Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 30, 2009

Orang sepenting PJ N9 terlalu kanan untuk medan Bagan.

Yang saya tak faham ialah mengapa PAS mempertaruhkan orang sepenting Pesuruhjayanya di Negeri Sembilan sebagai calon. Saya tak ada masalah dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Dia orang baik dan rajin. Tetapi saya rasa beliau terlalu kanan untuk medan kecil di Bagan Pinang.

Pak Bakaq punya cakaplah. Tapi pada gua secara peribadi, gua nampak apa yang PAS caturkan. Cuma, tak bleh story lah. Lagi pun tu gua punya nampak. Tak semestinya PAS punya nampak.

Apa pun, kalah biasa... menang luar biasa ma.

Siapa nak kenal labun KulupSakah?

Pada hari penamaan calon, dia akan pakai topeng ni. Cuma, gua minta maaf tak dapat hadir penamaan calon kerana gua pemuda. Gua kena wala' hadir majlis makan-makan Dewan Pemuda PAS kat KL.





Sembang Bagan Pinang..


Oleh : AdukaTaruna

Gua tahu calon BN melalui Pendi jer. Gua ada sedikit kerja cari makan. Macam gua jangka (tapi tak tulis), BN terpaksa melatak Isa Samad. Kerana majority lepas hanya 2000. Kalau jentera Isa Samad diterjemah kepada undi, gua anggar dalam 1500. So, memang kerja gila kalau tolak Isa Samad. Tambahan pula khabarnya Isa Samad memiliki fail istimewa Najib.

Gua menanti reaksi Mahathir. Pada gua, seandainya Isa Samad kalah, Isa Samad pasti lenyap dalam arena politik negara, dan popularity Mahathir meningkat berkali ganda, untuk sekian kalinya selepas isu kalung selipar. Kalau Isa Samad kalah lah.

Gua tetap berpendapat Melayu adalah halangan besar PR untuk menang. Dan kalaulah isu insuran 3rd party dieksploitasi dengan cemerlang, BN boleh lenyap. Banner kesedaran mengenai insuran 3rd party perlu merata di setiap simpang strategik. Askar, pengundi muda, orang2 lama ramai yang memiliki kenderaan lama. Kalau PAS N9 macam PAS Kelantan, pasti lulit ala2 peniaga ikan akan berlaku.

Untuk tajuk PAS, gua alu2kan keputusan memilih PJ N9. Satu percaturan yang baik kepada PAS. Kalau lu menang, lu kena bebaik sket bhai.. rumah lu kat Ulu Lenggeng tu, manakala amanah lu kat Bagan Pinang. Kalau setakat duduk melempap macam Hadi kat Rusila, jadi ketua Rusila jer, tak payah jadi Presiden. Kalau setakat duduk melempap kat Lenggeng, jadi ketua Lenggeng jer.

Bagaimanapun, walaupun gua menyampah Hadi lembab, taklah sampai beriya-iya nak berperang, berbunuhan. Tu bangang namanya. Bangang tetap bangang. Ianya istilah yang membawa erti tidak cerdik. Anak Nabi kalau mencuri pun kena potong tangan. Isteri nabi kalau buat bangang dalam tajuk, tetap jatuh definasi bangang. Takder double stendet. Bangang wajib dikatakan bangang.

Sep 29, 2009

Daging kalimah Allah.

Rashadah berkata beliau akan mengeringkan daging itu untuk disimpan dan dijadikan bahan untuk tujuan perubatan.
Ah..sudah. Kompom dia rendam daging tu dan dakwa boleh sembuhkan H1N1. Melayu ma.. pasti menjadi bangang. Kalau dia kaji bahan aktif daging tu atau potong sket urat kalimah tu dan uji apakah bahan aktif, kira ada juga penjelasan asbab. Ini main sangka-sangka jer.

Kalimah Allah adalah ciptaan manusia ma. Orang Arab yang cipta kalimah tuh. Kalau orang Cina, dia ada kalimah Allah sendiri. Kalau gua cipta kalimah atau ejaan untuk sebutan bunyi 'Allah', pun sama kes gak.

Katakan gua cipta simbol + untuk sebutan Allah sejak kurun sebelum masihi. Then berkembang yang + berbunyi Allah. Hari ni mampos surat khabar nak dedahkan orang Melayu jumpa + (Allah) dalam setiap bidang. Kain batik, buah betik, tingkap.

"Saya bersyukur kerana saya manusia terpilih. Saya melihat kalimah + (Allah) setika saya on kan komputer. Bawah dia tulis perkataan Windows. Jadi saya akan keringkan komputer ini untuk tujuan perubatan. Saya dah tanya ulama dah."

Ulama Melayu pun bangang sama dengan lu jugak.

Anjing sungguh la Dewan Pemuda PAS

Pemuda PAS anjur rumah terbuka 3 budaya

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Sempena perayaan tiga suku kaum utama di Malaysia sekarang, Pemuda PAS akan menganjurkan rumah terbuka tiga budaya 3 Oktober ini.

Program yang menggabungkan sambutan tiga perayaan besar iaitu Hari Raya Aidilfitri, Festival Kuih Bulan dan Deepavali itu akan dinamakan "Rumah Terbuka PAS: Citrawarna 3 Budaya" akan diadakan di Padang Jalan Gasing, Pantai Dalam, dekat sini.

Orang suruh buat open house kat Bagan la mangkuk. Ni semua la yang buat gua kensel jadi warak nih. Anjing pun paham, tapi Pemuda PAS tak paham2.

Apa kejadah lu potong tarikh penamaan calon Bagan Pinang? What the fuck sungguh la ulama ni. Bodoh piang. Gua rasa kalau diorang ni zaman nabi, dah lama kene tempeleng kek Umar dek bangang melampau sangat. Siap claim pewaris nabi plak tuh.

Patut seluruh fokus hendaklah dihalakan kepada detik hidup dan matinya UMNO ni. Penamaan calon memerlukan jumlah hadirin yang menggila bagi mendatangkan semangat perubahan pengundi tempatan dan patah semangat kepada pengundi terpinggir BN.

Macam la tak bleh cari tarikh lain. Niamakahai sungguh la PAS ni. Si ayah sedang menghadapi detik penting pertarungan menuntut bela perkosaan si kakak, yang si abang boleh anjur majlis lain pada tarikh yang sama. Pukida sungguh la lebai Melayu. Nak jer gua bedah otak lebai2 Melayu ni bagi anjing makan. Dahi hitam sekor2 bagus, tapi jgn la kepala otak pun hitam.

"Ala... tu untuk orang KL jer Aduka.."

Lu bayangkan, penamaan calon Kuala Terengganu 3 Oktober, Pemuda PAS anjur konsert alternatif tarikh sama kat KL.

"Ala... tu untuk orang KL jer Aduka.."

Lu bayangkan, penamaan calon Manek Urai 3 Oktober, Pemuda PAS anjur konsert alternatif tarikh sama kat KL.

"Ala... tu untuk orang KL jer Aduka.."

Lu bayangkan, PAS anjur ceramah di Bagan Pinang, pemuda PAS anjur pertandingan futsal kawasan Lukut pada hari yang sama.

"Ala... tu untuk orang Lukut jer Aduka.."

Apa yang lu nak kacau? Lu tahu tak KL-PD jarak berapa? Lu ingat semua macam lu? Ada driver. Habis penamaan calon belah pagi, semua akan follow lu hadir open haouse pukul 2 petang?

Ia akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, PAS Kawasan Lembah Pantai serta Kelab Penyokong PAS Wilayah Persekutuan.
Majlis macam tu, dengan jarak KL-PD, boleh menyebabkan hadirin penamaan calon hilang dalam 500 orang. Ada yang kensel datang penamaan, ada yang bertugas untuk menjayakan majlis.

Berapa jumlah tenaga pemuda yang nak kena tinggalkan Bagan Pinang semata-mata untuk acara makan tu? Takanla tak buleh buat kat PD kot. Benda simple macam tu pun tak boleh nak settle ke?

Fokus la sikit bhai... dahlah memperkukuhkan Barisan Rakyat tak nak, memperkukuhkan parti sendiri pun tak nak.

Anjing sungguh la Dewan Pemuda PAS. Nak gua tumbuk malam tu, Tantawi sakit tekak plak.

Melayu UMNO distupidi lagi...

Oleh : AdukaTaruna

Teringat gua time Hindraf dulu. Kena ISA beb. Lepas tu yang lawak KPN buat kenyataan Hindraf ada kaitan dengan LTTE. Member gua yang UMNO punyalah marah dan bersunguh2 berdakwah kepada gua.

"Lu tau tak LTTE tu, Ngah? LTTE tu bla.. bla bla bla..."

Hehehe. Gua senyum jer. Dan hari ni, LTTE akan dirasmikan Najib Razak. Kah kah kah... lepas ni siap la gua tanya soklan dengan bersahaja kat member gua tuh.

Sep 28, 2009

Sembang Bagan Piang..

Oleh : AdukaTaruna

Isa Samad. Persepsi rakyat.

Gua membesar di dalam pemerintahan dia. Bila gua masuk alam remaja, dah ada sikit pala otak, maka, gua mula memberontak dalam tajuk politik.

Pada gua, Isa Samad adalah spesis paling lembab (skang Hadi). Bila gua berpeluang berada di Melaka, di KL, terasa sangat hati betapa bongoknya kesegaran dan kelajuan Isa Samad dalam hal-hal pemerintahan. Seremban digelar pekan mati. Jalan-jalan utama di N9 macam sial. Dari zaman gua bayi, sampaila gua sekolah menengah. Serupa itu juga.

Tampin-Seremban
Labu-Seremban
Mantin-Seremban
Kuala Pilah-Seremban
Jelebu-Seremban

Antara jalan yang kekal serupa gampang. Puluh tahun. Ibaratnya, kalau ada bangkai kucing di kilometer 12 Jalan Tampin-Seremban, maka, sehingga 15 tahun, bangkai itu akan di situ. Tak berubah. Sehinggalah Mat Hasan naik (tu pun ada kes tu, tapi tajuk lain). Itu gua sebagai rakyat. Rakyat yang ada kepala otak la. Kalau tanya opah kat Senaling Hulu, kompom takan tahu punya.

Isa Samad. Persepsi kelompok berdekatan.

Bila gua besar, ke sana ke sini, maka, tercampak gua ke dalam satu dunia yang boleh dipanggil kelompok yang berdekatan dengan Isa Samad. Gua perhati jer mamat nih. Mamat ni, macam mana-mana puak2 UMNO yang lain, mempunyai teamnya sendiri. Bila anggota2 mereka berjumpa Isa Samad, mereka akan cium tangan Isa Samad. Yang lebih tua pun cium gak.

Seperkara yang menarik, yang perlu dikemukakan dalam blog gua, ialah; Isa Samad bukan seorang yang eksklusif seperti mana-mana ulama keagongan Melayu. Dia jenis yang boleh mencemar duli untuk menyantuni golongan bawahan.

Contoh : Mustahil nak tengok Haron Din naik sampan celah2 banjir nak cari penduduk. Tetapi tidak mustahil kepada si pendek ni. Dia memang selamba. Sama ada ada media atau tidak, dia memang begitu.

Kalau ada budak sekolah rendah tegur dia, dia akan layan budak tu macam kengkawan. Padahal bukannya ada kepentingan PRK atau PAU. Dah jiwa dia begitu. Gua ingat kalau budak sekolah rendah tegur ulama macam MAZA atau Hadi, mau diorang setakat senyum sahaja kot. Kot lah.

Isa Samad. Persepsi kelompok peniaga.

Zaman Mat Hasan, belanjawan negeri dan pusat dipegang oleh abang kepada Mat Hasan. Azman. Projek2 dia yang luluskan, dia yang tentukan nak beri kepada siapa. Pada ketika gua dah besar untuk memahami selok-belok tender, maka gua kongsikan kepada semua, bahawa, Isa Samad sahaja mempunyai puluh syarikat kontraktor proksi.

Syarikat xenan sebenarnya Isa Samad punya.
Syarikat disman pun Isa Samad punya.

Punsing2, semua Isa Samad punya. Jadi, jika bekas MB mempunyai syarikat sebegitu banyak, apatah lagi ketika dia MB; dan apatah lagi ketika Mat Hasan MB.

Peluang Isa Samad.

Kalau ukur pada jentera UMNO Teluk Kemang (Bagan Pinang), memang Isa Samad kuat. Mahathir pun diorang boleh tentang, walau penyokong Isa Samad adalah pro Mahathir ketika Paklah-Khairy vs Mahathir. Kalau jentera UMNO Teluk Kemang diterjemahkan kepada undi, maybe dalam sekitar 1500. Tidak lebih.

Kalau ukur pada persepsi pengundi, kena tengok etnik. Kalau bukan Melayu, tak kira Isa atau tidak, sentimen mereka ialah pada nasional. Kalau etnik Melayu, gua tak fikir Isa atau bukan adalah masalah. Letak babi Bukit Pelanduk pun mereka akan undi BN.

Isu yang paling terkesan kepada penduduk tempatan.

Mat Sabu memang cemerlang dalam meng'up'kan isu tentera. SB yang duduk sebelah gua boleh berhenti menulis ketika Mat Sabu masuk bab institusi tentera.

"Mana perisik tentera? Perisik tentera, Jeneral2 kena ambil tahu benda ni."

Lebih kurang camtu la ayat Mat Sabu. Tapi itu isu untuk undi pos. Isu untuk Melayu tempatan tak laku ma...

So, yang gua nampak, isu yang paling berkesan ialah isu tiada lagi insuran kenderaan 3rd party. Mat Sabu ada sentuh, tapi tak beratkan. Gua ingat kalau Cikgu Bard dapat sediakan dalam 15 pengundi yang buat pc dengan akhbar Sinar terutamanya; di mana mereka mengancam akan memberikan undi kepada PAS seandainya kerajaan tidak menarik semula pemansuhan insuran kenderaan 3rd party; maybe menarik juga. Akhbar Sinar mesti keluar punya. Dan akhbar Sinar skang dah mencapai setiap isi rumah penduduk Melayu.

Berapa ramai pengundi muda Bagan Pinang yang akan terkesan dengan isu insuran 3rd party ni? Melayu la paling ramai yang memiliki kenderaan lama. So, isu ni memang tepat kena pada batang hidung mereka. Dengan syarat, akhbar Sinar la. Kalau setakat blog Cikgu Bard, blog gua, serupa tak payah buat.

Kalau menang gak BN, Bagan Pinang eloklah ditukar kepada Bagan Piang. Lu orang tak boleh kutuk gua, sebab gua rakyat Pulau Pinang. Kita kutuk Abang Derih kaw2 punya.

Tionaseng Mat Hasan !!!

Bagaimana pun, Umno diramalkan tidak mendapat sokongan akar umbinya sendiri jika tidak meletakkan Isa sebagai calon.

Malah, dengan ketokohan serta sikap rendah diri yang ada pada diri Isa, tidak mustahil akar umbi Umno akan memberi undi protes kepada calon PAS dalam pilihanraya kali ini.

Ada rumus mengatakan apa yang dilakukan Tun M sekadar membantu kempen ke atas bekas anak didiknya; iaitu Isa.

Tun M sengaja berbuat demikian demi mengangkat populariti Isa, sebelum diumumkan secara rasmi petang esok.


Sejak Mat Hasan jadi mb n9,memang negeri wa mmg maju sikit dari zaman isa.Tapi ketongongankannya terserlah bahawa kesemua projek jatuh ketangan 2 orang adik beradik Mat Hasan. Masuk lu Mat Hasan sudah jadi 3 stooges.Lu orang tahu ape makna stooges?

Setakat stooges zaman P.Ramlee xde halnya mcm layan lawak barua melayu super bodoh tuh. Ketololan 3 stooges Mat hasan tiga beradik terserlah bila 3 setan ni juga menguasai konsesi pasir, pasir sungai dan batu kuari. Dengan docket2 pasir pun lu nak makan. Tionaseng lu 3 beradik. Tuan punya tanah pasir pun lu tak bagi permit pasir.

Ketionasengan Mat Hasan bertambah bila berani mengacau institusi mufti di N9 sehingga terhentinya kontrak Sheikh Murtadza mufti N9 yang lalu. Isa samad juga mempunyai masalah dgn mufti ini tapi takdela mcm Mat Hasan. Sehinggakan isteri Sheikh Murtadza menyumpah Mat Hasan. Lu jaga2 la Mat Hasan. Ini sumpah isteri kepimpinan Ulamak ni beb. Gua selaku orang kuat Kepimpinan Ulama kompom akan pertahankan punya. Wa tgh bljr nak jadi warak ni. Lagi 18 jam, kedua-dua tangan gua akan pegang tasbih.


Last call isu Asan Ali sebelum gua jadi warak..

Oleh : AdukaTaruna

Last kol nih. Lepas ni gua jadi ulama balik. Tasbih 24-7 kat tgn gua.

Pusing punya pusing, last sekali pergi ke mesyuarat. MB Selangor akan mendengar secara beberapa pihak. Tak ke bangang tu? Kan ke selesai masalah kalau rundingan tu yang dilakukan dahulu. Kemukakan sahaja surat untuk bertemu MB. Atau suarakan dalam mesyuarat exco. Selesai tak masalah? Timbul tak isu kebebasan bersuara? Timbul tak alasan makmum yang tak nak ikut imam? Berkecamuk tak PAS? Perlu tak Mahfuz dan Dr Zul campur?

Punyalah sial genetik Melayu. Dr apa kejadah kalau bangang tahap ulama Melayu? Tu pasal gua cakap. Masalah ni settle kalau Hadi berjaya dicabut. Lu cabut Hadi tengok betul tak betul kata gua.

Masalah Nasha Task Force selesai.
Masalah Hasan Ali selesai.
Masalah Mustapha Ali selesai.
Masalah pemikiran undur belakang selesai.

Yang tak selsai ialah PAS Terengganu jer. Kira ok la kalau berjaya menyelesaikan beberaa masalah. Hadi tu fokus kepada Terengganu dulu. Terengganu tak lepas, apa kejadah nak pimpin / control pusat? Tak ahli langsung dalam bidang. Ikut Islam ke ikut stendet ulama Melayu? Ulama Melayu nikah / kawin / mati jer boleh diguna-pakai ma. Selain dari tu, kena teliti bebetul. Kalau perlu import jer ulama Parsi ke, Eropah ke.

Dia heboh banding dengan Azmin yang suruh rompak exco. Dah tentu Azmin tu bukan sebahagian dari kerajaan, tambahan pula belum pernah kantoi khalwat gelap dengan UMNO, dah tentu persepsi bersih. Pengundi pro pembaharuan dia percaya sekali jer. Kalau lu buat onar, terus akan dicurigai.

Cuba Azmin memanggil mana-mana pimpinan PAS yang berjumpa dengan Mahathir secara terbuka, tengok. Lu buat la sekali lagi Azmin, gua nak dengar dan gua nak tengok. Tak gua maki, gua ludah muka dia. Hadi ke, Cikgu Pa ke, Anwar ke, kalau nak jumpa Najib ke Khir Toyo ke, bagi tau pengundi siap2. Jumpa secara terang. Jangan nak timbulkan fitnah. Kan ke hukumnya haram. Ulama apa kejadah? Ada khabar angin Anwar jumpa Najib senyap2 yang gua tunggu dapat kesahihan jer nih. Sesumpah sekor ni pun nak kena ludah jugak tuh.

Terbaru gua terbaca, seorang ustaz mana ntah mempertikaikan blog pro PAS. Apa guna PAS memperbanyakkan blog pro PAS jika hanya menghentam PAS? Punyalah sontot IQ. Sejak bila pulak PAS memperbanyakkan blog pro mereka? Apa usaha PAS memperbanyakkan blog pro mereka? Muktamar ari tu pun blogger pro PAS kena layan macam keldai, hari ni nak mengaku kewujudan bloggers hasil usaha PAS. Ni gua nak ludah muka siapa pulak ni?

Pemimpin adalah balaci rakyat. Dalam demokrasi pemimpin harus wala kepada rakyat. Rakyat adalah penunggang, dan pemimpin adalah keldai yang dibayar gaji. Cuma ada beberapa keldai PAS yang sibuk nak tranform menjadi babi. Nak settle babi , cabut Hadi.



Beb. Gua dah cipta lirik. Pepandai la lu orang cipta melodinya. Gua bz skang ma..

Aku nak jadi MB.

Mana tak ku berbulu....
Aku phd, dia tidak....

Mana tak aku berbulu...
Aku petah, dia gagap...

Ahhhhhrghhhhhh....

Aku nak jadi MB!
Aku nak jadi MB!

ooooooo...

Aku nak jadi MB!
Aku nak jadi MB!

(gitar solo)

Mana tak ku berbulu...
Bisnes sini sana pun tak kaya macam dia...

Mana ku tak berbulu...
Aku senior, dia junior...

Ahhhhhrghhhhhh....

Aku nak jadi MB!
Tolonglah gua ex-MB!

ooooooo...

Aku nak jadi MB!
Tolonglah gua ex-MB!

Tak payah buang tenaga la sifoooo....

Oleh : AdukaTaruna

Kepada Nik Aziz, gua harap tak payah buang tenaga la layan Brahim tuh.. Smol meter tu semua. Janji, yang pasti, Allah kekalkan Kelantan pada PAS, dan Allah berikan kita beberapa pengajaran. Alhamdulillah... Belajar dari yang lepas2 lebih cepat paham ma..

Pasal Berahim tu, tak payah layan la, sifoo.. Gua tak mo dia tumpang glamer lu, ala2 Mahathir yang popularity dia naik mendadak sejak perwakilan MIC nak kalung selipar kat dia. Licik Mahathir tu ma. Tu pasal dia tak kisah langsung pasal selipar tuh. La ni dia jek Mahathir plak nak suara kat parlimen suruh Mahathir jadi penasihat kerajaan.

So, tak payah bagi publisity kat mamat tuh. Tak selesa gua kalau Brahim digambarkan seteru level lu. Apa kelas. Brahim tu lawannya tahap MP atau ADUN. Bukan lawannya Mursyidul Am. Yang sudah, sudah la. Insyaallah, kalau panjang umur, PRU13, ajar anak katak tu asulnya adalah berudu. Sekali bersuara, dah. Tak payah ulang2..

Pergh... gua ajar sifoo ni beb.

Sep 27, 2009

Mood Bagan Pinang masih gear P.

Oleh : AdukaTaruna

Hasil pemerhatian gua yang beberapa kali berulang-alik, serta maklumat Derih yang menetap di sana, mood Bagan Pinang masih di gear P bagi warga Pakatan Rakyat, terutama PAS. Program ceramah tidak dipromosi dengan baik, kehadiran mengecewakan, bantuan penduduk tempatan juga dilihat dingin. Maybe masih diganggu mood raya.

BN pula, melalui kekuatan duit, telah menggerakkan petugas mereka menaikan bendera dan paling penting banner2 masej telah direntang lebih awal. Projek2 yang tertangguh dan tidak wujud sudah mula bergiat. Ada projek yang sudah semak-samun bertahun2, dibersihkan, dan dinaikkan papan kenyataan. Maybe menanti masa calon BN merasmikannya.

Bagi PAS, di peringkat pusat, fokus diganggu Hasan Ali sebagaimana setiap kali PRK yang lalu. Gua tak tahu bila PAS mahu memasuk gear 1 untuk bergerak. Manager Bagan Pinang, si Salehuddin pun belum start lagi. Penamaan calon PAS akan dilakukan di Pejabat DAP sendiri 29hb ini. Maybe dari situlah bermulanya gerakan demi gerakan. Atau mungkin, Bagan Pinang perlu menanti campur tangan blogger2 berpengaruh yang hadir bermula Isnin ini?

Sep 26, 2009

Hasan Ali yang bangang 1.

Oleh : AdukaTaruna

Seorang lelaki tiba-tiba telah diserang sawan. Dia melulu melintasi jalan yang sibuk. Masyarakat panik. Muncul seorang pemuda mengejarnya, turut melintasi jalan, dan menangkapnya supaya lelaki sawan itu tidak berbuat bahaya lagi.

"Jangan melintas jalan. Bahaya." Kata pemuda kepada lelaki sawan.

"Tak kasi orang melintas jalan, tapi dia sendiri melintas jalan. BBooooooo....." Sorak penyokong Kepimpinan Ulama yang ntah bila turut berada di situ.

"Hidup... hidup.....!!!!"

"Hidooopp.... hidooooop!!"

"Hidup Kepimpinan Ulama!!!"

"Hidoop Kepimpinan Ulama!!!"

****************************

"Bos. Gua dah tangkap sekor lagi PAS yang buat runding gelap."

"Betul ke? Lu tangkap gambar tak?"

"Mesti la bos. Tengok kaki la. Memang gelap bos gambar tuh."

"Mai tengok."

"Nah.."

"Hotak kau."

Kompom bangang Anak Sengat.

Oleh : AdukaTaruna

Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada. Tapi, sebenarnya, inilah tipikal kualiti intelek ahli PAS. Panas punya pasal, sementara nak tunggu BR memanaskan enjin Bagan Pinang yang entah bila, gua layan jugalah kualiti camni. Stendet, gua hentam lu, lu hentam gua.

Salahkah mengetuk paku hingga bising kerana ingin mengukuhkan papan yang longgar??
Ni yang gua 'hang' kejap ni. Nak marah ke, nak gelak ke, nak tersedak? Jika gagal nak tetapkan falsafah, maka, gagallah pilih analogi.

Kalau Hasan Ali ketuk paku untuk kukuhkan papan, takda masa gua nak memekak de bhai. Hasan Ali bukan ketuk paku, tapi dia guna speaker surau untuk maklumkan paku perlu diketuk. Intelek stendet Anak Sengat dengar, memang khlas bunyinya. Pakar strategis dengar, ini namanya nak sindir ketua kampung.

Kalau HAsan ketuk paku sendiri, dia sendiri yang bawak benda tu dalam mesyuarat. Pasal dia sebahagian dari kerajaan negeri. Lepas bawak, dan dapati Khalid Ibrahim buat tak port, baru guna speaker surau, buat pengumuman.

"Testing.. 1,2,3.. testing 1,2,3 (test speaker surau) Gua dah tawarkan diri nak ketuk sendiri paku tu dalam mesyuarat kampung. Dan hari ini gua ulangi pendirian gua betapa pentingnya paku itu diketatkan supaya papan itu tidak roboh."
Haaa.... nampak tak? Nampak memang nampak, tapi baru nampak. Gentle gua cakap. IQ tahap Anak Sengat ni majority ma. Tu pasal Malaysia ni serba-serbi bangang, serba-serbi loser. Nak gua ajak debat, pertama ayam sangat. Kedua Bagan Pinang lagi penting.

Bodoh macam Hadi. Teringat plak gua sama Kapt_shiqaqi. Selamat Hari Rayeeee aa bro. Okeh. Kita masuk bangang yang kedua plak.

Antara kritikan kepada Hassan Ali ialah kerana menyerang SELCAT di media. Antara pimpinan PAS yang mengkritik Hassan Ali ialah Mahfuz Omar. Malangnya Mahfuz juga menyerang Hassan di media terbuka dengan menjawab soalan media,sedangkan Mahfuz adalah pemimpin yang ada kuasa memanggil Hassan Ali bila bila masa. Khalid Samad? beliau bukan lagi pimpinan PAS Pusat! biarkan...
1. Ni dah tahap Roslan sms. Atau Roslan tahap Anak Sengat. Roslan cakap kebebasan bersuara. Tapi bila Khalid Samad kritik kepimpinan Hasan Ali DALAM MESYUARAT (bukan guna speaker surau), terus kena ISA. Then, Khalid Samad ditawar slot dalam Buletin Utama TV3 untuk membela diri ketika itu. Gua bantah habis2an time tu. Dan Khalid Samad pun tak hingin guna speaker surau tuh. Ini sejarah yang gua rakam. Tapi bila kena tang pungkoq Pakar Motibasi ni, terus lain kaedahnya. Laju jer guna speaker surau, speaker balai raya, radio, astro, semualah.

Hormatilah Kebebasan Bersuara kata pro Kepimpinan Ulama. Pundek! kata pro Kepimpinan AT, Haaaiihhhh! Kata pro Kepimpinan Xenan.

2. Hasan Ali guna speaker surau. Penduduk kampung bertelingkah kerananya. Mahfuz kena pintas, dan kena guna 'wadah semasa' Hasan Ali untuk mengawal damage semasa. Platform Hasan untuk mengkucar-kacirkan kampung ialah speaker surau, maka, Mahfuz terpaksa guna speaker balai raya. Mustahil kalau Mahfuz guna pertemuan door to door untuk kawal keadaan. Kalau Hasan bakar hutan, Mahfuz terpaksa masuk hutan juga untuk kawal kebakaran.

Katakan ada sekor kuda. Kuda ni ntah macamana tak suka Hasan Ali. Maybe Hasan Ali tak mandi. Hasan Ali nak sampaikan mesej, kuda itu perlu dibunuh. Lalu dia guna platform kuda, dengan cuba menunggang kuda itu. Jelas nampak kuda itu liar dan ganas. Penduduk kampung sudah mula bertelingkah.

Muncul Mahfuz untuk control damage. Dia guna platform yang sma, yakni platform kuda. Dia tunggang kuda tersebut dengan baik. Lalu Mahfuz kritik, kuda tidak boleh ditunggang dengan kasar. Jangan tunggang kuda, kalau tidak membentuk persefahaman antara kuda dengan penunggang terlebih dulu.

"Jangan tunggang kuda kalau macamtu."

Then muncul IQ tahap ulama Melayu. Mereka mengkritik :

"Tak kasi orang tunggang kuda. Tapi dia sendiri tunggang kuda. Hidup falsafah Kepimpinan Ulama!!!!"

"Hidup!!!!"

Maka, jawapan gua ke atas IQ bangang nak mampos seperti ini ialah :

PUNDEK!

Siapa nama Ali angkat tangan!

Benda yang disukai kawan, dibenci lawan.. itu bermakna pejuang.

Benda yang dibenci kawan, disukai lawan.. itu bermakna pengkhianat.

Benda yang disukai kawan, disegani lawan.. itu bermakna tokoh teragung.

Benda yang dibenci kawan, dilaknati lawan... itu bermakna Hasan Ali. Jangan kata ahli PAS atau blogger BR atau pengundi Gombak, Mahathir pun tak suka dia ma.

p/s : xenan. Betul ke nama lu sebenarnya Ali?

Sep 25, 2009

UMNO terima Hasan Ali. Apa kata Mahathir?

Ditanya kemungkinan UMNO akan menerima kembali Hassan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu meninggalkan pakatan pembangkang, beliau berkata, itu mungkin tidak berlaku.

"Tidak.. Bukan Hassan Ali. Saya ada pengalaman dengan beliau.

"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran, selepas itu, dia membangkang kerajaan. Di negara ini, ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih," jelasnya.

Takkan nak kasi pecah barua sendiri kot....... Bila lidah Mahathir berkata PUTIH, adakah ianya bermaksud HITAM?

Adakah ianya bermaksud, UMNO boleh membelanjakan 1 juta bagi Hasan mendapatkan Dr, dan boleh juga belanja bagi mendapatkan beberapa aksi Hasan dalam kerajaan Selangor. Untuk setiap kali pilihanraya kecil.

Barua-barua di bawah pemerintahan Hadi.

Nasharudian Mat Isa - Task Force
Mustapha Ali - Master Mind skandal gelap
Hasan Ali - Agen UMNO Selangor

Hidup Kepimpinan Ulama.

Kepimpinan Ulama? What the fuck is that? Melayu memandai jer cipta benda yang tak wujud.

Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang.


SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Majlis Syura Jin-jin gua.

Oleh : AdukaTaruna

"Seperti yang sedia maklum, tujuan gua panggil lu orang semua adalah untuk meeting pasal Bagan Pinang nih."

"Bos.. makan-makan takder ke?"

"Lu ni sabarlah dulu. Bagi la bos habes cakap dulu."

"Ada. Makan nanti kendian. Tajaan Katering Che Gu dari Taiping."

"Lauk apa bos?"

"Daging kambing gua makan, tulang lu orang punya."

"Perghhh....... best tuuuu.... asap2 takder ke bos? Buat cuci mulut?"

"Ada. Syisya."

"Perisa apa bos? Marijuana?"

"Macam2la. Hoi.. bila gua dapat mula meeting nih? Macam Melayu la memasing!"

"Sorry bos."

"Dah. Jangan nak mengarut. Kita sambung. Lu dulu. Bentangkan tugas yang gua bagi hari tu."

"Ekk... emmmmmm. Betul suara bos. Jangan marah aaaaa...."

Gua buat tak port. Jin ni tak bleh layan sangat. Ngengada beb.

"Bos. Bagan Pinang punya rumah bersepah la bos. Tak macam tempat bos. Tempat bos, rumah2 penduduk tersusun. Kalau tgk dari udara cantet jer. Tapi Bagan bersepah la bos. Tu belum masuk estet lagi."

"Teruskan.."

"Yang kedua, berkenaan bos suruh banci pasal VCD player tu, dalam 10 rumah, hanya 6 jer ada menatang tu bos. Tu pun dari 6, 4 jer elok. Yang lain just perhiasan jer. Tapi astro hampir semua ada bos."

"Hhhmmmmm.."

"Apsal bos bagi gua tugasan camtu bos? Tak thrill langsung la. Jatuh stendet gua."

"Camni... gua ingat, gua nak kutip derma kat blog gua. Kasi dana buat VCD penerangan. Guna nama bebas, yang takda kena-mengena dengan BR. Macam Mahasiswa Malaysia Jepun ke, apa ke. CD beli banyak2 murah. Cetak banyak2. Suruh Pendi, gua, Derih, memember tolong cetak, then gua sendiri ingat nak round door to door. Kos VCD lagi murah dari poster, banner, risalah."

"Askar dalam kem, cane bos?"

"Kalau askar, gua suruh Pendi tunggu depan kem askar tu, and edarkan kat askar2 yang lalu-lalang. Apa2 hal, dia sorang jer kena tangkap."

"Pergh... gila zalim lu bos."

"Pendi ahli PAS ma.. kalau dia kena tangkap, PAS mesti backing. Gua bukan. Takan nak suruh Hasan Ali backing gua."

"OoOooo...."

"Tapi sebab lu kata kedudukan rumah Bagan Pinang huru-hara, tambah pula majority takda VCD / DVD player, so, gua ingat kena cari idea lain la."

"Apa idea bos? Bos sound jer, gua zaaap, terus on. Wala' bos."

"Gua ingatla.... BR kena wat wayang pacak la."

"Huih... kena panggil Mat Rempit la."

"Apsal Mat Rempit plak?"

"Pacak2 tu kan ke guna motor."

"Bangang tak bleh diajar la lu ni. Lain kali jangan menyampuk bos cakap. Dengar la dulu."

"Ah lu... kemain bodek bos, apsal?"

"Dah2! Sebelum gua paku tengkuk korang yang berpotensi menjadikan lu orang bapok jelita, baik lu diam. Dengar dan taat."

"Sorry bos."

"Wayang pacak ni macam pesta hiburan la. Anjurkan wayang pacak, tayang satu movie best, dan wujudkan slot commercial break."

"Cane tu bos?"

"Ala... macam iklan la. Dalam wayang tu, masukkan iklan. Iklan dia ialah mesej dari BR. Penjelasan beberapa isu yang berpotensi dimanipulasi BN."

"Cam menarik jer bos."

"Wayang pacak yang pertama, maybe hanya dihadiri oleh Samad dan Tipah yang sama. Yakni penyokong tegar BR. Tapi kalau wayang pacak tu beberapa kali, maybe dah jadi buah mulut orang tempatan. Makin lama, makin mereka turut join. Lu bayangkan wayang pacak tu siap ada gerai-gerai jualan keliling penonton. Melayu kan suka pesta."

"Citer apa bos?"

"Sex and the city."

"Kepala hotak kau. Respek bos la sikit."

"Ala... gurau pun tak bleh. Dasar pembodek."

"Maybe Children of Heaven ke."

"Lion of the Desert ke."

"Mendam Berahi bos. Tak pun Yusof Haslam bos. Bos kan peminat Yusof Haslam. Wakakakaka. Ni mesti pembodek marah nih. Kah kah kah..."

"Siyes la sket. Macam bebudak la lu orang ni."

Sep 24, 2009

Mahfuz pun muncul..

Oleh : AdukaTaruna

Tak semestinya gua betul, tapi gua ambil berdasarkan apa yang gua faham. Pada gua, Mahfuz muncul demi 2 tujuan.

1. Bagan Pinang.
2. Pintas sebelum desakan Nik Aziz campur tangan bertambah kuat.

Apa yang pelik, orang yang melantik Hasan Ali as PJ macam biasa buat bangang. Tiada kawalan terhadap parti. Huuuih... gua tak tau la apsal la parti PAS sebangang ini.

Sep 23, 2009

Nik Aziz diharapkan menembak tepat Hasan Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Gua setuju dengan xenan. Gua ingat, kita perlu mohon Nik Aziz menembak tepat sekor tupai dalam PAS yang dah mula naik tocang. PAS ada Weapon of mass destruction atau WMDnya sendiri. Yakni Nik Aziz.

Sekor tupai anak Ali ni, konsisten berjadual untuk muncul dalam isu kontroversi, dalam setiap kali pilihanraya kecil yang menjelma. Sangat merimaskan, mengganggu, sampah dan kemuncup.

PRK Manek Urai isu u.g, dalaman PAS Selangor.
PRK Permatang Pasir isu arak.
Bagan Pinang isu selcat.

Ada 3 tupai anak Ali. Sejarah merakamkan Nik Aziz telah menembak tepat anak Ali bernama Pa sebelum menembak sekor lagi tupai anak angkat sendiri yang berbinkan Ali, bernama Him.

Kemudiannya, sekor lagi tupai bernama Nash ditembak oleh panglima ini. Dari kesemua tembakan, hanya Him yang masih gagah dan kebal terhadap peluru Nik Aziz. Jadi, mungkin selepas PRK Bagan Pinang, Nik Aziz perlu menambak sekor lagi tupai, juga anak Ali bernama San.

Lu panggil jer tupai tu mengadap ke JKR10, Ostad. Lu panggil mengadap, tapi Husam atau mana-mana PAS Kelantan jangan nak bikin panas. Jangan masuk campur. Samak
sket babi sekor tuh secara tertutup untuk 1st step.

PJ Negeri dilantik Presiden. Kegagalan PJ Negeri melaksanakan revolusi muktamar, yakni memperkukuhkan pakatan, adalah KPI kepada Presiden. Atau kata lainnya, kesialan Hasan Ali, lantikan Hadi, adalah satu lagi rentetan indeks kegagalan prestasi bagi Hadi, selepas skandal gelap dan UG.

Wat de faq Hasan Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Gua banyak helan la ini babi. Babi ka olang pun gua tak tau. Apa kes setiap menjelang PRK sahaja, babi ini akan buat hal? Asal PRK sahaja, babi sekor ni buat isu keretakan. Asal buat hal jer, pasti PRK. Helan ma...

Cuba lu list jap, apa isu dia bikin dalam setiap kali PRK? Wat de faq Hasan Ali?

Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh gua.

Oleh : AdukaTaruna

Artikel ini berat. Maybe tidak cukup dengan hanya satu N3. Memerlukan N3 balas. Artikel ini bukan level ulama Melayu. Ulama Melayu terlalu stupid untuk mencapai dan memahami sesuatu yang memerlukan daya fikir. Untuk itu, artikel ini cuba ditulis dalam bentuk santai. Panjang tetapi releks. Penat kita berhenti, sudah ok, sambung semula.

Akta ISA adalah penting. Ianya seumpama pisau. Sangat penting dari zaman batu hingga zaman ini. Tetapi memberikan kuasa pisau kepada spesis primitif yang 3 suku, adalah sangat berbahaya.

ISA adalah satu mekanisme pencegahan. Penahanan suspek pengganas dalam keadaan yang paling minima karenah birokrasi sangat penting. Katakan John dalam perjalanan meletupkan stesen komuter Bangi, dan dipintas risikan negara pada waktu malam. Penangkapan John adalah penting demi keselamatan warganegara Malaysia. Untuk mendapatkan perintah tahanan reman adalah satu proses yang 'leceh' dan paling penting proses dapatkan perintah tahanan reman boleh menyebabkan rahsia operasi keselamatan negara bocor.

Jadi ISA memang diperlukan oleh negara. Tetapi tidak sebangsat ISA yang ada sekarang. ISA perlu disusun semula. Atau kata lainnya, ISA yang dikawal Hadi sangat diperlukan oleh negara, tetapi ISA yang dikawal Mahathir adalah sesuatu yang paling celaka yang pernah menimpa sistem demokrasi di Malaysia.

ISA yang sepatutnya 1.

ISA yang sepatutnya ialah penahanan tanpa bicara sesuatu suspek, pada satu-satu tempoh yang berpatutan, bagi memberi peluang pasukan keselamatan :

i. Mencegah satu-satu misi pengganas.
ii. Mengumpul bukti bagi mendakwa suspek ke mahkamah terbuka.

Berapa lama tempoh yang berpatutan? Ini yang perlu dibahaskan dengan mengambil kira keseluruhan kepentingan. Kepentingan hak asasi manusia, kepentingan pendapat ulama, kepentingan pendapat agensi risikan dan keselamatan.

Namun, apa yang pasti, tempoh seperti tahanan Mat Sah (7 tahun) adalah satu tempoh paling sial dalam muka bumi. 7 tahun tanpa kejayaan pasukan keselamatan mengumpulkan bukti untuk mendakwa Mat Sah di mahkamah terbuka adalah satu petanda kegagalan agensi keselamatan negara. KPN perlu meletak jawatan kerana indeks kegagalan itu.

Katakan saja begini :

"Sahaja aku menganiaya Mat Sah dan keluarganya selama 7 tahun kerana propaganda politik kerajaan boneka US. Demi kiblatku kepada pemerintahan Dajjal."

ISA yang sepatutnya 2.

Masalah ISA adalah masalah ranting dari masalah pokok. Pokoknya ialah negara sejakun Malaysia, hasil kerja si bangsat dan si pengkhianat Mahathir, PDRM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sepatutnya, pada sesebuah negara berdaulat, di mana menggunapakai YDA sebagai payung negara, polis hendaklah diletakkan di bawah YDA. Sama seperti tentera. Apabila DPRM bukan di bawah kuasa politik, walau diletakkan di bawah Payung Kayu Negara, motif-motif politik tidak berapa berleluasa dalam segala tindakan PDRM, termasuk ISA. Jelas?

Apa kejadah Mat Sabu ditahan ISA?

Apa kejadah Lim Guan Eng ditahan ISA?

Apa kejadah Ustaz Ibrahim Libya perlu ditahan ISA?

Sehingga membawa kepada pembunuhan perkampungan Melayu di Memali? Diorang mahu letupkan bangunan kerajaan yang mana? Mahu menyerang Sultan Melayu yang mana? Mahu menghancurkan balai polis yang mana?

Semoga Mahathir mati ditolak bumi.
Semoga Mahathir mati ditolak bumi.
Semoga Mahathir mati ditolak bumi.

Sepatutnya, siapa yang memberi Singapura kepada Lim Kuan Yuew itu perlu ditahan ISA dan dipancung di hadapan seluruh rakyat Malaysia, dan kepalanya diawet dan diabadikan sebagai pengkhianat negara di muzium dan buku teks sekolah!

(releks... cool... tarik nafas... kita sambung lagi)

Sedikit jauh di belakang.

Pada ketika era Mahathir kuat, pada era kebangangan spesis Melayu memuncak dengan maksimum, sepatutnya PAS memberikan sokongan padu kepada Mahathir untuk memansuhkan sistem beraja. Pada gua, kita sudah silap pada waktu itu. Kerana, jika tidak, pada hari ini, kita sudah tinggal hanya satu misi. Yakni meruntuhkan sistem BN.

Anak-cucu-cicit kita pada masa hadapan akan berevolusi / menyesuaikan diri dengan sistem yang kita tinggalkan. Tiada masalah. Tiada problem sama ada anak kita akan hidup tanpa sistem raja atau hidup dalam sistem Islam berbeza berbanding zaman kita. Janji sistem itu adalah satu sistem yang minima kelemahannya. Apa yang perlu ialah, sediakan, atau bina satu sistem yang paling terbaik hasil kerja gabungan kita hari ini. Para pemikir, para aktivis, para politikus, para pendidik, para ulama.

Jadi, di bawah tajuk ini, seandainya Mahathir dengan sokongan kuat parti Melayu kedua PAS, berjaya menghapuskan sistem raja atau melumpuhkan sistem raja, kita hari ini, hanya berhadapan dengan hanya 1 sistem sahaja.

Sedikit jauh di hadapan.

Namun, masa tidak boleh diundurkan. Kita harus bergerak mengikut realiti terkini. Realiti semasa. Para pejuang sistem terbaik untuk anak cucu terpaksa berhadapan dengan 2 sistem gergasi yang jahat. Ibarat kita terpaksa bertempur dengan 2 games catur dalam satu masa.

Jadi, kita perlu memilih salah satu papan catur yang paling lemah ganas dan jahatnya sebagai kawan. Kita harus desak sistem ini diperkasakan. PDRM, SPRM, Kastam, dan segala agensi penguatkuasaan negara diletakkan di bawah sistem ini. Yakni sistem raja. Jangan sesekali kita (terutama PAS) menyokong diletakkan di bawah parlimen. Sebab gua tahu setakat mana level otak ulama Melayu, gua akan terangkan nanti.

Jika ini berjaya, apabila sistem BN roboh, kita hanya perlu menanti kestabilan dan kekuatan seperti era Mahathir dulu. Dan apabila dihidangkan Allah waktu dan ketika itu, kita hanya perlu replace sahaja Sistem Raja Melayu dengan Sistem Syura Ulama.

Replacekan sahaja Majlis Raja Melayu dengan Majlis Syura Ulama. Dengan segala agensi penguatkuasaan negara turut di bawah Majlis Syura Ulama (MSU). Islamic Republic of Malaysia. IRM. MSU mempunyai kuasa eksklusif untuk menempeleng, membatalkan dasar, memecat organisasi negara dari Presiden Malaysia hingga ke Ketua Darjah 1 Ibn Kaldun.

Kenapa jangan menyokong agensi penguatkuasaan di bawah parlimen?

Kerana, jangan sesekali kita mencipta satu tradisi atau arus tradisional jika berpeluang mengelakkannya. Jika sekali sudah SPRM diletakkan di bawah parlimen, maka, perlu kerja sekali lagi / melawan arus / memecahkan tradisi, bagi meletakkan SPRM ke bawah MSU pula.

So, dah bangang macam Hadi, stupid macam ulama Melayu. Kerja 2 kali. 1999 menang, 2004 gear undur, 2008 buat kerja 2 kali. PRU depan gua tak tahu lagi sama ada ulama bangang ni buat hal lagi atau tidak. Bunga2 dah ada dah tuh.

Kesimpulannya, sekali lalu, sekali menyelam, buat kerja dengan terancang dan tersusun. Perjuangkan betul2, susun elok2, semuanya bawah Majlis Raja, nanti dah tak perlu fight ubah tradisi lagi. Just replace sistem itu dengan entiti yang lebih baik. Jelas?

Sekian dulu la. Ponek den dah nih. Gua tak tau lu dapat tangkap ke tak. Ada soalan, tanya, nanti gua jawab. IRM beb... IRM.

Anggota Majlis Syura Ulama yang gua nampak setakat nih.

http://saifulislam.com/
http://drmaza.com/
http://www.zaharuddin.net/

Lagi PRK di Johol, N9.

Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar


Bila gua baca jer berita ni, gua terus koling kaum-kerabat gua kat sana. Disahkan ADUN memang sakit, tetapi menurutnya bukan kanser tulang, tetapi jatuh bermain badminton. Namun, dilaporkan, sememangnya ADUN tersebut mengalami kesakitan yang amat teruk ketika ini.

Dan gua juga menggesa PAS menziarahi ADUN tersebut untuk memberikan sokongan moral, majlis solat hajat memohon kesihatan dan sebagainya. PAS Johol harus mengambil perhatian.

Sep 22, 2009

Tanya sama Melayu, tanya sama muslim, tanya sama gua.

Oleh : AdukaTaruna

1.

Tanya sama Melayu, dia nak mati atas katil ditemani anak-anak dan isteri tercinta. Tanya sama muslim, dia malu mati atas katil. Khalid Al-Walid separuh usia berperang tapi mati atas katil. Malu beb. Tanya sama gua, gua nak mati atas timbunan duit dalam keadaan soleh.


2.

Tanya sama Melayu diorang nak kawin ramai. Isteri nak anak dara dan cantik. Kalau tak dapat kawin banyak, dia cerai bini pertama. Ketua Ulama Perlis contoh. ADUN Melor pun sama. Ulama Akhil Hayy. Status dan dressing nak ulama jer, tapi nafsu macam binatang, akal pun macam babi dalam perpustakaan. Penuh kitab tapi bangang.

Tanya sama muslim diorang terpaksa kawin ramai sebab nak selamatkan banyak institusi keluarga. Hamas tawar ganjaran kepada pemuda dan suami yang kawin dengan janda.

Tanya sama gua cukup takut. Setakat hari ni gua nak satu jer. Gua punya kepala tak boleh pening lebih, nanti rimas. Ikut sejarah kedua-dua Atok kawin 2, 2 bapa saudara kawin 3. Kang cakap lelebih, gua kena takdir plak nantih.


3.

Tanya sama Melayu, siapa ada title dia akan sujud. Dato ke, Tan Sri ke ulama ke. Segan Melayu kepada title. Dalam PAS ntah datang dari mana falsafah Kepimpinan Ulama. Walau lemah macam Abu Dzar atau lagi lemah dari itu macam Hadi, asal ulama, HARAM digugurkan. Apa punya bangang doktrin. Asal sampai kat tangan Melayu pasti jahanam.

Tanya sama muslim, semua sepakat Islam first. Kalau penjenayah ada kekuatan dalam misi A, pun dia boleh ditawarkan ketua misi A, asalkan Islam menang. Dengan syarat kejahatan dirinya itu hanya membabitkan dirinya, tidak membabitkan kerosakan jemaah. Presiden Hamas selamba imam terawikh pakai kot. Presiden Iran takda serban. Presiden Turki sepatah haram tak pernah dengar falsafah Kepimpinan Ulama. Osama dalam Al-Qaeda adalah jurutera civil. Kalau Osama tu ulama lulusan Syariah Mesir, perwatakan lembut ala2 Syeikh Al-Azhar, gua rasa US pun malu nak buat musuh.

Tanya sama gua? Lu tanya blog gua. Kalau gua ada program bual bicara sendiri, gua dah terbayang lauk-pauk yang bakal menjadi mangsa. Tapi dalam tajuk tertentu la.

Ali Hasan
Ali Mustapha
Ali Ibrahim

HAron Taib
HAron Din
HAdi Awang

Nasharudin Mat Isa
Nasrudin Tantawi
Nik Abduh

Dan sekor lauk paling ayam.

Roslan sms.

Calon bersih politik wang penting untuk Bagan Pinang



SEREMBAN 22 Sept. — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, UMNO harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin UMNO boleh mendapat majoriti kuat pada pilihan raya kecil itu kerana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut merupakan kubu kuat parti berkenaan.

Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau hari ini.

“Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu samada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,” tambahnya.

Jika UMNO mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata, parti itu mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.-Bernama

Kisah ulama huru-harareee...

Oleh : AdukaTaruna

Di satu kampung, ada sekor ulama fresh yang baru balik dari Mesir. Produk Hosni Mubarak. Ketua Syeikh Al-Azhar dah macam badut pondan dah gua tengok. Bodoh2 alang gitu. Takda keras langsung. Macam sotong.

Ulama muda ni pernah berazam ketika di Mesir untuk membelasah gua sekembalinya dia di Malaysia. Nak jadikan cerita, satu hari maknya demam. Demam2 Melayu ni lain sket. Melayu kalau demam, dia mengidam. Mak dia mengidam nak makan ikan Lome. Dah tu mengada2 plak. Taknak Lome beli, nak Lome pancing.

Ikan ni plak hanya ada kat sungai Perak. Kena tangkap waktu malam plak tu. Sebab ikan ni aktif waktu malam. Pendekkan lagi cerita, sampailah ulama muda ni kat Perak. Dia ajak member dia bantu.

"Ana hanya boleh hantar sampai simpang tu jer Akhi. Ana ni penakut sket. Sungai Perak ni keras."

"Astagfirullah.... tunjukkan ana mana tempat yang bukan milik Allah? Tunjukkan. Tiada yang lebih keras dari Allah. Yakinlah kita kepadaNYA."

Ulama sunni beb. Stendet la. Al-Azhar plak tu. Air liur jer lebih. Dengan Israel kemain kamceng. Sibuk ajak Syiah bertumbuk. Syiah vs Israel adalah wayang katanya.

"Dah tu jom la. Apa yang anta menung lagi ni?" Member dia pelik melihat ulama muda tu terkebil2 depan motor.

"Nak pakai serban ke helmet ni? Kalau Aduka tahu ana pakai serban ni mampos kena kutuk. Hhmm.... tak payah ikut Aduka la. Kita ikut Saiful Islam. Pakai helmet." Bisik hati ulama muda.

Pendekkan lagi cerita, sampailah 2 sahabat tu tepi simpang yang menghala ke ulu Sungai Perak. Hari nak nak gelap. Sahabat tadi pun blah la tanpa banyak songeh.

"Silap-silap kena magrib dulu ni baru pancing." Bisik ulama muda sambil menunggang motor melalui kawasan yang gelap, sunyi dan menyeramkan.

Setelah memilih port, melemparkan umpan, ulama muda siap-siap untuk magrib.

"Nak wuduk kat sungai ni risau gak. Kang kena terkam kek boye. Takpalah.. wuduk Asar tadi masih ada."

Masa baca Al-Fatihah, ulama muda terdengar suara kanak-kanak tahan ketawa. Ah... sudah.... dah la ana sensorang nih. Batal baca surah lain, terus baca ayat kursi. Makin baca makin ramai plak suara kanak-kanak ketawa. Kena yakin ni. Semakin ulama, semakin tinggi ujiannya.

Rukuk. Pergh.... berat plak tengkuk. Dia dah main tengkuk ana la plak.... ini tak boleh jadi nih. Solat pun dah tak kusyuk. Sujud. Lagi berat. Lagi sayup dengar suara tahan gelak. Hadoiii.....

"Maybe ana ganggu tempat mereka kot. Takpalah, lepas solat, ana alih tempat la..."

Selesai jer tahyat akhir, masa bagi salam kiri kanan. Dia lihat kemain ramai bebudak tengah gelak2 kat belakang.

"Bangang punya ulama. Solat pakai helmet. Kah kah kah.."

"Mesti ulama Mesir tu Man. Mesti punyalah. Kah kah kah.."

"Naik motor pakai serban, time solat pakai helmet. Kah kah kah kah."

"Siap letak dalam bakul ni Bu. Kah kah kah."

"Tu bukan serban la dowh.. tu kain lap motor. Tu pasal letak kat motor. Kah kah kah."

" Gagah Sulaiman, Gagah Ali, Gagah Musa."

Oleh : AdukaTaruna

Dalam 10 tahun dulu, kenduri kawin kat area rumah gua nih dilakukan secara gotong-royong satu kampung. Cuma skang ni dah jarang. Banyak yang katering jer.

Pendek cerita, satu pcik mahu mengangkat kawah lauk besar untuk dialihkan ke tungku sebelah. Dia pun minta tolong gua dan kengkawan. Time dia nak angkat tu, dia baca jampi serapah beb.

"Gagah Ali, gagah Musa."

Ini sudah mendatangkan semangat inkuri pada gua. Lalu gua pun bertanyalah. Apa yang pcik baca tu?

Pcik ni berlatarbelakangkan agama la sikit2, tapi taklah sampai tahap ostad. Dia pun story sama gua. Musa ni gagah. Satu penumbuk dia boleh membunuh dengan izin Allah. Ali pun gagah. Dia pernah angkat satu pintu besar dalam perang apa ntah (gua lupa) dengan hanya kedua-dua tangannya, juga dengan izin Allah. Jadi, sebut gagah Ali, gagah Musa sambil mengharapkan izin Allah. Jelas pcik tu pada gua.

Cerita tu terpendam sekian lama. Gua tak berapa endahkan la. Tak pula amalkan, dan tak pula bantah. Sehinggalah gua terjumpa ini.

So, persoalannya. Lepas ni Wak Albanjari mesti amalkan lafaz :

" Gagah Sulaiman, Gagah Ali, Gagah Musa."

Gagah Sulaiman harus didepan ma.... 60 per night. Weeeeeeeeeeee.....

Sep 21, 2009

Undi pos: Apa nak takut ?



Timbalan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.hairan kenapa pembangkang takut sangat pada undi pos anggota tentera masa pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

"Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia nak takut,katanya.

Beliau bertanya "adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?"

Dr Latif menyatakan demikian kepada wartawan selepas satu majlis di Seremban Jumaat ketika diminta mengulas desakan Pemuda Pas agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera di kawasan Bagan Pinang.

Beliau menegaskan parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya.

Terdapat hampir 5,000 pengundi pos anggota tentera di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,192 pengundi berdaftar itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi). -18/9/2009

Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera


SEREMBAN, 21 Sept: Pemuda PAS bersedia membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya mendapati ada pihak khususnya pemimpin BN berkempen dalam kem tentera sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober nanti.


Dimaklumkan kepada PAS, kempen pertama BN telah pun selamat terjadi di bulan puasa lepas. Sekeping kad raya dari Najib meminta tentera terus mengundi Barisan Nasional. Bukti gua tak dapat bagi sebab kad raya member gua anak buah dia buat ketupat. Tak bleh scan dah. Lu cari sendirilah.

Proton Perdana baru?

SIS lengahkan sebat Kartika.

Oleh : AdukaTaruna

Pertama gua menyambut baik kenyataan Dewan Ulama PAS yang mengecam SIS. Diimbas sedikit dahulu, kenyataan yang diberikan Presiden terbodoh PAS dalam sejarah kelihatan selari dengan apa yang dikehendaki oleh boneka USA. Hadi telah meminta sebat tidak dilakukan tergesa2. Perlu dihapuskan puca2 dahulu.

Najib meminta hukuman sebat tidak diminta. Utamakan tarbiah. Shahrizat meminta Kartika memfailkan rayuan. Peguam Negara mencampuri undang2 negeri, mencabul kedaulatan Kesultanan Pahang (daulat? khak ptuih) dengan memerintahkan hukuman ditangguhkan kerana bulan puasa manakala Menteri Dalam negeri menipu makcik-pakcik kampung apabila mendakwa tiada tukang sebat syariah.

Disusuri semula lebih lama dari ini, Pemuda PAS telah mengemukakan satu pandangan yang bernas dan tepat apabila meminta SIS menggugurkan perkataan Islam dalam kontroversi usul PAS Shah Alam untuk mengharamkan SIS. Usul itu tidaklah sekontroversi mana sebenarnya, tetapi usul itu datang dalam ketika Hadi membuat bangang untuk sekian kalinya dalam kes UG.

Cadangan.

Islam termasuk penggunaan perkataan Islam adalah tertakluk di bawah Raja-Raja Melayu. Sultan Negeri bagi negeri, dan YDA bagi pusat.

Sebab itulah Mahathir tidak dapat mengharamkan SAR ketika dulu kerana SAR di bawah Sultan Negeri. Apa yang Mahathir mampu buat ialah menghentikan bantuan pusat. Inilah pengkhianatan yang besar, yang mustahil dicapai oleh manusia seperti abangbotaklicin.

Begitu juga Mahathir pernah cuba menggugurkan perkataan Islam yang melekat dalam jenama PAS. Bersidang raja-raja Melayu ketika itu. Akhirnya PAS berjaya menang dalam menggunakan perkataan Islam. Parti Islam SeMalaysia.

1.

Belajar dari sini, gua cadangkan PAS, terutamanya Ketua Pemuda PAS, untuk menghantar memorandum kepada YDA walau YDA lebih suka kuda, bagi menggugurkan perkataan Islam yang digunakan SIS. Pemuda PAS harus melampirkan setiap hujah penentangan Islam yang dilakukan oleh SIS.

2.

Yang keduanya, Pemuda PAS harus mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengeluarkan fatwa berkenaan dengan falsafah perjuangan SIS. Secara prinsipnya, jika Majlis Fatwa boleh mengharamkan Al-Arqam, maka dia boleh mengharamkan SIS. Prinsipnyalah. Walau kita tahu Majlis Fatwa tidak berprinsip.

Desakan itu haruslah menggila sehingga mencabar Majlis Fatwa dan wakil SIS untuk berwacana ilmiah secara terbuka.

3.

Setiap perjuangan akan ada kesan sampingan. Dalam wadah undi, kesan sampingannya ialah mengelirukan pengundi bukan Islam. Di sini peranan Mujahid yang bertanggungjawab terhadap hubungan PAS dengan bukan Islam dituntut.

Mujahid perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam Bahasa Inggeris, India dan Cina terutamanya menjelaskan PAS tidak akan mencampuri urusan agama lain. Tetapi dalam isu SIS, ianya adalah urusan muslim semata. PAS bertanggungjawab menjaga akidah muslim.

Selain PAS, peranan dan kenyataan sokongan Dr Siti Mariah yang sangat berpengaruh kepada bukan muslim juga adalah dituntut.

Kesimpulan.

Dalam dakwaan PAS yang kononnya sudah matang dan bersedia mengambilalih Putrajaya, sebenarnya PAS perlu bergerak dicelah2 pemimpin bodoh dan memberi liabiliti seperti Hadi. Jika anda tidak berupaya mencabut pemimpin tahap bodoh seperti ini, anda perlu lebih peka untuk mengetahui tugas2 anda dalam setiap celahan-celahan perjuangan itu.

Meluat gile gua dengan Hasan Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Si babun ni dipilih oleh ulama babun bernama Hadi. Dulu Khalid Samad pernah perli PAS Terengganu, skang ni PAS Selangor betul2 jadi PAS Terengganu oleh Hasan Ali. Niamakahai punya manusia. Meluat habis gua. Nak tunjuk terer, nak tunjuk dia sepatutnya MB melampau sangat. Agak2la bhai..

Khalid Samad kena ugut bunuh live punya, dia membisu. Takpa la. Takda hal punya kalau nak membisu pun. Tapi bila Khir Toyo dakwa dia kena ugut bunuh, eh..... PJ PAS celaka ni tampil membackup. Pundek.

Memang tak kisah kalau dia tampil mengutuk ugutan itu, tapi bila dia membisu kes yang serupa dengan Khalid Samad, rakan baiahnya, maka, ini sudah menjadi tak seimbang. Bila tak seimbang maka tak adillah. Bila tak adil maka zalim lah. Bangang serupa Hadi.

Terbaru dia tunjuk terer dan tunjuk dia sepatutnya MB sekali lagi. Dia sound pasal SELCAT secara terbuka. They bodoh. Apa salah lu bawa dalam mesyuarat exco dulu. Gua pun berbulu gak dengan PKR, tapi lagi menyampah dengan orang sial macam nih.

Bila dah bawa dalam mesyuarat exco, dan rasa perlu dicadangkan secara terbuka kerana tidak dilayan dalam mesyuarat itu, barulah boleh. Dan dimasukkan dalam kenyataan tersebut bahawa dia sudah membawa cadangan itu di dalam mesyuarat exco.

Dey... pundek. Dengar sini. Lu sebahagian dari kerajaan buat cara dan kaedah sebahagian dari kerajaan. Kalau lu pemuda PAS Pusat yang tidak berada dalam kerajaan Negeri Selangor, barulah boleh buat cadangan terbuka sebegitu. Lu dengan Hadi serupa bangang la. Pakar motivasi konon. Lidah petah konon. Kalau gua ada program bual bicara sendiri ala2 AC Di sini, memang gua bogelkan pakar PAS ni. Tantawi, Hasan Ali, Hadi memang kompom gua jemput punya.

Naik menyampah gua dengan babi2 dalam PAS ni. Kepimpinan Ulama pundek lu orang la...

Sep 20, 2009

Tionaseng punya Man U

Oleh : AdukaTaruna

Team ni lucky sungguh la. Ari tu lawan Arsenal, Man U dibantu oleh palang dan penalty. Lucky mesti menyebelahi Man U dalam arena EPL. EPL lah.

Tadi lawan Man C bikin pecah rumah gua. Ferdinand dah buat silap pun masih lucky lagi. Man C up line defend tinggi menyebabkan Owen ada space untuk terima bola lorongan. Ada plak negro sekor yang hilang fokus sebagai last defend. Cilakak.

Gua dah cakap ari tu, Man C punya defend gua bagi 4. Gua ingat Man C kena pancing sambil damagekan defend Liverpool la. Pancing Jamie Carragher. Bayar mahal sket takper. Mana-mana player tahap sampah dalam kategori defender buang dalam tong sampah jer.

Arghhhh.... dugong darat punya Man U!!!

Perutusan Khas Aidilfitri Ulama AdukaTaruna

Oleh : AdukaTaruna

Dayat sms gua yang dia dressing pagi raya sebijik macam ulama. Ini tak bleh jadi. Gua pun nak jugak dressing ulama beb. Dari kecik tak pernah dressing ulama. Tapi bila fikir2 balik, equipment ulama tu gua takda, maka gua batalkan niat gua. Serban takda, jubah pun takda. Ikat serban pun gua tak pandai.

Maka, pendekkan cerita, untuk perutusan khas ni, gua dressing asobiyah Melayu punya. Full set Baju Melayu siap samping. Tahun di gua siap pakai songkok beb. Tak pernah gua pakai songkok sejak raya lepas SPM dulu. Kalau samseng songkok tinggi tengok gua mesti dia terkesima punyalah.

Dari Abu Hurairah Rodiallahu anhu... kolaa... pergh.... gila punya intro beb. Ni kalau Tantawi baca mahu dia tersedak nih. Gua baca kenyataan Tantawi bab ziarah kubur jangan sampai jatuh wajib. Cantik punya penjelasan. Cun. Gua pun baru balik dari kubur nih. Dalam hati memang tak wajib, cuma sebab gua ni setahun sekali jer, takpalah ziarah kubur dan buat apa yang patut setahun sekali. Melayu ma...

Sampai kubur macam pesta dah. Siap ada jual bunga untuk tabur dalam peket plastik. Ini dah macam Hindu dah ni. Surat khabar pun ada jual kat kubur. Jalan depan sket. Eh.... apek eskem pun ada. Wah... dah macam expo nih. Seb baik gua tak jumpa jual seluar jeans.

Balik2 dari kubur, tu dia...... memember adik gua paling kecik sudah berlonggok depan rumah gua menanti kapten dia balik. Tak sempat enjin kete mati, adik gua dah turun. Nak jaga hati anak2 buah dia la tuh. Memember adik gua datang beraya, selagi tak dapat duit raya, selagi tu la diorang tak balik. Ni dah kira politik tawar-menawar gak nih.

Kejap lagi gua akan travel pusing N9 Timur. Pes rumah Pak Long gua dulu. Arwah Paklong n Maklong gua yang meninggal dunia selang 2 dulu. Lepak dalam setengah jam, blah ke rumah Hokage gua. Nenek gua yang satu2nya masih ada. Semua berkumpul kat situ. Then belah malam, rumah Pandak gua plak. Sebelum pulang ke Seremban semula.

Kepada korang, hati2. Yang memandu baik, yang main mercun baik, yang masak baik, hati-hati. Selamat hari raya. Maaf dan ampun dari gua.

AdukaTaruna

Sep 19, 2009

Bagan Pinang : Pelan alternatif Isa Samad.

Oleh : AdukaTaruna

Ibarat kelengkapan kawin semua siap, kad hantaran semua dah diagihkan, malangnya pengantin tak lulus ujian HIV. Macam tu Isa Samad skang ni. Banner, bunting, poster Isa Samad dah merata Bagan Pinang, setiap surau dihulur RM5000, pertadingan futsal semakin kerap. Tetapi dihalang Mahathir, Muhyiddin, Khairy dan Ku Li.

So, di sini gua cadangkan Isa Samad kito kemukakan backup plan. Pilih awek nih.

Ulama bangang atau Islam bangang?

Oleh : AdukaTaruna

Setiap ulama Melayu adalah bangang piang.

Untuk memberikan kejelesan tahap melampau kepada pembaca blog gua yang belajar di luar negara, gua memaklumkan artikel ini ditaip selepas kitorang masak rendang. Pergh... gile seronok beb raya kat rumah. Apa barang belajar makan biskot meri kat sana. Kah kah kah.

Artikel ini mustahil anda jumpa dari kepala otak ulama Melayu kerana mereka adalah spesis keldai yang membawa kitab2. Terlalu bodoh. Ibarat software Al-Quran yang menyimpan data, tetapi tidak mampu mengaplikasikan kepada pembolehubah-pembolehubah relaiti di luar kertas peperiksaan.

Gosok gigi siang Ramadan, batal puasa. Kenapa ustaz cakap camtu? Dia pun petik kitab ulama zaman dinasor. Takda pemikiran dan kemampuan mentafsirkan sendiri. Lembu sungguh. Bodoh piang macam Kassim Tahir. Rela dipenjara memakai serban dari memakai helmet. Bangang nak mampos. Tapi naik motor, tak naik unta. Itu esok, kalau dia sertai perang jihad, orang lain guna senjata ikut zaman, dia guna sunnah pelepah tamar.

Tarikh bulan pose pun kelam-kabut. Sekor puasa dulu, sekor pose kendian. Sekor raya hari ni, sekor raya esok.

"Wahai ostad Melayu. Kenapa tarikh penentuan bulan2 dalam Islam kelam-kabut dan tidak seragam?"

"Maksud anta?"

Stendet la ulama Melayu. Kompom lembab sket nak faham soalan.

"Yerla. Contoh hari raya. Setengah raya hari ni. Setengah raya esok pulak."

"Laaa.... dah besar2 pun tak tahu lagi ke? Kan ke bumi ni bulat dan berpusing menjadikan malam dan siang. Siapa siang dulu, dia raya dulu la. Siapa siang kemudian, dia raya kemudian. Macam Jepun, dia siang dulu. Makna dia raya dulu. Macam London dia siang lambat. Maka dia raya lambat."

"Takper la ulama Melayu. Terima kasih jer lah."

Punyalah bangang ulama spesis Melayu beb. Nak tangkap soalan pun tak reti. Takanlah soalan siapa siang dulu nak tanya kot. Kaizen la. Ikut ulama Eropah. Guna astronomi. Pergi jahanam kaedah zaman dinasor. Kaedah tu berevolusi. Islam itu kekal.

Noordin Mat Top.

Terbaru kita diberitakan kematian Noordin, seorang ketua militan Islam yang sangat genius, terancang dan berpengaruh. Yang membezakan jemaah Norordin dengan jemaah yang ada di Malaysia ialah wadah yang dipilihnya.

PAS berdaftar di bawah perlembagaan negara untuk memperjuangkan Islam melalui undi. Al-Arqam berdaftar sebagai entiti ekonomi sebelum bertukar fokus kepada memiliki kuasa negara melalui pendaftaran ahli. Teorinya, apabila majority Malaysia adalah ahli Al-Arqam, maka, tertakluklah Malaysia di bawah kekuasan mereka.

Level-level militan Islam (level 1).

Masuk bab wadah militan, gua tak nak bincang benar atau salah wadah militan dalam negara macam Indonesia. Ada pendapat yang mengatakan walau kerajaan tu zalim tahap Abang Derih Bagan Pinang yang melewat2kan hajat gua nak kencing, tapi selagi azan dan solat masih berlaku dengan luas, selagi itulah wadah militan tidak diperlukan.

Tapi gua nak jelaskan kat lu level-level militan Islam. Yang ni lu takan jumpa dalam mana-mana ulama Melayu punya. Lu ludah jer muka diorang sebab benda alah ni dalam kategori berfikir, bukan berhafal. Keldai yang bawa kitab apa yang diorang tahu bhai.... poligami tahu la.

Jemaah Noordin Mat Top ialah militan yang mensasarkan kepentingan barat. Tak berapa tepat sebut kepentingan barat. Tapi kepentingan pihak musuh Islam. Dia ada sedikit berbeza dengan hasil kerja pejuang sebegini dengan hasil kerja CIA untuk mendamagekan imej Islam atau sebahagian kerja-kerja propaganda mereka.

Noordin Mat Top tidak akan meletupkan stesen keretapi walau stesen itu dipenuhi oleh warga US. Ini level mereka. Gua bagi nama level 1. Tahap paling bawah. Noordin Mat Top tidak akan meletupkan gereja, walau gereja itu dipenuhi warga Britain. Noordin Mat Top terlalu mestahil meletupkan lembu dan mencampakkan kepalanya ke kedutaan India.

Sasaran yang dipilih oleh jemaah level 1 ialah :

1. Perniagaan musuh Islam yang menyedut hasil bumi Islam. Katakan ada satu syarikat minyak US yang mengawal minyak Indonesia. Kepentingan ini adalah termasuk dalam sasaran jemaah level 1, cuma kemampuan level 1 belum berupaya meletupkan bangunan syarikat (bukan yang bebas dimasuki awam)

2. Tempat perjumpaan musuh2 Islam. Hotel Yang diletupkan Noordin Mat Top adalah tempat perjumpaan kapitalis2 US, perjumpaan ketua-ketua negara musuh Islam, lambang kemegahan US. Dan ianya bebas dimasuki orang awam. Bermakna berada dalam kemampuan jemaah level 1, dan berada dalam sasaran jemaah level 1.

3. Tempat maksiat musuh Islam. Jemaah level 1 tidak akan meletupkan kenduri atau majlis keluarga warganegara musuh Islam. Tetapi kelab malam yang dipenuhi warganegara musuh Islam adalah sasaran mereka. Dan apabila kelab malam adalah bebas dimasuki orang awam, maka ia terletak dalam kemampuan jemaah level 1.

Level-level militan Islam (level 2).

Up semata dari level 1 ialah level 2. Jemaah ini memiliki kemampuan yang lebih. Kepentingan musuh Islam yang tertutup kepada awam juga boleh dimusnahkan jemaah ini.

1. Jemaah boleh memusnahkan kedutaan.
2. Jemaah boleh memusnahkan aset syarikat musuh Islam.
3. Jemaah boleh memusnahkan peralatan ketenteraan musuh Islam.

Cuma ada beza penting jemaah level 1 macam Noordin Mat Top dengan jemaah level 2 macam Taliban.

Jemaah level 1 tidak mensasarkan polis atau tentera negara yang memburunya. Walau itulah halangan utama kepada misi mereka memusnahkan kepentingan negara musuh Islam. Tetapi jemaah level 2 sehingga memusnahkan segala bentuk halangan kebonekaan negara musuh Islam.

Jemaah level 1 tidak akan mengebom pendaftaran polis baru, sama ada mampu atau tidak; tetapi tidak kepada jemaah level 2.

Jemaah level 1 tidak akan meletupkan balai polis atau menembak tepat ketua polis yang berpaksi CIA, sama ada mampu atau tidak; tetapi tidak kepada jemaah level 2.

Faktor pembentukan jemaah level 1 atau 2.

Ada banyak pembolehubah yang membentuk sama ada jemaah itu level 1 atau level 2. Tetapi paling asas ialah majority rakyat dalam negara itu yang simpati dan terjun ke dalam falsafah perjuangan mereka.

Itu pembolehubah utamalah. Walau Indonesia tidak bersempadan dengan Russia seperti Afghanistan, tetapi seandainya terlalu ramai rakyatnya terjun ke dalam perjuangan seperti itu, ianya berupaya menjadi jemaah level 2 dalam wadah militan. Contoh terekat ialah Acheh.

Acheh adalah satu negara yang memiliki terlalu ramai, malah hampir kesemuanya menyokong wadah militan dalam menegakkan Islam. Jemaah level 1 tidak akan berperang dengan polis dan tentera, tetapi tidak kepada Acheh. Mereka berperang secara terbuka dengan tentera Indonesia dalam tempoh yang lama.

Adakah Acheh bersebelahan dengan Russia atau US yang membekalkan senjata? Tidak. Tetapi kerana perjuangan wadah itu telah menjadi perjuangan rakyat, sekarang mereka sudah berjaya.

Jangan tanya ulama Melayu kerana ulama Melayu adalah spesis bodoh dalam bodoh. Kalau Aceh guna Falsafah Kepimpinan Ulama dalam wadah mereka, memang mereka akan bangang 2x5 dengan PAS. Kalau Hamas berpresiden Kepimpinan Ulama, pun mereka jadi bangang dan tak tentu arah macam PAS.

PAS mahu memertabatkan Islam, tetapi apabila sampai ditangan Melayu, mereka mencipta satu falsafah tahap paling celaka dalam muka bumi. Setaraf falsafah kesultanan dan kerajaan turun-temurun.

Kesimpulannya, ulama2 dalam PAS yang tidak membetulkan segala kecelakaan / kesesatan hasil otak2 mereka, akan kekal dalam keadaan celaka.

Sep 18, 2009

Jangan calonkan Isa Samad, kata Dr M


Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.


Apa lagi UMNO Teluk Kemang? Boikot la. Kalau tak nak boikot, suh Isa bertanding bebas.

Najib naikkan harga minyak.


PENDUDUK di Taman Keladi di Sungai Petani dilanda ketakutan ekoran ancaman orang minyak yang mencabul gadis ketika tidur.



KERATAN Kosmo! semalam.


SUNGAI PETANI - Ekoran ancaman orang minyak yang gemar mencabul gadis di Taman Keladi dan Taman Angsana di sini baru-baru ini menyebabkan ramai di kalangan mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang jeriji, menambah selak dan mangga kunci di rumah masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang 'memagar' sekeliling rumah mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Pergerakan anak gadis juga dipantau dan ada di kalangan penduduk di situ menjemput ahli keluarga jauh untuk bermalam di rumah mereka buat beberapa hari.

Seorang penduduk di Taman Keladi, Desa Saidin, 34, berkata, kejadian menimpa dua jirannya Isnin lalu amat menakutkan semua penduduk di sini.

"Kami tidak mahu menjadi mangsa seterusnya kepada orang minyak dan menjelang malam salah seorang daripada kami akan berjaga," ceritanya.

Kosmo! semalam melaporkan lebih 300 keluarga di Taman Keladi dan Taman Angsana hidup dalam ketakutan ekoran ancaman orang minyak yang didakwa menceroboh rumah dan mencabul gadis.

Pada malam Isnin lalu, empat kejadian cabul membabitkan dua keluarga berlaku di Taman Keladi malah terdapat juga mangsa yang dicabul di Taman Angsana.

Siti Salmah Abu, 41, dari taman sama berkata, dia yang ada dua anak gadis lebih berhati-hati sejak kejadian itu dengan memastikan pintu dan tingkap berkunci menjelang senja.

"Kami juga 'memagar' rumah dengan ayat-ayat suci termasuk membaca ayat kursi," dedah Salmah.

Sementara itu, Salleh Ghani, 56, dari Taman Angsana berkata, dia telah berbincang dengan beberapa orang rakannya untuk mewujudkan satu kawalan keselamatan di taman itu secepat mungkin.

"Kami akan bergilir-gilir melakukan rondaan pada malam hari dalam usaha mengelak anak-anak gadis di taman ini menjadi mangsa orang minyak," katanya.

Selain itu, kata Salleh, penduduk di sini juga sedang mencari bantuan bomoh atau dukun bagi menghalang 'niat jahat' orang minyak itu.

Bagaimanapun, katanya, sejak Isnin lalu tiada kes baru membabitkan orang minyak.

Pengganas : Anak UMNO ugut bapa UMNO guna pistol dan bom.

Lelaki tak mengaku salah miliki bom tangan, ugut bapa

PETALING JAYA: Seorang lelaki, Muhammad Ezra Rusli, 27, mengaku tidak bersalah di dua mahkamah beasingan di sini, pagi ini atas tiga pertuduhan memiliki sebutir bom tangan, ugut bunuh guna pistol dan cederakan bapanya.

Ayahnya ialah bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Polis akan siasat Kertas Kabinet isu PKFZ di internet: PM

PUTRAJAYA: Polis akan siasat penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di laman web kerana Kertas Kabinet membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri diminta mengulas pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web Malaysia Today.

Dokumen 18 muka surat dengan rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1 itu didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ bertarikh 22 Jun 2007 dan menggunakan nama penulis Raja Petra Kamarudin.

Cerita Bagan Pinang 1.

Oleh : AdukaTaruna

Gua try bawakan untuk korang liputan kisah Bagan Pinang secara bersiri. Gua masih belum berkampung di sana, malah tidak pasti sama ada gua berkampung atau kekal macam kehidupan gua yang biasa.

Tadi, gua, Pendi, Dayat dan sekor lagi ahli team yang baru, Yakni Derih telah hadir ke Majlis Perlancaran Gerak Kerja PAS DUN Bagan Pinang. Pendi dari Nilai telah menjemput gua dan Dayat di Seremban sebelum berambus ke PD.

Sebab penat gua mengais cari makan belum hilang, gua try meniduri diri gua dalam kete Pendi. Tapi gagal kerana Pendi dan Dayat memekak pasal cari siaran radio. Cari radio Melayu yang ada lagu raya pun Pendi dan Dayat fail, macamana la nak berperang sok ni, bisik hati gua sambil terus berusaha nak tidur.

Sampai Port Dickson.

Sampai jer PD, kitorang disambut dengan poster, banner dan bunting gambar Isa Samad setiap simpang, setiap lokasi tumpuan. Pergh.... gile. Mata gua terus segar kerana kekaguman. Ni kalau Muhyiddin tengok, pasti terkencing spesis Teluk Belanga dan Songkok Tinggi tu beb.

Bila sampai ke tapak ceramah, gua saksikan kehadiran yang lebih ramai lagi kenduri kawin. Gua tanya Dayat, siapa otai PAS yang hadir. Motif gua nak tahu siapa crowd puller (camni eja kot). Tempat sempit. Biasalah, tanah persendirian. So, masalah parking bagi kitorang yang datang lambat nih. Dalam banyak2 tempat parking yang boleh selit, Pendi dengan selamba badaknya memparkingkan keretanya dalam semak paras lutut. Kalau kena tungau gua malam tu, memang gua saman walau ahli sendiri.

Majlis cincai.

Tanpa crowd puller, majlis cincai habis. Asbol (asal boleh) jer.

Tidak kelihatan YB MP Teluk Kemang, YB ADUN Port Dickson dan YB ADUN Chuah - kesemuanya dari PKR dan tidak diketahui samada mendapat jemputan atau tidak).
Ulama Kassim Tahir paling hensem malam tu gua tengok. Muka excited gile nak jadi calon. Dressing tahap meyakinkan. Sampai dilaporkan kepada gua dia membaca doa pada ceramah Anwar punyalah panjang selevel ceramah Presiden bagi menunjukkan keilmuan dan kewarakan dia sebagai calon terbaik.

Sampai time Hadi beri ucapan, gua memang dah tahu, pasti memboringkan. Sejujurnya dilaporkan kami adalah antara yang blah. Tak tahan lama. Kaum Cina dan India lebih awal angkat kaki dari kami.

Tiada apa yang baru, tiada taklimat mengenai Bagan Pinang (statistik, fokus yang perlu, apa sasaran, apa yang perlu diambil perhatian, etc), tiada kata-kata suntikan semangat, pidato yang longlai dan mempunyai jarak dalam setiap beberapa patah perkataan (kalau guna sound, bukan tulisan, gua boleh ajuk cara ceramah Hadi kasi korang nampak.)

Bukan memang gua berbulu dengan Hadi, tapi sejujurnya gua melaporkan, tiada apa yang baru. Berita yang sama yang disampaikan kepada Ali dan Abu yang sama, dengan lenggok bahasa kurun 60 an (gua heran macamana dia boleh menarik audien ahli PAS Terengganu).

Blah minum.

Kehadiran ceramah sekitar 1000 orang. Sangat menjengkelkan berbanding keupayaan Anwar, walau gua tak suka Anwar. Namun begitu, semangat dan istiqamah Unit Amal mengubat luka, mendamaikan hati.

Derih membawa kitorang minum. Dia naik motor, kitorang follow dari belakang. Gua ingat kejap jer kedai minum, tapi makan masa 20 minit gua rasa follow Derih ni. Masuk semak, keluar semak, daki bukit, turun lembah. Gua dah tak tahan nak kencing, dia boleh plak bawa round2 tengok kawasan Bagan Pinang. Memalam buto plak tuh.

"Pendi, lu langgar jap orang tua depan nih. Kasi dia berhenti jap. Gua tak tahan nak kencing dah ni." Cadang gua dengan serius sekali. Pendi hanya gelak.

Pusing2 punya pusing, rupa2nya Derih bawa minum kat kedai awek cun. Seb baik...

"Bang... surau paling dekat kat mana?" Dayat tanya Derih sebaik sahaja sampai kat kedai awek cun.

"Kat sana. Belok kiri, pastu kiri lagi. Kau nak buat apa?"

"Kencing."

"Ceh! Kalau kencing ingat surau. Kalau tak kencing? Tak ingat surau." Marah gua yang warak ni. Tapi dalam hati jer.

Pendi dari tadi buat tak port. Mata asyik tengok awek cun tu jer. Memang dasar miang punya budak.

Pendek cerita kitorang patah ke kedai awek tadi selepas ke surau. Derih duduk dulu. Second Pendi. Laju jer dia. Gua ketiga. Dayat last.

Macam yang didoa dari tadi, awek tu ambil order. Celakak. Patutla Pendi laju jer pilih tempat duduk, sebab dia dah baca awek tu akan ambil order kat meja belah dia. Belah paling dekat dengan lokasi awek tu tadi.

Awek tu datang bawak buku order. Pendi semangat nak mengorder. Gua pun kebulur dah nih.

"Makan apa bang." Awek tu senyum kat Pendi. Niamakahai.

"nasi lemak ada?" Dayat kacau line Pendi.

"Takda la bang." Kah kah kah. Gua gelak dalam hati.

"Sup ada?" Pendi test market.

"Pun takda. Dah habis." Kah kah kah. Gua puas hati.

"Goreng2 ada?" Gua plak.

"Takda la bang. Semua perencah habes."

Kassim Tahir punya awek. Tanya macam semua ada.

"Kau ni buat malu abang la." Derih dah segan.

"Mati la abang kena kutuk ni kang."

"Memang kompom punya." Gua pasang azam dalam hati.

Last2 makan burger.

"Bawang tak nak yer dik." Suara Dayat lemah...



Sep 17, 2009

Sama benci dengan sistem BN.

Oleh : AdukaTaruna

Isu.

Semoga gua panjang umur untuk lihat kedua-dua sistem ini jatuh. Sistem paling celaka yang dicipta manusia. Era Mahathir yang power dulu sepatutnya PAS bagi sokongan padu kepada Mahathir untuk menghapuskan sistem beraja nih. Sayang sungguh la. Kalau tak, kita tinggal satu misi sahaja lagi skang ni.

Kalaulah Mahathir hapuskan sistem paling stupid tu, untuk tajuk itu, gua akan cium tangan dia. Tapi untuk tajuk lain, dia cium kaki gua plak la.

Bukan jenazah Mariam?

Oleh : AdukaTaruna

Kompius gua. Mariam tu warganegara Korea. Wasiat terbukti mahu dikebumi mengikut Kristian. Korea tu bai... bukan kecik anak punya negara. Mustahil dia mengalah sebab benda ni berkenaan dengan maruah. Melayu lain la. Tanah Temasik pun selamba badak bagi kat Lee Kuan Yew tanpa pemberontakan besar spesis Melayu.

So, gua ingat mesti ada rundingan / perjanjian rahsia ni. Sebab nak jaga sentimen rakyat Johor kepada UMNO la. Satu perjanjian dengan kerajaan Korea. Gua tak fikir mayat tu mayat Mariam. Entah lah. Mustahil pihak Kristian boleh lepaskan mayat tu semudah dan sedayus spesis Melayu.

Sep 16, 2009

Selamat Pengantin Baru


Renjis-renjis dipilis. Manis-manis ikan bilis. Hahaha. Selamat Pengantin Baru buat Kak Laila and Mat Sah. Eden ado maso hantar rombongan minang kek KL ari tu. Gilo punyo rombongan. Kalah rombongan pinang Puteri Gunung Ledang.

Xenan kono bom asap. Pendi masuk gaung. Dayat muntah tepi divider. Gua kena cendol. Itulah pes taim gua ikut rombongan minang sebuah percintaan gila gaban punya advanture. Cinta seorang wanita. Gila punya tulen.

Weih Shuhaib. Lu sedar tak lu adalah sebahagian dari sejarah negara. Masa gua umur baya lu, nothing beb. Setakat catit sejarah kat rekod displin sekolah adalah. So, gudlak...

Pembaca blog Bagan Pinang, meh sini lu orang.

Oleh : AdukaTaruna

Kecuali Abang Derih, sesiapa pembaca pro Barisan Rakyat yang sesat masuk blog gua, gua ada satu permintaan nih. Nak mintak tolong. Tak dapat tolong, gua tempeleng. Kira ugut la nih. Haha.

Okeh camnih. Kalau lu orang Bagan Pinang atau kawasan berhampiran, dan ada streamyx, dan ikhlas nak tolong, minta hubungi gua atau Wak Al-Banjari.

Gua : adukataruna2008@gmail.com
Wak : Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129


Storynya begini. Blogger pro BR yang akan turun tempat lu maybe beratus orang beb. Tak semua yang ada broadband. Yang ada broadband pun kemungkinan besar jenama berukban. Jadi, kalau lu orang buleh volunteer sediakan streamyx lu orang sebagai 'hotspot', kira cantek lah. Semoga Allah balas kebaikan lu.

So, kalau lu setuju, lu inform kat gua atau wak, dan kitorang akan pasang modem wireless dalam rumah lu. Paswot hanya lu dan blogger BR jer tahu nanti. Bermakna, diorang tak kacau kehidupan lu. Just bertenggek kat luar pagar rumah lu kejap, on laptop dan update untuk tatapan seluruh dunia.

Habis kempen, kalau atau menang, kitorang hambek la balik modem wireless tu dari rumah korang sambil mengucapkan tenkiu 21 kali. Amacam? Buleh? Tak baik kedekot2 ma.... Kalau kedekot sampai bila nak maju? Rosmah pun dah nak jadi driver F1 dah. Maju beb Malaysia. Sampai Lotus kena reka helmet yang tidak merosakkan jambul.

Akhir kata, hubungilah gua. Kalau segan akan keenseman gua, hubungi wak, walau antara gua dengan wak, wak lebih buaya.