Skip to main content

Gua di New Castle semula.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Setelah menyutikan diri gua selama sehari di tanah, dan sehari atas keretapi, gua kembali semula ke bumi New Castle nih. Atau terkenal dengan jolokan Kota Bharu. Banyak isu yang gua terlepas. Terutama demo. Gua dah cakap dah dengan uma, selagi demo cap Melayu macam gua ramai, selagi tu la susah Malaysia nak berevolusi. Uma setuju sambil mengesahkan bahawa dia pun duduk rumah main dengan anak. Tionaseng!

[2]

UMNO dan Melayu jenis hutan bertanya apa perlunya berdemo kes Mesir? Kita berdemo bagi menyatakan sokongan dunia terhadap rakyat Mesir yang bangkit. Sebab kerajaan Hosni bersamaan dengan tepat mengenai kerajaan BN, maka, UMNO pertikaikanlah. Jika mereka berasakan ianya tiada kaitan dengan batang hidung, maka, mereka pun berdemo sekali.

Ingat demo UMNO di mana Khairy memberikan kata dua kepada Israel dulu? Demo UMNO+PERKASA di mana ada watak 'aneh' pemuda Palestine yang menggugut mahu mengelar leher?

Sumber ulang tayang : Klik sini.

[3]

Gua memilih untuk tidak bersetuju dengan saranan Mahfuz bahawa TGNA menggunakan pendekatan kasta dalam memilih lawan debat. Jangan lihat siapa penyampai, tapi lihat apa yang disampaikan.

Jika TGNA berdebat dengan ulama Nor Deris tu, impaknya sangat besar. Besar bagi rujukan sesiapa sahaja, termasuk bukan Islam. Ianya bukan kerana kasta Deris. Tetapi kerana nama besar TGNA. Ibrahim Ali sendiri membayangkan malapetaka kepada Melayu UMNO jika debat itu terjadi. Sebab itu dia awal2 bantah.

Awam akan merujuk video itu bukan kerana Deris. Tapi kerana TGNA. Melayu kampung akan dapat salinan dari UMNO yang telah diedit. Tetapi diberikan salinan tanpa edit oleh anak2 mereka. Dari MCA ke DAP, dari MIC ke HINDRAF, semuanya akan menonton dan mengkaji benih2 yang terhasil dari debat itu, walau debat itu berlansung antara TGNA dengan budak Tadika Kemas!

Impak debat pada orang yang berstatus somebody, memang maksimum. Jangan dikira kasta lawan yang tidak setanding. Jangan dipertikaikan kasta pendeta Yahudi yang unknown untuk berdebat dengan nabi2. Jangan dikira kasta ahli sihir yang murahan untuk berlawan mukjizat dengan Musa as. Asalkan salah seorang itu bertitle somebody, impak kepada hujah kebenaran adalah sangat kuat. Sebab itu UMNO menggunakan polis untuk membatalkan bunga2 debat antara Khalid Samad dengan Zul Kulim dalam isu nama Allah.

Falsafah pundek mana debat hanya boleh berlaku sesama kasta? Islam atau Melayu?

[5]

Masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan Mesir yang merampas segala peralatan rakaman. PAS Terengganu takda komen ke uma? Haha...

menurut ijtihad ulama antarabangsa Rusila, yang merampas peralatan rakaman itu adalah petanda golongan bersifat mulia. Manakala yang dirampas itu pula adalah petanda golongan biadap. Walau aneh dan menentang logik akal, ingatlah, tak semua perkara dalam Islam boleh dijelaskan dalam sains. Wakakaka.

Bukti Team Nik Aziz biadab.



Berpegang kepada ijtihad antarabangsa Rusila, dengan bukti video di atas, menunjukkan team TGNA tidak merampas alat rakaman peristiwa itu. Itu adalah bukti bahawa TGNA bukan golongan yang bersifat mulia.

Ingat :

Yang takut kepada rakaman sehingga merampas alat rakaman adalah ahli syurga :

1. Kerajaan Mesir.
2. UMNO.
3. Rusila

Yang tidak takut kepada rakaman adalah ahli biadab :

1.
2.
3.

Allah itu Maha Besar dalam mentakdirkan setiap sesuatu bagi golongan yang berfikir. Jika Allah izinkan, PROJEK LANGGAR HADI DITERUSKAN selepas Mac 2011.



Aksi biadab gua bersama seorang blogger otai. Sebelum gua kembali berakhlak dengan merampas handphone beliau. Ostad2 yang dok kiri-kanan gua tu semua gua kurung selepas itu. Ngeee...




Cadangan yang sama dari beberapa rakan gua, supaya gua bertanya soalan secara tertutup dengan Hadi Awang... Pusing punya pusing, macam2 gua lalui, muzakarah gelap jugak diorang suruh gua.....

Comments

  1. Kalau kat rusila aku rasa ustad mangkuk tu dah kena debik kot mcm lu kena ari tu. Tapi tak pe sb dia kasyaf. Org mengaku kasyaf ni selalu gedebe.

    ReplyDelete
  2. There's only 1 Newcastle, howay the lads! What a comeback... Who're Gunners?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.