Skip to main content

Kes Hasan, Khalid diketahui dua minggu lagi

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Nasib Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalannya, Khalid Samad sama ada mereka bersalah atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada asasnya semua keterangan yang diperlukan telah lengkap tetapi sebelum keputusan akhir dibuat pihaknya masih memerlukan satu lagi dokumen daripada kedua-dua pemimpin tersebut.

Beliau berkata, dokumen berkenaan perlu diserahkan segera kepada pihak jawatankuasa bagi melancarkan proses penghakiman.

''Dari segi mendapat keterangan semuanya telah lengkap iaitu setelah Datuk Hasan dan Khalid selesai memberi keterangan. Datuk Hasan memberi keterangan semalam manakala Khalid pada 7 Januari lalu.

''Selain mereka berdua, jawatankuasa turut mendengar keterangan daripada lima orang saksi. Empat orang saksi daripada pihak Datuk Hasan dan seorang daripada pihak Khalid,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan terkini kes yang melibatkan kedua-dua pemimpin Pas itu.

Hasan dan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti.

Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin Pas yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, dokumen yang bakal diserahkan kepada pihak jawatankuasa akan dianalisis secara terperinci dan beliau percaya ia boleh membantu pihaknya merumuskan kes tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, semua pihak yang terlibat di dalam kes berkenaan telah memberi kerjasama amat baik kepada pihak jawatankuasa.

''Secara purata setiap daripada mereka telah memberi keterangan antara tiga hingga empat jam dan dalam tempoh itu mereka diberi hak membela diri (bagi tertuduh).

''Kita memberi ruang seluas-luasnya terutama kepada pihak yang dituduh untuk menyatakan mereka tidak bersalah dan kita juga membenarkan mereka membawa saksi atau peguam bagi membantu mereka memberi keterangan,'' katanya.

Beliau berkata diharap dalam tempoh dua minggu lagi keputusan mengenai kes tersebut dapat diketahui.
''Jika didapati bersalah, mereka berhak untuk membuat rayuan kepada pihak Jawatankuasa Pas pusat serta Majlis Syura Ulama dan hak ini terdapat di dalam Perlembagaan Parti,'' ujarnya.

Comments

  1. 2 minggu lagi plak?.... tunggu jer la....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Pawang Negara Aduka Taruna tak mau tilik ke keputusan siasatan? atau jin kau dah mogok gaji tak bayar..haha

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  3. -lps kuar kputusan 2 mggu lg, msing2 dibenarkan wat rayuan,tempoh rayuan 2 bulan, pas rayuan akan dipanggil blik utk amik keterangan smula dlm masa 2 bulan lg..

    -zargus-

    ReplyDelete
  4. ni lembaga disiplin nak ikut jadi mcm lembaga siasatan stadium runtuh kat ganung tu la kot...janji 2 bulan selesai kes....tp dekat akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010 baru umum keputusan....tipikal lembaga umno memang gitu coz dah terasuk dgn teori melayu mudah lupa....sekdar keputusan tp kontraktor masih peram telor...tak kena apa2 pun...

    aku rasa silap2 lembaga disiplin ni lepas 2 minggu lagi akan tangguh pulak.... dan geng ug pun sama peram telor.....

    berkatttt....salamattt......

    -corongkita

    ReplyDelete
  5. cessss.....stopa ali lg ku jentik inikan pula berak sembelittt....

    aduka, ko suruh la sp belanja ko beriyani special kat rusila tu...tak silap aku rstoran maidah kot..tapi ko kena hati2 kot diaorg bubuh arsenik...takpun kereta honda ko kena baling kapak....hehehehehe...honda bukan murah bhai...sebab tu abduh simpan bawah porch jer....

    -corongkita

    ReplyDelete
  6. 2 minggu? lama tu. banyak benda kena fikir? or banyak benda kena sorok? or memang perundangan orang melayu islam ni memang lembab? tgk kes syariah smpi 7-8 tahun pun ada. bukan kes bunuh pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...