Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 4, 2010

Penjelasan Songkok Putih kes sabotaj ID. (siri 1)


Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih

Beberapa hari lalu, laman ini telah dipersoalkan dengan beberapa ID forumer tidak boleh diakses. Pelbagai tanggapan dibuat. Ada yang bertanya melalui e-mel, ada yang ber'PM' (Private Messages) sahaja dan ada juga yang menyerang menggunakan blog individu dengan pelbagai tuduhan terutama pada diri saya selaku webmaster laman ini.

Saya pun agak keliru kenapa banyak sangat serangan-serangan individu terhadap saya akhir-akhir ini. Kena muhasabah diri. Berdiam diri pun susah menjawab pun susah..


Tak apalah, saya akan ambil jalan untuk menerangkan. Saya tahu ada juga yang akan mengatakan ini auta. Tapi sekurang-kurang kenyataan saya boleh dijadikan fakta yang boleh kita berfikir akan kebenarannya. Sebab fakta dan masa boleh menentukan logik bagi seseorang yang berfikir.

Bila saya memberikan fakta, mungkin akan menyebut nama individu-individu tertentu. Bukan nak mendedah tetapi sekurang-kurang individu yang disebut boleh mengesahkan kebenaran fakta yang diberikan. Walau bagaimanapun saya cuba untuk menutup beberapa maklumat supaya tidak terbuka sangat.

Oleh banyak perkara berlaku dalam beberapa tahun lalu mungkin ada fakta masa kurang tepat, tapi boleh diperbetulkan jika saya silap.

Isu Pertama: ID Aduka Taruna

Aduka Taruna pernah menjadi moderator TKO menggunakan ID Aduka. Banyak kontraversi dalam posting dia ini di TKO tetapi semuanya diselesaikan secara berforum dan bermoderator. Banyak kes sebenarnya tidak melibat webmaster dan pembantu webmaster (pwm) pada masa itu melainkan setelah Greenboc (GB) menjadi pembantu webmaster.

Nick Aduka sebenarnya telah diban oleh saya ketika saya menjadi webmaster dan GB menjadi pwm pada ketika itu. Saya ban kerana satu artikel dilulus terbit oleh Reformis (pembantu webmaster juga) yang saya berpendapat adalah kurang ajar.

Reformis pwm ini bukan reformis di laman Detikdaily sekarang. Reformis pada asalnya di TKO adalah untuk seorang penulis terkenal, tapi oleh kerana kesibukan tidak digunakan. Pada masa itu Reformis di TKO adalah orang yang sama dengan Reformis di Detikdaily.

Oleh kerana saya dan greenboc mempunyai banyak persamaan dan kadangkala kami mengemas kini laman pada waktu yang sama sehingga ada beberapa artikel bertindih, walaupun saya mengemas kini pada waktu tengah malam (maksud waktu tidur kami pun hampir sama).

Saya memberikan idea kepada cybershot (penasihat TKO) untuk mencari seseorang untuk menjadi imbangan kepada kami supaya di TKO ada pendapat yang berbeza.

Cybershot melantik seorang daripada moderator TKO pada masa itu yang agak seniur menggunakan nick Reformis.

Al hamdulillah selepas dilantik Reformis menjalankan tugas dengan baik. saya masih ingat hampir 75 submissions daripada forumer yang tak sempat kami berdua terbitkan diterbitkan satu hari sahaja oleh Reformis.

Oleh kerana melulus artikel bukan perkara yang mudah terutama melibatkan beberapa dasar, ada beberapa artikel yang diluluskan reformis menjadi pertingkaian sehingga Greenboc menghantar e-mel kepada saya menyatakan rasa tidak puas hati dengan Reformis. Saya juga menyatakan pandangan yang sama kepada GB. Untuk redakan keadaan saya beritahu GB bahawa reformis adalah orang dalam TKO. GB akur dengan kenyataan ini. (Setakat yang saya tahu tiada siapapun tahu bahawa Reformis itu adalah salah seorang Moderator TKO pada masa itu sehingga sekarang, melainkan tuan punya diri menceritakan kepada orang lain. Hari ini baru saya dedahkan sebenarnya..)

Balik kepada persoalan Aduka. Saya berbalah pandangan dengan Reformis soal artikel Aduka. Saya berkeras saya nak ban juga Aduka. Apa yang menyebabkan saya ban Aduka.

Ini gambar yang diposting pada satu artikel Aduka. Gambar ini adalah lukisan tangan Aduka sendiri.


Saya berpendapat gambar ini sangat kurang ajar dan amat biadab. Jangan kata kepada Presiden PAS, kepada Presiden UMNO pun saya masih beranggapan begitu.

Mungkin pendapat saudara pembaca berbeza dengan saya. Setakat ini tidak ada hujah akhlak tok-tok guru yang mengajar saya, cikgu-cikgu sekolah yang sebahagian besar UMNO ada mengajar saya untuk saya melakukan perkara kurang ajar seperti ini.

Bila saya ban nick Aduka, dia daftar nick baru Aduka2. saya ban Aduka2. Dia daftar Aduka5. Saya rasa kesian atas kesungguhan dia nak berforum di TKO saya biarkan sehingga sekarang nick itu masih boleh diakses.
Aduka Taruna Menyerang TKO

Saya tak tahu tiba-tiba Aduka Taruna dalam blognya hampir setiap page menyerang TKO, kalau 10 artikel, 8 adalah berkaitan TKO. Serangnya sebenar selari serangan Tulang Besi kepada TKO di laman Malaysian Waves dan Perisik-Rakyat. Serangan juga ada kaitan dengan batu-api seorang penulis di TKO yang dikaitan dengan nama saya.

Aduka Taruna mengatakan IDnya tidak boleh diakses dan menuduh kami TKO yang ban dia. Walaupun kenyataannya masih kabur dengan kononnya ada sistem TKO yang silap yang berpendapat dia lebih menyalahkan TKO.

Dalam masa yang sama, beberapa orang dikalangan mereka menggunakan pelbagai ID telah menyerang dalam forum dan laman-laman yang dikaitkan dengan saya. Ada yang pakar komputer dan ada yang masih baru dalam dunia IT. Saya mengesan mereka bukan niat apa ingin melihat sejauh mana rangkaian mereka ini dalam dunia siber.

TKOv10 masih menggunakan PHPNuke 8.1.0.3 yang telah diubah suai dengan beberapa pacth yang kami buat sendiri untuk mengelak serangan setiap kali menjelang pilihan raya kecil.

Sistem Nuke Sentinel yang kami pakai agak sensetif dan adakala akan membuat seseoarang yang cuai pasal IP dikesan sebagai penceroboh. Sistem ini bukanlah baik sangat, kerana yang buat dan ubahsuai pun bukanlah orang yang mahir dalam komputer. Walaubagaimana pun itu adalah usaha kami sendiri atas kekurangan kemampuan, kewangan dan kepakaran.

TKOv10 saya lancar dengan serba kekurangan pada 1 November 2009 dengan database baru hanya sekadar memasukkan ID pengguna seramai lebih daripada 25,000 orang.

Aduka Taruna dalam TKOv10 telah membuat 10 posting. 7 daripada posting ini menunjukkan IP dia berada di Negeri Sembilan. 3 posting
 menunjukkan di Pahang yang juga menjurus berdekatan dengan negeri Sembilan.






Saya membuat kesimpulan tiada pencerobohan pada ID Aduka. Kenapa dia mengatakan ID dihack? Banyak teori boleh dibuat.

Perlu diingatkan dalam sistem forum portal PHPNuke adalah paling selamat untuk kerahsian indentiti pengguna berbanding dengan portal lain termasuk Joomla.

Kenapa saya kata demikian?

1. PHPnuke tidak memberikan password penggunakan kepada admin tetapi Joomla memberikannya. Ini bermakna admin joomla boleh masuk sebagai ID pengguna tetapi admin PHPNuke tidak boleh melainkan dia mesti ubah password.

Id Aduka tidak menunjukkan ada perubahan password.

2. Siapa yang boleh ubah password dalam TKO.

Ada 6 orang yang boleh ubah password. 3 orang moderator juga boleh ubah password (super moderator)

Saya telah bertanya kepada semua melainkan seorang yang tidak dapat dihubungi kerana dia tinggal di Sabah. Semuanya tidak tahu menahu pasal perkara ini.

Saya dah letih menulis..
Saya nak berjenti dahulu setakat ini...

Webmaster TKO dan PWM TKO bukan sahaja daripada PAS Terengganu, ada dikalangannya di Kedah (budak Jalanan), Sabah (Anaqsabah), KL, Melaka, Johor, Selangor dll

Webmaster dan PWM juga bukanlah dikalangan kami kenal semuanya. Ada yang tak pernah kami jumpa dan bersua muka. GB walaupun saya ada no. tel dia tak pernah saya hubungi dia.

Jadi tuduhan Tulang Besi di laman Malaysian Waves dan Perisik-Rakyat terhadap saya dan laman ini kononnya ini adalah Tarbiyyah PAS Terengganu adalah tuduhan yang datang daripada perasaan iti hati, marah, dendam dan berniat tidak baik sesama mukmin.

Saya doakan dia insaf menjadi manusia yang berfikir terbuka, berlapang dada dan jadilah blogger yang amanah.

Kepada Aduka, artikel saya belum habis lagi...


Ulasan gua plak.


1. Artikel dia belum habes ma... ni silap2 ni, kalau kita semua tak tekan, mau kes Hasan Ali settle dulu baru kes gua n Fansuri settle.

2. Gambar tu memang gua lukis. Kalau ditanya adakah gua mengaku benda itu tidak berakhlak? Ya, gua mengaku. Malah banyak kali mengaku tulisan gua biadab, etc. Tapi sapa2 yang ada nilai pengasingan, lu tafsir la lukisan gua tuh. Apsal gua lukis camtuh. Tulisan tu gua lukis sebaik sahaja hadi mengaku nama yang jumpa UMNO lepas Paklah dedahkan.

3. Kantoi la plak gua dok N9. Selama ni gua ingat lu orang percaya gua dok Moscow. Terpaksa la gua mengaku ari ni yang gua Melayu pure punya ma... ngeee....

4. SP kata tiada khianat pada ID Fansuri dan ID AdukaTaruna5? Huih...... ni nak suruh gua ajak lawan bersumpah ke apa nih?

5. Weih... gambar kat atas yang ikat rambut tu bukan gambar gua. Tapi gambar member blogger. Mungkin member blogger gua tuh tak kisah pun, tapi gua kena jelaskan supaya buruk gua terpalit kepada gua secara total, tak mis kat tempat lain.

6. Takper... kita tunggu siri seterusnya penjelasan SP.

12 comments:

Anonymous said...

Orang2 ISLAM THAILAND dah jatuh hukum bunuh kat AT ni...Dia tunggu masa jer dia org jumpa dia...so kita tak payah cakap atau buat apa2 kat dia..depa duk cari dia ka ni.

kepunden said...

Woit bro AT... Pandai gak lu lukih no... he he..
SP meleleh air lior gua bace lu punyer penjelasan..
Ni dh kiro pengistiharaan perang ker..
AT! Bediri kerana kebenaran..
(dulu gua kejer kat Bkt Cedang-rasah...)

Xenan said...

haha,

bagus artikel songkok putih nih.Ada unsur Sun Tzu sket.hahaha.

Malin sure lompat seronok baca artikel Sp nih.

kasi die perabis dulu la bro..
panjang lebar tuh langsung tak jawab soklan pon.Die nak bunuh character lu jek ni.tgk artikel 2 die plak nak ckp ape.

btw..banyak sgt ke posting psl tko dlm blog lu ni?Cam perasan jek SP ni.

Lu kne kasi tau die..lu blogger gila post.Lu tgk hari ni jek berapa banyak artikel lu post.wahaha.takat ade 8/200 artikel pasal TKO takyah dok perasan

uma said...

sapa agak2
yg guna pakai nick lu..

klu SP kata xada masalah
lu kata ada org sabotaj?
bg wa
geak ati wa
bkata
yg lu org bkata benoooo..


bg wa
teknik terakhir baru pakai
teknik bsumpah kot..hehe

buat masa la ni..
mcari punca
nick tu dicilok
sapa2 nak gaku tak?
leh angkat tgn..

adiahnya..
leh melancong dgn AT
ke pulau ketam...haha

Taliban said...

kalau ip dekat2,sahih ke takde org lain kacau laptop lu masa lu solat jumaat?

dah nama tranung,mestila persepsi org luar tko tu dikuasai org tgganu.tak kesah la walaupun wm,pwm tu bukan org tgganu pun.baik tukar je nama tko tu utk generasi forumer baru tak anggap camtu.

p/s:wa rasa lu sorg je yg lukis katun siap dgn halkum.

Anonymous said...

sebagai penjaga dasar wa tengok jer.....

-abanghesnem

abang botak said...

Separa bogel AT kena ragging ngan SP...


hehehehe....

MaLin-0ri said...

blogger bodoh hanya tau menuduh je buktikan secara teknikal yilek!

Anonymous said...

Gua malas nak login TKO. ID gua dah sampai Fansuri3. Fansuri2 dah kena cilok/ban/hijack. Gua tak pasti mana satu. Sbb dah 2 hari, PM gua tak dijawab. Gua pelik. Tapi, mmg sikap SP nih tak amanah. Adakah patut dia pi dedahkan IP dan lokasi AT dipaparan umum? Dia seorang admin, maka maklumat seperti itu adalah classified, hanya untuk tatapan orang2 yg ada access di TKO.

Yang benar,
Fansuri/Fansuri2/Fansuri3

Anonymous said...

kalau nick AdukaTaruna, semua orang tahu dia kena ban pasal apa. Yang pi cakap pasal tu watper. Tapi, apa lagi alasan bila guna nick lain dan sudah tidak lagi memposting provokasi di TKO? Soalan2 lain tak jawab. Tapi saja 'character assasin'. Nak carik sokongan dahulu. Kira kornar baring la nih. Enjin menderum kuat2, tapi tak laju mana pon. Mcm fakap.

Anonymous said...

bang, mamat ni dah kepanasan. DIa cerita orang serang dia.

Dia yang mulakan perang dengan Tulang Besi, dia tak sedar kot.

Memanglah dasar orang yang hanya nampak salah orang.

CgLyn said...

Tak baik lah dedahkan maklumat forumer macam tu. Ni yang rasa tak sedap ni.