Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

N3 maki-hamun babi sebelum Ramadan.

Oleh : AdukaTaruna Orang baik menjadikan Ramadan titik perubahan yang lebih baik sehingga Ramadan akan datang. Orang jahat macam gua, baik time Ramadan jer. Tu pun kalau gua tahan sebulan. Maklumlah kawan2 setan gua banyak. Magrib ni dah masuk Ramadan. Tak bleh maki-hamun. Skang ni sempat lagi nih. Maka bermulalah N3 maki-hamun babi dari gua. Jasa kereta Mazda lantai simen gua. BERSIH 9 Julai hari tu gua pulang ke KB semula pada malam 10hb. Minyak kereta gua di tanda merah. Gua isi Petronas 95 (tak mampu 97. Kena tunggu BN jatuh) sebanyak RM30. Petronas di Paroi, Jalan Kuala Pilah. Yakni sempadan antara Seremban / Kuala Pilah. Jarum minyak gua naik lagi 4-5 batang mancis ke setengah meter. Gua ikut Highway LEKAS. Keadaan traffic lancar. Kemudian ke Karak. Sampai Benta Pahang, jarum minyak gua menurun 2-3 batang mancis ke merah. Takper la, ijtihad gua. Gua isi Petronas Felda Kencha. Sampai Petronas Felda Kencha, pukul 2-3 pagi. Tutup! Babi punya Petronas. Minyak gua nak merah

Terima kasih pada Nik Amar.

Oleh : AdukaTaruna Sentimen bola sepak kat Kelantan ni tak macam negeri lain. Kat sini, padang bola penuh petang2. Kat KB la.. kat daerah lain gua tak tahu. Maybe sama cam N9. Penuh dengan lembu dan kambing. Hehe.. Dan rupa2nya ada, dan telah ada satu pendekatan kerajaan negeri Kelantan mengawal belia2 mereka melalui aktiviti bola sepak. Di tempat gua, kepalanya ialah Nik Amar. DUN Panchor melahirkan berbelas2 team bola sepak. Merebut gelaran DUN. Kawasan tempat gua tinggal, Padang Tembak masuk final. Lu tahu final kat mana? Stadium negeri bai. Usaha yang bagus. Dan terima kasih pada Nik Amar. Dari maklumat rakan2, kalau menang, akan bertanding Piala Tok Guru. maybe main kat Stadium Wembley kot. Haha. Tapi malangnya kalah 0-2. Pemikiran gua untuk N3 ni, bukanlah base on player. Tapi base on pemerhati politik cabuk. Insyaallah, program2 sebegini membuatkan belia2 begitu rapat pada kerajaan negeri. Harap negeri2 lain, termasuk UMNO buat lebih baik dari negeri Kelantan. Insyaallah

Kisah lelaki 'One man show'.

Oleh : AdukaTaruna Gua tak tahu istilah gua betul atau tidak. Tapi gua just mengimbau kenangan dulu2. Rakan gua. Berasal dari keluarga sederhana di Felda. Dari sekolah teknik, sampai Politeknik gua bersama (tempat belajar) dia, walau tidaklah rapat sangat. Latar belakang keluarganya, kalau nak bandingkan dengan gua, memang gua lebih 'kaya' lah. Tapi apa yang buat gua kagum ialah 'one man show'nya. Menguruskan masa depannya secara berseorangan. Keluarganya tidak mampu untuk hadir. Semasa pendaftaran poli, dia datang berseorangan tanpa sesiapa. By bas. Sampai sehari awal. Tidur di bus stop depan poli. Menguruskan pendaftaran. Menguruskan pinjaman. Sem 1 dapat asrama. Sem 2 kena blah. Sem 2, seminggu dua tumpang rumah sewa kawan2. Pinjaman masuk, baru bleh join. Gua offer rumah sewa gua. Join dgn member2 serumah gua lah. Tapi dia tolak sebab tak sama kelas. Lagi pun jauh. Dia nak cari rumah yang dekat sebab senang nak menapak. Skang 11 tahun berlalu.. Kini dia s

Harap2 Malaysia menang.

Oleh : AdukaTaruna Cakap bab sukan. Gua harap Raja tak lepas Sharbinee. Letak Fahmi. memanglah 2-2 bukan tahap Casilas, tapi pada gua Fahmi lebih konsisten. Masa game lawan Liverpool ari tu, memang prestasi Sharbinee bagus. Tapi kena tengok keadaan bagaimana jaringan itu terhasil. Ketiadaan Shafiq pun problem jugak. Gua pun tak tau alternatif pemain Malaysia nih. Tapi kalau gua Raja, gua ambil pemain tengah harimau Malaysia. Gary Steven  Robat. Tengok macam India, dengar macam omputih. Pada gua, dia memang kreatif dalam mencari dan mencipta suasana. Cakap bab perjuangan. Game kali ni pengumpulkan audien 100 ribu. Satu audien yang besar. lawan pula Singapore. Gua memang tak mampu buat sebab gua persendirian dan kalau kumpul rakan2 PAS Reform pun, tak sampai 100. Kalau kumpul yang mampu hadir di Bukit Jalil pun maybe sekor. Tapi PAS dan PKR gua yakin mereka mampu buat. Bawa masuk banner seperti : "Batu Putih maruah Malaysia yang digadaikan." "Malaysia Baru

Greenboc dituduh menggelapkan duit.

Oleh : AdukaTaruna Gua tahu cerita ini. Tapi tiada bukti untuk gua melanggar Greenboc. Malah, Greenboc pada gua tidak mampu mengubah dasar atau polisi negara. Dan gua pernah suarakan supaya Greenboc disiasat di TKO. Hari ini, takdirnya, Moderator TKO, Wan JTK membangkitkan hal yang sama. Maka, gua menerbitkan artikel ini dengan memberi peluang kepada si penuduh dan tertuduh mempertahankan diri masing2. Tanpa bukti pada gua, ianya mengisahkan Greenboc yang menggelapkan duit kepada rakan TKO. Dan kini, Wan JTK meminta gua dan PAS refrom tidak senyapkan korupsi Greenboc. Gua akan berada di pihak orang yang berjaya membuktikan dia benar. Itu kemampuan manusia. Lebih dalam dari itu Allah nilaikan. Kita hanya ada hak menilai bukti2 fizikal dan jasad.

Hadi Awang tegak atas pemaksum yang bodoh.

Oleh : AdukaTaruna Ni TKO versi FB. Takda lock dan ban. Gua sajer jer sakat pemaksum Hadi Awang ni. Walau gua tahu mereka bukan pembolehubah direct. Cuma pembolehubah kepada tegak dan berkuasanya Hadi Awang sahaja. Tegak dan berkuasanya Hadi Awang membawa kepada jalan2 lambat mencilok sistem Islam. Sapa2 kenal Wan JTK. Dia bagus dari segi aktivis kepartian. Berbanding dengan gua. Program kemasyarakatan dia pun tip top. Cuma atas tajuk pemaksum Hadi, jer yang gua nak catit. Wan JTK mod TKO. 2005 gua bergaul dengan puak2 pemaksum makhluk ni. Cara dia berhadapan dengan hujah adalah dengan lock, ban dan serang peribadi lawan. Haha. Mari kita lihat. Ini adalah antara soalan berbangkit dari penghujahan topik utama yang tidak dapat dijawab. Tapi diserang peribadi. 10 MP PAS yang kini dilantik muktamar semuanya salah, kata Mod TKO. pemaksum Hadi. Wakaka. So, gua tanya lagi. Last sekali macam biasa. Kena serang peribadi. Kesian gua yang iras2 Aaron Aziz nih. Hua3... So, gua try aj

Orang2 kaya beruntung di alam kubur.

Oleh : AdukaTaruna 1 tokey pelacuran. Mati ketika menentang polis dalam usaha membawa masuk 16 wanita China untuk dijadikan pelacur. Tapi sebab dia kaya, di alam kubur, dia mewah. Bertambah mewah bila menjelang Ramadan. Di sana-sini surau dan masjid telah mengedarkan borang membeli pahala. Untuk diposkan secara ekspress ke alam kubur. Borang tahlil itu boleh mengepos pahala pahala sehingga 5 waris. Siapa punya duit, dia boleh beli pahala. Alangkah beruntungnya manusia yang kaya semasa di dunia. Tahun 2000, sudah terdapat syarikat yang menunaikan fardu kifayah pengurusan jenazah. Harganya sekian. Dari A to Z, syarikat inilah yang akan menguruskannya. Bagus. Tahun 2020, akan ada syarikat yang memasukkan pakej tahlil dalam perkhidmatan pengurusan jenazahnya. Kalau nak pakej tahlil sebulan sekali sekian harga. Kalau pakej tahlil setiap hari sekian harga. Pahala boleh dibeli dan diposkan. Wah.... beruntungnya orang kaya. Tahun 2025, si kaya tidak lagi mewasiatkan harta2nya kepada

Terima kasih kepada kerajaan BN.

Oleh : AdukaTaruna [1] Ini catatan label peribadi. Gua nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan BN atas apa yang lalui baru2 ini. Catitan gua. Dan gua harap seandainya kerajaan BR mengambil alih, mereka akan buat lebih baik dari ini, disamping mengurangkan perkara2 jahat kerajaan BN. Isteri gua mendapat perkhdmatan yang baik sebagai wanita Malaysia yang mengandung. Di klinik kerajaan Pengkalan Chepa. Terima kasih kepada semua. Tapi mungkin juga sebab gua ikut nasihat Topeng Perak. Yakni menulis pekerjaan suami sebagai wartawan. Gua tulis Wartawan Bebas. Kemudahan kesihatan yang gua dan warga Malaysia dapat di bawah kerajaan BN adalah sesuatu yang sangat bernilai. Walau itu sememangnya tanggungjawab golongan yang dipilih rakyat. [2] Gua memiliki sifat yang 'kurang ngam' kepada elit. Tapi ngam dengan orang biasa. Lebih ngam dengan 'kurang upaya' atau budak2. Antara rakan baik gua di sini ialah Mat Amin. Seorang OKU jenis 3 suku. Dia jarang sangat dibawa berja

Soalan langgar Hadi ada 4.

Oleh : AdukaTaruna [1] Gua mendakwa begini. Setakat pengikut regular, dengar penjelasan Hadi Awang, mereka akan angguk. Tapi tidak pada gua. Kalau standard elit bercakap, dia menipu jer gua terus berbulu. Signal pertama bulu roma gua naik. Tu dah memang sifat gua. Gua akan ambil kira kalau elitis. Gua tak cakap gua bagus atau sebaliknya, tapi gua share sifat gua. Maybe berubah di zaman hadapan, wallahualam. Kalau bukan elitis,gua tak ambil port sangat. Ada, ada. Takda, takda. Tak jadi apa. Perjumpaan blogger dgn Mat Saman Kati hari tu ada 2 blogger bergurau dengan gua. "Ni Aduka dah ada. Marila belasah." Dia ulang dok 4 kali ayat gurau tu seingat gua. Gua senyum jer la. Stakat pengundi biasa.... Tapi cuba Hadi Awang atau Anwar Ibrahim cakap macam tu. Kita tengok (bergantung kepada niat pada satu2 ketika) apa jadi. Pemimpin BN maybe gua TERPAKSA terima. Sebab BN dah tahap bubur. Gua plak kecik. Tapi kalau alternatif kepada BN, memang gua taram punya. Wallahualam.

Video Hadi Awang menipu. Allah mentakdirkan dia seorang penipu.

Oleh : AdukaTaruna Ini adalah catatan bahan sejarah untuk kegunaan di masa hadapan. Nanti boleh dirujuk kembali. Maybe untuk next projek. Allah itu menjanjikan kebenaran itu tidak boleh ditumbangkan dengan hujah. Pelan2 kayuh. Permainan untuk pengikut bodoh ada tekniknya. Permainan untuk tokoh bodoh ada tekniknya. Selebihnya Allah nilai dan tentukan. Wallahualam. Ini bukti Hadi Awang menipu dalam bentuk video. http://www.youtube.com/watch?v​=dJKJ0FR7fQQ Dengar pada minit 4:50. Hadi Awang mengatakan UG tiada pada zaman Najib. Ini takdir. Allah takdirkan Hadi Awang menipu untuk golongan yang berfikir. Setiap kejadian yang Allah izinkan tidak sia2. Bukan untuk suka2. Hadi Awang up semula idea UG selepas team Ganu menang besar muktamar dulu. Ketika itu PM adalah Najib Razak. 10 MP PAS sign menentang Hadi. EGM ditukar seminar. Soalan : Jika idea UG tidak dibantah habis2an (10 MP PAS sign, TGNA lawan, blogger lawan, EGM, etc), berlakukah UG di zaman Najib? Dan berlakuka

Perjumpaan blogger 23hb (esok).

Oleh : MSK Sumber : The Times Pada tahun 1987, berlaku perselisihan diantara Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Tengku Razaleigh merasa dianiaya kerana beliau sepatutnya menang dalam pertandingan merebut Presiden Umno menentang Mahathir. Pada kiraan awal, Tengku Razaleigh mendahului Mahathir..tetapi tiba-tiba bekalan elektrik di PWTC terputus. Dan apabila kiraan disambung semula selepas bekalan elektrik kembali pulih, Mahathir menang dengan majority 43 undi. Pada masa itu..Anwar berada dalam team Mahathir dan apabila Tengku Razaleigh menuduh Mahahthir menipu, maka Tengku Razaleigh juga menuduh Anwar bersubahat. Maka berlakulah pertembungan diantara team Tengku Razaleigh dengan Team Mahathir. Rais Yatim menjadi orang kanan Ku Li dan Anwar menjadi orang kanan Mahathir. Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan mendapat banyak sokongan…termasuk dari Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Ku Li juga mendapat sokongan Pas dan DAP. Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan kemudiannya m

1 dari soalan gua yang menyebabkan Hadi Awang 'lari' masuk rumah dan berlindung di belakang samseng.

Soalan ini gua dedahkan di TKO versi Facebook. Masih tak dapat mengakui hakikat. Benar itu pahit. benar itu tidak boleh tumbang dengan hujah. Lu label la apa sahaja pada gua, Allah yang lebih tahu. Kita adalah tawanan dalil dan takdir. UG hanya di zaman Paklah - Hadi Awang. Sedangkan Hadi Awang up semula UG ketika dia dan Nasha menang besar muktamar dulu. Ketika itu PM adalah Najib. 10 MP PAS sign bantah Hadi Awang. EGM diganti seminar. Ini bukan soal UG. Ini soal penipu. Ini adalah antara soalan yang menyebabkan Hadi lari dan berlindung dibelakang samseng Rusila bila berhadapan dengan hujah. Rujukan 1 : http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/hadi-yakin-pas-kembali-tawan-terengganu-pru-13/ Rujukan 2 : http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=168%3Acadangan-kerajaan-perpaduan-tidak-berbangkit-lagi-&catid=1%3Aberita&Itemid=106   Rujukan 3. Dari ADUN PAS Perak ke link TMI : http://idhamlim.blogspot

Catitan gua di suatu hari nanti.

Oleh : AdukaTaruna "Ini tintanya, dan ini kertasnya." Hulur seorang awek nala punya lawa. Tak berkelip mata gua. Sekali kelip rugi. "Dah tu, macamana orang sana nak tahu catitan gua?" Soal gua. "Nanti mereka akan masukkan dalam mimpi orang2 yang terpilih." "Kalau gua tak nak catit?" "Awak akan tergantung di sini." Ujarnya sambil kenyit mata. Sial.. cair gua.. [1] Masih ingat gua ketika hari itu. Gua sedar, tapi tak boleh menggerakkan apa2. Sanak saudara, kaum keluarga silih berganti menjengok muka gua. Hati gua memberontak gila babi. Nak gua tampar jer sekor2. "Weih.. weihh. Gua sedar ni sial. Gua boleh melihat. Cuma tak boleh gerak apa2. Pliz bagitau doktor. Weih! Weih! Dengar tak? Arghhhhh!!!!" Sepupu gua bercermin mata menjengok gua. Mencium gua. Gua boleh nampak kelopak mata gua tertutup. Tapi gua boleh melihat! Arghh... gila! Gila! Tarikh nafas... tenang... ah.. tarikh nafas yang tiada deria rasa. Dad

Konvoi mahasiswa jumpa Azizan. Gua maybe akan join.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Malaysia Kini Pasang niat awal jer nih. Sebab gua tak macam aktivis lain yang berkemampuan untuk bergerak menjayakan program. Ada banyak tajuk gua kena settlekan. Apa pun, macam tajuk N3 lah. Gua berharap Allah berikan keizinan untuk memberikan sokongan kepada adik2 mahasiswa dalam perjuangan mereka. pada gua, dalam perjuangan seluruh rakyat Malaysia menukar BN, perlu wujud satu perjuangan memastikan penganti BN itu sekurang2nya tidak sama banyak buruknya. Wallahualam.

Kumpulan2 dalam Islam ni saling tampung-menampung.

Oleh : AdukaTaruna Istilah ustaz sampul gua dapat dari tulisan MAZA berkenaan Dr Lo'lo. Topik Tabligh pula gua dapat dari Raff'z Ahmad. Ustaz sampul ni adalah ustaz kategori duduk masjid jer. Pung pang pung pang guna air liur. Dapat bayaran. Tapi praktikal out. Contoh Azhar Idrus. Citer bab jihad, sirah hebat. Demo BERSIH pun tak turun. BERSIH bukan atas jenama PAS kalau dia tidak berparti pun. Tanya ustaz sampul, pernah dia hadiri program amal yang memerlukan peluh macam bersihkan pantai, atau kitar semula atau sebaran dakwah bentuk risalah. Ada? Tabligh pula memisahkan komponen penting dalam perjuangan Islam. Iaitu mendapatkan kuasa politik Islam. PAS pula jemaah yang berbuat apa sahaja yang dibenarkan syura untuk mendapatkan kuasa politik Islam. Tapi gerakan dakwah tak sehebat Tabligh. Gua pernah berada dalam masjid Sri Petaling. Azan sahaja, jemaah tahap antarabangsa berpusu2 solat. Orang niaga pun tinggal untuk rebut sunnah berjemaah. Kalau solat time ceramah / pr

Minta2 2 ekor adik gua di UiTM tak dapat Anugerah Ibrahim Ali.

Oleh : AdukaTaruna Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar yang memberi sumbangan kepada Melayu? Ah.. hinanya.... Gua tak nak bercakap bab akidah kebangsaan atau Islam. Tapi nak cakap bab apa sumbangan Ibrahim Ali kepada Melayu? Gua boleh terima Anugerah Mahathir untuk Melayu walau dia India. Banyak jasa Mahathir pada Melayu walau banyak juga dosa dia pada Melayu. Gua boleh terima Anugerah Siti Hasmah. Itu kalau nak guna tokoh politiklah, walau cadangan Tuan Ibrahim lebih baik. Guna tokoh akedamik. Apa pun, jikalah UiTM meluluskan Anugerah Ibrahim Ali ni, dan ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat take over Malaysia, gua harap, Anugerah Ibrahim Ali dikekalkan. Tapi pelajar yang dicalonkan berhak menolak kalau dia nak tolak. Itu adalah sejarah. Sejarah hina dan memalukan yang perlu dihidupkan untuk sempadan dan tauladan.

Pandangan gua terhadap Tabligh.

Oleh : AdukaTaruna Tertarik dengan tulisan Raff'z Ahmad tentang Tabligh. Gua pun nak share. Pengalaman gua dengan Tabligh nih. [1] Gua kenal nama Tabligh ni masa kecik. Masa kecik gua selalu ikut abah gua ke surau. Takbir pertama dan tahayat akhir jer la. Takbir pertama gua ada, time imam baca Fatihah, gua dihasut Ayet dan Aboy Gemok Main tumbuk2, sorok2 songkok. Time tahayat akhir, gua ada balik. Tapi gua siap2 lap peluh dan cover nafas la. Sebab gua pernah kantoi dengan bapak gua dengan symptom tuh. Ketika tu la gua kenal Tabligh. Dalam setahun ada la 4-5 kali jemaah Tabligh ni lepak kat surau kampung gua. Jemaah ni selalu bagi manisan macam kurma atau kekacang pada budak2. Bila meningkat remaja, dalam sekolah menengah gitu, Tabligh menjadi satu kumpulan yang menakutkan. Sebab malas kena tazkirah. Gua catatkan satu peristiwa, ketika puluhan remaja bermain takraw, ternampak sekumpulan Tabligh berjalan kaki. Menuju ke gelanggang kami. Kemudian, perjalanan kumpulan Tab

Baju PAS Reform edisi ke 2.

Oleh : AdukaTaruna Benda alah ni semua adalah makhluk. Jenama dan sebagainya. Kalau sokong atas tajuk, beli atas tajuk dan pakai pun atas tajuk. Makhluk tidak sempurna. PAS Reform adalah satu jenama yang mengajak semua manusia beriman kepada Allah semampu dan sebaik mungkin mengikut tahap masing2. Stendet la.. turun naik, tak konsisten. Tapi apa yang penting ialah akidah. Jangan sesekali beriman atas jenama (PAS / UMNO). Jangan sesekali beriman atas tokoh makhluk (TGHA / TGNA). Jangan sesekali beriman atas kasta (Kepimpinan Ulama / Kepimpinan Profesional). Letakkan Allah melebihi ciptaanNYA. Letakkan sesuatu itu pada tempatnya. Jika wujud keperluan gulingkan ulama untuk Allah, kita gulingkannya. Jika wujud keperluan gulingkan profesional untuk Allah, kita gulingkannya. Tiada yang lebih tinggi dalam hati kita semua kecuali Allah. Ini adalah akidah. Kalau jenama PAS Reform sudah tidak relevan, dan lu berijtihad mahu memusnahkannya, silalah musnahkan mengikut lunas2 demokrasi.

Disko Kedah bukan hak Presiden PAS - MB Azizan Cengei.

Sumber : Malaysiakini. "Disko di Kedah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Disko Kedah hak kerajaan negeri," kata Menteri Besar Kedah. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan menutup disko di Kedah. Azizan mengulas tindakan pimpinan PAS Pusat yang memanggil Azizan berikutan keputusan kerajaan Kedah mahu menafikan hak bukan Islam bagi menghalang orang Islam. Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan menafikan beliau tidak datang ketika dipanggil PAS Pusat kerana takut dengan Mahfuz. "Ya.. memang benar Mahfuz meletak jawatan berikutan hal2 tender ajaib yang saya buat, tapi siapa kata saya takut dengan Mahfuz?" Ketika ditanya sama ada beliau datang atau tidak jika PAS Pusat terdiri dari barisan kepimpinan Hadi dan Nasha, Azizan menjawab. "Stakat barisan kepimpinan lembek tu, ana tak takut langsung. Ana juga ta

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan.

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. “Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. “Bagaimanapun, sekira

Harap PAS boleh gantikan 2 Dr Lo'lo' dan lahirkan 10 lagi.

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Rusila. - Hadi Awang

Sumber : Mimpi Senja ke The Malaysian Insider AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara. Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka. “Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan. “Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini. Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa

Bodoh melantun punya Azizan. Bikin senjata untuk UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Kalau dah kepala otak baka penghafal, memang memudaratkan bila dilantik di tempat yang salah. Sembang maut.. buat kerja takda fikir. Dalam kepala segala jenis kitab. Tapi tak ubah macam keldai pembawa kitab. Tiunaseng. Sebelum : MB Azizan tidak akan berundur! Selepas : Boleh buka pusat hiburan, tapi hanya untuk pelanggan bukan Islam. Kalau setakat macam tu, baik tak payah buat kelam-kabut, bekeng bangang serupa Hadi. Menonjol membabi buta. Tu la hasilnya kalau letakkan orang berdasarkan kasta. Bukan berdasarkan kaedah yang Allah gariskan. "Lain kali buat kerja ikut Islam!" Tengking Azizan pada wartawan RTM. "Lu tahu ke ikut Islam tu macamana kalau otak setakat penghafal? Fakap!" Cerita pung pang pung pang.. ustaz pewaris nabi konon. Tapi rupa2nya tak faham Islam. Kan ke elok tak payah jobo konon nak haramkan itu ini? Just umumkan akan perketatkan pemantauan kepada muslim sahaja. Dah jadi satu kerja nak cuci taik pemimpin bodoh.

Pesta makan2 di Kelantan (KELCHEFF 2011).

Oleh : AdukaTaruna Malam tadi, gua ke KELCHEFF. Pesta makan2 di Kelantan. Macam2 makanan dari seluruh dunia ada di sini. Seb baik perut gua ada 1 jer. Kalau gua ada 2-3 bonggol macam unta, seronok gak. bab duit jer tak berapa seronok.Hua3..   Budak kecik ni anak Topeng Perak. Dia berada dalam dunianya sendiri walau di tengah2 hiruk-pikuk pendemo makan. Haha..  Ni mee tarik guna tangan. Rasanya macam mee biasa kat Malaysia. Cuma takda rasa 'gas' mcm mee Malaysia. Segar gitu..  Kuah dia jer tak best. Pedas tapi tawar. Dan takda lauk. Tapi kalau setakat perut Jean Francois. Apa pun boleh. Kah3..   Lu nampak tak sekor mangkuk berbaju kuning di hujung sana? Orang nak memasak, dia pun buat sibuk. Cakap jer la nak adjust amoi Cina tuh. Tionaseng. Ni kenderaan gua. Gua nak balik sebelum pukul 12 malam. Kalau tak, benda alah ni bertukar jadi sebiji labu dan 2 ekor tikus.  Ramai giler orang bai.. Gua ingat kerajaan Kelantan bayar sorang RM200 la untuk hadir. "Cepa

Tak boleh berniaga kenduri kawin anak sendiri. Ibu nak tumbuk Anwar.

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya. Sumber : Anak Sungai Derhaka KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah." Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu. Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000. Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan

Disko Ramadan Kedah : Kalau gua jadi Azizan.

Oleh : AdukaTaruna Falsafah pertama ialah usia pemerintahan. Gua akan ambil kira usia pemerintahan. Atas apa pemerintahan itu diambil alih? Revolusi, perang atau undi? Setulen nabi, atau hanya suku dari ketulenan nabi? Berapa kekuatan media si pelaksana. Berapa level kefahaman rakyat dan sebagainya. Falsafah kedua, tiada paksaan dalam Islam terhadap bukan Islam. Hak bukan Islam untuk tidak berpuasa. Hak bukan Islam untuk berhibur. Yang diharamkan ialah muslim. Jika yang haram ialah muslim, menutup hak bukan muslim untuk menghalang muslim pada gua ialah zalim. Zalim adalah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Falsafah ketiga, dasar perlu ditegak atas agama. Islam tidak boleh mengharamkan hak bukan muslim semata2 mahu menghalang muslim dari terlibat. Kaedah yang perlu diambil. SOP yang perlu dikaji. Bukan pengharamkan acara. Jangan haramkan acara haji bagi menghalang kemasukan pengebom diri. Jangan haramkan himpunan BERSIH untuk menghalang kemasukan perusuh PER

Baju raya warna kuning.

Oleh : AdukaTaruna Pose pun belum, citer bab raya. Hua3.. Ni just cadangan2 di angin lalu jer nih. kalau masing2 pakat berbaju raya kuning satu keluarga masing2, niat kerana mahu mendapatkan jalan (demokrasi BERSIH) bagi menegakkan sistem islam di Malaysia ini, kerana Allah, apa kata lu orang? Sebab nanti kan ada macam2 Majlis Rumah Terbuka. PAS ada, gomen pun ada. Pakaila baju raya warna kuning bersama-sama keluarga masing2. Pakai kat rumah terbuka Perdana menteri di Putrajaya. Hehe.. Sumber gambar hiasan : Rembat guna google.

Projek mencari lokan.

Oleh : AdukaTaruna Minggu depan, insyallah design baru baju PAS Reform akan berada di pasaran. Yang membeli boleh pakai dengan falsafah sokong ikut tajuk. Agak2, di masa hadapan, anda dapati PAS Reform perlu dimusnahkan, maka musnahkanlah dalam rangka demokrasi BERSIH. Bersama Ambiga anda. Cewah.. N3 peribadi ni, mencatitkan pengalaman gua mencari lokan. Habes gua hasut bini gua sekali. Jika dizinkan (mudah2an amin) anak gua bleh tengok dia dari dalam perut lagi dah join BERSIH, dah terjun paya nipah. Kengkonon silibus pembelajaran awal para nabi la nih. Ngee... Nabi2 kan masa kecil dalam perut lagi dah macam2 ujian. Mula2 gua masuk dulu. Servey keadaan paya nipah yang terletak di Tumpat nih. Agak2 ianya selamat pada tafsiran gua, gua patah semula. Jauh gak bai. Lebih kurang 1 km. Sensorang plak tu. Yakinkan bini gua dan harung menuju ke rakan2. Bawa 2 bekas. 1 utk handphone untuk perhubungan. 1 untuk bekas lokan. Puak2 ni, memang terer habes. Nisbah jumpa gua ingat gua = 1, r

Isu ramadan di Kedah.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Dari Cenangau ke Sanusi Md Nor Kalau non muslim Kelantan, gua ingat diorang lagi faham agama dari Melayu bukan Kelantan. Masa gua hantar bini scan baby, di klinik milik non muslim, Doc tu tak benarkan gua ambil gambar. Aurat katanya. Ini cakap2 orang yang tidak tahu keadaan sebenar di Kedah; untuk bab2 bukan Islam. Pada gua, lebih elok kalau Azizan mengeluarkan amaran kepada muslim bahawa keseluruh pusat hiburan akan dipantau dengan hebat dari kehadiran muslim sepanjang Ramadan ini. Bulan2 lain pun akan dipantau juga, tetapi untuk bulan Ramadan lebih2 lagi lah. Apa pun, kalau Azizan dan PAS Kedah berasakan mempunyai space dari segi masa dan media secukupnya bagi menyerap hentakan, kekeliruan, etc; gua sokong sangat2 la. Mudah2an PAS Kedah dapat membudayakan non muslim Kedah seperti non muslim Kelantan. Yang lain ada pandangan? Wallahualam.

BERSIH : Perjuangan rakyat Malaysia di Britain.

Kenderaan Polis Britain menghalang pandangan Najib dari melihat demonstrasi. Fobia dengan warna kuning yang diharamkan olehnya di Malaysia baru-baru ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikhabarkan terpaksa meminta bantuan pihak Polis Britain bagi menghalang Najib dan rombongannya dari terlihat warna tersebut yang dipamirkan oleh rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di London. Turut bersama delegasi Anak Najib dan Adik Najib (CEO CIMB) Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu. Delegasi Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan rombongan Keluarga Najib itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames dengan mendapat sambutan meriah dari rakyat Malaysia di London.. meriah dengan kuning laa.. Bagaimanapun, menurut seorang rakya