Skip to main content

Gua rasa kecewa Bob Lokman tarik diri Raja Lawak.

Oleh : AdukaTaruna



Mula2 sekali, gua respek la.. hak dia dalam kerangka demokrasi, ma. Lagi satu sudut, hati manusia Allah pegang. Tapi gua nak share jugak yang gua kecewa bro Bob tarik diri.

Pada gua, jika bro Bob terus berjuang dalam seni yang gua bagi istilah seni dalam dunia perdana, bro Bob mengekalkan status bro Bob as selebriti n populariti. Jika ada satu manusia cerdik yang meminati industri seni, ada 100 juta Malayu bodoh dalam industri itu. Secara perumpamaannyalah.

So, moga2, dengan kelibat bro Bob dalam industri itu, dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada Melayu bodoh mengenai apa yang bro Bob faham baru-baru ini. Hasan Al Bana pun masuk disko, ma..

Pendapat gua, kalaulah semua orang macam bro Bob, yakni menjauhkan diri dari golongan2 yang perlu dibantu, yang perlu dicilok perhatian mereka ke arah kefahaman Islam, maka, semakin malanglah golongan yang malang. Bimbang pula mereka menjadikan kejauhan orang2 yang mendapat petunjuk itu dari mereka sebagai hujah mereka tidak disampaikan pesan2 agama di akhirat kelak.

Pendapat gua, alangkah cantiknya, bro Bob terus berjuang dalam seni medium perdana, dengan matlamat yang baru, matlamat hidayah yang Allah berikan, untuk menjadi perdebatan di kalangan peminat industri, untuk menjadi hujah di kalangan peminat industri. Bro Bob perlu tunjukkan kepada kami apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam medium seni perdana.

Medium industri seni perdana terlalu besar, bro. lebih besar dari medium Facebook. Capaiannya kepada Melayu sangat dalam dan sangat efektif. Apa pun, gua doakan terbaik untuk lu.

Comments

  1. Akhil Hayy ternyata gagal bila nak dkwah dlm hiburan...rakan2 artis dia still sorg pun dia x berjaya bawa ...hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Akil hayy tu gua rasa dia silap bawak sb terjebak dgn cinta tiga segi. Bila dah terlalai dgn wanita jwbnya.... habis. Wanita hanya boleh membawa ke arah 2 jln samada keagungan atau kehancuran.

    ReplyDelete
  3. rasulululah sendiri pun nk brdakwah memkn ms brthn2..inikn pula manusia mcm akhil dan saudara bob ni,sepatut nya lh kt sebagai saudara seagama menyokong kerja jihad mereka ni..

    ReplyDelete
  4. -bg wa bob mayb nk cari kekuatan dlu sblm mampu utk brdakwah pd glongan seni.. lgplak die pun x ckp yg die nk brsara trus dr dunia seni..sumber rezki die dr dunia seni wlau cmnerpun die akan pg blik dlm bidang ni, cume pendekatan mayb akan brubah..

    -cume wa rase glongan adam ni ssah skit nk brdakwah dlm seni bile die brhijrah ke arah kebaikan, susah nk wat comeback cth azmi (gila2 remaja),fendy (A 2 Z )dll...

    -hrap bob bole ikut kaedah dakwah erma fatima n sheila rusly dlm brkarya supaya ade pengimbang dlm industri seni kite ni..nk hrap kan akhil hay,ermmm dah wat bisnes MLM la plak mamat tue..

    ReplyDelete
  5. Baguslah bob berhenti industri seni...Industri seni yang melalaikan orang islam dari mengingati Allah bukan cara hidup ISLAM..Tinggalkan terus Industri seni...tu lbih baik....Nak berdakwah dalam bidang seni...???tu bukan caranya bro...matlamat tak menghalalkan cara..berdakwah dengan hikmah..bukan dengan melibatkan diri dalam industri yang memang tak boleh nak buat ape dah...aku tak sokong la artikel admin ni...

    ReplyDelete
  6. dia tahu kemampuan dia.. ikut suka dia la.. lu pon kalau orang kata "gua rasa kecewa Aduka Taruna langgar Hadi" mesti pon lu tak suka kan.. raja lawak mmg diorg nak lantik juri 1Malaysia, bob tarik diri tu satu gimik je.. takkan la sat tu jugak diorg bole panggil sathia n david teo ganti bob lokman tiba2.. bob pon cakap dia akan terus berlakon, cuma rezeki dia serah bulat2 kat Allah.. gua sokong lu, gua sokong Bob, yg penting masing2 buat kerja ikut kemampuan dia..

    ReplyDelete
  7. elok dikaji dulu kenapa bob lokman terus tarik diri..pendapat mmg la xslh..melontarkan pendapat pon x salah..cuma bertindak dgn bijak...sblm memberi ulasan atau pendapat, bina dulu solid ground to support da opinion...mungkin itu yg terbaik utk diri dia..who knows?...

    merujuk pada perenggan no4, "semakin malanglah golongan yang malang", malang golongan ini bukanlah sebab xder org nak bantu...bukan sbb org lain...sbb DIRI SENDIRI...kalu dah diri sendiri yg xnk tlg diri sendiri, mengharapkan org lain je utk berubah, kata Dr Azizan Osman "Kirim salam je lah"(maaf agak kasar).
    Jika dikaji mengenai perjuangan Rasulullah dlm menegakkan agama pun, baginda MEMBENTUK komuniti yg berpaksi kukuh atas garis-garis islam, MENGAJAK 'gol malang' (seperti digmbrkan oleh admin)bukan BERGELUMANG(BE A PART OF) 'golongan malang'...

    ReplyDelete
  8. Malangnya dia pilih PAS ... bwh TGHH & AzizZZzn lak tu? Apa mimpi dia tetiba masuk PAS ... UMNO kan 1000x lg bagus? Habis la dia kena penyakit 'wala & thiqah PAS'.

    Hohoho

    ReplyDelete
  9. -sape ckp industri seni satu bidang yg sia2?ape x bole ke nk brdakwah dlm bidang seni?..yusuf islam, maher zain, rabbani,raihan, sheila rusly,erma fatimah, akhil hay tu bkn brdakwah dlm bidang seni ke?..seni tu luas bro,bkn stakat mnyanyi je,filem,drama, teater, sajak,syair, melukis dll tu sume trmasuk dlm seni,dan mempunyai capaian yg luas dikalangan org muda,medium ni yg pling baik utk brdakwah..

    -cume wa xbrape stuju die msuk pas, slain wa stuju ngan pndapat hanz newman,wa rase dgn pngumuman tu akan sempitkn lg peluang bob dlm industri seni di negara ni..pndapat wa la..

    ReplyDelete
  10. kite ni, bile bercakap, tidak mnggunakan dalil, inilah jadinya... Bercakap sesuatu fakta, gunakan fakta yang betul.. ok.. akhil hayy bukan tak berjaya nak bwak rakan artis jadi baik.. mungkin dia ada bawak, tp, kerja mmberi hidayah itu kerja Allah. jika Allah tak pilih, bbuih mulut akhil hayy pun x kan ada apa2 effect... bob lokman plak, dia masok pas, ada sbb.. bkan kata UMNO x bgus. yang kata UMNO 1000x labih bgus sbnarnya sngat salah... Kalau betol lah UMNO 1000x labih bgus, knapa rakyat sarawak banyak tertindas oleh UMNO? maaf...

    ReplyDelete
  11. salam...

    haha
    ini la jadinya
    bila ada peminat akhl hy, peminat bob
    bila ada org PAS dan UMMO
    ...menaip komen
    maaf ye
    ada istilah tuding jari ?
    semua ada kan...masing2 ada
    bila baca artikel ni dengan komen2nya skali
    aku terpikir mana yg aku nk sokong ?
    kenapa perlu ada persoalan macam ni ?

    manusia akhir zaman yg lemah !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.