Skip to main content

Gua akan bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim

Oleh : AdukaTaruna

Gua tidak menyokong kerana manusia, walau tahu manusia itu jauh lebih baik dari gua.

Gua tidak menyokong kerana pemimpin, walau tahu pemimpin itu jauh lebih baik dari gua.

Gua tidak menyokong kerana jenama, walau tahu jenama itu mempunyai kualiti.

Gua hanyalah seorang kerdil rakyat Malaysia yang sokong ikut tajuk. Gua akan bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim dalam TAJUK AKHLAKnya, seperti mana gua bermati-matian menentang Hadi Awang dalam TAJUK FALSAFAH, seandainya :

Anwar melakukan sumpah laknat.

Gua tak peduli apa hujah agama sekali pun yang membenarkan Anwar tidak melakukan sumpah laknat. Gua tak peduli siapa tokoh agama sekalipun yang dijual untuk tidak sumpah laknat. Itu pendirian gua, seorang kerdil rakyat Malaysia.

Sekian.

Comments

  1. tak kan sampai pendirian orang lain pulak lu nak buang..?

    ReplyDelete
  2. Haji Saiful sumpah laknat, sihat walafiat siap pergi haji.
    Haji Najib pun sumpah berkali.
    Siapa yang suruh dan ajar bersumpah ni kalau tak bukan ahli PAS.

    So sendiri bikin peraturan undang2 sendiri ikut lah. Ke undang2 tuk orang lain kut.

    Setuju dgn ko 'Anwar melakukan sumpah laknat'
    Aku tambah, buat solat hajat perdana semua rakyat semua parti, kat shah alam tu hari tak ramai lg, lambat mustajab!

    ReplyDelete
  3. ketika saidina Ali mendakwa baju besi beliau dicuri oleh seorang yahudi, nabi menyuruh saidina Ali bawa SAKSI, bukan suruh bersumpah, ini baru kes baju besi, kes berat kena bawa 4 saksi, mana ayat suruh sumpah

    ReplyDelete
  4. Lu ni Islam ke kapal selam....
    Kalau kapal selam yo la main redah je..tak leh selam pun herge berjuta-juta.....
    Akidah kan boleh beli ngan wang ringgit wei....Lu Ilmu agama tahap mana????? hebat sungguh ka wa nak g belajo dengan lu.....
    Wa cakap lu wa Ilmu agama tak tinggi tapi wa dengaq pendapat Ulamak....kalau ya sumpah laknat itu suruhan agama wa setuju dengan lu...tapi kalau tidak ada dalam Islam orang yang dituduh Liwat, Zina dan sebagainya melakukan sumpah laknat wa mohon Allah subhanawataala ampunkan lu dan buka hati supaya bertaubat...yang wa tau Islam menyuruh orang yang menuduh orang lain melakukan zina dan sebagainya membawa 4 orang saksi kalau gagal hukumlah orang yang menuduh itu. Tak timbul orang yang dituduh itu benar atau tidak benar melakukan perbuatan itu.
    Wa ngaji dengan ustaz2 kat kg pun dia bagi tau jaga akidah.....Ibadah kalau pulun tera mana pun hebat tera mana pun akidah hancur tak de gunanya......
    Jadi wa sayang wa punya akidah...wa tak sokong anwar dan juga tak sokong orang yang menuduh...tapi wa sokong kebenaran.........

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.