Skip to main content

Sah : Presiden PAS berada dalam perjumpaan itu.

Oleh : AdukaTaruna

Quote:
"Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,”ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu. Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.
Bermati-matian pengikut wala' mereka mengatakan Hadi berada di luar negara. Cuma kehadiran Timbalan Presiden sahaja masih belum berjaya disahkan.

Benarkah bukan motif UG?

Ingat. Kepimpinan Ulama mempunyai keistimewaan 2 peruntukan pahala ijtihad. Jika tepat, 2 pahala. Jika salah, walau sehingga memudaratkan umat, tetap 1 pahala.

Selain itu, Kepimpinan Ulama juga mempunyai hak berbohong sunat. Apa motifnya Presiden ke luar negara bagi mengelirukan penyokongnya mengenai pertemuan 24 Dis? Bohong sunat?

Hadi Awang dirakamkan Allah menipu apabila mengatakan UG hanya berlaku di zaman Paklah. Sedangkan timeline tarikh diangkat sekali lagi UG itu ketika,........ semoga Allah izinkan gua sembelih Hadi ini, suatu hari nanti, untuk tatapan sejarah muslim masa depan. Bagaimana ulama menipu dengan menggunakan keistimewaan yang diperuntukkan kepada mereka.

Rakyat adalah raja kepada pemimpin.

[1]

Imbas semula ketika UG pertama dahulu. Ketika dilontarkan Hadi dan kemudiannya ghaib tanpa follow up. Lim Guan Eng memberi kenyataan ulama tidak boleh menipu. Syed Sosialis nafi. Kita tertunggu2 butirannya, untuk dibahaskan bersama. Tiada! Ego dan sombong.

Kemudian ketika musim pemilihan, menyaksikan orang2 kanannya tumbang awal. Roslan sms, menantu; Hadi muncul dengan penjelasan UG. Ahli PAS malas membaca! Mana maruah kita sebagai rakyat yang menentukan pemimpin? Mana?

Hadi muncul memberi penjelasan UG bukan kerana rakyat. Tetapi kerana kedudukannya tergugat. Perlu membuat sesuatu. Orang2 kanan telah tumbang adalah sesuatu yang bahaya kepada kedudukan pangkat. Muncul memberikan penjelasan UG. Itu pun menyalahkan ahli dan rakyat. Malas membaca! UG ditutup!

[2]

Menanglah kumpulan Hadi selepas penjelasan bodoh dan hina itu kerana menentukan pemimpin jatuh kepada undi perwakilan. Pemilihan yang ditaja Syabas-UMNO itu mengambil masa yang melampau untuk kiraan undi. Lebih lama mengira dari SPR yang mengendalikan undi seluruh Malaysia.

Apabila kumpulan Hadi menang besar, di sidang media muktamar, Hadi bangunkan semula UG. Idea UG dipertahankan. Semuanya tercatit dalam timeline sejarah bertarikh. Ketika itu Najib sudah mengambil alih pemerintahan. Ketika itu APCO sudah mendapat kontrak.

Bagaimana jika blogger PAS, PKR dan DAP tidak bersatu-padu mengamuk dengan lontaran UG selepas kemenangan Hadi ketika itu. Tanya diri anda. Bagaimana? Sudah tentu kita pada hari ini dibentuk sepenuhnya oleh pemimpin penipu. Kita sudah bergabung dibawah nasihat APCO! UG hanya di zaman Paklah? What the (jgn mencarut), man.

Hasil dari amukan rakyat yang berjiwa merdeka dan tidak bodohlah, UG ke-2 ini terpaksa ditutup Hadi. Pemimpin perlu tunduk kepada kuasa rakyat. Bukan rakyat tunduk kepada penyalahgunaan kuasa pemimpin.

[3]

Pertemuan terbaru ini, Hadi berjaya bersembunyi dari buruan media. Tetapi Nik Aziz tetap keluar menguruskan negeri. Siapa yang takut, siapa yang berani? Siapa yang benar, siapa yang salah?

Pertemuan ini, Nik Aziz bayangkan bukan pertemuan biasa. Akan membuat kenyataan dalam masa 24 jam. Cemas dengan itu, delegasi PAS Terengganu memintas ke Kota Bharu. Anda bayangkan kesudahan jika tiada bantahan dari mereka yang dikurnuiakan Allah berfikir dan berakal.

Bagaimana kesudahan cerita seandainya, Penarik Beca tidak membantah habis-habisan maklumat dari MSO? Kemudian merebak kepada gua dan rakan2 PAS Reform? Bagaimana kesudahannya? Bagaimana kesudahan gerakan Perpaduan Melayu Bangsawan Bangsat ini jika tiada internal fighter seperti Wan Xi, Fakaq, dan pimpinan PAS yang lainnya?

Semuanya bersatu hati, bersatu suara. Di luar PAS dan di dalam PAS membantah gerakan songsang Presiden PAS. Jika tidak?

Pasti pertemuan itu menghasilkan sesuatu. Pasti kita ditipu. Pasti pemimpin UG tidak menghormati mesej rakyat. Kerana kita tidak melontarkan mesej itu dengan dasyat. Kita adalah raja kepada pemimpin. Pemimpin adalah balaci kepada rakyat. Bukan terbalik.

UG hanya di zaman Paklah? What the fuck, man.

Perjuangan kita masih belum selesai.

Kewajipan kita ialah menjatuhkan boneka paksi US-Israel-British ini. Barisan Nasional. US juga pasti tahu bonekanya ada tarikh luput. Untuk itu, sudah berlaku pembangunan boneka ke 2. Mungkin Anwar. Tiada siapa tahu. Tetapi apakah pilihan yang paling kurang mudaratnya, yang kita perlu pilih?

1. Mengekalkan boneka US-BN dengan keadaan BN sudah takut dengan kebangkitan rakyat. Dengan memberikan kuasa seimbang kepada parlimen dan negeri-negeri.

2. Memilih boneka US-Anwar yang lebih berprinsip berbanding BN. Yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding BN. Yang kekuatannya masih belum kukuh untuk menjadi diktator.

3. Memilih Islam dan dikepung US lantaran tiadanya kuasa besar Islam yang boleh melindungi kemenangan gerakan Islam kecil-kecilan. Dajal itu datang dengan neraka dan syurga di tangannya. Jika pilih Dajal, maka, syurga. Jika lawan Dajal, maka kesensaraan melanda bagai neraka.

4. Memilih Islam dan dikepung US lantaran tiadanya kuasa besar Islam yang boleh melindungi kemenangan gerakan Islam kecil-kecilan. Sudahlah sensara begitu, tetapi rupa2nya pimpinan ulama yang dipilih adalah penipu, lemah, sering ditipu. 2 kali susah. 2 kali sensara.

Kita perlu bangkit. Bangkit dengan semangat melawan. Letakkan pemimpin di bawah tapak kaki kita. Kita bayar mereka gaji. Kita dermakan harta kepada mereka. Mereka harus tahu mesej kita.

UG hanya di zaman Paklah? What the fuck, man.

Comments

  1. lu cabar orang..
    wa tengok ada orang cabar lu hari jumaat ini... sampai sanggup nak support ni..

    ada berani turun kaa?? hehe

    ReplyDelete
  2. hujah lama.. pasal UG.. guang eng.. dngn syed hussein..

    yang Tok guru selalu jumpa ialah Kit siang dan DSAI..

    ada dua orang ni cakap tak ada cakap apa2?? ataupun TGHA menipu???

    boneka ISRAEL/US..

    hang ni pun satu... yang byk link2 dgn USA/ISRAEL ni... geng2 DSAI.. penasihat Pakatan Rakyat..

    TGHA dan geng Ulama..
    sentiasa bersama Ulama sedunia bincang Isu ni..
    ikhwan muslimin, jamiaat ISLAMI, PKS indonesia..

    orang dah lama aware.. lu baru kecoh...

    lu memang budak baru blajar laa..
    tak nak tengok idea orang lain..

    yang tahu.. maki.. carut.. tu jer laaa... haha..

    ReplyDelete
  3. masing2 cabar mencabar..
    setkan 1 tarikh
    yg masing2 leh hadir utk berdialog
    kan sonang..

    mintak bro.SFH
    jadi org tgh setkan masa.
    leh ke bro.SFH?

    ReplyDelete
  4. siapa yang cabar dulu ni..
    Adukataruna cabar dulu.. sepatutnya dia boleh terima debat hari jumaat ini di samping boleh langsungkan Projek langgar Hadi di Rusila...

    dua dalam Satu tuuuuuuuuu...

    takkan tak nak terima....

    wakaka.. kalau tak turun jumaat ni..
    wa cakap... LU HANYA CAKAP BESAR LAAAAA... hehehe

    ReplyDelete
  5. hangpa semua ni kalu pasal UG ni sibuk bingai haru biru gegak gempita....tapi tang wakil rakyat ponteng dewan masa mengundi Belanjawan n terbaharu mengundi RUU-JPJ (pasal swasta saman ekoq)... takdak pulak yg bising nye...!!! wakil rakyat BN toksah cakap la memang di-beranak-kan sbg kaki ponteng mentekedarah duit rakyat makan gaji buta ... MP-Pakatan...dah kena batang hidung mato pong dah juling ke?

    ReplyDelete
  6. patut setkan masa yg
    leh diterima oleh kedua2 pihak..

    bro.SFH leh jadi org tgh utk
    set kan masa...

    cabar mcabar.. 1 persoalan yg lain.
    yg ponting
    masing2 leh dok bersama utk berdialog.

    klu masing2 cabar mcabar
    tp masing2 punye masa yg terhad pd tarikh masing2
    bg wa
    sia-sia laaa...

    so bro.SFH patut jadi org tgh
    sebab dia adalah golongan ciput
    iman tahap gaban Z pasti berlaku Adil terhadap musuh & kwn sebab berlaku adil dekat dgn taqwa .^_^



    mcm ne bro.SFH?^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.