Nahas berlaku sebentar tadi di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng) berhampiran Hotel Casuarina, Ipoh.
Dato' Seri Mohd Nizar dilaporan tidak mengalami kecederaan serius, sekarang berada di Hospital Besar Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sumber : Warta Sg Rapat.





10 komentar:
Alhamdullilah, Syukur kerana semua nya selamat.,
Kalau ikut gaya nye,laju bebonar kereta tur di pandu.
Kerana sepanjang pengalaman teman Volvo sukar untuk terbalik sedemikan rupe.
He!he!
Jgn Maree.
volvo terbalik?
indtraputra kamu ahli putera dumbno ke? macam kurang cerdik je
tu keta camry le wahai indraputra80nizar elak volvo bukan volvo terbalik
terimakasih pada tuhan kerana selamatkan the great leader,walau dia melay tapi beliau amat menjaga kebajikan agama bukan islam juga ,beliau adalah pemimpin yang amat penting untuk kaum india dan cina selain melay sendri
peringatan kepada nizar supaya bertaubat..
Abang botak pun beringat2 jugak la. Haritu eksiden. Nasib baik tak jadi Jiman, wakakaka.
-nasib keta volvo, kalu keta buatan malaysia, buatan umno, brgolek cmtue,konfem2 penggali kubur keta wat OT..
-zargus-
nasib baik selamat..kalau tak kita semua kena nyalakan lilin utk nizar....
Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Perak- 7 Januari: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi. Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu. Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK). Adakah ini suatu kebetulan?
Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.
Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.
Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara. Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya. Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.
Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.
Sekian, terima kasih
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar(ikhqoi)
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang
Post a Comment