Skip to main content

Good job Menteri Penerangan PAS.

Umno gagal, dana masjid jadi isu DAP
Dis 11, 09 3:29pm    
Peruntukan yang tidak seimbang untuk rumah ibadat Islam dan bukan Islam menjadi isu akibat kegagalan Umno dan BN menjelaskan kaedah pengagihannya kepada rakyat pelbagai agama dan kaum, kata PAS.

Ketua Penerangannya Idris Ahmad kemudian menegaskan bahawa Islam mampu memberikan keadilan kepada semua pihak - termasuk isu dana rumah ibadat - seperti yang parti itu tunjukkan dalam pentadbirannya di Kelantan.

"PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini."

Idris merujuk kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Dewan Rakyat berhubung isu peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Mengulas polemik tersebut, Idris menyeru semua pemimpin politik dan NGO supaya tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama di negara ini.

"Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam perlembagaan negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat," katanya.

Tambahnya, PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain, sesuai dalam Perkara 11, tentang kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan.

"Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurustadbirkan agama masing-masing tanpa mengganggu kepentingan penganut agama lain," katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini.

"Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat, sebarang masalah boleh diselesaikan," kata Idris lagi.


 Good job. Baru matang dan laju bai. Gua ingat Hadi punya laju tadi, bagi kenyataan camnih. Tapi mimpi la beb. Sementara itu, agensi berita FAKAP melaporkan Abu Bakar Chik menyanggah Nga dengan berkata :

"Saya tidak mahu melihat muka dia untuk hari ini."

Comments

  1. -hasil drpad isu2 pnas yg lepas, mayb mnyebabkn ketua penerangan pas nie lbih aktif utk isu yg bole dieksploitasi ol umno..bgus la cmtue..kalu tak mnjang je la kna fakap ngan AT..

    -AT, pas lu wat vote utk design, lu wat plak vote utk price plak.hehehe..rakyat didahulukan maaa..

    p/s:org yg keje gomen bonus xde, nk hrapkan cuepacs, pas jmpa najib,najib naikkan pruntukan / geran utk cuepacs dr 200k stahun ke 1 juta trus mamat tue jd brmoral x mtk bonus..budusss!!!..

    -zargus-

    ReplyDelete
  2. alamak,
    klu semua laju..
    ni blog x leh cari makan..

    kene wat blog jejak kasih lak pulak...hahaha

    ReplyDelete
  3. Sementara itu, agensi berita FAKAP melaporkan Abu Bakar Chik menyanggah Nga dengan berkata "Saya tidak mahu melihat muka dia untuk hari ini."

    Ataih ni betul ke? Mana punya sumber? Kalau takat nak buat lawak bodo, kau dah ada saham memburuk2kan umat Islam yg lain.

    ReplyDelete
  4. setuju ... buat ler pulak pricing poll (1 undi 1 harga) pulak, brader AT woii...kita tengok harga apa semua rasa patut dijual,e.g. for Design 2 Black RM 20..hehehe.

    ReplyDelete
  5. lupa nak puji Us. Idris...syabas ustaz...camni ler kita mau...hehe..got to give credit where it's due, kan?

    ReplyDelete
  6. Tak kemana pun PAS nih...
    Statement bagus2 oleh Ketua Penerangan itu hancus akibat kebangangan statement Timbalan Presiden nya.

    ReplyDelete
  7. laju laju gak..tp jgn memilih dlm bersuara terutama yg melibatkan pemimpin. jgn bias dlm mempertahankan pemimpin pro UG atau pro PR.. laju, profesional dan bijak..macam tu baru bagus Ust Idris oii...

    Anon 7.59, dah tentu la berita lawak je..kau baru kenal Aduka Taruna ke?

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  8. aju laju gak..tp jgn memilih dlm bersuara terutama yg melibatkan pemimpin. jgn bias dlm mempertahankan pemimpin pro UG atau pro PR.. laju, profesional dan bijak..macam tu baru bagus Ust Idris oii...

    Anon 7.59, dah tentu la berita lawak je..kau baru kenal Aduka Taruna ke?

    ~KOPI JANDA


    budak baru tu kopi janda...

    suruh dye p masuk kelas duka dulu baru paham kut..hahahaha

    -toyong-

    ReplyDelete
  9. toyong,kau kena faham moral yg disampaikan oleh anon 0759 tuh "Kalau takat nak buat lawak bodo, kau dah ada saham memburuk2kan umat Islam yg lain"
    ingat, nanti semua akan dikira dan dibayar

    ReplyDelete
  10. toyong,kau kena faham moral yg disampaikan oleh anon 0759 tuh "Kalau takat nak buat lawak bodo, kau dah ada saham memburuk2kan umat Islam yg lain"
    ingat, nanti semua akan dikira dan dibayar

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Bakor Chik jangan tunjuk perasaan lak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.