui FB. Gua atau member lain pikap lu kat memana. Bukan nak kata UMNO di Kelantan tak ganas, tapi boleh tahan la sikit. Insyaallah.

5. Tabahkan hati, cakap dengan Allah banyak2. Semoga terbaik untuk lu.

Dec 20, 2011

Adam Adli : Mohon Pemuda PAS masuk campur.

Keluarga diugut,Adam Adli sembunyikan diri.

Pulau Pinang, 19 Dis : Situasi terkini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC kian genting.

Terbaru, setelah menerima ugutan Pemuda UMNO kawasan Petaling Jaya Utara semalam, beberapa rakan beliau telah dibelasah dan dipukul sekumpulan pemuda di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Menurut sumber, sekumpulan pemuda berkenaan telah mengesan mahasiswa melalui beberapa gambar dan rakaman video ketika himpunan 17 Disember lalu.

Mereka kemudiannya bergegas mendapatkan maklumat dan setelah itu, mereka diberitakan ingin mendapatkan Adam Adli tetapi menemui jalan buntu.

Namun mereka berjaya menemui rakan Adam yang kemudian dipukul hingga menyebabkan beberapa bahagian badannya calar dan luka kecil setelah rakannya menyatakan tidak mengetahui tempat Adam sembunyikan diri.

Laporan polis diberitakan akan dibuat petang hari ini.

PEKIDA datang rumah Adam

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, satu lagi berita mengejutkan telah terjadi semalam, juga mempunyai kaitan dengan kejadian penurunan bendera Datuk Seri Najib Razak di PWTC tempoh hari.

Menurut satu maklumat yang diperoleh, keluarga Adam Adli yang menetap di Pulau Pinang telah dikunjungi sekumpulan pemuda yang memperkenalkan diri mereka sebagai entiti PEKIDA.

Keluarga Adam yang terkejut dengan kedatangan mereka telah menyatakan kepada sumber berkenaan bahawa mereka telah diugut dan diberi amaran.

“Mereka tidak benarkan anak kami (Adam) pulang ke rumah kerana mereka akan memantau sekitar rumah kami.”

“Jika mereka nampak anak kami berada bersama kami, mereka akan lakukan sesuatu. Kami sangat sedih dan mohon semua doakan keselamatan anak kami.”, ujar salah seorang daripada ibubapa Adam yang dipetik sumber berkenaan.

Diberitakan serangan demi serangan juga telah dilakukan blogger dan facebooker terhadap mahasiswa berkenaan namun setelah dianalisis, golongan mahasiswa dan rakyat Malaysia lebih menyatakan sokongan kepada beliau. – GZDaily
[1]
Sebelum memohon bantuan terhadap Pemuda PAS, gua terpaksa stand falsafah dalam kes ini. Ini kerana terdapat sekumpulan Pemuda PAS yang mengecam penghinaan bendera musuh walau bermusuh. Ianya bukan tindakan Islam.

Memang, pada gua mahasiswa itu telah melakukan perkara yang tidak diputuskan oleh BEBAS. Tetapi keadaan sudah pun berlaku. Apa pun falsafahnya, Adam Adli tidak harus menerima hukuman tidak bertamadun seperti mencederakan fizikal.

Dan untuk peringkat [1] ini, gua terpaksa kemukakan gambar ini :


[2]
Selain dari pendekatan PAS sendiri, gua mencadangkan agar Pemuda PAS membawa Adam Adli bersama dalam pertemuan dengan Pemuda UMNO. Adam Adli belum sehebat Mat Sabu atau Ketua Pemuda PAS sendiri yang mempunyai jemaah yang kukuh.

Memang kesal sangat. Tetapi inilah wajah UMNO. Hanya samseng dengan bangsa sendiri dalam masa yang sama claim pejuang bangsa Melayu. Dengan Namawe takut pula.

Sekiranya Pemuda PAS menganbil kira rayuan gua, gua sanggup berhenti kritik lu orang selama setahun. Jangan gelak plak. Gua siyes ni. Gua tak tau apa tawaran gua untuk memohon bantuan Pemuda PAS. Nak guna nama Allah segan plak gua.

Memang Adam Adli bukan adik gua, tapi ini macam tanggungjawab kita la bro.. Nak harapkan PDRM memang payah bro. Ni zaman BN. Terpaksa harapkan Pemuda PAS untuk berdiplomasi.

[3]
Sekiranya Adam Adli diberhentikan UPSI, gua mohon jasa baik MB Selangor untuk menempatkan Adam Adli di Unisel. Atau mengikut pertimbangan yang munasabah kepada kerajaan negeri Selangor. Sekali lagi gua takda tawaran untuk tawar-menawar. Nak gua janji basuh kereta MB Selangor selama seminggu, mesti lu orang gelak. Tapi gua sanggup bai..

Apa pun gua harap perkara ini mendapat pertimbangan, perhatian pihak Pemuda PAS misalnya, AMK misalnya. Sekian, terima kasih.

Kah3.. Armand UMNO diejek budak2 Myspace.

Sumber : http://youtu.be/Mz5oohVmjzM



Bonda Jeming Hassan menemui Allah.

 Gambar oleh Syaz GEGAR

Oleh : AdukaTaruna

Bonda kepada aktivis yang paling dikenali di Kelantan, Jeming Hassan, telah menemui Allah pagi tadi sekitar jam 2 pagi. Beliau dipercayai mengidap penyakit darah tinggi.

Meh la kita sedekahkan Al Fatihah kepada bonda Jeming Hassan yang tercinta. Sesiapa yang tak setuju sedekah Al Fatihah, jangan dok baloh2, kita pakat2 doakan yang terbaik untuk beliau. Doa kompom sampai. Makbul ke tak jer tajuknya.

Solat jenazah selesai jam 10 pagi tadi. Lokasinya di rumah Jeming. Kepada yang mahu ziarah, tetapi tak tahu rumah Jeming Hassan Full, harap janganlah tertepon2 Jeming. Sudah tentu dia sibuk ya amat. Apatah lagi dalam keadaan sedih.

Datang jer kat padang bola Penjara Pengkalan Chepa, anda pasti akan nampak kereta banyak2. Jangan masuk penjara tu plak. Tu tempat Jean Francoise selepas PRU13 nanti.


Dec 19, 2011

Video dan gambar : Pemuda UMNO serbu Mahasiswa UPSI

Oleh : SB UPSI





Lebih kurang 50 ahli dipercayai Pemuda UMNO yang menggunakan platform seperti wakil felda, PERKASA dan lain-lain telah menyerbu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

UMNO yang terkenal mencarut dalam berdemo telah mencarut, provokasi warga mahasiswa UPSI berkenaan hal turun bendera Najib di PWTC.

Di bawah adalah gambaran keadaan di UPSI.