1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jan 5, 2010

Isu penting! Ambil perhatian semua blogger BR.

Akhirnya, saya lontarkan satu pertanyaan yang mungkin akan jadi isu besar dan saya boldkan pertanyaan berikut:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Saya tak tuduh. Saya tanya. Jika ada, ini isu besar. Jika ada, ini agenda membunuh Melayu dengan memastikan Umno terus berkuasa. Waspada!!

Oleh : AdukaTaruna

Penarik Beca mendedahkan kebimbangan ini. Ini isu yang sangat dasyat sekiranya berlaku untuk PRU13. Kemenangan besar BR PRU12 lepas adalah kerana sempadanan pilihanraya yang berfungsi untuk memenangkan BN pada 2004.

Gua ringkaskan :

Sebelum 1999 kawasan pilihanraya ditentu mengikut pecahan kaum.

  • 1999 - majoriti Melayu protes UMNO dalam peristiwa Anwar. So, kebanyakan kawasan pecahan kaum Melayu, UMNO tewas kepada PAS.
  • 2004 - sempadanan semula pilihanraya dilakukan UMNO-BN. Kawasan Melayu dimasukkan sejumlah kawasan bukan Melayu. Kawasan parlimen bukan Melayu dipecahkan menjadi lebih banyak. Manakala kawasan parlimen Melayu dikekalkan (sedikit).
  • 2004 - selain faktor lain, BN menang besar kerana pengundi bukan Melayu membantu BN.

  • 2008 - sempadanan 2004 yang bergantung kepada pengundi bukan Melayu menghukum mereka apabila giliran bukan Melayu pula swing kepada pembangkang tatkala undi Melayu pecah 2 kepada UMNO-PAS dan UMNO-PKR. BR menang besar kerana ini.

  • PRU13 - Penarik Beca mendedahkan Najib akan membentangkan persempadanan kawasan pilihanraya yang baru. Dan menyuarakan kebimbangan seandainya ada gerakan tertentu dalam PAS yang menyokong Najib. Di sini gua mula mengkaji perkara dan isu yang lepas, yang boleh memungkinkan hint pada perkara besar ini.

Ingin mengetahui pengalaman MSK membuat kawasan pilihanraya untuk BN klik sini.

Dan ini yang gua jumpa.

Hadi gesa SPR tambah kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu

Malaysian Insider

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.

Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.

Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.

Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.

Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.

Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.



Jika Hadi hanya mahu ditambah kerusi Melayu sahaja, tidak apa yang perlu dirisaukan. Malah gua sokong sepenuhnya. Tambah itu bermaksud melakukan benda yang sama yang telah dilakukan oleh UMNO-BN ketika 2004 lepas.


Yakni, kawasan parlimen Melayu dipecahkan kepada banyak. Contoh parlimen Baling dipecahkan kepada 2. Jadi, boleh menghantar 2 ahli parlimen Melayu (pada Hadi) dan muslim (pada gua).


Tapi; persoalannya, mustahil UMNO-BN akan terima permintaan Hadi secara lurus bendul. UMNO tidak lurus macam Mr Bean seperti Hadi. Adakah terdapat beberapa rundingan peringkat sulit di mana berlaku tawar-menawar tentang beberapa perkara tertentu?


Teori.

Katakan begini. Najib menawarkan laluan mudah untuk PAS memerintah Terengganu. Tambahanan pula kekalutan UMNO Terengganu yang memang tidak dapat dipulihkan. Jika PAS memang, kredibiliti Najib tidak terjejas kerana UMNO Terengganu akan dipersalahkan akar umbi UMNO.


Tetapi, tawaran Najib haruslah dibalas dengan perubahan kawasan pilihanraya di negeri selain Terengganu. Di Kedah misalnya. Dan katakan Hadi tidak setuju. Najib akan menawarkan perubahan kawasan DUN sahaja, manakala parlimen dikekalkan. Katakan lagi Hadi tidak setuju. Najib boleh berunding dengan Nasha. Bagaimana?


Nasha dihujung tanduk kerana Kelantan 50-50 untuk menyediakan kerusi selamat untuknya di Kelantan. Di sini, boleh jadi pemikir Najib menawarkan satu parlimen selamat di Kedah. Dengan syarat hanya satu parlimen itu sahaja di khususkan untuk Nasha. Yang lain akan berubah sempadannya.

So, berlakukan kebimbangan yang disuarakan Penarik Beca ini? Jika Nasha agennya, berjayakah dia menyediakan satu pasukan dalam PAS yang akan menyokong Najib? Ini satu perkara besar yang melibatkan survival rakyat pasca PRU13. Malah pada gua, lagi besar dari itu, ianya boleh memusnahkan momentum Islamic State.


Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, bocorkan maklumat itu kepada kami. Kami akan fight habis-habisan sebelum terlambat.

3 komentar:

pushtohell said...

geli hati den dongar org pas ada kuasa boleh buat pecahan sempadan pilihanraya. lu ni bhag, lu sekolah mana bawah planet mana, kalau pas ada kuasa tawar menawar dah lama dah pas menang di negeri kedah kelantan terengganu dan perlis, kau pengikut setia penarik beca ke atau kau ni naik beca bakaq tarik.

MaLin-0ri said...

ciss bodoh gile pertanyaan begini. Lu studi tak persempadanan semula dibuat ? Lu studi dulu persempadanan semula berpandukan yg lepas diantaranya jumlah pengundi yg diambil kira[ yg undi UBN:yg undi pembangkang]<-maklumat penggundi2 ada dgn SPRm.
Lu buka peta dan plotkan persempadanan p/raya.
dr analisis itu Lu akan tau ler Ngok . utk memudahkan Lu org plot area dan jumlah pengundi pro UBN/pro pembangkang Lu cari uma la, uma ada saing OKU huhuhu

L said...

rajin mamat ni cari mklumat..
tp bengong