Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 11, 2010

Kes Hasan, Khalid diketahui dua minggu lagi

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Nasib Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalannya, Khalid Samad sama ada mereka bersalah atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada asasnya semua keterangan yang diperlukan telah lengkap tetapi sebelum keputusan akhir dibuat pihaknya masih memerlukan satu lagi dokumen daripada kedua-dua pemimpin tersebut.

Beliau berkata, dokumen berkenaan perlu diserahkan segera kepada pihak jawatankuasa bagi melancarkan proses penghakiman.

''Dari segi mendapat keterangan semuanya telah lengkap iaitu setelah Datuk Hasan dan Khalid selesai memberi keterangan. Datuk Hasan memberi keterangan semalam manakala Khalid pada 7 Januari lalu.

''Selain mereka berdua, jawatankuasa turut mendengar keterangan daripada lima orang saksi. Empat orang saksi daripada pihak Datuk Hasan dan seorang daripada pihak Khalid,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan terkini kes yang melibatkan kedua-dua pemimpin Pas itu.

Hasan dan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti.

Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin Pas yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, dokumen yang bakal diserahkan kepada pihak jawatankuasa akan dianalisis secara terperinci dan beliau percaya ia boleh membantu pihaknya merumuskan kes tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, semua pihak yang terlibat di dalam kes berkenaan telah memberi kerjasama amat baik kepada pihak jawatankuasa.

''Secara purata setiap daripada mereka telah memberi keterangan antara tiga hingga empat jam dan dalam tempoh itu mereka diberi hak membela diri (bagi tertuduh).

''Kita memberi ruang seluas-luasnya terutama kepada pihak yang dituduh untuk menyatakan mereka tidak bersalah dan kita juga membenarkan mereka membawa saksi atau peguam bagi membantu mereka memberi keterangan,'' katanya.

Beliau berkata diharap dalam tempoh dua minggu lagi keputusan mengenai kes tersebut dapat diketahui.
''Jika didapati bersalah, mereka berhak untuk membuat rayuan kepada pihak Jawatankuasa Pas pusat serta Majlis Syura Ulama dan hak ini terdapat di dalam Perlembagaan Parti,'' ujarnya.

6 comments:

Anonymous said...

2 minggu lagi plak?.... tunggu jer la....

-abanghensem

Anonymous said...

Pawang Negara Aduka Taruna tak mau tilik ke keputusan siasatan? atau jin kau dah mogok gaji tak bayar..haha

~KOPI JANDA

Anonymous said...

-lps kuar kputusan 2 mggu lg, msing2 dibenarkan wat rayuan,tempoh rayuan 2 bulan, pas rayuan akan dipanggil blik utk amik keterangan smula dlm masa 2 bulan lg..

-zargus-

Anonymous said...

ni lembaga disiplin nak ikut jadi mcm lembaga siasatan stadium runtuh kat ganung tu la kot...janji 2 bulan selesai kes....tp dekat akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010 baru umum keputusan....tipikal lembaga umno memang gitu coz dah terasuk dgn teori melayu mudah lupa....sekdar keputusan tp kontraktor masih peram telor...tak kena apa2 pun...

aku rasa silap2 lembaga disiplin ni lepas 2 minggu lagi akan tangguh pulak.... dan geng ug pun sama peram telor.....

berkatttt....salamattt......

-corongkita

Anonymous said...

cessss.....stopa ali lg ku jentik inikan pula berak sembelittt....

aduka, ko suruh la sp belanja ko beriyani special kat rusila tu...tak silap aku rstoran maidah kot..tapi ko kena hati2 kot diaorg bubuh arsenik...takpun kereta honda ko kena baling kapak....hehehehehe...honda bukan murah bhai...sebab tu abduh simpan bawah porch jer....

-corongkita

saye said...

2 minggu? lama tu. banyak benda kena fikir? or banyak benda kena sorok? or memang perundangan orang melayu islam ni memang lembab? tgk kes syariah smpi 7-8 tahun pun ada. bukan kes bunuh pun