Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 28, 2009

Berita baik untuk Nizar!

Berita baik untuk rakyat!

Hahaha. Utusan punya corak tulisan. Dah macam iklan jual murah guna van tu beb. Memekak lalu kat taman2 perumahan. Hahahaha Siap letak tanda seruan nih. Terdesak ke evolusi nih? Kah kah kah. Lawak pepagi la plak. Terpesona makcik pakcik kg Melayu.

Ini ada satu cerita lawak. Mase wa kekecik la. Satu kampung wa kena kencing beb. Dengan wa sekali kena kencing. Van iklan pusing keling kampung wa. Dengan kerjasama JKKK UMNO. Hahaha.

"Pertunjukan ular! Pertunjukan ular!"

"Datanglah beramai-ramai. Bertempat di padang balai raya! Malam ini!"

Malam tu separuh kampung datang beb. Penuh padang. Hahaha.

"Terima kasih kerana sudi datang melihat pertunjukan kami. Kami akan tunjukkan persembahan bermain ular dan demo ubat dari syarikat kami."

"Baiklah. Tanpa membuang masa lagi, mari kita tanya kepada tuan-puan sekalian, anda mahu pertunjukan ular atau tidak?!!"

"Mahu!!!!!" Sebut org kampung dengan teruja sekali.

"Mahu pertunjukan ular dulu atau demontrasi ubat dulu?!!"

"Ular dulu!!!!"

"Mahu pertunjukan ular dulu atau demontrasi ubat dulu?!!"

"Ular dulu!!!!"

"Ok. Kita tunjuk demo ubat dulu." Kah kah. Melayu memang senang kena kencing beb. Termasuk wa la tuh.

Pendek cerita dia jual ubat. Time jual ubat pon ada lawak gak.

"Sekarang ubat telinga. Siapa2 ada masalah pendengaran, sila tampil."

Ada satu makcik tampil. Telinga dia pekak beb. Kurang dengar.

"Ok. Makcik duduk di sini." Prof tu suh duduk kat tengah2 padang. Kami semua macam bulatan la.

Prof ubat tu pun buat demo. Semua suspen nih. Lu orang yg baca pon kena suspen gak tau. hahaha.

"Ok. Makcik. Saya ucap salam, makcik jawab ya. Kalau kurang dengar, tak perlu jawab. Kita nak tengok."

Makcik Melayu tu pun angguk2. Prof tu pun duduk sebelah, pembantu ambil mic. Prof try bagi salam tanpa mic.

"Assalamualaikum." Suara normal kuat la.

"Waalaikumussalam."

Semua orang kampung angguk2. Prof tu bergerak jarak jauh sikit dari tadi, tapi merapati wa lah. Nak test bagi salam dari jarak camtu. Orang kg suspen.

"Assalamualaikum." Suara dah perlahan sket. Wakakaka. Time ni wa dah tergelak sket dah. Tapi kena siku dengan member n kena jeling dengan pcik2.

"Waalaikumussalam."

Prof tu makin jauh. Dah berdiri depan wa dah.

"Assalamualaikum."

Makcik tu tak jawab beb. Mana nak jawab, jauh mcm tu kalau bagi salam macam cakap tepon dengan awek, lintah pon tak dengar. Hahahaha.

"Ya. Makcik ni mempunyai masalah pendengaran ya." Si mc tiba2 bersuara.

Melayu kg semua tepuk beb. Wakakaka. Belum apa2 lagi dah tepuk. Ini baru masalah, belum penyelesaian. Hahahaha.

Lepas sapu minyak ubat tu, prof tu buat proses yang sama, cuma kekuatan suara tak macam tadi lah. Hahahahaha. Laku beb, laku. Kena borong ubat2.

Lepas selesai stok ubat kena borong (yang beli banyak siap ada free gif gambar makam nabi lagi), tibalah masa pertunjukan ular.

"Sekarang tibalah masa pertunjukan ular!!"

Semua Melayu tepuk. Wa punya teruja nak tgk. Ni jer motif bebudak kecik macam wa.

Sekali keluar ular sawa besar lengan budak. Hahaha. Siap ikat tali kat perut dia plak tu. Hahahaha. Tak pernah wa tgk. Sampai umo wa skang pun, cari kat youtube belum jumpa lagi pertunjukan ular ikat tali kat perut jgn kasi lari. Warghhh hahahahahahahaaha. Kira bertuah la wa beb. Warghhh hahahahaha. Dah macam kambing pulak main tambat2. Warghhh hahahahaha.

3 minit jer tunjuk ular tambat kat perut, persembahan habis. Satu kampung kena kencing. Lu tak caya, tanya ahmad_garang member wa. Dia pon ada malam tu. Wakakakaka.

Cubaan kencing Nizar MB Perak Malaysiakini.

Bro Hasbullahpit dapat masuk Malaysiakini, beb. Guna word Nizar. Wa test nak kencing Malaysiakini jap. Hahaha.

Kerajaan DAP Perak.

Oleh : MSK

Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar

Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

Member tak faham kenapa tahaluf dgn DAP.

Anonymous said...

bila tengok gambar-gambar ni, boleh diterima akal ke parti pas nak tidur sebantal dengan dap?

dalam ramai-ramai tu, agaknya berapa ramai yang biasa bergaul dengan bangsa cina? duduk kawasan cina, satu sekolah dengan cina, kerja dengan cina?

tak logik kan tapi nak kuasa punya pasal, anything goes. tak elok kena jadi elok. pasal dah tak ada pililhan. it is as simple as that.

sepatutnya pas should go on its own. tapi kalau buat lagu tu, boleh dapat kuasa ke? rasa-rasanya tak dapat kot. jadi senang saja, join dengan dap. nak join dengan mca, dah dapat kat umno.kafir pun kafirlah, janji dapat kuasa.

walaupun dap ni parti chauvinist, tak pa, depa tak rasuah etc. cina lah yang paling banyak rasuah. tu pun tak sedar lagi.

meaning that, umno yang baik dengan mca yang rasuah juga lah.

tapi pas ni parti islam, orang lain bukan islam, nampak lebih teruk lah kalau macam tu.

semua orang dah lupa yang haji hadi pernah cakap kit siang dan karpal singh ni dinosaur masa eve penamaan calon election 2004. meaning that pas memang tak mau bersekongkol dengan dap lah.

masa tu pas rasa depa dah kuat, tak perlu undi cina, based on election results 1999.

la ni, kalau boleh nak dakap rapat-rapat dengan dap. tak kira dah apa dap buat. semua ok. perlu juga undi orang cina ni ye?

meaning that, ini semua pasal nak undi untuk nak kuasa. it is as simple as that. cakaplah sampai berbuih mulut untuk menghalalkan pakatan ini, the bottom line simple aje, nak kuasa saja.

ini dunia reality lah bukan fantasy. ingat dap boleh baik dengan islam ke?

kalau takat baca ayat quran tu, tak payah bising lah. suruh depa convert ke islam, baru lah cakap puas-puas pasal Islam.

diri sendiri pun diselaputi najis ie kencing dan berak tak basuh, nak cakap pasal Islam.

tapi yang peliknya, kedai judi dan arak masih ada lagi...

Isu si bangsat Karpal lagi.

jadi, kita pergi kpd pembolehubah dia dululah iaitu karpal mangkuk. pastu lu pikirlah macam mana nak gerak. wa tak terganggu pun dgn karpal ni. pada wa, yg penting cara menangani org macam ni dgn cara paling smart. hehe lu tau ke?
Oleh : AdukaTaruna

Ha.. paham pun kepala otak wa. Hahaha. Pembolehubah Karpal ialah ego dan perasan bagus. Penyelesaian yang boleh dilakukan dengan selesa kalau PAS ada lulit. Tapi sebab PAS lembab, lulit takda, wa ingat wa nak cadangkan benda alah ni la. Tapi tak tau la orang2 ni ada telor ke tak.

1. Wa nak cadangkan Presiden, kalau ada telor lah, atau Ketua Pemuda PAS, pun kalau ada telor, serahkan memorandum secara baik, secara mesra, meminta Karpal tidak melayan permainan UMNO, sebaliknya fokus kepada isu rakyat.

"Kami Pemuda PAS, menyerahkan memorandum ini, bertujuan meminta Karpal tidak melayan permainan UMNO yang bertujuan mengalihkan isu rakyat. Kami menggesa seluruh pemimpin yang telah dipilih rakyat pada PRU lalu untuk terus berkerja terutama di waktu ekonomi tenat ini, dan mengurangkan permainan politik."

Sidang media kat parlimen. Ketua Pemuda PAS, sebelah ada Karpal yang tersipu2 atau masih eksyen. Mesti media perdana beri liputan punyalah.

Lepas tu DAP pun segan kat Ketua Pemuda PAS akan Presidennya sendiri yang macam budak2. Rakyat sure setuju punya dengan memorandum tuh. Tapi, ini kalau bercakap soal telor la. Telor pemimpin lain, beb. Kalau tak, jadi macam wa jer.

AT, apo kato.. lu aje la tubuhkan NGO...
eleh buat mcm chandra muz tuuu, tubuhkan JUST, kata NGO.. padahal dia ngan bini dia jer.. wahaha...
Lu soh Berg buat kertas kerja... hehe.
Lu macam tak tau jer wa. Wa cakap jer lebih nih. Hahaha. Kalau nak buat jgn harap la. Baik wa carik duit. Iman bukannya power sangat nak jadi pemimpin nih.

Gilo beb. Musnah privacy ma. Semua orang kenal. Nak korek hidung dah tak berani, nak ngorat dah tak boleh, nak main tembak2 dengan adik pun tak boleh. Silap jer keluar utusan. Uih... tak boleh beb.

Happy tol tangguh?

apa pandangan lu tentang kenaikan tol yg dibatalkan? lu happy ke?

Oleh : AdukaTaruna

Kalau ikut suasana yang tiada pilihan, wa happy. Tapi itu tajuk tiada pilihan. Tiada pilihan sebab si bangsat Mahathir punya dasar dulu. Melayu dulu punya dosa, Melayu sekarang tanggung azab. Melayu yang agungkan Mahathir BN selama 20 tahun lebih.

Dalam ekonomi yang tak bagus ni, ganti rugi duit rakyat yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah satu suasana sial melanda rakyat. 200 juta lebih beb. Tu tak kekal tu, ntah berapa lama penangguhan ntah. Nak tangguh lagi, kena bayar lagi. Kalau kat Jepun, dah lama babi2 sekalian ni mati dah.

Seterusnya wa akan dapatkan pandangan Menteri Kewangan wa yang baru. Dato' Seri Hasbullahpit mungkin akan bersama kita mengulas apa bahana yang boleh berlaku dengan keadaan ini.

Feb 27, 2009

Berak tak sempat basuh beb...

Oleh : AdukaTaruna

Pening kepala cakap pasal politik nih. Meh kita citer pasal kehidupan asrama. Dulu wa duduk asrama beb. Kat asrama, stendet la.. citer hantu memang popular punya. Port2 hantu yang sinonim dalam minda bebudak asrama ialah tandas. Hahaha.

Tandas kat asrama besar dan panjang beb. Deretan janban bertentangan dengan deretan bilik mandi. Bilik2 dan jamban2 tu dinding paras kepala jer. Tak tutup habes. Lampu suram. 2-3 jer elok, yang lain kontraktor UMNO rosakkan. Ek eleee.. masuk gak bab politik.

Lampu tu dah la 2-3 jer hidup, siap ada yang kelip2 lagi. Pergh... memang seram beb. Dah la berkelip2, dengar gema bunyi air menitik lagi. Memang seram. Dah la ada sound effect air menitik, ada cermin besar keliling kat sinki. Pergh.. bayangkan Altantuya muncul belakang korang dalam cermin tu.. Ek eleee.. politik jugak.

Pendek cerita malam tu, wa sakit perut. Dalam kul 10-11 gak la. Takder la tengah malam sangat. Cam biasalah wa g tandas nak buang hajat nih. Sebab wa pon takot2 berani gak, wa mesti target jamban yang paling awal nih. Dekat dengan pintu la.

Tapi, lampu yang elok, jamban yang hujung. Gelap la plak. Takper la, suram pun suram la. Hahaha. Wa masuk jamban pertama. Paip plak rosak. Ek elee.. Masuk jamban kedua. Elok. Ha cantet.

Tengah melabur, wa dengar suara bertekak.

"Tunggu la kejap. Ari tu masa kau aku tunggu, kan."

"Yerla.. aku tunggu kat luar nih."

"Kau jangan blah plak."

"Yerla... aku tahu la."

Siapa pulak mangkuk 2 ekor nih. Kacau konsentrasi wa jer beb. Lepas tu wa dengar jamban pertama yang sebelah wa tu dimasuki orang. Eh, kan ke paip kat situ rosak. Ni mesti penakut gila amat nih. Wa pun releks, cool dan sambung mengelamun.

"Yet! (nama wa lupa, tp wa ganti dgn lain la)"

"Ader ni ha..."

Selang 3 minit..

"Yet!"

"Ade la...."

Ek eleee... wa dah berbulu beb. Memekak la plak 2 ekor nih. Dah la pilih jamban paip rosak. Dia tak tahu gangster UMNO tengah berak kat sebelah dia nih. Kah kah kah.

"Yet.. tunggu tau."

"Yerlah! Ak a laaaa..."

Wa dah berbulu beb. Wa bangun capai penarik pam kat sebelah jamban tu, dan pam.

WWwuuuuussshhhhhhhhhhh!!! Flush air tu keluar.

"Hantuuuu!!!!"

Dum! (bunyi pintu kena hempas).

Dari memekak hal katak..

Dari lu orang (Kelantan) memekak hal katak pendek umo tu, baik lu join team Kelantan yang ni. Support rakyat Perak. Kan ke bagos tu. Baru politik untuk rakyat.

Dari lu orang layan Karpal bangsat dengan monyet2 UMNO, baik lu orang bantu saudara korang kat Perak nih. Tak lama lagi dak PRK. MP KT cakap hubungan dengan Allah jangan putus, beb.

Alang2 lu orang solat tu, doakan sekali Karpal mampos. Leh wa langkah mayat dia nanti. Berbulu abes wa dengan dia nih. Gila glamer. Habes fokus rakyat dia punggah dok tepi. Janji glamer dia up.

Buat Hidayat budak PAS member wa, cer lu tgk diorang solat. Bukan macam kita hari tu. Mata setengah macam kucing Garfield. Hahahaha.

******************

Majlis Qiayamullail subuh tadi telah mengamit lebih ratusan orang ramai untuk turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak , Nizar. Majlis tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin Dari Pondok Lubuk Tapah, Kelantan dan juga YB Ustaz Ahmad Mustafa (ADUN Demik, Kelantan). Dibawah foto yang sempat diambil oleh krew BloggersNetwork@Perak, pagi tadi.

YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin

Tuan Guru Haji Hussin Dari Pondok Lubuk Tapah, mengimami solat

Solat Hajat Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin.

Penyertaan para muslimah amat ramai membanggakan.



Lagi sumber foto di [sini]
source : topengPerak/al-banjari online

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ditanya pendapat wa tentang isu ini. Secara falsafahnya, tiada masalah. Tetapi taktikalnya ada masalah. Memang bermasalah. So, untuk satu-satu keadaan semasa itu, penggunaan Allah bagi agama lain hendaklah dilarang.

1. Majority muslim di Malaysia adalah Melayu. 99% muslim Melayu mendapat pendidikan Islam tahap paling bangang, sama ada oleh pemerintah atau oleh isu bapa sendiri. Bermakna mereka berada dalam standard terlalu bodoh. Ini adalah membahayakan.

Penggunaan Allah bagi agama lain boleh dibenarkan apabila semua ini selesai. Malah memberi kelebihan pula kepada pengembangan agama Islam. Apabila pemerintahan Malaysia ditukar, sistem pendidikan Islam diperbetulkan, majlis agama bertaburan, suasana beragama memuncak, penggunaan Allah bagi agama lain boleh dibenarkan.

2. Langkah pendek ialah mewartakan istilah-istilah Islam untuk kegunaan Islam. Taktikalnya , kita berselindung (lulit) disebalik wuduk, sembelih, etc. Contoh :

(yang ni ulama Melayu tahap mustahil berfikir walau ilmu agama tahap gunung. Genetik mereka lembab dan terkial-kial)

1. Istilah 'wuduk' diwartakan untuk kegunaan Islam sahaja. Ianya membawa maksud basuhan beberapa anggota tertentu bagi tujuan ibadah dalam Islam, terutama solat. Agama lain hendaklah menggunakan istilah basuhan atau seumpama itu sekiranya ingin merujuk kepada upacara mereka.

So, agama lain faham dan akur. Sebab agama mereka tiada wuduk. Step seterusnya.

2. Istilah sembelih diwartakan hanya untuk kegunaan Islam sahaja. Ianya merujuk kepada ibadah mematikan haiwan bagi tujuan makanan orang Islam. Agama lain hendaklah menggunakan istilah pemotongan atau seumpamanya sekiranya ingin merujuk kepada upacara mereka.

So, agama lain tidak mempunyai hujah kerana mereka tiada konsep ibadah penyembelihan. Setelah mewartakan beberapa istilah lagi sebagai lulit untuk istilah Allah, maka, wartakan tujuan utama ini.

3. Istilah Allah diwartakan hanya untuk kegunaan Islam sahaja. Ianya merujuk kepada Tuhan yang satu, yang tidak mempunyai sekutu, yang tidak mempunyai anak atau bapa, tuhan sekalian alam. Agama lain hendaklah menggunakan istilah tuhan atau seumpamanya sekiranya ingin merujuk kepada agama mereka.

Manusia bodoh untuk hari ini.

Oleh : AdukaTaruna

Walau wa berbulu dengan semua pihak dalam fokus negara terhadap kebangsatan Karpal dan kebangsatan UMNO, tiadalah apa yang lebih bodoh untuk hari ini dari gen bukan Melayu. Reezal Merican.

Pernahkah kita maki dia Singh celaka’ - Exco Pemuda UMNO

Wa tak tahu apa standard manusia nih. Karpal kata UMNO celaka. Bukan Melayu celaka. Kenapa dibalas dengan pertimbangan Singh celaka?

Karpal dengan Melayu sama mangkuk.

Oleh : AdukaTaruna

Berbulu jer gua dengan Karpal nih. Dia ingat dia besar sangat ke? Sampai seluruh negara harus fokus kat dia. Betul2 tak puas hati wa beb.

UMNO tak tangkap pasal nak mempergunakan Karpal. Karpal pulak fikir UMNO takut dengan dia. Kan ke best kalau PAS ada lulit, atau Karpal ni berada dalam politik Asia Barat atau Russia. Memang dah sah mati punya beb. Menganggu.

Kalau PAS ada lulit, lulit PAS boleh alligment Karpal kepada PRK 2 Bukit beb. Belasah, pertikai, gesa letak jawatan kerana mengganggu perubahan politik, mengganggu fokus kepada rakyat etc.

Yang Melayu pulak mangkuk. Kata terer santau la, silat la, parang terbang la. Bukan wa setuju prinsip tu, tapi dah alang2 lu jenis macamtu, buat la wa nak tgk. Ini setakat kepung OKU, ejek2, cabar2 dari jauh dengan anak Karpal, adik wa darjah 6 boleh buat camtu gak.

Ni masalah tol naik. Tambang bas melambung. Pengangguran meningkat. Jenayah dah macam perang. Hidup rakyat tersepit. Banyak isu perlu diselesaikan.

Sakit hati betul wa bila ahli politik kena peruntukkan fokus kepada si bangsat Karpal dengan si bangsat UMNO. Politik untuk rakyat ke, politik untuk ahli politik ni? Celaka sungguh dunia hari ni.

Karpal DAP tgh perasan bagus. UMNO layan.

Anwar sibuk lompat liwat retorik sana sini.

PKR tak abes2 dengan moral.

PAS pulak lembab terhegeh2.

Rakyat semakin menderita. Senang2, import satu team Hamas ke, Hezbollah ke, suruh uruskan PAS ni. Laju sket. Lembab nak mampos ulama Melayu nih.

Feb 26, 2009

2 ekor bangsat PKR rujuk balik!

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Mat Saman Kati (MSK)

Daripada maklumat MSK, tunjang cerita itu ialah 2 bangsat PKR itu mahu rujuk semula ke pangkuan PKR. Tapi Anwar tak nak sebab takut rakyat marah.

Walau wa tak bape paham omputeh (haha), plan si Wong itu ialah rujuk ke PKR dahulu, kemudian baru letak jawatan. So, semua orang terima dan Anwar tak kena marah dengan rakyat. Hahahaha. Bagus. Anwar tahu dia kena ikut rakyat, bukan rakyat kena ikut dia. (Konon. Jap g wa guna balik ayat kaler merah nih.)

Kat sini dah macam pelik. Apsal tak letak jawatan dulu, baru masuk PKR? Lagi selamat. Anwar pun tak kena marah dengan rakyat, ikhlas 2 bangsat PKR itu tidak dipertikai.

Wa ingat ini satu perangkap la. Tak tahu perangkap siapa. Anwar ke Najib. So, macam biasa, mari berteori. Hahaha.

Perangkap Najib.

1. Mengapa jumpa MSK tak jumpa org yg lebih penting dari MSK? Dalam cerita tu, telah diceritakan bahawa sudah jumpa Hj Osman dan sudah ke peringkat Azmin. Anwar taknak. Ok. Lulus.

2. 2 bangsat PKR tu nak lompat balik ke PKR, MSK tak caya. Then, utusan tu cakap, kalau tak caya, MSK boleh tanya dia sendiri. 2 bangsat PKR tu ada kat Pejabat UMNO Ipoh.

Eh... kepalo otak lu. Kalau alasan UMNO mmg tahu tapi blurr pun, takan nak tanya kat Pejabat UMNO Ipoh?

a. Bincang rujuk ke PKR di Pejabat UMNO Ipoh? Gagal ini cerita.

b. Dia berada di Pejabat UMNO Ipoh. Kita boleh minta dia keluar senyap2 untuk bincang. Ok. xper.. Wa kasi lulus dulu lah.

3.

“Anwar got very angry…he said aaa..Jamal and Os must resign first. If he take back the two of them, people will fire him. But Jamal and Os cannot resign just like that la…”

“You think Anwar want to pay them?”

“No need one!! We will settle all that. What we want aaa…Anwar just accept Jamal and Osman back to PKR..then they resign..so people will not angry with them maaa. Now aaa…they want to go back and see their children pun cannot, you know!”

E eh. Yang utusan ni beriya nak tolong 2 bangsat PKR ni apa motif pulak?

a. Simpati kerana 2 bangsat PKR itu tidak dapat jumpa anak mereka? Gagal. Ini cerita gagal.

b. Usaha Hj Osman untuk bersihkan namanya (2 bangsat PKR ini org kuat Hj Osman)? Dari mana pulak Hj Osman dapat 5 juta untuk kos bersihkan namanya? Ada sponsor? Apa keuntungan si sponsor dari kembalinya BR memerintah Perak? Kabur beb kabur. Gagal. Ini cerita gagal.

Perangkap Anwar.

1. Kalau perangkap Najib, mengapa perjumpaan dengan MSK dengan cara follow ala SB? Guna plat KL. Takan Najib bangang nak mampos guna persepsi negatif camtuh. Takan la Najib lemah sangat sampai no tepon MSK pon takleh dapat. Just kol dan ajak jumpa jer ma. Datang rumah pon boleh.

2. Kalau perangkap Najib, apsal kena sebut Pejabat UMNO Ipoh. Bangang ke? Hahaha. kalau betul Anwar punya keje wa dah dapat agak berapa IQ dia. Atas 4-5 mata jer dari standard Melayu.

3. Kalau perangkap Anwar, apa motif dia? Mudah jer. MSK adalah blogger top. Yang dilihat suara akar dan tidak bias. Dengan sandiwara yang berbau :

a. Perangkap Najib
b. Kesensaraan 2 bangsat PKR
c. Prinsip mulia Anwar

Maka, imej Anwar up balik la. Hahahaha. Bagus. Anwar tahu dia kena ikut rakyat, bukan rakyat kena ikut dia. Sentiment marah rakyat Perak khususnya, melalui blogger top Perak khususnya, dapat dihalakan total kepada 2 bangsat PKR nih. Raja Petra pon suruh wa letak jawatan nih.

Pembolehubah.

Ialah MSK dan sya-reformist sendiri. Analisis dan tuduhan2 wa ni hanya membuka ruang2 berfikir kepada dia 2 orang jer beb. Dengan beberapa persoalan wa, insyaallah MSK dan sya-reformist dapat satu kesimpulan yang kukuh.

So.. sila bg tau kitorang nih. Hahaha.

Team Man U pun kena rombak gak.

alang2 da rombak kabinet, lu rombak ah plak team MU nie..amacam?

-orang jauh-

Kah kah kah. Lu jangan cabar wa bro. Wa dah lama nak rombak Man U nih. Hahahaha. Sebagai Bapa Rombakan Malaysia, rombak jgn tak rombak!!!! Lulululululu!! (ala2 org Red Indian)

Penjaga gol : Van Der Sar. Tiada perubahan. Org tua ni memang power nak mampos. Wa paling berbulu dengan dia nih. Susah nak lepas. 1 by 1 pun belum tentu lagi.

Pertahanan tengah : Jap Stam dengan Cannavaro. Cannavaro penting sebab laju sket. Jap Stam tinggi, kasar, liat, ganas cuma lambat sket ar. Kah kah.. dah tua la plak 3 ekor nih.

Pertahanan kiri : Abidal

Pertahanan kanan : Sergio Ramos

Tengah : Sebab Pcik Zidane dah lepak surau, wa pilih diri wa dengan adik wa. Muahahaha. Adik wa defensif, wa attacking. Rancang2, umpan2 ni peberet wa. Tapi sebab peha kanan wa ada besi, wa lari lambat. So, adik wa kena letak defensif punya la. Hahaha.

Tengah Kanan : C. Ronaldo? Huh! Langkah mayat Karpal dulu. Wa akan letak Messi. Muahahaha. 3 orang jaga belum tentu dapat lagi tuh.

Tengah Kiri : Ribery.

Penyerang : Nistelroy dan Henry. Henry main bawah sket.

Pengurus : Sultan Ahmad Shah. Kah kah kah khak Ptuiihhhh!!

Kabinet baru Malaysia.

Lelaki_ini.

Pehh, cantek.. Bole wa up komisyen beli kapal selam & jet pejuang. Utk anak cucu bro. Haha.
Lu nak beli guna duit bro. Duit Hasbullahpit pegang. Hahaha. Lu nak cilok, kena rasuah Hasbullahpit dulu. Tapi lu kena ingat, semua agensi penguatkuasa dan hakim bawah team ulama. Ngeh2..

orang jauh.

apsal semua gen sama bro?hahaha...
Dah sesama gen, kena pilih sesama gen la. Hahahaha.

xpe2, ada lagi tempat kosong..
menteri kerja raya?
menteri pengajian tinggi?
menteri kesihatan?
Ni maybe diperuntukan untuk PKR n DAP. Pengajian tinggi takder. Bawah elyn. Buang karan jer byk2 organisasi.

perunding.

wa sokong aduka
Sokong wa tak guna bro. Dalam kabinet tu wa takda kuasa. Wa nak kuasa bercakap jer. Hahaha. Sebab wa memang hancuss kalau buat kerja pon. :p

Kenyataan pertama Menteri Kewangan yang baru.

Terima Kasih Aduka Taruna kerana melantik saya sebagai menteri Kewangan Kabinetmu.

Di bawah Perdana Menteri "Mat Sabu", TPM Khalid Samad atau Husam Musa.


Jadi di sini saya ingin menceritakan halatuju Kementerian Kewangan yang akan saya terajui ini.

Sasaran utama ialah untuk mengatasi masalah pengangguran. Sebenarnya bukan "pengangguran" itu menjadi masalah, akan tetapi ketiadaan sumber pendapatan itu adalah masalah sebenar,

Krisis Ekonomi kali ini akan ditangani dengan 2 keadah.
1. Kaedah jangka pendek, menggunakan sistem duit fiat
2. Kaedah Jangka Panjang iaitu Dinar dan Dirham, supaya krisis tidak akan berulang setiap 10 tahun.

Disebabkan seigniorage berlaku dimana cukai inflasi dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan, maka adalah lebih baik kalau seigniorage itu dikenakan kepada rakyat oleh rakyat.

Maka M3 dinaikkan pada 2009 ini, dengan "pinjaman tak berbayar" diberikan kepada setiap rakyat, termasuk yang belum balikh. Jumlahnya akan diberitahu kemudian.

Inflasi?
Ya, kita semua akan dikenakan inflasi daripada tindakan itu, akan tetapi, inflasi hampir tiada erti kalau semua orang cukup duit, makan, pakai.

Pada masa yang sama Dinar dan Dirham akan digunakan sebagai matawang. Manakala matawang sen pada ringgit akan dikaji supaya kekal digunakan tetapi sebagai denominasi kecil bagi dirham. Kemungkinan 100 sen bersamaan 1/5 dirham 1/4 dirham, akan ditetapkan kemudian. wang kertas tidak akan diteruskan untuk mengelakkan penyimpanan nilai pada medium yang tidak bernilai dan mengelakkan pemalsuan.

Fungsi Bank Negara akan dihapuskan secara berperingkat, dimana "pinjaman tak berbayar" yang diberikan kepada rakyat akan menjadi pinjaman terakhir. Segala pinjaman baru berdasarkan OPR tidak akan dibenarkan.

Pinjaman dirham tanpa riba akan disediakan akan tetapi menggunakan insitusi lain..

Kementerian Kewangan juga meminta bahagian "Perumahan" pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan dipindahkan di Bawah Kementerian Kewangan. Ini adalah untuk memudahkan penyelesaian perumahan yang sering kali mempunyai masalah dengan "Bank".

Kementerian Kewangan juga memohon Perdana menteri supaya di adakan satu jawatan menteri khas, Menteri Perumahan, yang duduk dibawah kementerian kewangan.

Kementerian Kewangan akan ada 3 menteri.
1. Menteri Kewangan (selaku ketua Kementerian) 1 Timbalan
2. Menteri Perumahan. 1 Timbalan
3. Menteri Kerajaan tempatan .1 Timbalan

"Kerajaan tempatan" juga duduk sebumbung untuk mengelakkan PBT berlumba-lumba mencukai rakyat untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Pembandaran, atau Majlid Bandaraya. Dan PBT juga berkait dengan lesen perniagaan, yang sepatutnya berkait kewangan.

Di sini saya ingn mengumumkan sekiranya PBT di bawah kementeri kewangan, semua pekerja yang diberhentikan pada 2 tahun kebelakangan ini, akan dikecualikan lesen untuk berniaga.

Sila tepuk.

Dan Saya ingin mengumumkan bahawa sekurang-kurang satu Souq dan pusat lelongan akan diwujudkan pada setiap kawasan PBT. Para pekerja kilang yang diberhentikan boleh lah berniaga tanpa fikir, nak cari kawasan, modal sewa kedai, lesen dan sebagainya.

Para pekerja kilang yang diberhentikan juga boleh melelong barangan lebih yang ada di rumah Pusat lelongan itu. dan Hasilnya boleh digunakan sebagai modal untuk berniaga di souq.

Walaupun saya mempunyai barisan Kabinet yang tidak diguna sepenuhnya. Saya ingin melantik jed Yoong sebagai Menteri Perumahan dan Cencurut sebagai menteri Kerajaan Tempatan.


Jed Yoong dan Cencurut diminta berucap dan lantik timbalan anda.
*tepuk*

Feb 25, 2009

Terlatest, tergempar : Paklah rombak kabinet!

Oleh : AdukaTaruna

Paklah kol wa tadik. Dia dah give up. Nak layan anak cucu pulak. Dia suh wa susun pemerintahan Malaysia ala bloggers.

"Lu orang bloggers selama ni banyak bising, AT. Skang wa kasi lu susun sendiri."

So, di bawah ni wa susun peringkat awal. Sapa2 nak lobi, leh lobi. Sapa2 nak bg cadangan leh bagi.

PM.

Mat Sabu. Wa akan suh Mat Sabu jadi blogger gak. Letak sorang yang uruskan blog dia. Kire bloggers gak la tuh. Hahaha.

Mat Sabu penting sebab dia jenis keras macam Mahathir. Baru leh kawal negara. India Cina semua boleh masuk kepala. Leh satukan negara ni. Kalau dia lancar dasar Islam, tak nampak sangat konservatif dia sebab perwatakan dia yang sempoi, walau dasar tu memang keras pon.

Ulama2 macam TGHA, TGNA, Haron Din, Ahmad Awang wa letak satu tempat. Stanby. Berjaya jer tolak institusi raja, team ulama ni ambil alih ruang vakum tuh. Polis, tentera, SPRM, kehakiman, semua bawah team nih. Selamat sket. Lembab pon lembab la. Sok2 pepandai la ganti dengan ulama keturunan Cina ke keturunan Eropah ke.

TPM.

TPM wa letak Khalid Samad atau Husam. Laju sket. Fahaman pun terkini. Bloggers gak 2 ekor nih. Hahahaha.

Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan, wa lantik Hasbullahpit. Pepandai la dia lantik penasihat dia.

Menteri Pertahanan.

Wa bagi Lelaki_ini.

Menteri Pelajaran.

Wa bagi nyle. Hahahaha. Mampos A. Samad Said nak lawan. Wa lagi kompiden awek Australia ni pegang sistem pelajaran Malaysia.

Menteri Penerangan.

Menteri Penerangan wa bagi Penarik Beca. Belasah tak kira siapa. Sultan pun kena lanyak gak. Bloggers Perak, Bloggers negeri lain, wa kasi satu slot 30 minit dalam sehari. Maybe sorang 5 minit setiap negeri.

Menteri Belia dan Sukan.

Wa kasi Jerung_Reksase. Budak TKO. Takan nak kasi gen kaki bangku wal bengap macam Sultan Pahang kot. Hua hua hua.

Menteri Wanita dan Keluarga.

Wa suh kak memot pilih. Kak memot tak bleh jadi. Sebab tak banjer wa tgk citer upin ari tu.

Wa plak?

Wa pegang Menteri Mentor lah. Tak betul jer, siap la wa bangangkan. Jangan ISA kan wa dah. Kui kui kui.

Barisan lulit PAS

Oleh : AdukaTaruna

Sebab Bahasa Melayu miskin istilah, atau pejuang bahasa terlalu bangang tak tau buat kerja, atau wa sendiri yang bangang tak tau memang dah ada (haha), wa cipta satu istilah baru. Lulit (luar kulit).

Lulit bermaksud sesuatu yang dikaitkan dengan sesuatu yang lain, dengan cara mengelirukan. Ha.. cantik kot definasi nih. Jap wa test definasi ni jap.

Gerakan AT yang melakukan lulit berjaya mengelirukan pertahanan Man U apabila bola tersebut dirembat Zidane tepat ke dalam gawang.
Maksudnya, AT memperdayakan pihak lawanlah. Seolah2 AT ingin menguasai bola itu, sebaliknya membiarkan ia menuju untuk dikawal oleh Zidane. Ngeh2. Kita test lagi.

Seperti sedia maklum, Hezbollah adalah barisan lulit Iran, walau apapun penafian dari mereka.
Maksudnya, Hezbollah adalah barisan hadapan Iran sebenarnya. Yang tiada kaitan dengan Iran secara rasmi atau hitam putih.

Barisan lulit PAS.

So, dalam cadangan wa yang ini, wa ingat PAS perlu ada satu Barisan Lulit PAS beb. Letak la nama apa2 pun. Macam Unit Amal la. Tapi objektif dia ialah politik. Unit Amalkan kerja-kerja aktivis. Sinonim dengan PAS, tapi bukan bawah PAS. Lulit la tuh.

Untuk barisan baru ni :

Objektif : Mengeluarkan kenyataan, tekanan, tindakan2 politik yang mana, belum boleh dilakukan oleh PAS pada satu-satu senario tersebut.

Ha. Cantik kot. Kita test jap.

Contoh dalam kes masalah moral rakan sekutu (sementara) PKR, PAS tidak boleh membelasah. Paling kuat boleh up kan kelebihan kekuatan PAS. Tarbiyah, baiah, etc.

Tapi kalau ada Barisan Lulit nih (NGO ke apa ke), PAS boleh melakukan tindakan2 politik yang tidak boleh dilakukan. Belasah, kritik, pertikai.

"Kami, BarisanLulitABC, mengeluarkan resolusi bersama, yakni, mana-mana kawasan yang dikhianati oleh komponen BR itu, diserahkan kepada rakan BR yang lain.

Contoh. Kalau calon muslim PAS mengkhianati, kawasan itu hendaklah diserahkan kepada calon muslim PKR di masa hadapan. Kalau calon non muslim PKR atau DAP mengkhianati, PAS turut berpeluang meletakkan calon dari Kelab Penyokong PAS sebagai ganti."

Itu antara fungsi Barisan Lulit ni la.

"Kami akan mengumpulkan tandatangan persetujuan dari pengundi 2 kawasan yang dikhianati PKR. Sasaran kami ialah 70% pengundi berdaftar."

Melalui Barisan Lulit ni, jangan bagi can beb. Belasah jer. Cilok negara Islam kiri kanan depan belakang. Jangan memain dengan PAS...

PAS, dengar tak ni?

La... yang dok terkial-kial belek kitab kuning tu pasal apa? Mana ada dalam tuh. Ish...

Cerita bola plak.

Oleh : AdukaTaruna

Member wa kol wa ajak tgk bola. Terus wa teringat nak tulis bab bola la plak. Mesti kakmemot berbulu dengan wa. Hahaha. Sebab mase ari tu wa asyik silap jer ramal. Hahaha.

"Ngah.. tgk bola jom."

"Pukul 3 pagi tu bai. Oghang ghumai kau tongah sarat tuh."

"Den hantar ghumah omak den."

"Sonang ekau cakap. Nak tgk kek mano?"

"Mapley la. Kek Dataran Senawang."

"Oghang tak sobut mapley lagi dah. Internet sobut Zambry skang."

"Hah?"

Wa cam biasa. Anti England, anti British, anti Man U. Hahaha. Bukan sebab perkauman atau dia pernah jajah dulu, tapi sebab peberet team Melayu. Kui kui. Mati wa kena bantai nih.

Asal tanya pakcik makcik kampong jer, mesti sokong England, sokong Man U. Hahaha. Wa tak nafikan Man U kuat. Wa pon ske gak Berbatov. Tapi meluat amat sangat dengan C.Ronaldo yang poyo ala2 Anwar Ibrahim tuh. Ngeee..

Free kick semua dianak ambik. Tp bukan bahaya pon. 4 langkah ke belakang, then kangkang dengan eksyen. Muka jobo sket. Ekeleeee....

Semalam punya game wa tak tgk. Membuto. Wa tak fanatik sgt bola nih. Kalau adik wa yang Poli tu balik, baru best tgk. Dia leh teka siapa kena keluar, siapa kena masuk. Jeles abes wa. Majority tepat tekaan dia.

Team wa pilih bukan Inggeris punya team. Ni bukan soal PPSMI haa.. Wa pilih :

1. Barcelona. Ade Abidal, Henry, Messi. Player semua best2 kecuali keeper. Ntah nape wa rasa dia tak best ntah.

2. Lyon. Ader Benzeema. Muka sebijik macam member wa. Usen TKO. Hahaha. Free kick Juninho memang best. Tak payah jobo cam C.Ronaldo yang selalu jatuh2 tu.

Dulu wa ske Real Mandrid n France. Sebab pcik Zidane ade. La ni, dah takda yang suka. Wa ambil general jer la. Buat lelaki_ini, benti2 la tgk samarinda Rita Rudaini dgn Rosyam Nor tuh. Hahaha.

Kelab Awek PAS

Oleh : AdukaTaruna

Ari tu wa mencadangkan PAS tubuhkan satu aktiviti khusus. Kelab Awek PAS. Ada yang marah kat wa. Sepatutnya kerajaan lah yang tubuhkan, bukan PAS yang tubuhkan.

Memang betul. Tapi lu macam baru keluar gua la plak. Ni Malaysia ma. Pemerintahan Melayu. Lembab dan perlu dipahat. Pasal tu wa tekankan, apa2 masalah, kena bermula dari basic. Yakni bermula dengan hakikat spesis Melayu ni spesis bangang, beb.

Dan dari sinilah kita selesaikan ikut pembolehubah tersebut. Pembolehubah dia gen Melayu bangang. So, manfaatkan bangang gen Melayu nih.

1. Kalau kes2 banjir, contoh kat Johor ari tu, Unit Amal datang dulu. Bawak biskot jer. Tapi sebab Unit Amal bawak biskot, kerajaan Melayu dengki dan datang bawak pizza.

So, kita manfaatkan sifat dengki Melayu tu. Yang untung rakyat. Unit Amal plak jangan dengki macam Melayu dengan racun pizza tuh. Biarkan jer. Rakyat dulu, nama kemudian.

2. Sama gak kes Taufik dengan Kijang Care settlekan budak pompuan ke bawak lari ke Lombok ari tu. Taufik dengan Husam, banyak mana kuasa, kelengkapan, dana nak bantu pun.

Tapi basic Melayu bangang membuatkan Pemuda UMNO rasa dengki. Dia pulak yang buat la ni. Semua anak dara lari, dia settlekan. Kan ke best tuh. Yang untung rakyat. Cuma Husam tak bleh jadi Melayu balik dengan dengki kat Pemuda UMNO plak.

3. Sama gak dengan cadangan wa. Kalau Nisa' buat, dah tentu pemerintah Melayu dengki. Dia buat atas dasar dengki, bukan atas dasar tanggungjawab. So, itu pembolehubahnya. Bergerak dari situ la. Bukan guna pembolehubah lain. Rujuk Jepun la, rujuk German la.

Kalau awek2 terkandas kat stesyen bas, tertinggal bas kat memana, ada masalah apa2, student kena tipu, just kol jer nombor hotline tu, sebut lokasi.

Then, Nisa' dengan cover Unit Amal leh kutip. Kutip dulu, baru cerita masalah. Jangan pot pet pot pet kat situ. Birokrasi ala Melayu ni kurangkan.

Bila Nisa' dah buat, mesti Puteri UMNO buat punya. G lantak la. Janji rakyat untung. Tu konsep dia.

Apa2 masalah Melayu ni, kena turun kepada pembolehubah dia dulu. Basic dia, gen Melayu ni gen bangang. Dari situlah kita bergerak selesaikan masalah.

Feb 24, 2009

Cerita Ibrahim Katak.

Oleh : AdukaTaruna

Wa up cerita katak sket. Pasni, mohon semua fokus kat 2 PRK beb. Tiada yang perfect, semua berhak memilih kefahaman sendiri. Apa2 pun, revolusi politik perlu dikejar, PAS tetap perlu dipacu ke hadapan.

Sudut lelaki_ini.

Dulu ms Nasruddin Tantawi cabar Berahim letak jawatan, wa dah rs boring dah. Wa kata ape sgt la cabaran lu tu, lu ingat Berahim nak amik kisah?

La ni turn PAS Kelantan lak nak hangitkan lg. Peduli hape Berahim dgn desakan lu org. Ni politik Melayu ma.. sesal lu taja wa hanya akan b'baloi lps Parlimen bubar la.

Makin hebat PAS Kelantan ganyang si katak, makin hebat la TV3 julang dia sbgi wira lantang.

X mustahil bbrpa hari lg TV3 akan intebiu pengundi2 Pasir Mas t'masuk pimpinan PAS Kaw / Caw.

Mrka akan kata,

Kami kenal Berahim & tok se dio jadi calon PAH.
Kami ado doh calon hok molek ore tempatan.
Tapi kami terpakso wala' demi Tok Gughu & Isle.
( abanghensem ajo wa )

TV3 pun swing kata demokrasi dlm PAS Kelantan dah mati. Ahli taat m'babi buta & taksub pd Tok Guru. Pastu selitkan komen2 murahan Tok Pa, Nuar Musa, Awang Adek, Najib & Md Taib.

Skrip lama b'ulang & persepsi lama rakyat refresh. Sentimen lapuk dimainkan. Standard ma.. ADUN Melor plak makin selesa.

Yg bangangnya, bila ada org t'perosok dlm lobang jamban yg sama b'puluh kali. Pisang pun b'buah ntah kali ke brpa walaupun batangnya dah reput.

Mudah sgt jadi mainan media, mangkok !

Cerita abanghensem.


setau wa langkah kerajaan PAS kelantan/TGNA calonkan brehim sebagai calon PAS (bebas tapi lambang PAS)tak silap dah.... berdasarkan situasi waktu tu (PAS kelantan tengah nyawa² ikan.... kena buat satu keputusan yang paling selamat)....

pada masa tu dari culaan awal kemungkinan PAS akan tumbang di Kelantan.... seperti ulasan wa sebelum ni.... TV, akhbar.... ulasan dia orang memang menggugat keyakinan bukan jer penyokong tapi juga pemimpin PAS negeri pada masa tu.....

jadi untuk kerusi Parlimen Pasir Mas, PAS nak pastikan kemenangan semua kerusi DUN dan Parlimen... satu cara ialah ngan tarik penyokong brehim ali di kawasan tu untuk pangkah wakil PAS (orang pasir mas tau la pengaruh brehim ali pada masa tu)....

jadi ngan calonkan brehim ali sebagai calon PAS, 2 manfaat PAS dapat.... 1. undi penyokong brehim ali.... 2. tiada calon bebas (orang brehim ali) buat kacau di kerusi kawasan Pasir Mas tu.... aku ingat lagi betapa tenatnya PAS di kelantan pada masa tu.... malam akhir kempen diadakan munajat perdana.....

malam sebelum hari pilihanraya TGNA memanggil semua pemimpin PAS negeri mesyuarat secara tertutup di bangunan PAS negeri.... mungkin TGNA pun anggap tu merupakan amanat akhir beliau kepada semua pemimpin PAS kelantan sebelum PAS tumbang dikelantan..

Cerita anonymous.

ni kumen aku. kalau angkau rajin dan berkesudian, tlg dipustingkan kumen aku ini dlm satu tajok pusting baru.

takiudin dah lama mengigil ketagih nak hantam akan husam. ni la peluang dia.

husam, fatah harun, wan rohim abdullah adalah bangang2 tahap mp bacok yang nak sangat brahim batanding d pasirmas. dsokong bangang2 tahap mp bacok yg dipanggil mat sabu, mahfuz, salahuddin dan entah siapa lah lagi di pas pusat.

lepas manang, mahfuz dan salahuddin jadi bahan hinaan utama ibrahim dlm prlimn. padan muka! padan muka! bodoh tahap tak buleh dtulong, bodoh tahap mp bacok!!

bukan takat bawa fikiran umno katak busuk brnama ibrahim ali tu, kegemaran utamanya menghina ahli2 prlimn pas yg dia anggap bodoh. smua dia keluar kata2 yg cebik atau hina tmasuk hatta dan halim rahman. perasan mcm setan babi gemok tu. pas smua bodoh, penipu. bila pas pusat tak nak beralah 2004 dulu kpd dia & tak nak bagi dia pasirmas, dia jaja rata2 pas pnipu. dia la ikhlas, pandai, sbut apa saja yg elok2.

kuat puji diri mcm setan buncit babi gemok ni.

bila dia dapat pasirmas 2008, dia gigit tangan kawan. parangai apa kalau bukan parangai setan?!

asal bcakap shj d prlimn, krja utama katak busuk tu manghina ahli prlimn Pas dan parti Pas.

krja azmi adik babi gemok tu pula ialah dekat tiap2 hari minta balak. bila tak dapat, brahim babi tu mengamuk. adik brahim katak busuk tu muka langsung tak dak nur mcm muka sini.

bila brahim menyetan, ni la peluang taki melanyak husam yg lama sungoh dah dia geram dan benci. padan muka husam, mat sabu, salahuddin, mahfuz, fatah harun, wan rohim abdullah tmasuk tok guru sekali yg restu brahim btanding di pasirmas. bodoh tahap tenok!!

sakarang hanya taki ada baki-baki telor dan buleh bkata2. masalahnya taki ni pun lembu tungang satu lagi setan busuk brnama razak abas. atau taki pun setan busuk spt razak abas.

itu yg hari ni katak busuk tu pura-pura tak nak masok umno mcm dia kata sini. walhal baru2 ni dia salam dgn najib di parlimen tunduk gilerr cumanya orang tiada tau dia bercium ataukah tidak dgn tangan setan tu.

babi gemok tu tiada mahu masok umno sbb dia nak jadi bebas lwn pas dan tiada buleh ditudoh umno.

aku bagi mak lumat, angkau suson dan buat pusting la satu..

p/s : Husam blah g pusat la. Tak payah menyibuk kat DUN. Wa lebih suka lu lepak pusat. Bintang lu lebih bersinar di pusat.

Siarkan la bro..

Ha... ni lagi satu soklan. Entah2 dari prf Agus kot. Dia suh wa siarkan bidio tuh. Umang ai....

Terbayang muka nyle yang akan membuat demo bantahan, kak memot dengan rotan, kak kujie dengan getah paip warna oren. Takbleh beb.. takbleh...

Lu cari la sendiri. Tak pasal2 hantu kopek culik wa pulak. Seram kereta rosak ari tu pon tak abes lagi nih.

Video lucah UMNO la plak

Ni ada satu lagi maklumat yang wa dapat. kali ni kat email plak. Terselit antara email makian2 dari fanatik Anwar. Hahaha.

Dulu dapat video lucah Khairy. La ni dapat diberi video lucah Rosmah la plak. Member wa kutip dari MSK.

Muka iras2 la. Tapi tak tau betul ke tak. Kita perjuangkan idealogi la beb. Bab2 aib macam tu tak payah la. Kalau fitnah, tak ke naya jer.

Wa caya sama lu orang..

Rujukan : Perisik Rakyat.

Pagi Ahad lebih kurang jam 10:00 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.

Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


Alah Bisa, Tegal Biasa... itu je...

BR guna satu logo, satu lambang, satu bendera.

"bro.. kat TKO ada cadangan pr guna satu bendera. Macam BN. ape komen lu?"

Den tak setuju. Hahaha. Macam la wa ahli PAS berdaftar yang berhak cakap camtu. Hehehe. Bukan apa bro, wa sokong tahaluf BR ni sementara jer. Ke arah dapatkan revolusi politik tanah air. Tak harap pun wa kekal gabungan BR nih.

Bila revolusi politik tanah air, BN jatuh.

Bila BN jatuh, UMNO jatuh.

Bila UMNO jatuh, semua berpeluang pulihkan diri. Agensi kerajaan harus dipulihkan.

Termasuk UMNO. Elite bangsat UMNO maybe dah berambus luar negara. Mohon suaka politik.

Bila satu2 keburukan UMNO terlondeh, dengan media yang bebas, maka, muslim akan pergi ke PAS.

Tak kiralah PAS ajak UMNO tahaluf ke, atau ajak seluruh UMNO berhijrah ke dalam PAS ke, etc.

Bila PAS kuat, bermakna PAS dominan. Tahaluf BR masih boleh diteruskan. Tapi PAS kena kuatkan Kelab Penyokong PAS.

Bila Kelab Penyokong PAS kuat, sampai boleh letak sebagai calon pilihanraya, bermakna, PAS boleh menggerakkan dasar2 Islam dengan licin. Time ni, tak perlu BR pon takpa.

Universal harus ditafsirkan dengan Islam.

Universal tidak boleh ditafsirkan kesamarataan, kerakyatan, Malaysian Malaysia, multi racial, etc.

Ostad Hadi kata wa celaka, beb.

Hahaha. Ostad Hadi kata siapa yang nak teruskan PPSMI celaka. Padan muka wa. 49% wa mahu PPSMI diteruskan pada senario kini. Hehehe.

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi
Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Tue | Feb 24, 09 | 8:58:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.


Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama Imagedengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.

"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan. Image

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat bertindak selaku pengerusi forum tersebut.- tmj _

Silap pilih katak.

"bro.. katak tu dapat guna tiket PAS pasal apa bro? Lu story sket. Teori pon takpe.."
Oleh : AdukaTaruna

Dalam bercatur, dalam peperangan yang panjang, adatlah apabila satu2 gerakan tidak menjadi. Satu2 taktikal tidak mengena. Mana ada perfect ma. Tapi kita harus kira ikut nisbah atau peratus. Dalam 10 taktikal atau gerakan yang dilancarkan atau digunapakai berapa kali gagalnya, berapa kali berjayanya? Ini baru diambil kira.

So, wa tak pasti apa taktikal, atau apa prinsip si katak tu calon PAS. Wa tak kisah pun. Asal PAS menang di Kelantan, cukup2 lega ma. Menang tipis pun dah lega, ini pulak menang besar begitu. Syukur sangat2.

Bila begitu, apalah sangat tersilapnya atau gagalnya apabila memilih katak. Semua faham. Dari bloggers nyamuk sehingga Tok Guru sendiri, faham2 sudah la. So, semua faham sendiri bahawa PRU13, tamatlah riwayat si katak. Kita releks jer. Adat berperang, adat bercatur. Mana ada perfect.

So, dalam diam2 tu, kalau nak bersuara skali pun, apasal tak bersuara sebelum kes Perak? Ni yang berbulu abes ni. Memola tu wa dapat eamil suruh ulas. Nak maki malas, sebab fokus kepada PRK. Wa pun tulis la standard yang biasa.

Tapi, bila tgk, kat blog somebody PAS, kat Harakah, ada lagi team2 yang up kan isu ni. Wa rasa wa kena maki beb. Tak maki, jangan harap la. Melayu ma... Melayu. Lembik dan lembab. Memang kena maki punya.

Bila maki, fanatik PAS akan melantun. Thread tu naik kat TKO (UO dah kena padam). Bila naik, bermakna hangat. Bila hangat, maka pemimpin berkenaan akan terkena pedihnya. Malu kat gelagat fanatik bebal satu, malu kepada yang sokong maki satu, malu kepada yang sokong hujah tapi tak sokong bahasa satu. Tu jer cara wa as blogger nyamuk nak kasi mesej kat pimpinan. Kalau ikut saluran, ikut saluran, tak dapek do bai. Skang ni laju definasi menang.

Bahasa kasar bukan disasarkan kepada penyokong fanatik bebal. Tapi bahasa kasar tu mempergunakan fanatik bebal sebagai peluru sahaja. Tu pasal wa tak rasa apa2 kena maki balas. Hahaha. Ianya berlaku dalam pelan.

So, adat la. Wa takda hal punya pasal letak si katak tu. Dah menang camtu, wa anggap kes terpencil jer. Releks beb.. releks. Tak jadi kudis punya dengan si katak tu. Yang jadi kudis si bangsat Adun Melor tu. Tu yang patot lu orang maki (dalam saluran lah pasal lu berbaiah).

Feb 23, 2009

Debat PPSMI Salahudin.

Oleh : AdukaTaruna

Pada penilaian wa, Salahudin tidak mahir berdebat atau berbahas. Kalau ikut graf, graf air liur dia agak kurang tetapi graf tulang 4 kerat dia tinggi. Sama ada pembaca setuju atau tidak, wa senaraikan top 5 pendebat terbaik negara. Ikut suka wa punya ranking la. Hahaha.

1. Mat Sabu
2. DSAI
3. Hussam
4. Ezam
5. Mahfuz

Dalam bab debat PPSMI ini, seandainya disambut Hishamuddin, wa syorkan Salahuddin perlu tetapkan point yang mana yang perlu ditekankan.

1. Tolak PPSMI soal perlembagaan?
2. Tolak PPSMI soal jurang bandar-luar bandar?
3. Tolak PPSMI soal lubuk duit?
3. Tolak PPSMI soal bahasa Ibonda?
4.
5.

Yang mana? Yang ini penting. Bila Salahudin telah tetapkan point yang ingin dipertahankan sampai mati, maka, perbahasan hendaklah kuat ke arah pont itu, sementara point2 lain hanyalah hujah sokongan.

Jika tidak, jika anda ingin pukul secara rata, maka 90% anda pasti terbelit. Ini adalah kerana semakin banyak anda menegakkan point, semakin luas risiko anda dibelit.

Seterusnya, wa syorkan Salahudin memerangkap pencabarnya dengan kata dua. Spesifikkan soalan. Jangan bagi peluang pencabar goreng. Contoh :

Pada sekian2 fasal (perlembagaan negara lah tu), adakah saudara setuju bahawa PPSMI telah melanggar perlembagaan negara yang disebutkan itu?

"Ya atau Tidak? Jawab ya atau tidak sahaja."

Ala macam Agus tanya Khairy masa debat Hudud dengan Husam ari tu.

"Sekirnya anda dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, adakah anda ingin melaksanakan hudud atau tidak?"

Khairy jawab yang kurang jelas.

"Kita tetap akan menjalankan dasar2 Barisan Nasional."

Cuba Husam menyampuk.

"Ya atau tidak? Buat atau tidak?" Asak cukup2. Mesti terpaksa cakap tidak punya.

Produk Israel jatuh harga beb.

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum ni wa dapat banyak sms berantai suh boikot sekian2 barangan. Wa boikot hat mana yang mampu la. Bab google ni cane lak nak boikot, kan.

Lepas boikot sana-sini, wa dapat sms iklan dari KFC / Mc D yang sekian-sekian plate murah beb. Lepas dapat beberapa sms camtu, wa baca kat blog bro Hasbullahpit. Tentang Coca-cola yang tamatkan kontrak apa ntah dengan F&N.

Sebelum tu Ostad Saiful Islam bagi hujah satu2 intiti yang dijatuhkan akan mewujudkan peluang intiti lain. Hasbullahpit kata ruang vakum tu nanti akan diambil-alih.

Tadi kat TV3 beberapa produk Nestle pulak jatuh. Siap mempergunakan Shahrir Tok Uban lagi. Wa try usha pendapat adik wa yang darjah 6. Tentang boikot2 nih.

"Tengok tu Man. Semua boikot. Sampai jatuh harga diorang."

"Kalau camtu, biarkan diorang semua boikot Ngah. Kite dapat beli murah."

Ceh.. ke situ plak adik wa.

Bodoh punya PAS Kelantan.


Oleh : AdukaTaruna

Bodoh punya PAS Kelantan.

Takda kerja, cari kerja. Ke dah terbiasa bergelumang dengan isu sehingga tak boleh hidup dalam aman. Orang nak panas, lu pun nak panas. Dasar bangang. Cuba duduk dediam, ikut Q, buat kerja.

Bodoh punya PAS Kelantan.

Sekarang ni focus seluruh negara kat Perak beb. Dan focus seluruh negara kat PRK 2 Bukit. Dan kelebihan politiknya, focus seluruh negara kat akhlak, ketahanan PAS. PKR out, BN out, DAP pun out.

Bila dah dapat ini, yang Takiyuddin bangang pergi up kan isu Ibrahim Ali tu apahal? Banyak mana yang boleh dibuat oleh si katak tu? Kan ke bodoh tahap superb?

Bodoh punya PAS Kelantan.

Bila lu up isu Kelantan, bermakna, focus negara terpecah pulak. Orang sibuk bertungkus-lumus mengelakkan bahang Perak menjadi sejuk, lu sibuk nak tumpang glamer pecahkan isu. Dasar bebal.

Tak boleh ke buat kerja, ikut Q. Diam2 jer. Lantak la sama Ibrahim Ali tu nak bersuara. PRU13 tolak jer dalam longkang. Cool, releks dan do it. Jangan asyik nak berpolitik ala Melayu. Bukannya isu negara pun si katak tu.

Bodoh punya PAS Kelantan.

Lu orang berpolitik untuk siapa ni? Sampai mengheret media dapatkan komen TGNA? Politik untuk rakyat ke, politik untuk glamer dan publisiti? Mampos ke apa lu semua kalau takda isu? Nyawa dan survival korang bergantung kepada isu secara total ke apa?

Sepatutnya dari lu menyalak up kan si katak tu, baik lu menyalak suruh si bangsat ADUN Melor tu letak jawatan. Ni baru untuk rakyat. Si bangsat calon PAS tu menjahanamkan imej Islam beb. Imej poligami. Itu patut lu bersuara. Bukan tunjuk handal sama seekor katak. Suruh si bangsat tu fokus kepada krisis rumahtangga. Dan letak jawatan amanah rakyat.

Dasar bangang tahap superb.

Bodoh punya PAS Kelantan.

Bila Perak panas, lu pun nak panas. Takiyuddin pun bersuara hal katak. Media heret TGNA. Pemuda PAS Pasir Mas pun nak tumpang glamer beb. Diberi liputan dalam utusan. Tapir gunung la.. lu orang semua.

Lu orang dah kacau focus Perak la bodoh.

Lu orang dah batalkan kelebihan akhlak PAS la bebal.

Lu orang dah ganggu momentum PRK 2 Bukit la beb.

Ini soal kematangan politik negara. Ini soal keluhuran perlembagaan negara. Ini soal revolusi politik tanah air. Seluruh focus negara harus dikerahkan kepada soal ini. Bukan nak tumpang glamer dengan isu katak.

Bodoh sebodoh-bodohnya….

PAS ada 'Baiah' elak lompat parti - Ustaz Hadi

Akhirnya. Wa tersekat nak tekan Presiden suh wat kenyataan apungkan kelebihan PAS di massa. Yang wa jumpa ialah kenyataan Hassan Ali tentang usrah tunjang kekuatan PAS. Akhirnya, walau macam biasa, lambat, Presiden up jugak kat Harakah. Meh kita baca sama-sama.

Mohd Sabri Said
Mon | Feb 23, 09 | 10:22:06 am MYT

KEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

ImageSambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman. (ni hujah power ni beb)

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu. (ada taktikal kat sini)

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm_

Macam2 politik Malaysia.

Sami Bellu berkata, antara kriteria yang sedang dipertimbangkan ialah calon itu mesti seorang yang boleh bekerja, kenal kawasan tersebut dan pandai bertutur dalam loghat Kedah supaya senang untuk mendekati masyarakat tempatan.
Hehehe. Kena pandai cakap Kedah ma. Wa mencadangkan zaminc, beb. Hahahaha.

"Semua calon Ketua Pemuda UMNO telah bersetuju bahawa sesiapa sahaja yang terpilih pada pemilihan parti, jawatan ketua Pemuda negeri dan barisannya tidak akan diubah sehingga selepas pilihan raya kecil itu," katanya
Kalau macam tu, dah tentu diorang akan kerja separuh hati. Sebab belum tentu barisan itu dikekalkan. Hahaha. Buat apa lu orang kerja sungguh2 kalau tempat belum jamin, ma.

Kalau Ketua Pemuda baru rombak barisan baru, yang lama pulak merajuk tak mau kerja. Hahaha. Buat tu salah, buat ni salah. Memang bodoh kalau wa jadi ahli UMNO. Ngeh2. Wa telah berjaya mengelak dari menjadi ahli UMNO kat kampong. Miahahaha.

“Kalau MIC mahu bergabung pun, lebih baik kami bergabung dengan UMNO atau MCA, bukannya dengan Gerakan.”
Bergabung dengan UMNO? Hahahaha. Kan ke sebenarnya UMNO kini menuju MIC baru? Kih kih kih.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap akan memberi sokongan kepada sayap parti itu walaupun ditakdirkan gagal dalam pemilihan parti Mac ini.
Hahahaha. Lu nak kencing siapa, bro? Lu kalah jer, lu akan hilang dari peta UMNO punya. Bila lu hilang dan tenggelam dalam UMNO, tak mustahil PKR kutip lu. Hahahaha.


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan parti akhir bulan depan bersetuju dengan cadangan ibu pejabat UMNO untuk memperkenalkan pengundian berkomputer.
Hahaha. Memola setujulah. Sebab otak korang kecik. Ingat komputer, ingat maju. Sekali kalah sok, baru la muncul suara2, komputer tidak nyata lah, konspirasi komputer la, software pengundian dipertikai la, etc.

Bergaduh punya bergaduh, pemilihan UMNO dibatalkan pulak. Najib tangguh lagi jadi PM. Hahaha. Mana tau kan... ngeee...