1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jan 5, 2011

Bunuh Pengkritik Sultan, Satu Cadangan Yang Hina

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

3 komentar:

Contact Information said...

wa nak komen lebih2 kang
lg glamer lak.^_^

Contact Information said...

minta bro.SFH bg sepatah dua kata skit.

apa pandangan beliau,
pd system ni.

Hanz Newman said...

Pengapu pembodek pun berpada pada .. selagi tak salah/berdosa. Ni mamat mana entah sampai cadang hukuman bunuh sebab pada pesepsi mamat tu PR persoal/merendahkan kedudukan Sultan S'ngor? Ya ke? Atau memang dah rendah/ dihina oleh BN atau Tun M dulu lagi? Apa tak cadang tembak Tun M dulu?