Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 28, 2011

Anak pemimpin pusat UMNO masuk DAP.

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Baru gua faham kenapa mak gua marah.

Oleh : AdukaTaruna

Tahu dan faham jauh bezanya bai. Sekadar tahu tak bermakna faham. Tapi kalau faham, jauh terasa dari tahu. Pergh... macam ayat Mama Juwie la plak.

Mase kekecik dulu, gua n akak gua selalu 'bergayut' (berdiri atas besi bawah pintu pagar). Pastu zoom! main tutup-buka. Pergh... rasa macam main funfair gua cakap lu. Time tu dah rasa cukup gedebe dah. Aksi tahap stuntman omputeh.

Tapi kalau nampak kek Cikgu Ton (mak gua).... mau tak cukup tanah gua lari. Berat tu hukuman bergayut kat pagar. Bawah sket dari hukum neraka kalau lawan ulama antarabangsa jer.

Selama ni gua cetak baju guna meja kayu bai. Haha. Aneh giler. Kalau kena nak fit design yang lebih dari 2 warna, mampos sket la. Skang, alhamdulillah. Gua dah mampu buat meja besi. Insyaallah, lepas ni masalah untuk fit-kan warna akan mudah.

Tapi mahal woo besi... seb baik buat sendiri tu. Baru gua faham kenapa mak gua marah gua jadikan pintu pagar rumah gua as funfair dulu.

Skandal gelap blogger biadap.

Sumber : ISA


Menurut Ketua Dewan Ulama Bloggers, Ustaz Wan Xi, skandal gelap mereka telah mendapat perkenan Majlis Syura. Timbalan Presiden pula (lelaki sebelah lelaki berbaju pagoda) menyatakan mereka hadir untuk mendengar tawaran UMNO.

Presiden (berbaju pagoda) menafikan bahawa beliau terlibat.

"Tidak. Tidak. Saya berada di London."

"Bagaimana dengan gambar, Tuan Presiden?"

"Jangan biadap. Biadap hukumnya rampas dan tampar. Dari Abu Hurairah ra.. kola bla bla bla..."

Feb 27, 2011

Melayu Hutan tak tau Nik Aziz sembah Kamal Artartuk.


Najib kalung bunga di makam Bapa Sekular Dunia, betui ka Zul Kulim pun ada ?

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]


Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki

Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]

Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

Sumber : PASPB

Feb 26, 2011

Demo BERSIH Jun ini : Gua sahut seruan Tantawi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Tantawi

1. Jalan raya gua dah anggap isu Tukar Tiub. Sinonim. Tukar Tiub plak ada ramai blogger. So, gua nak tengok Tukar Tiub dan budak2 dia kempen kaedah jalan raya untuk BERSIH.

2. Gua ada 6 adik-beradik, belas sepupu sepapat, ratus kawan. Gua peruntukkan RM30 untuk sms mereka memberitahu betapa pentingnya jalan raya untuk demokrasi.

3. Gua mungkin naik keretapi dengan budak2 Kelantan. Rancang perjalanan anda dengan rapi. Datang sehari lebih awal, kerana malam sebelum demo pasti akan ada roadblock besar-besaran, pengangkutan awam yang 'delay', etc.

4. Sape pakai baju kuning (tak kira BERSIH atau tidak) semasa perjalanan, bawa dalam beg, etc, gua isytihar bodoh nak mampos. Baju kuning kena lipat dan masukkan dalam spender. Wanita tak payah pakai baju kuning la senang. Kalau nak jugak kuning, just pengikat kepala jer.

5. Port berkumpul masih belum diumumkan lagi. Tapi gua syor, kepada yang berkeluarga, terutama wanita dan awek2, pilih port Masjid Negara, kalau itu antara port yang diumumkan. Walau Masjid Negara akan dikunci, dimatikan air dan aircond, tetapi pengalaman lepas, rakyat berjaya merempuh masuk. Lagipun ada banyak tandas di sekitar, dan berada dekat dengan stesen LRT / keretapi.

Jika berlaku apa2 yang membuatkan berpecah, boleh naik LRT, dan turun di KL Central. Berkumpul semula di sana.

6. Jika port berkumpul di Masjid Jamek, pastikan anda tidak berada di dalam kawasan masjid. Ia umpama perangkap bubu. FRU kepung pintu depan sahaja, sampai besok pun lu tak boleh keluar. Keliling semua sungai, ma.

7. Hasrat gua nak jumpa uma buat kali terakhir tak kesampaian. Dia dah lari awal2 ke Ireland. Takper.. gua jumpa lu orang jugak. Sila gantung nickname lu orang guna manila kad kat leher. Senang gua nak tegur. Haha. Maybe kita port dengan Chegubard n SAMM.

8. Kepada yang baru (yang lama pun),

a. Sila bawa air mineral, garam, dan gula2 yang bermentol / berangin. Hack ke, mentos ke.

b.Pakai kasut sukan atau safety boot. Jangan ngengada nak pakai selipar or kasut tumit tinggi plak. 

c. Umumkan kehadiran anda kepada rakan2 atau saudara-mara. Nanti kalau lu hilang, senang rakan or sedara-mara nak backup. Selalunya, kehilangan akan disemak dengan Unit Amal. Dia ada database siapa yang ditangkap. Kalau lu tak tahu siapa lu nak hubungi, lu email gua adukataruna2008@gmail.com or FB gua di AdukaTaruna. Gua akan minta SAMM tolong sahkan status. 

Kalau gua pun kena tangkap, sahabat2 dan saudara-mara yang ingin mengetahui status orang hilang, bolehlah pastekan maklumat kehilangan di ruang2 komen dan shoutbox di blog2 politik pro Barisan Rakyat. Atau jika BERSIH menyediakan laman web khas, anda boleh memaklumkan di sana.

9. Jika anda ditangkap, jangan bimbang. BERSIH akan sediakan peguam percuma untuk anda.

10. Jangan bawa duit yang banyak, dan harta benda yang berharga. Kang ada plak yang turun demo ala2 wanita UMNO melaram barang kemas di perhimpunan agong kang. Pastikan duit stanby berada bawah tapak kaki, dalam stokin anda, atau mana2 tempat yang sesuai.

11. Pastikan kredit enpon anda mencukupi dan bateri enpon anda full. Bawa peralatan rakaman untuk catatan sejarah. Jangan bimbang, anda berada di luar zon Rusila.

12. Gua harap demo BERSIH akan dihadiri oleh KITA.

Demi menjilat Israel : Najib fitnah Qaradawi dan Ikhwan Muslimin.

Ketika era 911, demi menjilat US dan Israel, Najib pernah menuduh Sekolah Agama Rakyat yang berada di bawah Sultan Negeri adalah pembiakan pengganas.

Ketika era 911, demi menjilat US dan Israel, Mahathir menghentikan bantuan pusat terhadap Sekolah Agama Rakyat yang berada di bawah Sultan Negeri.

HEBAT MAT MONGOL



Oleh : Tukar Tiub.



nota:
untuk bodek amerika
mat mongol sanggup
basuh seluar dalam saifool kah kah kah



NAJIB BAYANGKAN IKHWAN PENGANAS DAN MENCURIGIA SOSOK QARADAWI


Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Melayu bodoh sokong ikut jenama dan sentimen.

Oleh : AdukaTaruna



Mengurangkan kuasa BN boleh memberi manfaat terbaik kepada rakyat. Bila kedua-dua pihak tidak boleh kuat kerana kita seimbangkan kuasa mereka, maka mereka tidak berani bertindak jahat. Malah berlumba2 berbuat baik untuk sokongan kita.

Untuk mendapat itu semua, kita perlu grab pengundi muda, manakala pengundi tua semakin hari semakin berkurangan. Pengundi muda pula boleh dicapai melalui internet.

Setiap orang ada peranan sendiri. Setiap sisi perjuangan sendiri. Gua pula memilih untuk menghapuskan doktrin bodoh Melayu yang memilih berdasarkan jenama.

UMBRO atau UMNO, ADIDAS atau PAS, PUMA atau ULAMA, Melayu memilih berdasarkan jenama dan sentimen. Bukan polisi, bukan keahlian.

Feb 25, 2011

Kenapa Keturunan Saud (Arab Saudi) selamat dari revolusi?

Oleh : Lelaki Ini.

Bro. 

Gua pernah kerja kat Arab Saudi lebih kurang 2 tahun. Area gua sekitar Jeddah,Tha’if, Makkah dan Madinah. Ibu negara Riyadh gua tak jejak. So mungkin pandangan gua terhad kat sekitar ni je la.

1.
Arab Saudi guna sistem monarki mutlak, bukan demokrasi berparlimen seperti Mesir, Tunisia, Algeria atau Palestin. Arab Saudi hanya boleh diperintah oleh keturunan Raja Abdul Aziz As-Saud, dan Al-Qur'an jadi perlembagaan negara.

Kalau negara demokrasi, pilihanraya adalah satu-satunya wadah. Kalau wadah dicabuli dan tak boleh dipercayai lagi, maka wadah revolusi dipilih untuk menggantikan kerajaan. That’s mean ada pengganti iaitu dari kalangan parti politik lain.

Kalau sistem beraja, lu nak guling melalui revolusi, then siapa penggantinya? Tentu dari kalangan kerabat yang sama, iaitu keturunan Saud. Tolak abang ganti adik?

2.
Sepanjang gua kat sana, gua tak nampak pape isu besar yang boleh membangkitkan pemberontakan rakyat.
  • Minyak murah gile
  • Sebesar-besar highway takde tol
  • Harga kenderaan murah tak hengat. Member gua selamba je beli Chevrolet lepas 2 bulan kat sana. Dah boring tukar Camry plak
  • Harga barang sederhana, ada mahal ada murah
  • Indeks jenayah menurun dari hari ke hari. Cuma kecoh sikit dulu pasal ancaman militan je la, lepas bangunan kat Riyadh kena bom
  • Gaji penjawat awam, sektor swasta dan professional tinggi beb. Kalah gaji gua yang kerja oversea masa tu, haha. Tu yang ramai nurse Malaysia kat sana, sebab gaji melampau-lampau tingginya
Hmm.. takkan rakyat Saudi nak bangkit sebab kerajaan haramkan wanita memandu kot?

3.
Sebenarnya kebanyakan penduduk di bandar-bandar besar adalah bukan orang asal Saudi. Kebanyakan diorang ni dari negara luar. Even kalau bangsa Arab pun, dari negara Arab lain.

Try masuk Hospital King Abdul Aziz. Ramai doktor dan nurse dari Lebanon, Mesir, Jordan, Malaysia, Indonesia, Filipina. Mai masuk tempat kerja gua plak. Tu dia 1Dunia berkampung kat situ.

Dari admin office, bawak ke factory, sampai ke construction site. Director, manager, engineer, QS, surveyor, technician, general worker. Semua dari Mesir, Lebanon, Palestin, Jordan, Bahrain, Itali, Turki, China, India, Pakistan, Malaysia dan Indon.

Main contractor Ben Laden Group, pengasas memang local Saudi. Tapi pekerjanya majoriti dari negara luar. Pendek kata, orang luar mendominasi bandar-bandar besar di Arab Saudi.

Biasanya revolusi dicetuskan, dimarakkan dan digerakkan oleh rakyat tempatan. Orang luar kalau berlaku pape balik negara memasing la beb.

Wallahua’alam.

Feb 23, 2011

Kapal perang Iran memasuki Terusan Suez.

KAHERAH: Dua kapal tentera laut Iran memasuki Terusan Suez menuju ke Syria untuk misi latihan yang dianggap Israel sebagai satu provokasi, menurut sumber terusan itu. - AFP

Gua diburu dosa nan silam : Mahathir

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
  • Mengganggu penyiasatan BPR
  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;
  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
  • Keretakan PULAREK; dan
  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
  • Kerugian RM15b Bank Negara;
  • Kerugian RM40 juta AIM;
  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;
  • Menutup sekolah agama rakyat; dan
  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Member dijumpai dalam FB.

Oleh : AdukaTaruna

Gua buka FB pagi tadi, ada member msg bagi page satu member lain. Dia kata ni page ni member lama gua. Pak Wahad. Sudut gambar ini, iras2 arwah abah gua. Dengan janggut, dengan sengeh, dengan kopiah. Hehehe..

Gua memula ingat ejaannya ialah Wahab. Pak Wahad inilah saksi utama kejadian gua di Rusila lepas. Dia juga turut berada di tingkat 1. Beliau baik orangnya. Tetapi sedikit penakut (tafsiran berdasarkan tangan menggigil apabila menulis nama gua di depan gua). Tidak berlaku body contact antara gua dengan dia kecuali bersalaman.

Yang berlaku ialah kutbah dia yang menjelaskan gua masuk neraka apabila menentang ulama yang diiktiraf antarabangsa. Pak Wahad juga menjelaskan dia tidak tahu bab2 internet nih. Malah tak tahu pun gua siapa. Tapi hari ini, sudah ada FB atas gambar dia. Wallahualam. Jika benar dia, satu perkembangan yang bagus.

Gua duduk atas sofa bersebelahan dia, dikelilingi oleh ramai lelaki dewasa di dalam bilik tingkat 1, tidak termasuk yang berada di luar sambil mengintai2 di tingkap. Depan gua terdapat satu handycam atas tripod yang merakamkan gua.



Tolak AK47 jer. Kalau ada 2 orang pegang AK47 kat belakang gua, dengan handycam kat depan, sebijik dah macam Islam yang memilih wadah militan.




"Dengan ini, saya menyeru, kesemua pasukan PAS Reform, supaya berundur dari Terengganu. Saya juga meminta semua buku Menuju PAS Baru diharamkan dan dibakar. Saya diberikan tempoh 48 jam untuk itu, jika tidak, saya dipancung sampai mati."

KDN rampas kartun Utusan Malaysia.

23 Feb. Kuala Lumpur - Kira-kira 20 orang Pegawai Kanan Berkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat Utusan Malaysia dan merampas kesemua naskah akhbar itu pagi ini. Ketua Editor Utusan Malaysia, walau bagaimanapun menolak permintaan untuk dibawa soal-siasat di pejabat KDN Selangor.

Menurut Pengarah KDN Selangor, seramai 20 orang pegawai terlibat dalam tindakan rampasan ini, termasuk enam dari pejabat Shah Alam dan dua dari pejabat Putrajaya, diketuai Pegawai Kanan Berkuasa dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Nor Sadzilah.

Ketika ditanya apakah kesalahan yang dilakukan Utusan Malaysia, beliau berkata, kartun ini tiada kaitan dengan Najib dan Rosmah.

"Tidak, tidak. Kartun ini tiada kaitan dengan Najib dan Rosmah."

"Jika begitu mengapa dirampas?" Soal wartawan luar.

"Err... err...."

Dalam pada itu, Setpol Presiden PAS menyokong tindakan merampas kerana beranggapan Utusan Malaysia biadap dan tidak berakhlak.

"Mereka melukis kartun itu tanpa memakai selipar."

 Agensi Berita fakap.

Feb 21, 2011

Gua rasa kecewa Bob Lokman tarik diri Raja Lawak.

Oleh : AdukaTaruna



Mula2 sekali, gua respek la.. hak dia dalam kerangka demokrasi, ma. Lagi satu sudut, hati manusia Allah pegang. Tapi gua nak share jugak yang gua kecewa bro Bob tarik diri.

Pada gua, jika bro Bob terus berjuang dalam seni yang gua bagi istilah seni dalam dunia perdana, bro Bob mengekalkan status bro Bob as selebriti n populariti. Jika ada satu manusia cerdik yang meminati industri seni, ada 100 juta Malayu bodoh dalam industri itu. Secara perumpamaannyalah.

So, moga2, dengan kelibat bro Bob dalam industri itu, dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada Melayu bodoh mengenai apa yang bro Bob faham baru-baru ini. Hasan Al Bana pun masuk disko, ma..

Pendapat gua, kalaulah semua orang macam bro Bob, yakni menjauhkan diri dari golongan2 yang perlu dibantu, yang perlu dicilok perhatian mereka ke arah kefahaman Islam, maka, semakin malanglah golongan yang malang. Bimbang pula mereka menjadikan kejauhan orang2 yang mendapat petunjuk itu dari mereka sebagai hujah mereka tidak disampaikan pesan2 agama di akhirat kelak.

Pendapat gua, alangkah cantiknya, bro Bob terus berjuang dalam seni medium perdana, dengan matlamat yang baru, matlamat hidayah yang Allah berikan, untuk menjadi perdebatan di kalangan peminat industri, untuk menjadi hujah di kalangan peminat industri. Bro Bob perlu tunjukkan kepada kami apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam medium seni perdana.

Medium industri seni perdana terlalu besar, bro. lebih besar dari medium Facebook. Capaiannya kepada Melayu sangat dalam dan sangat efektif. Apa pun, gua doakan terbaik untuk lu.

Bila Keling Paria membela Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Selepas si sepet tak sunat Lim Guan Eng dikenakan ISA kerana membela wanita bawah umur Melayu yang dirogol Ketua Menteri Melaka UMNO, Rahim Thambi Chik, kini si Keling Paria pula menuntut inkues terhadap kematian Melayu.


Oleh: YB MP Kapar



Media Alert : Penyerahan MEMO bersama Ibu arwah Hairul kepada KPN di bukit aman, 1130pagi, 21/2/2011

Bekas IGP kata Setiap Kematian dalam Tahanan Polis harus diadakan Inkues, tapi cakap hanya cakap…
Dahulu punca Kematian Tahan adalah akibat Serang Jantung, Kini TIGA KEMATIAN PUNCANYA ULCER






Hairul Amri 26, di dapati meninggal dunia sewaktu berada dalam tahan polis di Kuala Selangor pada 17 hb Februari hanya selepas tiga hari beliau di tahan polis. Hairul diadakan ditahan polis kerana disyaki melakukan kecurian. Beliau juga telah mengadu kesakitan perut yang seperti biasa mendapat layanan yang paling memuaskan dari pihak berkuasa.



Ibu arwah Hairul memberitahu bahawa pihak polis enggan memberi jaminan kerana dia kini disyaki mengambil Ganja. Aneh serta pelik pihak polis menahan untuk kes kecurian tetapi mengubahnya ke kes dadah. Hairul dikatakan telah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan kencing pada 16 hb Februari tetapi pada 17 hb Februari awal pagi beliau mengadu sesak nafas mengikut seorang rakan dalam tahanan.

APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL atau DALAM TAHANAN selepas pemeriksaan Kesihatan ?

Seorang Remaja, 26 yang Sihat ditahan kerana kecurian didapati mati hanya selepas 72 jam? Adakah betul beliau seorang penagih dadah? atau ada apa-apa yang tersirat di sebalik nya?

Kenapakan Pihak Polis enggan mengadakan inkues untuk setiap kematian dalam tahanan ? Kenapa pula pihak kerajaan Terus menyokong pembunuhan dalam tahanan?

Calon hilang : Jangan sampai fatwa haram muslimah bertanding.

Oleh : AdukaTaruna

Ketika zaman kegelapan melampau Malaysia dulu, UMNO menubuhkan pemuda tahan lasak yang berfungsi as gangster. Calon2 muslimah berada dalam waqi (suasana) terancam. Maka, ulama telah mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita bertanding, berdasarkan pembolehubah semasa.

Kini, kadar kegelapan ada sedikit berkurangan, di mana, fatwa itu telah dimansuhkan. Calon wanita boleh menjadi calon dengan beberapa syarat yang digariskan. Termasuk berkempen dengan iringan yang berfungsi menyelamatkan calon wanita itu dari fitnah dan bahaya.

Contoh Cikgu Normala berkempen dengan diiringi suami, muslimah, jemaah dan kumpulan sokongan Pakatan Rakyat. Ianya boleh melindungi satu2 calon wanita itu dari sebarang bahaya.

Apa yang mendukacitakan, dari laporan media internet, calon muslimah pro-M berkempen tanpa iringan kumpulan setiap ketika. Tiada kumpulan sokongan lelaki, tidak ramai kumpulan iringan wanita. Dan dibenarkan bersendirian ketika membeli topup. Dan, kejadian hilang pun berlaku. Kalau hilang di masjid Rusila, gua boleh teka. Mesti berada di Tingkat 1.

Cadangan.

Jika kesemua pihak terlibat berasakan ianya sesuai, gua mencadangkan, satu badan bukan parti politik secara mutlak, seperti SAMM atau Unit Amal, menyediakan perkhidmatan iringan kepada setiap kempen calon muslimah dan wanita kepada bukan Islam, yang bertanding di university2.

Sentiasa berkamera (kecuali di Rusila), dan sentiasa berkumpulan.

Wallahualam.

Siapa boleh bantu lengkapkan teori nih?


Skang gua nak tulis dalam omputeh plak. Sambil pegang tasbih.

Just imagine, it's a BIG if or just another a coulda should woulda story@theory lah, tapi cuba la kita bayangkan kita di perhimpunan raksasa di seluruh tanahair Malaya masa tu. A la perhimpunan rakyat menentang Union Jack lah kot. Atau BERSIH atau anti ISA?

Eventually, seorang ustaz (Melayu panggil ulamak) berucap ala TGHH di Rusila tu (gamaknya lah) di podium atau padang yang dikerumuni ratusan ribu orang pelbagai bangsa Malaya masa tu. Beliau terus berpesan kepada audien@kita seperti di bawah:  


Egypt revolution unfinished, Qaradawi tells Tahrir masses

 

Leading Islamic theologian Yusuf al-Qaradawi returned from Qatar to rally hundreds of thousands at Tahrir Square today in his first public speech since 1981.

“Don’t let anyone steal this revolution from you – those hypocrites who will put on a new face that suits them,” he said, speaking to at least 200,000 who gathered for Friday prayers in Tahrir Square, the epicenter of Egypt's uprising. “The revolution isn’t over. It has just started to build Egypt … guard your revolution.”

Raise our flag, eh? Yeah like he cares that much?

Lu olang ingat:
  1. Tunku Abdul Rahman & UMNO akan berkuasa & perintah negara melalui PRU1 sehingga kini?
  2. Siapa berkuasa sebenarnya, rakyat @ pejuang revolusi atau pemimpin yang selama hari sebelum revolusi tu hanya tahu menyundal@sekongkol dengan kerajaan penjajah & proksinya?
  3. Agak-agak UMNO dulu lagi adalah "those hypocrites who will put on a new face that suits them" ??
  4. Agak-agak lu TGHH boleh ke berjaya pimpin kebangkitan rakyat (kecuali Rusila dia lah) a la Mesir vs Hosni Mubarak?
Say what u wanna say... please be my guest!

Feb 20, 2011

Menuju PAS Baru vs Mengekalkan PAS Lama

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Alhamdulillah... tq Allah kerana menyediakan situasi sihat sebegini. Gua memang suka macam ni bai. Buku dibalas buku. Kaset dibalas kaset. Walaupun sebatang zakar ulama pun tidak muncul untuk berani menentang hujah Dr Mujahid secara berhadapan akan bukunya di pentas2 wacana, at least ada juga buku yang menjawab Dr Mujahid. Buku yang gua maksudkan ialah :

Menerjang Badai : 60 tahun mempersada perjuangan.

Tahniah kepada penulisnya, Riduan Mohamad Nor, kerana terjun dalam dunia perbahasan yang membantu pembinaan masyarakat intelek. Tanpa membaca buku itu lagi, secara nakalnya, gua memudahkan tajuk itu kepada perkataan seerti.

Melawan Tajdid : Pertahankan 60 tahun sebagai pembangkang.

Melawan Tajdid : Biar Islam kalah peringkat negara 60 tahun, asal ulama menang peringkat parti 60 tahun.

[2]

Lepas ni, gua sangat2 berharap akan ada wacana buku Menerjang Badai, dan dihadiri oleh penulisnya sendiri, dan disertai oleh Dr Mujahid. Cuma, tempatnya, kalau boleh, janganlah dibuat di Rusila. Bimbang pula DNA lelaki H akan berada di muka Dr Mujahid. Anda perlu tahu terdapat satu hukum Islam berkaitan dengan melawan ulama antarabangsa.

Sebenarnya, lama sudah gua nak ulas buku Menuju PAS Baru itu. Gua beli ketika menghadiri dialog bloggers bersama Kerajaan Kelantan. RM20. Gua ambil masa 3 hari untuk khatam. Gua ada juga terfikir untuk berpossing dengan buku itu bagi tujuan publisiti kepada rakan2 gua di kalangan student U dan golongan muda.

Memandangkan ada potensi damage terhadap hujah Dr Mujahid dengan publisiti oleh gua itu, kepada golongan jumud, gua lupakan ajer la. Allah mencipta satu sistem nyamuk lebih banyak dari katak. Katak lebih banyak dari ular. Lemah lebih banyak dari kuat. Bodoh lebih banyak dari cerdik. Konservatif lebih banyak dari tajdid.

Jika Allah tidak pernah mentakdirkan kemenangan total Islam itu, pada satu2 tempat; tercipta tajdid melalui pilihan undi jari, maka, ada asasnya mengapa kaedah langgar itu dipilih, walau dituduh bidaah dholalah atau biadap atau apa sahaja oleh golongan nyamuk / lemah / bodoh / konservatif / mengikut arus. IQ standard baka Melayu adalah rendah.

Cuma, semoga Allah munculkan 1 golongan masa hadapan yang membersihkan sejarah itu, tanpa membuang sisi-sisi salah pihak yang menang itu. Amin.

[3]

Tetapi, perkembangan muktahir ini, yang gua anggap ada kaitannya dengan perencanaan Allah terhadap hala tuju sebuah jemaah yang cuba berjuang demi perintah Allah itu, untuk satu-satu lekuk zaman, membuatkan gua bertambah yakin, dengan izin Allah. Dengan harapan Allah memberikan kita semua petunjuk, kita lakukan apa yang kita percaya, dengan apa yang terdaya kita. Setiap dari kita, sama ada dari sisi A atau sisi lawan kepada A, mempunyai Allah yang sama.

Gua akan cuba mendapatkan buku terbaru ini. Membacanya. Dan membandingkan dengan buku Dr Mujahid. Kemudiannya, akan memberikan ulasan. Insyaallah.

[4]

Pelbagai perkara menarik mengenai PAS yang Allah takdirkan menjelang muktamar. Hanya untuk golongan yang sentiasa mengharapkan Allah memasukkan mereka ke dalam golongan orang2 yang berfikir.

Rakan gua dari PAS Johor menyuarakan hasrat hatinya supaya Hadi dan kumpulannya kekal menang secara undi jari pada muktamar ini; jika Allah mentakdirkan PRU13 sejurus selepas muktamar PAS. Hadi dan kumpulan harus memikul taik2 mereka dalam keputusan PRU13 itu.

Mungkin sesuai dengan hadis, Allah akan timpakan kehinaan kepada orang2 yang tidak layak, tetapi tetapi tetap mahu memegang amanah. Mungkin kehinaan itu datang dalam bentuk jatuhnya Hadi dan kumpulan melalui revolusi, bukan undi. Berasbabkan dari keputusan PRU13. Sesuai dengan sunnah Allah terhadap setiap kepada pembaharuan dalam Islam. Wallahualam.

Rakan gua dari PAS N9 pula memberi satu khabar yang berlegar di sana. Yakni Hadi dan Nasha dikhabarkan tidak bertanding. Sebagai manusia, gua dan rakan tidak percaya sungguh. Tapi, hati itu milik Allah. Mungkin mereka digerakkan Allah untuk solat istikarah terhadap apa yang berlaku.

[5]

Bercakap soal solat istikarah, bimbang dengan kemampuan Melayu menetapkan falsafah, gua mengsyorkan lu orang melakukan solat istikarah atas falsafah :

Benarkah dalam lekuk zaman semasa ini, Hadi tidak layak memegang amanah seperti mana amanah yang dia pertahankan itu?

Bukannya seperti ini :

Antara Hadi dan AdukaTaruna, siapakah yang layak memegang amanah? Bodoh gile Melayu nih.


[6]

Buka otak Melayu anda, dan mari kita belajar dari takdir Allah. Semoga Allah masukkan kita dalam golongan orang2 yang berfikir.

Allah mentakdirkan, kumpulan Islam itu jatuh atas asbab akhlak pemimpinnya. Rasuah, maksiat dan kekejaman. Khalifah Islam terakhir di Turki jatuh akibat itu. Jika kita berada dalam zaman itu, mungkin kita semua akan menyokong Kamal Ataturk. Akibat kesialan, kezaliman khalifah Islam ketika itu. Gua mudahkan untuk lu orang.

Pembolehubah 1: Kumpulan Islam
Pembolehubah 2 : Tanah majoriti orang Islam, termasuk Islam munafik.
Sebab jatuh : Akhlak pemimpin Kumpulan Islam.
Kaedah jatuh : Revolusi. Bukan undi jari.
Yang menggantikan : Kumpulan Bukan Islam (KBI) termasuk Islam munafik.
Contoh : Khalifah Islam Turki jatuh digantikan Kamal Ataturk.

Dan sebelum berlaku revolusi Islam di peringkat satu2 negara, berlaku dulu revolusi dalaman kumpulan Islam itu. Dan berlakunya revolusi dalaman, bukan pula atas asbab akhlak pemimpinnya, tetapi atas asbab falsafah. Gua mudahkan untuk lu orang.

Pembolehubah 1: Kumpulan Islam
Pembolehubah 2 : Kumpulan majoriti orang Islam.
Sebab bangkit : Falsafah pemimpin Kumpulan Islam yang lari mengikut satu2 lekuk zaman.
Kaedah Bangkit : Revolusi. Bukan undi jari.
Yang menggantikan : Pemimpin Islam yang Allah takdirkan untuk satu2 lekuk zaman.
Contoh 1 : Marakbar Asri berlaku akibat falsafah. Hanya sedikit mengenai akhlak.
Contoh 2 (mungkin) : Marakbar Hadi berlaku akibat falsafah. Hanya sedikit mengenai akhlak.

Kita buat apa yang kita faham. Kita serahkan kepada Allah. Walau bertembung dengan pelbagai tajuk, kita semua tetap mempunyai Allah yang sama. Biarkan Dia jadi hakim, biarkan Dia jadi pengarah.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Feb 19, 2011

Debat kulup dengan cikgu songkok tinggi.

Oleh : Kulup Sakah

"Kita mesti bersatu. Melayu semakin tergugat sekarang." kata Cikgu Kama, guru besar sekolah yang juga rakan sepermainan sejak kecil. Pandai menyelit-nyelit akhirnya dia memegang jawatan setiausaha pemuda parti songkok kat kampung. dia dengar dari kawan-kawan yang aku ada blog dan kuat melawan, lalu satu hari dia datang ziarah membawa hajat.

aku : melayu umno ke tergugat? melayu lain aku tengok biasa je...yang susah tetap kena kerja, yang senang pun kena berhempas pulas dalam ekonomi yang teruk ni...cuma puak atas tu je yang gelabah.

dia: kau tak sedar ke lup, cina keling sekarang makin naik mua..mintak macam-macam. sampai hak istimewa melayu pun dia nak sentuh!

aku: hak istimewa apa yang kau rasa sebagai melayu? beli rumah dapat diskaun? atau biasiswa belajar kena bayar balik? yuran sekolah percuma? kah kah!

dia: kau tengok penang dia dah halau melayu semua..

aku: tanah rezab melayu tinggal tak sampai 5% sebelum mac 2008 kau tau? masa tu kerusi umno paling banyak tapi bangang pi bagi gerakan pahal?

dia: emm...er...tengok kampung buah pala..

aku: itu kes peninggalan BN..buat pa pi jauh-jauh? meh tengok kg.berembang, kg.chubadak, kg.bandar dalam, kg.kerinchi sampai kg.baru pun dah tergugat. sapa punya kerja?

dia : (terdiam) tapi kita kena berpadu. masalahnya nik aziz ni pengacau, haji hadi dah setuju dah..

aku: kan nik aziz kata dia setuju dengan syarat umno terima islam sebagai ad-din?

dia : yalah...slow-slowlahhh...nanti kita ubahlah dulu..yang penting bersatu dulu..aku pelik ngapa Pas sanggup gadai agama bergabung dengan DAP?

aku : maksud kau kerjasama umno-MCA rompak PKFZ tu bagus?

dia : eheh...taklah tu, Perak masa Nizar jadi MB habis tanah bagi cina sampai beratus tahun pemilikannya.

aku : cina miskin, melayu india miskin pun dapat jugak...yang genting, langkawi, pangkor tu cina kaya dapat macamana? seorang kaya dapat tanah yang luas.beratus tahun jugakan?

dia : ya..tapi kita jangan ulang lagi kesilapan tu..kita kena ke depan..bersatu! islam akan teguh kalau melayu kuat.

aku : hadis mana tu? hihi..

dia : ya Lup, kalau melayu kuat islam akan kuat!

aku : cina dan india islam nak duduk mana?

dia : kita jaga kepentingan mereka..

aku : Kama, 50 tahun malaysia merdeka takde sesaat pun kerajaan lain memerintah selain umno. sepatutnya melayu makin kuat dan tak tergugat di bawah perjuangan melayu umno. kaum lain pun akan kagum dengan kekuatan melayu dan kemantapan islam jika umno buat betul2. mengapa setengah abad makin lemah? umno buat apa?

dia: itulah aku cakap, kita kena bergabung untuk menguatkan semula yang lemah. cina india dah makin mencabar.

aku: ye ke? Soon Kooi tauke welding tu dah turun temurun niaga, kedai selvam pun sama. adakah depa mencabar? depa nak meniaga dengan amankan? hei kama dengar sini betul-betul. takde satu kaum pun atas dunia ni boleh bersatu termasuk yahudi. semuanya berpecah-pecah kerana ada fahaman masing-masing. itu realiti. manusia hanya akan bersatu jika ada kepentingan. melayu-india-cina yang di atas bersatu padu merompak melayu-india-cina yang di bawah. kau ni dipermainkan oleh mereka yang mahu mempertahankan kuasa yang terhakis. tapi jika keadilan dibagi betul2, semua rakyat berbilang kaum akan aman dan cintakan negara ini.

dia: aku cuma tak mau melayu tergadai di tanahair sendiri, macam singapore..lepas tu penang..

aku : singapore, presiden umno yang bagi kat kuan yew. hei kama! dengar lagi..dalam dunia sekarang termasuk di malaysia hanya ada DUA KAUM saja.. KAUM PEMODAL dan RAKYAT. malaysia ini sebenarnya diperintah oleh KAUM PEMODAL alias kapitalis. bukan BN atau PR. itu cuma wayang saja wal hal merekalah di belakangnya. mereka akan tengok dasar kerajaan yang mana akan menyebelahi dan menguntungkan mereka dan mereka akan bantu melabur kemenangan kerajaan yang akan menyokong mereka. kerajaan yang memerintah akan tunduk akur dengan mereka kerana mereka ini adalah bank. aku setuju kita berpadu tapi bukan dasar kaum melayu atau apa-apa. aku bersetuju bersatu sebagai 'kaum rakyat' yang terdiri dari melayu-cina-india-kaum lain untuk menumbangkan kapitalis. mereka telah goyang dengan kebangkitan rakyat dan kerajaan yang banyak termakan budi dengan mereka juga sedang ketakutan lalu isu ketuanan terhakis dimainkan..bla..bla..

dia termenung, tak fahamkah atau sedang cuma memahami permainan silap mata politikus yang aku cuba bongkar..ketika kawan-kawan kedai kopi aku yang kerja biasa2 boleh faham, cikgu besar ni amat slow otaknya....

dia terhangguk-hangguk macam faham tapi dengan perlahan dia berkata," kita kena bersatu juga demi melayu.."

LANTAK KAULAH!

kami pun blah pergi menahan jaring kat sungai Batu 7.

Allah takdirkan Ustaz Idris sanggah Presiden PAS.




PAS bukan parti politik. PAS adalah badan Islam. PAS tidak boleh gadai prinsip untuk menang pilihanraya - Penegak Hadi 1.


PAS tidak akan menang kalau ramai yang masih tidak bersugi dan bersolat malam. - Penegak Hadi 2

"Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," sindir ketua penerangannya Idris Ahmad (kanan).


Sumber : Malaysiakini

Bangsa Melayu adalah bangsa yang hina.



Ketuanan Melayu..... pundek!

Feb 17, 2011

Kerusi PKR : Kalau Hadi gagal, kenapa mahu kacau orang lain?

Oleh : AdukaTaruna

Secara puratanya, lebih banyak tajuk gua tak suka Azmin dari tak suka Hadi. Dalam isu terbaru, yakni kenyataan dari Azmin :

Azmin: PAS turut intai kawasan PKR



Memang sekali baca, menyebabkan gua meluat terhadap Azmin bawah tajuk menggunakan media untuk bantahan sebegini. Masih segar dalam kepala otak gua apabila Azmin menghentam Zaid KITA ketika pemilihan PKR dulu apabila Zaid menggunakan media.

Tetapi, jika kita berfikir dan sentiasa mengharapkan Allah masukkan kita dalam golongan org2 yang befikir, semua ini ada kaitan dengan takdir yang disusun Allah dengan 3 PRK di kerusi majoriti Melayu untuk PAS; ketika musim pemilihan.

Melalui hadis Muhammad saw, Allah berjanji, akan menghina, akan mentakdirkan kehinaan kepada orang yang mendedahkan diri terhadap amanah yang dia tidak layak. 20 tahun Hadi pimpin PAS, barisan kepimpinannya, PJ yang dilantiknya untuk setiap negeri, gagal sama sekali kawasan Melayu. Melayu negeri sendiri (Terengganu) pun gagal.

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:
”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

Kepimpinan Islam atau Keimpinan Ulama? Perkembangan terbaru ini, menyebabkan ulama lari apabila berhadapan dengan janji Allah. Kerana mereka mahu mengelak kehinaan, mereka sanggup :

1. Memberi cadangan boikot.
2. Memberi cadangan menyerahkan kerusi tradisi kepada rakan lain.
3. Merampas kerusi tradisi rakan.

Sejak bila PAS tertarik kepada kerusi bercampur? Di mana kerusi itu Melayu tidak berkuasa as majority?  Sejak bila? Inilah orang yang memusnahkan sistem kerana mahu mengelak kelemahan diri.

Satu ketika dulu, FAM berhadapan dengan kecaman menggila apabila prestasi bola yang teruk. Berhampiran pula dengan Kojohanan Piala Merdeka yang tertua di Asia. Kerana mahu mengelak kecaman, FAM memansuhkan Piala Merdeka selama beberapa tahun sehingga kini, Piala Merdeka hilang prestij.Ini manusia bangsat yang memusnahkan sistem kerana enggan mengakui kelemahan diri.

Mari kita lihat antara manusia2 bangsat.


Weih barua.... bila lu gagal terhadap kawasan lu sendiri, jangan nak jadi bangsat dengan merampas hasil usaha orang lain terhadap kawasan mereka selama ini. Haram jadah punya politikus.

Apabila perkembangan muktahir memperlihatkan PAS merudum di kawasan Melayu, menjelang pemilihan PAS, menjelang PRU13 yang bakal mencatitkan sejarah terhadap barisan pimpinan PAS yang bertanggungjawab, tiba2, mahu kacau hasil kerja keras orang lain?

Presiden sendiri hidup segan mati tak mau, PJ negeri gagal menjelaskan Islam kepada negeri yang dipikul, tup2 mahu tinjau2 kawasan golongan yang bekerja keras. Niamakahai lu..


Allah gua dan Allah Hadi adalah sama.

Jika ALlah izinkan, gua akan Langgar Hadi selepas Mac. Allah gua dan Allah Hadi adalah sama.Kita serahkan kepada Allah yang sama itu, siapakah yang benar.

Jika gua tidak layak dengan ujian berhadapan dengan Hadi, maka Allah akan menghina gua. Jika Hadi tidak layak dengan ujian2 yang gua dakwa selama ini, maka Allah akan menghina dia.

Keputusan pertama Allah sudah takdirkan. Allah mentakdirkan kehinaan apabila Hadi menengking gua dengan perkataan "Tak boleh, tak bolehlah!" sekaligus menyebabkan pengikutnya bangkit mengakasari gua, merampas barangan, memukul dan mengurung gua. Semuanya berlaku di depan mata Hadi.

Jika Allah izinkan Langgar ke 2, kita boleh lihat keputusannya. Jika Allah hina gua, gua tidak akan merungut, dan gua akan tetap mengakui bahawasanya :

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Feb 16, 2011

2 blogger PKR keluar parti.

Oleh : AdukaTaruna

Kesibukan gua menyebabkan gua terlepas banyak isu. Itu pun lepas baca dari blog Cenangau. MSK keluar PKR. Macam Cenangau, gua tak terkejut kalau MSK keluar PKR. Tapi terkejut kalau MSK masuk UMNO. Pada gua, MSK maybe boleh jadi macam Tukar Tiub. Dia condong kepada PKR tanpa beban baju PKR. Budak2 dia merata 1 Malaysia nih. Kalau MSK masuk KITA pun takda masalah, tapi, jangka panjang tu payah sket. Hujahnya panjang...

Selain dari itu rupa2nya 1 lagi blogger PKR, Cucu Mat Kilau keluar PKR. Blogger ni gua out sket. Sejak dia fitnah Saiful kena penyakit kelamin dulu, gua dah tak respek. Gua bab orang tulis macam tahu A to Z, luar dalam kain, tapi rupa2nya tak betul ni, gua tak ngam. Bukan gua sokong Saiful, tapi lu tahu la sikap gua.

Then, masa pemilihan PKR, tak silap gua, ada ura2 nak keluar PKR. Pastu lepas reda, dia nak saman Utusan Malaysia plak. Lepas tu keluar PKR sungguh. Macam sial la. Kecuali gua, rasanya takda 1 ulasan pun dari blogger lain pasal manusia jenis nih.

Lagi lagi isu yang gua try pikap ialah isu blogger PKR yang kena saman dek Rais anak Yatim. Gua ada baca sokongan Edyes. Dan gua sokong sgt2 perkara itu. Sebab gua sendiri pernah melaluinya. Maybe lebih teruk. Gua nak bantu dari segi guaman pun, gua sendiri dibantu. Gua nak bantu dari segi duit pun, gua sendiri ngam2.

Cuma, alhamdulillah, setiap beban ada mudah. Setiap penyakit, menyebabkan kita imun. Allah susun baik punya. Kat mana dan bila Allah nak susun kita tu. Kita ni macam buah catur jer bro. Gua just boleh bagi sokongan moral. Jangan riso bro.. bab saman tu, UMNO just dera lu dari segala segi dengan turun naiknya lu ke mahkamah. Gua yakin, lu takan disabit dengan kesalahan. Malah result pun silap2 selepas 2 kali PRU.

Apa pun, kita ada Allah yang sama. Lu pun ada hubungan peribadi lu dengan Pencipta gua dan lu. Faham2 sendiri la. Macam poyo plak kalau gua tulis lebih2. Hua3.... Insyaallah, lu tak keseorangan. Lu ada rakan. Dan paling pasti, Chegubard n SAMM mesti support moral lu punya.

Gua doakan terbaik utk lu.

Keturunan paling bodoh jer kena kencing macam nih.


Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.


Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka. (kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?


TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).


Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.



(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk isu solat 2 imam)

Bodoh punya seltan. Dari bapak sampai ke anak. Baka IQ rendah.

Bidio n Laporan Projek Langgar Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Ceritanya bermula apabila gua menerima email dari satu peniaga di Kelantan. Beliau meminta gua dan rakan-rakan melanggar kedainya.  Maka, setelah beberapa perbincangan, gua membentuk satu krew dan memilih Jumaat malam Sabtu, 11 Februari 2011, 10 malam.

Kami sampai di lokasi kira2 jam 9.45 malam. Kami terus dijemput masuk oleh pemilik kedai. Namun, kami memaklumkan, kami masih menunggu satu lagi krew. Sementara itu, kami bersiap dengan kelengkapan.

Sejujurnya kami mentah dalam pengambaran seperti ini. Dan gua memilih untuk menceritakan kepada audien gua, juga dengan jujur apa yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas kepada hasil.


Pelanggan yang begitu ramai, sesak  dan sibuknya pemilik kedai membayangkan keistimewaan kepada menu yang ingin dikongsi kepada anda semua. Yakni mee udang dan mee ketamnya. Kami terpaksa mencelah di mana-mana kesempatan ruang yang ada.


Lokasi Kedai.

Kedainya bernama Mee Udang Berek 12. Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi. 2 kedai bersebelahan dengan Zakini Nasi Kukus.

Jika lu mencari lokasi menggunakan google, lu hanya perlu memilih menu maps, dan menaip Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Jika lu dari Airport Pengkalan Chepa, lu hanya perlu ke arah bandar Kota Bharu, dan mencari mercu tanda Hotel New Pacific yang akan berada di sebelah kiri lu.

Kemudiannya, belok ke kiri dan ke kiri lagi untuk simpang pertama yang anda jumpa. Lu akan berada di Jalan Abdul Kadir Adabi. Pandu dengan perlahan, kedai sibuk dan popular ini akan berada di sebelah kiri lu. Lu jangan tanya gua siapa Abdul Kadir Adabi. Jenama Adabi gua kenal la.

Tapi siyes bro.. memang sibuk giler.. mana gua nak settlekan lampu, mana gua nak settlekan tempat, sudut kamera, mana customer yang masuk, suruh bayar, ambil order. Akalaa... gua rasa nak terus order plak mee udang nih, suruh customer plak buat shooting. So, gua n team terpaksa menunggu dan mencelah di waktu2 kesempatan yang ada. Perut gua dan bertechno dah nih.


Owner Restoran.

En Zul menjelaskan, pada mulanya dia bekerja di Singapura dalam bidang yang tiada kaitan dengan makanan. Tetapi, setelah beberapa tahun, keluarganya meminta En Zul mewarisi perniagaan ini. Sejak itu, En Zul tidak menoleh kebelakang lagi dan terus komited mempertahankan dan memajukan warisan milik keluarganya.

Ketika ditanya mengapa En Zul menghighlightkan menu Mee Udang di restorannya, En Zul menjelaskan itulah tradisi milik keluarganya. Walaubagaimanapun, berkembang mengikut kehendak pelanggan, restoran En Zul juga menyediakan makanan panas yang lain.


Malas gua cerita banyak, meh tengok bidio dia.. yeeyeeeaargghhh!!

Feb 13, 2011

Laporan Program Langgar Kelantan dalam masa terdekat.

Oleh : AdukaTaruna

Gambar dari Topeng Perak ketika satu lakosi Kelantan dilanggar. Belajar dari pengalaman, gua dah tak sebut word 5 minit. So, gua selamat dari gedebe2 Kelantan.


Haha. Lu tengok equipment orang miskin wat keje. Handycam pinjam Pinkturtle dan bro Salman. Spotlight dah macam kayu kutbah Jumaat. Seb baik potograper tahap pro.. Jeminghase dan Topeng Perak. Takper2... Prektis untuk Langgar Hadi maa...


Suspek yang kena langgar malam kejadian. Laporan akan menyusul tidak lama lagi. Insyaallah.

Kita terpaksa melawan Allah - Ulama PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Perjumpaan tertutup sang ulama.

"Ana mencadangkan kita boikot PRK Kerdau. Atau pun berikan kerusi itu kepada rakan BR yang lain."

"Jika boikot, kita akan ditentang habis2an oleh puak2 reformasi dalam PAS. Ana tak sanggup ambil risiko tu. Ingat, Aduka mahu ke Rusila selepas Mac. Dengan boikot ini, dari 4 soalan boleh menjadi 10 soalan. Dari 5 minit, boleh menjadi 1 jam. Ana fobia."

"Anta kena faham... puak2 tajdid ni sudah sedia ada begitu. Boikot atau bertanding, mereka tetap seperti itu. Tetapi, kalau kita kalah lagi di Kerdau, kepimpinan Hadi akan semakin dipertikai. Motif kita ialah tidak mahu menambah bilangan puak2 tajdid."

"Allah pun satu. Apsal takdirkan PRK di kerusi PAS dalam jarak masa yang dekat? 3 kali plak tu. Ini semua boleh membunuh Kepimpinan Ulama!"

"Kita perlu pertahankan Kepimpinan Ulama walau apa terjadi. Walau terpaksa melawan perancangan Allah. Ana cadangkan kita boikot atau serahkan kerusi itu kepada rakan lain. Yang penting, PAS tidak kalah disitu."

"Naam... naam. Biar Islam kalah, asal ulama tidak kalah."

"Setuju. Dan kita akan doktrin kepada ahli dengan mengatakan biar PAS kalah, asal Islam tidak kalah."

Feb 12, 2011

Ustaz Wan Xi VS Menantu Hadi malam ini.

Kepimpinan Jemaah; sejauh mana boleh dikritik mengikut Islam?

Wan Ji bin Wan Hussin

Zaharuddin bin Muhammad.

Tempat ;
Masjid UIA PJ.

Tarikh;
12 Feb 2011.

Masa;
8.30 malam.

Presiden Pas minta ahli berubah!

Sumber : Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Ahli Pas wajib membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, seiring dengan perubahan yang ditunjukkan di negara lain bagi menyelamatkan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap di program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011, di padang Batu Enam, Manir, di sini, semalam.

"Kita wajib ganti UMNO untuk memerintah negara bagi melakukan perubahan. Kita wajib turun ke seluruh pelosok memberi maklumat. Seluruh dunia juga sedang berusaha melakukan perubahan,” katanya.

Beliau menjelaskan kerjasama antara Pas dan DAP yang menimbulkan kontroversi sebelum ini berbeza dengan kerjasama antara UMNO, MCA dan Gerakan.

Abdul Hadi mendakwa, kerjasama UMNO dengan dua parti itu melemahkan umat Islam di negara ini, sebaliknya kerjasama Pas dengan DAP menghasilkan ikatan yang kukuh.

“Kita berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR) dan melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti dalam negara.

“Apabila DAP dan PKR terima Islam sebagai agama negara, ada hak pada agama lain.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ada hak pada bahasa lain, menerima Raja Berperlembagaan dengan menerima haknya sebagai raja mengikut kehendak Islam,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu ahli parti itu bergerak segera ke arah perubahan yang disasarkan sambil memberitahu Pas tidak akan berjaya sekiranya tiada kerjasama, walaupun ahlinya mencecah sejuta orang.

Beliau berkata, sokongan yang ada perlu diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran menjelang PRU akan datang.

“Kita berharap satu perubahan dalam negara, bukan melalui keganasan, tetapi perubahan untuk menunjukkan Islam adil. Kita wajib layar bahtera perjuangan mengikut gelombang untuk menyampaikan matlamat dan tujuan parti,” katanya.

Feb 10, 2011

“Bila tak layak, ‘haram’ ana pegang jawatan,” kata Ustaz Yahya Othman

Oleh : Nota Merah

Ustaz Ya diramahi Abang Mat dan Ustaz Wan Ji al-Bakistani di kediamannya, Machang petang tadi | gambar: Zainulfaqar

Laporan | Selepas saya menulis entri Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”! dua bulan yang lalu, saya sendiri beriltizam untuk bertemu dengan Ustaz Yahya Othman di Kelantan.


Sudah lama tidak bertandang ke rumah Sang Murabbi aliran ummul qura’ tersebut. Khabarnya ulama yang menerima tarbiyyah Ikhwan Muslimin itu kian uzur dihambat usia tua.

Ketika bertatih-tatih dengan dunia aktivitisme GMI di Universiti Malaya KL, sekali sekala bertandang juga di rumah Ustaz Yahya. Itu pun, jika terbabit sebagai ajak masakan atau ajk pengangkutan dalam tamrin di Nilam Puri.

Kalau tidak disuruh pun, saya suka menawarkan diri untuk pergi menjemput dan hantaq Ustaz Yahya.

Ada sahaja, mutiara hikmah yang keluar dari bibir basah Ustaz Yahya dalam perjalanan pergi dan balik.

Tiga hari lalu, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai “Abang Mat” memberitahu saya
, Ustaz Yahya mengajaknya datang bertandang di rumah beliau, di Kelantan.

Katanya lagi, ada perkara penting yang nak dikongsi bersama.

Ustaz Wan Ji aka al-Bakistani yang kebetulan ada bersama menyatakan hasrat kami berdua ingin menyertai Abang Mat ke sana.

“Kira merancang, Allah pun merancang…” Alhamdulillah, hajat saya dan al-Bakistani dimakbul Tuhan.

“Apa awatan Ustaz sekarang (di dalam PAS),” Abang Mat mulai menyantuni Ustaz Yahya.

Jawab Ustaz Yahya, ketika arwah Ustaz Fadhil menjadi Presiden PAS, beliau diamanahkan memegang lebih 7 jawatan rasmi dalam PAS walaupun beliau mengaku bahawa masih ramai pemimpin PAS yang lain lebih layak.

Kata bekas anggota Majlis Syura Ulama (MSU) PAS itu lagi, “haram” bagi seorang jundiyyah memegang jawatan dalam qiyadah sekiranya tidak mampu melaksanakan amanah qiyadi.

“Pada zaman Ustaz Fadhil Nor lagi, ana pernah (minta) meletak jawatan. Ustaz Fadhil Nor bertanya: ‘Siapa nak pegang jawatan itu?’

“(Ustaz Yahya berkata): ‘Ini tanggungjawab ustaz lah sebagai seorang presiden. Ana (saya) tak layak dah pegang jawatan sebab dah tak larat dah, haram bagi ana pegang jawatan’.

“Ana letak banyak jawawan sebab pada ana, ana tak layak dan haram bagi ana memegang jawatan.

“Kalau ana tak dapat mengembangkan Islam, baik ana letak jawatan (dalam PAS), haram bagi ana memegang jawatan.”

Mendengar kata Ustaz Yahya, saya terkejut pun ada; rasa kagum pun ada.

Saya tidak fikir, Ustaz Yahya tidak layak. Kelayakannya mendidik dan mentarbiyyah kita tetap relevan. “MasyaAllah…”

Bagi saya, Ustaz Yahya cukup berjiwa besar dan beliau seakan memberitahu kami bahawa PAS memerlukan muka-muka baru.

Setakat ini dulu, saya ada mesyuarat selepas Maghrib.

Bersambung…..

Zainulfaqar Yaacob
Kubang Kerian, Kelantan | 6.56 petang

Polemik terbaru Tantawi.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysian Insider

Payah kalau Pak Lebai taraf kepompong tempurung mahu aplikasikan perintah agama dalam wadah separuh tiruan, separuh asli ni. PAS terjun guna undi. Nak tegakkan Islam guna undi. Nak ubah perlembagaan negara guna undi. Tapi, cara ikut Nabi yang tak perlu undi. Pembolehubah out!

Terbaru, Malaysian Insider melaporkan, Tantawi mengarahkan Agensi Penguatkuasa setiap negeri PR, bekerjasama dengan Jabatan Agama di semua negeri PR dan polis dan rela untuk mencegah maksiat di Hari Kekasih.

Mari gua mudahkan untuk lu orang.

1. Agensi Penguatkuasaan Kerajaan Negeri PR - Milik Kerajaan Negeri PR
2. Jabatan Agama - Bawah Pusat
3. Majlis Agama - Bawah Sultan Negeri - Bawah pengaruh UMNO
4. Polis - Bawah Pusat
5. Rela - Bawah Pusat

Pemuda PAS MENGARAHKAN [1] untuk bekerjasama dengan [2],[3],[4] dan [5] di Hari Kekasih. Haha.. tepuk dahi gua ke, tepuk dahi ulama yang sepatutnya?

Kita lihat lagi. (sejak bila pulak kerja gua dah jadi tukang mudahkan kepala otak PAS ni? Arghhh... buang masa misi gua.)

1. Tanpa kerjasama PAS dengan PKR dan DAP, jangan katakan memberi arahan seperti ini, mencadangkan pun tidak dapat. So, baguslah. Hikmah bekerjasama, PAS bukan sahaja boleh mencilok, malah lontaran ideanya dibahaskan, diambil perhatian.

2. Kita lihat kebodohan ulama ini apabila melihat prioriti Islam itu terletak pada seks. Satu [1] milik kerajaan negeri VS dengan empat [2],[3],[4] dan [5] milik kerajaan pusat.

Bagaimana yang empat itu [2],[3],[4] dan [5], sabotaj dengan menimbulkan kemarahan, isu, kontroversi yang tidak diduga? Dengan kehadiran ahli2 Pemuda PAS yang diarahkan memberikan kerjasama (perpaduan) di satu-satu lokasi, tercetus satu sabotaj. Penderaan fizikal misalnya, serbuan yang silap misalnya, provokasi melampau misalnya, gerakan yang menghasilkan kemalangan jiwa misalnya.

Adakah Ketua Pemuda PAS memiliki pembolehubah media untuk menjawab sesuatu yang berlaku? Memang keruntuhan moral adalah penting, tetapi bagaimana kaedahnya dalam wadah dan waqi yang sedang PAS lalui? Bodoh ya amat. Bersugi dan bersolat malam tidak membantu untuk menegakkan Islam melalui wadah undi jari.

Semak blog Tantawi.

Gua dah semak. Tiada kenyataan apa2. Mungkin Malaysian Insider salah lapor. Mungkin betul. Tidak mengapalah, nanti adalah penjelasannya tuh. Kita tunggulah seperti penjelasannya mengenai projek dakwah ke Genting Highland ketika dulu.

Kelantan tak sama dengan yang lain.

Pembolehubah Kelantan berbeza dengan pembolehubah negeri lain.

1. Kesemua kerusi Kelantan, 1 lawan 1, PAS vs UMNO.

2. Kelantan telah memerintah selama 20 tahun. Satu angka yang matang untuk rakyatnya faham mengapa begitu, mengapa begini. Kalau PAS memerintah Kelantan baru sepenggal dah mengunci Tadika Kemas, mengharamkan itu, mengharamkan ini, memang gua ludah jer muka MB dia.

Gua stori lu satu mori.

[1]

Sejak gua duk Kelantan ni, 2 kali gua kena ambush dek Majlis Agama Islam Kelantan. Cuma gua tak bising la. Malah bangga plak sebab wujud penguatkuasaan itu.

Kejadian 1 berlaku kira2 jam 9 malam. Di tepi jalan airport Pengkalan Chepa. Gua makan colek buah n pizza Islam Kelantan dalam kete gua. Sambil tengok kapal terbang. Tiba2, satu pajero rapat dengan pintu gua (pemandu). Manakala sekumpulan lagi berjalan kaki di sebelah pintu bini gua.

Tiada pemeriksaan dan kata2. maybe muka gua muka org berkahwin kot. Org2 Majlis Agama Kelantan terus berlalu lepas usha gua. No kata, tiada pemeriksaan, tiada provokasi, mereka terus ke kereta depan pula. Dan seterusnya.

Gua fikir Majlis Agama guna kaedah hantar sekor pengintip dulu la jalan kaki untuk tengok sama ada unsur2 berkahwin atau unsur2 kapel-mapel nih. Then info kat team bekap.

[2]

Untuk buat block silk screen, perlukan kayu petak2 tu. Saiz apa ntah. So, satu malam, gua merayap berdua naik motor dengan member gua sekitar kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Cari kayu yang dibuang. Malam tu malam tahun baru.

Baru nak parking motor di lokasi yang telah dikenalpasti, 2 bijik pajero berhenti mengejut belakang gua. Nasib baik gua nampak logo Kelantan besar kat cermin. Kalau tak, gua tafsir samun dah. Kalau guna parang, maybe lawan, maybe lari. Kalau pistol gua buat2 pengsan jer kat situ. Hahaha.

Mereka tak turun dari kenderaan. Tiada provokasi. Tiada kata-kata. Tiada sentuhan fizikal. Bila dia pastikan gua n member gua lelaki (tafsiran gua), diorang berambus. Tak lama. Tak sampai 2 minit pun.

Apakah pembolehubahnya?

Katakan kedua-dua kejadian ada pemuda PAS sebagai sukarelawan.

Di Kelantan.

1. Kesemua kerusi DUN Kelantan, 1 lawan 1, PAS vs UMNO.
2. PAS sudah memerintah 20 tahun untuk rakyatnya faham.
3. Pemuda PAS hanya beroperasi dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Tiada bantuan dari agensi pusat walau polis trafik selama 20 tahun untuk majlis rasmi kerajaan negeri.

Di negeri Barisan Rakyat.

1. PAS paling ciput menang. 20 tahun Hadi teraju, PAS gagal di kawasan Melayu.
2. Baru memerintah setahun jagung. Media takda, kena fitnah bertubi2. Rakyat masih memerhati.
3. Pemuda PAS 'UG' pulak dengan agensi pusat. Polis dan rela. Cerdik sungguh. Nabi mesti syg gile nih. Masuk syurga tanpa hisab nih. Ondespot.

Biar Islam kalah. Asal ulama tidak kalah.

Cadangan.

Gua ingat, Pemuda PAS perlu kekalkan gerakan seperti yang mereka buat dalam konsert2. Tiada kenyataan mengarahkan entiti berasingan. Cukup sebarkan risalah by hand dengan senyuman. Buat dengan sendiri2. Memang akan ada bantahan, stendet la... tp, taklah jadi polemik macam skang ni. Ntah apa2 la lu ni Tantawi. Nak jer gua suruh lu keluar 3 hari follow tabligh.

Bukak kejap serban lu tuh. Kasi kulit kepala bernafas sket. Gua ajar lu. Apa program remaja sempena Hari Kekasih sebelum berakhir ke bilik2? Tengok wayang kot. Lagi uma? Dating kat Taman Tasik. Lagi zargus? Merempit.

1. Adakan tayangan atau teater menarik di Markas2 atau bandar2 utama negeri PR.

2. Sewa tapak kat shopping complek sebagai tektik, penuhkan dengan bahan2 kempen, merayap untuk sebarkan risalah kempen termasuk di luar perkarangan wayang.

3. Adakan group mesra remaja yang bertugas di Taman2 Tasik. Buat macam tabligh buat tu. Bagi salam dengan senyuman. Siap bagi kacang lagi. Pastu ceritalah tentang sirah yang menarik.

5. Adakan group dakwah rempit plak. Sekumpulan dalam 6-7 biji motor ke. Pakaian harus memaklumkan lu orang sebagai pendakwah. Jangan macam bond plak. Singgah kat mana2 kumpulan rempit yang melepak, tegur dgn hikmah, passing la risalah.

Jangan tegur time diorang berjalan plak. Dan jangan sesekali sebut word 5 minit. Kalau nak buat gak, jangan tanggalkan helmet.

Menantu Hadi batal debat saat2 akhir.

Oleh : AdukaTaruna

Persiapan semua dah ngam bai. Study-mudy bereh, dokumen cun, penganjur cantet, sekali menantu Hadi tarik diri. Debat 12 Februari bersama Wan Xi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Adusss... ada pertalian genetik dengan Sam AMK la gua ingat.

Macam ni la.... lu orang bagi maklumat kat mana kuliah menantu Hadi ni. Member2 gua yang budak U boleh langgar untuk tanya soalan dan penjelasan. Kan ke PAS memperjuangkan sebuah negara demokrasi. Jangan bagi muka pada elitis2 nih beb.. pastikan kuasa itu pada rakyat.

Jika terjun dalam wadah demokrasi, pemimpin bukan bapak kita. Pemimpin adalah balaci yang dibayar gaji mereka oleh kita untuk menguruskan negara.

Melayu mudah lupa, Mahathir mudah kencing.

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.

Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap.


Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina.

“Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api.

“Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

“Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang,” kata Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik.

“Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan,” kata Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan.

Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar.

“Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987.

“Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!” kata Kit Siang.

Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia.

Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang.

Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Feb 9, 2011

Definasi blog paling berpengaruh.

Oleh : AdukaTaruna

Gua nak kongsi pendapat dengan lu orang satu perkara yang tak berapa penting sebenarnya. Yakni definasi blog berpengaruh yang tipikal dengan pemahaman kita. Macam biasalah, kemampuan kita untuk menetapkan falsafah, dan menetapkan pembolehubah. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Tadi gua ada baca di Top Ranking Online. Dia memberikan tajuk ranking blog paling berpengaruh untuk carta yang diukur dengan jumlah audien. Di sini, untuk tajuk yang remeh temeh ni, gua berpendapat, Top Ranking Online (TRO), gagal memecah dan mengasingkan pembolehubah2 yang wujud. Popular tidak semestinya berpengaruh.

Pembolehubah yang wujud dalam blog.

1. Blog Kopipes.

Dalam ranking yang diberikan TRO, terdapat banyak blog kopipes yang update dengan kerap secara kopipes dengan agensi berita utama. Ianya sudah pasti menjimatkan sedikit masa, sedikit tenaga dan banyak dalam psikologi pelayar internet untuk membuka setiap laman rasmi berita berasingan yang banyak itu.

Blog jenis kopipes juga boleh bercampur aduk dengan pendapat pemilik blog atau penulis kerap pada blog tersebut. Kita mudahkan begini :

% kopipes : % pendapat.

Gua mendakwa, blog 100% sehingga 40% adalah kopipes adalah blog yang popular yang mungkin sesuai untuk pengiklanan, tetapi berada di luar tajuk pengaruh.

Antara Blog Kopipes yang gua dakwa ialah :

1. Anak Sungai Derhaka
2. Kedah Online

2. Blog Kopipes-seks.

Penjelasan yang sama juga dengan kategori 1 di atas. Tetapi kopipes blog ini lebih kepada berita2 yang memiliki unsur seks. Dari kesemua artikel jenis kopipes yang wujud di blog ini, 5% daripadanya adalah jenis seks, gosip artis, etc; gua anggap tinggi.

Antara Blog Kopipes-seks yang gua anggap ialah :

1. Biaqpila
2. Greenboc

3. Laman Audien.

Laman audien yang gua guna merujuk kepada satu tempat yang dipenuhi oleh orang (audien) atas beberapa sebab tertentu. Namun, keramaian audien yang berada di situ masih belum boleh dipanggil pembolehubah kepada pengaruh.

Contohnya Pasar Besar Siti Khatijah mempunyai audien yang lebih ramai dari audien bilik mesyuarat exco Kelantan. Tetapi, adakah pasar itu boleh diletakkan sebagai berpengaruh? Tidak. Pasar itu lebih popular dari bilik mesyuarat exco. Tetapi bilik mesyuarat itu lebih berpengaruh. Boleh mendesak. Boleh menentu dasar. Boleh menekan dan sebagainya.

Cuma audien adalah satu alat / tempat bagi mereka untuk menyampaikan hujah. Muhammad saw dan cendekiawan2 bermula dengan berkongsi pendapat / hujah di pasar2 (laman audien). Pengaruh itu datang sendiri tanpa perlu dicari, tanpa perlu kopipes-seks.

Antara Laman Audien yang gua listkan ialah :

1. Facebook
2. Laman2 forum seperti Tranungkite

4. Blog Berpengaruh Berjawatan.

Sebenarnya, blogger yang berpengaruh mempunyai kemampuan menekan sesuatu kumpulan. Popular atau tidak hanya dalam kiraan unit kunjungan audien hanya satu bonus. Berjawatan itu sendiri adalah satu pembolehubah terbesar untuk tajuk ini.

Terdapat pelbagai pembolehubah yang menyebabkan unit audien itu tidak menyebelahi Blogger Berpengaruh Berjawatan. Contohnya begini :

Katakan dari 27 juta rakyat Malaysia, 10 juta darinya adalah pengguna internet secara tegar (pengguna internet sikit2, sekali-sekala, kita buang terus). Dari 10 juta pengguna internet, 4 juta darinya adalah peminat politik. 6 juta lagi (terutama pompan) lebih kepada sosial dan gosip-mosip. Kesimpulannya, pembaca politik di internet hanya 4 juta sahaja. Statik.

No 1.   4 juta pembaca politik masuk ke Blog 2 (kopipes-seks) sehari membuatkan rankingnya tinggi.

No 2.   4 juta pembaca yang sama masuk ke Blog 3 (blog berpengaruh berjawatan) seminggu membuatkan rankingnya di bawah.

*Pembolehubah kepada No 1 dan No 2 adalah kadar update.

Apa yang kita dapat lihat? Blog 1 lebih popular dari Blog 3. Tetapi siapakah yang lebih mempengaruhi 4 juta pembaca yang sama? Popular tidak semestinya pengaruh. Inilah ilmu pembolehubah yang gua dakwa genetik Melayu terutama anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya tidak pernah tahu dan tidak pernah mampu untuk menguasainya.

Off topik.

Mengapa gua mengatakan anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya?

1. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, terpaksa belajar lebih keras untuk bersaing dengan anak2 cerdik, majoritinya menjadi ulama, akauntan, chef, seni mekap.

2. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoriti pergi ke bidang sains.

3. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, majoritinya menjadi bapok, pelacur, gro, penagih dadah kategori mangsa, miskin tegar sejak keturunan tanpa berjaya bangkit, etc.

4. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoritinya menjadi samseng, pemimpin kuku besi, pemimpin penggadai harta rakyat, penagih dadah kategori pemangsa, penyeludup, bapa ayam, etc.

On topik.

Antara Blog Berpengaruh Berjawatan yang gua dakwa ialah :

1. Chedet
2. Chegubard
3. Cina Islam

5. Blog Berpengaruh Tulen.

Ini adalah blog berpengaruh sebenar. Yang memiliki pengaruh berdasarkan kekuatan pendapat, kekuatan pengalaman, kekuatan hubungan dan sebagainya.

1. Tukar Tiub

Tukar Tiub adalah seseorang yang menulis tanpa jawatan. Mempunyai ramai pengikut yang juga memiliki blog (media). Mendapat bonus sebagai blog popular untuk setiap audien per hari. Menentang Tukar Tiub bermakna terpaksa menentang audiennya dan menentang media (blog dan facebook) yang mengikutinya.

2. Penarik Beca

Pak Bakaq adalah seorang yang hidup tanpa gaji melalui jubah ulama. Mempunyai pengikut. Memiliki sidang usrah sendiri. Mempunyai jaringan hubungan yang terbentuk lama. Kekerapan updatenya yang agak terganggu akibat kekangan wang dan masa dan peristiwa kebelakangan ini menyebabkan rankingnya jatuh.

3. MSK

Mat Saman Kati adalah blogger PKR yang selalu dilihat melawan pendapat termasuk dari Anwar sendiri. Walau rankingnya agak tidak stabil, tetapi dia adalah blogger atau penulis yang berpengaruh. Gua ingat Sam pun tak berani bertentang mata dengan MSK.

MSK dan team adalah tulang belakang dalam menghidupkan budaya debat berzakar dalam pemilihan pemuda. Gua tak fikir mana2 pemuda parti lain berani duduk dalam budaya ini, termasuk dari PAS. Sebab itu gua guna istilah debat berzakar.

4. MSO

MSO adalah blogger yang memiliki hubungan dengan elit2 politik. Mempunyai pengikut tanpa jawatan, dan tanpa logo parti. Memiliki media bukan internet (SIASAH).

5. Parpu Kari

Parpu Kari juga adalah blogger yang mempunyai pengaruh tersendiri. Oleh kerana pembolehubahnya ialah bantuan kewangan dari UMNO yang dipercayai team Mahathir, maka, gua letakkan dia di ketulenan no 5 (jika ada contoh lagi, maybe ketulenan Parpu Kari lebih jatuh).

6. Mod Salah Guna Kuasa.

Mujurlah seorang moderator laman audien (forum TKO) tidak dipanggil blogger. Untuk tajuk terakhir ini, gua merakamkan sejarah uma. Mod TKO yang dipecat (melalui rombakan). Ketika dulu, sebelum gelombang lawan Hadi besar sebegini, uma telah menyalahgunakan kuasa sebagai mod dengan melihat IP2 forumers wanita yang berada di luar negara. IP Malaysia dia tak layan. Niamakahai!

Pendekkan cerita, uma ayat satu awek ber IP Ireland. Dan terus meminang. Mujur tak guna hujah mimpi pemimpin Ikhwan Muslimin menyuruh saya meminang anak Presiden PAS bapak mertuanya. Kini dah ada sekor uma Jr. Ketika dia salahguna kuasa, dia tidak dipecat. Tapi sebab dia lawan Hadi (sebab 60% dipecat) dan sebab dia team plak dengan gua (sebab 40% dipecat), maka, kini dia pun dipecat.

Wallahualam