Skip to main content

Bila Si Pondan Berehat...



Oleh : AdukaTaruna

Gua buka blog Batu Api tadi. Sajer nak kasi publisiti. Dulu dia seronok bila Topeng Perak layan dia. Kali ini dia kata dia nak berehat. Tersenyum, gua. Berehat ke, atau nak tukar kepada blog lain? Nama lain pulak. Ngeee.. tapi mesti tak jadi kan? Sebab gua dah teka. So, terpaksa pulak update sikit2 dalam blog Batu Api sambil aktif dengan blog nama baru. Tapi tak jadi plak kan? Sebab gua dah teka. Terpaksa lah aktif dengan kedua-dua blog. Blog Batu Api dan blog nama yang baru. Tapi AdukaTaruna dah teka plak. Aduss....


"TGHA sibuk. Mu yang biadap halang dia."

Kelakar. Gua halang, atau mengekori? Kalau halang pun, apsal Rusila takut dengan rakaman? Halau gua balik, sudah la. Handphone dirampas. Sampai skang tak berada di tangan gua. Handycam dirampas. Dicabut memori card. Kereta C++ dikejar. Dipaksa masuk semula ke Rusila. Telefon dan memori card C++ dirampas sampai sekarang. Apa logiknya TAKUT DENGAN RAKAMAN dengan perbuatan biadap gua? Kitab kuning mana diorang ikut, tak tau lah. Apa pun gua percaya, TGHA sedikit zarah pun maksum dalam hal ini.


Balik semula cerita Batu Api.

[1]

Apa yang boleh kita belajar dari perenggan mengenai Batu Api di atas? Gua nak share teori gua. Macam biasa, berkaitan baka Melayu. Lu setuju, setuju lah. Tak setuju, tak setuju lah. Jangan bimbang, gua takan minta pengikut gua rampas handphone, belasah depan masjid dan kurung dalam bilik.

Teori gua begini. Untuk kira kecerdikan seseorang ialah :

[Saiz otak] x [peratusan penerokaan otak]

Standard saiz otak Melayu gua dakwa ialah 1400cm3. Saiz otak berkadar terus dengan saiz rangka tengkorak. Cuma peratusan penerokaan otak bagi satu-satu manusia sahaja yang berbeza. Standard penerokaan otak bagi Melayu pula gua tak boleh nak dakwa. Gua letakkan 20% sebagai contoh.

Jadi, kita boleh kira kecerdikan Batu Api ialah 1400cm3 darap dengan 20% [(20 / 100) x (1400)]. Nizam Mahmud, etc; maybe boleh semak matematik gua. Evelyn tak payah. Jap g dia kutuk gua settlekan matematik dalam BM.

Dan majoriti dari Melayu adalah pengguna satu belah anggota badan secara total. Bermaksud, jika Batu Api sejak kecil menggunakan tangan kanan dan kaki kanan, maka, sampai ke mampos dia begitu. Tak upgrade, tak mencabar diri sendiri. So, peratus penerokaan otaknya statik. So, kecerdikkannya statik. So, gua tak perlu risau berperang dengan dia. Pondan tahap ayam. Nanti gua cerita detail.

[2]

Teori menyebut, pengguna anggota kanan menggunakan otak kiri. Pengguna anggota kiri menggunakan otak kanan. Tak kisahlah yang mana satu. Tapi berdasarkan teori, jika anda adalah pengguna kedua-dua anggota, maka anda adalah pengguna kedua-dua otak.

Jika anda boleh bermain ping pong kanan dan kiri, badminton kanan dan kiri, bola kanan dan kiri, melukis kanan dan kiri, bermakna; dalam matematiknya; 1400cm3 darap 20% + 20%. Apa yang lu boleh faham? Anda meningkatkan keupayaan anda melalui pembolehubah peratus penerokaan otak. Hal gandum lain, hal kemahiran penerokaan otak lain. Sesiapa ada anak tu, pepandai la bentuk ikut teori gua kalau lu setuju.

Pondan satu hal, standard satu hal.

Pondan satu hal lain lah. Batu Api tidak bodoh. tetapi standard. Orang Melayu yang standard, untuk orang Melayu. Tetapi manusia bodoh untuk bangsa hebat bukan Melayu.

Standard Melayu, dia hafal buku hasil penemuan bangsa lain pun, dia kekal sebagai penghafal. Dia bukan penemu ilmu. Itu hakikatnya. Termasuk ulama Melayu. Jadi, dia TIDAK AKAN tahu bagaimana untuk mentafsirkan dengan relaiti semasa berdasarkan hafalannya. Hafal formula, hebat selesaikan soalan kertas, tapi gagal selesaikan masalah realiti yang bersimpang siur pembolehubahnya.

Polemik gua dan Batu Api.

[1]

Songkok Putih sendiri menulis tajuk ini. Selepas perjumpaan istana, Allah kembali hantarkan perasaan berbuak2 untuk bertanya mengenai penipuan Hadi yang lepas2. Dapatkan penjelasan rasmi dari Hadi sendiri. Allah yang mengawal bolak dan balik hati manusia.

Tetapi gua perlu mempergunakan seseorang untuk 'mengikat' Hadi dalam satu 'tekanan rasmi'. Kalau tak, ke luar negara lah. Mujur pengikut Hadi tidak memberi hujah ketika gua dipukul Hadi berada di UK. Ketika dulu, gua mempergunakan Songkok Putih. Makan umpan, Songkok Putih akhirnya terpaksa menegakkan kenyataannya bagi menaja pertemuan dan menguruskan pertemuan.

Malangnya Allah takdirkan gua dilanda satu perkara. Kes dituduh menghina Sultan Johor. Ketika mencari-cari jawapan dalam hubungan peribadi hamba kepada Penciptanya, Allah takdirkan muktamar mengkehendaki Hadi berada di tempat gua. Pengkalan Chepa. Hadi takut untuk menjawab gua. Lu orang boleh bantah. Tapi hanya gua dan Edyes sahaja yang tahu. Allah pula mengetahui lebih dari itu.

Tetapi dinafikan pengikut dengan mengatakan dia sibuk. Datanglah ke rumah. Jika orang gila pun Hadi hidangkan minuman, pasti Hadi akan melayan kemusykilan gua. Hujah pengikut mereka. Cuma, mereka tidak tahu bahawa mereka adalah baka Melayu. Pembolehubah orang gila dengan gua adalah orang gila tidak datang dengan satu soalan yang boleh menjejaskan kedudukan pangkat dan kuasa. Benar gua atau benar Hadi dengan soalan itu bergantung kepada hujah.

[2]

Pertemuan terbaru pun berlaku. Allah campakkan semula perasaan itu. Gua berusaha sebagai manusia untuk mendapatkan penjelasan Hadi dalam kes tipu. Tipu kepada intelektual anak muda. Tipu pada intelektual umat Islam masa hadapan. Gua tak kisah dicop penjenayah hari ini, tetapi gua tuntut pembersihan nama dan sejarah oleh orang masa depan. Dalam tajuk 'Langgar Hadi'.

Untuk memperguna sekali lagi Songkok Putih, pasti sukar.Akhirnya, asbabnya, gua mendapat maklumat bahawa Batu Api adalah Suhaimi Embong, atau berada di bawah Suhaimi Embong. Suhaimi Embong pula berada di bawah PAS Terengganu. PAS Terengganu pula berada di bawah Hadi.

Gua mempergunakan Batu Api mencabar debat. Gua tahu dia sanggup menjadi pondan demi menyelamatkan kaitannya dengan Hadi secara rasmi. Gua tertunggu2 dia mencabar gua pula ke Rusila. Plan gua, bila dia cabar sebegitu, gua akan terus buat macam Songkok Putih. Meminta Batu Api menguruskan pertemuan itu. Plan gua as manusia.

Takdirnya, Batu Api petik nama Songkok Putih. Mempergunakan Songkok Putih. Petik nama Terengganukini. Bantal disorong. Batu Api memperguna Songkok Putih, gua mempergunakan mereka berdua. Apatah lagi Songkok Putih adalah entiti rasmi kepada PAS Terengganu. Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan gua mendapatkan penjelasan dari Presiden PAS dalam kes tipu.

Songkok Putih melalui Tranungkite 'mengikat' kehadiran Hadi di Rusila dengan kenyataan pertemuan secara rasmi. Gua ambil dengan pantas kenyataan di bawah Bicara Webmaster, dari Tranungkite, di bawah Lajnah IT PAS Dungun. Kopipes dalam blog gua. Kalau Hadi pergi London, ini hujah gua.

[3]

Batu Api pula? Just sampah. Gua isytihar yang gua tak kisah dia hadir atau tidak. Tiada beza. Cuma yang kelakarnya, ya lah... baka Melayu. Dia pun keluarlah hafalannya terhadap penemuan ilmu bangsa hebat, bab teknik bermain catur.Anatoly Karpov la, Dr. Edward De Bono la, Lateral Thinking la, bla bla bla untuk menunjukkan dia sedang bermain chess dengan gua.

Padahal hinanya pondan ni, gua memperalatkannya mengajak bermain chess dengan sasaran Hadi terikat untuk hadir. Dan acara main chess jatuh kepada status rasmi. Sampai tarikh, pergi mampos sama Batu Api dan buah chessnya, dan papan chessnya, dan buku2 teknik perangnya. Skang lu nampak tak beza manusia pengguna satu anggota dengan manusia pengguna dua anggota? Beza secara sunnah alam Allah ni la. Mutlaknya ialah Allah. Kalau Allah nak bagi bodoh atau cerdik, kunfayakun jer.

Begitu juga kesnya dengan Hadi dan ulama Melayu. Kalau 100 kitab dia hafal, dia hanya berada dalam kepompong penghafal. Dan yang terbaru, Batu Api ingin berehat. Maklumlah.. penat bermain chess. mana nak hafal buku2 chess lagi, nak hafal buku Dr Edward lagi. Gua jer berehat 2 hari, Jumaat dan Sabtu lepas sebab Dr bagi MC dan minta gua check mata kanan gua di KB kalau still ada sikit kabur.

Hadi tegak atas penyokong bodoh.

Masa mula2 gua cakap nak jumpa atau langgar Hadi di Rusila, pengikut dia cakap, tak payah di Rusila. Jumpa tepi jalan pun boleh tanya.

Lepas gua tanya kat muktamar, pengikut dia cakap Hadi sibuk. Hadi plak cakap kena buat temujanji dengan Dr Samsuri. Pengikut dia suruh gua datang rumah. Orang gila datang pun Hadi bagi bagi minum.

Bila gua datang rumah, pengikut dia kata gua terburu-buru. Batu Api suruh tunggu pukul 3. Gua tak terus jawab. Gua simpan email EdyesDotCom pasal penipuan pukul 3 Batu Api tu, bagi memberi masa secukupnya pengikut Hadi masuk dalam bilik kebodohan janji pukul 3.

Then, bila gua bongkarkan penipuan pukul 3, dan nama projek ialah Langgar Hadi, dia kata gua biadap halang Hadi untuk ke acara lain. Pulak. Maksum sungguh Hadi ni.

Kalau gua yang biadap, Apa logiknya TAKUT DENGAN RAKAMAN dengan perbuatan biadap gua? Sehingga kejar kereta C++, paksa masuk semula ke Rusila, soal tentang rakaman? Handphone gua dirampas. handphone C++ dirampas, memoricard C++ dirampas. Handycam sahaja yang berjaya disembunyikan C++ bersama sedikit rakaman yang masih belum gua dapat.

Apa pun, Hadi maksum. Gua cabar kopipes artikel ini di TKO dan teka berapa lama ianya bertahan sebelum ghaib. Siapa teka paling hampir, gua bagi no telefon Heliza Helmi. ID member yang gua guna di TKO (Veteran_UMNO) dah tak boleh log in. Masalah database, maa...

Comments

  1. lerrr...siannya..

    gedebe gok ore ganu yer...

    lu kena pukul sampai kabur mata??

    lu nak henpon baru ker bro?

    lu roger wa dulu...

    ReplyDelete
  2. Hu hu hu...

    sampai hati hang Aduka.... memperguna Batuapi.....

    ReplyDelete
  3. Tolong kira penerokaan otak gua bhai. Gua guna tangan/kaki kanan kanan 10 jam sari tapi gua main gitar karen guna jari tangan kiri untuk cari melodi. Bukan lagu Siti Nurhalija tapi lagu-lagu Metallica. Agak2 otak gua sama otak geng Rusila tak?

    ReplyDelete
  4. Bro,
    Jangan la suruh aku cek keupayaan otak Jemaah Rusila.

    Kalau kira sampai nano payah sikit lah. Kalau mikro pun dah susah, tak yah la nak kira nano. Panggil bodoh jer cukup. Malas nak buat calculation otak orang ni.

    Caya lah. TGNA pegi kena kan Hadi dgn Cikgu Pa cukup2 dlm meeting dgn Agung. Hang lak kena kan Batu Api cukup2.

    Diaorg x kan give up. Stake UG ni besar bro. Kontrak, jawatan dll. Muhydin tiba2 pegi US ni pun tak tau psal aper. Maybe nak yakinkan CIA supaya duduk diam2 kalau dia bagi PAS laksanakan hudud. Mcm Arab Saudi lah. Hudud ader, ulamak banyak, tapi sokong Amerika.

    Esok lusa jgn terkejut tiba2 Najib umumkan bahawa sanggup bagi PAS laksanakan hudud di negeri2 PR. DAP gerenti bantah. Pastu apa lagi berkokok lah pro UG kata UMNO dah terima Islam, DAP tolak Islam jadi pakat dgn UMNO lagi bagus.

    Nak tergelak aku baca batuapi main chess. Setakat satu dua langkah di hadapan tak akan ke mana. Sedangkan nak kena kan engkau pun dia dah kena balik cukup2.

    ReplyDelete
  5. Abang botak, tq byk. Apa2 hal, gua info lu. Bagi no tepon lu dalam email.

    Thesniper. Gua dah kira. Gua dapati otak lu adalah otak kuning dan otak biru. Wakakaka

    ReplyDelete
  6. wa malas layan yang lain..... yang wa nak tau mana no kontek heliza helmi?..... tapi awek tu ore tganu kan..... ahhhhh lantak la ... wa nak gak no heliza helmi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.