Skip to main content

Niamakahai punya Haji Azhar MPKB Bandaraya Islam.

Oleh : AdukaTaruna

Gua setuju masalah yang gua bawa untuk N3 kali ni, tak semestinya tanggungjawab Haji Rahim MPKB. Tapi dah dia jadi kepala, siapa lagi nak sekeh? Tu fungsinya kepala. Apa2 hal kepala mesti jawab. Kalau gen Korea, kepala letak jawatan. Bukan anak buah jadi kambing hitam.

Gua duduk N9. Negeri UMNO. Renew lesen niaga, bai. Bukan mohon lesen niaga. Prosedur renew patut mudah. Bukan macam prosedur mohon. Bukan gua suruh MPKB canggih macam gomen buat. Siap ada myeg. Tapi takanlah prosedur renew lesen niaga dah macam nak bina logi nuklear. Macam sial.

Orang rumah gua, kena renew lesen niaga kompeni dia kerja. Dah dia kerja as kerani, merangkap pengganti bos bila bos bz, maka terpaksa la. Gua plak, member gua suh interbiu grapik designer kat satu kompeni member. Gua tak nak. Sebab gua baru jer benti. Tapi pasal dengar tawaran lumayan, dan adrenalin gua yang berunsurkan duit, gua teruja. Gua plan, gua kira gaji yang dia tawarkan tu per jam, then cadang nak ambil secara jam, atau artwork. So, tak lah kacau aktiviti niaga siang gua. Gua boleh buat artwork kat tempat kerja pengawal jer ker. Plan gitu la.

Takper la, gua tolong bini gua settlekan renew lesen, then, g interbiu. Sekali, punyala bangsat gua bersapau kat MPKB bahagian perlesenan. Nyaris2 labah2 buat sarang kat ketiak gua. Gua kena bersuara nih. Gua kena bersuara. Nasib baik henset bini gua. Kalau gua ada handycam, semua komen 'mangsa' macam gua, gua dapat, dan siarkan.

Skang mari lihat dakwaan gua.

Tengok kertas giliran nih. Gua ambil ketika pukul 10.33am. Nombor semasa ialah 5067. Nombor gua ialah 5123. Gua kena tunggu 56 orang. Takpalah. KB adalah bandar yang lebih besar dan pesat dari Seremban.  Memanglah ramai. Takda masalah. Kalau orang N9 cakap KB mundur, memang dia layak makan taik. Kalau Isa Samad yang cakap, lu suruh taik tu makan dia. Tapi, kalau orang Melaka cakap KB mundur, gua boleh terima. Hutang dengan pusat tajuk lain.


Gua nak tangkap gambar jam. Tapi kamera handset silau. Tak nampak. Terpaksa tangkap gambar jam kat enpon Nokia Lampu Suluh gua. Tu pun masih boleh dituduh gua adjust jam sebelum tangkap. Kalau lu boleh nampak, jam menunjukkan pukul 11.53am. Gua ambil no pukul 10.33. Sejam lebih. Takpa2.. boleh sabar. 8 tahun gua menuntut ilmu kesabaran kat U Al Azhar cap Hosni Mubarak. Mesir. Stakat KB punya cabaran, mo man tai.


Ting! Setelah 1jam 20 minit. Nombor gua up. Bukan kat Toto bai. Kena pergi kuanter 5. Bayar RM230, siap pun lesen untuk kompeni bini gua. Boleh hantar bini, dan pergi interbiu. Tamat story.


"Ok. En. ambil borang ni. Pergi ke kuanter 3, yer."

"Eh... ni duit ni?"

"Bayar kat sana."

"Pulak. Terus pergi la ni yer."

"Tak. Tunggu nombor dipanggil."

Pundek! Kesabaran 8 tahun gua kat Mesir dah tinggal 4 tahun dah. Dari Mee Celup dah tahap Mee Rebus dah ni. Gua kena tunggu lagi 56 giliran! Lebih kurang lagi 1 jam 20 minit! Sabar... sabar. Ada talian hayat 4 tahun lagi.

Lebih kurang 45 minit, nombor gua up lagi. Bukan kat Magnum, tapi kat kuanter 3. Ting!

"5123, kuanter 3."
"5123, kuanter 3."

Mesin tu guna suara siapa la... manja jer bunyinya. Sabar gua up kepada 5 tahun tahap Mesir. Gua hulur kertas, gua semak ntah nak buat apa ntah. Gua nak renew la, bodoh. Bukan nak mohon. Mati lesen 31 Disember 2010!

"Ok, ambil ni, pergi ke kuanter 1, yer."

"Kena tunggu no giliran juga ke?"

"Ho, la.."

Bagaikan halilintar membelah bumi. Gua dah bayang muka Batu Api adalah Putera katak yang dibela Nora Danish. Kalau menjelma la depan gua, memang gua sepak telor dia tu,. Kalau senak, pelik. Kalau tak, gua tak heran. Dah tengah hari ni..... nak interbiu nate gapo. Huaa~


56 orang depan gua! Lebih kurang sejam lagi. Siapalah pundek buat sistem sial macam ni. Lepas ni, gua bersumpah. Gua akan cari siapa Kapten Perlesenan MPKB. Sampai bila rakyat KB nak kena duduk bawah sistem pundek macam ni? Tak praktikal langsung. Golongan intelek mana yang jadi Kapten Perlesenan MPKB ni? Cer angkat tangan sket. Gua nak bedah otak dia. Buat ujikaji.

"Pengang benda alah ni semua, jap."

"Nape?"

"Abang nak tangkap gambar semua nih."

"Jangan buat hal, bang."



Antara mangsa keadaan sistem ciptaan manusia berotak kecik.

Antara helaian yang gua kena usung macam bola. Senang lagi nak seludup dadah la gua ingat.

Mana dia? Mana dia? Gua melilau carik carta organisasi. Selalu kat pejabat kerajaan, mesti ada benda alah nih. Gambar TGNA dan Sultan Kelantan bersepah la. Hah!

Ada pun. Kat pintu masuk sebelah sana. Kasi zoom sket. Benda2 macam ni, kita terus tangkap kepala jer. Buang masa berdepan dengan 'saluran'. Kasi zoom sket!


Ceh! Golongan Lebai!
Pendek cerita, gua pun jadi golongan Pak Lebai. Lebai malang. Ke hulu tak dapat. Ke hilir penat.


"Bang! Bang! Bangun lah. Tak g kerja ke? Interbiu cane?"

Zzzzzzz.....

p/s : Jika Kelantan anjurkan konsert Wali Band, Terengganu anjurkan konsert Wala' Band. Setiap Jumaat. Tiket Free.

Comments

  1. kantoi tgk cite putera katak!

    kah3

    ReplyDelete
  2. Punyalah gua tekankan pokok isu. Tang putera katak lu belasah gua, Taliban?

    ReplyDelete
  3. kah kah kah nasib badan~ suka aku baca kesengsaraan lu~ keh3x~

    ReplyDelete
  4. Tahniah..pendedahan yang jitu, ditel dan tepat sasaran..hentam ajer..sape pun dalam Malaysia nih..berKOPIAH keh..Tok Haji keh..kalo masih perasan rakyat Malaysia nih BODOH macam depa tuh..tembak..atau pun letup dengan C4 ..nak pakai sistem gua batu flinstone..

    ReplyDelete
  5. Alahai...
    hensem juga u ni,,, kalau Anuar terpandang ko,, nahas.....aauuwww...

    ReplyDelete
  6. kahkahkah..... apsal lalu nak tiaw haji azhar tu....tu pegi tiaw YB takiyudin la..... dulu MPKB pernah kena saman sebab clamp tayar kete sorang lawyer..... hadoih!!!! camne la nak jadi bandaraya ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.