Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Pos Ekspress jamin hantar baju BERSIH dengan selamat.

Kuala Lumpur, 1 Julai - Pos Malaysia jamin akan menghantar baju BERSIH kepada peserta dengan selamat dan tepat walaupun menerima tekanan politik jakun dari kerajaan BN. - ABF Baju BERSIH gua berjaya menembusi GLC, sekolah2 dan Pejabat Perdana menteri. Terima kasih Pos Malaysia.

Amaran : Jangan tengok bidio ini sampai habis.

BERSIH : Panduan hujah untuk panel secara live.

Oleh : AdukaTaruna Gua keluarkan panduan hujah untuk lu orang untuk sesama rakan2 kedai kopi; atau mana2 pimpinan yang terpaksa berhujah apatah lagi dalam satu2 rancangan TV secara live. Live atau rakaman adalah pembolehubah. Rakaman adalah perangkap. Live adalah peluang. Kerja bodoh Tantawi bersetuju ditemuramah Utuseks juga adalah di bawah pembolehubah rakaman. Teknik penting panel debat / talk show secara LIVE. Jika anda adalah seorang panel debat atau talk show, live; seandainya anda rasa hujah lawan memerlukan masa, sedangkan masa anda untuk bercakap adalah pendek; anda harus selalu memulakan hujah dengan atau seumpama ini : "Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini : Bla bla bla.." Jadi, anda menggantung jawapan anda kepada audien hutan akan satu lagi 'rujukan' lain yang lebih sempurna. Memang tid

Ahli PAS selamatkan penyokong PSM yang dikepung.

Oleh : Susan Loone Malaysiakini. Kira-kura 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu. Penyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis. Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain. Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu. Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mah

Siapa boleh terjemah benda alah ni?

Unggun Bersih Oleh : Samad Said Semakin lara kita didera bara— kita laungkan juga pesan merdeka: Demokrasi sebenderang mentari sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita—demokrasi luka; lama duka kita—demokrasi lara. Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu Sam Adams berseru: (di Boston dijirus teh ke laut biru): Tak diperlu gempita sorak yang gebu, diperlu hanya unggun api yang syahdu. Kini menyalalah unggun sakti itu; kini merebaklah nyala unggun itu. 24—25, 6.11. A. SAMAD SAID Gua : Gua jenis keras, lurus dan terjah. Liok2, lintuk2 ni, gua tak berapa reti. Sapa2 boleh terjemah, gua akan turun BERSIH dengan berbogel.

Apa itu komunis, Pakcik Hutan?

Oleh : AdukaTaruna Berikut adalah beberapa tinjauan gua secara telepati dengan pengundi hutan Malaysia. Apa itu komunis? Pak Mat Kambing, Felda Jengka 8 : Komunis itu perompak. Kerja dia rompak bank. Makcik Bedah, Kg Solok : Komunis tu Cina yang ada senapang. Andak Tiger, Kg Kubang Gatal : Komunis tu kerja dia tembak orang baik. Tembak askar kita. Ustaz Karim, Felcra Pasoh 3 : Haram. Sesat. Diorang tak semayang. Tipah Janda, Kg Susup Petai : Komunis tu permulaan kencing manis. Bahaya tu. Seman Nelang, Rhu Rendang : Komunis tu bintang 3. Apa bodoh sangat mung ning Aduka?

Dalam ratus ribu BERSIH 9 Julai ni, hanya kelompok ini yang bukan hutan.

Oleh : AdukaTaruna Yang pakai baju ini sahaja terbukti kelompok pengundi media baru. Yang lain maybe ya, maybe pengundi media cetak parti masing2 atau pengundi media ceramah. Jadi, kalau dalam kumpulan beratus ribu peserta BERSIH nanti, anda terjumpa orang berbaju ini, mereka adalah dari kelompok anda. Hanya tahu akan tahu baju BERSIH jenis ini. Amacam? Ok tak stail iklan gua. Hahaha.. Last cetakan minggu ni. Order sama gua by pos. Lepas ni dah tak keluar lagi. Gua dah bekerjasama dengan PDRM supaya merampas baju BERSIH jenis lain. Baju gua tak kena rampas. Setiap baju gua akan bagi komisyen ke PDRM. Hua3... Cara2 order. 1. Email gua or msg gua kat FB tanya saiz lu nak tu ada stok ke takda. 2. Bank in ke Maybank No 155014038030, atas nama Khairul Nizam Abd Ghani. Dont worry gua ada identiti. Gua bukan blogger2 Hadi Awang. SB pun tahu identiti gua. No akaun ni pun ada kes mahkamah. Dituduh hina Sultan Johor dengan word mampos, mampos dan pergi mampos. 3. Email gua b

Pemuda berbaju BERSIH dihalau dari bersolat di masjid.

Sumber : S epanggar Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.   Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraik

Perkasa perkara kecil - Mat Sabu.

“Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... - Mat Sabu. Ayah la.. abang long la... paling jauh pun gedebe dalam disko Cina. Mat Sabu punya tahap Hizbullah, Iran Timur Tengah tu ha. Langit dengan bumi untuk golongan berfikir.

BERSIH : Teknik rahsia PDRM dan cara penyelesaian.

Oleh : AdukaTaruna Teknik 1. Hapuskan imej keperluan. Imej keperluan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. 800 report polis. Perbahasan mengenai keburukan. Ancaman melakukan huru-hara. Sabotaj. Tinjauan pendapat. Media dan pelbagai cara bagi menghapuskan imej keperluan Bersih. Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan. Teknik 2. Hapuskan leader. Leader demo akan ditahan sebelum 9 Julai. Mat Sabu, Dr Hatta antara leader wajib ditahan. Gua bagi istilah leader level 1. Motifnya ialah bagi membuatkan puluh ribu peserta menjadi anak ayam kehilangan ibu. Cara penyelesaian : 1. Leader level 1 harus mengelak dari ditahan sebelum 9hb. Lepas 9 hb nak kena tangkap di lampu isyarat pun takpe. Leader level 1 harus memasuki KL lebih awal. 2. Ada ratus leader dari pemuda PAS, PKR yang tidak menonjol, tetapi masih bertaraf public figure. Taraf public fugure penting bagi mendapatkan kepatuhan

BERSIH : Konsep gua ke 'Walk for democracy."

Oleh : AdukaTaruna Lepas zuhur tadi, gua ke KB Mall. Memakai baju BERSIH 2.0. Banyak gambar yang diambil, tp ntah macamana bini gua buat kelakar, hanya 1 jer save dalam komputer. Yang lain 'ditangkap polis'. Ghaib. Ketika gua bersiar2 di KB Mall, beberapa rakan call. Malah sepupu gua pun call. Untuk memastikan bukan gua yang ditahan. "Gua kat KB laa... bukan kat Selangor or KL.." "Tapi nama dia Khairul.. muka serupa lu gak.." "Muka gua kan mcm Aaron Aziz." "Cibai lu.."  Aaron Aziz versi KIMMA dan isteri gua. Insyaallah. Jika Allah izinkan gua dan isteri hadir nanti, ini konsep gua, isteri dan anak gua yang dalam perut tu hadir. Konsep sukan. Walk for democracy. Dalam ratus ribu yang bakal hadir, dalam puluh ribu pada satu2 port (Sogo, Masjid Kg Baru dan DBKL Dataran Merdeka); hanya beberapa kerat yang memakai baju BERSIH jenis ini. Gua jamin, lu akan dapat layanan istimewa dari PDRM punya. Yang kena tangkap, pasti baju

BERSIH : Dr Zul vs 3 'UMNO' di TV1..

Oleh : AdukaTaruna Ada beberapa perkara menarik yang berlaku.. 1. Kemampuan Dr Zul melawan 3. Mujur Dr Zul. Kalau Hadi Awang yang diletakkan, mampos... 2. Walau moderator boleh dilabel UMNO, tp berkepala otak pikap. Nampaknya gua suka moderator golongan muda dari moderator old school. 3. Si besar ex-PKR tu berhujah tahap nobody macam penyokong. Seperti maksud yang sepatutnya diberikan kepada PAS, etc. Ada ke demo PKR-Anwar 1998 nak disamakan dengan demo yang dikatkan niatnya kerana Allah. 4. Riduan Tee dan moderator lebih kepada hujah berkualiti. Mudarat besar, mudarat kecil.. pendekatan dan sebagainya..

Wahai Tantawi, gua meluat orang hipokrit. 10 kali meluat ustaz hipokrit.

Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia. NONEKetua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu.

Tunjukkan bukti gua jual baju kuning, Incik Polis!

Oleh : AdukaTaruna "Mana ada? Mana ada? Gua jual baju Merah Jambu ma..." "Tak.. kami mendapat laporan.." "Weih.. Incik Polis... stakat laporan dari Azmir Azhari, jangan percaya la..." "Mohon bagi kerjasama.. saya terpaksa geledah kereta awak.." "Takda hal.. memang takda baju kuning.. silakan geledah.. tapi jangan pijak lantai kete gua.. Simen jer tu bai.." "Ha! Ha! Ni apa? Ni Apa?" "Rabun kaler ke apa? Tu kan baju hitam."

Idealogi AdukaTaruna

Dengan ini, sahaja gua berusaha menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini kerana Lu, Ya Allah. Dan gua bersaksi, bahawasanya, apa sahaja program lain gua yang jatuh pada selepas Zuhur 9 Julai itu boleh membatalkan tujuan hidup gua ke dunia ini, Ya Allah. Mudahkanlah segala2nya pada gua dan isteri yang lemah, muslimin dan muslimat. Amin.

Hotel dan rumah tumpangan Kuala Lumpur habis ditempah.

Kuala Lumpur, 23 Jun : Pusat bandar Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan pelbagai pihak mulai awal Julai, dengan lebih 80 peratus hotel dan rumah tumpangan di sini habis ditempah menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, "Walk for democracy" pada 9 Julai ini. Kebanyakan penyokong parti politik dan media membuat tempahan sejak minggu lalu bagi mengelak kenaikan harga selain bimbang kekurangan tempat. Beberapa pengusaha hotel termasuk hotel bajet dan rumah tumpangan yang dihubungi turut mengesahkan harga bilik dinaikkan berbanding harga biasa berikutan tempahan yang semakin meningkat. Seorang pegawai kanan Hotel Seri Intan berkata, tempahan bilik hotel itu yang terletak di pusat bandar dibuat sejak Isnin lalu. Beliau berkata, ada pihak termasuk petugas media antarabangsa dan beberapa ahli politik yang sudah membuat bayaran pendahuluan serta memaklumkan sanggup membayar lebih tinggi bagi memastikan mendapat bilik. Difahamkan petugas media antarabangsa itu gagal mendapat tempat di

Tahniah Pemuda PAS Wialayah Persekutuan.

HAYATI SEBELUM KE JALAN RAYA PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO BERSIH 2.0 - harakah daily Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah : Tempat Pertama - RM 500 Tempat Kedua - RM 200 Tempat Ketiga - RM 100 Kriteria Video Yang Dikehendaki : 1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit 2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor 3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih 4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011 5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu: -Bersihkan senarai undi -Mereformasikan undi pos -Gunakan dakwat kekal -Akses media bebas & adil -Masa berkempen minima 21 hari -Kukuhkan institusi

Mari bersama doakan hujan lebat pada 9 Julai 2011.

Oleh : AdukaTaruna Teringat gua ketika menghadiri BERSIH 2007. Dengan uma dan rakan2 rumahnya. Air kimia dan gas pemedih mata larut dalam air hujan yang lebat. Time tu macam rahmat. Berpesta masing2 macam dapat ilmu kebal. Sebelah mata pun tak pandang dengan tembakan2 dari FRU. Tapi bila hujan berhenti, masing2 kembali penakut seperti biasa la. Haha. Nak cerita tentang tembakan air kimia dari lori FRU, selalunya sebelum tembak, pengarah projek tembak akan sound dari atas lori tu. Guna pembesar suara. Pastu kalau degil macam Abu Nawas, lori tu akan keluarkan siren. Tu detik2 tembakan la tu. Pepandaila lu bukak langkah. Kalau kena pedih bang. Tapi 2-3 minit jer la untuk kulit jenis gua. Kalau kulit jenis Nora Danish, mau terkopek tuh agaknya. So, penutup N3 ni, harap, marilah sama2 doakan hujan lebat gile pada 9 Julai. Kalau boleh hujan lebat berpetir bermula pada malam 9 Julai. Supaya roadblock kensel. Pastu reda sekejap. Pastu hujan lebat lagi lepas Zuhur pada 9 Julai. Pergh... b

Mari lihat wajah pejuang Islam PERKASA berjihad melawan rakyat BERSIH.

Wajah2 keimanan yang jelas dalam setiap tentera jihad PERKASA. Hanya untuk golongan berfikir.

TPJ3 PAS Melaka minta jangan pakai seluar dalam join BERSIH?

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Sofi Wahab Asal usul cadangan ni dari pengkomen MalaysiaKini. Tak kisahlah. Tapi bila diup oleh Sofi, maka gua ambil kisah. Sebab Sofi bukan orang biasa. Sofi ni adalah YDP Bukit Katil, Melaka. Dan Timbalan PJ 3 Melaka. JANGAN PAKAI SELUAR DALAM (Sebagai persediaan sekiranya anda ditahan di lokap polis nanti apabila mereka mengarahkan anda menanggalkan seluar sudah pasti mereka tidak mahu melihat anda berbogel). Mungkin Sofi takda pengalaman. Tapi gua rasa maklumat ni, tak perlu pengalaman. Boleh fikir sendiri. Setidak2nya boleh tanya sesiapa. Hasbullahpit dari Melaka pun dekat dengan dia rasanya. Hasbullahpit pernah masuk lokap. Seluar dalam dan lokap. Masalahnya, dari alasan kepada jangan pakai seluar dalam ialah polis tidak mahu lihat bogel. Ini alasan yang tidak perlu pengalaman. Hanya perlu fikir. Polis lokap adalah polis tahap bodoh sombong seperti yang disampaikan oleh polis Bukit Aman kepada gua. Dia tak peduli lu nak bogel atau lu nak

Highway Utara-Selatan.

Oleh : AdukaTaruna Memandangkan maklumat bocor PDRM telah mengedarkan muka2 blogger wanted di setiap roadblock, gua memutuskan akan guna Grik sebelum lebuhraya Utara-Selatan. Harap2 takda roadblock di lebuhraya. Kalau berjaya matlamat APCO menghalang blogger2 wanted dari membuat liputan yang bakal mempengaruhi undi golongan muda yang kini hampir kesemuanya pengguna internet, gua harap pelapis2 dapat teruskan tugas. Paling penting ialah fokuskan kehadiran peserta bukan Melayu melalui video dan gambar. Ini penting bagi membunuh beberapa tuduhan APCO. Mana yang tidak dapat hadir, pakai baju Bersih di tempat masing2, di program masing. Paling cantet gantung riben kuning kat areal kereta anda.

CITA-CITA YANG DIHARAMKAN

Setiap orang mempunyai cita-cita. Persoalan tentang cita-cita anda samada tercapai atau tidak bukan satu perdebatan utama. Perkara pokoknya, terdapat satu cita-cita yang tidak boleh anda cita-citakan di Negara yang tercinta ini iaitu bercita-cita ingin menjadi seorang Perdana Menteri. Jawatan itu hanyalah sebuah impian kosong atau sebuah angan-angan dalam kotak pemikiran seseorang yang waras, orang yang siuman tidak akan bercita-cita sebegitu. Mengikut Perlembagaan Negara kita , Perdana Menteri adalah ketua pemerintahan Negara. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen akan dilantik ke jawatan tersebut. Ini bererti jika anda pada hari ini adalah seorang Ketua Pembangkang di Parlimen dan pada suatu hari nanti anda ditakdirkan memenangi Pilihanraya, maka anda sepatutnya akan dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi jangan berharap kerana anda tetap tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerana sudah ada

Meluatnya gua dengan Anwar Ibrahim.

Oleh : AdukaTaruna [1] N3 ni nak share perasaan meluat gua dengan Anwar Ibrahim dalam tajuk terbaru. Tapi dia punya mukadimah panjang sket la. Tadi, gua pergi scan baby. Di Klinik Goh. Dekat stesen teksi Kota Bharu. kandungan sudah 5 bulan. Harap2, bolehlah lihat jantina. Jadi, mudahlah gua merancang keperluan. Insyaallah. Bila masuk bilik scan, Dr suruh minum air sejuk dulu sampai kembung. Gua keluar, dan cari air mineral. Depan Klinik Goh, ada Restoran Razak. Jenis KIMMA. Gua beli air mineral Sokmo kecil. RM1. Bini gua minum. Tak cukup. Gua lintas jalan semula. Lalu depan orang baca Sinar Harian. Muka depan ada tulis tajuk : Anwar sedia batal BERSIH. Gua faham la type Anwar ni. Tapi ada tajuk yang mewajarkan gua berbulu. Nanti gua cerita. Gua simpan niat berbulu tu, dan simpan niat akan beli Sinar Harian lepas settle urusan scan baby nih. Sampai kedai KIMMA Razak, gua ambil mineral Sokmo jenis sama, dan ke kuanter untuk bayar. Gua hulur duit RM1. "RM 1.20, abang.&

Pelancaran Lifeline4Gaza : Pidato Mat Sabu dibatal

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN. Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui. Malah, nama Mohamad dan Khairy di Backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup. Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengu

Khairy dan Hadi Awang adalah sama.

Oleh : AdukaTaruna Khairy pada gua sama spesis dgn Hadi Awang dan manusia2 lain. Tatkala diambang kuasa, dia akan berkata A. Tatkala tersepit dia akan berkata B. Sadam Husin ketika menjadi  Presiden Iraq termuda melalui CIA, meniupkan semangat Arab dan Saddamisme. "bir roh bir dam. nahdi kayya Saddam."  Dengan jiwa, dengan darah, kami pertahankan Saddam. Ini adalah slogan atau doktrin tentera Iraq. Tatkala tersepit, Saddam menyeru semangat Islam dan anti Israel pula. Gua turun sebagai jalan mendapatkan demokrasi adil. Demokrasi adalah senjata rakyat. Senjata adalah membantu kepada cita-cita asas dan cita-cita sisipan. Mungkin ketika 45, gua boleh melanggar Kasta Dewa di bangunannya, sama seperti Kasta Ulama di bangunan Rusila ketika gua 29. Itu antara cita-cita sisipan gua. Wallahualam.

PERKASA mengarahkan ahlinya berbaju kuning menyertai BERSIH 2.0 seperti Pemuda UMNO.

Oleh : Agensi Berita Fakap Musyidul Am PERKASA yang baru mengarahkan kesemua ahlinya bergabung dengan Kumpulan BERSIH dan turut memakai baju kuning BERSIH bagi mendapatkan pilihanraya yang adil di negara kita ini.

Ketua Pemuda PAS, Tantawi kecam TGNA boikot Utusan Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna. Ini gambar Mursyidul Am PAS. TGNA dalam kempen boikot Utusan Malaysia. Sementara itu, Tantawi, Ketua Pemuda PAS telah mengecam TGNA memboikot Utusan Malaysia. Bukankah golongan yang berfikir itu sedikit dalam satu-satu habibat termasuk PAS?

Belajar dari Mesir : Cara mengatasi gas pemedih mata.

Oleh : AdukaTaruna Walau gua Aaron Aziz, tapi minta tolongla translatekan BI ni untuk kefahaman Melayu lain. Tq. Ilmu yang diperolehi dari Dataran Tahrir untuk dikongsi bersama. Although protestors in Egypt have bigger things to worry about now, like kidnappings and live ammunition, here are some tips on how to effectively deal with tear gas, and to NOT let it stop you from peacefully demonstrating. The best defense against tear gas is a gas mask, but if you don’t have a mask there are still steps you can take to minimize damage from tear gas. Below are tips on what you need to do to practically eliminate the threat of tear gas.  Things like not panicing and such are important, however your biggest allies are towels, water & air tight goggles. It is a known fact that air tight goggles are not a commodity easily accessible in Egypt, so here is what you should do: 1. Wet/soaked towels around your nose and mouth, add lemon juice, cider vinegar or soda-pop to your h

Aaron Aziz mohon bantuan orang Kertih.

Oleh : Aaron Aziz iras2 AdukaTaruna Siapa duk area Kertih, dan boleh membantu gua dapatkan bilik sewa; atau rumah sewa (kategori rumah sewa seperti sudah disewa oleh sekumpulan dan masih boleh menerima orang baru); atau rumah keluarga yang bersedia menyewakan bilik; dapatlah kiranya menghubungi gua. Adik gua dijadualkan menjalani praktikal di Kertih bulan 9 ni. Memandangkan gua bertanggungjawab terhadap adik gua, dapatlah kiranya ada yang sudi membantu gua. Terima kasih boh!

Gua nyaris2 terlibat dalam pergaduhan berhampiran Balai Bomba Pengkalan Chepa.

Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi. Ni kejadian gile. Gua letak dalam label peribadi. Gua kerja sendiri. Petang sampai 12 malam gua jadi Pak Guard. Tadi, lepas lapor diri, gua keluar kejap. G beli makan. Kat medan selera. Medan selera tu berhampiran dengan kediaman siswi Kolej Mara dan Balai Bomba Pengkalan Chepa. Sampai medan selera tu, gua cari la kedai mana yang tertarik di hati. Tengah jalan tu, gua selisih dengan 1 group studen pompan kolej Mara nih. Time selisih tu, tiba2 diorang menjerit ramai2 sambil tunjuk gua. Tionaseng. Gua pandang bdk2 pompan ni atas bawah sambil teruskan usha menu. Tapi, terjerit2 lagi. Ada yang tepuk2 pipi. Ni apa kes plak ni? Zup... gua dah kena keliling dengan brother2 Klate kat situ. Ah.. sudah... "Gapo?" Brother misai tu sound gua. "Mana gua tahu be.. gua nak beli nasi." Gua jawab acuh tak acuh sambil blah. Tapi ditahan rakannya. "Relek be... body contact kalau boleh, jangan. Gua tak tahu gapo pun. Mu g tany

Gua tak rasa Komik Utusan hina Islam.

Oleh : AdukaTaruna Ni just gua share idealogi gua jer. Ske hati la lu nak ikut tajuk mana. Adalah lebih baik lu rujuk pada yang lain juga. Ini adalah komik Utusan Malayseks. Terdapat 2 pembolehubah di mana pelukis kartun itu tidak tahu, dan penuduh pelukis kartun itu telah menghina Islam sendiri tidak tahu. Rogol Zina Dan ini pula adalah ayat Allah mengenai zina : [1] ''Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka pada diri mereka sendiri. Dan (mengapa tidak) berkata:''Ini adalah satu bohong yang nyata''. Mengapa mereka yang menuduh itu tidak mendatangkan 4 orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana tidak mendatangkan saksi saksi maka mereka itulah pada Allah orang orang yang dusta '' [2] ''Dan orang orang yang menuduh wanita wanita baik, mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh) 80X sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian

Hot! : Blogger2 UMNO berbulu bila UMNO panik dengan BERSIH 2.0.

Sumber : Parpu Kari Salam, Oghang kampung ese langsung tak tau ni pasal BERSIH ni. Totibo yo plak, UMNO, PERKASA, UTUSAN, TV, NGO dan ghamai laie yang moghi publisiti pocumo kek perhimpunan 9 Julai ni. Ese tulih kek MB ese mintak PM stop sumo publisiti pocumo tu sobab eaa Mat Sabu dan Anuwar sonyum yo molihat publisiti yg di buek ea dek puak2 yg takut ni. Kalu dio buek yo.. TANGKAP.. abih cito. MB ese jawab sonang yo, kalau dio ado kuaso lamo dah oghang2 yg buek kacau ni ko dalam. hehehe. Jokiden. Sumber : RBF Online Saya minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati atau tidak setuju dengan apa yang saya kata ini. Saya tak mampu nak bisik dari telinga ke telinga. Tiada pilihan lain, saya terpaksa menulis secara terbuka supaya ianya tersebar luas. Ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju. Mula-mula laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Umno ni biasalah, kalau satu buat laporan polis, maka yang lain pun akan berduyun-duyun ikut buat la

PDRM keluarkan baju perjalanan ke BERSIH 2.0

Oleh : Agensi Berita Fakap PDRM hari ini mengeluarkan baju rasmi perjalanan peserta yang ingin menghadiri BERSIH 2.0; Walk For Democracy 9 Julai ini. Dalam satu kenyataannya kepada Agensi Berita Fakap, PDRM hanya akan menangkap mana-mana orang ramai yang TIDAK memakai baju perjalanan ini. Ketua Polis Solok Tonggeh, Polis bagi Melayu Hutan dan Felda; memberitahu baju ini boleh didapati dari blogger AdukaTaruna dengan harga RM15 termasuk kos penghantaran.

RM30 juta bakal diniagakan : PDRM jamin kelancaran BERSIH 2.0.

Oleh : AdukaTaruna Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia. Anggaran 300k peserta seluruh negara akan berkumpul di ibu negara. Jika seorang membelanjakan RM100, secara kasarnya RM30 juta bakal diniagakan dalam negara pada hari tersebut. Terima kasih kepada PDRM kerana tidak mengamalkan double standard. PDRM adalah pelindung kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.