Skip to main content

Cerita sebenar wujud cadangan PAS tidak bertanding di Merlimau.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Jin Gua.

Semasa perjumpaan bloggers / facebookers - kerajaan Kelantan tempoh hari, gua didatangi oleh beberapa wakil media. Antaranya Malaysiakini dan Director KL Today, Shaharul Anwar. Beberapa wakil media menyatakan persediaan membuat liputan dengan projek Langgar Hadi selepas Mac, di Rusila, pada tahun ini. Jika Allah izinkanlah.

Selesai pertemuan, ketika masing2 sibuk bergambar dengan pimpinan Kelantan, gua didatangi oleh 3 individu. 1 awek, 1 lelaki sebaya gua dan 1 lelaki tua kurus yang gua anggar berumur 60 tahun. 3 individu tersebut biadap kerana bertanya soalan ketika gua berjalan. Nyaris2 gua rampas peralatan mereka.

"Assalamualaikum.. Maaf. Saudara AdukaTaruna ke?" Tanya awek tu kepada gua.

"Yer saya."

"Saya ingin bertanyakan beberapa soalan dan pendapat kepada saudara."

"Boleh. Tapi perkenalkan dulu kamu semua dari mana."

Mereka memperkenalkan diri dari media SIASAH.

"Ooo.. ok. bro MSO." Gua spontan jawab. Persepsi gua, berdasarkan rekod yang lepas2, SIASAH dan MSO adalah pro kepada team Hadi / UG.

"Ya.. ya.. MSO." Jawab awek tersebut.

Gua tengok awek tu tukang tanya sambil catit. Lelaki sebaya gua tu tukang dengar dan sampuk sambil catit. Lelaki kurus tua tu pula pikul kamera, letakkan atas 'kaki 3 kamera' dan hulurkan microphone. Adusss... kesian siot gua. Berat tu gua rasa kamera jenis pikul tuh. Tapi, lelaki jenis tua gak la yang penakut pukul gua dari belakang. Hua3....

Ketika berambus pulang, gua tengok pakcik tua yang sama gak pikul kamera tu turun lif dengan gua dan rakan2.. manakala lelaki sebaya gua tu pegang buku nota jer. So, kalau lu baca N3 ni, gua cadangkan, lu tolongla bawak kamera tu lepas habis tugas. Biar pakcik tua tu pikul kaki kamera n peralatan lain jer. Walau maybe gua tak tahu situasi kerja lu, tapi gua cadangkan tolong-menolong la sket bro.. setakat bantu bawa kamera...

Hampir sebulan berlalu, selepas keputusan Tenang, MSO bantai Hadi! Mak aih.... gua dan team pun tak belasah Hadi kerana keputusan Tenang. Takper la.. bergocoh dalam pendapat boleh membina kualiti intelek masyarakat. Asal jangan rampas peralatan MSO, dan belasah dia secara berani2 ayam mengeram, sudah. Kena professional ma..

Tekanan dari PAS untuk PAS tidak bertanding di Merlimau.

Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, dan pertembungan pendapat di antara Zulkifli Sulong dengan pimpinan PAS, gua terus contact jin gua bagi mengkidnap qarin kepada beberapa pimpinan PAS. Dan inilah permasalahan sebenar yang gua kongsi. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Gelombang menentang Hadi dan puak2 Terengganu semakin membesar. Tetapi ditafsirkan sebagai gelombang menentang ulama. Bagi pihak gua dan rakan, kebetulan word ulama itu sudah menjadi berhala sembahan, maka, pemusnahan berhala dilakukan dengan menggunakan word ulama.

Selepas keputusan Tenang, pembantaian MSO terhadap Hadi adalah kemuncak ketakutan puak2 Terengganu. Kerana MSO adalah benteng pembinaan fikrah yang boleh dikatakan kilang menghasilkan pengikut kepada puak2 Terengganu. Jika dulu MSO menjadi sumber makanan fikrah puak Terengganu di TKO, kini MSO telah menjadi kafir harbi di TKO.

Dan, berdasarkan rekod, keputusan Merlimau sudah pasti sama dengan keputusan Tenang. Semua ini ditakdirkan Allah berlaku ketika fasa pemilihan. Keputusan berdasarkan rekod ini, sangat2 menakutkan Hadi dan puak2 yang bergantung kepada jubahnya. Jika keputusan Tenang menyebabkan MSO 'murtad', bagaimana dengan keputusan Merlimau yang sangat rapat masanya? Allah takdirkan semua ini berlaku dalam tahun pemilihan, dengan hikmah yang Allah sendiri ketahuinya secara tepat. Wallahualam.

Sebenarnya keberhalaan ulama ini sudah menukarkan falsafah Islam kepada biar Islam kalah, asalkan ulama tidak kalah. SPR menipu hanyalah reason. Memang selama ini SPR tipu pun. Mengapa tiba2 untuk Merlimau ini, PAS boikot. Lainlah jika harinya bertembung dengan demo gergasi Bersih yang berada bawah tajuk menipuan SPR yang sama.

Kepimpinan Hadi gagal di kawasan Melayu.

Puak Hadi memberikan hujah PAS bukan parti politik. Ianya adalah gerakan Islam yang mereka sendiri keliru untuk memberikan definasinya. PAS tidak menggadai prinsip demi kemenangan pilihanraya. Dakwa mereka.

1. Kita bukan nak gadai prinsip Islam. Kita nak gadaikan ulama bodoh demi Islam. Ulama asyik rekrud dan paksa kasta bukan ulama jadi pengebom korban diri. Skang kita pulak tuntut mereka korban diri demi Islam. Presiden perlu cerdik, sama ada ulam atau tidak, mereka dikawal oleh Sistem Syura. Gadai prinsip apa kalau nak terajang ulama bodoh.

2. Jika benar dakwaan mereka biar kalah pilihanraya asal tidak kalah prisip, apsal tukar dokumen negara Islam kepada negara kebajikan? Bukan kah itu adalah gadai prinsip demi kemenangan pilihanraya?

Sebenarnya, dokumen negara Islam itu terbukti boleh membunuh ulama melalui pilihanraya. Jadi, gadaikan prinsip, dan tukarkan kepada negara kebajikan bagi survival ulama. Sebenarnya bukan biar kalah asal Islam tak kalah. Tetapi biar Islam kalah asal ulama tak kalah. Biar PAS serah kerusi kepada PKR di Merlimau asal ulama tidak tergugat dengan keputusan.

Terajang ulama bodoh adalah kafir dalam prinsip Islam?

Comments

  1. 20thn lebih hadi dlm kepimpinan tertnggi parti.

    selama tu,
    PAS bungkus di kawasan majoriti melayu.

    klu sekali pon kepimpinan PAS berubah
    bukan sonang
    mdpt sokongan majoriti melayu.
    20thn lebih bro

    tp klu kepimpinan baru dlm masa 5thn leh sambar
    majoriti melayu bersama PAS.
    maka kesimpulan wa,
    Hadi memang bukan manusia pilihanNYA utk memenangkan PAS.


    apa pandangan bro.SFH?
    takada beliau
    tak meriah pulak rasanye.^_^

    ReplyDelete
  2. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  3. Salam Tungkaran hati, Apa yang hang dok merepet ni..... dulu itu tahun berapa da.....lu tulis macam orang UMNO pekat bukan macam geng UG lah bro.....
    PAS sudah maju kehadapan seluruhnya sepertimana di kehendaki oleh Islam dan bukan seperti dulu yang tertumpu pada Islam Melayu dan Melayu Islam sahaja.
    Sekarang memenuhi tuntutan dienul Islam yang merangkumi universal.

    ReplyDelete
  4. -AT,posting kali ni lu sentuh ayah SFH scara direct,tgu la komen die stelah bertapa di gua rusila..

    -tungkaran,aku pun same gak ngan hang,.tetapi kini setelah rosmah menjadi penentu, dasar perjuangan umno telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah umno dengan bermaruah tanpa mic dan mca terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan umno.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara IslamMelayu yang berdaulat!

    ReplyDelete
  5. lu punya ptendangan bagus..
    bab keberhalaan dan survivalan ulama ni isu pokok..
    selesai yg ni, selesai masalah pas..
    selesai masalah pas, selesai masalah PR
    beban PR adalah Pas!

    tapi bab MSO tu kawe tak gigit sangat..
    klu MSO murtad maknanya team UG bungkus..
    tak kan gitu koot.. wayang jerr tuhh
    bagi alibi.. geng ulama terbuka dikritik maa.. heeee

    ReplyDelete
  6. BRO, AKU KAGUMLAH. PAYAH CARI ORANG MACAM KO. BIJAK DAN BERANI. TAPI OLEH KERANA KO BERADA DALAM KUMPULAN PEDAGANG AGAMA, KO PUN AKAN BERKUBUR BERSAMA KO PUNYA IDEALISME PALSU.

    SAMA JER..

    HADI BERHALA. NIK AZIZ BERHALA JUGAK TAPI DIA NI BERHALA NYANYUK.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.