Skip to main content

Jejak kasih la plak...

Oleh : AdukaTaruna

Masa gua aktif TKO, gua telah ditemukan (melalui telefon) dengan cikgu gua, Haron, oleh forumer Azraei. Cikgu Haron tu member Azraei. Dok Tanjung Piandang. Masa jejak kasih tu, gua belum ganas membantai PAS n Hadi lagi. Tapi skang ni tak tau la. Kompom gua kena sebat dengan cikgu Haron sebab biadab dengan ulama. Ngeee...

Masa gua tingkatan 2, Cikgu Haron bawak sekumpulan budak lelaki kelas gua balik rumah dia kat Tanjung Piandang. Lawa siott rumah Cikgu Haron. Depan ada tali air, belakang dia sawah sayup mata memandang. Bila kitorang yang asal Seremban ni sampai, memasing dah macam bebudak Feldai Loi Selatan first time datang Genting Highland. Macam berok beb.

Letak jer beg, salin seluar, terus nak berkubang dalam sawah. Time tu sawah baru lepas tuai. Kot la. Sebab takda pokok padi. Yang ada swimming pool yang luas terbentang. Memember punya celakak, terus berlari ke belakang rumah. Yang gua plak lambat sebab Cikgu Haron suruh letak barang dia. Cinabeng sungguh.

"Woi... ada pacat! Cikgu suruh sapu minyak dulu."

Cikgu Haron dah sengeh sambil geleng2 kepala.

Terbantut memasing nak berkubang beb. Yang dah jejak kaki, naik balik. Terus ke pintu rumah depan bahagian bawah. Mintak minyak. Diorang sampai jer kat pintu, gua terus meluru keluar sambil gelak. Hahaha.

So, pada N3 Jejak Kasih kali ni, gua nak cari sekor lagi cikgu gua. Warden asrama gua masa Sekolah Teknik Port Dickson. Ahmad Syukri atau nama glamer Asyok. Ini cikgu gila babeng punya licik. Salah satu peristiwa yang buat gua berbulu ialah gua kantoi dengan Asyok dengan teknik ntah apa2 ntah. Ada banyak kisah teknik ntah apa2 ntah dari Asyok nih, dan banyak cara kaizen nak elak dari teknik Asyok nih. Gua story satu dulu.

Gua nak 'fly' beb. Keluar asrama tanpa kebenaran la maksud 'fly' tuh. Hari Sabtu tu, giliran pelajar lelaki keluar ke pekan. Tapi hanya boleh keluar pukul 8 pagi. 8 pagi mana kedai bukak? Apa ingat gua nak g kaunter JPJ ke ape? Balik semula pukul 6 petang. Apa kejadah? Gua nak turun Seremban maa.. setakat pekan PD, baik gua membuta kat dorm. Pekan PD tahun 2010 pun macam gampas (gampang + hampas), inikan pulak tahun 1997. Pass (kad) keluar plak Asyok dah sign malam tu. So, dah settle. Nanti bila pulang, Pak Guard plak yang sign kat pintu depan.

So, gua n geng plan baik punya. Keluar sebelum Subuh. Sebelum Asyok bangun la kiranya. First bas ke Seremban kol 6 pagi beb. Congak2, bas tu lalu kat Lukut dari PD jam 6.15. So, sampai ke Seremban dalam 7 pagi lebih la. Dari lubang pagar ke jalan besar Lukut - Seremban jalan kaki dalam 10 minit. So, kena keluar ikut lubang pagar paling lewat 6. Tapi pukul 6 kompom Asyok dah bangun. Kita keluar pukul 5.30 pagi.

"Advanture tak geng?!" Soal gua.

"Advanture!!!" Jerit memasing dengan sifat teruja yang sungguh melampau.

Pendek cerita kitorang sampai la kat lubang standard pelajar sekolah tu untuk fly. Lubang turun-menurun sejak zaman UMNO bagi Singapore kat Lee Kuan Yew. Sebagai kapten ensem, gua lalu dulu. Dalam semeter dari lubang tu bahagian luar, ada longkang. So, kena ambik momentum sket la time lalu lubang n terus lompat longkang. Dah arif wal pakar ma gua.

Tapi pelik yang gua tak ambik port ialah lubang tu ada sarang labah2. Kat Seremban kitorang perasan apsal baju n seluar 2-3 ekor dari kitorang ada kesan minyak hitam? Ni mesti kena kat memana nih. Buat tak port lagi. Pendek cerita lagi, petang tu, time balik kat pondok depan, gua n geng kantoi dengan Asyok. Rupa2nya sarang labah2 tu ialah benang yang dicelup minyak hitam mesin buat garisan kat padang tuh. Orang tua tu rentang kat lubang tuh.

Cikgu, kalau lu sesat masuk blog gua nih, baik lu mengaku cepat. Kalau tak gua saman pasal baju gua tu kotor.

Comments

  1. masya Allah.....

    akhirnya ketemu juga anak murid yg aku kasihi..Aduka Taruna.....

    tapi kenapa kau tak pakai nama asli wahai anak muridku?

    ReplyDelete
  2. -bior btul cikgu asyok kt atas nie cikgu asyok?..kalu btul, cube crite skit prangai2 pelik AT kat hostel dlu?..

    -zargus-

    ReplyDelete
  3. takder makne nya zargus. gua tahu elemen dan aura cikgu asyok tu cane (cewah)

    ReplyDelete
  4. wa takde citer pasal dok asrama ni...... semasa wa belajar U dulu pun satu semester jer dok asrama..... boring ah dok dalam..... tak adventure langsung..... makin manja ada la.... baik wa dok umah sewa..... lagi best.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. sampai hati kau tak mengaku aku sebagai insan yg telah membakar diri demi menerangi masa depan kau Aduka...isk isk...biarlah Cikgu membawa diri yg lara ini.....

    huhuhuhu.......

    ReplyDelete
  6. wahahaha. tak adventure sungguh. den dolu2 masuk unibersiti, umo blom 18 lg. kat oversea, umo tu kira bawah tahun lg. so takder landlord mau kasik sewa den rumah. sbb kelas budak2 lg. so terpaksa den merempat kat hostel. bila cukop umo, nak sewa umah, cehh.. umah omputeh mahal plak. terpaksa wa keje basuh pinggan kat kedai cina. nasib tokei tu tak jual babi. bila den takdo kelas, den poie ler basuh pinggan. bila cuti sem, den poie keje kutip buah stoberi. bila sengkek2 lg, den jual nasik lemak kat surau kampus. kahkahkah.

    amacam abgensem. bleh lawan ke adventure den nih.

    ReplyDelete
  7. bumblebee bukn lu ni jantan ke?
    there is saying u can lie the same
    ppl all the time n u cann lie many all ppl at one time-but u cant lie many ppl all the the time.no offence.excuse my crappy english.
    kau x masuk ausmat ke umur 18 tahun g ostolia?

    ReplyDelete
  8. bumblebbe = bukan kutty

    hahaha..kantoi fakap....

    -boarshooter-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.