Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

TGNA tamatkan kontrak Kickdefella adalah tepat.

Oleh : AdukaTaruna Sejak awal isu Kick ditamatkan kontrak, gua sudah isytihar ketetapan falsafah gua. MSK pun telah lama keluarkan link Kick dari senarai blog BR. Kemudian, isu cermin keretanya dibaling kapak juga gua umumkan kemusykilan gua. Dan sekarang, gua dapati keputusan TGNA adalah tepat. Satu sudut. Satu sudut lagi ialah hak Kick untuk bersuara. Walau ibarat budak2 yang sudah biasa dibelanja aiskrim, kemudiannya tidak lagi dapat aiskrim, hak Kick harus dihormati. Tulislah dan dedahlah apa yang anda mahu. Itu hak anda. Kalau fitnah, dapatlah hukum fitnah. Kalau benar, dapatlah hukum benar. Tamat satu sudut lain. Satu sudut lain, PAS harus sedar bahawa, gelagat Kick kini sedikit sebanyak mendamagekan imej mereka di kalangan Melayu Tempurung. Satu istilah gua yang merujuk kepada Melayu kebanyakan yang tidak berada dalam capaian internet (media bebas) seperti Melayu Felda dan pendalaman. So, maybe PAS kena layan Kick seperti cabar dia laporkan ke pihak berkuasa atau berdebat

Cabaran Di Terima... (Sebarkan)

JUMAAT ESOK - BERKUMPUL KE SUHAKAM BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA ! NOTA : ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG. SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT. SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.   Posted by ummu asiah  p/s: Gua akan hadir.... dan gua nak perhatikan juga ada atau tidak penyokong PR dari kalangan Cina dan India hadir bersama...  siapa nak jadi tukang kira kehadiran 2 bangsa tu... sila beri nama... kah..kah..kah..... Please...please...please.... Utusan Meloya di haramkan....

Jom Vigil Dan Demo Depan Balai Polis Shah Alam.

Gua baca versi akhbar, gua baca repot polis kawan mangsa tembakan dan gua dah baca penjelasan media Khalid Samad . Sebelum ini gua dah jelaskan disini , ada yang tuduh gua macam2... peduli apa gua dengan tuduhan lu orang semua, kita di anugerahkan akal untuk berfikir dan tidak menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu sebelum terbukti bersalah, mahupun membuat sebarang spekulasi tanpa mendapat fakta yang sebenar. Setakat dengar dari sebelah pihak, lepas tu buat tuduhan membabi buta.... apa punya sengal, dan tu pulak taksub sokongan simpati membabi buta jugak.... mentaliti melayu felda.... Dalam kes tembak mati seorang pelajar berumur 15 tahun, berdasarkan penjelasan Khalid Samad dan laporan polis kawannya, gua letakkan kesalahan pada budak tersebut dan bukan keluarganya. Jika dia tidak curi keluar rumah dan curi pandu kereta kakaknya perkara ini tidak akan terjadi. Dan dialah punca kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Lumrah budak2 yang sedang membesar. Suka sesu

Penjelasan Dari Khalid Samad.

  Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali. Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjel

Barcelona bakal dibelasah.

Oleh : AdukaTaruna Gua isytihar Pep Guardiola lebih bodoh dari Jose Mourinho. Berikut adalah ramalan gua. Barca main attack dengan gila babi. Line defend Barca akan naik tinggi dan susut kekuatan kerana membantu tengah dalam corak menyerang. Bila line defend tinggi, jarak antara lastman dengan penjaga gol sangat jauh. Ketika ini, bentuk serangan 1-2 atau lorongan bola lebih terbuka luas. Kalau dalam game kali ini Inter dapat 3 gol, 2 gol datangnya dari kelemahan Dani Alves.   Kelemahan Dani Alves. Mamat ni suka overlap. Bagus sebab rajin. Tapi mamat ni ada tambang pergi jer. Tambang balik takda. Dia kompius sama ada dia defend atau sayap atau tengah. Game terdahulu, 2 gol Inter adalah kerana kelemahan Dani. Hantaran silang Dani bermutu rendah. Mana2 hantaran pemain bahagian tepi kelas dunia berbentuk tajam menjunam semula ke bumi. Tetapi Dani berbentuk ala Malaysia. Melambung. Kalau tak faham, lu rujuk beza bola hantaran Beckham / Clichy / Abidal dengan Dani atau mana2 winger

Perkembangan Projek Langgar Hadi 2010

Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih Sebelum ini, saya sibuk memanjang. Kadang kala tak online. E-mel tak terjawab dan kerja-kerja kemas kini laman dibiarkan kepada pembantu webmaster. AlHamdulillah seminggu sebelum pilihanraya kecil Hulu Selangor, saya rehatkan diri. Tumpu kepada TKO dan bolehlah berikan sedikit komitmen kepada TKO dan banyak isu-isu perlu kepada penjelasan. V Seperti yang dimaklumkan pada minggu lalu, saya bersiap ke Rusila setelah lama tak kesempatan mengikut kuliah TG Haji Abdul. Kalau dulu hampir tiap minggu tak pernah mis tapi sekarang sudah liat... kena badi Projek Langgar Hadi kot? Malam sebelum ke Rusila, saya telah mengemas kini TKO lebih awal.. pagi sebelum subuh. TKO dah mula beroperasi 24 jam sehari, 7 Hari Seminggu 365 Hari tanpa henti.. Saya setkan setiap setengah atau satu jam untuk satu artikel. Hasil seminggu saya bercuti untuk TKO rangking TKO kembali pulih dan menunjukkan tanda yang baik. Sebelum ini kedudukan 120 di Malaysia, turun ke 11

Gua jumpa SB petang semalam

Oleh : AdukaTaruna Semalam ada pasar malam bai. Area rumah mak mertua gua. Balik kojo, jemput bini, terus g round pasar malam. Gua jenis malas balik dulu. Kalau dah balik, kompom malas keluar punya. Pasar malam kat negeri Ketuanan DAP ni lain sket bai.  Tak macam negeri Ketuanan Melayu N9 gua. Kat sini Magrib peniaga diorang tak berniaga. Solat tak solat belakang kira kot. Tapi adalah satu budaya dan persepsi memalukan kalau membeli-belah time magrib kat sini. Tengah skodeng-modeng benda alah yang nak dibeli, gua ter usha sekor mamat. Macam kenal jer mamat nih. Pakaian kemas. Pun dengan bini dia gak. Kat mana gua nampak mamat ni? Takan abanghensem kot? C++ lagi tak logic. Kejadah apa dia buat kat sini? Sekali baru gua teringat. Ni la mamat SB yang ambil intelligent gua kat IPD Pengkalan Chepa ari tuh. Yang minta no tepon nak ajak gua minum air. Gua sound bini gua. Bini gua terus cuak. Adeh…. “Takper… kita professional. Abang nak test SB tu jap.” Gua potong SB tu, berhenti gerai di

PAS Reform nafi keluarkan risalah ketika PRK Hulu Selangor

Oleh : AdukaTaruna Sorry geng. Gua lembab macam Hadi la plak. Huhu. Habes PRK baru perasan. Ikutkan ketepatan masa, sepatutnya gua nafi ketika itu lagi. Sorry sekali lagi. Gua nafi bahawa PAS Reform ada keluarkan mana-mana risalah ketika PRK Hulu Selangor KECUALI jika ada pihak-pihak tertentu yang copy dari blog gua atau Xenan atau kumpulan PAS Reform. ITUPUN, perlu diberitahu bahawa tulisan di blog gua dan blog kumpulan PAS Reform hampir kesemuanya adalah tulisan peribadi. Bukan suara bulat keputusan bersama (Kumpulan PAS Reform). Terima kasih kepada bro Irfan kerana memaklumkan hal ini kepada kami.

PKR gagal tarik kepercayaan pengundi baru. Presiden PAS memancing di Maldives?

 Oleh : AdukaTaruna Memula, gua ucap caya kepada semua yang terlibat. Kalau ikut posisi plak, selevel dengan gua, yakni bloggers, gua memang low lah. Sejak azali memang low kategori aktivis, apatah lagi dalam keadaan gua yang baru bertatih kehidupan baru di Kelantan. Hatta bloggers pro UG pun turun. Tahniah dan syabas gua ucapkan. Pro.. Keduanya, risikan gua menyatakan Presiden PAS sudah seminggu memancing di Maldives dan pulang pada 30 hb ini. Betul tak betul gua tak tahu. Tapi gua masukkan soalan ini kepada Projek Langgar Hadi yang akan berlaku tidak lama lagi. Insyaallah. Then, macam biasa lah. Sesi munasarawak. Sesi gua luahkan rasa tak puas hati gua. Blog gua, ske hati gua la. Di luar kita friend. Pro.. skang bukan masa memekak pasal BN tipu, SPR barua. Gua dah muak dengar alasan pengundi hantu sejak diguna oleh PAS Terengganu untuk 2 penggal. 1. PKR gagal tarik kepercayaan pengundi baru. Inilah kesan bodoh Anwar Ibrahim. Maksud pengundi baru N3 ini ialah pengundi bukan PR ket

Siapa Nak Ikut Gua Memancing Di Kepulauan Maldives...???

Baca dulu di sini . Justeru itu, tiada apa yang gua nak ulaskan lagi, yang lepas biarkan berlalu, gua terima hakikat kekalahan tersebut dan siapalah barisan najis dan umno jika tidak menipu dan menghalalkan perkara yang haram. Nak gua keluarkan nas dan hadis ke...? rasanya tak perlu... sebab Jamil Mat Khir pun boleh bacakan pada Pak Jib dan Pak Din. Memandangkan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir malam tadi, gua rasa sudah memadai… jadi tak perlulah gua menyemakkan diri untuk hadir bersama. Gua rasa lebih baik gua teruskan berkempen dan berdakwah kepada penduduk yang gua kunjungi di sini. Terutama sekali kepada penghuni lautan ciptaan Allah yang maha Agung. Lazimnya…, dalam setiap kali persidangan pasti ada waktu rehat dan santai… (itu pun jika ada persidangang), jadi gua ambil peluang ini untuk memenuhi hobi gua dengan memancing, gua nak masuk pertandingan memancing Joran tak boleh sebab terlalu sibuk dengan jawatan gua sebagai Presiden. Di sini… selain diadakan

Karamah gua dah tahap Nik Aziz beb..

Oleh : AdukaTaruna Macam biaso la. Hari Jumaat. Poie semayang la beb. Dengan riak dan bongkaknya, gua bagitau yang gua pergi awal. Boleh dapat unta bai.. Dressing gua hari ni memang mantab siot. Baju T pemuda UMNO Seremban, kain pelikat cap mangga. Songkok atau serban tak pakai. Rimas bai. Gua just sepit rambut panjang gua kat atas kepala. Bidaah ni bai. Kalau pergi Perlis memang kompom tak lepas masuk masjid. Pergi awal yang bestnya gua boleh pilih parking ikut suka. Gua port kete buruk gua kat bawah satu pokok. Then jalan kaki kira2 50 meter ke masjid. Masjid Pancor Padang Tembak. Taubat gua parking dalam masjid dah bai. Memang kompom balik nanti gua saing2 dengan Tok Siak. Tok Siak dah kunci masjid baru gua lepas keluar. Niamakahai. Hari panas woo... gua menapak dengan silipar Nike cap Rantau Panjang menuju ke masjid. Memang sah gua dapat unta hari tu. Sebab lebih kurang 8 orang jer yang dah ada dalam masjid. Gua port selipar Nike gua menghala ke arah luar. So, time balik k

Malikul Sembab Senyum Sampai Telinga.

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini seperti berikut; Barisan Najis menang besar dengan jumlah undi - 799 PKR tiada undi lansung sebab sejarah calon kaki botol  -   0 Tiada undi yang dirosakkan - 0 Jumlah keluar mengundi - 799 Peratusan dipaksa mengundi BN - 100% HULU SELANGOR, 22 April — Pengundian pos selama dua hari untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor mula dijalankan hari ini di tiga tempat pengundian pos yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pengarah SPR Selangor Dzulkifli Ab Rahman berkata anggota tentera mengundi di Kem Semboyan Kuala Kubu Baru manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baharu dan Maktab Latihan Polis Kuala Kubu Baharu di sini. Proses pengundian ialah dari 8 pagi hingga 5 petang ini. “Proses pengundian berjalan lancar. Hanya pihak polis yang meminta supaya pengundian dijalankan selama dua hari, iaitu hari ini dan esok, bagi membolehkan anggotanya yan

Tony Blair Kena Perkosa.

Beribu-ribu selipar dijangka "menyambut" bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini, minggu ini. Itu adalah janji yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membantah kedatangan Blair ke negara ini. Bercakap di hadapan wakil kira-kira 50 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah kedatangan Blair ke negara ini, Ibrahim meminta semua ahli-ahli NGO memulakan gerakan melalui apa jua kaedah seperti "facebook" dan "twitter" membantah kedatangan bekas perdana menteri Britian itu. Turut hadir ialah pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), yang juga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. PERKASA dan NGO itu turut mengutuk sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang menjemput Blair memberikan ceramah pada kongres perniagaan di sini, 24 April ini. Mereka membantah sekeras-kerasnya jemputan syarikat itu, Su

Barcelona VS Inter Milan

Oleh : AdukaTaruna Gua sebenarnya lebih suka kedua team ni jumpa final. Dan gua anggap perlawanan ni adalah perlawanan final. Jose Mourinho pada gua genius bola sepak yang bongkak. Tak mengapa la dari Melayu kat FAM tu. Bongkak tapi bodoh. Sendiri paham sudah la kan.. Barcelona pada gua ibarat Russia yang memiliki senjata pemusnah serta komander perang yang bijak serta media yang kuat. Di mana media tersebut boleh mempengaruhi mental pemain Inter Milan sedikit sebanyak. Inter Milan pula gua ibarat negara sederhana kuat yang kompom kalah kalau berperang dengan kuasa sebesar Russia. Tapi, kelebihan Inter ialah Jose. Satu genius yang bongkak. Cerita Wenger. Wenger bukan tahap Jose. Dia biasa2 jer. Superb kalau dibandingkan dengan mana2 jurulatih Melayu la. Tapi di kalangan nama2 gergasi, dia just standrad SIRIM. Pasal tu Wenger tak dapat cari kaedah nak sekat Messi. Nak baca blog gua, gua tak bagitau plak ari tu. Hua3.... 1st match Barca dengan medianya mempromosi Messi denga

Presiden PAS rasmi Kilang Guiness Stout

Oleh : Ali Previously on "Iklan Guiness Stout di TV" Salam Hulu Selangor. Berikutan penyiaran youtube iklan-iklan lama di stesen TV di negara pado tahun 70-an yang lampau termasuk iklan arak oleh den, Bro Poji jeles dengan den. Ha Ha Ha. Lalu dio pun nak monang lawan info dengan den dengan menyiarkan gambar-gambar klasik perasmian Kilang Guiness Stout oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO pada tahun 1966. Den pun jeles dengan Bro Poji sekarang nih. Terbakar den. Mano dio dapek gambar-gambar ni? Ini gambar zaman Pak Kaduk bai. Takpo den takkan biarkan Bro Poji monang. Ha Ha Ha. Padan muko kau UMNO! Dengan lafaz Bismillah den rasmikan ... Hey mangkuk, why Malaysian Guiness Stout like botol kicap? Err Mr. Prime Minister, we like to fool Malay to buy our alkoholic product Peh. Ribuan rak-rak arak sudah sedia dijual. Kayo den bagi Melayu mabuk

Gua rasa nak lempang jer Fabio Capello nih..

Oleh : AdukaTaruna Nasib baik la skang ni fasa perang. Kalau tak memang gua maki jer Fabio Capello nih secara direct beb. Dan kalaulah kerana Fabio Capello ni adalah platform Islamic State secara terus dan langsung, memang masuk dalam list langgar PAS Reform. Walau takda kaitan secara langsung, gua kritik jugalah Fabio Capello ni. Sebab mangkuk ni ada effect terhadap proses mendapatkan sistem Islam di Malaysia. Yakni demokrasi adil. Kalau tindakan dalam strategi tahap mangkuk, caner nak dapatkan demokrasi adil? Sampai kiamat la BN bertenggek atas demokrasi tahap Malaysia. Memang gua boleh kritik dan melahirkan perasan tak puas hati gua selepas perang tamat, malah memang itu pun selalu gua buat. Ramai juga pertikai kenapa gua tak kritik sebelum sesuatu terjadi. Siapa cakap? Gua kritik dan keluar N3 tak setuju dalam setiap peristiwa sebelum terjadi. Cuma N3 bentuk lembut dan berbayang. Gua tak mahu menambah rosak apa yang telah rosak. Nasihat sikit, jalan jer dulu, gua doakan yan

Parti Orang2 Kecewa...?

Satu lagi pelempang maut buat PKR..., Bendahari PKR Hulu Selangor nak masuk umno pulak dah... ehmmm.. dia ni pun kena beli dengan umno jugak ke...? Cuba lu orang perhalusi alasannya keluar PKR dengan alasan semua katak2 yang dah melompat keluar dari PKR, ada sama ka... tarak. ha..ha..ha.... posting gua sebelum ini dah sebut..., adakah ikut skrip atau pun sememangnya ada krisis kepimpinan dalam PKR. Sebelum ini ada suara2 yang mengatakan PKR ini parti orang2 kecewa, memang tepat sekali. Jadi lu orang bacalah alasan yang diberikan oleh mamat yang kecewa ini;  Sebab masuk Umno. Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan “tetapi lebih condong kepada parti yang

Ayuh anak muda Malaysia. Stanby Projek Jumpa Hadi 2010

Oleh : AdukaTaruna Salam geng. Memula skali niamakahai kek team N9 sebab kalah. Den dah terjanji kek sorang budak lelaki tingkatan 1, jiran rumah den, n kengkawan dio, yang den akan poie kojo pakai towel jer kalau N9 kalah. Mampos gua balik ni kang. Dia mesti tunggu punya tuh. Malam tadi pun dah kecoh dah tuntut janji. Nasib baik dia sekolah pagi, gua masuk keje kul 9. Memula, tanpa prejudis, gua ucap terima kasih kat SP kerana mengotakan janjinya untuk membantu. Kemudian, dengan prejudis, gua nak try tuntut satu lagi janji SP, yakni dana setakat yang SP mampu. Detail belum ada lagi. Tapi tak la mohon secara melampau. Langgar kepada jumpa. Kalau SP berjaya aturkan pertemuan kami, kumpulan PAS Reform dengan Presiden PAS, maka, terjatuhlah hukum berjumpa. Kalau gagal, maka, kembalilah ia kepada jangkaan kami sejak awal dulu. Langgar. Kepada anak muda yang berminat untuk sertai kami, kami akan keluarkan kenyataan dari masa ke semasa. Insyaallah. Setakat ini, apa yang boleh gua

Kelantan vs N9 dan T shirt PAS Reform

Oleh : AdukaTaruna Salam Hulu Selangor geng.. Gua tahu lu orang skang sibuk dan panas dengan PRK Hulu Selangor. Manakala gua plak sibuk dan panas dengan Kelantan lawan N9 malam ni kang. Kah kah kah. Takdo maso den do... Ni geng.. gua nak bagitau lu orang sesuatu nih. Sebelum tu, gua mohon maaf dulu la. Gua pun tahu benda ni lambat. Begini geng.. Baju PAS Reform yang ditempah oleh pembaca sudah siap. Tapi ado masalah. Masalah kualiti. Gua tak tahu tahap keseriusan kualiti yang mendukacitakan itu. Aduss.... Duit plak dah terbayar full. Silap tak bagi deposit dulu. So, setelah fikir2 apa yang patut, pertama gua mohon maaf kat lu orang. Kalau lu denda gua suruh bogel depan Putik Pengkalan Chepa muktamar Jun ni, pun gua sanggup bhai.. hua3... Mesti korang plak yang tak sanggup kan.. Keduanya, gua tetap akan serahkan baju itu walau kualiti cetakan gambar dikatakan bermutu rendah, dalam masa yang sama, gua ganti kerugian lu orang (pembeli 1st batch), dengan 2 cetakan novel gua. No

Kawan Den Nikah Hari Ni....

Gua ucapkan Selamat Pengantin ???? (gua pun tak tau nak sebut apa..?) Kalau pengantin baru... bujang sama bujang. Kalau Pak Uda dan Mak Jan, apakah ungkapan yang selayaknya.... apa2 hal pun... Selamat jelah kat lu Pak Isa Samad, gua tak nak kutuk2 lu... kerana lu telah menghalalkan suatu perhubungan, lagipun mendirikan rumahtangga tu satu amalan yang mulia mengikut sunnah daripada terjebak dengan perkara maksiat, tak gitu bro...? Yang tak sedap tu cuma jalan ceritanya sebelum lu dapatkan isteri lu sekarang ini, itu yang tak sedap dengar sikit, tapi takpa lah... itu antara lu sesama manusia dan Allah... gua tak mau campur... tambah dosa dengan lu.... ha..ha..ha... Buat member yang selalu kacau gua tiap kali tiba hari khamis malam jumaat, esok lu jangan kacau gua... lu pergi kacau kawan senegeri dengan lu ini.... ha..ha..ha....

Siapa Gadai Bangsa Melayu..????

Fulamak... dekat2 nak PRK Hulu Selangor ni banyak isu panas keluar..., ubn makin mengelabah beb..., hari ini MB Selangor edar kertas putih berkaitan pengadaian tanah YBK . "Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak." Di jawap pula oleh ubn, Mohd Shamsuddin Lias (Sungai Burong) berkata, daripada tahun 1993 sehingga 2008 YBK telus mengaudit kewangan dan semua kegiatan, yang turut boleh diakses di laman webnya. Bagaimanapun, beliau menafikan YBK menghalang proses pengauditan oleh pihak kerajaan negeri. "Bukan halang, tetapi mereka tidak berhak. Kalau hendak audit, kena ikut saluran yang betul," katanya lagi. Apakah kerajaan negeri Selangor sekarang ini tidak berhak untuk menjalankan pengauditan terhadap YBK..? Apakah Sultan Selangor sudah maklum dengan segala penyelewengan

Mari Kita Sama - Sama Mendoakan

Ketua Pengarang Kumpulan   Harakah ,Ahmad Lutfi Othman  akan menjalani operasi angioplastri ke 3 untuk membuka saluran jantungnya yang tersumbat pada pagi Isnin 12hb April 2010 .Marilah kita bersama -sama doakan semoga pembedahan tersebut berjaya. Lutfi mengucapkan jutaan terima kasih  atas doa, ingatan, sumbangan dan segala bantuan  dari pengunjung TKO,DD dan juga khususnya Harakah yang banyak membantu. Budak Jalanan Pembantu Webmaster 11 April 2010

Exco Kelantan kena kencing dengan budak2...

Ekelee.. dengan budak2 pun kena kencing ke? Haduii... patutla Melayu kena jajah bertubi2.. Exco tidak sangka ikut lawatan kerabat diraja palsu "Hello.. semekom. Yen.." "Ha.. Ngah.. den kek Sabah la.." "Apo gilo kau buek sano?" "Kojo bai.." "Weih... orang ghumah kau molotop bilo?" "Bulan 5 ni insyaallah.." "Den nak tanya nih... ekau plan bini kau bersalin kek Kelantan ko kek Kajang?" "Apsal?" "Kalau anak kau no IC Kelantan, dia tahap penjajah bai.. kalau IC bukan Kelantan tahap dijajah?" "Ha?" "IC Kelantan boleh beli tanah Kelantan dan tanah bukan Kelantan bai.. kalau IC lain tak boleh beli tanah Kelantan."

Ahli PAS Kelantan dalam keadaan pengotor menjelang muktamar.

Oleh : AdukaTaruna Dah berapa bulan gua duduk di Kelantan. Menetap di sini. Dan telah 2 kali gua riki audien PAS Terengganu untuk Projek Langgar Hadi 2010. Memang banyak bezanya untuk satu tajuk kali ini. Yakni sampah. Kalau program ceramah PAS di Kelantan, selepas berakhirnya program, kita akan melihat satu pemandangan paling celaka di abad ini. Siyes gua cakap. 3 kali tahap celaka. Celako.. celako.. celako. Gua tak tahu bagaimana minda ahli PAS Kelantan masih mundur secara terbanyak, sedangkan dalam bab intelek, ekonomi, etc mereka adalah rujukan. “Sudahlah peniaga Char Kuey Tiaw.. tu sahaja yang layak untuk kau.” Tak perlu banding dengan majlis UMNO lah. Jangan kata audien UMNO lagi teruk sebagai level ukuran. Tapi gua bandingkan dengan audien Terengganu. Ni bukan bodek sebab gua nak langgar Terengganu ni bai. Ni sebab Kelantan jadi tuan rumah muktamar tak lama lagi. “Aduka bodoh. Padan muka kena tangkap polis. Aku ada member polis yang boleh belasah tahanan tanpa kesan.

Kenyataan media : PAS Reform bersedia letak calon PRU13

Oleh : AdukaTaruna Kenyataan Media PAS Reform 9 April 2010 Dengan Nama Allah Yang Maha Ego. Prinsip PAS Reform membela maruah dan setiap helai undi penyokong PAS dan komponen Barisan Rakyat yang lain. Adalah satu yang melukakan apabila setiap helai kepercayaan dan maruah pengundi dikhianati parti komponen Barisan Rakyat seperti mana yang terjadi muktahir ini. Sangat-sangat melukakan. Menginjak-injak, memijak-mijak maruah intelek para pengundi. Kami, PAS Reform telah lama mencadangkan dan mendesak, bahawa, di mana kerusi yang telah berlaku pengkhianatan tersebut, supaya menyerahkan kepada rakan komponen Barisan Rakyat lain sebagai satu sifat bertanggungjawab kepada maruah dan kepercayaan para pengundi. Sebagai contoh, di Pasir Mas, seluruh pengundi bebas yang memilih Barisan Rakyat dan seluruh pengundi PKR dan DAP (jika ada), telah dikhianati oleh PAS melalui Ibrahim Ali. Ini sangat melukakan pengundi di situ. Maruah yang telah dipijak dan diludah dengan hina. Seluruh ahli PA