Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 4, 2010

Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet: Peguam Negara

PUTRAJAYA: Hanya pegawai pangkat rendah dan bukannya pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Beliau berkata, keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat "dalam waktu terdekat".

Menurut beliau, semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

"Kami sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu," katanya kepada pemberita.

Abdul Gani berkata, polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu, yang mendedahkan ia telah dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Disember, 2007 dan 1 Januari tahun lepas.

"Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

"Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay," katanya.

Abdul Gani berkata, Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, Abdul Gani berkata, beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Gani, berkata beliau tidak tahu sama ada enjin itu sedang digunakan oleh mana-mana negara atau organisasi.

“Saya benar-benar tidak tahu apa yang telah berlaku ke atasnya, sama ada enjin itu dijadikan besi buruk atau batu ladung untuk memancing. Saya bukan hendak bersikap sarkastik tetapi saya benar-benar tidak tahu,” katanya.

Berkenaan harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975. - BERNAMA

5 comments:

kepunden said...

Gua nak beli liquiq paper 2 & stapler 1 kat clerk gua pon kene sain kat Ganeral Maneger.
Ni plak nok antor enjin kapal terbang keluar dari deport. Toya mat amin punyer peguam negare.
Agak2 le nk wat stetment tipu rakyat pon.

Anonymous said...

betul, dalam kerajaan pun nak beli barang harga sepeluh ringgit pun kena tanda tangan ketua kerani untuk disahkan pembelian, ini kan enjin jet

Hanz_Azdi said...

sistem tentera TUDM kita lain kot, bhai...hanya pegawai pangkat rendah nak songlap enjin buruk tu sbb depa tak cukup bagus cam pegawai tertinggi lain boleh sapu duit atas angin atas pembelian setiap brg & servis/projek.

Anonymous said...

Asyik pkai skrip sm aje, boring la.. Najib ni tk kreatif la. Altantuya meletup, yg kna pegawai & anggota bwhn.

Enjin jet ilang, yg kna pn yg bwh2 jgk.. Aiiyyaa.. gua mmg tk blh pk cmne org2 bwh blh angkut enjin yg bsr gedabak tu merentasi MALAYSIA tanpa srg pn perasan..

Anonymous said...

Tak maulah komen banyak-banyak.
Ini betul-betul cerita cartoon.