Skip to main content

Nik Aziz bidas lelaki Kelantan poligami kikis harta isteri

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas sikap lelaki Kelantan yang gemar berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri mereka tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab sebenar mengikut Islam.

Beliau berkata, kejahilan membuatkan ramai lelaki Melayu di negeri itu berpoligami hingga menyebabkan isteri menjadi mangsa akibat deraan seks dan dijadikan sumber pendapatan.

"Penyakit yang berlaku di Kelantan... suami berkahwin nak memuaskan nafsu, nak rebut peluang kerana isteri pangkat dan gaji besar. Dia (suami) duduk saja, tidak peduli kepada tanggungjawab, sebaliknya hidup dengan harta isteri. Suami seperti ini masuk neraka. Islam beri peringatan yang jelas kepada suami.

"Ramai wanita Kelantan keluar kerja tetapi orang lelaki (suami mereka) berada di kedai kopi dan bersembang. Pendapatan isteri digunakan tanpa rasa malu sedangkan Islam mewajibkan nafkah zahir menjadi tanggungjawab lelaki sebagai menjaga hak wanita yang menjadi isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baru Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, di sini semalam. Turut hadir Exconya, Wan Ubaidah Omar.

Comments

  1. baru sedor ke nik aziz pasai benda nie?

    hish...hish.....

    ReplyDelete
  2. Betul3...
    Kami kat luaq kelantan dah tau sangat kelaku jantan kelantan(sebilangannyer ler)nih.
    TGNA lupe nak gi tau yang aktiviti die org selain tu ..
    Main Wau & main gasing..
    kui2..
    jgn marah....

    gengkilang

    ReplyDelete
  3. nik aziz pukoi mantan ketua perhubungan dewan pemuda pas klate nih

    Dr. Rosli Allani adalah antara yang lantang mendesak supaya menantu Tok Guru sdr Ariffahmi meletak jawatan serta merta. Beliau juga dikatakan antara kelihatan hadir memberi sokongan kepada blogger Kickdefella semasa membuat sidang media selepas dipecat dari PMBK. Dr Rosli jugalah antara orang yang lantang mengkritik Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Seminar PAS yang mempertikaikan tulisan jahat Dr.Aziz Bari.

    ReplyDelete
  4. dan nik aziz lupa nak pesan,

    jangan main laga ayam je kat kelate tuu...

    kuikuikui..

    ReplyDelete
  5. abg botak licin sudah msk AT py blog.. hahaha.. Ape yg tok guru ckp itu adlh sbgai nsht & amaran tk kira utk sape2 pn. Dia spesifik kt laki KLate coz bnda tu berlaku 'dpn' dia.. so, ok la tu.. nk berbini byk, biar sedar dri..

    ReplyDelete
  6. Wah.. tak pernah lg tahu. kalau sampai Tok guru buat teguran direct macam ni, means problem ni adalah sgt common dikalangan lelaki Kelantan.

    Speechless.

    ReplyDelete
  7. Klu lelaki NS buat macam tu, dah lama kena humban kain baju kat mak mentua.

    ReplyDelete
  8. Orang2 ISLAM THAILAND dah jatuh hukum bunuh kat AT ni...Dia tunggu masa jer dia org jumpa dia...so kita tak payah cakap atau buat apa2 kat dia..depa duk cari dia la ni.

    ReplyDelete
  9. Laki kelantan ke...laki negori ke...mana2 pun sama niat nak kawin tu...mulut je kunun kata ikut sunnah tapi akhlak dan perlakuan langsung tak ikut sunnah Nabi.
    CUma MB kelantan je berani tegur rakyat dia..bravo TG NIK Aziz!!

    ~nobody but me~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.