Skip to main content

Pendapat gua mengenai INTERLOK.

Oleh : AdukaTaruna

Remehnya benda ni, sampai gua tak ambil port. Apatah lagi jadikan N3 pada mulanya. Remeh dan mudah pada gualah. Tapi, bila gua dapat pertanyaan, teringin jugak nak share dengan lu orang semua. So, macam biasa, setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Apa2 masalah kita rujuk Islam. Mana mudarat, antara karya sastera ntah apa standardnya di sisi Allah (masih unknown), dengan hubungan kaum, kestabilan negara (yang sudah berfakta)? Kalau lu ikut mazhab gua lah :

Bahasa Melayu pun gua nak hapuskan bila berdepan dengan tuntutan kemajuan umat Islam. Inikan pula setakat karya sastera INTERLOK? Itu kalau ikut gua, lah. Gua yang tiada kepentingan untuk menjaga persepsi pengundi pelbagai level. Dan kalau gua pemegang tafsiran ulama golongan kecil boleh menang lawan golongan besar dengan syarat bersugi.

Kalau PAS pula, kena hati2. Melayu Hutan ramai dari Melayu Tamadun. Dalam pada masa yang sama, asas penetapan falsafah itu tidak boleh lari dari Islam. Pendekatan tu kena hati2. dasar tu kena gigit kemas. Kalaulah Majlis Syura PAS ini dihuni oleh bangsa Parsi dan Eropah, gua ingat, tak sampai seminggu, sudah ada ketetapan hujah bertulis dikeluarkan bagi setiap isu yang melibatkan kefahaman Islam.

Inilah masa untuk menawarkan kaedah Islam dalam setiap permasalahan. Cuma, dalam Syura pun dah ada menantu, apalah sangat kes2 seperti INTERLOK ini berbanding kerja2 mencantas kuliah ustaz2 yang dipercayai boleh melumpuhkan kekuatan bapa mertua.

Kepimpinan Ulama first. Islam second.
Biar Islam kalah, asal kasta ulama tidak kalah.

Comments

  1. majlis syura ulama adalah organ tertinggi parti pas. namun keupayaannya untuk berfungsi sejajar dengan statusnya amatlah disangsikan. ia bermula dengan "kepimpinan ulama tercabar", "presiden dan timbalan presiden mesti ulama", lalu diisikan ke dalamnya penjawat2 parti yang belum capai taraf 'ulama'. what a joke!!!

    ReplyDelete
  2. Saya tak nampak saudara Aduka Taruna berfikir secara umat Islam bertamadun tinggi dalam konteks ini. Kah...kah...kah..kah...yahu..ahu..yahu..Islam maju Melayu lancau..yahu..yahu...kah...kah.kkah..
    selamat berkarya aduka taruna..yahu..yahu...

    ReplyDelete
  3. Dr sudut intelektual mahasiswa, jgn jolok srg tebuan. Bile kite kutuk org len, mst terime org kutuk kite. Sistem kasta ni serupe je dgn sistem raja2 melayu. Yg tinggi kasta/darjat/pangkat lebih mulia dari yg bawah. Beza: org india tk suke bile cite balik benda2 'low' yg diaorg buat utk kasta atas.
    Org melaya sgt suke benda2 'low' yg diaorg buat utk 'kasta' atas.
    mgkn tu sbb melaya tk sensitip dgn isu kasta nih.
    pendapat sj.

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan Ulama first. Islam second.
    Biar Islam kalah, asal kasta ulama tidak kalah.


    kuat lu gigit ayat ni bro.. wakawaka

    bukan Ulama bro.. tapi Ulamak Melayu diulang, ulamak melayu bro !!
    kasta depa lebih tinggi dari kasta Brahman bro.. depa hapal kitab!!

    kasta demo ni.. spesis unik dan power bro, makhluk dua alam!

    demo ni istimewa, spesis ulama yang tak tergigit hukum hakam..

    demo ni baca hukum hakam utk orang lain jerr bro.tidak terpakai utk diri sendiri.. depa ni kebal dan lebih tinggi dari mana2 hukum agama!
    kita rakyat berdosa berbohong, berdose berdengki khianat..
    demo ulama melayu, sunnah berbohong demi agama..
    mudarat kecik nak halang mudarat besar.. HALALkan CARA!

    demo ulama melayu.. walau hapal macam2 kitab pilihsn tetap pada logik melayu asli..
    aku jaga kitab, aku jaga agama.. surge aku punya.. kuahkuahkuah
    lawan aku lawan agama.. hormat AT hormat
    takde hormat takde surge.. wala wala wala!

    ulama melayu ada hikmah,
    rezab pahala banyak, modal banyak jadi boleh lawan hukum...
    depa pegang hukum, hukum taklih pegang depa!!
    ada syufaat! jadi pengikut kalo walaq ulih tumpang sekali masuk syurga.. jadi
    tak yah segan buat dosa demi ulama, khianat buat perangkap tibai lu bro dan sapa2 tegur ulama..
    khidmat tu bro, khidmat.. saham masuk syurga.. kuang3
    syurga klass bisnes lagi..
    untung la lu SFH.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. Yeah right hussin what a nation joke, eh? Syura mesti ulamak, am okay with that. Tapi bila Presiden & Timb. dia kena ulamak jugak? Semua top posts nak dibolot oleh so-called "ulamak"? No wonder depa ni la ulamak yang jual propa "Janji/Asal Islam menang" dengan gadai janji dengan rakan seperjuangan & 'berpadu' dengan UMNO? Asal Melayu-Islam (PAS_UMNO) bolot kuasa, jawatan negara?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.