Susah cakap dengan budak low. Gulingkan Hadi atau Gulungkan Hadi? Ianya maksud yang sama. Rujuk N3 gua yang lepas. Gua siap bagitau level gua bila berhadapan dengan debat yang istimewa sket. Dah berapa kali gua anjurkan debat, dan berjanji akan menukar pendekatan bahasa dalam acara debat itu.
Begitu juga dengan langgar Hadi. Itu nama projek.
1. Kita bermula dengan pro.. siap bagi surat, etc. Gua dah bagitau dlm N3 lepas.
2. Then, kalau kita tak dilayan, kita akan terjah. Di sinilah word LANGGAR di guna. Gua sudah maklumkan niat kepada C++ atau sesiapa yang hampir dengan Rusila untuk mendapatkan maklumat bila kuliah Hadi diadakan di sana.
Jadi, tanpa pelawaan, tanpa temujanji, kami akan datang secara terjah. Langgar Hadi atau Marching to Rusila atau apa juga nama program, just nama. Nama ke, pendekatan ke x perlu nak kecoh, macam budak2 la... fokus isi la...
3. Bila kami terjah / langgar dengan membawa seribu persoalan, mustahil akhlak ulama akan membenarkan Langgar menjadi gocoh, bertumbuk, etc. Ni cerita apa dan kefahaman level berapa? Jadi, ketika sesi terjah / langgar itu, apa yang kami jangkakan ialah :
- Hadi lari dengan tidak melayan kehadiran kami. Orang2 Hadi tidak membenarkan kami merapati beliau. Gua akan fight untuk merapati. Cameraman kami tetap merakam keadaan tersebut dan sedaya upaya melindungi rakaman dari sebarang usaha tidak baik.
- Berdepan secara pro, berhemah dengan kami. Disediakan tempat untuk kami bertanya soalan, dan membenarkan rakaman berlaku.
So, di mana pula level kefahaman langgar itu gocoh atau tunjuk gangster atau sebagainya? What the fuck is that? Gua pernah cabar Kapten Shiqaqi berdebat dengan janji menggunakan bahasa ilmu. Tidak menggunakan bahasa kesat. Dan sudah pasti gua ingin merakamkan sejarah berkenaan dengan pro dan terbaik.
Di mana datangnya Wacana Ilmiah.
Bila keadaan kini tidak lagi berstatus terjah akibat tiada jemputan atau kerjasama dari pihak PAS Terengganu, maka, secara gentlemennya, sediakanlah satu Majlis Wacana Ilmiah. Kalau tiada kerjasama dari PAS Terangganu, dimana kami terpaksa terjah Hadi di Rusila bersama jurukamera, maka itulah dia word Langgar.
Sekali lagi, di mana letaknya level kefahaman LANGGAR adalah gocoh, maki-memaki, tunjuk-penumbuk, terpekik-terlolong? Apakah gua nak rakam sejarah dengan keadaan begitu? What the fuck is that? Berapa IQ jemaah Terengganu?
Benda ini adalah bahan sejarah.
Ini semua adalah sejarah, sama ada kami gagal atau berjaya. Adakah xenan mahu mencatitkan dirinya dalam sejarah terpekik-terlolong bila jumpa Hadi bersama AdukaTaruna. Setiap dari kami tidak wala' dan taksub membabi buta. Sudah pasti dia tentang. Dan bodohlah xenan kalau setiap usaha yang dilakukan selama ini, semata-mata ingin join dalam rakaman peristiwa tidak bertamadun.
Apa lu ingat bumblebee bodoh untuk wala' apabila gua membentuk satu team yang tunjuk isyarat lucah kepada Hadi pada hari berkenaan? Di mana datangnya level kefahaman LANGGAR = GOCOH = TUNJUK GANGSTER = TUNJUK EKSYEN? Sekali lagi :
- Kalau tiada kerjasama dengan PAS Terengganu, maka, ianya menjadi LANGGAR. Terjah ke Rusila pada ketika Hadi memberikan kuliah di sana. Park kenderaan, dan hantar wakil kepada pentadbiran Rusila memaklumkan kehadiran kami. Kami akan menaikkan sepanduk ketika Hadi memberikan kuliah di luar dewan kuliah bagi menuntut berjumpa dengan Hadi.
- Dan apabila ada kerjasama dari Webmaster TKO, bawah PAS Dungun, maka, tak berlaku lagilah keadaan Terjah / Langgar. Kami tuntut satu majlis yang bertamadun, selesa. Tak kiralah lu nak letak berpuluh ribu penyokong Hadi atau 2-3 baris ahli panel pembantu Hadi pun. Janji kami tidak lagi dalam keadaan langgar / terjah. Kami diberikan satu majlis. Diberikan satu kerjasama.
Bendanya mudah. Awat yang kalut sangat. Sepatutnya gua yang takut, bukan lu orang yang takut. Releks. Jangan cemas. Jangan huru-hara. Tekanan sepatutnya kami yang rasa. Bukan PAS Terengganu.






