Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 31, 2010

Gua akan dakwa setiap ahli PAS di Padang Mashyar! WDQA (9).

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9


"Apsal la tak isytihar Singapura sebagai Wilayah Persekutuan juga? Kalau tak takan la kita terhina sehingga sekarang. Memang bodoh Melayu. Tiada maruah."

"Kerana ketika itu, tiada pemikir PAS yang berada dalam UMNO."

"Mengapa?"

"Ketika zaman itu, PAS lebih kurang Hizbul Muslimin yang dipenjara British. Berjuang mendapatkan kemerdekaan total. Bukan kemerdekaan celaka seperti ini. Perjanjian dajal laktullah."

"Ada ke iktiraf pekerja asing sebagai warganegara dan mendapat hak undi. Dia sendiri yang menjadi anjing British, dia sendiri yang menyalak2 pasal perkauman skang ni. Bangang tukil punya orang Melayu. Sepatah ilmu pun tak tahu apa."

"Skang ni Aduka, BN sedang giat berusaha mendapatkan 2/3 majoriti parlimen."

"What for?"

"Bagi mengubah kawasan sempadan pilihanraya."

"Sebab itu mereka menekan dan mengepung survival Hadi Awang?"

"Benar. Cadangan kawasan pilihanraya akan dibentang dan diundi. Terdapat beberapa tawaran kepada Hadi atas 2 tajuk berbeza."

"Apanya?"

"Pertama atas tajuk survival politik Hadi. Hadi adalah pembuat keputusan yang berjaya dikepung kerana kebodohan Melayu PAS meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Jika Hadi berjaya ditumpaskan, walau dengan cara kepungan pengundi, kerjaya politiknya akan terkubur. Di sinilah terletaknya kecerdikan Dajal, dan kebodohan melampau Melayu."

"Keduanya?"

"Keduanya atas tajuk kepentingan Melayu. Antara ancaman liberalisme, assobiyah Melayu paling kurang mudarat. Maka, pilihlah yang paling kurang mudarat di antara keduanya."

"Pundek! Berapa kelayakan otak Hadi dalam mentafsirkan mudarat di antara kedua pintu itu? Yang mana paling banyak mudarat, yang mana paling kurang mudarat?!"

"Well.. Aduka... kamu bukan antara bukan 1 juta ahli PAS yang tipikal begitu."

"Shit!"

"Keadaan sekarang ini, tinjauan sukuan terakhir dari kerajaan Alexscan untuk politik di Malaysia, meramalkan, status quo. Keputusan PRU13 lebih kurang sama dengan PRU12. Kawasan percampuran non muslim melebihi 20% akan dimenangi oleh BR. Non muslim condong kepada BR."

"Tapi dulu ada faktor anti Khairy. Sekarang ini, sepatutnya percampuran non muslim akan naik maybe sehingga 25% untuk menang. 5% itu adalah golongan protes dari UMNO kepada Khairy. Di mana mereka tidak mengundi PRU12."

"Kami meramalkan faktor anti-Khairy ada penggantinya."

"Apa dia?"

"Faktor anti-Rosmah."

"..............................."

"Satu lagi Aduka..."

"What?"

"Tolong sampaikan perkara penting ini kepada pimpinan BR."

"Gapo?"

"Ada 7 juta pengundi baru pada PRU13 yang sedang direbut oleh BN dan BR. Pengundi baru boleh dianggap pembolehubah utama sekarang ini."

"So?"

"4.3 juta pengundi baru dikesan aktif menggunakan internet sebagai perhubungan."

"Hhmm.. so? Diorang akan sekat internet?"

"Tidak. Mereka tidak boleh sekat internet walau itulah perkara yang mereka mahu."

"Mengapa?"

"Kerana mereka adalah hamba kapitalis. Internet adalah media paling utama golongan kapitalis."

"Jadi?"

"Mereka akan menyekat pengamal internet."

"Ha?"

"Alexscan meramalkan Najib tidak berani membuka ruang kempen pada PRU13 ini terlalu lama. Kita ramalkan tidak mencecah 7 hari. PRU 2004 8 hari. Najib akan membubarkan parlimen dalam kehangatan perkauman."

"Why?"

"Pertama, merasionalkan tempoh singkat berkempen. Kedua, membatalkan keputusan PRU13 atas fenomena yang dirancang."

"Bab menyekat pengamal internet tadi?"

"Pengamal internet yang berpengaruh mungkin akan ditangkap sepanjang tempoh berkempen. Jadi ruang debat dan hujah internet akan menjadi vakum besar yang menyelamatkan keadaan. Di bawah tajuk 4.3 juta pengundi baru yang aktif internet."

"Siapa?"

"Blog2, fb2, etc popular yang jenis copy paste akan terselamat. Dajal tidak akan menangkap pengedar hujah dalam platform kapilatis ini. Tetapi menangkap penguasaha hujah. Bagi bahasa Melayu, Hishamuddin Rais, Penarik Beca, Mat Saman Kati pasti direman."

"Direman? Reman atau ISA? Ke guane?"

"ISA tidak akan digunakan kecuali untuk keputusan PRU13 yang buruk. Pengusaha hujah akan direman atas tuduhan tertentu sepanjang tempoh berkempen. Itulah antara sebabnya tempoh berkempen singkat."

"Shit! So, takan takder plan dari lu orang?"

"1. Berani berubah dengan umumkan tarikh pilihanraya berlainan dengan pusat bagi negeri-negeri pemerintahan BR.

2. Keluarkan perbelanjaan menghantar pengusaha hujah internet beroperasi di luar negara sepanjang tempoh berkempen. Tapi sukarlah."

"Macamana nak tahu tarikh PRU beb. Kompom kena reman dulu, baru umum PRU. Tapi time tu sempadan pilihanraya dah berubah blum? Atau status quo?"

"Bergantung kepada pembuat keputusan yang berjaya dikepung lah. Hadi Awang memiliki sekumpulan ahli parlimen PAS yang wala kepadanya sebagai pembuat keputusan. Sekumpulan itu mencukupi untuk mendapat 2/3 undi majoriti."

"Hadi Awang? Bangsat punya ahli PAS. Kalau Hadi Awang gagal dalam kepungan, gua nak dakwa setiap sekor ahli PAS di Padang Mahsyar!"

(bersambung....)

Aug 29, 2010

Party maksiat DAP dalam surau.



Eh... program UMNO rupanya.

Murkanya gua!
Murkanya gua!
Murkanya gua!
Murkanya gua!

nln fakap!

Haram jadah. Lagi DAP masuk masjid. Apa dah jadi dengan Melayu?






Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh
penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.

Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang
membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat

Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah
surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.


  1. Gua cilok dari Anak Sungai Derhaka.
  2. Walau isu ini mengundang padah kepada UMNO sendiri, tapi UMNO tetap berjaya menipu fix deposit mereka, yakni Melayu hutan dan pinggir hutan.
  3. Generasi baru yang muncul dari Melayu hutan dan pinggir hutan pula semakin lama, semakin ramai yang menyertai dunia internet.
  4. Gua fikir, jika kena caranya, hasil bantuan 'aktivis hujah maya', BR menguasai sejumlah besar dari keseluruhan pengundi baru.

Aug 27, 2010

Demi cita-cita komunis, Lim Guan Eng sanggup peluk Islam.

Oleh : AdukaTaruna

Gua ingat la.... kalaulah dengan izin Allah, Lim Guan Eng memeluk Islam, itulah hujah puak2 kebangsaan sesat. Agaknya la.

 Ke guane?

Aug 26, 2010

Kepala AMK. Gua syorkan CheguBad.

Oleh : AdukaTaruna

Ni syor gua jer nih. Apa pun gua hormati hak demokrasi lu orang yang dalam PKR tu untuk memilih. Cuma, gua pun ada satu hak lagi, yakni mendakwa lu orang bodoh. Dan lu pun ada hak membalas hujah dakwaan gua. Settle perkara basic yang ahli PAS Terengganu masih terkial-kial nak faham. Ngee...

"Kita ada saluran dalam, Aduka. Mung mana tahu konsep jemaah."

Pergi mampos sama konsep jemaah tafsiran dan budaya Melayu. Puluh tahun saluran dalam diguna untuk settle kes sekecil baju uniform bebudak PASTI. Sekali gua maki ikut konsep jemaah gua plak, sebulan terus settle. Cawangan PASTI Paroi Jaya dapat hak menempah uniform sendiri.

Masalahnya bukan konsep jemaah Islam. Tapi konsep Islam ikut keupayaan tafsiran dan sikap Melayu. Bangang punya ulama. Lepas ni tunggu. Gua dedahkan malaun pemimpin dalam PAS Seremban yang aktif UMNO. Siap ada gambar lagi dalam mesyuarat UMNO bahagian.

"Ketua Ulama N9 suruh ikut saluran jemaah, Aduka. Nak syura dulu."

Baik.. Gua bagi masa. Nak tengok syura ulama Melayu tahap mana. Kekal bangang wal lembab, gua guna kaedah bubur asyura plak. Bro Saye, lu sediakan bahan2 tumis jap. Senang kita nak gaul.

Antara Sam dan Bad.

Bai.... Sam ni kalau nak dibandingkan dengan gua, dia JAUH lebih baik la dalam banyak tajuk. Tapi masalahnya ini antara Bad dengan Sam. Bukan Sam dengan gua. Macam biasa, nak pilih pemimpin mesti melalui beberapa tajuk. Aktivis, pemikir, akhlak.

Tajuk aktivis.

Tajuk aktivis, antara Sam dengan Bad; gua ingat 2-2 bagos dalam tajuk nih. Sam terkenal dengan mamat report polis, gimik menarik macam lembu kepada SPRM dulu dan sebagainya. Bagos jugalah dari gua, xenan, ali, uma yang dok belakang.

Bad juga adalah bintang dalam tajuk aktivis. Skuad propaganda university Korea ke Taiwan ntah (lupa) pernah meminang Bad untuk dijadikan pelajarnya. Motifnya ialah, bila star2 aktivis ini melakar sejarah, nama university mereka turut terlakar.

Kalau bab demo plak, Bad lebih kepada leader yang memimpin, berdikari. Manakala Sam manjang berkepit bawah ketiak Anwar time demo. Lu tak payah nafi la Sam... gua tempeleng lu nanti. Lu ingat gua tak berani?

Jadi, kalau ikut mata, dengan diandaikan 5 adalah mata penuh, dalam tajuk aktivis ini, gua bagi Sam 3, Bad 4 dan Tantawi 1. Tantawi paling cikai bab aktivis beb. Siyes gua cakap. Cuma level dia dalam bab ni lebih mulia dari gua dan gang jer.

Pemikir.

Bab pemikir plak, atau kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah, berhujah, intelek dan sebagainya; Bad jauh meninggalkan Sam. Seingat gua, baru sekali jer Sam cabar lawan untuk berdebat. Malah belum pernah gua jumpa idea penyelesaian dari dia dalam satu-satu isu.

Sam ni wataknya macam Ibrahim Ali pada gua. Tukang panas line. Tukang upkan gimik. Sam, Ibrahim Ali dan Noh Omar adalah satu DNA pada gua. Cuba lu tengok betul-betul dakwaan gua.

Bad pun tak la bagos dalam level pemikir, tapi penegasan fikrahnya, ketetapan corak politiknya, tidak terikut-ikut dengan politik level remeh, sedikit sebanyak membantunya dalam tajuk ini. Dakwaannya berfakta. Isu yang dibawanya berstatus tinggi.

Jadi, kalau ikut mata, dengan diandaikan 5 adalah mata penuh, dalam tajuk pemikir ini, gua bagi Sam 0, Bad 2 dan Tantawi 3.

Akhlak.

So far, ofkos la ketiga-tiga mereka lebih bagos dari akhlak gua. Akhlak gua cuma menang kalau compare dengan C++ dan IkutSukaAku jer. Sekor kaki skodeng, sekor lagi kaki mengorat. Kah3... C++ dan ISA boleh menang kalau compare dengan Parpu Kari jer.

Akhlak paling penting dalam memegang amanah itu ialah, amanah itu sendiri. Nak tahu sama ada amanah atau tidak perlu diuji la. Allah cakap, mana bleh lu dakwa lu beriman sedangkan lu tak diuji. Amanah pun gitu la. Mana bleh dapat pengiktirafan amanah sedangkan belum diuji.

Ujian paling berkesan ialah menjadi ADUN atau AP dalam ketika BN terdesak sekarang. Kita tengok berapa banyak yang kecundang. Bad, Sam dan Tantawi belum dapat diuji lagi. Setakat pegang jawatan parti, apa barang. So, kita tak tahu lagi berapa mata yang boleh diberikan dalam tajuk amanah.


"Tantawi amanah Aduka. Mung tau apa? Dia ulamak, tahu tak?"

Pundek lu. Nakahei tu ulamak lagi besar serban dia dari Tantawi. Jangan nak bawak hujah fakap tahap Rusila dengan gua. Sekali Allah balik dan bolakkan hati, jangankan mat kapak macam gua, Haji Hadi pun boleh turn neraka jahannam. Nauzubillah.

"Aduka, sekor lagi calon, Rafizi direstui Anwar."

Niamakahai. Pantang gua pemimpin jual ketiak pemimpin nih. Pergi mampos la sama Anwar. Memang la dia bagos, tapi pergi mampos la sama dia dalam tajuk ini. Skang ni PKR ni parti rakyat ke, parti Anwar? PAS dah la jadi Parti Terengganu skang ni.

Sikit2 jual ketiak Anwar, sikit2 jual ketiak Anwar.

Kalau lu pilih Bad.

Gua tak cakap gua berpengaruh. Cuma gua menjelaskan laluan yang ada kalau lu pilih Bad. Kalau lu pilih Bad, gua janji akan bawa suara lu orang kepada Bad. Bukan maksud gua, yang gua ni orang kanan Bad. Jumpa pun tak pernah. Terserempak pernah la. Walau dia datang time kes gua dulu, tapi gua dah blah dulu.

Apa yang gua nak jelaskan, gua budak Seremban. Dan Bad aktif di Seremban. Selain gua, Edyes juga budak Seremban. Gua dan Edyes adalah blogger bertaraf awam macam lu orang. Tiada kepentingan tertentu. Setakat ini, dan insyaallah berkekalan begitu.

Jadi, jika ada apa2 masalah, nak sampaikan idea, misalnya, masalah misalnya, tak puas hati misalnya, Bad buat bangsat ala2 Hasan Ali misalnya, mudah jer gua dapatkan penjelasan dia. Lu sound gua atau Edyes, gua atau Edyes boleh dapatkan penjelasan untuk lu orang.

Bro semua...

Skang ni bai, kita kena duduk atas politik. Lu kena pilih pemimpin yang lu mudah akses dengannya. Sebab pemimpin ni balaci rakyat. Bukan elitis. Bukan dipilih berdasarkan ketiak Anwar.

Di sini la gua memperlihatkan kepada lu orang, betapa mudahnya jika Bad dipilih. Untuk orang awam dan juga untuk orang PKR sendiri.

1. Nilai pemimpin berdasarkan tajuk aktivis, pemikir, akhlak.

2. Pilih pemimpin yang mudah diakses. Bukan elitis. Bukan kelam-kabut lari bila dengar nama PAS Reform. (Cuba malam tu gua kencing dari Majalah Mangga, kompom boleh wawancara walau seminit dua.)


Jadi, penutupnya, tidak semestinya anda termasuk Edyes yang disebut gua setuju; gua mengsyorkan kepada seluruh perwakilan PKR, undilah CheguBad.

Aug 24, 2010

Bravo Tantawi. Sokong Pemuda PAS.

Nikah gantung boleh mengelakkan rasa panik dalam remaja mengandung, kata Nasruddin. — gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

Aug 22, 2010

Projek Ziarah Rumah Ayah Chik bersama 4 soalan, Syawal ini.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.

Demi Allah, demi sistem Allah yang diperlukan oleh semua makhluk dunia, pada hari raya ini, PAS Reform akan menziarahi rumah Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS setakat ini, yang juga dikenali sebagai Ayah Chik, bersama 4 soalan.

PAS Reform juga membuka peluang kepada semua yang berminat bagi melihat senario sebenar projek ziarah kami. Anda dialu-alukan membawa peralatan rakaman sendiri.

Untuk itu, yang berminat diminta merancang cuti Syawal anda. Penjelasan lanjut akan menyusul dan diumumkan kelak. Insyaallah. 


Surat pendek untuk YB Mahfuz.

Oleh : AdukaTaruna

Salam bro Mahfuz.

Ini ada member gua dalam blog ni mendakwa bahawa makmal hospital kerajaan mahu diswastakan tahun depan. Gua belum cakap setuju atau tidak akan penswastaan itu, tapi nak tahu benar atau tidak. Sebab banyak juga perkara yang perlu dibincangkan.

So, gua harap lu dapat tolong tanyakan perkara ini dalam parlimen untuk rakyat bawahan macam member gua nih.

Adios amigos. Tq banyak bro.

Ketua Polis Selangor sokong AdukaTaruna.

Oleh : AdukaTaruna

Pergh.. tajuk kemain lagi. Tapi pasal ikut time line, maka, terpaksa la gua guna tajuk macam tuh. Hua3.. walau boleh membuatkan zargus muntah darah bersama 3 helai rambut dan kaca botol oren kampung.

Pada 16 Januari 2010 gua mencatat artikel ini.

Wujudkan segera Bank DNA- AdukaTaruna.


Then, pada hari ini, giliran Ketua Polis Selangor plak bersuara. Baca ni dulu.

Tubuh tabung DNA

PUCHONG 21 Ogos - Bimbang dengan gejala pembuangan bayi yang berterusan, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mencadangkan kerajaan agar mewujudkan tabung sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap kelahiran baru.

Beliau berkata, penggunaan tabung sampel DNA telah terbukti menyelesaikan kes pembuangan bayi, malah menangani pelbagai kes jenayah lain seperti dilaksanakan di negara-negara maju.

Difahamkan antara negara yang mewujudkan tabung sampel DNA untuk semua rakyatnya adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Denmark.

Menurut Khalid, meskipun pelaksanaan tabung itu mengambil masa yang lama dan melibatkan kos tinggi, namun hanya itu sahaja langkah terbaik mencegah dan menyelesaikan kes pembuangan bayi.

Beliau pada masa sama turut kesal dengan sikap masyarakat yang enggan menyalurkan maklumat sehingga menyukarkan polis mengesan ibu bapa bayi dibuang.

"Sampai bila kita mahu biarkan kejadian yang menyayat hati ini berterusan. Orang ramai pula tidak tampil beri maklumat menyebabkan kes-kes pembuangan bayi berlarutan.

"Sesuatu perlu dilakukan, malah saya yakin jika tabung sampel DNA diwujudkan, si pelaku dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat' di Pasar Raya IOI di sini hari ini.

Khalid berkata, menerusi kaedah penggunaan tabung sampel DNA selain mampu mengesan ibu bapa biologi bayi, tabung sampel DNA dijangka dapat mencegah semua kategori perbuatan jenayah.

"Ini termasuk boleh memberi rasa takut atau fear factor kepada golongan remaja untuk melakukan jenayah kerana menyedari sampel DNA mereka telah diambil.

"Walaupun kita belum lagi mengamalkan tabung sampel DNA ini seperti di negara-negara lain, namun belum terlambat untuk melaksanakannya," katanya lagi.

Kes buang bayi di negara ini semakin serius apabila ia meningkat mendadak lebih 54 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding lapan bulan pertama tahun lalu.

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, terdapat 65 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini berbanding hanya 42 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Ah.. g mamposlah siapa dulu. Yang penting gua sokong Database DNA diwujudkan. Biar setiap manusia yang berada dalam tanah air kita, DNAnya berdaftar dengan negara.

Apa2 hal, senang nak trace. Ziana Zain? Altantuya? Daftar tetap daftar bhai. Idop Ketua Pulis! Idop Ketua Pulis! Idop Melayu! Eh.. lain macam jer slogan gua nih?

Aug 21, 2010

Penentang Islamic State. Antara DAP dan UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

3 sms info gua soal kenyataan Karpal yang terbaru. Maklumlah, gua skang ni dah tahap Melayu Felda. Jauh dari capaian internet.

Taktikal mudah fahamnya dalam perjalanan mendapatkan Islamic System ialah :

1. Melalui UMNO, kita berhadapan dengan kematian, undang2 rimba, penderitaan, segala agensi bagi mendapatkan Islamic System. Dari Memali, Samad Gul, Padang Terap, Operasi Lalang, ISA, Al-Maunah, FRU, akta A to Z, fitnah, adu-domba, etc.

2. Melalui PKR dan DAP, kita berhadapan dengan hujah dan laluan liku2 demokrasi bagi mendapatkan Islamic System.

Tepuk kepala otak, tanya akal fikiran. Pada saat sebelum Allah uji gua ini, jika gua kaya dan berkemampuan seperti Ulama Nik Abduh, duit peruntukan, tenaga dan peluh bagi mendapatkan no plat PAS17 itu, akan gua gunakan bagi berjumpa dengan Karpal. Dan berdialog dengan beliau. Malangnya, gua tidak berkemampuan seperti si kaya Nik Abduh.

Jika Karpal menentang Islamic System, gua hanya kembalikan kemampuan hujah yang Allah pinjamkan kepada gua; berdialog dan berhujah dengan Karpal.

Jika pemimpin UMNO menentang Islamic State, anda tidak akan ditentang dengan hujah. Sebaliknya peluru dan penjara. So, dengan Nama Allah, gua berikan undi gua kepada PKR dan DAP untuk laluan itu.

Pundek punya Fadhil Noor. WDQAC (7)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8


"Bukan begitu, Aduka. Maksud kami, sedarlah diri sendiri itu penting demi perjuangan di jalan Allah. Jika sedar diri lemah dan bodoh, maka, demi Allah Tuhan sekalian alam, undur dan serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Aduka kenal Fadhil Noor?"

"Kenal la. Satu kelas dengan gua. Dulu gua pengawas. Gua selalu tulis nama dia sebab dia selalu datang lewat."

"Bos!"

"Lu.. lepak la sket. Terbos-bos.Lu duduk diam2. Lu tu menyusu lagi."

"Serius la bos."

"Ha.. apsal dengan Fadhil Noor?"

"1989 dia jadi Presiden PAS. Ketika itulah kami menghantar risikan kami memantau fikrah beliau."

"Bos pada tahun 1989 dah lahir blom? Kah kah kah."

"Babik lu. Serius la sket!"

"Pada awal 1990, di awal pemerintahan Fadhil Noor, sekumpulan besar teknorat dan professional Melayu mula menyatakan kesediaan terjun secara terbuka bersama PAS."

"Baguslah."

"Tapi Fadhil Noor enggan. Dia teruskan polisi Presiden PAS terdahulu. Yakni Yusof Rawa."

"Pundek punya Fadhil Noor. Apsal dia buat camtu?"

"Aduka tahu tak apa polisi Yusof Rawa?"

"Aduka belum lahir lagi ma masa tu. Kah kah kah. Warghhh kah kah kah."

"Nate bewok nih. Gua lempang plak ni kang."

"Yusof Rawa berijtihad adalah satu kerugian kalau golongan teknorat dan professional terjun secara terbuka dalam PAS ketika PAS ditolak oleh keseluruhan muslim."

"Apsal?"

"Tenaga dan kepakaran mereka wajib digunakan bagi mengimbangi UMNO merosakkan masyarakat terlalu banyak. So, Yusof Rawa mengambil polisi itu. Golongan teknorat dan professional diminta menyusup ke dalam UMNO, menawarkan kemahiran, pemikiran PAS dalam kerajaan."

"Kalau diorang masuk PAS ketika itu bos..... 2 kali rugi. Negara musnah tanpa idea, tenaga mereka dalam PAS turut ditolak rakyat.Tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya."

"Terrer gak Ostad Fadhil nih. Bagi contoh sket."

"Aminuddin Baki, tokoh pendidikan negara adalah antara fikrah PAS yang menyusup ke dalam UMNO mengimbangi keadaan."

"Aduka tahu Wilayah Persekutuan?"

"Kuala Lumpur dan Labuan?"

"Tahu idea siapa Wilayah Persekutuan dan mengapa berlaku Wilayah Persekutuan?"

"Aduka blom lahir lagi la time tuh. Warghh kah kah kah."

"Ek eleeeee.... ringan jer tangan gua nih."

"Selepas tercetus 13 Mei 1969...."

"Dicetuskan UMNO."

"Tahu. Tapi itu bab lain. Sebab itu tiada ulama yang menfatwa Melayu yang mati mengangkat senjata masa itu mati syahid. Sebab pergaduhan perkauman. Assobiyah Melayu. Bukan atas nama Allah. Skang kita bab penyusupan fikrah PAS dalam UMNO ketika zaman PAS lemah sebagai tembok politik Islam."

"Hmmm..."

"Tidak ada mana2 negara demokrasi undi yang memiliki kawasan pentadbiran seperti Wilayah Persekutuan. Diletak terus di bawah Agong."

"Kenapa?"

"Ketika itu, Kuala Lumpur adalah kawasan pentadbiran dan ekonomi penting Malaysia. Tapi atas kelemahan UMNO sendiri, ianya dikuasai oleh parti politik perkauman lawan. Bagi mengelakkan kawasan itu terjatuh kepada tembok politik lain, maka, demokrasi kawasan itu dihapuskan melalui idea Wilayah Persekutuan. Walau keseluruhan kerusi dimenangi oleh parti lawan, ianya tetap diperintah oleh pusat melalui bawah Agong."

"Idea pemikir PAS?"

"Benar. Tapi yang pasti bukan dari PAS Terengganu."

"Haha.. Tapi apa rasionalnya Labuan?"

"Ketika sentimen perkauman memuncak pada dan selepas 13 Mei 1969, sentimen borneo anti Malaya juga merebak di Sabah. Jadi Labuan sebagai Wilayah Persekutuan adalah simbolik meletakkan Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Yang Dipertuan Agong di Sabah. Jadi, parti politik Sabah sukar bersatu bagi menuntut merdeka dari Malaysia."

"Apsal la tak isytihar Singapura sebagai Wilayah Persekutuan juga? Kalau tak takan la kita terhina sehingga sekarang. Memang bodoh Melayu. Tiada maruah."

"Kerana ketika itu, tiada pemikir PAS yang berada dalam UMNO."

"Mengapa?"

"Ketika zaman itu, PAS adalah Hizbul Muslimin yang dipenjara British. Berjuang mendapatkan kemerdekaan total. Bukan kemerdekaan celaka seperti ini. Perjanjian dajal laktullah."

(bersambung...)

Aug 18, 2010

GENTLE REMINDER - BERSIH.

GENTLE REMINDER:

Bersih 2.0 is meeting with the Election Commission on 27 August 2010. We want to document election abuses and violation faced by voters.
We welcome the public to be part of Bersih 2.0 campaign for Electoral reform. If you have any story, documentation, data, with cited sources, on electoral abuses, please send them to Bersih 2.0 by email to info@bersih.org.

We will have our consultation meeting as follows:

Date: 21 Aug 2010(Sat)
Time: 11am
Venue: KLSCAH

If you cant make it to the above, you may post your report to info@bersih.org

p/s: Sesiapa yang tidak berpuashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan hak lu orang kena main atau di kencing oleh SPR, lu orang boleh laporkan (email/pos) kepada link BERSIH yang tertera di atas.

Jom 1Malaysia kita hentam itu Anjing Pencacai Politik BeEnded Apco.

Aug 16, 2010

Cerita gua 16

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15 | Siri 16


“Eh… azan budayakah?” Pegawai Cina tu tanya polis Sabah.

“Errr… budaya ke?” Mamat tu tanya Cina tu balik.

Kah kah kah. Gua gelak dalam hati. Tu belum gua tanya C++ lagi tu. Mandi wajib pun gagal!

"Aduka... nanti you tulislah dalam blog. Suruh kerajaan buat simpang. Tengok tu. Kita kena pusing jauh tau." Polis tu tunjuk seberang jalan. Lokap Berpusat Bukit Jalil. Tempat para aktivis termasuk Hasbulahpit dan Pak Bakaq kena sumbat. Padan muka diorang. Skang ni, padan muka gua.

"Ok. Nanti I tulis, you minta Rosmah Mansur buatkan simpang jalan."

"Woooiisshhhhh!! You.....!!"

Akhirnya, setelah membuat pusingan jauh, kereta Waja JSJK membelok ke kiri. Memasuki kawasan lokap. Pagar tinggi macam celaka.

"Inilah hotel you, Aduka. Eh.. you nasib baik tau. Tak rasa Pudu. Sini baru lagi. Lelaki sebelah sini, perempuan sebelah sana."

"Boleh pilih lokap sendiri ke sir?"

"What? You ingat, you siapa?"

"Kalau boleh, I ingat nak duduk dalam lokap perempuan."

"Cibai lu.... Eh... you ingat OKT perempuan cantik2 ke? You pun boleh kena pukul dengan diorang tau. Gila ini budak." Polis Cina tu tertawa sambil pandang member dia.

Waja parking dan brek. Kawasan lokap terletak di atas bukit. Boleh nampak pandangan sebahagian kecil KL. 2 lapis pagar tinggi. Nun bawah sana ada satu lagi. Alcatraz ke apa ni? Tapi kalau Allah mengkehendaki gua lari, smol meter gua boleh lari. Kawasan jauh sana, seperti kawasan penjara diterangi oleh lampu kuning jalan. Cantik dan terancang.

"Ok.. Aduka. I tak turun ha. Ini member akan bawa you. Kita jumpa esok."

Polis Cina salam dengan gua sambil serahkan dokumen gua pada rakannya.

"Esok tu bila? 11 malam pun esok jugak."

"Haiyaa.. You tunggu jer la. Nanti kita panggil la."

"Kalau I tertidur ke, belum mandi ke, you all boleh tunggu?"

Shit! Gua paling benci manusia takda planning.

"Ya la... ya la... you bangun pagi, mandi siap2, nanti kita kejutkan."

Polis Sabah tu bukakan pintu gua. Gua keluar. Dia jalan depan, gua jalan follow. Masuk dalam. Pergi ke kuanter. Gua sebelah, dia sebelah. Tangan gua letak atas meja.

"Kalau boleh, jangan bagitau kes kau. Sini ramai polis Johor."

Polis Sabah tu bisik gua sambil tepuk2 bahu gua. Heh... gua ada Allah yang Satu. Dia yang merencanakan gua ke sini sama ada atas asbab apa pun. Termasuk jika kelemahan gua sendiri. Gua yakin Lu sedang memerhatikan gua ini, Ya Allah. Dengan ini gua bersaksi bahawa tiada tuhan selain dari Lu. Asyhaduallailah... haillallah, wa asyhaduan..naMuhammadarrasulullah...

"Bukit Aman." Kata polis tu sambil serah dokumen.

"Baik tuan." Polis lokap ambil dokumen.

"Weih..!! Kau siapa?! Turun tangan kau sekarang!! Pukimak kau!!"

Tiba-tiba gua kena tengking dengan satu mamat polis. Sebaya gua rasanya. Pakaian jenis polo kaler merah. Rambut pacak2. Kolar tegak tak berlipat. Beg sandang kulit tiruan. Jeans biru kasut sport. Ah.. pergi mampos la sama lu. Lu pro, gua respek, gua pun pro. Lu macam sakai, takda masa gua nak layan. Intelektual out!

"Ok Aduka. Jumpa esok."

Kami bersalaman.

"Baik2 sikit. Polis lokap memang pandang rendah pada semua OKT. Polis tahap jaga lokap, Aduka...." Polis Sabah tu bisik sambil berlalu.

"Weih!! Aku cakap dengan kau ni!! Weih!! Weih!!"


(bersambung...)

Cerita Gua 15

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15

"Ya. Nanti saya akan jemput kamu untuk proses siasatan dan hantar kamu semula."

"Ok. Terima kasih tuan."

Termasuk budak Sabah tadi, gua bertiga naik Waja JSJK bergerak ke Bukit Jalil. Lebih kurang 2 pagi. Tapi ini KL. KL yang tidak pernah tidur.

“Eh.. Aduka. You aa.. takda penyokong ka? I pernah tahan itu Penarik Beca, Kickdefella.. itu Raja Botak. Kami kena kepung tau.” Pegawai Polis yang dalam gambar tadi sound gua. Dia Cina.

“Saya jalan dalam gelap la Sir.”

“Jalan Gelap?” Polis Sabah tanya gua.

“What you mean Jalan Gelap?” Pegawai Cina tadi pun tanya.

“Takda la… saya bebas la. Semua benci sama I ma.. Saya bersuara untuk sebahagian rakyat. Dakwaan I la..”

“Aduka.. I mau tanya.. tapi sensitive sikit la.”

“Tanya la.”

“Pasal agama you la.”

“Tanya jer la Sir. I AdukaTaruna la.. bukan Pemuda UMNO. I bukan pelampau.”

“Hahaha. Berani you aa.. Ni pasal tutup muka tu. Itu pakaian tudung tutup muka.”

“Haa.. purdah. Apsal dengan purdah?”

“I as polis aa.. dalam satu2 keadaan… tengok macamana la… mesti mau pastikan identity orang. Muka ke, jantina ke. tapi aa…”

“Sir… dalam kepala otak muslim aa… selalu konfius antara budaya dan Islam. Kalau muslim pun konfius, apatah lagi non muslim like you. Budaya harus tunduk kepada syariat. Dalam kes burqah, bila masa Allah perintahkan manusia wanita tutup muka tinggal mata?”

“Itu budaya la?”

“Ha la..”

“Tapi apsal muslim Perancis marah bila government larang tutup muka?”

“Mana you tahu muslim Perancis marah?”

“Diorang berdemo apa. You tak tau ka?”

“Mana you tahu yang berdemo itu muslim? Atau just propaganda anti arab?”

“Ha?”

“Yang berdemo kepala lembu, kepala babi tu muslim atau pelampau Melayu?

Senyap.

“Sir… ramai konfius dengan permainan dunia la. Itu satu bab. Satu bab lagi, muslim sendiri pun tak tahu antara budaya dengan agama. You tanya member you yang tengah bawa kereta tu… azan budaya atau syariat?

Gua test mamat polis tu. Citer bab budaya, gua terus tanya yang syariat. Kompom teragak2 punyalah.

“Eh… azan budayakah?” Pegawai Cina tu tanya polis Sabah.

“Errr… budaya ke?” Mamat tu tanya Cina tu balik.

Kah kah kah. Gua gelak dalam hati. Tu belum gua tanya C++ lagi tu. Mandi wajib pun gagal!

(bersambung...)

Aug 14, 2010

UmnoApco Terdesak..!!!!

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengki Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini. - Bernama


Gambar rembat dari blog Mak Mertua gua... (eehhh... beliau ada anak pompuan tak.??
Sodap mulut jer... gua panggil Mak Mertua.. tak pasal2 kena cili pulak nanti...)

Ha... ha..ha..., kan gua dah selitkan cerita betapa terdesaknya puak2 parti haramjadah ni, sehingga ada di kalangan YB diorang yang cuba dan dalam usaha untuk membeli Blogger2 PR Selangor, dengan imbuhan yang agak lumayan juga.

Walaupun gua tahu senarai lima blogger yang mendapat tempat di hati YB-YB umnoApco ini, he..he..he... bak kata Siti Nurhaliza... "Biarlah Rahsiaaa...," ha..ha..ha... gua tetap akan menghormati pendirian dan keputusan mereka, walaupun terpaksa berlawan di padang berlainan.

Sebenarnya Blogger2 yang berpotensi ini, sekarang dalam dilemma antara kebutuhan wang dan kesetiaan pada perjuangan menjahanamkan dan menumbangkan keraaaajaan Barisan Nasional dari mukabumi Malaysia tercinta ini.

Jikalau mereka (Blogger2 PR) sanggup mengadaikan perjuangan Pakatan Rakyat, gua tetap hormati mereka kerana keperluan rumahtangga dan keluarga lebih utama, dan gua tak akan samakan mereka seperti YB-YB Katak. Mereka adalah blogger yang independent, dengan tawaran RM5000 sebulan cash... siapa nak bagi oooiiii..., siapa yang tak kelabu mata ooiii... tapi ini cerita di Selangor tau... negeri2 lain gua tak dapat perkhabaran lagi.

Tapi ini Tengku Adnan yang ntah daripada mana punya keturunan Tengku pun gua tak tau... sudah pecah lubang daaa.... dalam ertikata lainnya... puak2 pemimpin dari parti haramjadah ni mengiktiraf peranan Blogger2 PR, tak seperti puak2 pemimpin daripada Pakatan Rakyat.. bak kata Anita Sarawak pula... "Jangan pandang sebelah mata... hanya kerana Blogger yang sengkek..." kah..kah..kah...

Ada yang nampak dan ada yang masih buta lagi dengan peperangan maya ini, jadi kepada blogger2 Pakatan Rakyat yang tegar begar... bolehlah persiapkan diri lu orang semua kerana umnoApco yang kaya raya sedang mencari calon2 yang sesuai untuk menjadi tentera siber mereka.... kah...kah..kah...

Sebabnya umnoApco akan all out bagi memastikan PRU-13 adalah milik mereka dan meneruskan cengkaman kekuasaan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan....

Tetapi...!!!  yang membuatkan gua pelik bin ajaib, kenapa pemimpin parti haramjadah ni... tak percaya kepada blogger2 upahan mereka sendiri...??? Apa blogger2 umnoApco kan ramai... kenapa peranan mereka di abaikan...??? Satu pertanyaan dalam kepala otak gua...

Dan jawapan yang di perolehi ialah... blogger2 umnoApco hanya pandai buat fitnah dan cerita macam cibai sehingga merosakkan imej parti haramjadah tu... dan pemimpin mereka sendiri..., walau bagaimana pun gua tetap salute dan tabik spring pada blogger2 umnoApco kerana sumbangan secara tidak lansung mereka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Teruskan.... jasa lu orang tetap di kenang...

Yang gua nampak... parti haramjadah umnoApco sudah maju setapak ke hadapan, sedangkan Pakatan Rakyat masih syok lena di ulit intan.... perghhh... macam tajuk lagu kumpulan apa ntah... namanya... ha..ha..ha...

Aug 11, 2010

Cerita Gua 14

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14


"OKT saya mahu ke tandas dulu." Tuan menjawab. Menunai janjinya untuk settlekan permintaan gua sebelum menyerahkan gua ke polis Bukit Aman.

"Bawa OKT ke tandas." Arah Tuan II.

Seorang pegawai sambut dan bawa gua ke tandas. Gua berlalu ke tandas sambil dipandang oleh kesemua polis di situ.

"Kejap." Arah Tuan II.

"Kamu ikut sekali." Arah Tuan II kepada seorang lagi pegawainya.

Gua naik lif tingkat berapa ntah. Di bawa ke tandas. Settle, gua dibawa turun kembali. Surat-menyurat, sign-menyain pun berlaku.

"Johor buat statement. Mahu OKT ke Johor."

"Stupid lah. Kita tak tahu cerita pun. Biar kita buat kerja kita dulu la."

"Kamu bikin susah orang la... ni brother.. siapa?"

"Khairul.."

"Panggil dia Aduka jer. Senang."

"Hah.. Aduka. Kamu takder kerja lain ke?"

Gua diam jer. Dah malas layan.

"Ok. Selesai. Dengan ini, saya serahkan OKT kepada pihak sini."

Tuan sama Tuan bersalaman, surat bertukar tangan. Gua dibuka gari dan diserahkan kepada polis Bukit Aman.

"Ok.. Khairul. Ada apa2? Bawa banyak2 bersabar."

Tuan JSJK Pengkalan Chepa salam dengan gua. Diikuti dengan seorang anak buahnya. Seorang lagi, teragak-agak untuk bersalaman dengan OKT macam gua di depan pegawai Bukit Aman.

"Polis asal Johor tu." Bisik seorang polis Bukit Aman kat gua. Laa.... yerke..

Selesai, gua digari oleh seorang polis Bukit Aman. Orang Sabah. Budak lagi. Tinggi paras dagu gua.

Crapp! Budak Sabah tu hentak gari kat tangan gua. Tapi tak melekat. (Gari boleh digari 2 cara. Satu cara sopan, satu cara kasar. Cara kasar ialah dengan menghentak bulatan gari itu, dan gari akan automatik berpusing dan mengunci lengan kita. Ah... pepandai la lu imagine.)

Niamakahai budak ni. Gua terus pandang muka dia. Uih... kecik jer gua tengok. Dia sengeh2 sambil pandang rakannya yang lain. Sengeh2 apa bai? Nasib baik lu beruniform dan memang tugas lu.

"Okeh. Aduka. Sekarang kamu dibawah urusan saya. Saya yang uruskan kamu. Sekarang ni, kita akan ke Bukit Jalil." Pegawai polis yang dalam gambar ni sound gua.


"Bukit Jalil? Untuk tuan? Saya ada hak untuk tahu, kan."

"Boleh... boleh. Nervermind. Bukit Jalil tu lokap untuk seluruh KL. Kita dah tak pakai pudu lagi."

"So, saya di situ sepanjang tempoh reman?"

"Ya. Nanti saya akan jemput kamu untuk proses siasatan dan hantar kamu semula."

"Ok. Terima kasih tuan."

Termasuk budak Sabah tadi, gua bertiga naik Waja JSJK bergerak ke Bukit Jalil. Lebih kurang 2 pagi. Tapi ini KL. KL yang tidak pernah tidur.


(bersambung...)

Aug 6, 2010

Cerita senja semalam.

Oleh : AdukaTaruna

Kedai Kek Bomboo. Cabang Tiga. Pengkalan Chepa.

"Kek yang mana Bang?"

"Beli yang berpada la. Duit nak guna balik Seremban nanti. 1/2 kilo ni pun cantet gak."

Bulan 8 adalah bulan besdey adik ipar lelaki gua, mak mertua gua dan gua sendiri. Ikutkan hati rock gua, takder masa gua nak sambut besdey dengan kek ni der. Tapi meraikan adik ipar dan mertua, gua setujulah. Lagi pun adik ipar lelaki gua dalam proses baikpulih dari sejenis kesilapan. Gua ambil module pemulihan dengan merapatkan hubungan kekeluargaan. Banyak tanggungjawab gua kena pikul lepas kawin beb. Wooo...

Hidupnya gua di Kelantan selepas takdir Allah mencampakkan gua ke sini, membuatkan gua belajar banyak perkara. Tidak tahu perencanaan Allah itu mengkehendaki gua berapa lama di sini. Pendapatan gua di Kelantan untuk sementara ini sederhanalah berbanding di Seremban. Tapi, pelbagai faktor di Kelantan menyebabkan pendapatan itu mencukupi. Alhamdulillah.

Sementara menanti orang rumah gua memilih jenis kek 1/2 kilo, gua berdiri di luar. Memerhati persekitaran senja di luar. Setengah jam lagi magrib. Setengah jam lagi segala urusniaga pembelian akan terhenti di seluruh Kelantan. Sistem Kelantan telah lama membentuk semua itu. Tidak perlu bergantung sangat kepada penguatkuasaan.

"Bang.. ada budak tu.. kesian die."

Tiba-tiba orang rumah gua bisik kat gua. Gua toleh. Seorang budak lelaki berumur lebih kurang darjah 4. Berbaju Melayu lengkap dengan seluar. Warna biru. Bersih. Muka ada kesan bedak. Baru lepas mandi ni.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia tanya akak kek tu. Dia nak pinjam roti. Nanti dia bayar."

Gua tak pernah peduli penipuan atau tidak. Gua yakin Allah balas. Jika ianya satu penipuan, sekurang2nya gua melegakan urusan budak tu. Gua halalkan. Jika ianya satu sindiket, gua doakan ianya hancur dan lumpuh oleh pihak bertanggungjawab.

Gua merapati budak tu dan hulur satu lipatan duit singgit2. Gua tak sure jumlah. Tapi bolehla beli roti yang dia mahu. Dia tengok muka gua. Wajahnya serba-salah bercampur cemas. Maybe dia takut tengok lelaki dewasa berambut panjang kot.

Gua pun ambil keputusan menghensemkan diri. Senyum.

"Ambil la. Buat beli kuih. Kat luar tu ada jual kuih lagi best." Kata gua sambil buat isyarat jari best.

Budak tu ambil sambil kata kat gua :

"Kito nak roti..."

Apsal dia nak roti? Roti macamana plak ni?

"Takpolah. Akak bagi donut."

Budak casher tu terus bungkuskan 2 biji donut, dan kasi kat budak tu. Budak tu ambil, dan berkata lagi :

"Tapi kito nak roti..."

Nampaknya gua dengan budak casher tu tak paham2 bahasa Melayu. 

"Ok. Adik ambil roti mana. Takper. Abang bayar."

Budak tu tunjuk roti buku. Ala... yang macam roti gardenia tu.

"Adik nak makan roti ni sama-sama kat rumah ke?" Gua tanya. Budak angguk sambil minta diri. Riak wajahnya segan dan serba-salah.

Settle beli kek, gua drive pulang. Peristiwa itu merobek memori gua. Memuntahkan satu kenangan tanpa definasi.

"Aduka mana makan nasi lokap." Mamat 36 bertatoo singa di dada kiri sindir gua. Masa gua dalam lokap Bukit Jalil.

Masa tu gua dah makan kat bilik siasatan Bukit Perdana. Polis bagi gua makan apa lauk yang gua mahu. Bila gua balik, gua memang dah kenyang. Sampai ke pejabat lokap, tempat polis Bukit Aman serahkan gua kepada polis lokap Bukit Jalil, ada satu polis yang membaca internet. Dia tahu blog gua. So, payung gua kembang sikit la.

Kalau time dia bertugas, gua tak kena bogel dan cangkung. Satu proses untuk tahu sama ada 'roket' barang melalui dubur. Dan nasi bungkus gua boleh ambil berapa banyak yang gua nak. Selalu gua ambil 2. 1 bekalan seandainya gua lapar tengah2 malam, satu lagi memang gua peruntukan untuk satu warga Mynmar. Mamat Mynmar tu selalu kena buli. Nasi dia selalu kena cantas. Lu nak tuduh gua apa, gua tak peduli. Tapi gua memang cover mamat Mynmar tu. Gua, sedaya upaya gua, hidup atas falsafah Islami. Benar tetap benar, salah tetap salah.

Jadi, bila time makan, gua releks tak makan. Nasi bungkus ada dengan gua. Nak cantas nasi tu, boleh.. memang boleh. Tapi kena tumbangkan gua dulu la. Luar lokap, mungkin gua fikir 10 kali lu 30 atau 36 atau 77 atau 18. Dalam lokap tak dapat bro. Senjata susah, kawan pun susah. Satu lokap paling banyak 15 orang. Tahanan paling lama 2 minggu. 2 minggu nak bentuk satu group dalam satu lokap memang susah. Penjara lain, lokap lain. So, nak tak nak, lu kena tumbangkan musuh lu 1 by 1.

Makanan dan keperluan untuk makan memang boleh menyebabkan manusia bertindak. Ada yang memilih cara meminta seperti budak tadi. Ada yang memilih cara samun macam mamat 36 bertatoo singa. Sampai bila? Kerana itulah gua nekad untuk berada di bawah sistem Islam.

Bukankah minta-meminta itu belaku di Kelantan?
Bagaimana logik sistem Islam dengan menyokong DAP?

Gua tahu itu level soalan Melayu majority. Kupasannya lebar dan luas. Tapi bukan dalam entri catatan kehidupan seperti ini.

"Gua dah makan kat luar tadi la bro. 1 bungkus ni gua stanby kalau gua lapar nanti. 1 bungkus ni memang gua payung budak Mynmar tuh. Pasal gua tak setuju dengan cara lu orang. 1 bungkus ni, yang untuk gua ni, kalau gua tak lapar jugak, gua hadiahkan untuk lu. Settle?"

Gua angkat kepala tanya mamat tu. Mamat tu tunduk tak pandang gua.

Wallahualam.

Ahli sukan muslim boleh tidak berpuasa - Ulama Produk Al Azhar.

Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa

06/08/2010 3:02am

BERLIN 6 Ogos - Pemain bola sepak profesional muslim mungkin boleh makan seperti biasa menjelang bulan Ramadan bermula Rabu depan berikutan satu kata sepakat telah dilakukan di antara para pemimpin Islam dan pegawai sukan Jerman.

Dewan Pusat Muslim di Jerman telah membuat perbincangan bersama badan bola sepak profesional negara itu dan meminta nasihat dari ulama Islam bagi menyelesaikan pertikaian terhadap pemain yang berpuasa.
Universiti Al-Azhar di Kaherah membuat kesimpulan bahawa pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh pemain profesional.

Pihak berkuasa terkemuka di Sunni Islam, Al- Azhar menulis, “kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP

Kalau berita ini betul, maka gua akan berkata :

"Stendetla... Ulama Al-Azhar ma.... Unibersiti Al-Azhar tu stendet UiTM UMNO jer bai. Mesir beb. Mesir...."

Aug 4, 2010

Teori mati bunuh diri pemimpin UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan gambar : Anak Sungai Derhaka

Bab2 bunuh ni memang sinomim dengan UMNO. Parti Melayu Pelampau. Kebangsaan Sesat. Dari Memali, Padang Terap, Gemencheh, Samad Gul, Wanita UMNO Sabah yang mati ketika berzina, kira macam2 la. Doa kita, semoga mereka diampunkan Allah dan kita turut meminta Allah jauhkan dari kematian yang tidak baik.


Sebenarnya, dengan menolak persepsi dan sejarah dan fakta, kita harapkan polis menjalankan tugas dengan professional. Kita tidak mahu kematian ini tidak terbela atau akan menganiaya mana-mana pihak. Dan sudah pasti maklumat pihak polis lebih tepat jika itu berlaku.

Faktanya, melalui laporan media yang memetik kata KP Selangor, si perempuan ada 2 kesan tembakan, si lelaki hanya satu. Jadi, apakah si lelaki yang membunuh si perempuan sebelum membunuh dirinya sendiri?

Katakan jawapannya YA. Lelaki bunuh perempuan dengan 2 tembakan bagi memastikannya benar2 terbunuh. Bayangkan situasinya. Lelaki akan mencapai pistol. Mesti perempuan nampak. Mereka duduk bersebelahan sahaja. Melainkan perempuan sudah bersetuju ditembak di kepala, sudah pasti berlaku pergelutan.


Kalau lu tengok dari gambar, tolak kedudukan selekoh, jika lelaki yang menembak (lelaki adalah pemandu), bermakna lelaki menembak dirinya dengan tangan kiri. Hanya tangan kanan yang memegang steering, dan menyebabkan streering berat sebelah kanan selepas tidak sedarkan diri. Itu kalau tolak kedudukan selekoh. Terdapat 2 pembolehubah di situ.


Jika berlaku pergelutan sebelum tembakan pertama, bermakna kereta itu kemalangan dahulu. Baru tembakan dilakukan. Atau kemalangan serentak dengan tembakan pertama. BUKAN kemalangan akibat pemamdu telah membunuh diri. Untuk tahu, periksa kesan calar di tangan kedua2 mangsa.

Berdasarkan gambar semata2 juga, bolehlah diandaikan bahawa kereta itu tidak laju dengan mengambil kira kadar kerosakan. Boleh kira guna matematik. Berada berat Caldina dengan 2 penumpang, berapa ketegasan binaan depan sebelah kanan Caldina, dan berapa kelajuan yang diperlukan untuk besi penghalang jalan merobek masuk seperti gambar ini.


 Jangkaan awal gua, memang tak laju. Tak laju kerana kerosakan. Jika tak laju bermakna :

1. Berlaku pertengkaran membabitkan pergerakan fizikal lain (bukan mulut sahaja). Otak akan automatik mengerat dua fokus memandu untuk bekerja dalam pertengkaran fizikal.So, 'diri bawah sedar' akan menurunkan kelajuan kenderaan.

2. Jika berlaku pertengkaran, bermakna tembakan pertama adalah antara 2.

a. Tidak sengaja.
b. Tidak tepat pada bahagian yang dikehendaki.

Cerita jika (a) Tidak Sengaja.

Jika tidak sengaja, mungkin si wanita sendiri yang mencapai pistol untuk membunuh diri. Dan berlaku pergelutan. 1 tembakan tidak sengaja. Tembakan kedua dan ketiga (diri sendiri) adalah keputusan panik dan putus asa.

Semoga Allah mengampunkan kita semua. Setiap manusia akan dibangkitkan mengikut pemimpin. Yan Allah, tetapkan gua pada pemimpin yang betul, pada jalanLu yang betul. Amin.


Aug 1, 2010

Tips nak pergi demo anti ISA malam ni.

Oleh : AdukaTaruna

Kalau kat Kelantan, kat Taman Hijau beb. Kat mana ntah. Gua harap member jer nih.

1. Jangan pakai baju hitam, merah atau maju parti walaupun diwajibkan. Memang sah peluang lu nak lepas dari pemeriksaan Unit Polis UMNO tipis. Pakai jer baju biasa. Janji hadir dari tak hadir sebab kantoi dengan polis. Bangang namanya tu. Polis Kelantan diarah jaga Terengganu, polis Terengganu diarah jaga Kelantan. Tu maklumat dari member gua yang polis gak. Ngeee...

2. Jangan tegur Poyol Perak kalau lu terjumpa dia kat demo. Dia bekeng skang ni bai. Maklumlah Red Worrior kan kalah liga di kaki Selangor. Kah kah kah. Skuad N9 kalau main game takda piala ni, tak berahi la beb. Hambek la lu orang...

3. Jangan bawa apa2 sepanduk, risalah tentang parti atau ISA. Biar pimpinan yang bawa. Dia ada kaki. Lu plak, payah nak lepas nanti. Kalau dalam lokap lebih ramai dari yang hadir demo, memang gua cop lu orang ngok.

4. Jangan anggap semua lelaki hensem yang hadir demo itu adalah AbangHensem. Itu adalah mitos. Faktanya AbangHensem adalah pengundi PAS yang pemalas nak join aktiviti.

5. Jangan kompius demo anti ISA adalah demi anti kepada blogger ISA. Ikut Suka Aku.