Blogger Penarik Beca atau Bakaq Haq hari ini menerima panggilan telefon dari Bukit Aman memintanya hadir ke Ibupejabat Polis tersebut. Tiada alasan yang diberikan tetapi beliau diminta hadir bersama, Isterinya Seorang anaknya Nombor Telefon Tuan Rumahnya Bil Streamyxnya Setahun yang lalu blogger tersebut yang juga pengkritik hebat Timbalan Presiden PAS dan gagasan Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan pernah ditangkap dan direman selama 4 hari oleh Pasukan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman bagi membantu siasatan atas kes mengubah logo PDRM. Bagaimanapun beliau kemudian dibebaskan dan tiada tindakan susulan kepada beliau mahupun blogger lain yang menyiarkan logo tersebut. Waktu itu, blogger Bakaq Haq hebat mengkritik segelintir pihak didalam PAS yang bertemu secara sulit dengan Perdana Menteri ketika itu. Bakaq juga adalah blogger pertama yang mendedahkan isu pertemuan dalam gelap di Jalan Bellamy . Selang sebulan selepas itu, saya pula ditangkap atas tuduhan menghasut ra