Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Ulasan Hasbola Taruna Final Piala Malaysia 2010.

Oleh : AdukaTaruna Pertamanya, gua menolak pendapat awal sebelum perlawanan yang popular di kedai2 laksam dan somtam Kelantan, yang mengatakan Sultan Kelantan bayar sempena pertabalan dia plak. Ini bola Melayu bai. Belum mampu lagi untuk bermain lakonan seprofessional begitu. Kecuali kalau dia bayar individu macam Rita yang keluar injured. Pada gua, analisis gua tak meleset (kaber line nih). Ditambahkan lagi pembolehubah Azizi Botak Kelantan yang tiada. Lu boleh tengok, seawal minit pertama bagaimana Sembilan menghuru-harakan defend tahap sekolah rendah Kelantan. Idris Karim dapat peluang, Kunalan dapat, Halim pun dapat. Tapi, entah taktikal bongok mana ntah, corak bertahan terus diamalkan sebaik sahaja dapat gol murahan seperti penalty itu. Pada gua, gol free kick, gol conner, penalty adalah gol level 2, walaupun gua isytihar bahawa penalty kepada Kelantan itu adalah layak dan tepat. Penalty tu denda bai. Bukan hadiah. Jangan jadi Melayu. Penalty (denda) kepada Kelantan, bukan

Projek langgar-raya kat rumah Chegu Bard.

Oleh : AdukaTaruna Masa raya hari tu, gua dah deal dengan Chegu Bard yang gua nak wawancara dia. Merangkap makan kuih raya sekali la. Merangkap juga nak duit raya. Walau gua tahu kemungkinan dapat tu tahap mustahil, tapi gua tak la jahat macam Edyes. Dia bawak anak dia sebagai lulit dapatkan duit raya Chegu Bard. Niamakahai. Memula, Chegu Bard mengatakan video cam dia ada. So, gua pun tak adjust la. Sekali, video cam Chegu Bard buat kelakar. Ah... sudah.. mampos nak wawancara stail tulis nih. Gua mana tau short hand ke, short skirt ke. Nak rakam guna handphone, lu tau la handphone lampu suluh gua tuh. Mana bleh. Last2, Edyes rakan audio gua handphone canggih dia. Pagi2, lagi Ali Abu dah sampai rumah gua. Gua rasuah dengan kuih raya, dan air gas (bikarbonat.) "Er.. Aduka... air kosong takda ke?" "Apsal pulak." "Gua tak minum air manis." Macam celako jer gua dengar ayat mamat nih. Sah orang UMNO totok boikot gula. Pastu tunggu Edyes. Mana plak

Gua minta tolong pada lu orang semua.

Oleh : C++ Oct 27, 2010 Anak Gua Di ICU Hospital Kuala Terengganu Bhai... gua nak mintak jasa baik semua kengkawan... lawan.. musuh... dan sebagainya untuk mendoakan kesihatan anak lelaki gua yang bongsu "Amin 'ul Haqeem" yang kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu atas sakit "Jangkitan Paru-Paru"... Tolong doakan ya... Ya Allah... Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan... Tuhan yang memiliki segala Keegoan.... tiada daya tiada upayaku Ya Allah... melainkan Rahmat dan Ehsan dari Mu.....Engkau Sembuhkan Ya Allah penyakit anakku... Amin Ya Rabbal Alamin... Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz11w12rRCI

Cerita Pak Guard Terlampau (3)

Oleh : AdukaTaruna Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 Malam 2. Pendek cerita malam 2 pun tiba.Lepas IO datang jengok apa yang patut, tiba masa macam hari pertama. Yakni tido. Tido dalam kete member gua. Kira2 setengah jam sebelum tu, gua dah siap spray kete member gua dengan Ridset yang mampu menghapuskan nyamuk termasuk yang tersembunyi. Tutup tingkap. Biar mampos semua. Kalau boleh dengan seltan-seltan tersebut sekali. "Yol... tak hilang ke bau wangi keter kawe?" "Pale otak lu, kete lu bau wangi. Kete lu bau rokok, lu tau tak. Wangi lagi Ridset nih." Lepas baca apa yang patut, buka 4 tingkap sket, gua pun membuta. Kete park depan pos pengawal. Dengan sepucuk lampu kalimantang kelip2 macam gampang. Dalam kul 3 pagi cam tu, antara tido dengan tidak, gua terdengar bunyi benda himpap bumbung kereta. Terus gua tersedar. Celik mata. Tapi tak tegak badan lagi. Gua fikir, yang gua mimpi ke bunyi betul2. Siyes ni bai. Tak tipu nih. Gua jeling member gua, sah tido

Model Russia merajuk.

Oleh : AdukaTaruna Sebab lu orang kutuk model Russia gua kaw2... maka, model tersebut enggan lagi membantu gua. Dasar Melayu dengki lu orang. So, terpaksa la gua ambil gambar2 baju yang mahu dipos esok pagi (Rabu), tanpa model yang menggayakannya. Dialog gua setelah diterjemah ke dalam Melayu. "Relekla bro... takan pasal member2 Melayu gua pun lu kecik ati? Ati lu kecik pasal lu makan beras ke?" "Gua bukan pasal tu... gua takut dituduh terlibat dengan fesyen show Rosmah." Alhamdulillah... baju gua dah pos pada Selasa dan hari ini, Rabu. Yang lewat bank in tu, esok plak. Lewat lagi, minggu depan. Hua3...

Berapa harga kuda Delima?

Oleh : AdukaTaruna Seperkara kecil yang gua suka lepak Kelantan ni ialah suasana Mat2 Rempit kuda mereka. Dari kecik sekolah rendah, sampai pakcik tua, merempit kuda terutama di pantai2. Kat Sembilan tak da bro. Kalau ada, pasti ianya sesuatu suasana yang gayat, jakun dan aneh. Gayat, jakun dan aneh dalam kekaguman la. Kat Sembilan terutama Port Dickson, babi banyak la. Nak tengok kuda, terutama budak2 kecik merempit kuda, memang payah. Mudah lagi tengok nasik lemak 50 sen. Bila tanya member gua, dia cakap ada 2 jenis kuda kat Kelantan. Kuda Padi dan kuda Delima. Kuda Delima mahal. Dalam 6 ribu. Terkejut gua. Bukan kuda tahap puluh2 ribu ke? Kena jenis lumba judi, sampai juta2 tak silap gua. Berapa harga kuda Padi dan kuda Delima? Gua ingat gua nak beli sekor la beb. Nak rasa caner cara nak rempit kuda nih. Kena plak gua balik Seremban naik kuda, pakai baju Melayu rambot panjang tak pernah syampu,  tambat kuda depan Mahkamah Seremban, perghh.... barulah Aduka mangkat dijulap

Analisis AdukaTaruna Final Piala Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Memula sekali, baru2 ni, ada lah gua terikut sket dengan perkembangan bola Malaysia nih. Bukan poyo beb. Tapi, gua tak berapa minat, walau gua memang suka bola dan aktif main bola dedulu sebelum gua dilanda penyakit buatan sendiri. Yakni kegemokan. Tak payah Malaysia la bai.. EPL ke La Liga ke…gua ambil tahu gitu2 jer. So, bermakna, maybe analisis ni sedikit sebanyak melucukan pada org yang mengikuti bola Malaysia dengan dalam, apatah lagi berpengetahuan dalam bidang nate nih. Suka gua nyatakan pendapat gua, yakni, pembolehubah terbesar dalam bola sepak ialah kekuatan tengah. Dari tengah kita boleh ramal keputusan. Mungkin kebetulan atau mungkin sememangnya benar, gua telah meramalkan Sepanyol menang Piala Dunia secara bertulis sejak awal2 lagi. Malah memberikan spesifikasi 1-0 (atau penalty ketika dalam masa sebenar). Tapi memang kebetulan jer.. hua3.. Jadi, gua nak test plak, masa ada pembolehubah tengah boleh digunapakai dalam keadaan bola Melayu, atau gu

Cerita Pak Guard terlampau (2)

Oleh : AdukaTaruna Siri 1 | Siri 2 Lepas baca apa yang patut, buka sikit 4 cermin kete, gua pun rebah seat. Tido. Ni, kalau Majlis Agama Islam Kelantan tuduh gua buat maksiat dengan member gua nih, mau gua cota kupiah diorang sekor2 nih. Gua dah la tengah seram nih. Tengah terkial-kial nak lelap mata, gua perasan member gua bernafas macam kerbau. Ak'alaaa... dah la nyamuk banyak gua tak boleh lelap. Esok gua mesti bawak Fumakilla nih. Panas satu hal lagi. Nak bukak tingkap, gua tak berani. Member gua plak buat taik. "Woi... apahal mu nih?" Gua gerak dia bangun. "Wooo!!" Dia terkejut. Dengan gua2 sekali terkejut. Pundek nih.. seb baik tak kena penumbuk. "Aku ingat demo tido doh.." Member gua kecek luar la kononnya. "Nak tido cane.. dah mu memekak macam kerbau." "Kawe tido kena tindih. Pah tu ada ore tolak troli mayat sebelah pintu kawe." "Aku tak dengar pun." Gua malas layan. Member gua ni 2 kal

Jangan maki ulama - Parti Islam SeMalaysia

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat. Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu. "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. 1. Maki ulama adalah kerja Abdullah Ubai 2. Ianya seumpama Abu jahal. 3. Ulama adalah pewaris nabi. 4. Maki dan hina ulama masuk neraka. 5. Ulama diperuntukkan 2 keistimewaan dalam Islam. Ijtihad betul dapat 2 pahala. Ijtihad salah dapat 1 jer. Kasta lain tak dapat beb. Nasihat gua kepada Pak Bakaq penarik beca.... jangan maki ulama. Ulama adalah pewaris nabi. Nanti Herman Samsudeen siarkan gambar Pak Bakaq atas alasan membantu pihak polis nanti, susah.

Staff di ibu pejabat UMNO dakwa dianiaya.

Oleh : AdukaTaruna Di bawah ni, gua publishkan email satu kumpulan yang mendakwa pekerja PWTC. Mereka mendakwa mereka dianiaya oleh UMNO. Semoga suara mereka mendapat perhatian dan tindakan dari pihak yang sepatutnya.

Jentera PAS turun dengan 'underdog' di Galas

Ditulis oleh Analisa Berita Zulkifli Sulong Jumaat, 22 Oktober 2010 16:09    GUA MUSANG, 22 Okt: Walaupun dilihat mendahului BN, namun jentera pilihan raya PAS di Galas meletakkan diri mereka underdog (di belakang) dalam gerak kerja pilihan raya kecil ini. "Kalau di Manik Urai undi popular kita merosot 6 peratus dalam pilihan raya kecil berbanding undi kita dalam pilihanraya umum, maka di Galas kita meletakkan kita ketinggalan 6 peratus juga iaitu dari menang dengan 54 peratus dalam pilihan raya umum kepada kalah iaitu 48 peratus sahaja sekarang," kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) , Penasihat jentera pilihan raya PAS di Galas. Sikap ini diambil oleh jentara plihan raya PAS berdasarkan pengalaman Pakatan menghadapi dua pilihan raya penting yang memberikan banyak pengajaran kepada PAS. "Semasa di Manik Urai, kita ambil pendekatan bertahan kerana kita sud

Gerakan bijak Pemuda PAS Perak.

MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.

Cerita Pak Guard terlampau (1)

Oleh : AdukaTaruna Alhamdulillah, gua selamat tiba di KB tengah hari tadi. Gilo lame gua dalam kete lipan. 14 jam lebih! Siap rosak lagi sejam dua. Binatang punya BN. Dari lu buat bangunan 100 tingkat la, KLCC yang takder manfaat untuk golongan terbanyak, masuk F1 yang hanya diminati Hasbullahpit, baik lu buat kete lipan laju ala2 Jepun. Dari KL ke KB. Senang gua ulang-alik mahkamah. Hua3... Nak gua citer bab isyarat berdarah Najib kang, gua bimbang menakutkan awek2 Melayu dan amoi2 Cina yang memang penakut. Sebab undi terbanyak diorang pegang nih bai. Pompan2 ni semua, jenis malas fikir punya. Apa? Politik? Baik I baca novel cinta Kasih Terlarang. Takper2... nanti2 bila kena masa sesuai, kita bincang bab penting ni sama-sama. Nak gua citer bab kes gua kang, mau gua kena tempeleng dek lawyer plak. Sebab takut menganggu proses. So, terpaksa la gua citer bab kerja terbaru gua. Pak Guard sebelah malam. Ngeee.... Sebab gua perlukan masa mencetak, mencari sales, terjah masuk kilang

Najib mengisyaratkan pertumpahan darah?

Labels: Najib Oleh : Penarik Beca Dalam liputan bertajuk " Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan " yang menyiarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Malaysiakini hari ini memetik: Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan! Saya teringat tindakan Dewan Rakyat yang menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila menolak soalan mengenai pembelian senjata dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara yang dikaitkan dengan Pemuda Umno. Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan menghalalkan pembelian berjuta-juta senap

Zidane serba salah untuk ke Real Madrid.

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho semalam mendedahkan, perjanjian untuk membawa masuk pemain bola sepak legenda Perancis, Zinedine Zidane sebagai anggota kejurulatihan kelab itu semakin selesai. “Perkara ini amat besar. Pengerusi ialah orang yang paling berhak untuk memaklumkannya. “Apabila kami membuat keputusan, kami akan dedahkannya. Namun begitu, saya merasakan dia (Zidane) semakin hampir untuk berada dalam pasukan profesional ini,’’ katanya pada satu sidang akhbar. Tambahnya, Zidane adalah sebahagian warisan bola sepak Real Madrid. Bekas pemain Perancis yang juga bintang Real Madrid itu yang bersara sejak 2006, kebelakangan ini bertindak sebagai penasihat kepada pengerusi kelab, Florentino Perez. Sementara itu usaha AFP bagi mendapatkan kenyataan dari Zidane berjaya. Ketika ditanya mengenai perasaannya kembali berkhidmat di Sepanyol, bekap kapten Perancis itu berkata : "Bercampur. Saya tahu persetujuan saya ke sana (Real Madrid) pasti melukakan

RM5 bilion Menara 100 tingkat adalah tabung lari ke luar negara.

Oleh : AdukaTaruna Gua beranggapan projek mega yang dilancarkan menjelang PRU13 itu adalah laluan membawa perbendaharaan negara dari PNB ke luar negara. Projek mega itu mungkin ditangguhkan seandainya PRU13 mencatatkan BN masih memerintah. Tapi jika PRU13 mencatatkan BN tumbang, maka, duit PNB itulah keperluan bagi mendapatkan suaka politik luar negara. Seandainya BR berjaya mengharungi rintangan kekacauan yang dicetuskan BN, teknik bumi hangus sedia menanti. Perbendaharaan Negara maybe kontang. Pengurusan dan penguatkuasaan tidak lancar. Emosi rakyat mudah dibolak-balikkan. Itu hanyalah anggapan gua semata.

Hina Islam : Gua isytihar perang dengan DAP.

Oleh: Pria Malaya BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kpd junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini.. Kita menuntut pihak yg berkaitan supaya memberi penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf!.. p/s: Terbaru: Video " Legends Islamic Fashion Show HD " yang membuktikan festival ini telah menghina Islam dikepalai oleh Rosmah Mansor telah di remove oleh user video terbabit atas desakan pihak tertentu.. Sesiapa yang sempat men download video fahion festival berkenaaN, atau mempunyai rakaman video berkaitan, sila laporkan pada penulis..terima kasih.. Artikel terdahulu (mesti tengok dan sebarkan): - ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside) p/s: Baca juga pendedahan yang dibuat oleh FB ' Kami Benci Saiful Bukhari ' di bawah... Ado orang cakap Rosmah Mansur bukan penganjur Is

Nasihat Presiden PAS kepada PERMATA.

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( kanan ) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan. Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta. Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni,

Sape Red Warrior dan Red Devil dan sewaktu dengannya?

Mmuaah! Kak Ros kita..

  Oleh : AdukaTaruna Terima Kasih gua kepada Roswah, PM Malaysia kita kerana Belanjawan 2011 memperuntukkan sesuatu yang bernilai pada golongan rendah macam gua. Bajet untuk seluar dalam mampu membuatkan gua dan lain memakai seluar dalam secara pakai-buang. Ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi bagi sektor textile negara sebanyak 30% bagi suku tahun pertama. Bagi menunjukkan rasa cinta kepada PM Roswah, gua tujukan lagu Mmuaah untuk beliau. Mmuuah!

Sebab2 gua sokong Red Warrior malam neh..

Oleh : AdukaTaruna 1. Gua tak nak tido luar. 2. Kemenangan Kelantan maybe menyebabkan feel good faktor pada pengundi Galas kepada kerajaan negeri Kelantan, jika pengundi Galas merasakan BN luar Kelate lebih menonjol dari Ku Li. Icon terbesar PAS = TGNA (Kelantan) Icon terbesar BN = Najib + Muhyiddin (luar Kelantan) 3. Gua kecewa dalam tajuk impian gua, kalau keadaan buruk berlaku. 99% gua ramal berlaku kalau Kelantan tewas. Habes.. dengan PRK Galas jahanam, dengan perjuangan Sistem Islam damage. 4. Biar separuh akhir N9 bertemu Kelantan balik, kalaulah si kembar Rita Rudaini tuh tak belot kepada kampungnya Perlis. (bodoh gak format FIFA ni gua rasa. Format gol tempat lawan pun gua tak setuju. Boleh merosakkan permainan cantik dan bermutu. Apa2 hal bertahan tempat sendiri. Macam sial.). Bila N9 lawan Kelantan, time for bini gua plak tido luar.

Apsal kete mudah terbakar kat Malaysia skang ni?

Oleh : AdukaTaruna Gua tertarik dengan isu yang dibawa oleh Setan Besar Paroi Jaya, Edyesdotcom. Apsal skang ni, banyak kete kat malaysia ni, terbakar kalau eksiden? Edyes ada bagi satu teori. RON95. Betul tak betul, gua tak tahu. Kena timbang dengan ahli. Evelyn as jurutera kimia petrol maybe boleh kencing kita sebanyak sedikit. Jurutera kete pun boleh masuk gak. Cuma pomen tak bertauliah macam C++ jer tak bleh. Gua boleh murka. Tauliah2 ni penting bai. Kalau tak, gua anggap lu berhadas besar. Kepala abah dia tuh. Skang gua nak bagi teori gua plak. Teori tak tahu lagi ni fakta ke mitos semata. Haha. Gua ingatlah kan, antara sebab terbakar ialah bateri kete duk kat depan. Kat area hentaman dan renyukan. Bila wayar bateri tu sentuh body, mesti berlaku spark punya. Spark plak berpanjangan. Selagi engine hidup. Petrol plak meleleh. Tangkap lentok punya. So, 10 saat ke atas, pasti terbakar. Maybe diburukkan lagi jika kita adalah pengguna RON95. Gua pun tak tau nate apo RON-RON nih

Sidang Media pengumuman che'GuBard calon Ketua dan Chang Lih Kang Timbalan Ketua AMK

Kenyataan media 13 Oktober 2010 Saudara /saudari sekelian – selamat datang; Kami menyokong pencalonan Azmin Ali Kami menyokong pencalonan Khalid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Zaid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Mustapha Kamil Ayub Mereka adalah induk puncuk pimpian KEADILAN. Ketrampilan mereka adalah ketrampilan KEADILAN. Kekuatan mereka adalah kekuatan KEADILAN. Ketika ini KEADILAN sedang menganjurkan dan meluaskan ruang demokrasi. Semua anggota KEADILAN telah diperkasa dengan hak mereka memilih pimpinan dari yang paling rendah hingga tertinggi,dari cabang hingga ke pimpinan pusat. Syabas ! Kerana KEADILAN lah parti pertama dalam negara ini yang mengotakan dan menterjemahkan konsep dan idea demokrasi sebenar. Pemilihan ini adalah kami ibaratakan BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT . Ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti. Pada hemat kami Anwar Ibrahim akan di penjara. Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan mere

Beruk2 bola pundek Kelantan bikin busuk nama Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Penat gua fikir caner nak kurang genjala nih. Kalau tak kerana persepsi model Islamic State di dalam kepala otak non muslim dan majority muslim sekular; akan negeri Kelantan ni, pergi mampos la. Buat letih gua jer. Tapi dalam fasa politik Malaysia yang terkini, tatkala pelbagai sistem selain Islamic mempunyai modelnya sendiri, contohnya sistem unknown PKR melalui model Selangor dan sistem Malaysian Malaysia DAP melalui model Pulau Pinang; beruk2 bola pundek Kelantan bikin hati gua rimas dan rasa tersekat. Syndrome Nafi Halim Napi boleh membariskan sejuta point konspirasi. Medialah, memang dirancanglah, tapi dalam mencari pembolehubah, faktanya mengapa masalah berlaku dengan dasyat hanya apabila membabitkan perlawanan penting Kelantan? "Mereka memprovok kami." "Lancau. Yang lu orang EQ tahap sampah mudah dimanipulasi apa kes?" Asal lawan Kelantan jer, perlawanan tahap penting, mesti benda2 bangsat yang menjahanamkan persepsi model Isla

Konsert gay. Gua murka ni bai.

Oleh : AdukaTaruna Gua murka! Gua murka! Gua murka! Sebagai calon Galas, Seltan Aduka Seltan Taruna Aminurrayid, gua amat murka tentang perkara ini. Gua ditugaskan sebagai penjaga agama di wilayah Galas ini. Maka, sila langkah mayat gua dulu untuk bawa dan iktiraf corak kehidupan songsang di Galas ini. "Murka kepala ayah lu tu." "Eh.. niamakahai nih. Berani kurang ajar dengan gua. Lu nak gua halau dari Galas ke apa? Lu nak jadi William Gallas? Dah kena halau dengan gua. Skang ni kat Spur plak." "Pundek lu. Gua bersumpah satu hari nanti, lu dapat melihat status kehinaan lu di sisi tuhan. Di dunia ini lagi. Gua masih muda. Jika Allah mengizinkan umur gua panjang, gua juga berharap Allah mengizinkan gua memiliki masa yang cukup." "Barua... lu tak kenal lagi tempeleng gua." "Lancau sama tempeleng lu. Cuba lu kosong sama kosong dengan gua. Lu tempeleng gua sekali, gua tempeleng lu sekali. Kita tengok tempeleng siapa yang berisi R

Cerita Tok Janggut di alam akhirat.

Oleh : AdukaTaruna "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" Khalid Al-Walid tunduk dan sedikit lesu. Walau dianugerahkan pelbagai kemuliaan pada hari itu, ada riak segan di wajahnya. “Eh… Panglima Khalid. Silakan.” Sapa seorang lelaki berwajah bercahaya. Tetapi tangan dan kakinya kudung. Parut berselirat. Manusia seumpamanya, cacat di sini sana menoleh dan beranjak member penghormatan kepada Khalid. Di alam itu, siapa yang tidak kenal akan nama Khalid Al-Walid? Siapa? Oh.. yang itu memang la tak kenal. Warga Felda Melayu Hutan. "Tidak mengapa. Biarkan aku di sini. Kalian lebih mulia dariku. Akulah Khalid yang mati di kalangan manusia2 mati di atas katil." "Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?" Penuh semangat. Membakar jiwa yang hadir. Begitu ramai.

Penyokong Kelantan syahid memperjuangkan akidah bola.

Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas. Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu. "Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam. "Rakan

PAS umum 6 calon awal DUN Galas kepada media.

"KOTA BHARU – Pas akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Haron. Katanya, semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad. Berikut adalah 6 calon yang bakal mengadap Dewan Syura PAS. Calon 1. Nama : Al Fadhil Ustaz Edyes Al Kedidi. Nama Tadika : Cumi & Ciki. Potensi Reject : 90% Alasan Reject : Misai tak stabil. Cuba lu tengok. Senget sebelah bai. Ak'alaaa.... Calon 2. Nama : Tengku Mahkota Fakaq Nama Tadika : Kemas. Potensi Reject : 100% Alasan Reject : Dah macam Ibrahim Ali dah gua tengok. Tu keris tu... keris 'ori' ke tu. Terkeluar kat situ plak. Tak pernah lagi gua tengok pengantin selit keris kat situ. Wakakakaka. Calon 3, 4 & 5. Nama : Dirahsiakan setakat ini. Nama Ta