Skip to main content

Delegasi PAS Terengganu jumpa TGNA hari ini untuk tutup rahsia?

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : MalaysianInsider dan Harakah dan Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Malaysian Insider hari ini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Semalam, Harakah melaporkan Mursyidul Am yang dikatakan terpaksa hadir kerana jemputan dari YDP Agong itu akan membuat kenyataan dalam masa 24 jam.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa,” kata Nik Aziz.

Secara matematiknya, sepatutnya kenyataan rasmi TGNA mengenai pertemuan itu dikeluarkan petang ini. Ramai pemerhati politik dan pemimpin PAS sendiri menanti maklumat sama ada Presiden PAS dan Timbalannya turut terlibat dalam pertemuan itu.

"Apabila TGNA sampai di sana, didapati Presiden dan Timbalan Presiden sudah ada. Selepas pertemuan dikuasai TGNA, Presiden berangkat ke luar negara malam itu bagi mengaburi pengikut setianya. Dan hari ini, selepas TGNA berjanji akan mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan itu, delegasi Presiden berangkat ke Kelantan bagi bertemu TGNA." Jelas satu sumber.

The Malaysian Insider melaporkan, mereka difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyan dan kemusykilan ekoran laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

"Delegasi Presiden bimbang isu ini akan meledak dalam pertemuan kerajaan Kelantan bersama warga internet pada 15 Januari ini. Jika Hadi tumbang, maka, terlalu ramai yang menumpang pangkat melalui Hadi akan turut tumbang."

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...