Skip to main content

Catatan terakhir proses siasatan polis kes Rusila.

Oleh : AdukaTaruna

Khamis semalam, gua sampai ke Marang bagi mematuhi prosedur siasatan pihak polis terhadap laporan gua. Yakni kawad cam. Insp Zuraida, IOkes gua memaklumkan bahawa kawad cam akan dijalankan selepas Asar. Gua sampai lebih kurang pukul 4.

Sampai di Restoran Lempeng, gua dan rakan berehat sebentar sambil makan keropok lekor. Terserempak dengan Pengerusi Masjid Rusila bersama rakan. Mereka menegur dan berbual ringkas dengan kami. Pengerusi Masjid Rusila (lepas ni gua taip PMR sebab gua tak tahu nama dia), bangun dari tempatnya, bersalaman dan bertanya khabar dengan kami.

Selepas bersapau lebih kurang 3 jam di IPD Marang, akhirnya kawad cam pun berlaku. Ada 2 sesi kawad. Bila gua masuk untuk pengecaman yang pertama, gua menjelaskan tiada seorang pun dalam barisan itu yang memukul gua atau bermaksud mengasari gua atau berlaku body contact terhadap gua.

Tetapi polis menjelaskan siasatan berlaku atas 3 kesalahan. Rampasan barang, kekasaran body contact, dan penahanan secara salah. Polis meminta gua menunjukkan individu yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan terhadap peruntukan undang2 sedia ada. Gua diminta memberikan kerjasama.

Gua menunjukkan 2 orang yang gua cam berada di tempat kejadian, dan disuruh keluar bagi sesi kedua. Selepas polis merombak barisan kawad, gua masuk bagi pengecaman kedua. Dan polis mendapati gua mengecam dengan tepat.

Kemudian, gua dibawa ke tingkat 1 untuk diambil keterangan. Polis juga turut meminta gua berkerjasama supaya tidak mencatitkan apa2 dalam blog gua. Kerana ianya mengganggu siasatan dan mengundang ancaman keselamatan terhadap gua dan saksi. Gua bersetuju. Dan bermakna, ini adalah catatan awam yang terakhir untuk kes ini.

Sebentar tadi, gua memaklumkan kepada Insp Zuraida bahawasanya gua telah mendapat semula barang2 yang dirampas dari gua pada hari Khamis tersebut. Bagaimanapun rakan gua (lawyer) menjelaskan takrifan curi adalah mengalihkan sesuatu barang tanpa kebenaran. Dan meminta gua meneruskan, bagi mendidik masyarakat, apatah lagi kumpulan yang boleh memerintah negara kelak, akan hak2 orang awam, dan proses undang2. Kumpulan yang bakal memerintah negara tidak boleh imun dari proses ini.

Bagi tajuk kekerasan fizikal, gua masih mengecam lelaki yang merentap baju, menarik badan gua, merampas dan mengarahkan merampas barangan gua. lelaki tinggi dan besar itu selalu mengiringi Hadi Awang dalam mana-mana program. Dan dia selalu dilihat berada dalam kenderaan ini :


Insyaallah, gua juga masih mengecam budak kurus berkopiah yang merampas handphone gua atas arahan lelaki yang rapat dengan Hadi Awang itu, dengan keadaan gua dipegang oleh lelaki itu beserta bantuan beberapa lelaki lain yang tidak pasti. Semua ini berlaku di depan Hadi Awang dan gua berada di atas simen rumahnya.

Gua juga mengecam lelaki berambut separakerinting yang menahan gua secara lisan dan fizikal di bilik tingkat 1, di mana dia adalah saksi kepada 2 individu yang memukul gua dari belakang. Kerana kedudukan dia mengadap gua membuatkan kedudukan dia juga mengadap penyerang gua.

Ini semua adalah proses undang2 yang perlu dihadapi oleh semua termasuk gua. Ianya adalah satu proses didikan. Di luar tajuk proses dan prosedur undang2 yang perlu ditegakkan, yang perlu dipelajari oleh kita semua, gua memaafkan apa yang berlaku. Gua boleh berbual, bersalaman dan minum semeja dengan mereka yang terlibat. Professional. Asingkan sesuatu itu pada tempatnya. Apatah lagi fokus gua ialah Hadi dengan hujah lawan hujah. Manakala kumpulan yang bodoh hanya mengikut pihak yang menang.

Penutupnya, ini adalah catitan terakhir gua yang membabitkan proses siasatan pihak polis. Projek Langgar Hadi di Rusila akan diteruskan bergantung kepada ketentuan Allah, pada mana-mana Jumaat yang akan diumumkan kelak, selepas Mac tahun ini 2011.

Pemimpin yang takut dengan hujah dan soalan, adalah pemimpin di luar tamadun yang harus dikuburkan.

Wallahualam.

Comments

  1. Jika ini pilihan lu,gua doa yg terbaik utk lu kawan.semoga niat yg baik lu dirahmati Allah.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. syabas bro...tegakkan kebenaran...!!
    walau mereke golongan 'ulama'...
    yg salah tetap salah....
    kalau mereka takut dengan undang2 dunia...mereka mesti takut dgn undang2 akhirat....

    ALLAHUAKBAR...!!

    ReplyDelete
  3. Hadi bukan takut bro,
    sibuk
    byk jawatan yg dipertanggungjwbkan.^_^

    ReplyDelete
  4. bri CI,
    betul tu.. sibuk!
    bukan klass dia nak layan AT, soalan ka report ka
    hadi ni klas minum tea ngan PM, agong, mat-mat ober sea londan dll
    kalo takat penganut islam biasa tu cukup
    kat ceramah politik je..
    kalu penjilat bulih gi rusila,
    kalo bukan jangan, nanti kena bantai!
    hadi ni ulama profesional.. kena setimpal lerrr..
    nak baca hukum bole... tengok-tengok la dulu..
    ada masyuk kaa..?
    tuh hang jumpe aku punya macai..
    baik boss... berapa banyak dalil mau bosss..
    ekkk eeleeehh...

    ReplyDelete
  5. layarilah www.freemalaysiakini.com

    berita dan informasi terkini Malaysia

    ReplyDelete
  6. wa menunggu sirah/dalil maki secara indrect dari bro.SFH

    moga2 kita sama2 mdpt manafaatnya.InsyaAllah

    andaikata TIADA,
    bg wa..
    sirah/dalil yg dibawa oleh bro.SFH
    kureng tepat utk kes AT ni.
    dan ijtihad bro.SFH leh dipertikaikan
    dlm memwajibkan maki diblog wajib kene pukul or dibunuh diluar. ^_^



    wa nak cari malas...^_^

    harap2 bro.SFH leh kongsi ilmu yg ada.


    sila kan.

    ReplyDelete
  7. BRO CI,
    ijtihad lu klass..
    Two thumbs up bro..
    tambah-tambah bab potong tangan..
    kita tengok..
    berani tak ulama antarabangsa ni
    potong tangan pengikut dia??
    wa jamin tak berani..
    tara tu je la ulama dia...

    Wa nak ulang ijtihad lu kat sini lagi..
    bagi meriah bro..

    Contact Information said...

    <<<---- ikut cerita aduka..
    1. dia pi tanya TGHA..
    2.TGHA enggan jawab..
    3.kemudian mendesak TGHA suruh jawab di khalayak ramai..
    4. disedari oleh orang yang nak bersalaman dengan TGHA.. lalu tarik aduka dan kepung..
    5.kemudian berlaku selisih faham, dan ketukan. --->>>

    1. AT pi tanya Hadi.
    ** tanya pe bro? minta lu tolong keluarkan ayat2 pertanyaan AT pd Hadi tu.
    coz wa pun tak tahu.
    yg wa tahu..
    AT minta masa utk bertanya.

    2. Hadi enggan Jawab.
    ** soalan apa yg AT tanya tu, Hadi enggan jawap.

    3.mdesak hadi utk mjwp dikhalayak umum.
    ** lu citer skit, apa soalan yg AT tanye sambil memegang tgn Hadi sambil AT menangis2 minta Hadi jwp.


    klu wa bro,
    Wa pegang lembut bahu AT,
    moh kita masuk kedlm rumah leh?
    ambil bjln wa borak santai
    ana tarak leh lama..
    byk urusan.
    enta pon tahu ana byk tanggungjwb kan.. ana byk pegang jawatan.
    so masa ana terbatas. ^_^
    abis citer..
    AT pon diselamatkan kene pukul oleh ijtihad lu. ^_^




    bro.
    bg wa kan,
    kureng cerdiknya puak-puak yg dekat dgn HAdi utk berhadapan dgn AT.

    klu wa org kuat HAdi,
    wa jumpe AT,
    nego dgn AT..
    wujudkan win-win situation..
    ala2 UG... ^_^
    tp yg wa perasaan,
    lu org sangkakan AT ni tarak berani
    utk bhadapan dgn HAdi.
    ternyatalah lu org silap termasuk wa. ^_^

    AT masih istiqamah dlm Project Langgar HAdi.

    wa masih menunggu kebijaksanaan puak2 yg dekat dgn Hadi dlm berhadapan dgn AT.
    bah kata pepatah
    rambut tarak putus,
    tepung tarak berselerak.
    barulah mantap gitu.

    klu ikut ijtihad wa.
    dah 2 - 0
    AT=2 Hadi=0

    utk AT,
    mcm biasa niat mau cantek.
    klu nak glamer
    or apa2 niat yg tiada mengena
    demi utk agamaNYA..
    elok BEKU kan aje Project Lu tu.^_^

    Sunday, January 23, 2011 8:53:00 AM GMT+08:00

    ReplyDelete

  8. Blogger Contact Information said...

    <<< ---- ya.. ijtihad wa... adukataruna perlu diajar kerana kurang ajar..
    tapi kejadian di rusila adalah hasil tindakan aduka sendiri kerana provokasi terhadap penduduk rusila yang sayangkan TGHA.---- >>>

    dgn ijtihad lu ni,
    leh wa katakan or ambil hukum
    maki diblog wajib kene pukul diluar.
    leh jadi wajib dibunuh ke tidak?

    bukan apa bro,
    senang skit kerja polis. ^_^
    sonang nak tahu punca nya dtg dari mana.. mungkin org yg memukul leh terlepas, tp org yg kluar ijtihad masuk lokap.^_^
    tapi apa sgt lah masuk lokap bro.
    imam-imam beso biasa je bab masuk lokap ni.

    begitu gak dlm kes mencuri potong tgn,
    lu berkata kat penduduk rusila mencuri wajib potong tgn.
    bila mana berlakunye org mencuri.
    maka penduduk rusila potong tgn pencuri.
    sebab ni hukum islam ni.
    kene buat ni..
    kene patut
    kene wala dgn Hadi..
    Hadi dah kluar beribu2 dalil
    mencuri kene potong tgn.
    lu agak2...
    mcm ne? ^_^

    bro,
    negara ada undang2,
    so lu wujudkan undang2 maki diblog
    wajib kene pukul or kene bunuh diluar dulu...
    baru lu leh pakai ijtihad lu utk kaum kerabat lu tu..^_^

    ni mencuri pon tarak potong tgn,
    ada puak rusila potong tgn org mencuri.?
    tu yg dah jelas dlm quran bro.
    tp penduduk rusila belum laksanakan lg,
    mereka cume laksana,
    ijtihad lu kata maki diblog wajib kene pukul diluar je. ^_^
    di antara maki vs mencuri
    mengikut ijtihad lu, yg mana perlu diberi keutamaannya.? ^_^

    macam mana bro?^_^



    so kita masuk dlm bab maki lak.
    lu bukak sirah maki2 dlm keadaan maki direct..
    dgn kata lain,
    maki diluar....
    sebagai contoh,
    aduka bersyair di luar masjid rusila dgn bersuara lantang memaki hadi...
    contoh..
    aduka maki Hadi disaat Hadi mebaca khutbah jumaat.
    so bg wa..
    tu maki diluar.
    so lu paham ke tak ni?
    maka wa leh terima hujah or dalil lu turunkan tu...
    kerana sesuai dgn suasana dan realiti yg ada... dlm kes Aduka ni.


    Tapi
    lu belum bukak lagi sirah maki dlm bentuk maya.. or penulisan dan sebagai nya dlm kontek indrect.
    minta lu kluarkan dalil maki dlm bentuk maya or penulisan lak..yg secara indrect
    klu TIADA Dalil
    maka
    wa rasa Hujah dgn ijtihad lu leh dipertikaikan dan
    TERBATAL dlm kontek kes AT ni.

    tu IJTIHAD semasa wa dlm KES AT ni.^_^

    Sila kan bro.


    1 lg bro,
    utk buat undang2
    maki diblog wajib kene pukul or bunuh diluar.
    Parti lu kene menang,
    utk menang...?
    mcm biasa lah kan ^_^
    presd Parti lu biar sesuai dgn realiti
    dan suasana semasa.
    klu tidak, ia cume sekadar ijtihad je lah..tiada perlaksanaan. ^_^

    Sunday, January 23, 2011 8:11:00 AM GMT+08:00

    ReplyDelete
  9. http://www.facebook.com/pages/Kami-Mahu-Pesuruhjaya-PAS-N9-yang-Baru/182370175126621

    ReplyDelete
  10. -sikit2 nk same levelkan hadi ngan rasulullah saw..bengap punye pengikut..

    -rasulullah sendri brsabda Demi Allah, 'sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya'..

    -tp kalu pengikut hadi yg mencuri?..sape yg nk tolong potong tgn pencuri tu?..sfh bole wat?..wat rujukan dulu ye sblm nk jwb soklan CI tu, kang x psal2 kebangangan lu lebeh trserlah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.