Oleh : AdukaTaruna Perasaan memang kecewa akan suasana perundangan tahap jakun oleh Melayu. Tapi realitinya, itulah dia zaman gua di tanah air ini ketika ini. Kerana itu kita semua wajib mengubah semua ini. Ketika mahkamah berehat untuk sessi penangguhan (mungkin ayat dan istilah gua silap, kerana gua bukan ahli perundangan), gua keluar dari kamar mahkamah dan duduk di kerusi di luar. Bersebelahan dengan pintu masuk utama. Ini adalah pengkuan gua. Gambar akan diupload kemudian. Terdapat sedikit masalah kerana gambar ditangkap oleh penangkap yang bukan owner camera, dan sedikit kelam-kabut. Demi Allah, Ketika itu, gua didatangi oleh 3 lelaki, yang gua percayai saksi atau pengadu kepada kes gua ini. Ketika itu gua dalam keadaan duduk. "Kau ke AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 1. Riak wajah sedikit provokasi. "Ya... saya." Gua senyum dan hulur tangan untuk bersalam. Masih dalam keadaan duduk. "AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 2. Juga