Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Occupy Kota Bharu : 04/11/11

Oleh : AdukaTaruna (melalui cadangan Eddy Gordo, Fahmi Reza dan rakan di FB) Apa itu occupy? Definasi bahasa : ‎Pengambilan semula satu kawasan awam utk kegunaan awam. Definasi perbuatan : Gerakan tanpa ketua. Bercakap / membentangkan sesuatu mengenai idea, di kawasan awam. (Ala.. kita tiru stail nabi dulu la. Bentang hujah kat pasar2 awam) Bebas berhujah dan berbalas hujah. Tiada format. Occupy Kota Bharu. 1. Bertempat di bangunan seperti gambar. Berhampiran dengan River View. 2. Bermula jam 5 pm - 7 pm. 3. Yang hadir dialu2kan membentang apa sahaja idea. Mengenai negara, dunia, kanak2, etc. Masa yang diberikan bergantung kepada jumlah pembentang. 4. Persembahan gitar. Sapa2 yang nak main gitar dialu2kan, walau tidak mahu menjadi pembentang. 5. Kesemua yang mempunyai idea, marilah bersama2.

Bacaan untuk suami isteri anak sulung.

Oleh : AdukaTaruna Video kelahiran anak gua : http://youtu.be/urL4RnDz1FY Hukum pertama : Jangan bawa isteri ke hospital melainkan benar2 memerlukannya. Kalau tarikh temujanji, ofkos la kena hadir. Tapi maksud gua di sini ialah, jika isteri sekadar sakit biasa, atau sekadar sudah menepati tarikh due, atau sudah melepasi sekadar 2-3 hari, jangan dibawa ke hospital. Kerana isteri akan ditahan di wad. Psikologi isteri di wad berbanding di rumah adalah berbeza. Pengalaman gua begini. Due yang ditetapkan doktor kerajaan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ialah 22/10/11. Walau gua dan isteri kira tak cukup pun 9 bulan 10 hari. Di sini juga, mereka meminta isteri gua mengira pergerakan janin dalam tempoh 2 jam. Tapi dalam buku merah dan internet mengatakan 12 jam. Bukan 2 jam. Masuk kandungan ke 5, gua scan di klinik swasta Goh, Kota Bharu. Doktor mengatakan due bukan 22hb. Tapi awal bulan 11. Tamat di sini. Sampai 22/10/11 (due), Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagi 2nd due 2

AdukaTaruna Jr : Gambar dulu, story kemudian.

Oleh : AdukaTaruna Alhamdulillah. Jam 10.50 am, 30hb Oktober 2011, baby lelaki, 3.22kg, AdukaTaruna Jr selamat dilahirkan ke dunia. Thanks Allah. Thanks sahabat dan pembaca atas doa. Doakan juga gua berjaya ubah akhlak kepada lebih baik. Yeyeehhh!! Story pengalaman coming next.  Lahir2 jer dah pakai inai. Kompius gua. Inilah amanah Allah kepada gua. Mujur tak ikut kaler gua. Hue3.. Adik ipar gua dan mak mertua gua. Chinese + Kelantan + Pepatih = ?

Gua ikut Enta - Dewan Pemuda PAS

Part 1. Part 2. Part 3. Pengumuman : Kepada Mustaqiim Hassan, sila berikan email yang betul. Sebab deliver failed la.

Gua skang dalam mode darurat.

Oleh : AdukaTaruna Pasal gua ada banyak gak rakan2 pembaca yang blom kawin, maka gua pun share la. Kehidupan gua skang ni, dibantu pengalaman dan nasihat rakan2 yang dah kawen. Skang ni bini gua dalam wad. HUSM Kubang Kerian. Jalan baru buka 2 cm. Yang tak tau istilah, lu tanya la rakan2 lu yang dah kawen. Tanya gua takut lambat jawab. Gua kan dalam mode darurat. Hua3.. Bermakna, gua dalam keadaan stanby. Gua kena ada ketika bini gua bersalin. Semoga Allah mudah dan izinkan ini. Dalam mode stanby ni : 1. Gua tak bleh berada jauh. Program2 semua gua batalkan. Siang hari, rumah gua ke HUSM 15 minit. Selepas 9 malam, 5 minit. Gua plan, kalau bersalin siang, gua merempit. Member gua akan adjust mak mertua dan adik2 ipar gua ke HUSM. Kalau bersalin malam, gua guna kereta. 2. Gua kena cilok waktu tidur gua. Sebab pengalaman rakan2 yang sudah, time camni, ayah musti tak cukup tidur. Ada rakan yang blurr bila disuruh azan dan qamat. Tak cukup tidur punya pasal. Gua kalau boleh nak e

Dari mana jahatnya Gaddafi pada gua?

Oleh : AdukaTaruna Telah disenaraikan kebaikan2 Gaddafi oleh puak2 UMNO dan puak2 lawan kepada UMNO. US jauh lebih baik dari Gaddafi dalam kebajikan kepada rakyatnya sendiri. Tetapi, adakah kita sokong US? US membicarakan Saddam, menghukum Saddam dengan cara bertamadun. Adakah kita menyokong US? Saddam membunuh ribuan ulama Sunni yang menentangnya, apatah lagi Syiah. Menyerang Iran dengan bantuan US selama 8 tahun. Adakah kita menyokong Saddam? Kalau disenaraikan kebaikan BN, kebaikan Mahathir, memang tak cukup dakwat. Tapi apakah kita perlu menyokong BN, menyokong Mahathir? Di sinilah keperluan kita mengasingkan tajuk. Dan ijtihad secara keseluruhan. Mana yang lebih baik secara total. Setelah pengasingan-pengasingan tajuk dilakukan. Dari mana jahatnya Gaddafi pada gua? Gaddafi pada gua jahat apabila memilih mudarat besar apabila berhadapan dengan kuasanya yang tamat tempoh. Apabila kekayaannya di penghujung jalan. Dunia ni mana ada kekal. Allah gilirkan. Kerajaan Sulaiman

Gitar amal Wakaf Che Yeh batal kerana tekanan Kementerian Kesihatan.

Oleh : AdukaTaruna Sori geng. Gitar Amal Wakaf Che Yeh terpaksa dibatalkan ekoran tekanan Kementerian Kesihatan. Semalam bini gua keluar cecair. Sebab gua bodoh bab2 ni (anak sulong), gua pun pergi check di HUSM. Risau beb. "Salam. Nak bertanya ni. Saya tak tahu sebab anak sulong. Isteri keluar cecair. Saya takut air ketuban ke apa ke. So, nak check. Tapi kalau bukan, dan lambat lagi, saya nak bawa dia balik." "Minta buku merah." "Eh.. dah lebih due 3 hari. Register isteri di bahagian kecemasan sana, yer." "Tapi kalau takda apa2, boleh bawa balik tak?" "Mana boleh. Dah masuk, mana boleh nak bawa balik. Keputusan kat doktor." "Saya just nak pasti jer. Sebab isteri ada keluar air. Tapi tak sakit apa2 pun. Kalau takda apa2, saya nak bawa balik. Nanti bila betul2 nak bersalin baru saya bawa." "Kena check dulu. Dan bila dah check, tak boleh bawa balik ikut suka. Result pada doktor. Kalau baby lemas cane?"

Jawapan mengapa PAS takut kepada Hasan Ali.

Mengikut keutamaan. 1. Hasan Ali memiliki rahsia Presiden Hadi Awang dalam gerakan perpaduan / perbincangan / tawaran ketika UMNO tumpas di Selangor. Secara lisan, bersumpah dan bertulis. Dalam hal ini, kesalahan Hasan Ali, perlembagaan PAS yang dilanggar, konsep wala' yang dipijak, boleh disapu bawah karpet. Asalkan karier politik Hadi Awang terus terjamin. Sebarang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali akan membuat pertembungan. Pertembungan akan mengakibatkan rahsia2 lama dibongkar dan menjadi bahan rasmi. 2. PAS tidak mahu menjadikan Hasan Ali hero kepada pihak lawan kepada PAS. Jika pemecatan dikenakan terhadap Hasan Ali, ianya akan menyebabkan baiah taklik terbatal. Hasan akan bebas. Imej hero terbentuk. Hasan Ali akan diangkat hero.

Orang bodoh jer beli tiket final bola sampai RM50

Oleh : AdukaTaruna RM50 harga tiket diletakkan oleh setan FAM dan kaum kerabat? Untuk kualiti bola Malaysia? Hahaha.. orang paling bodoh jer beli. Red Warrior yang berstatus fenomena pun paling tinggi RM30 (terbuka). RM50 sekepala. Kos perjalanan pergi-balik-makan bagi penyokong N9 tambah lagi RM50. RM100 untuk sekepala? Bagi hiburan 100 minit bernisbah kepada capaian ekonomi Melayu ketika ini? RM100 per RM1500 sebulan. Hahaha.. orang paling stupid pun tak buat macam tu. RM50, kalau bawa anak isteri makan kedai yang ada astro beyond di area Felda pun ada baki lagi. Satu program kekeluargaan yang berkualiti. 1. Dapat makan. 2. Dapat outdoor sekeluarga. 3. Dapat hiburan hampir sama dengan stadium. 4. Dapat mengikuti perkembangan bola secara terus. Mau ke stadium? Bayar RM50 bersama kos2 tambahan? Hahaha.. manusia paling bongok sahaja tergamak berbuat begitu. Bayar RM50 untuk tengok kualiti Malaysia lawan Malaysia? Kah3... Siapa nak jadi manusia bongok dan diperstupidkan o

Fakta : Menuju Malaysia bankrup 2020

Oleh : Cenangau Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.   Malaysiakini melaporkan: MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.   Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. - Mkini . Juga dilaporkan: Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Lapora

Gitar amal untuk PASTI GEMBIRA : Wakaf Che Yeh, 28hb, 10 malam.

Oleh : AdukaTaruna Terima kasih kepada yang menyumbang. Untuk makluman, sekali lagi, gitar amal akan dilakukan di Wakaf Che Yeh pada 28hb (Jumaat malam Sabtu), pada jam 10 malam. Lokasi maybe di depan CIMB. Bergantung kepada port kosong yang ada. Di bawah gua publishkan proses yang sedang dijalankan dalam penubuhan PASTI GEMBIRA ( G = Great  E = Education  M = Must  B = Begin with  I = Islam  R = Rasul and  A = Allah). Haha. Dalam PPSMI ma. Mapoh kalau A Samad Said tahu nih. Gua and geng kan penyokong PPSMI. Nama : PASTI GEMBIRA Pemilik : Parti Islam SeMalaysia Nama pemegang amanah : En. Ahmad Hidayat bin Fuad (014-3642728), Pn Suriati Binti Embong (CIMB 14140125802528) Alamat premis : NO 48-1, JALAN TAMAN COMMERCIAL SENAWANG 7 TAMAN COMMERCIAL SENAWANG 70450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN D.K Gambar2 proses.

Man Utd dibelasah 1-6 di kediaman mewah Najib-Rosmah.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/mj80NVYr1vQ Sebut Lee Chong Wei, mamat tu kalah di tangan Lin Dan. Sebut Malaysia, Malaysia kalah di tangan Singapura. Sebut Man Utd, Man Utd kalah 1-6. Kah kah kah. Meh kita saksikan penyokong Najib dibelasah 1-6 di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu.

Takdir Gaddafi dibunuh adalah peringatan kepada Najib (BN) jika mempertahankan Putrajaya di luar demokrasi.

Oleh : AdukaTaruna Takdir Allah kepada pemimpin kroni-mewah dan zalim, Gaddafi yang sanggup membunuh rakyat sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasa kemewahan adalah peringatan kita semua di Malaysia ini. Jangan mempertahankan kuasa dan kemewahan di luar demokrasi. Jangan membuat kenyataan, memberi arahan mempertahankan Putrajaya dengan tulang dan darah. Jangan sesekali membunuh demokrasi. Kerana ianya akan membuatkan wadah lain dipilih. “ Walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya. ” - Najib Razak, Perhimpunan Agung UMNO ke 61.

Video : Gitar amal di Wakaf Cheyeh

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/FElLYXukTyo "Mu dah la tukar budak2 PAS kat sini dari ana-anta ke gua-lu, pasni nak main gitar plak." "Takper.. Topeng kata dia ada gitar." "21 tahun PAS kat Kelantan, tak rajin orang main gitar kat Wakaf Che Yeh. Derma PASTI plak tu. PASTI Seremban plak tu. Haha." "Selamba rock la.. kalau kena halau kita kol Pink Turtle. Gua malas bertekak2 ni. Gua cepat panas." Terima kasih kepada semua rakan yang terlibat. Peniaga2 Wakaf Che Yeh, budak pungut hasil pun rupa2nya geng Jeming. Free of charge. Usaha mengumpul dana akan terus dilakukan sehingga PASTI tersebut berjaya running. Insyaallah.

Pecah berita! : Gambar VVIP Perak cabul buah dada budak bawah umur.

Sumber : Alhusseyn

Aziz Bari adalah penentang Hadi Awang yang sedang dimuliakan Allah.

Oleh : AdukaTaruna Janji Allah melalui Rasul kita : Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya: ”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi). Satu persatu janji Allah diperlihatkan melalui hadis ini. Dalam pada masa Hadi Awang ponteng parlimen (tidak berada sepenuhnya dalam sidang parlimen, dan tidak mengemukakan sebab kepada rakyat) telah berlaku 2 keadaan mudarat. 1. Kg Baru 2. Pindaan Akta Pekerja 1955 Dalam masa yang sama juga pengemuka 'Paklah versi PAS' ini juga diangkat sebagai ikon solidariti menentang kasta dewa dalam negara. Tidak semua ini hanya untuk manuia yang berfikir? Allah sedang menghina orang yang tidak layak, tetapi bermatian mempertahankan pangkat dan amanah. Orang itu adalah Hadi Awang. Mulianya Hadi Awang hanya di Terengganu. Tgk

Ahli bukan PAS pertama angkat beban 140kg.

Oleh : AdukaTaruna 21 Oktober 2011 - Bertempat di gym atas RHB Kubang Kerian, seorang ahli bukan PAS mencatat rekod mengangkat beban sebanyak 140kg. "Kejayaan ini bukan milik saya. Tapi milik Malaysia." Katanya ketika sidang media. Bukti. beban 70kg setiap kiri dan kanan. Menjadikan beban 140kg secara keseluruhan. Lu tengok sikit punya senyum. Kali ni, setakat 100 jemaah Rusila, gua selamba punya. Ngeee...

Video : Anak ramas payu dara. Bukan Lim Guan Eng, tapi Ali Rustam?

Oleh : AdukaTaruna Ini anak ketuanan Melayu Najib. Bukan anak Lim Guan Eng. Ini anak Nazri Aziz. Bukan anak Karpal Sigh. Dan ini pula cerita Ali Rustam Melaka (?) dari blog UMNO. Sumber 1 : Parpu Kari Sumber 2 : Jiwa Paradox Dan ini pula video : Youtube

Cadangan agihan royalti Kelantan.

Sumber : http://youtu.be/l-0NXEkyxcE

Akibat Hadi Awang ponteng parlimen (Kelantan Trade Centre).

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/icxp3WZf2wc

Apa yang lu nampak? Tulis kat sini.

Akhirnya Sultan Negara bertitah terima hudud!

Oleh : AdukaTaruna Sumber :   http://youtu.be/kFergj6M2q0

Pakai baju Ganu di Kelantan time panas Klate vs Ganu.

Oleh : AdukaTaruna "Apsal baju lu sama jer bro?" "Baju ni lagi?" Tu antara soklan2 yang gua selalu dapat. Dari dulu lagi gua nak elakkan benda alah ni. Gua fight tanpa muka. Mudah gua nak korek hidung, nak kentut di public, etc. Gua mahu merdeka. Tapi sekor seltan bangsat menyebabkan muka gua jadi public. Uma cakap, padan muka lu. lepas ni payah la nak korek hidung di public. "Apsal baju lu sama jer bro?" "Lu pakai singlet, lu bukan tough pun." Aduss.. gua memang camni la. Baju gua 4-5 helai tu jer la. Tukar pakai gilir2. Apa ingat gua artis ke haram pakai yang sama 2 kali? Gua pakai singlet sejak gua kurus kering zaman sekolah. Tu la gua seadanya. Bukan pasal gua nak tanya body. Gile ke apa? Tu pun seb baik berbaju. Ikutkan dulu, gua tak berbaju pun. Tanya budak2 asrama Sek Teknik PD tahun 1997. Semalam gua hadir forum Nurul Izzah. Ingat nak bawa suara MUTC. Gua tunggu second round tanya soklan. Sekali moderator, YB Kota Bharu

Negara pengamal hudud paling tak selamat?

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Helen Ang [1] Bro / sis.. dalam mentafsirkan sesuatu, kena tahu pembolehubah. Tak tahu pembolehubah, carca-marba kesimpulan. Gua bagi perumpamaan. Taugeh baka A. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Subur. Kesimpulannya, baka A baik? Taugeh baka X. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Tak subur. Kesimpulannya, baka x tak baik? Adakah kita telah mengenalpasti segala pemboleubah? Sedangkan sebenarnya jarak antara benih kita terlupa. Jarang antara benih A jauh. Jarak antara benih X rapat. Ini juga pembolehubah. [2] Bro / sis. Pemerhatian lu sama tahap dengan kemampuan otak ulama baka Melayu. Tidak tahu pembolehubah. Indeks yang diberikan bukan kerana hudud. Tapi kerana kestabilan negara. Negara2 yang diancam paksi CIA / Mossad seperti Timur Tengah memang tidak aman. Dari segi indeks keganasan. Ada beza antara jenayah dengan keganasan. Kalau tukar hudud kepada undang2 Jepun yang selamat itu, di negara2

Jangan bela burung.

Oleh : AdukaTaruna Kalau pemerhatian gua salah, lu boleh la tolak. Campak dalam tong sampah pun takpa. Tapi kalau pemerhatian gua betul, gua rasa berdosa kalau gua tak gunakan kurniaan pemerhatian yang diberikan Allah itu, untuk share. Untuk pembolehubah bukan muslim, maybe cara Allah melayan mereka berbeza. Tetapi, pemerhatian gua, untuk muslim, 100% mereka yang membela burung, dengan cara menyiksa, mesti akan ada masalah berkenaan kebebasan dalam kehidupan mereka. Kalau burung dibela untuk industri makanan, atau penyelidikan, zoo, maybe tidak berlaku. Tetapi persendirian yang membela burung dalam sangkar kecil, dengan cara mengikat kaki atas sangkar, atau dalam reban yang kecil, wajib, 100% akan ada masalah kekebasan. Sesiapa yang bela burung, atau mempunyai kenalan yang membela burung dalam apa yang gua maksudkan cuba check. Gua rasa setiap detik, setiap hari burung itu akan memdoakan kemudaratan kepada pemilik kediaman. Wallahualam. Pemerhatian 1. Pak saudara gua. Yang

Peraduan2 yang mesti disertai.

Oleh : AdukaTaruna [1] Peraduan : tribute to bersih :Remember 709 Ini Quiz utk lu org.2 soalan kne jawab. 1st Design ni inspired dr toy.Apakah toy tu? 2nd Buat ayat yg menarik berkaitan bersih dr design ni mengikut no di sebelah image - Setiap satu no utk gambar tuh mewakili peristiwa atau lokasi masa bersih 2.0.Buat penyataan yg cool gila berkaitan dgn gambar tu - Cth utk soalan no 2: no 9 The barefoot Pak samad atau The barefoot kungfu master. mcm tuh la lebay kurang.Jawapan Mesti full dari 1 sampai 13 Jawapan utk no 2 yg terbaik akan di print dibelakang baju berserta custom signature anda p/s : Gambar KLCC ialah No 13 hadiah ialah sehelai t shirt tribute to bersih :Remember 709 tarikh tutup ialah 17hb 10 2010 email jawapan pada yellowboutique@gmail.com [2] Pertandingan fotografi, klip video dan poster sempena 21 tahun kerajaan negeri Kelantan. http://kelantankreatif.com/

Mahkamah lepaskan pemuda miliki baju T Bersih 2.0

Aslani M BACHOK, 12 Okt: Aktivis masyarakat, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok. Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor melepaskan tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wong memaklumkan mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes itu. Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa membebas tertuduh. Hadir bersama di mahkamah ahli-ahli keluarga dan pimpinan Pemuda PAS Bachok. Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah. Mohd Amizul yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok didakwa mempamer baju T bertulis Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pauh, Mahligai, Bachok pada awal Julai lalu. Beliau kemudian ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan didakwa di mahkamah pada 5 Julai di bawah Seksyen 47 Akta

Video Mat Sabu tampar (mamak) UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Dalam FB, citer Mat Sabu tak settle2. Fenomena sungguh la. Budget Najib tenggelam, MP PR ponteng pun tenggelam. Asyik citer Mat Sabu jer. Skang nak minta tolong sket ni. Saham sikit bro. PASTI di Seremban nak guna dana sikit. Pendidikan awal kanak-kanak dalam acuan Islam penting bro. Meh sama2 pakat bantu deh. 14140125802528 CIMB atas nama Suriati  Embong. Untuk melihat video Mat Sabu menampar mamak, klik sini.

Video panas : Mat Sabu berhujah dengan UMNO (mamak) di Rembau

Oleh : AdukaTaruna Sumber :   http://youtu.be/AoUAcneNZgA Bila UMNO terpaksa berdepan dengan Mat Sabu melalui hujah. Ternyata bodoh, sombong dan penuh hasad mereka cair. Kerana itulah Allah mencipta hujah sebagai asas kepada Islam. Islam adalah agama hujah. Bila Muhyiddin mahu berhujah dengan Mat Sabu? Bila Khairy mahu berhujah dengan Suhaizan Kayat? Bila Rosmah nak berhujah dengan Edyes? Aiyak!!

Panas terkini : Nasharuddin Mat Isa rupa2nya berfahaman mamak.

Oleh : AdukaTaruna Panas isu Nasharuddin tidak hadir penamaan calon PRK Manek Urai. Bagi menjawab isu, jeng-jeng... Gambar sakit di hospital swasta. Masuk, bayar, ambil gambar dan publish. Kemudian, kecoh dengan kantoi. Ponteng parlimen. Tidak menunggu sidang parlimen sehingga tamat. Hadi Awang, Wahid Endut dan Nasharuddin. 3 merpati sejoli dari PAS melanggar amanah dan gaji yang mengkehendaki mereka berada sehingga tamat sidang parlimen. Jeng jeng jeng................. Gambar yang ditag ke FB gua oleh PAS Kuala Selangor. Hospital swasta. Masuk, bayar, ambil gambar dan publish. Bila gua dapat gambar ni, gua update status dah 2 kali teknik ini digunakan. Tak sampai seminit status gua, gambar tag tu hilang. Mujur spy gua ajar cari dalam Notificatins. Ngeee... Fahaman mamak? Ingat gambar ni?

Hot! : Alasan2 rasmi YB PR yang mengkhianati rakyat Kampung Baru.

Oleh : AdukaTaruna Kedah P14 - Merbok - Rashid Din (PKR) - Saya dengar polis mahu menangkap saya kerana nama saya dekat2 dengan Rasyid Maidin. Tu yang chek balik awai tu. P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR) - Saya diberikan tugasan lebih masa menyiapkan alasan2 bagi menjawab video seks tuan saya, Anwar Ibrahim. P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS) - Saya tertipu. Selalunya tiada undi sebelah malam. Saya akan pulangkan gaji saya untuk malam hari tersebut dalam tabung zakat. Kelantan P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS) - Ada sales di Pengkalan Kubor. P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) - Aduka sms gua ajak tengok kapal terbang landing sambil makan colek. P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS) - Malam tu dah janji ada latihan pukulan golf. Maaf, ana ada komitmen lain. P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR) - P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR) - P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR) - Makan malam di hotel 5 star denga

Ini macam, gua pun nak masuk MCA..

Oleh : AdukaTaruna

Komen Pak Guard Bajet 2012 [rumusan]

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/l0RukEpwDGE

Komen Pak Guard Bajet 2012 [spender Rosmah]

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/MveGkQjCp1I

Komen Pak Guard Bajet 2012 [teksi Proton]

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/Tc7htOaq2D0

Komen Pak Guard Bajet 2012 [kereta hibrid]

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/3Pxam8rIypQ Sori bai.. rakaman dibuat menggunakan kamera henpon pink Cuping Pinky. Waktu hujan dengan background bunyi Ibrahim Alee. Suara pun demam2 rindu sama Killafairy. Ngee.....

Bila TKO berhempas pulas mempertahankan Hadi Awang ponteng parlimen.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Tranungkite Gua di sms suruh komen hempas pulas pemaksum Hadi mempertahankan takdir Allah akan pontengnya Hadi Awang dan lain2 akan parlimen, sehingga menjanahamkan hak rakyat di Kampung Baru. Ada yang salahkan Hatta. Hadi Awang maksum. Paling kelakar ada yang salahkan program Mat Sabu dan Hari Hudud di Kelantan. Apa kena mengena Mat Sabu yang bukan MP dan Kelantan yang ADUN? Wakakaka. Hebat Hadi Awang atau pengikut dia terdiri dari Melayu bodoh, wallahualam. Persoalannya, bukan kalah menang undi. Bukan sikit banyak kumpulan. Bukan kebiasaan pembentangan. Bukan hari pertama atau kedua. Tetapi ponteng. Tidak menunaikan amanah. Jika amanah itu mengkehendaki anda berada dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang, maka, tunaikanlah anamah itu. Jika tidak duit gaji anda adalah haram. Ostad Wan Ji pernah sound gua bab mudah ni. Gua takda akaun dah dalam TKO. Kepada yang ada, cuba tanya soalan ni kepada pemaksum Hadi di sana. Seorang pekerja dibayar gaji un

Gua yang demam..

Oleh : AdukaTaruna Sebelum lu meluat baca N3 ni, gua nak bagitau. N3 ni bawah label peribadi. Alhamdulillah, gua ni jenis yang jarang demam. Maybe dalam setahun, nak demam sekali pun payah. Tapi kalau sekali demam, tu diaa..... Jadi, sebab payah dapat demam, dan demam plak memang teruk, bermakna, sekali dapat demam, memang menginsafkan gua. Insaf sekejap la. Stendet la pemuda macam gua ni. Huhu.. Rabu lepas, gua kerja petang. Dari jam 4pm - 12am. Menjelang jam 11pm, gua rasa tak sedap badan. Rasa nak sendawa, tapi tak lepas. Balik kerja, bla bla bla, gua tidur. Mata tak bleh lepas. Badan tak selesa. Kelapa tune dah lari. Gua rasa nak muntah. Baru buka pintu bilik air, wekkkk.. gua muntah. Bukan setakat mulut, tapi dengan lubang hidung pun keluar muntah. Wooo... siksanya. Jarang gua telan panadol, tp malam tu gua telan panadol. Tapi tak bleh blah. Suruh bini gua sms Hazwan. Cakap esok maybe gua tak dapat hadir meeting.. Harap2, badan gua macam selalu. Tak lama, dah ok. Menj

Senarai YB bangsat Pakatan Rakyat ponteng parlimen.

Oleh : AdukaTaruna Kita cop dan label mereka ini sebagai bangsat terlebih dahulu. Dan mereka perlu kemukakan sebab2 ketidakhadiran mereka kepada kita. Rakyat adalah bos. Gaji mereka dibayar dengan hak kita. Wala' kepala Awang mung. Sumber : C++ Kedah P14 - Merbok - Rashid Din (PKR) P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR) P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS) Kelantan P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS) P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS) P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR) P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR) P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR) Terengganu P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS) Pulau Pinang P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR) P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP) P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP) P49

Ulasan gua UMNO ganas di Rembau.

Oleh : AdukaTaruna UMNO dan keganasan memang dalam track record sejarah. Kerana mereka dilindungi polis. Memali dibunuh UMNO menggunakan polis. Padang Terap. Batu Buruk. Samad Gul. Ketua Wanita UMNO Sabah mati ketika berzina. Altantuya, Norita. Mayat wanita mati dalam bangunan UMNO Terengganu. Pemimpin UMNO mati dalam kereta bersama wanita UMNO. Turut dijumpai sepucuk pistol. Sosilawati yang dibunuh oleh peguam keling yang dikatakan belaan UMNO Selangor. Dan sebagainya. Apakah pembolehubah kepada keganasan UMNO? Gua menyenaraikan 3 pembolehubah utama. 1. Media 2. Polis. 3. Kekuatan lawan kepada UMNO. Isu Mat Sabu - Mat Indera. [1] Mat Sabu ceramah di KB. Depan stadium. Gua ada dan hadir. Apakah UMNO tidak ganas berdasarkan 3 pembolehubah tersebut? Ya. Of kos. UMNO adalah ganas. Seperti komunis. Tetapi dalam bentuk apakah UMNO ganas untuk ceramah Mat Sabu di Kelantan? UMNO mencalarkan kereta, spray kereta dengan kaler merah, meletakkan vcd di kereta. Tetapi hanya kereta

Ancaman Perkasa + SB : Pemuda PAS berkumpul di Rembau 6 Oktober ini.

Penarik Beca melabelkan golongan yang menahan pemuda2 PAS dari mempertahankan diri dan maruah adalah BUTUH! "Sabar-sabar!""Sabar, syeikh!""Jaga akhlaq kita!""Sabar, jaga akhlaq kita. Jangan lupa tarbiyyah kita!" Setakat yang terbaik yang saya ingat, amat jarang saya mencarut dalam blog ini. Nak kata tak pernah, takut pernah. Tapi, kepada ayat-ayat seperti di atas, yang saya nak kata sekuat hati saya ialah, "Butuh hampa! Sabar butuh hampa! Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!"Orang nak pukui kita, dia dok sibuk dengan kata-kata celaka sial tu.

Cerita anti VIP dari blog Kulub Sakah

Sumber : Kulub Sakah