Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Pengalaman gua di malam raya pertama.

Oleh : AdukaTaruna Malam pada hari raya pertama, gua menziarahi rumah rakan baik mak mertua gua. Kira gua bawa keluarga mak mertua gua la. Kawan mak gua ni, gua namakan sebagai Untie Lina (bukan nama sebenar). Sampai2, suami Antie Lina turut menyambut kami. Gua namakan sebagai Uncle Din (bukan nama sebenar). Tengah makan sambil bergelak ketawa, sampai satu keluarga. Rakan kepada Uncle Din. Dia kecek luar. Mungkin dari bisikan anak2nya, isterinya perasan gua dan bertanya sama ada gua terlibat dalam kes hina Sultan Johor. Untie Lina mengesahkan. Dan rakan Uncle itu terus berbual dengan gua. Bertanya macam2. Bermula dengan status kes gua. Gua open table la. Dari genetik Melayu. Pecah kepada pantai timur dan pantai barat. Dan terus fokus pada Johor. Temasik, Lee Kuan Yew, air, ruang udara, pemilikan tanah, Mat Indera, UMNO, Malayan Union, etc. Dan paling hot teori gua pasal baka Melayu Johor. Bla bla bla bla.. dayus. Bla bla bla letak tunggul suruh pertahankan pulau2 dan sempadan2

Anwar : Saya tak menyesal jadi barua British.

Sumber : Malaysiakini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas. “Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Saya tak pernah kesal masuk parti barua British itu. Pengalaman itu juga mematangkan saya. Saya sangat2 bangga.” katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM). Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM. Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan “mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah”. Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan. "Saya mahu mengABIMkan barua British. Sya ikhlas. Saya tidak mahu apa-apa jawatan ketika dipelawa menjadi barua B

Selamat Hari Raya.

Oleh : AdukaTaruna Kubur. Pagi2 raya gua ziarah kubur. Matinya orang Melayu wajib perlu kubur. Tanpa kubur, waris akan rasa tidak lengkap. Termasuklah gua. Katakan mayat anaknya tidak dijumpai. Dah tentu tiada kubur. Mesti kesal sampai mati. Tanah kubur makin lama makin sempit. Tanah terhad. Kalau 'musnah'kan tanah kubur yang ada, dan dibuat untuk generasi yang baru, memang kompom akan dibantah oleh Melayu2. Sedangkan, Allah dah 'fikir' semua tu. Tu pasal pahala si mati yakni doa anak, ilmu yang diajar atau kemudahan yang memberi manfaat tidak perlu kubur untuk tranfer pahala. Si anak tak perlu ziarah kubur untuk sedekah pahala. Pada gua sebenarnya kubur itu hanyalah satu material yang tidak bermanfaat di sisi Allah kecuali memenuhi fitrah perasaan manusia. Gua fikir, kalau gua ada kuasa, selepas settlekan kubur bukan Islam (masalah tanah), gua akan buat dasar untuk kubur Islam plak. Kubur lebih dari 30-40 tahun perlu di'musnahkan' untuk memberi laluan

Bukit Kepong : 3 jalan kemerdekaan negara dari penjajah British.

Oleh : AdukaTaruna Mana2 negara jajahan bangsa Inggeris, dari dulu sehingga kini, sama ada Inggeris England atau Inggeris US, mereka akan meletakkan boneka sebagai pemerintah. Dari Afghanistan hingga ke Iraq. Jika tidak, mereka terpaksa berdepan secara langsung dengan pejuang. Jika meletakkan boneka, mereka tidak berdepan secara langsung. Yang berlaku adalah perang saudara. Bukit Kepong adalah satu peristiwa perang saudara. Satu Mat Indera yang ingin menghalau British penjajah. Satu pihak ialah barua2, dan tali barut penjajah. Mereka berbaiah kepada England. Dibayar gaji bagi membunuh, menangkap dan memenjarakan pejuang penuntut kemerdekaan. Satu pihak lagi ialah kumpulan yang menghalau British demi maruah tanah air. Terdapat 3 jalan kemerdekaan. 1. Senjata. 2. Pengabungan Indon - Tanah Melayu. 3. Boneka penjajah. Menghalau British - menuntut kemerdekaan dengan jalan senjata. Bangsa Kelantan, naik ke Pattani dan Selatan Filifina boleh menentang penjajahan menggunakan sen

Gua dan nuklear : PAS perlu pilih Kilafairy atau C. Ronaldo.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan :   http://adukataruna.blogspot.com/2011/08/pendapat-gua-isu-lynas-dr-che-rosli.html Seorang pemimpin PAS Pusat meminta gua menulis pendapat gua untuk pertimbangan pendirian rasmi PAS. Nak caya, caya, tak nak sudah. Nak setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah. Boleh share pandangan masing-masing. Pengasingan tajuk jenis industri. Gua telah jelaskan serba ringkas pendirian dan falsafah gua berkaitan dengan industri seperti ini. Terdapat perbezaan antara industri seperti Lynas dan industri nuklear untuk tenaga. Kita bermula dengan mengasingkan jenis industri bagi memudahkan pemahaman. 1. Industri pembuatan metarial / bahan mentah. Di mana ianya mempunyai bahan buangan / perkumuhan yang tertentu. Lynas termasuk dalam jenis ini. Lokasi industri ini adalah HARAM jika dibuat di hulu. Perlu buat di hilir. Kerana jika di hulu, pencemaran akan merebak sepanjang laluan ke hilir. Hulu adalah kawasan tadahan. Hulu akan pergi ke hilir. Hilir susah untuk per

UMNO adalah pengkhianat rakyat. UMNO Johor adalah kepala barua British.

Oleh : AdukaTaruna 1. British adalah penjajah. UMNO adalah produk sulit British. Nama pun dalam bahasa Inggeris. Tiada sekor pun pejuang UMNO calar apatah lagi mati dalam memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah. 2. Rakyat Johor perlu kencing kubur mak ayah masing2 atas dosa menukar cuti Jumaat kepada Ahad. 3. Temasik tanah nenek moyang diserahkan UMNO kepada Lee Kuan Yew. 4. Perjanjian air Johor yang bodoh kepada Lee Kuan Yew. 5. Zahid hamidi mendedahkan ruang udara Johor diceroboh Singapura sebanyak 2508 kali. Itu jumlah sejak 2008. Melayu johor berbaka dayus. 6. Pulau Batu Putih yang diserahkan kepada Lee Kuan Yew atas nama mahkamah antarabangsa. Melayu Johor berbaka dayus. 7. Tanah rezab Melayu yang hilang sejak British mencipta boneka UMNO. 8. Saham pemilikan Melayu yang susut oleh UMNO. Capaian Dasar Ekonomi Baru yang gagal kepada orang Melayu. Sendiri buat dasar, sendiri gagal capai. 9. Dosa2 UMNO dalam kes murtad, keruntuhan akhlak Melayu sejak boneka British

Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diberikan kepada sasterawan jika PR memerintah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bebas dari politik. Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Mantapkan kuasa DBP sehingga boleh menentukan nama-nama pembangunan kerajaan Malaysia. Kata lainnya, jika A Samad Said yang memimpin DBP, biar DBP sendiri yang memberikan nama kepada : KL Sentral. Pudu Sentral Presint Putrajaya UMNO adalah barua British. Nama pun dalam bahasa Inggeris. Johor adalah tapak kelahiran barua penjajah. Temasik, tanah nenek moyang  diserahkan kepada Lee Kuan Yew oleh UMNO. Tiada sekor pun pejuang UMNO dipenjara atau calar dalam menuntut perjuangan. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Rakyat perlu menang bagi membetulkan semula sejarah. Dan bebas dari barua penjajah sama ada British atau Jepun dalam erti kata sebenarnya. This is our land.

Gila babi fitnah media akhir zaman : Group FB murtad dicipta dan dimainkan untuk pengundi hutan.

Oleh : AdukaTaruna Gua tertengok laporan khas Berita Utama TV1 malam tadi. Group murtad yang kononnya dianggotai Pakatan Rakyat. Ianya telah didedahkan oleh Milo Suam beberapa ketika lepas. Tapi dedahan itu hanya diketahui oleh pengundi internet. Manakala pengundi hutan? Mereka yang rogol, dan kemudian mereka mengadu mereka dirogol. Fitnah akhir zaman yang gila babi. Pemimpin Pakatan Rakyat sokong kumpulan murtad di Facebook? Sumber : Milo Suam SEBUAH kumpulan anti Islam menggunakan nama Murtads in Malaysia and Singapore dikesan di laman sosial facebook. Kumpulan ini lebih kurang sama dengan kumpulan-kumpulan anti Islam lain yang pernah didedahkan sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan ini memiliki seramai 473 ahli [ Facebook ]. Apa yang mengejutkan, dalam diam-diam terdapat konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik Setiausaha Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Binti Hussin. Blog gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memainkan isu kononnya

Gila babi fitnah media akhir zaman : Berita 'murtad' TV3 adalah palsu.

Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam. Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud. Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam. "Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu. "Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuis

Pendapat gua isu Lynas - Dr Che Rosli

Oleh : AdukaTaruna [1] Isu ini 'adalah' isu Cina. Bukan isu Melayu. Ini isu teknikal, isu hartanah, isu kualiti hidup, isu intelektual, etc. Pada gua masyarat Cina memandang berat soal ini. Jika menara telekomunikasi di kawasan perumahan mereka pun mereka bantah, inikan pula Lynas. [2] Tetapi cara gua memandang Lynas maybe berbeza. Gua tiada masalah akan menara telekomunikasi di kawasan rumah gua selagi tiada bukti kukuh ianya membahayakan kesihatan. Begitu juga Lynas. Gua tiada masalah hatta Malaysia mahu membina logi nuklear untuk tenaga elektrik sekali pun. Asalkan ianya dibuat dengan pemerintah yang tidak korup. Ketika ini, gua bantah Lynas bukan atas hujah sains. Tetapi hujah korup dan budaya hangat2 tahi ayam mematuhi SOP / piawaian dunia dan budaya ketiadaan media perdana yang bersedia mendedahkan apa yang berlaku jika Lynas cuai. So, gua berijtihad, Malaysia belum mampu dari segi suasana pemerintahan untuk satu perkara sebesar Lynas. Gua membantah atas tajuk

Raya ke-4 : Orang Johor jangan malu2 datang Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Raya ke-4 ni, 2 September 2011, di Balai Islam, Kota Bharu ada dialog. Sound gua kalau nak datang. Gua bukan mewakili sesiapa. Tiada siapa sponsor. Cuma gua nak bawa lu real politic. Terutama mana2 bloggers / facebookers PKR yang tak puas hati dengan pemilihan PKR lepas. Kita ada Saifuddin Nasition. Tak tahu la lepas gua mention dalam blog ni, Saifuddin masuk IJN macam Azizan Razak plak. Sekali lagi, sound gua kalau nak datang. Gua adjust lagu mana bermalam, lagu mana transport. Insyaallah. Jangan malu2. Kita kena bina satu suasana pemerintah yang berasa tidak selamat penggal akan datang. Kerana dengan suasana itu, pemerintah tidak berani buat jahat. Anytime dia akan jatuh. Aktiviti2 yang sempat gua hadir di Kelantan, dan kongsi dengan lu orang. Ni antara rakan Johor yang hadir. Bersama merasai suasana Qaryah Ramadan di stadium KB. Macam2 program ada. Bagi orang baik bleh follow setiap acara yang disediakan. Yang setengah baik, setengah jahat macam gua, follo

Husam: Kelantan dipinggir isu gas Malay Basin.

Kerajaan Kelantan menyelar tindakan Petronas mahu menyalurkan pengeluaran gas di Utara Malay Basin - yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion - ke Terengganu tanpa berunding dengannya terlebih dahulu. Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ( kiri ) berkata, Utara Malay Basin, telaga Bergading dan blok berkaitan - PM301, PM302 - sepenuhnya dalam perairan Kelantan. Tambahnya, ia juga tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain, malah 50km lebih dekat dari Terengganu. "Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," kata Husam. Pada 23 Ogos lalu, Petronas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembangunan pengeluaran gas di Utara Malay Basin akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh, Terengganu. Husam yang juga pengerus

Thanks Radix FC Kubang Kerian coz jual badak berendam sempena besday gua.

Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi Khamis. 25 Ogos. Tarikh lahir gua. Selipar gua beli kat Maidin 6 bulan lalu corak tapaknya dah haus. Licin. Tapi getah tapak masih tebal. Oleh sebab mak gua pernah sambung pensil kontot dengan buluh, maka gua guna pisau untuk ukir corak tapak ikut suka gua. Selaku ibu tunggal, mak mertua gua dapat bantuan dari kerajaan negeri. Majlis berhampiran Masjid Muhammadi. Memandangkan payah gua nak pergi-balik jemput, gua ambil keputusan berbuka di Qaryah Ramadan. Stadium KB. Tiba2 hujan lebat. Lebat gile2. Rahmat sempena besday gua. Di Malaysia, tak kira Kelantan atau Sabah, asal hujan, mesti jem. Jalan sesak. Gua kensel berbuka di Qaryah Ramadan. Leceh. Hujan lebat. Bini gua sarat. Gua plan balik rumah. Jalan jem. Selaku planner perang terbaik abad ini, gua kol adik ipar gua. Suruh tanak nasi. Jangan datang stadium. Hujan lebat. Kensel plan. Berbuka di rumah. Kita beli ayam golek. Makan dengan nasi adik-beradik. Jumpa ayam golek Jalan Bayam.

Antara beg tangan Rosmah hasil duit tabung dari kecil. Bukan duit pembayar cukai.

Sumber : SiasahKini. .

Gua nyaris kena bahan di Program Makan Colek malam tadi.

Oleh : AdukaTaruna Ada la menghampiri angka 500 orang malam tadi kot. Beberapa orang kena petik untuk 'karaoke'. Termasuk Cuping Merah dari negeri UMNO totok. Johor. Hahaha. Jeming paling kelakar. Gila2 punya kelakar. Berucap sambil tidak menutup butang (zip jenis butang) seluarnya. Pastu selamba cakap : "Menta.. menta deh.. bute suar tak kacing pulok." Settle majlis, upacara makan ala2 Somalia. Baru 2-3 minit makan colek sambil berebut2, Hjosama Gi umum besday gua guna mic. Mapoh. Mapoh. Gua dah terdengar suara2 minta telur, air kerang, mandi, etc. Sek2 perogol 4 ekor pun memang dendam dengan gua. Mapoh.. mapoh.. Sek2 Klate ni bukan kira ada pimpinan kat depan ke, YB ke. Tengah syok diorang kupas kerang ke 10 biji gitu, gua chow awal. Wakakakaka. Selamat gua.

MEMINTA BANTUAN PEMBACA

SAFIAN MENUNGGU RAWATAN MEMINTA BANTUAN PEMBACA Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit. Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung. Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemandu Kelantan adalah bodoh?

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Sikap Pemandu Di Bandar Kota Bharu Klntn Yg Bodoh. Ini ditulis oleh orang Kelantan sendiri. Sahabat Zam Zamani. Antara tulang belakang dalam setiap program di Kelantan. Gua dah lama gak nak tulis benda alah ni. Selalu berkongsi bercakap hal ini ialah Topeng Perak. Sebab Topeng membesar di luar hampir 30 tahun. Gua berada di luar Kelantan hampir 28 tahun. Memang berbezalah corak pemanduan orang Kelantan dengan luar. Mengapa boleh jadi begitu? Gua lebih suka berfikir mencari kemungkinan2 sebab. Mengapa ia boleh menjadi begini dan begitu. Ianya boleh melenakan tidur gua. Jika tidak, ianya adalah beban kepada kepala otak gua. Pemandu Kelantan perlahan. Perlahan bos. Slow and steady. Kalau dah lampu hijau. Ada la dalam  3-4 saat baru respon. Masalah terjadi mungkin sebab di Kelantan tidak banyak jalan lebih dari 1 lorong. Belanjawan Negara N3 lain. Kalau jalan yang ada 2 lorong seperti Jalan Tok Guru (baru tukar nama), pemandu perlahan pula ada d

Kumpulan yang mengaku Islam perlu berhenti dari berhujah mengenai Islam cara bodoh..

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Malaysiakini Kristian 'halal pelacuran': Sinar Harian mohon maaf. Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian. Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini. Islam adalah agama yang tegak dengan hujah. Bukan dengan pedang, apatah lagi dengan pendekatan tuduhan yang tidak dibuktikan. Hujah adalah fakta. Jika tuduhan yang dikemukakan tidak dapat dibuktikan, ianya adalah backfire kepada Islam sendiri. Muslim Melayu terlalu bodoh dalam mengembangkan Islam di Malaysia. Memang benar ada ayat Allah yang mengatakan ada pihak dari Nasrani dan Yahudi yang tidak senang dengan muslim selagi muslim tidak mengikut mereka. Ayat itu adalah dalam bentuk peringatan. Dan j

Tolak campur tangan asing di Libya : Sokong Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Rakyat Libya diingatkan agar memastikan tiada ruang yang dibuka oleh mereka kepada kuasa luar khususnya negara-negara Barat daripada campur tangan dalam urusan politik, pembinaan negara dan infrastruktur yang musnah dalam kebangkitan rakyat, dalam tempoh peralihan kuasa di negara itu. PAS tidak mahu campur tangan kuasa luar dalam menentukan jatuh bangun politik dan ekonomi Libya, sebaliknya ingin urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Libya untuk menentukan kepimpinan dan membangunkan negara mereka. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehubungan itu menyeru pemimpin-pemimpin negara umat Islam dan OIC memainkan peranan segera untuk memastikan tiada campur tangan asing di Libya yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua selepas kejatuhan Gaddafi. Menurut beliau, amat malang bagi rakyat Libya dan masyarakat dunia amnya jika berlaku campur tangan kuasa asing selepas kejatuhan regim Gaddafi. Katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada Ma

Bergambar : 4 lelaki Russia bersalah rogol dan rakam pelajar Malaysia.

Empat pemuda Rusia daripada keluarga kaya menggunakan iPhone untuk merakam aksi mereka merogol seorang pelajar kolej swasta eksklusif berusia 18 tahun di selatan London. Keempat-empat pemuda Rusia yang baru berada di Britain selama dua minggu itu telah melakukan serangan seksual kepada pelajar Malaysia selama dua jam dan setengah. Pelajar Malaysia itu menuntut di sebuah kolej esklusif yang mengenakan bayaran £30,000 setahun. Kesemua tertuduh berusia antara 19 dan 23 tahun, memberikan komentar menjijikkan - malah merakamkan pengakuan tentang rancangan untuk melakukan serangan seksual itu sehari sebelum kejadian. Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, namun juri di Mahkamah Woolwich Crown sebulat suara mendapati mereka bersalah. Davtyan menyifatkan gadis itu sebagai 'mesin' dan di dalam kotak saksi memanggilnya sebagai 'sl **'. Mahkamah diberitahu bahawa Ivanov berasa 

Suatu ketika di zaman DAP memerintah Malaysia.

Kempen pijak : Akhbar milik Melayu, siar result judi untuk Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Luar KB juga perlu ada program facebookers.

Oleh : AdukaTaruna Ini Program 24 Ogos. Ini program Hari Raya ke-4. 2 September. Gua ingin membawa suara2 dari FBers luar Kota Bharu. Mereka berharap, selepas ini, program seumpamanya boleh dibuat di luar KB. Gua harap ada yang sampaikan kepada pimpinan PAS Kawasan masing2. Takan nak suruh YB Cikgu Rahim, PAS Kota Bharu buat program kat Tanah Merah, pulak kan. So, PAS Kawasan masing2, take note la. Kalau buat Mcdonno gak, lu pakat buat sendiri2, pastu belasah PAS / UMNO / Tok Wakil kawasan lu orang. Makan bawa sendiri, kongsi dan tukar2. Bahan2 belasahan lu orang tu, hantar ke gua. Gua support lu orang. Cover dan dedah apa suara lu orang. Insyaallah.

Semoga 'mereka' bekerja demi Allah yang 1.

Oleh : AdukaTaruna Gua bersama antara yang memenuhi kerusi yang disediakan. Anak Muda di Kelantan berdarah panas. Pada mulanya gua duduk di pertengahan barisan. Moderator meminta gua duduk di depan kerana tugasan tertentu. Akhirnya seat depan diambil oleh krew dan rakan2. Pimpinan yang datang kemudian takda seat. Mustahil meminta seat dari anak muda. Ini bukan anak muda UMNO. Tengah sedap dengar Tukar Tiub, nak kena bangun beri tempat pula. Namun pimpinan PAS cool. Cari seat yang kosong sendiri lah jawapannya. [1] Sabtu lepas telah berlaku Program Forum Anak Muda dan Demokrasi. Kehadiran yang memanaskan keadaan. Gua kira kerusi dalam dewan tu ada 334. Jumlah kehadiran yang dicatatkan 250. Ramalan gua, jika kena gaya, program hari raya ke-4 di Balai Islam nanti, sah2 takda seat. Gua harap program tu takda ucapan pemimpin, sebaliknya menjawab soalan. Juga berharap ada penjaga masa kepada panel2 yang tukang jawab. Tak kiralah moderator atau pengerusi majlis. Macam program Sabtu lepas

Pergaduhan Mesut Ozil dan David Villa.

Oleh : AdukaTaruna Ya. Memang benar pasukan yang gua minat ialah Barcelona. Dan kemudiannya Real Madrid. Team paling gua benci ialah kesemua EPL. Dan dalam EPL, mana2 yang menentang Man U, gua sokong. Itu hobi. Bukan akidah. Panas seketika perbincangan di internet bahawa Mezut Ozil bergaduh dengan David Villa kerana David Villa menghina Islam. Pegangan Mezut Ozil. Benar atau salah dakwaan itu, wallahualam. Jika David Villa hina Islam. Selalunya dalam hal pertengkaran yang membabitkan situasi seperti dalam video itu, lawan akan mengucapkan kata2 yang berniat mencederakan hati. Ianya bukan hujah dan bukan perbahasan. Ianya ejek-mengejek. Namun, ejek-mengejek tidak wajar dibalas dengan sentuhan fizikal. Itu bukan cara Islam. Itu cara penganut islam. Termasuklah gua. Sepatutnya Mezut Ozil menunjukkan sikap sabar, dan mengemukakan bantahan rasmi kepada bola Sepanyol atau membuat sidang media mendedahkan perkara itu. Peritiwa yang dikatakan sama pernah berlaku pada Zidane. Tind

Ahli agama di Malaysia dipenuhi oleh penghafal.

Oleh : AdukaTaruna Dari peringkat pusat, sampai peringkat kampung. Penuh dengan penghafal. Kalau setakat mengurustadbir masjid masing2 kira ok lagi. Tapi bila diangkat jadi Presiden Parti Politik Islami, hancuss.. Satu benda mudah tapi masih tak terfikir untuk kaizen ialah van jenazah. Bendanya A B C jer. Tapi penghafal tetap penghafal. Apabila disumbangkan van jenazah, senyum lebar ahli agama. Terperaplah van jenazah itu. Hanya seminggu sekali digunakan bagi urusan kematian. Apa salah buang word Van Jenazah tu. Tukar pada Van Masjid. Van Masjid Felda Chini 8 misalnya. Van Masjid Taman Koperasi Polis contohnya. Betapa luasnya kegunaan van tersebut? Hantar budak2 pertandingan musabaqah boleh. Hantar pasukan futsal masjid boleh. Disewakan kepada penduduk boleh. Kegunaan kenduri kawin boleh. Hantar jenazah boleh. Macam2 kegunaan yang boleh dimanfaatkan. Katakan ahli agama atau penyumbang itu baka bodoh gak. Takpa la dia nak letak word Van Jenazah. Dah dia yang nak derma. Takan na

Azizan sudah sihat. Mahasiswa boleh langgar isu AUKU.

Oleh : AdukaTaruna Menjelang tarikh demo dan serah memorandum, Azizan tidak sihat. Kini, alhamdulillah. Azizan sudah keluar IJN. Malah mengabaikan cuti untuk mempengerusikan mesyuarat negeri. So, mahasiswa boleh teruskan projek Langgar Azizan demi membela rakan2 yang ditindas AUKU. Pemimpin dipilih oleh rakyat. Bukan rakyat dipilih oleh pemimpin.

Kosongkan hari raya ke-4 anda. Dari Johor sampai Perlis.

Oleh : AdukaTaruna Nak sebut Sabah n Sarawak cam tak logik plak. Tapi dari Johor sampai Perlis la. Ada 10 juta pengguna FB di Malaysia. Mari berkumpul di Kelantan pada hari raya ke-4. FBers wanita kalau nak dapatkan tempat bermalam, gua bleh settlekan. Bleh ambil mana-mana 'guest house', share reramai atau hotel terdekat. Sebilik lu sumbat la 5-6 orang. Bukan seminggu, semalam dua jer. Beli tiket pergi balik siap2. FBers lelaki lu tido masjid dah la.. musafir sekali-sekala. Pengangkutan pun don't worry. Insyaallah gua and memember akan settlekan. Janji lu info gua awal. Kalau naik keteapi, turun Wakaf Bharu. Gua pikap dan hantar lu ke Putik. Kalau naik bas sampai bandar KB. Gua pikap dan hantar lu ke Putik. Naik kapal terbang, turun Pengkalan Chepa. Lu panjat pagar belakang terus masuk Putik. Meh kita rasai suasana Real Politic in Kelantan. Tak guna samseng berhadapan dengan hujah. Tiada rampasan peralatan rakaman. Muka paling gangster pun yang lu akan tengok ialah

N3 kepada imam2 tua..

Oleh : AdukaTaruna Tak la penting sangat. Dan dah lama gua nak suarakan. Nak suara one by one kat imam tua, rasa cam tak mampu plak gua. Kena tempeleng kang, nak melawan rasa tak berbaloi. Haha. Lagi satu memang imam2 tua takkan baca blog gua pun. Tapi harap2 adalah yang sampaikan kat orang2 macam Ostad Azhar Idrus ke, MAZA ke, supaya akhirnya didengari oleh si imam2 tua. Gua tak nak la bahaskan benda ni dari sudut fekah. Sama ada batal solat ke tak. Gua bukan ahli. Kalau gua sebut bab2 camni, selalu gua takan fight sungguh2. Gua just share pandangan gua jer. Kena maki ke, apa ke, gua buat bodo jer. Ada kala lawan, tapi selalu tak lawan. Bendanya mudah. Iaitu menyebut lafaz 'Allahuakhbar' ketika berlaku pertukaran rukun. Contoh dari berdiri nak tukar rukun rukuk. Imam akan sebut Allahuakhbar (takbir). Atau dari sujud kedua kepada bangun. Imam akan lafaz takbir. Nak bagitau makmum. Tapi imam2 tua ni, lafaz takbir sebelum berada dalam rukun seterusnya. Tetapi ketika ak