Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan ! KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit. Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu. Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan saha