Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Mar 30, 2011

Anak perempuan Mahathir pula minum arak.

Oleh : AdukaTaruna

Lepas terbukti Mirzan Mahathir dalam saham syarikat arak, kemudian blogger upahan keluarga Mahathir, Parpu Kari minum arak, kini anak perempuan Mahathir pula ditakdirkan Allah.

Sumber : Manjung Mari.

Mar 29, 2011

Pemilihan PAS : Siapakah musuh Utusan dan siapakah pejuang Utusan.

Oleh : AdukaTaruna

Gua tertarik dengan pandangan zargus. Ianya tepat pada formula yang diperkenalkan Ostad Fadhil Nor. Nak tengok siapa kita, tengok kedudukan kita pada musuh. Melainkan media UMNO tiba-tiba terbalik pula berbanding pemilihan lepas, bila baca N3 nih.

Menjelang pemilihan PAS Jun ini, gua ramal :

1. Mat Sabu akan menjadi musuh harbi Utusan Malaysia, akhbar perdana, TV dan radio, termasuk seluruh blogger UMNO.

2. Hadi dan Nash akan menjadi pejuang suci Utusan Malaysia, akhbar perdana, TV dan radio, termasuk seluruh blogger UMNO.

Ijtihad / strategi bodoh Hadi diambil kesempatan APCO untuk merelevan doktrin Ketuanan Melayu. PAS berpusing dan hampir berpecah. Hadi ulangi idea UG selepas menang besar pemilihan lalu. Ketika itu Najib sudah menjadi PM. 10 MP PAS sign tolak UG. Hadi lari ke London dan menipu UG hanya di zaman Paklah.

Songkok Putih, Batu Api dan penegak Hadi ingat gua berperang dengan mereka. Sedangkan mereka bukan pembolehubah, tetapi alat. Orang bodoh hanya akan mengikut ketetapan yang sudah berlaku. Sama ada Hadi tegak atau tumbang, mereka akan membiasakan diri dengan sistem yang terjadi. Sama ada US atau Russia yang mengorder dunia, orang bodoh akan menyesuaikan diri. Sama ada Besut itu milik Kelantan atau Terengganu, orang bodoh tetap hidup dengan apa yang ada.


4 penipuan Hadi. Gua ke Rusila bagi menegakkan maruah intelek anak muda. Gua mahu Hadi ulang-tipu semula depan gua. Tunjukkan kejantanan lu as Presiden PAS. Sila ulang-tipu depan AdukaTaruna. Kronolgi bertarikh dalam kepala otak gua. Hadi berjalan laju mencapai payung menuju ke rumah ketika gua terkial2 set kamera HP. Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi mendedahkan diri kepada amanah. 3 kekalahan dengan kemerosotan. 3 PRK kawasan Melayu Allah takdirkan untuk PAS, berturutan dengan peristiwa aib Masjid Rusila.

Pemilihan PAS : Siapakah musuh oleh Utusan dan siapakah pejuang oleh Utusan?

Gambar blogger UMNO dan arak.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Topeng Perak

Dalam hal2 yang melibatkan hujah dan idea, Allah suruh kita lihat APA. Bukan SIAPA. Dalam hal2 yang melibatkan kesaksian, Allah suruh kita melihat SIAPA, bukan APA. Hal2 kesaksian ini termasuklah riwayat hadis, penyampai berita, saksi, etc. Tidak boleh fasik, kata Allah. Pergh.. ini macam intro dah boleh bertanding calon Dewan Ulama dah gua nih.

Terbaru, ditakdirkan Allah, tertangkapnya bukti (gambar) seorang UMNO yang berada dalam dunia KESAKSIAN. Jika kita ikut Islam, maka, kesaksian orang itu tidak boleh lagi diambil kira. Ada yang menuduh gambar itu superimpose. Tapi, gua lebih percaya Topeng Perak dalam bidang gambar2 ni. Dia ahli dalam gambar. Dan integriti dia dalam mendakwa masih belum tercalar.

UMNO dan akhlak.

Gua pun bukannya hebat sangat dalam akhlak kalau berbanding dengan ahli PAS secara majoriti. Tapi gua mendakwa, akhlak gua lebih baik berbanding ahli dan pemimpin UMNO secara majoriti. Dan faham bahawasanya, seandainya Allah menguji gua as pemimpin, belum pasti gua berjaya mengekalkan akhlak gua yang bertaraf lebih baik dari UMNO ini.

Gua nak story lu satu pengalaman gua berada dalam dunia UMNO. Ketika gua tumpang berniaga di premis perniagaan milik kroni Isa Samad. Orang2 Isa Samad, kebanyakannya adalah peminum arak, malah penghisap ganja. Salah seorangnya berstatus Ketua Pemuda satu cawangan taman perumahan yang berdekatan dengan premis itu. Ironinya, Ketua Pemuda UMNO Cawangan yang peminum arak itu berbaka yang sama dengan blogger UMNO yang didedahkan ini.

Ini gua saksikan dengan mata kepala gua. Cuma perbuatan mereka itu di belakang Isa Samad lah. Isa Samad pula gua pernah saksikan meluru masuk pejabat (atas premis perniagaan) untuk kejar waktu Magrib yang nak habis. Time tu gua tengah format komputer pejabat UMNO tersebut. Tiba-tiba dia meluru masuk dan sound gua.

"Ekau ado nampak sejadah tak, jang?"

Akhlak pemimpin UMNO yang tertangkap dalam sejarah.

Ada banyak yang tersembunyi. Tetapi tetap tidak terlepas di akhirat kelak. Dan manusia-manusia yang mengundi pemimpin jahat, pasti akan bertanggungjawab terhadap selama mana kekuasaan pemimpin jahat tersebut. Sebanyak mana jenayah dan maksiat yang dilakukan mereka.

Mari kita tengok dalam tajuk bunuh dahulu. Belum masuk tajuk seks lagi.

Sejarah pembunuhan dan kesiksaan yang dikaitkan dengan BN-UMNO.

1. Satu kampung muslim di Memali, Kedah dibunuh.

2. Datuk UMNO Taha Gemencheh, N9.

3. Samad Gul Kelantan.

4. Padang Terap oleh Najib Razak.

5. Mona Fendi.

6. Datuk Norjan. Wanita UMNO mati ketika berzina di Hotel Sabah.

7. Norita.

8. Timbalan Pengerusi MIC Johor mati ditembak.

9. Ketua Pemuda MIC Hulu Langat ditembak.

10. Adun Lunas dari MIC, Dr. Xavier Fernandez mati ditembak.

11. 2 penjenayah anak kepada seorang pengerusi MIC cawangan di Taiping, mati ditembak.

12. Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh ditemui mati bersama-sama Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat.

13. Altantuya.

14. Teoh Beng Hock.

15. Rangka yang ditemui di Bangunan Umno Bahagian Kuala Terengganu, 6 Februari 2005, disahkan sebagai remaja perempuan yang dicekik secara kejam sebelum disumbat dalam almari di bangunan itu.

16. Bekas Ketua Umno cawangan Felda Mengkawang, Asimah Abdul Rahman, 51, mati dibunuh dengan kejam di rumahya di Felda Mengkawang.

17. Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji.


18. Rusuhan kaum 13 Mei 1969

19. Rampas, pukul dan kurung oleh UMNO Rusila. 8 Januari 2011 jam 2:20 petang

Klik sini untuk gambar penuh 4 blogger UMNO minum arak. Pilihlah parti politik yang paling kurang buruknya berbanding sekumpulan buruk yang ada. Wallahualam.

Mar 28, 2011

Cerita Mazda 323 gua..

Oleh : AdukaTaruna

Tergerak plak hati gua story sama lu orang pasal kete gua. Tu pun pasal Restless ungkit kat FB. Kereta gua tahun 81, dia punya lantai teruk bai. Nyaris2 jadi kete Flinstone dah. Boleh kayuh kaki. Tak caya tanya Topeng Perak. Hua3..

Gua ada tanya kos repair lantai. RM600 tu bai. Gaji gua sebagai cybertrooper UMNO, 5K sebulan plak kena mansuh. Sebab kutuk Rosmah sokmo. Last2.. gua eksperimen kete gua. Setelah jadi, gua share kat lu orang yang ada masalah macam gua gak.

Cara2 repair lantai kereta.

1. Mula2 beli zink dan jaring besi kat kedai hardware.

2. Pastu ukur dan tampal dari bawah lantai.

3. Lekat guna rebet (camni kot ejanya). Kena drill lubang dulu la ikut saiz ubat ribet tuh. Ribet sekadar lekatkan zink sahaja dulu (2 ribet atau lebih).

4. Pastu, ukur jaring besi dan tampal bahagian atas lantai.

5. Ribet sekali dengan zink, dengan lantai, dengan jaring.

6. Bancuh simen rumah. Cair punya. Bukan sikit, tapi cair macam coklat cair.

7. Curah atas lantai dan ratakan.

8. Cat bawah lantai dengan cat jenis tar.

9. Pasang semula karpet, getak alas dan sebagainya.

10. Tada... siap. Kos tak sampai RM100 untuk 4 lantai yang rosak.

Beginilah. Kalau dah tamak sangat PKR ni.

Oleh : AdukaTaruna

Gua faham, jenama PKR maybe lebih diterima dari PAS, di Sarawak. Nak bagi kat PAS walau PAS adalah parti senior dan paling amanah, tapi pemimpin PAS tu tak reti dalam pembinaan jenama. 60 tahun biar Islam kalah peringkat negara asal ulama tak kalah peringkat parti. Cuma ada jenama DAP dan jenama PKR di Sarawak.

Calon2 dari PKR pulak ntah sampah dari mana dia pungut, gua pun tak tau. Janji Anwar ke Putrajaya sebelum tua. So, gua mencadangkan begini :

1. Tiket PKR, tapi calon PAS atau DAP.

2. Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS (Penjelasan 1), kalau takda sekor Melayu dalam PAS pun yang sedia kalah untuk mengubah budaya penakut Melayu (Penjelasan 2). Jika Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS, gua harap, rakan2 lain lebih segan untuk menuntut kerusi secara tidak sedar diri. Gua nak tengok tahap Azmin bincang dengan tahap Mat Sabu. Timbalan sama Timbalan.

Presiden PAS, tak perlu story. Orang dah tak respek dah. Menipu. Lim Guan Eng sendiri mengingatkan ulama tidak boleh menipu.
"Dia kena ingat, dia bukan mahu jawab dengan DAP, tapi dia mahu jawab dengan dia punya Tuhan".

Jika Allah izinkan, gua akan asak Hadi lagi dengan penipuan yang dia lakukan. Gua yakin bahawa dirinya tahu, terdapat 1 manusia yang tahu dia menipu. Dan Hadi sangat takut akan itu. Terbit matahari dari barat sekalipun lah, dia akan elak soalan dan hujah dia penipu.

Penjelasan 1.

Gua ucapkan terima kasih kepada pihak2 dalam PAS yang berusaha menyediakan suasana 1 lawan 1 bagi kerusi Timbalan Presiden. Jika Nash tidak tarik dirilah. Tapi jika Nash tarik diri, gua cadangkan ada 1 lagi calon menentang Mat Sabu bagi menyediakan pilihan yang lebih kepada PAS.

Dan untuk itu, semua perlu hati2. Supaya tidak berlaku Nash buat U-Turn dengan kaedah Sam PKR; menjadikan suasana pecah undi yang sama ketika pemilihan lepas.

Penjelasan 2.

Melayu bangsa dayus untuk berubah. Kalaulah ada sekor Melayu yang berakademik bagus, berakhlak baik, biar pun tidak dikenali dalam party; menawarkan diri bertanding sebagai Presiden PAS dengan manifesto, dengan penjelasan sebab2, biarpun kalah teruk sudah pasti, tetapi imbak yang sangat2 besar kepada budaya dayus dalam kelompok Melayu.

Tawar diri bukan tahap kasar macam gua. Tapi tawar diri dengan cara orang bertanggungjawab, professional. Dapat 2 pencalonan sudah cukup ke muktamar. Impak dia kepada sifat2 dayus / penakut / segan / anti-dinamik Melayu itu, sangat2 besar. Melayu masa hadapan akan belajar sesuatu dari Melayu itu.

Wallahualam.

Surat terbuka ahli PAS kepada pimpinan PAS.

Ahmad hidayat bin fuad
Ic no : 760516-10-5199/ A 3389135
26 Mac 2011

--------------------------------------------------------------------------------------------

Mustafa Ali
Setiausaha agong PAS

Tuan,

PER : KRISIS PAS KAWASAN SEREMBAN.

Merujuk kepada perkara di atas, masalah yang di katakan selesai oleh pihak tuan setelah di adakan pemilihan semula pada bulan jun 2010 yang lepas, pada pandangan saya KELIHATAN SILAP. Saya juga merasakan pihak tuan sebagai Jawatankuasa yang di lantik untuk menyelesaikan kes ini, sudah sedia maklum akan keadaan terkini yang berlaku.

2. Di sini, untuk menyelesaikan masalah yang telah sekian lama berlaku di kawasan seremban, ingin saya cadangkan beberapa perkara yang mungkin boleh pihak tuan laksanakan. Sebagai makluman, rujukan saya adalah dari Buku Perlembagaan Pas ( pindaan 2001 )

3. Cadangan :

a ) Memanggil kesemua ketua-ketua cawangan di kawasan seremban ini dan berikan laluan kepada mereka untuk membuat / menentukan keputusan sama ada Pas kawasan seremban masih memerlukan Mk Ibrahim, Hj Rahim, Hasan Taha dan Zulkifli Omar sebagai calon pimpinan, sekaligus terus membentuk 2 puak yang bertelagah tanpa penghujungnya. Atau, SINGKIRKAN MEREKA dan naikkan pemimpin yang baru.

b ) Menuntut campurtangan majlis syura, seperti yang di sebut dalam FASAL 7 ( c ). Ini adalah kerana, senario perpecahan yang telah berlaku sejak dulu hingga sekarang, di sokong dengan pelbagai bukti, dan terdapatnya di kalangan pimpinan ini pada perkiraan saya telah, secara JELAS melanggar tatatertib seperti yang di gariskan dalam FASAL 75 ( 1 a, d, e, f, g ).

c ) Majlis syura menggunakan kuasa yang di peruntukkan dalam FASAL 75 ( 7 ), oleh kerana memandangkan Jawatankuasa yang di lantik untuk menyelesaikan kes ini di lihat GAGAL dalam usaha tersebut. Dengan segala rekod bukti-bukti kesalahan disiplin yang ada, di tambah dengan bukti-bukti terbaru, di harap majlis syura dapat membuat keputusan yang tepat demi kebaikan parti.

4. Menurut FASAL 14 ( 1 ) ( d ), adalah menjadi hak saya sebagai ahli untuk memberikan pendapat / pandangan kepada parti. Lebih- lebih lagi dalam kes ini, di mana, krisis yang telah berlanjutan sekian lama ini telah mengundang rasa bosan, marah, kecewa, malu dan seumpamanya, ahli bawahan terhadap pimpinan kawasan. KEKECEWAAN TERHADAP PIMPINAN PUSAT juga berlaku, kerana kelihatan PAS PUSAT seperti memandang ringan kes ini.

5. Ingin saya tegaskan, jika pihak pusat masih gagal menyelesaikan kes ini dengan benar-benar selesai SECEPAT MUNGKIN, saya secara peribadi menganggap ia ( kegagalan pihak pusat ) sebagai satu dosa pimpinan pas kepada ahli bawahan. Ibarat dosa seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kepada anaknya.

6. Akhir kata, ' nasihat ' saya kepada pimpinan pas, ambil berat dan betulkan anak sendiri dahulu sebelum anda ' berkokok-kokok ' memperbetulkan anak orang lain. Jangan salahkan anak-anak jadi kurang ajar, PUNCANYA bapa tak pandai mengajar.


' Demi masa..sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, Dan menyampaikan perkara yang benar..dan menyampaikan dengan sabar '.


Wallahualam

Yang Benar ,

Ahmad Hidayat b. Fuad

Mar 27, 2011

Baju BERSIH, barang panas!!

Oleh : AdukaTaruna

Barang panas nih. Open untuk tempahan. Gua akan cuba dapatkan jaminan VVIP dari PDRM kepada pendemo2 aman yang pakai baju nih.


Cara2 pembeliannya pula ialah :

Mar 26, 2011

Kerusi PKR : Sudahlah tamak, tak sedar diri plak tu.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Cenangau 1 | Cenangau 2

Gua paling pantang kalau orang kategori elite tak sedar diri. Kalau orang awam gua takda hal sangat. Sebab lebih kurang gua gak. Tapi kalau elite, apatah lagi ianya adalah pemimpin di mana masa depan jutaan orang awam bergantung kepadanya, memang gua anti habes.

Masa Hadi tengking suara pada gua pada Projek Langgar Hadi 2 tempoh hari pun, darah gua menyirap sampai umbun2. Mujur gua terikat dengan niat. Kalau tak.... setakat Melayu cita2 mati atas katil... huih... wallahualam la... nak tulis pun tak boleh. Hanya Allah mengetahui tahap keupayaan, tahap kelayakan, mana yang baik, mana yang buruk terhadap setiap hambanya.


Kesibukan gua menyiapkan tempahan dan menyetelkan kereta gua sebelum bini gua meletup menyebabkan gua asyik ketinggalan isu. Yerla.. gua kena selesaikan tanggungjawab gua dalam bab kemudahan kepada bini gua. Mujur gua ada ramai bapak2 senior. Macam2 warna ilmu yang diorang kongsi. Tinggal gua kena tapis jer. Haha.

PKR yang tamak tapi tak sedar diri.

Banyak benda dalam PKR yang gua puji. Tapi bab bab2 maki, ada beberapa perkara yang perlu dimaki. Bab pembahagian kerusi. Lu punya calon yang berkualiti pun tak ramai, tapi lu main borong semua kerusi. Sedar diri la sikit bai.. akalaa... meluat sungguh la gua. Nak pulak si tamak Anwar bergabung dengan si gelojoh Azmin.

Apa salah bagi pada yang terbaik, dalam keahlian setakat yang ada? SNAP sudah lama di Sarawak. Gua ingat PAS lagi lama dari PKR di Sarawak. Yang penting ialah kekuatan mental, fizikal calon2 lawan kepada BN dalam mengharungi cabaran selepas kemenangan.

Weih... lu ingat rakyat Malaysia undi PAS, undi PKR, undi DAP kerana mereka cinta ke? Mereka undi kerana benci BN, benci UMNO. Dan mahu memberi pekuang kepada bukan BN untuk memerintah. Ini adalah ujikaji.

Tuntutan PAS Reform.

Gua imbas semula tuntutan PAS Reform. Mana-mana pengkhianat, perlu serahkan tanggungjawab itu kepada rakan lain. Di sini, kami menyenaraikan kerusi-kerusi yang telah berlaku pengkhianatan yang di maksudkan.

 



Nama kerusi.

Nama parti yang mengkhianat pengundi.
Parti komponen BR yang berhak mendapat kerusi sebagai sifat bertanggungjawab atas pengkhianatan.
Parlimen Pasir Mas
(Ibrahim Ali)
PAS
PKR atau DAP. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Behrang
(Jamaluddin Radzi)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Jelapang
(Hee Yit Foong)
DAP
PKR atau PAS. PKR sesuai berdasarkan atas kertas. Tetapi PAS lebih diyakini pengundi bukan Melayu berdasarkan keputusan terbaru.
DUN Changkat Jering
(Kapt (B) M. Osman Jailu)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Kulim-Bandar Bharu
(Zulkifli Nordin)
PKR
PAS atau DAP.
DUN Perlabuhan Kelang
(Badrul Hisham Abdullah)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Bagan Serai
(Mohsin Fadzli Samsuri)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Bayan Baru
(Datuk Zahrain Mohd Hashim)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Nibong Tebal
(Tan Tee Beng).
PKR
PAS atau DAP.
DUN Lunas
(Mohd Radzhi Salleh)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Ngemah
(Gabriel Adit Demong Rabu)
PKR
PAS atau DAP. DAP lebih sesuai kerana faktor kelemahan PAS di Sarawak.



Mar 22, 2011

Pilihlah gua sebagai Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Semalam gua tertengok TV1. Rancangan Adik2ku. Power siot rancangan tuh. Tahniah kepada RTM, Jakim hatta ke Rosmah sekali yang hadir malam tu, walau gua meluat tengok aksinya dalam beberapa tajuk. Member gua cakap, yang patut menang si pompan yang dapat no 2 tu, tapi sebab si johan tu ada bodek Rosmah, dia menang. Member gua dakwalah. Gua tak tengok time tu sebab gua g pos barang guna bas. Jadi, ala2 pelajar2 rancangan Adik2ku jugak, gua minta lu pilih gua as Presiden PAS.

Jika lu orang pilih gua as Presiden PAS :

1. Gua akan reform kaedah pengundian.

Perwakilan dipilih ahli sendiri. Bukan secara tuding2 jari dalam mensyuarat sesama puak sendiri. Ada pemilihan untuk menjadi perwakilan. Macam biasa, Majlis Syura punya power veto. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis. Guna dakwat kekal. Pengiraan undi secara terbuka.

Kerusi2 pimpinan pusat dipilih oleh perwakilan, yang telah dipilih oleh ahli. Celup dakwat gak. Pengiraan secara terbuka. Bukan macam skang. Tertutup, lewat dan sangat2 mengundang fitnah. Macam biasa, Majlis Syura punya power Ultraman Kosmos. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis.

2. PAS negeri pilih PJ sendiri. Supaya gua sebagai Presiden tidak boleh membuka ruang2 untuk selesa berlaku tamak kuasa kepada gua sendiri. PJ gua pilih, dah tentu ketua cawangan org2 PJ. Dah tentu perwakilan yang menentukan kepentingan parti pun akhirnya orang2 gua gak.

3. Membela unit amal melalui ekonomi. Selama ni Unit Amal ni dah macam balaci. Tapi takda pembelaan ekonomi. Duit derma hangus ntah ke mana. Pastu minta derma lagi. Derma, derma dan derma. Gua tak peduli. Janji no plat gua PAS.

Nak niaga takut lingkup. Melayu la kan. So, niaga guna francais. KFC ke Mekdi ke, RFC ke. Bila francais, bermakna dibimbing oleh ahli dalam peniagaan. Kalau ahli dalam politik berniaga, jadi KOHILAL la. Berapa orang Unit Amal? 100 000? Patut dah pegang 50 cawangan francais bagi membela 100 000 Unit Amal. 50 tahun lebih PAS ni dah. Kalau tak mampu dari segi gaji, dari segi perlindungan insuran tetap atau unit trust pun cantet dah.

4. Adakan hizbah atau KPI atau apa sahaja nama Arab asalkan bunyinya membantu pengaruh ulama. Kalau gua Presiden, berapa kali gua ke luar negara, dan berapa belanja party yang gua gunakan. Berapa kali gua keluar negara ketika parti menuntut Presiden berada di dalam negara menguruskan isu. Berapa kekerapan penjelasan gua as Presiden per isu. Semuanya direkodkan oleh Unit Khas ini. Ada statistik.

Kira jumlah masa untuk party perday termasuk masa dalam perjalanan. berapa lama dia sampai ke ceramah / program, berapa lama dia berada di situ. Puratakan dalam sebulan. Then, bandingkan dia dengan jumlah isteri dan anak2. Bahagikan baki masa dengan setiap isteri2, setiap anak2. Agak2 tidak layak untuk menjadi Presiden / Timbalan /, di mana dia memudaratkan kepada pencapaian jemaah Islam, unit ini akan bawa usul pecat ke Majlis Syura.

5. MP dan ADUN PAS diberi kursus intensif Public Relation.Buat satu polisi pengurusan media.Sapa yg berhak ckp,bab2 yg die berhak ckp, dll. semua MP dan ADUN PAS diberi kursus pengurusan Pejabat Perkhidmatan Rakyat.Kalau boleh biar betul dr segi Branding(signboard, warna,etc), tatacara pengurusan(respond time pd setiap kes rakyat,etc) dan lain2 lagi.

6. Isytihar harta kesemua pimpinan pusat, DUN dan parlimen PAS. Gua isytihar dulu. 
  • Mazda 323 tahun 1982, lantai lubang sini-sana.
  • Handphone China kaler itam
  • Gigi palsu plastik (dalam proses)
Esok, kalau tiba2 gua dah pakai Fortuner, no plat PAS12, handphone Pinkberry, gigi palsu emas, sila report dan minta Unit Hizbah siasat gua. Kalau gua gagal kemukakan perjalanan harta gua, bawa usul ke Majlis Syura untuk pecat gua. Pergi mampos sama ada gua ulama ke tak.

7. Presiden hanya 2 penggal. Mursyidul Am selagi diperlukan party. Anggota Majlis Syura pula dilantik secara syura sesama mereka.

So, lantik gua atau gua pukul teknik Rusila pada lu orang. Gua plan nak buat T Shirt Langgar Hadi nih. Lu orang berani tak pakai time muktamar? member PAS gua, selamba pakai baju PAS Reform time mesyuarat PAS. Dikatakan berjaya mengurangkan tegang2 leher dalam mensyuarat.

Don wori la... muktamar bukan kat Rusila... kat KL. Lu pakai jer sambil maniskan muka. Diorang jaguh kampung jer.

Modus Operandi APCO : Akan ada video Anwar yang sebenar?

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Modus Operandi penting bai.. walau organisasi sehebat APCO boleh menukarnya apabila sudah basi, at least, mesti sama punya untuk 3-4 kes berturutan. Yahudi gen yang hebat. Apatah lagi mereka mengumpulkan kehebatan secara padu. Setakat gen Melayu.... bak kata Ahmad Lufti, terpaksa harap Allah bekerja untuk kita.

Kesibukan gua menyiapkan tempahan t shirt, repair lantai kereta gua yang nyaris2 macam kereta Flintstones, menyebabkan gua tidak online hampir sehari. Gua mendapat beberapa sms bertanya mengenai bidio lucah pemimpin kanan pembangkang. 1 sms yang menuduh bidio tu adalah bidio gua. Bakal menyebabkan pihak2 Rusila berpesta. Tionaseng.

Kalau kita terus kepada kepala, hanya ada Anwar, LKT dan TGHA. TGHA gua tolak awal2. LKT 50-50. Anwar memang melebihi 50%. Doktrin seks Anwar kepada Melayu memang berkesan. Gua anggar 55% Melayu percaya. 55% Melayu berada pada tahap malas selidik jika berhadapan dengan dunia politik. 55% dari Melayu itu, majoritinya kaum wanita. Dengan segala media yang memainkan doktrin itu, akan sampai ke telinga mereka. Tetapi mereka tidak akan selidik. Naluri selidik mereka, naluri perbincangan mereka hanya di bawah tajuk Hiburan. Artis-martis.

So just tuduh.... panaskan... then senyap. Pembelaan Anwar tidak akan sampai secara menyeluruh. Itu konsep pertama yang perlu difahami, sebelum kita bercakap mengenai Modus Operandi APCO.

[2]

Menentang lawan, mewajibkan kita mengenal sebanyak mungkin lawan. Contohnya PAS Reform menentang Hadi Awang bawah tajuk lembab dan bodoh (bukan akhlak / ibadah). Sudah pasti Hadi Awang dikaji. Terutama modus operandi team Hadi Awang.

Antara yang gua dedahkan ialah : bila Presiden PAS (Hadi) terpaksa berhadapan dengan isu tahap taufan, teamnya akan 'menyorokkan' Hadi dari amukan soalan wartawan sehingga taufan reda. Itu modus operandi.

Ketika damege isu UG sehingga mencapai tahap 10 ahli parlimen PAS sign menolak idea UG, Hadi dilarikan ke luar negara, dan diprogramkan menjawab isu2 UG di sana.

Rujuk bahan sejarah : Youtube. Ada 8 part.

Sejarah tidak akan menipu. Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi mendedahkan diri kepada amanah. Kalau mendedahkan diri pun Allah janjikan kehinaan, apatah lagi bermati2an sehingga wujud team khusus mempertahankan kuasa untuk memegang amanah.

Mengapa luar negara? Kerana di sana, tidak bertaraf taufan. Hanya satu acara berkonsep dengar aku cakap, dan jangan soal aku. Jangan debat dengan aku, aku takut.

Mengapa tidak berani menjawab di Malaysia? Adakan 1 majlis sebegitu di Malaysia. Open dialog dengan blogger. Edyesdotcom orang pertama akan sujud syukur.

Contoh bandingan, ketika berdepan dengan kemungkinan amukan isu, pada ketika isu pertemuan YDP Agong - PAS, TGNA tetap keluar berhadapan dengan media untuk menjayakan program Khairul Fahmi. Manakala Hadi 'ghaib' ke luar negara.

Ini adalah modus operandi Hadi. Lari ke luar negara ketika amukan isu. Melalui modus operandi, PAS Reform, sepakat menetapkan bahawa Rusila tidak boleh dibawa ke luar negara. Maka, Hadi tidak boleh tiba-tiba ghaib ke luar negara selepas mengimamkan solat Jumaat di Rusila. 5 minit yang diminta tidak akan menyebabkan pesawat ke London delay.

Panjang lebar gua story sama lu, kepentingan mengenal modus operandi.

[3]

Rujukan 1 : Padan muka Anwar : Terduduk Anwar beb..


Ini pula ialah detik2 ketika gua mulai jumpa, bahawa Najib memiliki satu pasukan pemikir strategi yang bukan tahap Melayu. Ketika ini perjanjian APCO-UMNO belum lagi didedahkan. Skang mari kita mengenali modus operandi APCO sementara dia masih belum basi.

Ketika saat2 runtuhnya kerajaan BR Perak, ADUN UMNO melompat masuk PKR terlebih dahulu. Ianya bagi menampar BR secara pulang-balik. Hampir kesemua pemimpin BR mengalu2-kan dan memuji tindakan lompat, termasuk TGNA sendiri.

Kemudian, 2 babi PKR dan 1 babi DAP lompat keluar dari BR. ADUN UMNO lompat patah semula. Pemimpin BR kehilangan hujah untuk mengutuk. Apatah lagi APCO menetapkan babi 2+1 tadi tidak menyertai BN, sebaliknya as bebas.

Gua bangun, tabik dan berhasrat untuk salam kepada siapa yang mencipta percaturan genius ini.

Kalau betul teori wa ni, wa nak jabat si pemikir tu. Memang terer ala gaban die beb. Lepas jabat ucap tahniah, wa nak maki pulak. Maki untuk rakyat level bawah yang manjadi mangsa.
[4]

Then lu jumpa modus operandi yang sama ketika Mahkamah Tinggi memutuskan kemenangan kepada Nizar (BR). Punyalah bersorak Melayu+Cina+India. Tapi mereka tidak tahu keupayaan mereka di bawah satu bangsa yang memiliki banyak nabi dan keturunan yang pernah memakan makanan dari syurga di dunia. Kalau keturnan makan makanan dari syurga, kita pun boleh claim, sebab kita asalnya Adam dan Hawa. Tapi makanan syurga yang turun ke dunia, hanya bangsa Yahudi.

Ada yang mengucapkan syabas dan penghargaan kepada hakim berkenaan. Tidak sampai 24 jam, tidak sempat Nizar membubarkan DUN, Mahkamah Rayuan menetapkan sebaliknya. Sekali lagi BR kehilangan hujah. Sekali lagi BR ditampar secara pulang-balik.

Lawan sekumpulan Yahudi berfahaman Zionis secara kecil-kecilan, gua rasa tak mungkin. Takdirnya, janji Allah itu, ketetapan Allah itu, sehingga munculnya Imam Mahdi. Asbab kepada perpaduan besar-besaran. Pembolehubahnya ialah perpaduan besar-besaran. Kekhalifahan. Asbabnya Imam Mahdi. Selagi takda asbab, bangsa Yahudi berfahaman Zionis memang terlalu unggul.

Tapi kalau setakat kumpulan Hadi, insyaallah, PAS Reform boleh settlekan, walau makan masa. Kalau tak berjaya, sejarah akan hukum dia. Keturunan dia sendiri akan malu akan sejarah itu. Itu janji Allah. Wallahualam.

"Siapa atuknya Asri bekas Presiden PAS?" Tanya cikgu sekolah pada tahun 2020
"Siapa atuknya Hadi bekas Presiden PAS?" Tanya cikgu sekolah pada tahun 2020
"Siapa moyangnya Mahathir bekas Presiden UMNO?" Tanya cikgu sekolah pada tahun 2020 


[5]

Apa yang gua khuatir ialah, episode bidio lucah Anwar ini adalah satu lagi episode yang menggunakan modus operandi yang sama. Win the battle for win the war? Ini bukan kalah the battle, ini menang the battle dan menang pula the war. Damagenya lebih besar. Penampar pulang-balik.

1. UMNO lompat ke BR vs 2+1+1 lompat ke BN (dibaca as bebas)
2. Mahkamah Tinggi vs Mahkamah Rayuan
3. Bidio tipu vs Bidio Benar atau Bidio Dibuat Hampir Benar

[6]

Berbeza sama sekali dari tajuk [1]-[5] di atas, apa yang gua bimbangkan, percaturan APCO itu TIDAK hanya setakat itu. Kita bimbang, APCO terlalu jauh untuk dicapai otak Ulama2 Melayu. Selagi kekuasaan negara2 kategori bodoh itu boleh ditentukan melalui undi, selagi itu wujud peluang2 manipulasi.

Undi berkadar terus kepada populariti. Detailnya boleh di baca di sini.

Bacaan Berat 1
Bacaan Berat 2

Dalam satu-satu habitat (negara), nyamuk lebih banyak dari katak. Katak lebih banyak dari ular. Bodoh lebih banyak dari cerdik. Lemah lebih banyak dari cerdik. Kekuasaan pula ditentukan oleh majoriti.

Bagaimana pula jika satu2 habitat (negara) itu berjaya ditingkatkan kecerdikkannya? Maksudnya majoriti cerdik. Jawapannya ada jika anda berfikir kepada sunnah alam Allah.

Dalam satu2 habitat, tahun 2000, dikatakan ada 1000 nyamuk, 10 katak dan 1 ular. Tahun 2050, ular sudah ada 5. Atau kata lainnya negara sudah memiliki lebih ramai cerdik. Sunnah alam Allah itu akan menetapkan berlaku penjajahan. 5 ular akan membentuk habitat yang lebih besar, lebih capaian kataknya, lebih capaian nyamuknya.

Jadi sebab itulah bangsa sehebat Russia memiliki kawasan jajahan besar. Lihat berapa besar US. Lihat berapa besar jajahan Sultan Melayu. Lihat berapa besar pengaruh TGNA dan lihat berapa besar pengaruh Hadi.

Allah tidak akan menipu. Cuma Melayu sahaja baka bodoh yang perlu diupgare. TGNA, Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang adalah pembolehubah kepada keputusan. APCO tidak boleh mengepung TGNA, Anwar dan LKS untuk mendapatkan tawaran keputusan. APCO tidak boleh melambakkan undi pos, kem tentera, pengundi hantu di kawasan TGNA, Anwar dan LKS. Mereka boleh bertanding ke banyak kawasan lain. Tetapi Hadi? Suruh sahaja Hadi bertanding di kejiranan Marang dan Rhu Rendang kalau Marang dan Rhu Rendang dikepung. Boleh?

Jika Hadi berjaya dikepung melalui pengundi, dan tidak berupaya pula berhijrah ke kawasan lain, maka, APCO telah berjaya memegang si pembuat keputusan di situ. Membuat tawar-menawar. Mungkin UG, mungkin sekadar membeli kambing. Sebab itu Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi mendedahkan diri kepada  amanah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:
”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

1. Jangan terlalu gembira dan mengeluarkan kenyataan dalam isu bidio lucah Anwar.
2. Projek Langgar Hadi, di Rusila dalam masa terdekat. Insyaallah.

Wallahualam.

Mar 20, 2011

Satu hari nanti.... tengoklah....

ratu elizabeth4 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Ratu England, Queen Elizabeth pun boleh tahan “seleranya”. Baru-baru ini, Queen Elizabeth telah meminta menaikkan gaji pertamanya dalam tempoh 20 tahun kerana defisit 6 juta pound yang dialaminya tahun lalu. Permintaan baginda dilhat bakal mendapat tentangan hebat kerana kerajaan baru campuran Conservative Lib Dem baru sahaja memotong 6 billion pound daripada belanjawan sektor awam bagi negara Britain baru-baru ini.
ratu elizabeth7 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Kalau diikutkan sebenarnya Ratu Elizabeth kini memperolehi dan menikmati pendapatan tahunan sebanyak 7.9 juta pound tetapi Ratu Elizabeth membelanjakan 14.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta! Kos membayar gaji Ratu England dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar sebanyak 69 sen (seorang) bagi setiap tahun untuk menanggung kehidupan diraja yang mewah ini.
Di Malaysia agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.
Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi
siti aishah Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di MalaysiaYang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Bini Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

Mar 19, 2011

Bacaan khusus untuk blogger HANIEF.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Milo Suam

Kepada adik Hanief.

Gua tak tahu bila lu boleh baca N3 ni nanti. Word yang gua nak ucap pun serba salah. Nak ucap tahniah dah macam poyo pulak pada pihak gua. Nak ucap takziah pula adalah word yang salah. Apa pun semoga lu tabah. Pada gua, ini adalah antara proses lu mengenal Allah melalui lu mengenal diri lu sendiri.

[1]

Seperkara pertama yang perlu lu faham ialah Allah tak uji kepada seseorang tu sesuatu ujian yang tahapnya tidak mampu kepada hambanya. Maknanya, lain tahap manusia, lain tahap ujiannya. Maknanya lagi, Allah tak bodoh dan Allah tak sia2 bila menguji lu ke tahap ini, walau berpandukan pandangan Melayu, umur lu masih mentah. 27... tahap pimpinan dah kalau kat negara maju. Cuma kalau dalam PAS, 27 tu still tahap balaci pacak bendera. Yerla.. PAS kan pusat jagaan orang2 tua. Ngee...

Allah kata mana boleh manusia berkata dia beriman sedangkan dia tidak diuji. Kalau kita tukar word, mana boleh manusia kata dia berani kalau dia tak diuji. Mana boleh manusia kata dia sabar kalau dia tidak diuji.

Ada banyak manusia lulus ujian, ada ramai manusia gagal ujian. Zahid Hamidi pernah ISA, Zul Kulim kantoi kes pilihanraya, babi2 pemimpin PKR bersepah2 yang kantoi. So, gua harap, lu tetap Hanief yang sama.

So, memang itu ujian tahap lu, banyakkan releks, cool dan senyum. Pastikan hati lu macam air laut. Air oren ke, air tawar ke, payau ke, yang try lu, lu tetap masin. Solat jangan tinggal, agak2 payah, lu jamak jer. Agak2 payah nak tahu time, lu belasah jer. Ikut mazhab gua.

[2]

Gua akui gua tak pernah baca blog lu. Tapi nama Hanief ni gua kenal melalui video2 di youtube. Kalau benar itu adalah bidio2 lu, gua tak hairan kenapa BN tangkap lu. Bukan masalah langgar undang2, tapi bidio2 lu memang berpengaruh.

Gua harap BR boleh menyediakan kemudahan peguam untuk lu. Sebab kes lu tidak mendamagekan atau memback firekan mereka. Malah selama ini, lu banyak membantu dalam sistem penghasilkan penyokong kepada BR. Dah alang2 Tuan Chua yang mendedahkan, gua ucap terima kasih kepada Tian Chua, dan mohon bantuan kepada PKR. Dan juga berharap brother2 SAMM beri sedikit perhatian kepada lu.

[3]
Gua tak sure lu kena lokap ke tak, tapi lokap juga salah satu ujian yang rumit. Menurut polis Bukit Aman yang in charge gua, untuk menjadi polis lokap haruslah bodoh dan berpendidikan paling bawah. So, polis lokap akan memandang kesemua OKT sama ada sudah dibuktikan bersalah, atau belum dibuktikan bersalah, sama ada kes bodoh seperti rogol atau kes cerdik seperti politik, adalah orang jahat.

Gua ulangi OKT adalah orang jahat. Maka layanan polis lokap kepada OKT adalah layanan kepada orang jahat. Harap lu banyak2 bersabar. releks, cool dan senyum. Tapi hati punya dalam, keras macam titanium.

[4]

Pergaulan dengan rakan OKT dalam satu sel yang sama juga memerlukan satu kaedah pengurusan yang baik. Ianya memang sukar. Lebih rumit dari OKT demo. OKT demo ditangkap secara beramai2. OKT seperti lu keseorangan, dan bercampur dengan OKT baju oren (jenayah berat) dan ungu (jenayah ringan).

Selalunya, orang baru OKT akan tidur di bahagian bawah (simen). Bahagian atas (kayu) untuk OKT lama. Gua tak sure kekuatan lu, tapi, tiada salah kalau lu turuti budaya sedia ada lokap. Nak melawan pun boleh. Lokap bukan penjara. OKTnya tidak sempat mengumpul pengaruh, OKTnya tidak akan bersosial / bersukan berkumpul seperti penjara. Senjata paling bahaya pun berus gigi kontot yang diasah tajam. Kalau lu sanggup setakat luka sedalam 2cm, bengkak-bengkik sana-sini, bolehlah melawan.

OKT paling lama dalam satu-satu sel pun gua ingat 2 minggu. 1 sel yang besar boleh muat 15 orang. 2 minggu dalam kelompok 15 orang maybe boleh kumpul 4-5 pengikut. Tak kira sama ada 18, 24, 30, 36 atau 77. Kalau lu boleh hadap 4-5 orang, lu lawan aruslah budaya dalam lokap. Kalau tak boleh, tiada salah pilih mudarat ringan berbanding mudarat besar. Pergh... macam ulama Rusila siot gua. Kalau lu ada kursus pukul dan sembunyi diri di Rusila Militan Centre, lagi cantet. Hehehe...

[5]

Prob yang berada di atas prob adalah keluarga. Keluarga lu Melayu mcm gua. So, gua ramal kompom sama punya. Mak dan ayah lu dan sedara-mara lu akan tekan lu supaya jadikan peristiwa ini sebagai kes terakhir lu melawan kerajaan. Itu sudah pastinya.

"Kalau nak ubah kerajaan, ubah melalui undi, Hanief." Itu ayat yang akan lu dengar.

"Kalau nak tukar Pres PAS, tukar melalui pemilihan, buat apa langgar? Itu biadap."

Benda sama. Otak Melayu adalah standard. Ulama Mesir ke dia, ulama Marikh ke dia, selagi namanya Melayu, itulah tahap dia. Wallahualam.

Gua harap lu tidak mengalah. Malah terus mara. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya bukan tahap MAHA seperti Allah, Hanief. Sayang ibu kepada anak hanya dalam kotak manusia. Sayang si Ibu tidak akan sanggup patahkan kaki anaknya kerana mahu menghalang perbuatan lumba judi. Tetapi sayangnya Allah boleh sampai ke tahap itu malah melebihi apa yang difikirkan manusia. Allah itu MAHA Penyayang.

Gua tak minta lu melawan si ibu, cuma faham apa yang gua nak sampaikan dalam tajuk 1-5 ini. Wallahualam.

[6]

Berkenaan dengan kesilapan dedahan butir pengenalan diri lu, pada gua hanyalah asbab Allah meminta lu upgrade fasa. Muhammad dulu bermula dari sembunyi2. Kena sound, baru upgrade fasa. Ceramah di pasar2. Then upgrade lagi sampai cedera sini-sana.

So, apa lagi bro... alang2 mandi biar sampai guna shokubutsu. Alang2 seluk pekasam biar sampai ketiak basah. Meh ikot gua Langgar Hadi. Wakakakaka. Cam lari tajuk jer nih.

Sekian dulu..

Merong Mahawangsa : Yusri membodohkan Rom dan China.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

15 Mac lepas, gua sampai Seremban kul 7 pagi. Kad temujanji mahkamah gua tercatit tarikh perbicaraan adalah pada 15 Mac 2011, 2.15 pm. Sampai rumah, gua dapati surat dari mahkamah kepada bini gua as penjamin. Surat meminta bini gua hadir pada 28 Mac 2011 sebagai tunjuk sebab mengapa wang jaminan RM5k tidak boleh dirampas. Gua dituduh tidak hadir pada 28 Februari 2011. Huh!

Sampai mahkamah, pihak mahkamah mengesahkan bahawa waran tangkap ke atas gua telah dikeluarkan pada 28 Feb kerana tidak hadir. malah perbicaraan pagi 15 Mac pun gua tak hadir. Tionaeng apakah ini? Kad mahkamah gua catit 15 Mac, 2.15 pm. Memandangkan gua anytime ke dalam, gua send sms ke edyes n dayat memberitahu kemungkinan itu. Kompom gua tak dapat teruskan Projek Langgar Hadi.

Mujur, peguam, En Radzlan fight, dan mahkamah bersetuju dengan penjelasan yang diberikan. Lega siott.. kena buli jer gua dengan gomen nih.




[2]

Kelegaan itu gua terjemahkan dengan mengajak adik bongsu gua merempit untuk tengok wayang. Mampos kalau ulama tahu nih. Sampai wayang, cam biasa adik gua ditugaskan beratur.

"Ngah.. tengok Kembang Siang, la.."

Aiman, adik gua buat permintaan tahap ngeri. Stakat cerita tahap drama Melayu tu, baik tengok kat rumah atau beli dvd cetak rompak jer. Tu pun dah rasa rugi sangat dah tu.

"Takde.. takder... Merong Mahawangsa." Gua dah cecah kaki ke wayang ni pun untung dah nih.

Apabila Yusri membodohkan empayar Rom dan China.

Sejak gua lahir, gua HANYA dapat tengok filem China / Hong Kong bodohkan orang lain, filem Jepun bodohkan orang lain, filem Holloywood bodohkan orang lain, filem Shah Rukh Khan bodohkan Melayu Melaka.

Buat pertama kalinya gua dapat lihat filem sendiri bodohkan Rom dan China. Hua3... bukan perkauman. Tapi pes time maa... memang gile ahh.. KRU.

Falsafah.

Falsafah cerita yang digarap Yusri gua letakkan sebagai out. Tak menjana kepala otak gua. Asbab gabungan Rom dengan China dan berperang dengan kerajaan Garuda semata2 kerana si puteri (pompan), gua muntahkan dalam wayang itu. Tak boleh terima walaupun pernikahan itu adalah taktikal politik yang tipikal. Regular. Setakat itulah falsafahnya, buang masa gua untuk tonton.

Jalan cerita [a].

Mujur jalan cerita, dan grafik yang agak kuat menyelamatkan feeling gua. Start dari hero Melayu celup itu membodohkan kerajaan India, gua dah suka akan filem ini. Menarik!

Antara adengannya, Merong yang kasar dan biadap itu menolak tawaran India dan Rom dalam bahasa Inggeris. Dan apabila diasak berkali2, sampai Merong pun berbulu, Merong pun berkata :

"Sudahlah hodoh, mulut busuk pulak."

Wakil kerajaan India itu blurr apabila dimaki Merong. Haha. Cayalah Yusri. Ya.. 70% dialog filem ini adalah Bahasa Inggeris. Ada subtitle la.. tu pasal gua paham. Ngeee...

Jalan cerita [b].

Walaupun gua anggap badan Merong masih belum siap sepenuhnya untuk karektor filem itu, tetapi Mat Saleh yang diMelayukan itu membawa watak dengan baik. Mujur Yusri mendakwa Merong adalah campuran benih Melayu (Umi Aida) dengan Iskandar Zulkarnain The Great, sebagai hujah menggunakan Melayu celup itu.

Ketika di kapal, Merong sparring dengan Putera Rom. Guna pedang. Dengan arahan aksi dari pengarah aksi Hong Kong itu, Merong berjaya menjatuhkan pedang Putera Rom dan tercapak ke lantai kapal (kayu). Putera Rom dilihat sangat hina apabila cuba mencabut pedangnya kembali, tetapi tidak berjaya. Then, sambil menyindir, Merong mencabut pedang itu hanya dengan satu tangan.

"Dah takda orang lain ke dari ini?" Ujar Merong. Askar2 Rom bertopi trojan buat muka bodoh.

Hahaha. Yusri memang cam celako.

Jalan cerita [c].

Watak yang pada gua sangat cemerlang sehingga menenggelamkan Merong sendiri pada suku ke 3 filem ialah watak orang kanan Garuda. Si botak tu. Gua tak tau nama pelakon tuh. memang ganas, cam cilake, cool, etc. Cuma badan dia tahap Melayu student U, sedangkan watak dia adalah pahlawan kumpulan Garuda.

Kekebalan si botak Garuda itu terletak pada tangkal. Dan Puteri China itu berjaya mencurinya. Ketika pertarungan Putera Rom - Botak Garuda, dalam keadaan dibelasah Botak Garuda itu, Putera Rom berjaya menumbuk, dan berdarah.

"Dia sudah tidak kebal lagi. Saya sudah ambil azimatnya." Gitu la kot dialog Puteri China itu kepada Putera Rom.

Apabila dengan adunan muzik yang kena pada situasi Putera Rom yang tiba2 bersemangat, Putera Rom bingkas bangun dan mahu membelasah Botak Garuda yang tidak lagi kebal. Tapi, walau tak kebal, Putera Rom tetap kena belasah gak. Wakakaka. Yusri memang sial. Mau berdemo omputeh bantah filem ni gua ingat.

Jalan cerita [d].

Antara gabungan hasil kerja pengarah aksi Hong Kong yang sangat baik, dan bakat oleh pelakon Botak Garuda itu adalah babak di mana, pertarungan Botak Garuda dengan Panglima Besar Armada China. Memang cun. Tetap tegak dan mara walau tanpa azimat. Walau luka silih mendatang. Tanpa Azimat, Botak Garuda membunuh Panglima Besar Armada China. Dan seterusnya babak pertarungan dia dengan unit pimpinan Merong pula.

"Akan kupatah2kan sayap dan tulang Garuda." Kata Merong.

"Hea?" Ejek Botak Garuda dengan mimik muka yang memang superb. Muka asal pun dah pecah rumah dah tuh.

Jalan cerita [e].

Cuma ada satu adengan suku terakhir cerita itu yang mengecewakan gua. Idea menggunakan cermin sebagai pantulan cahaya matahari sebagai senjata yang boleh membakar. Gua ingat Yusri ni dulu terpengaruh dengan sains makcik Felda kot. Jangan main tembak cahaya matahari guna cermin, boleh terbakar.

Cermin mekap Puteri China bukan kanta Yusri oi. Cahaya yang diperbesarkan kekuatannya menggunakan kanta baru boleh menyebabkan terbakar. Setakat pantulan dari cermin mekap, hanya menyilaukan. Bukannya membakar.

Penilaian gua. 5 adalah mata penuh.


Falsafah Cerita - 1
Jalan Cerita - 4
Watak Merong -3.5
Fizikal Merong -2
Watak Botak Garuda - 4
Fizikal Botak Garuda -1
Grafik - 3.5

Mar 14, 2011

Terkini : Lee Chong Wei juara!

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : 801 Astro Arena

Apdet! Chong Wei bertukar menjadi Proton Juara dengan membenam Lin Dan 21-18. Terima kasih kepada Rosmah Mansur kerana tidak mengganggu pasukan negara.

Berkat ketiadaan Rosmah, Lee Chong Wei berjaya menundukkan Lin Dan pada set pertama. 21-17.

Mar 13, 2011

PDRM jamin kelancaran demo BERSIH 2.0

Oleh : AdukaTaruna

Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia.








Terima kasih kepada PDRM kerana tidak mengamalkan double standard. PDRM adalah pelindung kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

Mar 12, 2011

UMNO Johor boleh jadi PM.

Oleh : AdukaTaruna

Tak perlu sampai kalah. Cuma perlu merosotnya kemenangan BN di Sarawak. Bermakna :

1. UMNO paling kuat di semenanjung, Johor, % mendapat PM dari Johor lebih tinggi.

2. Sharizat boleh memperbetulkan semula protokol / urusan kementeriannya dengan ketiadaan Rosmah yang terlampau gila kuasa.

3. UMNO berjaya menghapuskan 'faktor Khairy', yakni faktor Rosmah, sebelum PRU13 yang mandatnya berakhir April 2013. 70% ahli UMNO tidak suka Rosmah.

4. BN boleh menyahkan Taib Mahmud. Dan mempunyai masa yang cukup untuk membina semula BN di Sarawak sebelum mandat April 2013.

Sejarah dan fakta akan menghina Mahathir dan keturunannya.

Saya tidak pernah mencuri.
Saya tidak pernah menipu.
Dia yang mencuri dan menipu
akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya

T.RAZELEIGH HAMZAH


Semakin hari, semakin hina gua tengok Mahathir nih. Semakin dia cuba untuk melindungi sejarahnya, semakin banyak kehinaan yang terbongkar. Seluruh alam mempunyai wakil mengiktiraf level kehinaannya. Jangn sebut wakil dari PAS, PKR dan DAP, wakil dari UMNO, wakil dari PDRM turut ditakdirkan Allah menghinanya.

Dapatkah anda bayangkan sejarah yang mencatitkan perihal Mahathir dalam buku teks sejarah Malaysia moden 10 tahun akan datang? Ketika silubus sejarah di sekolah diperbetulkan kembali?

Mahathir akan mengetuai sejarah yang hina itu.

BERSIH 2.0 : Konvoi Kelantan-Seremban-KL.



Oleh : AdukaTaruna

Jika diizinkan Allah, anak gua bakal berkad pengenalankan Kelantan. So, sebagai bapak kepada anak Kelantan, gua mencari sesiapa yang berminat untuk konvoi ke Demo BERSIH 2.0 Jun nanti. Gua umum skang supaya lu orang bleh stanby. Apa yang perlu ada untuk menjayakan konvoi ni adalah 2 golongan. 
  1. Pemilik kereta.
  2. Penumpang. 
Begini, bro. 1 kereta boleh isi 4 orang, termasuk si pemilik. Katakan ada 3 pemilik kereta yang berminat. Bermakna, 9 penumpang + 3 pemilik kereta boleh berkonvoi bersama-sama. Nanti kita bahagi2la supaya 1 kereta mempunyai sekurang2nya 2 driver. Penumpang yang mempunyai lesen memandu kita bagi2kan.

Kos minyak pergi dan balik pula, Kelantan-Seremban, adalah RM200 (kereta Mazda 323 gua RM150). Tapi janganla lu ajak naik Ferrari plak. Mampos la nak share minyak. Share 4 orang (termasuk driver) jatuh RM50. Dari Seremban, gua akan bawa lu ke satu port baik punya, untuk park kereta, dan berehat. Sebelum menaiki komuter ke stesyen KL. Stesyen KL sejengkal dengan Masjid Negara. Tambang komuter gua tak pasti skang. Katakan RM15 untuk pergi dan balik (2 hala).

Kalau drive kereta masuk KL, memang kompom payah punya. Roadblock gila babun. Naik pengangkutan awam ni pun sipi2 jer nih. Stanby la kalau keadaan sabotaj berlaku. Macam train / bas delay atau tak turun di stesyen2 sepatutnya.

Perbezaan kos.

Skang gua bagi lu perbezaan kos pulak. Kos perjalanan sahaja lah nih. Kos makan, kos rokok lu kira sendiri. Jangan lupa minta resit. Bleh claim kat JKKK tempat anda. Kos konvoi ialah RM50 + RM15 = RM65


1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban RM27. Pergi balik RM54. Tu baru sampai Seremban. Sampai KL, kena up lagi. Gua tak sure berapa, tapi rasanya melebihi RM65.

2. Bas KB-KL RM45. Sehala tu. Pergi balik RM90.

3. Basikal KB-KL RM20. Pergi dan balik. Tu sebab kira ganti tiub bocor.

Perbezaan masa.

Skang perbezaan masa plak. Tak kira masa untuk berak, kencing, merokok, sesat, etc.

1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban lebih dari 12 jam. Walau tulis kat tiket tu sampai dalam masa 12 jam. Gua tahu la. Dok ulang-alik sokmo g Mahkamah Seremban. Naik kul 7 malam kat Wakaf Bharu, sampai kul 10 pagi kat Seremban. Baru Seremban. Mau pukul 1 petang baru sampai KL.

2. Bas KB-KL 8 jam. Bergantung kepada kerempitan driver. Mmg cepat. Tapi gua ramal, pada tarikh berkenaan, masuk KL menggunakan jalan raya akan tersekat berjam2 di pintu masuk KL.

Sapa2 yang naik bas rombongan Cik Kiah anjuran PAS Kawasan plak, mmg kompon diarahkan patah balik oleh polis. Siap eskot lagik. Lu ingat pak lebai - pak lebai PAS ni pandai buat muka menipu ke? Tu belum kira bas diminta bermalam di balai polis lagik.

"Err saya dalam perjalanan ke rumah kenduri kawin, En polis."

"Kenduri kawin kepala otak lu. Kawan lu seat depan cakap nak g Sunway Legun."

"Err.. dia lain. Saya lain."

"Lu ingat gua bangang nak beza antara bas rombongan dengan bas ekspress ke Ostad?"

10 bas yang disewa PAS Kawasan, hanya 1 jer sampai time bertolak. 9 lagi dibayar 2 kali ganda untuk batalkan tempahan. Gigit jari pak lebai - pak lebai PAS ni. Paling kuat semayang hajat balas dendam sebelum pulang peluk bini. Kena bodoh sampai ke mati. Hampir 60 tahun kalah kena bodoh dek UMNO. Berapa rugi dah dalam tajuk kekuatan demo di KL nanti.

3. Kereta KB-Seremban 9 jam. Tolak 9 malam (lepas Isyak), sampai kul 6 pagi. Subuh, lepak, sarapan dan berak sambil berehat di Seremban, kul 10 pagi naik komuter. 12 tengah hari sampai Masjid Negara. Kalau sabotaj stesyen pun, ada masa lagi untuk sampai ke Masjid Negara sebelum Zuhur. Sebab Zuhurlah time peserta demo bercantum. Memang meriah.

Habis demo selalu petang. Bergantung kepada kekuatan peserta untuk putus asa atau tidak. Demo Melayu ma.. gua jamin tak makan masa berhari2 punya. Nak rempuh FRU pun takut. Selalunya pukul 8 malam gua dah ada di Seremban semula. Lepak, makan, berak dan jamak, pukul 10 malam drive semula ke KB. Drive gilir2 la. 1 kereta kalau boleh ada 2 driver.


Kalau sangkut kat roadblock.

Nanti, kalau jadi, gua story la sikit2 bagaimana. Apa yang penting ialah, pastikan bahan2 demo / parti seperti baju, risalah, stiker kereta, etc tidak boleh dijumpai polis. Dan jangan mengaku kita adalah konvoi. Biar 1 kereta berisi ulama sangkut, takper. Janji 2 kereta lagi lepas ke demo. Dari 3-3 tak dapat pergi ke demo. Sesiapa yang pegang falsafah biar Islam kalah, asal ulama tak kalah, gua tampar laju2.

Selebihnya kita bincang kalau jadi lah. Insyaallah.

Amacam?

p/s : HEROICzero jika lu hadir, jangan pakai baju Man U. Paham. Abg2 FRU adalah anti Man U.

Mar 10, 2011

Catatan Peribadi 10 Mac 2011.

Oleh : AdukaTaruna

Jika diizinkan Allah, blog gua akan dirujuk oleh anak-anak gua. Baik ke abah dia, buruk ke abah dia, tetap abah dia gak. Tak maksum. Harap dia boleh pilih mana tauladan, mana sempadan. Sokong gua ikut tajuk. Jangan wala' seperti itik jawa. Jangan membuta tuli seperti babi.

Lama dulu, ada satu pembaca minta gua labelkan posting gua. Mana yang mengarut, dan mana yang ilmiah. Bercampur aduk. Tapi gua tak reti nak buat dan sebab gua pemalas ala2 Melayu, usaha gua ke arah itu tidak mencukupi. Maka, setelah hampir 3 tahun, N3 blog gua bersepah2 tanpa kategori.

Jadi, N3 kali ni adalah N3 untuk catatan peribadi gua. Untuk rujukan anak-anak gua. Lu orang pula, as pembaca, bolehlah kutip mana-mana yang baik, manakala mana-mana yang buruk lu tolaklah sendiri. Tak setuju, nak maki, maki jer kat sini. Tak perlu belasah gua kat luar. Insyaallah gua melawan punya. Tak payah sembang kalau lu jumpa gua, lu pun nak belasah gua la, itu la, ini la... jumpa dulu tengok. Melainkan gua terikat dengan niat tertentu macam kes Rusila tempoh hari.

Wallahualam.

Cerita 1.

Pada suatu petang, ketika gua bertugas, seekor burung Ketitir / Tekukur (gua tak kenal jenis burung) ntah dari mana ntah melayang rendah atas kepala gua. Macam susah nak terbang. Akhirnya tersungkur dalam longkang yang berair.

Gua ambil. Lap apa yang patut. Gua tak tau dunia burung. Member baik gua memang suka burung. Malah ada reban isi burung dan arnab. Dia cakap burung ni Ketitir. Budak lagi, so, tak bleh terbang.

Sepatutnya gua perlu lepaskan pada sarangnya. Tapi gua tak tau mana. Gua ask burung tu, dia buat muka kesian. Mata terkebil2 tgk gua. Gua kecek Klate pun tak paham, kecek luar pun tak paham. Nak gua lepaskan gitu sahaja, kompom org lain tangkap. Kalau kena makan kat kucing takper lagi. Rezeki kucing la. Kalau kena tangkap kek orang? Dah sia2 kena ISA. Gua dah rasa duduk lokap, gua tahu la siksanya. Walau secebis kalau banding tahap ujian Mat Sabu.

Last2, gua berijtihad, member gua simpan dulu la burung nih. Kemain la suka member gua nih. Dia bela dengan baik. Tidak gua nafikan. Bersama2 burung jenis BUKAN Ketitir / Tekukur.

Hampir 2 bulan selepas kejadian itu seingat gua, masa gua print baju bro C++, tiba2 terdengar bunyi burung. Bangsal tempat gua print dengan 'gok' burung tu sebelah2 jer.

"Weih Nal... tu burung yang gua tangkap dulu tu ke?"

"A ah."

Rancak bunyi burung tu. Bersambung2. Dan tiba2 gua terasa burung tu dah dewasa. Dia ada hak untuk bebas. Hak untuk mengawan, berkawan. Burung lain yang ada dalam tu adalah seekor burung ala2 pipit tapi warna-warni.

Nak gua minta lepaskan, ada sedikit segan sebab member gua bela dengan baik. Dia pun sayang burung tuh. Dari budak, sampai dah dewasa member gua jaga. Kena pula time tengah rancak berbunyi. Tapi gua perlu gedebe dalam menyatakan hak. Dalam terfikir2 cara untuk gua minta semula burung tu, gua bernazar sesuatu.

"Gua bernazar Ya Allah, sekiranya Lu __________, gua akan meminta burung itu. Sebab hati gua lemah, dengan kurniaan Lu yang demikian itu, dapat memberikan gua asbab membebaskan burung itu."

Cerita 2.

Kat rumah mak mertua gua, ada satu akuarium tersadai tak digunakan. Lama sudah bini gua minta izin gua beli ikan. Tapi gua tak izinkan. Pada satu malam di hari pasar malam, bila gua balik kerja jer, gua tengok... jeng jeng jeng......... ada sekumpulan ikan Pikok (macam ikan laga) dalam akuarium.

"Siapa beli ikan ni dik?" Gua tanya adik ipar gua.

"Kak Long belikan (untuk adik)... cantik, kan?"

Malam tu, time tidur, gua cakap dengan bini gua, bahawasanya, sekiranya ada berlaku penderitaan kepada ikan2 tu, lapar kerana lewat diberi makan misalnya, bergaduh sesama sendiri misalnya, rasa teraniaya misalnya, maka dosa2 perkara itu gua yang tanggung sebab gua suami. Maka, gua tak redha sebutir zarah pun terhadap bini gua mengenai dosa dia yang gua terpaksa tanggung itu. Berubah muka bini gua.

Gua anytime boleh lepaskan ikan2 tu kat retak (jambatan) Pok Nik Lah. Tapi gua tak cukup kuat kerana membabitkan keluarga bini gua. Pasal ikan Pikok, sampai membuka jalan syaitan menghasut benci-membenci, payah. Gua perlukan reason yang kuat.

"Gua bernazar Ya Allah, sekiranya Lu __________, gua akan lepaskan ikan itu. Sebab hati gua lemah, dengan kurniaan Lu yang demikian itu, dapat memberikan gua asbab melepaskan ikan itu."

Cerita 3.

Berkali-kali bini gua mohon gua bawa dia ke demo jika ada. Gua ni jenis berfahaman leceh bawak pompan. Cer lu tengok pilem2.. time hero nak lari, time tu la si heroin jatuh tertonggeng. Ak' anaaa....

Memang gua tak benarkan, walau beribu kaum lelaki tunjukkan kepada gua bagaimana mereka membawa anak dan isteri ketika berdemo. Bini gua hanya memendam rasa. Gua tak tahu apa yang dia minta menggunakan hubungan peribadi dia dengan Penciptanya. Tapi, memang gua tak izinkan.

Gua hanya perancang kerdil.

Gua hanya perancang kerdil yang memang mustahil untuk berada di luar perancangan Allah. Sejak akhil baligh, dalam ketentuan jodoh gua, gua melukakan ramai pihak. Gua sedar, dan untuk memohon maaf pun gua rasa tak layak. Apa yang gua perlu buat ialah, menjaga amanah yang Allah berikan kepada gua, sebaik mungkin gua sebagai manusia.

Setahun lebih berkahwin, gua masih belum dikurniakan anak. Gua adalah perancang kerdil yang mustahil untuk berada di luar perancangan Allah.

"Lu mandul kot. Kah3..." Member gua wat lawak ngeri.

Nauzubillah... gua tak sure sama ada gua qualified untuk menerima ujian bahawasanya gua mandul ke tak. Tapi gua mohon kepada Allah supaya menghindari yang demikian itu.

"Gile lu.. nauzubillah.. maybe kalau Allah bagi gua anak skang, gua slow macam uma kot. Projek Langgar Hadi pun tak jadi lagi nih."

Bini gua jenis yang kitaran haidnya kelam-kabut. 2 bulan sekali, 3 bulan sekali. Payah gua nak tetapkan waktu subur. Pembolehubah yang gua jumpa setakat itulah. Dan setahun kemudian, Allah temukan isteri gua dengan Primrose Oil yang memberi sebab kepada kitaran haid yang tetap.

Gua mengira waktu subur bini gua menggunakan google. Siang tu gua jog. Malam tu gua dog.

Pendesak belakang tabir.

Dulu gua selalu bagitau uma, bahawa gua nak berjuang secara belakang tabir. Ala2 pondan gitu. Pasal takut sikit jer. Maybe 30%, tapi pasal malas muka jadi dikenali. Gua bukannya baik. Kalau berjuang dengan muka dikenali, gua payah nak korek hidung kat public, kena pakai jubah time main bola, etc. Plan gua sebagai perancang kerdil lah.

Akhirnya, Allah publickan gua dengan kes menghina Sultan Johor dengan word mampos. Selepas berakhir fasa komfius mencari sebab2, gua tidak menoleh ke belakang lagi. Dan cuba untuk istiqamah. Allah hulurkan asbab Songkok Putih dan muktamar, gua On dengan Edyes. Allah hulurkan asbab Batu Api, dan gua ditakdirkan ke Rusila bersama bro C++. Berlakulah satu peritiwa kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi mendedahkan diri kepada amanah.

Pendesak belakang tabir bukan sunnah kot.

Allah tunaikan nazar gua.

"Nal... gua nak bincang satu benda dengan demo."

"Ha..."

"Bla..bla... bla... bla..."

"Tahniah Jang. Tahniah.. Bereh kawe... nanti demo ghoyak la bilo demo nak lepaskan."

Alhamdulillah... segala puji dan sujud hanya untuk Lu. Kini gua diberikan reason yang kuat untuk melepaskan ikan2 Pikok ke sungai, walau kemungkinan gua melakukan jenayah biologi. Gua tiada choice.

Kini gua diberikan reason untuk meminta burung dan melepaskannya. Kini gua akan mengizinkan isteri gua mengikuti demo atas reason sejarah buat anak sulung gua. Isteri gua disahkan hamil sebulan lebih.

Anak sulung gua akan hadir demo BERSIH 2.0 ketika masih dalam kandungan! Jika Malaysiakini membuat kiraan 300 000 hadir, sebenarnya 300 001 orang.

Jika Allah izinkan, esok pada hari Jumaat, blog gua akan merakamkan detik2 gua dan isteri menunaikan nazar gua. Ianya akan ditatap oleh anak gua sendiri kelak. Ya Allah, semoga Lu mendidik anak gua sebagaimana Lu mendidik gua. Gua dididik dengan eksiden patah kaki, berbesi, motor yang tersadai berbulan2 pada malam plan gua cuba berlumba secara judi. Gua dididik dengan eksiden motor terbakar di conner Astro KL, pada hari pertama gua bertaruh untuk berlumba. Ahh... boleh buat buku untuk semua itu.

Dan gua tidak boleh menulis dengan gila2 jahat lagi. Tak tahu sampai bila gua bertahan, tapi gua akan cuba menaip sambil memegang tasbih kali ini. Maybe tulisan gua dah jadi macam uma. Atau lebih advance, maybe dah macam Saiful Islam. Weee....

Di kesempatan ini juga, gua memohon maaf kepada semua orang. Maafkan gua dalam bab silap dan salah. Doakan yang terbaik untuk gua. Gua hanyalah perancang kerdil. Thanks Allah. Terima kasih semua.

Hadi merelevankan Ketuanan Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Gua nak tulis panjang dan detail, tak berapa cun la. Sebab gua masih belum sembuh. Tapi gua nak ajak lu orang fikir. Fikir dan timbang sendiri. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Pernahkah anda melihat benih lalang yang terapung2 di udara? Ke hulu benih itu melayang, ada sebab2 yang menyebabkan Allah mentakdirkan sebegitu. Allah tidak membuat sesuatu itu dengan sia-sia. Ke hilir semula benih itu melayang kembali, juga menpunyai sebab. Di mana benih itu mendarat, hidup atau mati, semuanya mempunyai sebab. Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang berfikir. Amin.

Begitu juga dengan takdir peristiwa PRK untuk PAS. 3 kali berturut2. Memperlihatkan kejayaan UMNO mempengaruhi Melayu dalam isu Ketuanan Melayu. Bagaimana ianya bermula?

1. Skandal pertemuan gelap yang tercetus. PAS berlutut berjumpa UMNO, tapi guna alasan mendengar tawaran. Pelik. Nafi menggila babi dan ugut nak saman. Tapi kantoi. Heret Majlis Syura. Jangan tanya anda selaku 1 juta ahli PAS. Anda berjuang guna pembolehubah undi, bukan pembolehubah bersugi dan solat malam.

a. Jika 1 adalah markah tidak mendatangkan kekeliruan, kemarahan pengundi, manakala 5 adalah markah yang sagat2 keliru dan sangat2 marah, berapa markah yang anda bagi?

2. Idea UG dari Hadi yang dimanfaatkan UMNO bagi membentuk persepsi UG itu adalah gabungan PAS-UMNO. Ianya terus merebak dan marak sehingga kini. Jangan tanya diri anda sebagai 1 juta ahli PAS. Tanya 60% dari 27 rakyat Malaysia.

a. Apakah keperluan idea UG itu dilontarkan sebenarnya? Sejauh mana perlunya idea itu dilontarkan. Jika 1 adalah tidak perlu dan 5 adalah sangat2 perlu, berapa markah yang anda bagi?

b. Sejauh mana homework, detail, follow up yang dilakukan Presiden PAS selepas lontaran yang mencetuskan kekeliruan yang maha dasyat? Hanya siri penerangan yang dilakukan di London. Takut dibuat di Malaysia? Hanya tuduhan ahli PAS malas membaca diambang pemilihan muktamar. Jika 1 adalah markah lemah bagi tahap penjelasan UG, dan 5 adalah markah bagi kekuatan penjelasan UG, berapa markah yang anda bagi?

3. Pernahkah Presiden PAS mohon maaf kepada pengundi atas segala kekeliruan, segala kebodohan, segala keegoan, kekasaran kumpulannya selama ini?

Mengapa Allah takdirkan semua ini? Perencanaan Allah vs menghalang perencanaan Allah, muktamar dikatakan dibuat sejurus selepas demo BERSIH. Adakah bertujuan mode refresh selepas demo itu berjaya memadamkan tekanan kehinaan kepada kumpulan Presiden PAS?

Berbalik kepada cerita benih lalang yang setiap gerakannya mempunyai sebab, gua juga sedaya upaya gua menyerahkan gerakan Langgar Hadi kepada Allah. Bunyi mcm poyo, gua nak tulis pun segan. Tapi, blog gua, kan... gua just share. Setuju, setujulah.

Mac sudah masuk hampir setengah. Takdirnya gigi gua plak kena oprate. Sembuh cepat, cepatlah projek ni terlaksana. Tapi kalau Allah nak tangguhkan atau tak kasi langgung, semudah kunfayakun la. Semoga Allah tabahkan hati gua untuk tidak merungut. Amin

Akhir kata, semoga kita termasuk dalam golongan org2 yang berfikir. Amin.

Tiada judi di negeri UMNO.

Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.

lim kit siang 03"Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah,” kata Toh.

Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi.

Premis perjudian telah diharamkan sejak PAS menawan negeri itu pada 1990.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat kerana MCA dan Gerakan menggunakannya bagi memaparkan bahawa PAS cuba mengekang kebebasan bukan Islam.

Pembedahan gigi.

Oleh : AdukaTaruna
Sambungan Dari : Cerita Untuk Orang Gomen

Petang tadi, jam 2 petang gua dah sampai ke klinik gigi. Untuk menerima kesakitan kali ke 3. Minta2 settle la kali nih. Macam trauma plak gua nak hadap benda alah nih. Tengok signboard klinik gigi pun gua dah lemah dah. Ah... langgar tetap langgar beb.

Selepas dipanggil masuk, gua diminta ke sudut x-ray. Gigi gua di x-ray. Then, gua diminta baring kat kerusi pesakit tuh. Dr terus buat persiapan nak bedah.

"Tanya Dr... ni Dr nak bedah la nih?"

"Ya.."

"Tak perlu rujuk x-ray?"

"Tu dah siap."

Rupa2nya pilem x-ray dah siap. Dr tu tampal kat lampu, dan tunjuk kat gua keadaan gigi gua. Sepatah haram gua tak tahu. Ntah mana gigi, ntah mana tulang rahang, ntah mana medula oblongata.

"Ok dik. Pembedahan ni akan dikenakan caj RM50, yer."

"Ok.. (terima kasih BN)."

Then, gua dibius. Gusi bahagian depan dan bahagian belakang. Kat lelangit gua. Sakit wooo.... Gua dibiarkan kejap. Pastu Dr check gua sama ada sakit atau tidak dengan menekan 1 benda alah ke gusi gua.

"Sakit?"

"Tak. (alhamdulillah)."

"Sini? Sakit?"

"Tak."

Tangan gua pun merayap ke beg pinggang gua. Keluar hp China gua, dan rakam. Risau gak kampung Dr tu kat Rusila. Mau kena rampas hp gua nih. Mujur, Dr tu cool. Gua pun angkat gua punya ketiak, dan rakam. Seb baik hp China gua ada cermin kat bawah lensa. Nampak gua kat cermin tu, bermakna lensa tu tepat kat gua la tuh.

Rakam punya rakam, tarik punya tarik, gigi gua takmo berhijrah keluar dari sarung tulang rahang. Maybe Dr ni sopan sebab rakaman nih. Gua mula mencari pembolehubah.

"Gigi adik ni, macam dah sebati dengan tulang la."

"Sepatutnya, masa eksiden dulu, buang terus gigi ni." Sampuk nurse.

"Kita terpaksa trim tulang rahang adik."

"Kita potong sket tulang gusi ni."

Ah... sudah. Gua lelap mata. Takut tengok peralatan untuk potong. Dengar bunyi dah macam mesin grander dah. Bila kena jer tulang gusi gua.... tu dia.... sakit + ngilu+ Sembilu+Janji Diana. Semua ada lah. Sodap lak ai... Terus gua tak mampu nak rakam dah. Simpan hp dalam beg balik. lelap mata, bina AI otak gua bahawa gua di pantai bersama gadis2 seksi. Weeeee.....

Adakala teringat saat2 Man U dibelasah...
Adakalanya imbas semula saat2 Barcelona menganjingkan pasukan EPL, Arsenal.

Pendek cerita, gigi gua berjaya dibuang. Dr cakap, yang tajam2 ni bukan gigi, tapi tulang.

"Ok. Gigi dah dibuang. Yang tajam2 ni bukan gigi yer. Tapi tulang."

Ah.. sudah.. jangan tajam tulang tu menyebabkan gusi gua bengkak sudah... satu lagi episod sakit. Fobia bai...

"Skang kita jahit. Nurse.. bawakan mesin jahit Singer."

Tak lah. Gua plawok jer. Then, proses jahit. Sempat gua nampak mata kail. Sah.. Dr ni jahit gua guna mata kail. Ni kalau mata kail ni lekat kat bibir gua, mau Dr ni kena jackpot kek owner kolam pancing nih. Settle jahit, Dr bagi gua date untuk buka jahit.

"MC nak?"

Gile ke apa tak mau. Gua angguk. Mulut tak bleh cakap. Gua rasa ada api duduk dalam. Mata dah berair dah. Tahan sakit. Ada sedikit naluri untuk menari shuffle kat situ.

"Tunggu kat luar. Bayar kat kuanter. Nanti ubat ambil kat farmasi sana, yer."

Gua angguk lagi. Mulut penuh dengan 'gos'. Cam tu kot ejanya. Ala... mcm kapas la. Dalam bentuk kain.

Gua seluk beg, keluarkan 3 set artikel gua. Letak kat atas meja Dr. Masing2 ambil la sorang 1. Mudah2an ianya membantu kita mempunyai sudut fikiran kedua.

"Apa ni?"

"Ha hi hal."

"Ha?"

"Ha hi hal."

"Apa tu?"

"HA HI HAL!"

"Oooo... artikel."

MC tak MC... walau dapat 2 hari, gua datang kerja gak. Sekali check temujanji, 15 Mac. Bongok punya Aduka. 15 Mac lu dekat Mahkamah Seremban la.....