Akhirnya, saya lontarkan satu pertanyaan yang mungkin akan jadi isu besar dan saya boldkan pertanyaan berikut:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?Saya tak tuduh. Saya tanya. Jika ada, ini isu besar. Jika ada, ini agenda membunuh Melayu dengan memastikan Umno terus berkuasa. Waspada!!
Oleh : AdukaTaruna
Penarik Beca mendedahkan kebimbangan ini. Ini isu yang sangat dasyat sekiranya berlaku untuk PRU13. Kemenangan besar BR PRU12 lepas adalah kerana sempadanan pilihanraya yang berfungsi untuk memenangkan BN pada 2004.
Gua ringkaskan :
Sebelum 1999 kawasan pilihanraya ditentu mengikut pecahan kaum.
- 1999 - majoriti Melayu protes UMNO dalam peristiwa Anwar. So, kebanyakan kawasan pecahan kaum Melayu, UMNO tewas kepada PAS.
- 2004 - sempadanan semula pilihanraya dilakukan UMNO-BN. Kawasan Melayu dimasukkan sejumlah kawasan bukan Melayu. Kawasan parlimen bukan Melayu dipecahkan menjadi lebih banyak. Manakala kawasan parlimen Melayu dikekalkan (sedikit).
- 2004 - selain faktor lain, BN menang besar kerana pengundi bukan Melayu membantu BN.
- 2008 - sempadanan 2004 yang bergantung kepada pengundi bukan Melayu menghukum mereka apabila giliran bukan Melayu pula swing kepada pembangkang tatkala undi Melayu pecah 2 kepada UMNO-PAS dan UMNO-PKR. BR menang besar kerana ini.
- PRU13 - Penarik Beca mendedahkan Najib akan membentangkan persempadanan kawasan pilihanraya yang baru. Dan menyuarakan kebimbangan seandainya ada gerakan tertentu dalam PAS yang menyokong Najib. Di sini gua mula mengkaji perkara dan isu yang lepas, yang boleh memungkinkan hint pada perkara besar ini.
Ingin mengetahui pengalaman MSK membuat kawasan pilihanraya untuk BN klik sini.
Dan ini yang gua jumpa.
Hadi gesa SPR tambah kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu
Malaysian Insider
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.
Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.
Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.
Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.
Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.
Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.
Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.
Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.
Jika Hadi hanya mahu ditambah kerusi Melayu sahaja, tidak apa yang perlu dirisaukan. Malah gua sokong sepenuhnya. Tambah itu bermaksud melakukan benda yang sama yang telah dilakukan oleh UMNO-BN ketika 2004 lepas.
Yakni, kawasan parlimen Melayu dipecahkan kepada banyak. Contoh parlimen Baling dipecahkan kepada 2. Jadi, boleh menghantar 2 ahli parlimen Melayu (pada Hadi) dan muslim (pada gua).
Tapi; persoalannya, mustahil UMNO-BN akan terima permintaan Hadi secara lurus bendul. UMNO tidak lurus macam Mr Bean seperti Hadi. Adakah terdapat beberapa rundingan peringkat sulit di mana berlaku tawar-menawar tentang beberapa perkara tertentu?
Teori.
Katakan begini. Najib menawarkan laluan mudah untuk PAS memerintah Terengganu. Tambahanan pula kekalutan UMNO Terengganu yang memang tidak dapat dipulihkan. Jika PAS memang, kredibiliti Najib tidak terjejas kerana UMNO Terengganu akan dipersalahkan akar umbi UMNO.
Tetapi, tawaran Najib haruslah dibalas dengan perubahan kawasan pilihanraya di negeri selain Terengganu. Di Kedah misalnya. Dan katakan Hadi tidak setuju. Najib akan menawarkan perubahan kawasan DUN sahaja, manakala parlimen dikekalkan. Katakan lagi Hadi tidak setuju. Najib boleh berunding dengan Nasha. Bagaimana?
Nasha dihujung tanduk kerana Kelantan 50-50 untuk menyediakan kerusi selamat untuknya di Kelantan. Di sini, boleh jadi pemikir Najib menawarkan satu parlimen selamat di Kedah. Dengan syarat hanya satu parlimen itu sahaja di khususkan untuk Nasha. Yang lain akan berubah sempadannya.
So, berlakukan kebimbangan yang disuarakan Penarik Beca ini? Jika Nasha agennya, berjayakah dia menyediakan satu pasukan dalam PAS yang akan menyokong Najib? Ini satu perkara besar yang melibatkan survival rakyat pasca PRU13. Malah pada gua, lagi besar dari itu, ianya boleh memusnahkan momentum Islamic State.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, bocorkan maklumat itu kepada kami. Kami akan fight habis-habisan sebelum terlambat.
geli hati den dongar org pas ada kuasa boleh buat pecahan sempadan pilihanraya. lu ni bhag, lu sekolah mana bawah planet mana, kalau pas ada kuasa tawar menawar dah lama dah pas menang di negeri kedah kelantan terengganu dan perlis, kau pengikut setia penarik beca ke atau kau ni naik beca bakaq tarik.
ReplyDeleteciss bodoh gile pertanyaan begini. Lu studi tak persempadanan semula dibuat ? Lu studi dulu persempadanan semula berpandukan yg lepas diantaranya jumlah pengundi yg diambil kira[ yg undi UBN:yg undi pembangkang]<-maklumat penggundi2 ada dgn SPRm.
ReplyDeleteLu buka peta dan plotkan persempadanan p/raya.
dr analisis itu Lu akan tau ler Ngok . utk memudahkan Lu org plot area dan jumlah pengundi pro UBN/pro pembangkang Lu cari uma la, uma ada saing OKU huhuhu
rajin mamat ni cari mklumat..
ReplyDeletetp bengong
餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體
ReplyDelete