Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Nov 28, 2011

Selamat tinggal Kota Bharu..

Oleh : AdukaTaruna

Memecah khurafat angka 40.

1. Hari ke 3, gua bawa anak gua jalan di jalan depan rumah. Bobe mak mertua gua. Belum 40 hari, ma.

2. Hari ke 7, subuh gua bawa ke Masjid Pulau Melaka. Tengah hari, gua bawa anak gua ke rumah Tok Longnya. Di Wakaf Che Yeh.

3. Hari ke 18 bawa pasar malam. Menjeling makcik port lepak depan simpang. Menantu degil. Ajaran sesat. Maybe tu kot dalam fikiran mereka.

4. Hari ke 19 ke KB Mall. Time mak mertua gua ambil RM100 di sekolah. Budget balik sebelum mak mertua gua balik. Sekali kantoi. Kuang3...

Malam mak sedara bini gua kol bini gua.

"Pantang sikit Kin.. AdukaTaruna tu muda lagi tu... Kawen lain namoke.."

5. Hari ke 27 Ke Chetok. Makan gulai. Orang dah bleh terima cara gua.

6. Hari ke 28 Wakaf Mek Zainab. Rumah mak saudara belah Kelantan. Kena skolah beb kat situ. Hua3..

7. Hari ni 28hb, balik Seremban. Tiket jam 7 petang.

Mula2 rancang nak naik Mazda. Bertolak lepas Isyak.

"Malam2 bawak baby mana bleh!"

"Nabi Musa masa baby dah kena hanyut sungai. Yusuf kena campak perigi. Muhammad kena pisah cari ibu susu. Isa takda bapak. Lahir bawah pokok kurma. Ibrahim melalak haus kena tinggal tengah padang pasir. Semua baby yang melalui ujian hebat, akan jadi manusia hebat." Punya cam bagus hujah gua.

"Ok.. bawa lada hitam."

"Tak perlu. Allah dah turunkan ayat kursi, dan ayat akhir surah Al-Baqarah. Baca, yakin dengan Allah. Power ayat tu dalam 3 hari." Dah macam Ostad Harun Din dah gua.

"Gua bagi pinjam Caldina gua bro."

"Uih.. terima kasih banyak bro.. tengoklah gua fikirkan." (uih.. gila.. gua tak tahu minyak pergi balik Seremban-KB berapa kalau naik Caldina. Mau kayap gua bulan depan. Harta orang plak tu)


2 hari tarikh bicara atas tuduhan menghina Sultan Johor dengan perkataan mampos dan pergi mampos. 2 hari x RM200 kos hadir peguam = RM400. Settle. Alhamdulillah. Anak baru tubek plak tu. Roadtax sangkut sebab ada satu saman.

Kalau tak fikirkan mental orang rumah gua yang baru bersalin ni, memang dah lama gua hayun Mazda tanpa roadtax. Dah berapa kali gua buat. Dah berapa kali Allah settlekan. Alhamdulillah. Tapi level gua dengan level bini gua tak sama.

Arghhh...... Apa nak jadi, jadilah. Semoga Allah mudahkan. Gua pinjam Hj Osama RM100 untuk settlekan saman dan hidup roadtax. Tolak sana, badget sini, gua boleh balik naik kete. Alhamdulillah.

"Gua support tiket katil keteapi bini lu. Lu punya seat lu beli sendiri. Jadila abah yang bertanggungjawab sket, bro.."

Ramai nak mampos yang bantah. Gua dah tak kompiden. Gua takut ini semua isyarat / dorongan Allah supaya gua naik keteapi. Arghhhhh gua nak naik Mazda! Gua nak naik Mazda gua! Solat istikarah...

................................................
................................................
................................................

Esok gua beli tiket keteapi.

"Lu jemput gua bai.. kat KTM Seremban, nanti."

"Member gua ambil kat KTM Seremban, boh.."

"Ke mudoh gitu. Lu buke tokleh g ke seat katil."

"Gua beli 2-2 kelas biasa."

"Dasar gong mu nih. Kawe oyak kawe bayar doh ke. Bengong nate nih.."


Nov 27, 2011

FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.

Oleh : Syam Ghaz

A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

- Tahun 1974 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

- Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

[NOTA: Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.]

- 12 Noember 1975 - "Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
- Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara.

B. HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM.

- Tahun 2005 - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

- Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

- Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?

C. SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU.

- 24 Ogos 2011 - PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013.

- 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan.

- 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

- USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

- 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

- RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Sebagai Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi anak bangsa hadapan.

Ayuh Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat!

Disusun oleh;

Syam Ghaz
Setiausaha
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)


Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor.

Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik
Label : Surat dari pembaca


Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor.

Tuan/Puan Editor,

Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyopada 22 November 2011.

Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor.

Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negeri Jepun yang pada masa ini telah pun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor.

Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini.
Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini.

Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan begitu trend di Jepun adalah melabur di luar negara sekarang ini.

Polisi dan praktis kerajaan Pakatan Rakyat yang tiada toleransi dengan korupsi bakal menarik perhatian ribuan pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan korupsi hanya akan mengurangkan keuntungan kepada para pelabur.

Dengan kata lain, apabila tiada korupsi, kadar keuntungan kepada para pelabur akan semakin tinggi. Ini akan mampu menarik lebih ramai pelabur ke negeri Selangor.

Lebih ramai pelabur masuk ke Selangor, bererti peluang pekerjaan akan bertambah. Ini juga bermakna ekonomi rakyat Selangor juga akan meningkat.

Jelas, ini suatu bukti bahawa dengan kurangnya korupsi, rakyat umum mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Syabas Menteri Besar Selangor. Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK

Nov 26, 2011

Panas! : Berapa Anwar bayar untuk Malaysiakini tukar pemberitaan Shamsul AMK?

Oleh : AdukaTaruna

Meletup panasnya dengan statement bodek si Shamsul. Di blog dan FB. Seorang pembaca menyatakan tiada yang salah. Shamsul tak sebut pun begitu.

Gua buka semua Malaysiakini. Ya! Terkejut gua. Pemberitaan itu telah ditukar. Shit! Apa ni? Gua semak Anak Sungai Derhaka. Dia sempat kopipes.

Tajuk Asal : AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara
Tajuk Ubah : AMK akan demo jika Anwar dipenjara

Sumber : Anak Sungai Derhaka

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.

Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.
Sumber : Malaysiakini

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.
Gua tak puas hati. Sms rakan wartawan Malaysiakini.

"Bro.. apsal Malaysiakini tukar berita Shamsul BERSIH 3.0?"

"Eh.. tak tahu gua."

Selang 5 minit gua dapat sms.

"Bukan gua bro.. kena tanya wartawan tu. Anwar kol dia."

KMT marah akan Shamsul AMK

Oleh : Khai Muhammad Taruna
Sumber : http://youtu.be/8e4V6pAyZxM

Saya ada tau masa 9 Julai 2011. BERSIH 2.0. Saya pergi atas nama mendapatkan hak memilih pemerintah dengan telus dan jujur.



Nov 25, 2011

Marah sungguh gua dengan falsafah Shamsul PKR.

Oleh : AdukaTaruna

memang hak diala nak guna idealogi apa. Dan hak gua nak langgar dia pun lepas ni. Kalau berbulu dah sampai kepala. Langgar dengan hujah la. Berdepan dengan gua dulu, tengok.

[1]
Time Anwar kena tuduh liwat, dia junjung buku Qazaf. Tuntut Qazaf. Time Kelantan nak buat hudud, takda suara plak. Time Anwar pun tolak hudud, pun tak suara plak. Dasar manusia berjuang kerana manusia yang menentukan pangkat. Fakap la hai..

Gua pun tak setuju hudud peringkat negara ketika ini. Gua setuju hudud peringkat negeri. Gua pun tak setuju hudud peringkat negeri dituntut ketika ini. Tapi, sedetik pun gua tak berjuang kerana manusia. Gua tidak bermuka2 dengan prinsip. Gua dapat bayangkan apa yang berlaku kalau dia menjadi Menteri nanti.

[2]
Kemudian, dia nak mengeluarkan idea Mertabatkan Semula Raja Berpelembagaan. Kalau base on Malaysiakini, gua takda nak komen apa2. Tapi kalau dia cuba batalkan jasa Mahathir kepada gua dan rakyat, terhadap kuasa keganasan raja2 Melayu, gua bantah.

[3]
Terkini dan terlatest, Shamsul Ketua AMK PKR isytihar BERSIH 3.0 jika Anwar ke penjara. Eh2... mujur gua dah jadi bapak. Nak berubah. Kalau tak, dah mencarut dah gua.

BERSIH tu atas falsafah apa? Kalau lu nak turun ke jalanraya atas nama Anwar, gunalah platform lain. Gua sokong. Tapi, BERSIH adalah hak demokrasi rakyat Malaysia terhadap sekian tuntutan. Tidak dibenarkan membawa panji politik. Respek sikit kepada ahli2 UMNO, penyokong2 BERSIH yang anti Anwar yang turut menyokong BERSIH.

BERSIH adalah berkaitan dengan kedaulatan negara melalui sistem pilihraya. Ianya bukan untuk kes Anwar. Hormat-menghormatila sikit bai. Tunjukkan kepimpinan seorang Ketua AMK.

Mertabat semula raja berpelembagaan.

Oleh : Malaysiakini

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut supaya institusi raja berperlembagaan dimartabatkan semula agar tidak dipergunakan sebagai alat politik oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik.

Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah.

Katanya lagi, raja tidak seharusnya sekadar menjadi simbol tetapi turut mengambil peranan untuk memberi perlindungan kepada golongan lemah dan membela golongan tertindas.

"Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik.

"Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan.

"Padahal, menjalankan keadilan itu merupakan tugas asasi raja sebagaimana terkandung di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi kepada lebih 2,000 perwakilan di kongres itu.

Shamsul Iskandar membangkitkan isu yang sering dianggap tabu itu dalam kongres kelapan PKR yang kali pertama diadakan di Johor Bahru, sejajar dengan usaha PKR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu.

Oleh : malaysiakini

Shamsul juga berkata, soal reformasi institusi beraja tidak sepatutnya menjadi isu tabu kerana soal membincangkannya bukanlah bermakna tidak mengasihi raja.

"Hormat dan kasih kita itu membuatkan kita percaya bahawa perlu ada reformasi agar raja berperlembagaan dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan di negara ini," katanya.

Tambahnya, raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam.

Katanya lagi, raja sepatutnya mampu menjadi simbol ketuanan rakyat dengan mengambil peranan sebagai "penaung kepada semua rakyat dan tidak terhad kepada orang Melayu."

Tanpa sultan, masjid akan jadi muzium.

Oleh : AdukaTaruna

Cerita 1.

Terngiang2 kat telinga gua kutbah Jumaat dalam mimpi gua yang lepas2. Sempena hari jadi Sultan bangang. Baka penjudi ayam. Kalah. Dan satu daerah berdialek sendiri diserahkan kepada jiran. Satu baka bangsat yang membuatkan wilayah atas negeri itu dijajah dan menderita menuntut kemerdekaan sendiri.

Pada gua salah kenyataan imam Al Azhar semasa kutbah tu. Sepatutnya dia baca begini :

"Dengan Sultan, gelanggang sukan menjadi masjid."

Bodoo punya Sultan Negeri Sekebun Tebu... mujur dalam mimpi..

Cerita 2.

"Na.. mu nak jual kain mu tu, 24hb ni Ostad Azhar ada ceramah kat Futsal Arena tuh."

"Malaslah.. huje.. payoh."

"Tak tentu gak Na.. dulu seminggu hujan. Tiba time program hudud kat stadium KB tu, tak hujan. Molek jer. Aku rasa silap2 jadi macam tu 24hb nih."

Member gua ambil keputusan tak niaga kain dia. Kebetulannya, hujan haya sebelah tengah hari. Sebelah petang sehingga malam pada 24hb tu memang tak hujan.

Pagi tadi masuk kerja, gua pun sound member gua.

"Kan gua dah cakap.... tak hujan."



Husam Musa kawen baru. Hantaran RM800 ribu?!

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Baginda Reformasi | Warta Jingga

Biasalah tajuk jer. Kasi sek2 UMNO masuk blog gua. Bukan Husam Musa, bro.. Tapi orang yang dipercayai Musa Hasan. Mantan Ketua Polis Negara.

Kawen benda yang bagus. Tahniah alhamdulillah. Kawen muda benda halal. Gua jeles. Tapi banyaknya duit bekas Ketua Polis kita... Samseng Cina bayarkan ka? Mustahil. Raja Petra mesti tak percaya dakwaan tu.


Nov 24, 2011

Kelantan patut bubar DUN berasingan dengan BN.

Oleh : AdukaTaruna

Anak dah tido, baru bleh taip. Hua3.. gua berpendapat, Kelantan patut keluar dari kebiasaan dengan membubarkan DUN berasingan dari BN.

Memang benar hujah TGNA benar, tapi, sekarang berlainan. Dulu Kelantan keseorangan. Kini sudah ada Kedah dan Selangor. Maksud gua, walau berasingan dengan BN, tetapi serentak dengan Kedah dan Selangorlah. Kalau asing2, gua ikut hujah TGNA lah.

1. Jika negeri BN sahaja PRU, PR juga mendapat peluang fokus yang sama. Bukan sahaja BN. Walau gua tak nafikan kelebihan BN yang guna kekuatan kerajaan Malaysia.

Puluh juta tenaga PR dari Selangor, Kedah dan Kelantan boleh diagih2kan kepada negeri2 BN yang sedang PRU.

2. Selain itu, gua rasa cecah juta juga orang2 macam gua. Suami mengundi N9, isteri mengundi Kelantan. PRU BN, gua tak kalut, PRU Kelantan gua tak kalut.

3. Jika BN boleh bubar parlimen ikut isu terkini yang memihak kepada mereka, PR juga sepatutnya berbuat yang sama. Contohnya, selepas habis BERSIH 3.0 ke, ketika skandal BN panas ke. Ketika itulah sepakat bubarkan DUN.

Puluh juta tenaga PR dari negeri BN yang sudah selesai PRU pula akan diagih2kan kepada Selangor, Kedah dan Kelantan. Memang kalut pensabotaj2 nak sabotaj bai.. Kekuatan akan berkali ganda.

4. Jika Selangor, Kedah dan Kelantan memilih tidak PRN ketika BN PRU, maka; mana2 negeri BN yang bertukar kuasa akan mendapat faktor stabil. Perlu diingatkan, pengundi BN hanya golongan bodoh yang duduk rumah. Pengundi PR adalah golongan aktivis yang keluar.

Jadi sebarang kerja2 sabotaj peralihan kuasa sukar nak berlaku. Kerana kekuatan aktivis yang bertambah. Time tu nak musnahkan fail2 di SUK negeri tersebut pun sukar.

5. Jika terdapat 1 atau lebih negeri BN yang bertukar kuasa, ianya meningkatkan moral kepada negeri PR yang bakal PRN. N9 BN perintah 1 kerusi jer bai. Jika status quo, atau penurunan jumlah sokongan terhadap PR, PR mempunyai masa RnD. Masa buy time.

6. Jika negeri PR PRN selepas negeri BN PRU, bermakna BN kena belanja 2 kali. Kena bergaduh 2 kali. Kena cah keting 2 kali. Kena buat kerja 2 kali.

Amacam Tok Guru? Harap dapat dipertimbangkan. Nak juga gua ajak sek2 GEGAR tolong kempen kek N9. Nak juga ajak puak2 nogori merasai pengalaman berkempen di Kelantan secara negeri (bukan PRK).

Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada Perhimpunan Agung UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Ada 2 maklumat separa masak.

1. Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada hari yang sama Perhimpunan Agung UMNO. Antara lokasi himpunan yang dicadangkan ialah di PWTC sebelum bergerak ke parlimen. Logistik awam yang terdekat ialah Hentian Putra.

2. Hasan Ali akan bertanding di Johor. Tidak pasti atas tiket apa. Tetapi dipercayai atas tiket BN. Kerusi Pasti Menang BN. Selepas baiah PAS tamat tempoh.

Jika atas tiket BN, Hasan Ali dipercayai akan berkempen dengan mendedahkan butiran perjanjian / rundingan 'UG' 'Majoriti Melayu Muslim' yang diketuai oleh Hadi Awang (apa yang berlaku sebenarnya ketika rundingan PAS-UMNO di Selangor).

Selangor bijak adakan pilihanraya berasingan

Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik
Label : Surat dari pembaca

Selangor Bijak Adakan Pilihanraya Berasingan


Tuan/Puan Editor,

Baru-baruini, MenteriBesar Selangor telahmengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012. (Rujuk laporan akhbar yang dilampirkan bersama surat ini).

Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. UMNO yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihanraya seluruh Malaysia. Seringkali parti2 yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini.

Pertama kali dalamsejarah, UMNO dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin2 BarisanNasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Dato Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini.

Namun alasan2 yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Dato’ Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Dato’ Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihanraya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu, barulah Dato Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Dato' Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

Saya menyeru mereka2 yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka.

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK, SHAH ALAM

Berblog dan berfesbuk gaya seorang abah yang baru.

Oleh : AdukaTaruna

Anak abah kena tengok cara abah lawan pemerintah yang tak betul. Demi masa depan anak abah sendiri. Yee yeehhh!!!


Nov 23, 2011

Kenapa Putu Halba popular di Kelantan time musim hujan?

Oleh : AdukaTaruna


"Kenapa asal hujan jer, semua sibuk bisnes Putu Halba? Semua orang sibuk beli Putu Halba?" Soalan gua kepada satu pakcik surau.

"Bukan Putu Halba.. tapi ubi kayu. Bila musim hujan, ubi kayu mudah rosak. Time ni la ubi kayu digali. Dijual. Bila lambakan ubi kayu dipasaran, maka, macam2 kuih la berasaskan ubi kayu wujud." Kata pakcik tersebut. Gua tak ingat dialog sebenar. So, gua guna dialog gua sendiri. Hua3..

Kepada orang luar, menatang Putu Halba ni macam Putu Piring rupanya. Kaedah masak pun sama. Kalau Putu Piring rasa kelapa (rasa kelapa kan?), Putu Halba ni tak rasa kelapa, tak rasa ubi pun. Rasa lemak dan ofkos la manis. Kuih Kelate, maa..

Makan time panas. Dia bungkus dalam plastik dan dibalut dengan surat khabar. RM2 dapatla dalam 5 keping. Ikut kawasan la. Bila buka bungkusan tu, bleh nampak wap2 panas keluar. Sedap. Tapi gua setakat 2 keping jer la. Tak bleh bla dah. Manis woo inti dia tuh. Banyak makanan dan kuih tradisional Kelate nih. Ntah sapa yang eksperimen cipta semua2 nih, gua pun tak tahu la.


95% kanak2 Kelantan rosak gigi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Utusan Malaysia

Main dengan abah lagi baik, kan Khai Muhammad Taruna. Dari layan Utusan Malaysia. Ada seltan pun dayus. Hasil bumi tak bleh fight. Hak peruntukan tak bleh fight. Disanjung konon. Baik konon. Umbrella kami konon. Time berebut songkok dengan adik-beradik, baik la.. Nak sokongan. Dah dapat songkok lebih 5 tahun nanti, tengok... apa jadi. Khakhhh ptuih!

Khai Muhammad Taruna ketika berumur 23 hari. Tunggu ada gigi nanti, kite tunjuk kat Pejabat Utusan Kota Bharu deh. Abah tunjuk gigi palsu dah la..

Nov 22, 2011

Bahang BERSIH 3.0 : Rang undang2 perhimpunan Aman.

Oleh : AdukaTaruna

Bahang 3.0 semakin dirasai. Peliknya, dakwat yang boleh dipadam oleh orang macam papa Gomo masih tak dibuat. Kena gubal undang2 katanya. Kalau betul gubal, guballah.

Sebaliknya gubal undang2 baru yang takda kena-mengena. Apsal takut dengan dakwat, gua tak tahulah. Tak respek langsung gua.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan. - Mkini.

Semakin banyak gua tahu, semakin banyak gua tak tahu.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Betullah kata2 Allah. Ilmu, mustahil habis. Gua bermula dari persendirian. Dan kini ditakdirkan Allah untuk berada dalam pelbagai kumpulan.  Semakin banyak yang gua tahu, semakin banyak yang gua tak tahu. Semakin banyak yang gua belajar, semakin banyak yang belum belajar.

[2]
Untuk N3 ini, gua nak share catatan kehidupan gua mengenai hidup berkumpulan. Kata ulamanya, hidup berjemaah. Dalam Jemaah PAS / PKR, ada banyak kumpulan2 sokongan. Ada khusus untuk tarbiah, ada khusus untuk pelajar, macam2 ada. Begitu juga dalam PAS Kelantan.

Di sini, selain hampir dengan BERSIH Kelantan, gua juga hampir dengan GEGAR. Satu kumpulan yang diwujudkan untuk pengkhususan menuntut hasil bumi Kelantan untuk Kelantan.

[3]
Ketika Pemuda PAS Kelantan mengadakan bicara santai sambil makan colek dulu, gua dipelawa membelasah Pemuda PAS secara berdepan. Gua dah ceritakan dalam N3 lepas. Tapi pemalas Melayu gua taknak cari link tersebut. Hua3..

Gua cakap, gua belasah ikut tajuk. Itu pun tajuk falsafah dalam isu. Mengenai kerja2 kumpulan, gua zero. Dan gua sedang belajar.

[4]
Dikecilkan N3 kepada GEGAR, terasa indah melihat cara mereka berkumpulan. Belajar dan semakin belajar dari mereka ini, membuatkan gua rasa banyak lagi yang gua tak tahu.

Gua mulakan dari kematian Kamarulzaman, seorang ahli kumpulan GEGAR. Exco yang menaungi GEGAR itu sendiri, ahli2 GEGAR itu sendiri, bersungguh2 membela Allahyarham dan keluarganya.

Mereka menyiapkan peralatan memancing si balu, belanjawan ramalan bulanan, memindahkan rumah supaya rasional dengan belanjawan, supaya rasional dengan keselamatan seorang balu, supaya rasional dengan jarak keluarga terdekat.

[5]
Semalam, barulah gua berkesempatan menghadiri satu siri majlis tahlil dan pungutan derma Kamarulzaman. Di surau PMBK, SUK. Sebelum ini majlis dibuat sebelah malam, di mana gua berkerja malam sepanjang musim berpuasa.

Walaupun gua tidak bersetuju dengan ritual tahlil, tetapi gua hadir atas falsafah solidariti untuk beliau. Ustaz yang membawa tahlil juga ada menyebut usah berbalah mengenai khilaf tahlil. Yang penting, tahlil itu ada pahala pada diri sendiri.

[6]
Semasa menghadiri program 8 tuntutan @ BERSIH 3.0, gua disapa oleh Jeming dari belakang.

"Oi blogger gile!"

Gua berpaling. Ceh.. Jeming rupanya..

"Dah.. Ostad Azhar sebut mu gilo. Bila nak langgar Ostad Azhar? Gua follow."

Guraun Jeming didengar oleh seorang peserta. Dia ambil serius!

"Bro Aduka kan? Betul ke nak langgar Ostad Azhar? Ikut boleh?"

Gila.. atas falsafah apa gua nak langgar itu ostad? Adakah label gila kepada gua itu boleh melewatkan atau melumpuhkan usaha mencilok sistem IRM di Malaysia ini?

"Ceh.. lu dengar la cakap Jeming tu, bro.."

[7]
Sebenarnya, perjuangan haruslah mempunyai falsafah yang jelas. Begitu juga dengan kumpulan GEGAR. Gua hampir, masuk, belajar dan menilai mereka.

Apakah setiap ahli GEGAR akan beroleh laba dan untung jika berjaya mendapatkan royalti tersebut? Secara atas kertasnya, memanglah tidak. Kerana royalti akan masuk atas nama kerajaan negeri. Bukan atas nama GEGAR.

Itu atas kertas, bagaimana pula di luar kertas? Wallahualam. Allah lebih tahu. Tapi Allah suruh gua menilai yang zahir. Yang rasional pada manusia. Selebihnya kerja Allah. Apakah rasional pada zahirnya?

[8]
i. Gua tak fikir gua adalah GEGAR walau berada dalamnya. Kerana gua bukan Kelantanis. Hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan sendiri. Tetapi, jika gua adalah GEGAR, gua rasa, gua adalah paling muda. 30 tahun. Secara purata, GEGAR adalah 40 tahun. Secara purata juga, lelaki Malaysia hidup 50 tahun. Gua tak fikir mereka mengecapi laba royalti dalam 2 penggal lagi (2 x 5 tahun).

ii. Orang GEGAR paling bekerja kuat, lebih kuat dari hiraki NGO tersebut, Syam Ghaz ada membayangkan pesanan. Supaya membela keluarganya, dan keluarga yang lain jika mereka turut mati awal. Ini menunjukkan mereka tahu, apa yang mereka perjuangkan belum tentu hasilnya ketika mereka hidup.

iii. Seperti sedia maklum, orang yang 'naung' GEGAR adalah Ku Li dan Husam. Exco ekonomi. Itu bidangnya. Keahliannya. Ramai orang menuduh orang ini tersangat mahu menjadi MB. Dan tajuk 8 ini adalah tajuk mencari kejelasan falsafah dalam perjuangan.

Jika Anwar Ibrahim mahu menjadi PM, gua tak fikir beliau berani memasukkan Sultan2 atau YDPA dalam statement perjuangan politiknya. Ini mengenai kejelasan falsafah perjuangan.

Jika Husam Musa mahu menjadi MB Kelantan, gua tak fikir beliau berani memasukkan Sultan Kelantan dalam statement perjuangan politiknya. Ini mengenai kejelasan falsafah perjuangan. Kerusi untuk perjuangan atau perjungan untuk kerusi?

Tetapi apakah yang berlaku dalam perjuangan GEGAR? Untuk mencari kejelasan sebuah falsafah.

Kelantan dapat royalti 6 tahun lagi?

[9]
Ketika forum raya ke 4 dulu, Izzah, Nasution dan Husam; Husam ada mengingatkan Nasution. Di depan hadirin yang rata2nya Kelantan.

"Saya mungkin sudah bersara ketika itu. Tetapi jika Saifudin berada dalam kabinet, sila ingat ini. Kembalikan royalti milik Kelantan."

Ketika itu, hati gua memberontak mahu menghampiri microphone sekali lagi untuk menuntut 20% seperti janji Anwar kepada Sabah dan Sarawak. Jika Sabah dan Sarawak 20%, mengapa Kelantan hanya 5%?

Tapi mujur gua sedar ic gua 05. Kah3...

[10]
Semakin banyak gua tahu, semakin banyak gua tak tahu lagi. Semakin banyak gua belajar, semakin banyak gua tak belajar lagi. Sebagai penutup kepada catatan kehidupan gua ini, marilah kita saksikan video ini :

Sumber : http://youtu.be/rNa8_FvSQtw



Nov 20, 2011

Mengapa BN takut kepada dakwat undi?

Oleh : AdukaTaruna

Dakwat tu Papa Gomo pun boleh hilangkan. So, apsal takut sangat sampai halang SPR guna dakwat tu pada PRU2008? Dakwat yang boleh padam pun, oleh manusia tahap Papa Gomo plak tu, yang diguna majoriti negara demokrasi di dunia, dibatalkan / dihalang atas alasan KESELAMATAN NEGARA!! Wow!! Sampai Peguam Negara menipu bahawa ianya memerlukan pindaaan parlimen.

Sepatutnya inilah advantage kepada BN. Apa lagi, dakwat boleh padam. Benarkan sahajalah. Apa lagi? Apsal takut?

Sumber : http://youtu.be/wRymXMBpjx8




Tahniah Malaysia. Walau penyerang ntah apo2.

Oleh : AdukaTaruna

Jauh lagi la nak masuk standard Asia pada gua. Nak sama level dengan Korea dan Jepun. Walau sekarang kembali kepada status jaguh Asia Tenggara.

Untuk standard Asia Tenggara, gua ucap syabas la kepada tengah dan defend. Tapi kepada striker, harap panjang dan sasa jer la.. kualiti out. Takda alternatif ke untuk penyerang? takan tu jer terbaik dalam senarai yang ada?

kalau camni la nak lawan Indon yang sama bangang dengan Malaysia, maybe 90 minit keputusannya 0-0. Apa pun gua tetap harapkan Malaysia menang. Wallahualam.

Nov 13, 2011

Kini gua melalui apa yang telah lu orang lalui.

Oleh : AdukaTaruna

Blog gua dah menjadi blog baby. Member suruh gua tukar kaler pink. Kah3.. tionaseng. Label peribadi. Gua just nak share apa yang baru gua lalui.

[1]
Anak sulung gua ketika gua umur 30. Bermakna dia baru 20 ketika gua 50. Umur adik2nya? Rugikan? Sebab gua andaikan jika gua sampai umur 50, gua dah sakit2 dah tu. Gua eksiden teruk 3 kali masa muda. Dan ada effect sket skang ni pun. Harap2 gua mati dalam keadaan tak menyusahkan orang la. Amin.

[2]
Anak gua lahir dalam keadaan tak menangis. Gua runsing gile. Sms memember minta doakan. Alhamd.. doc sahkan anak gua sihat. Tapi still gua tak dapat dengar dia menangis. Bini gua pun.

Bila dipindahkan dalam wad, baby lain menangis. Anak gua plak tido. Kalau tak tido, terkebil2. Malam tu, time gua kerja, baru bini gua sms, dia menangis. Gua punya bersyukur tahap Gred A gua ingat time tu.

[3]
Lepas berak dan kencing, baby boleh blah dari hospital. pada permulaan baby berak dengan kerap. Tahap Jeans Francois keracunan makanan. Mujur bini Hj Osama telah bekalkan gua tips. Beli Nappy Liners. Atas atas pempes. Jadi, jimat sket pempes.

Mula2 dalam sehari dua, berak kaler Zambry. Kencing kuning BERSIH 2.0. Gua risau gak. Cadang nak mengadu kat misi yang datang nanti. Alhamd. Masuk hari 3 dan seterusnya, berak kaler kuning, kencing dah jernih. Selalu gak gua kena tembak sebelum, semasa dan selepas mandi. Jate boh. Ado pistol.

[4]
Hajat memang nak ikut silibus. Susukan anak dengan susu cap gantung semata2 selama 6 bulan. Tapi tak kesampaian. Anak gua hisap kuat sampai berbunyi. Kulit susu bini gua sampai terkopek dan berdarah. Masa anak gua lahir, gua takda rasa nak menangis pun walau bersyukur sangat.

Tapi melihatkan bini gua menggigil tahan sakit, menitik air mata setiap kali bagi susu, gua ada rasa sebak sket. Ada orkid dalam hati ma. Gua tak study apa pun tentang susu tambahan sebelum ni. Gua doa, Allah tujukan hati gua untuk susu yang tepat.

Gua ke Hypermarket Pantai Timur. Round sambil servey susu tambahan. Nak kasi sementara susu bini gua sembuh. Gua pilih produk yang ada jenis paling sedikit. jadi, kalau anak gua tak serasi, takla membazir. Gua bukan orang senang. Susu mahal bai.

Pusing punya pusing, gua jumpa produk yang ada dijual paling sedikit, adalah Lactogen. Produk Nestle jugak, bro. 350g RM8.50. Yang lain semua 500g.

[5]
Alhamdulillah. Anak gua punya perut serupa gua. Boleh makan hampir kebanyakan makanan. Maybe berkat tak pantang time mengandung. Makan apa sahaja. Berak dia pun tak berubah kaler. Cuma, dia punya hisap susu, memang tahap kete turbo. Kuat gile bai. 350g dalam 5-6 hari jer. 2 minggu dah muat2 besen mandi yang gua beli. Cer tengok bidio tu. lepas ni kena mandi duduk la pulak.

[6]
Selama 2 minggu ni, gua ingat 2-3 kali jer dia menangis. Tu pun tak lebih seminit. yang lain ialah rengekan. Time dia lapar. Atau rimas time kena mandi.

Terjadi satu kali, bila gua nak mandikan, gua dapati pempes dia penuh dengan berak. Banyak giler dan sudah keras.. Sampai kulit bontot merah dan berbintik. Menandakan dah lama dia berak. Problem sebab dia tak bagi signal. Mulai hari itu, gua tak tunggu dia menangis untuk skodeng pempes. Gua cek sekerap yang mampu.

[7]
Khai Muhammad Taruna suka tido siang. Kejutkan pun dia buat dek jer. Sua puting susu pun dia tak nganga. TGNA paksa masuk kurma pun dia ketap mulut sambil lari2kan kepala.

Problem kepada gua dan bini ialah anak gua akan segar biji mata time pukul 3-5 pagi. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! Memang tak menangis. Tapi kalau kita biarkan dia terkebil2 dalam 5 minit begitu, dia akan merengek. Kena pangku la plak!!!!!!!


PERKASA dibelasah rakyat di Johor.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Utuseks Malaysia

Dari sumber FB, anggota bawahan PERKASA ini bernama Jamil Hussin. hanya anggota bawahan yang ditipu untuk berada di depan kerana polis melindungi mereka. Tapi, apabila diambil tindakan kerakyatan, ketua mereka lari dahulu.

Bukanlah kita menyeru kepada keganasan. Tetapi menyeru kepada seni mendapatkan hak. PERKASA yang datang dengan soalan atau hujah, dipersilakan. Dialu2kan. Malah lebih bertamadun dianjurkan debat secara matang dan professional.

Tetapi jika datang dengan niat mahu membuat keganasan, maka inilah seni yang diambil. Dalam menempatkan diri kepada satu situasi respek musuh yang sama jika mahu mematuk dilubang luka yang sama di masa2 akan datang.

Apa yang boleh dipelajari dari insiden ini. Setelah berkurun lamanya PAS mendidik ahlinya supaya bersabar-bodoh?

1. Polis yang tidak beraksi untuk setiap aktiviti ganas pro BN telah TERPAKSA take action. Dilaporkan 150 anggota FRU terpaksa bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan NGO BN itu.

2. Selepas ini mana2 ceramah Mat Sabu (khususnya), di luar Kelantan, akan menjadi seperti di Kelantan. BN hanya berani berbuat jahat dalam gelap. Calarkan kereta yang di parking jauh, spray kereta, letak CD lucah.

3. BN akan berfikir 80 kali untuk melakukan aksi2 primitif selepas ini.

Nov 12, 2011

Hot! Video mandi bogel pemimpin Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/2am_KLVGDGQ



Harap2 bidio ni tak terlepas ke tangan UMNOPORN. Sebab mereka berjuang atas isu lucah. Muahahahaha.

Apabila Ostad Azhar Idrus mengatakan gua gila.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/DwBKlqzDLkE




Nak ikut gua ke, nak ikut Ostad Azhar Idrus? Haha. Ikut yang ahli la bro.. Islam tegak pada hujah. Hujah Ostad lebih tegak, ikut dialah. Gua hanya menyampaikan hak gua berhujah. Condong atau bengkok adalah penilaian. Gua hanya menyampaikan pendapat. Setuju, setuju. Tak setuju, tak setujulah. Takan gua nak upah samseng belasah lu orang. Dan rampas gajet atas nama Islam.

[1]

Ostad mengatakan kalau tak nak ikut ulama, sampai bila kita tak boleh nak ada ilmu. Sebab nabi dah takda. Nak belajar mengaji pun tak boleh, sebab tak boleh ikut ulama.

Itu adalah hujah ostad. Baguslah. Hujah dibalas hujah. Tapi, lucunya, tak pula gua menyampaikan pendapat meminta pembaca menolak ulama secara total. Malah gua nekad memperjuangkan IRM selepas PRU13.

Yang gua share ialah kefahaman gua mengenai mengikat diri kepada jenama mazhab. Kalau bemula belajar mengaji dengan ulama kampung, belajarlah. Alhamdulillah dan tahniah. Sehinggalah anda sampai kepada satu ilmu yang membuatkan anda mengambil ijtihad ulama kampung itu salah. Maka tinggalkanlah ia.

Syafie pun suruh campak pendapat dia ke dinding kalau jumpa yang lebih baik. Kenapa pula gua dilabel gila kerana meminta semua mengikut Imam Syafie. Kalau nak diikutkan begitu, Syafie itulah bapa segala gila. Haha.

[2]

Mengenai makian gua terhadap Aishah, ianya adalah satu takdir Allah yang dibenarkanNya berlaku atas kejahatan gua sendiri. Ianya adalah penyakit yang membuatkan gua imune selepasnya. Kesilapan adalah guru terbaik. Insyaallah dan amin.



Sumber : http://youtu.be/yUySqW5in1Q

Anda boleh mendengar ulasan dari Hadi Awang sendiri mengenai kebenaran Ali. Itulah stand gua. Cuma cara gua ketika itu adalah cara yang berpenyakit. Adakah gua akan dihukum selamanya? Heh.. gua adalah gua. 10 rakan yang menjauhi gua, 20 rakan lain akan dikurniakan Allah untuk membantu gua. Asalkan gua menjadikan itu semua sebagai pengajaran dan landasan2 hidup gua.

[3]

Gua akan tetap begini. Bertatih kepada yang lebih baik adalah usaha gua. Tinggi dan rendah kualiti usaha gua sudah tentu dinamik (berubah2) kerana gua adalah manusia biasa.

Gua tetap tidak akan mengikat diri gua kepada jenama. Apa sahaja jenama. Termasuk jenis mazhab. Anda boleh mengatakan gua gila. Tiada masalah. Asalkan keputusan gila itu selepas anda mengemukakan hujah.

Gua pula akan terus sekali sekala menyampaikan pendapat gua kepada anti jenama (kelakar sebenarnya anti jenama dihujahkan sebagai anti ulama). Tetapi dalam medium persendirian gua sendiri.

[4]

Untuk tajuk mazhab di dalam tajuk besar anti jenama, gua tidak pernah menyampaikan pendapat gua dalam medium orang2 yang mengikat diri kepada mazhab. Gua tidak mengganggu pun FB, Youtube dan medium milik Ostad Azhar Idrus dan sebagainya. Memperjuangkan fahaman anti mazhab di dalamnya.

Kerana pada gua, fade up nya orang2 yang mahu berjinak2 mengenal agama lebih mudarat dari taksubnya orang2 kepada jenama (mazhab). Gua hanya di sini. Di medium gua. Nak baca, bacalah. Nak setuju, setujulah.

Member2 gua pakai handphone kaler pink, ada gua marah? Takda kan. Wakakaka...

[5]

Ostad Azhar Idrus juga mengemukan hujah mengenai kesahihan hadis. Menolak hadis kerana ianya tidak disahihkan oleh nabi sendiri. Kelakar juga gua. Sejak bila gua anti hadis? Gua memang ada rakan pembaca yang anti hadis. Itu rakan pembaca.

Tetapi gua sendiri menentang penipuan Hadi Awang dalam beberapa peristiwa menggunakan hadis. Hehe.. Cuba memenuhi adab2 kelahiran Islam juga melalui hadis. Ditahnikkan anak gua juga oleh ulama.

Kesimpulannya, ikutlah keahlian. Ikut Ostad Azhar dalam agama (tajuk fekah dan falsafah) lebih baik. Tetapi gua tetap begini. Menyampaikan hujah agama dalam medium sendiri. Tidak akan sesekali mengganggu medium kumpulan2 taksud mazhab.

Kecuali hujah agama (tajuk politik dan perjuangan fizikal). Gua sudah mula keluar sejak Allah memaksa gua dengan peristiwa Hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos.

Kepada Ostad Azhar Idrus, tak nak pakai mazhab, dengan tolak ulama satu benda yang jauh berbeza. Jauh berbeza bro.. Kalau disatukan untuk menjadi 1 hujah, 1 falsafah, 1 Malaysia; ianya sangat kelakar. Kelakar, tapi tak gila lah. Mungkin keupayaan kita mengasing2kan sesuatu tajuk berbeza2.

Wallahualam.

Nov 11, 2011

Cerita gua tentang riwayat seorang pejuang hasil bumi Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Amanat Razak

Al-Fatihah kepada pejuang hasil bumi Kelantan untuk Kelantan (Petrolium), Saudara Kamarulzaman. Yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai ketika pulang dari parlimen. Bagi menyerahkan poster amanat Razak mengenai perjanjian petrolium terhadap negeri2, kepada setiap ahli parlimen.

Gambar terbaru Allahyarham di parlimen

Kenangan gua bersama Allahyarham.

[1]

Gua adalah orang yang ntah sesiapa. Meluahkan pemberontakan melalui penulisan. Tak pernah terfikir, bercita2 atau bermimpi untuk menjadi orang politik. Semuanya bermula melalui penulisan. Tak sedar pun gua memiliki senjata menulis.

Melalui penulisan itulah gua mempunyai rakan di seluruh Malaysia. Malah di seluruh dunia untuk tajuk pelajar2 Malaysia. Tapi tiada pun orang politik, walau gua yakin mereka juga membaca tulisan gua sama ada secara tetap atau secara sesat. Yang ada hanya tuduhan gua dibayar oleh orang itu, orang ini, cek RM2 juta, dan sebagainya.

[2]

Ketika forum Nurul Izzah, A Samad Said dan Husam, gua membawa satu isu MTUC. Namun tak sempat bertanyakan isu tersebut kerana moderator, Cikgu Rahim Kota Bharu tak nampak gua untuk bertanya di round kedua. Dia fikir tiada sesiapa pun mahu bertanya.

Selepas itu, ada pula forum kupasan bajet di Kelantan Trade Centre. Gua ke sana untuk membawa isu pekerja. Itulah pertama kalinya gua mengenali Allahyarham Kamarulzaman. Malah gua tak tahu pun Kamarulzaman adalah Pegawai Khas Husam sehingga tiba waktu makan2. Walau ada dua pihak menuduh gua dibayar Husam (dituduh dibayar oleh Rais Yatim paling kelakar).

Ini adalah video gua membawa isu MTUC sebelum MTUC berpiket seluruh negara. Moderator forum itulah Kamarulzaman.



[3]

"Sejarah orang bertanya guna whiteboard." Sapa Kamarulzaman kepada gua ketika gua makan. Gua sengeh. Ketika itu dia beralih dari meja VIP ke meja bukan VIP. Meja VIP; kopi, kuih dan bihun atas meja. Meja bukan VIP; kopi dan kuih sahaja. Itu pun kena ambil sambil beratur di sana, makan di sini.

Gua bangun dan minta bihun dengan Dr (ahli panel) dalam video tu. Dia kata ambil la. Gua ambil semua dan letak atas meja gua. Bihun tersebut gua makan bersama Syam GEGAR, Topeng, rakan2 facebook.

Itulah pertama kali dan terakhir gua berjumpa dengan beliau.

[4]

GEGAR ke parlimen. Gua berkerja hari tu. Ketika sessi tido bergilir2, satu sms masuk dari Jeming. Jam 4 pagi. Mengatakan Kamarulzaman meninggal dunia ketika pulang dari parlimen. Innalillah. Semoga dikebumikan hari Jumaat juga. Janganlah sampai terjadi kebodohan seltan selatan sana. Adat didulukan sehingga melepasi Magrib Sabtu. Dasar baka bodoh, gua yang ke dalam. Padan muka gua. Kah3...

Sahabat GEGAR memaklumkan jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat. Kutbah Jumaat sangat2 memualkan. Pasal Seltan dan Melayu. Takda seltan, Islam runtuh, masjid jadi muzium. Bacaan dari imam kutbah. Khakkhh ptuih.

[5]

Lepas Jumaat gua merempit ke Salor. Jenazah telah dikebumikan. Ramai rakan2 masih berada di sana. Antaranya, Asrol, Wan Jo, Topeng, Jeming, Hafiz Musa, etc. Nak taip semua, mamposla gua.

Tamatnya tugas beliau memperjuangkan hasil bumi Kelantan untuk Kelantan. Di dunia ini. Mati ketika bertugas. Namanya tercatit dalam sejarah negeri Kelantan. Hari ini sejarah kiri. Esok dan lusa, pasti sejarah kanan. Pasti. Insyaallah.

Terfikir akan gua. Betapa pejuang2 Gegar semuanya menginjak 40 an. Mereka berjuang bukan untuk diri mereka. Tetapi untuk generasi Khai Muhammad Taruna.

Buat anak abah, bacalah ini sebagai bahan sejarah. Analisis pemikiran yang abah sampaikan. Jika setuju, serulah generasi anda fight untuk mendapatkannya. Anda adalah baka bermaruah. Berdiri di atas kaki sendiri.

Wallahualam.

Nov 9, 2011

Kisah di surau kecil.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Member gua buat makan2. Solat hajat sekali la kat rumahnya. Sempena adik perempuannya mahu menjalani pembedahan. Lepas Isyak semalam.

Mase dedulu, gua la yang paling malas solat hajat ni. Nak2 lepas solat Jumaat, imam umumkan ada solat hajat untuk sekian tujuan. Gua angkat kaki. Ca alif but. Sebelum bersesak2 nak keluar dari masjid, baik gua blah awal.

Lepas menjalani satu perasaan betapa berharapnya Allah memudahkan, menyempurnakan kelahiran anak dan isteri gua, ianya meninggalkan satu kesan mendalam. Sejujurnya, gua tak tahu kesan tu berapa lama bertahan. Tapi inilah tajuk N3 kali ni. Tentang solat hajat.

Dulu, semasa ingin menyambut kelahiran, gua pun solat hajat. Sama ada gua dan isteri, gua adik-beradik, mau pun jemaah surau. Kini, bersyukur sangat isteri mudah bersalin. Tak perlu masuk ubat, tak perlu pembedahan. Baby sihat. Mata buka sebaik sahaja keluar dari laluan. 3 hari sudah boleh angkat kepala. Tak kena kuning. Jarang sangat menangis (setakat ini). Alhamdulillah.

[2]

Sejak dari itu, apabila ada pengumuman solat hajat selepas settle solat Jumaat, gua rasa terbuka untuk sertai sama. Sebagai tanda tq gua kepada pencipta gua dan Khai Muhammad Taruna.

Kembali kisah surau kecil di tempat gua, semalam berlaku sedikit perbincangan hangat. Selepas Isyak ada 2 rumah memerlukan jemaah surau. Ayah member gua (pakcik A), berharap jemaah solat hajat di rumahnya. Pakcik B pula berharap jemaah tahlil di rumahnya. Pakcik B tempah dulu.

Jemaah surau mencadangkan mereka dibahagikan kepada 2. Satu ke rumah A, satu lagi ke rumah B. Ostad tua tu keberatan sebab jemaah ada 48. Ostad tu berharap solat hajat berjumlah 40 orang.

Ostad tua tu memberi cadangan solat hajat di surau. Makan di rumah Pakcik A, dan terus tahlil di rumah Pakcik B. Siapa boleh makan lagi, makanlah di rumah Pakcik B. Pakcik A keberatan. Sebab dia nak solat hajat di rumahnya.

Ostad tua cakap solat boleh di mana2. Tak semestinya di rumah. Pakcik A cakap dia dah pinjam sejadah surau. Dan siap bentang kat rumahnya. Then ostad tua mencadangkan, Isyak di surau, solat hajat di rumah Pakcik A, makan, tahlil di rumah Pakcik B, dan makan.

Pakcik B sedikit bekeng walau tua dan dah bertongkat. Dia kata dia tempah dulu. Tak nak banyak. Ada 10 orang jadilah. Janji Ostad tua tu ke rumahnya.

"Mu mari rumoh pokcik deh." Pakcik tu sound gua sebab gua duduk sebelah dia time tu. Lagi pun anak dia kerja KTMB Seremban. Dia pulak bekas askar Kem Paroi dulu (skang dah takda kem kat Paroi). Gua senyum jer la.

Melihatkan perbincangan memasuki era panas, ostad tua tu mengalah. Jemaah dibahagi 2. Dia ke rumah Pakcik B. Then Isyak sama-sama. Lepas Isyak, gua ke rumah Pakcik A. Bukan rumah Pakcik B. Kah3..

1. Sebab gua tak setuju akan ritual tahlil.
2. Sebab tu rumah kroni gua.

Mesti Pakcik bekeng B berbulu dengan gua. Tak tahu la sok2 dia jumpa gua kat surau. Ngeee...

P/s : Payah Melayu tua2 ni kalau bermesyorat bai.. bendanya mudah jer. Simple.



Nov 5, 2011

Kurangkan kakitangan awam : JASA perlu dimansuhkan.

Oleh : AdukaTaruna

Gua sokong kalau jabatan2 / institusi tak munasabah untuk rakyat, sebaliknya untuk parti politik, dimansuhkan bagi maksud kenyataan mengurangkan kakitangan awam. Ianya menjimatkan wang rakyat. Itu dari segi falsafah la.

Cuma dari segi teknik, gua fikir, tak perlu ada kenyataan la. Benda2 macam ni, boleh buat lepas ambil pemerintahan. Idea2 seperti ini tak perlu dibentangkan sekarang. Ianya dibentangkan setelah pemerintahan diambil dan keadaan menjadi stabil.

Ketika itu bentangkanlah idea2 prioriti no 100 ni setiap hari. Dan bahaskanlah secara terbuka setiap jam. Tak mengapa. Skang ni, fokus kepada Buku Jingga, dan janji 100 hari. Itu dasar yang disepakati bersama untuk setakat ini.

Wallahualam.

Tunjukkan gay / lesbian ada dalam agama lu orang.

Oleh : AdukaTaruna

Ada suara menyamakan poligami dengan tuntutan Seksualiti Merdeka. Poligami ada dalam agama Islam dan Kristian dan Yahudi. Nabi Musa as berpoligami. Kebebasan mengamalkan agama masing2 dijamin dalam perlembagaan.

Jika gay dan lesbian mahu taraf yang sama dengan poligami, sila tunjukkan pengiktirafan agama2 yang telah ada terhadap gay dan lebian. Gua akan sokong golongan itu mengamalkan hak beragama mereka. Kalau memberikan pengiktirafan agama2 baru yang diada2kan, semata2 untuk mengiktiraf kebebasan seks, gua tolak lah. Jap lagi, ada plak cipta ada baru Abang Hensemis misalnya. Dan tuntut diiktiraf perlembagaan Malaysia.

Gua akan sokong kalau pihak PR umumnya, PAS khususnya berdemo menentang Ambiga dalam isu ini. Sebagainya kita berdemo menyokong Ambiga dalam isu BERSIH. Professional atas pengasingan tajuk. Tapi adalah lebih baik, Dewan Pemuda PAS menziarahi seketeriat Seksualiti Merdeka, dan menyampaikan hujah mengapa PAS membantah.

Dialog - tak bleh jalan -> debat - tak bleh jalan -> demo. Ini adalah step SOP pada gua.

Wallahualam.

Panas terkini! : TGNA umum pengganti MB Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

5 November 2011 - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat pengumuman mengejut mengenai pengganti Menteri Besar Kelantan ketika sidang media program Hari Wukuf Putik.

"Orang itu ialah Khai Muhammad Taruna. Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan syura."

Sekian berita palsu dari gua. Kah3...


Alhamdulillah. Subuh tadi, ngam2 hari wukuf, anak gua ditahnikkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Pulau Melaka. Settle satu adab kelahiran dalam Islam. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan gua sekeluarga. Terima kasih semua rakan2 dan Jeming Hasan atas pelbagai bantuan sejak gua menjejakkan kaki di Kelantan ni.

Anak gua bleh membuta time ditahnik. Ketap rapat mulut dengan gusi sampai kena paksa sikit. Mata tak mau buka, mulut pun tak mau buka. Seb baiklah orang tua tu penyabar orangnya. Hua3..  Pastu kena suap air zam2. Pastu kena gunting rambut sket.

Lepas cukur plak. Insyaallah. Kena timbang dan kol C++ untuk dinilaikan dengan emas. Kalau tak mampu, perak la.

Nov 3, 2011

Khai Muhammad Taruna bantah BN luluskan permit "Seksualiti Merdeka".

Oleh : Khai Muhammad Taruna

Baca dengan pelat kanak-kanak.

Dengan ini kite menyatakan pendapat kite. Kite bantah BN meluluskan permit "Seksualiti Merdeka" kerana ianya bercanggah dengan rukun negara yang pertama. Kepercayaan kepada tuhan.

Muslim yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Hindu yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Kristian yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Buddha yang baik harus menentang kelulusan permit ini.

Ianya mencarik-carik dan merobek-robek ajaran agama masing-masing. Kite juga menyeru Dewan Pemuda PAS supaya membantah dalam tajuk dan seni yang betul dalam isu ini. Kita harus membantah dalam 3 tajuk utama.

1. Keluar dari ajaran Islam.
2. Keluar dari rukun negara.
3. Kelulusan permit yang mencabar maruah setiap agama yang diberi perlindungan dalam perlembagaan.

Dari 3 tajuk di atas, kite memohon Dewan Pemuda PAS khususnya, Pakatan Rakyat umumnya supaya mengadakan bantahan berasingan dengan pihak yang meluluskan / membenarkan program tersebut.

Sekian pendapat kite. Rakyat baru dari negeri Kelantan. Hoben Awe Hoben.


Khai Muhammad Taruna

1. Khai = Nama keturunan / baka. Contoh Syed / Wan / Tuan / Nik / Dayang

2. Muhammad = Identiti muslim. Mana pun anak gua pergi di seluruh dunia mahu pun planet lain, inilah identitinya. Dia harus pikul dan jaga. Insyaallah. Amin.

3. Taruna = Identiti geografi. Mana pun anak gua pergi di seluruh dunia mahu pun planet lain, inilah identitinya. Geografi tumpahnya air dan darah ketuban ibunya. Anak gua bukan Arab. Bukan Afrika. Bukan Eropah. Bukan pengikut arus dan kebiasaan setempat. Insyaallah. Amin.




Siapa setuju kita bantah, sila buat macam kite nih. Angkat kedua-dua tangan.


Nov 2, 2011

Blog gua dah jadi blog baby. Hua3...

Oleh : AdukaTaruna
Video Youtube : http://youtu.be/k4qePJMxlg8

Urusan uri settle. Tq Ostad Wan Ji. Maklumkan kelahiran kepada klinik kesihatan berhampiran settle. Nurse melawat dah settle. Proses nama sedang dilakukan. Tq kepada rakan2 yang kol, comment dan email bagi tunjuk ajar. Adab2 kelahiran dalam Islam sedang gua usahakan.

N3 ni label peribadi. Ni video ketika AdukaTaruna Jr berumur 28 jam. Berat 3.3kg. Tinggi 53cm. Dah bleh buka mata dan respon sikit2 terhadap orang. Alhamd. Hilang ganas, macho and hensem bila main ba-cak dengan anak. Kah3... Mampos kena kutuk nih.