Skip to main content

Isu MAZA ditangkap. Hasan Ali?


Oleh : AdukaTaruna

Pada gua, sekali lagi Najib mempamerkan kelicikan politiknya. Najib tidak licik, tapi pasukannya licik dan genius. Stendet awam keliru habes dengan isu yang dicipta itu.

Majlis Agama Islam Negeri adalah berbeza dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Lu orang jangan keliru. kedua ini adalah 2 entiti yang berbeza. Fokus bab Selangor, Majlis di bawah exco Hasan Ali; dan Hasan Ali di bawah Sultan Selangor. Manakala, Jabatan Agama Islam adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jelas?

Gua harap, lu orang tidak menuding kepada Hasan Ali dalam kes MAZA. Bacaan gua, ini semua perangkap Najib yang mempergunakan suasana kebodohan yang dicipta ulama-ulama bodoh PAS. Tangkapan yang dilakukan ketika pemimpin PAS dan Keadilan berada di situ sebagai peserta adalah satu perancangan yang licik, dan teliti.

Setakat perkembangan hari ini, gua menolak Hasan Ali ada kaitan langsung dengan peritiwa ini. Setakat perkembangan inilah. Gua harap MAZA dan pengikutnya tidak terlalu bodoh untuk memahami beberapa agenda utama yang tersembunyi akan perancangan ini.

Dengan mempunyai aset berguna dalam selimut PAS, kita sedang dilaga2kan think thank Najib. MAZA... hang sound sikit anak2 buah lu supaya jangan melatah tuduh2 PAS plak.

Cuma gua sedikit keliru dengan kenyataan Hasan Ali yang ini. Sumber Harakah.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid dan surau negeri ini.Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.
Ikut falsafah, ikut kebenaran, memang apa yang cakapkan oleh Hasan Ali adalah benar. Ianya tentang tauliah yang ditetapkan sejak zaman UMNO lagi.


Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.
Jadi, tauliah tidak dikeluarkan oleh Majlis,. Sebaliknya tauliah dikeluarkan oleh Jabatan. Majlis di bawah Sultan dan Jabatan di bawah kerajaan (baca UMNO).

Polis tidak di bawah Sultan tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri sama seperti Jabatan Agama Islam. Jadi, agensi penguatkuasaan menurut arahan Jabatan bukan mengikut arahan Majlis (baca Sultan).

Cuma, tidak pastilah Hasan Ali tidak cerdik dalam mengeluarkan bentuk kenyataan yang menguraikan (bukan mengusutkan) ATAU Harakah versi internet melaporkan dengan corak persepsi begitu.

Comments

  1. Hassan Ali ? Jangan minta komen Hassan Ali la. Di Selangor, mana-mana orang atau pihak selain daripada Pengerusi MAIS dan Setiausaha MAIS ataupun Pengarah JAIS yang ingin membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi MAIS.

    Segala kenyataan umum berkaitan isu-isu pentadbiran hal ehwal agama Islam dan arahan kepada Pegawai Agama dan Pegawai Masjid hanya boleh dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.

    Hassan Ali mana ada kuasa ?

    ReplyDelete
  2. Semua bawah Umno ler..

    Ko boleh bagi satu nama Sultan atau Raja yang bukan bawah Umno?

    ReplyDelete
  3. JAIS di bawah Jabatan Perdana Menteri??

    Mana hang dapat source ini?

    Portal Kerajaan Selangor menyatakan bahawa JAIS adalah di bawah Kerajaan Negeri. Senarai Jabatan di bawah Persekutuan (Polis, Jabatan Imigresen dan lain-lain) juga dinyatakan.

    Malah lambang JAIS menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya lambang Kerajaan Malaysia.

    Sila rujuk:

    http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=468&VertSectionID=3&CurLocation=3&IID=&Page=1

    ReplyDelete
  4. Yerke Nizam?

    Salah gua lah tu. Sebab selama ni dalam pengetahuan gua, Jabatan adalah entiti dari kerajaan pusat. Majlis pula entiti dari bukan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  5. aduka... setau wa pasal ceramah gini banyak dibawah kuasa kerajaan negeri..... pengurusan masjid ni biasanya majlis atau jabatan agama yang handle.... kedua² jabatan atau majlis ni dibawah kausa kerajaan negeri.... wa agak pelik gak kes ni....... cam ada seswatu plak..... yang wa paling heran.... apasal pihak jabatan agama mintak tolong polis ( yang kita tahu dibawah kausa kerajaan pusat).... pastu plak nak tangkap ostat asri plak cam dia tu buat jenayah berat..... ermmmm...... cam ada seswatu plak....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  6. sedari lyn..... kalau pun benar MAZA ni wahabi..... tapi apa kuasa jabatan agama serang dia cam dia ni terorrist..... kena plak di negeri PR..... sapa nak jawab ni....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. Aduka,

    Tidak semestinya Jabatan adalah di bawah kerajaan Pusat.

    Kena ikut jadual kuasa Persekutuan dan jadual kuasa Negeri seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

    Dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa negeri. Yang terkecuali adalah Mahkamah Syariah yang di bawah JAKESS. Sila lihat jadual dalam portal yang dimaksudkan.

    Tapi ini tidak bermakna saya kata Hasan Ali bersalah. Yang saya pernah dengar dari seorang kenalan yang rapat dengan seorang ADUN PAS, memang JAIS bermasalah dan PAS Selangor tidak berbuat apa-apa.

    Rahman Talib pernah menulis mengenai nya. Apa yang diceritakan oleh Rahman Talib serupa dengan apa yang saya pernah dengar mengenai JAIS.

    Sila rujuk:

    http://www.malaysiawaves.com/2009/02/masanya-pas-berhenti-percaya-dengan.html

    ReplyDelete
  8. so what if MAZA wahabi or pro Wahabi?
    Wahabi ni bukan Islam ke?

    pelik sungguh perangai org2 berpuak ni.

    ReplyDelete
  9. apa citer ni bro..... tak de pertuduhan ni.... sapa buat gempak ni.... telahan wa cam ada seswatu pasal ni cam btolll jer....

    http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=023066&Itemid=85

    -abanghensem

    ReplyDelete
  10. Isu ini ialah isu yang cuba menyatukan beberapa kumpulan yang akhirnya membawa kepada PAS menyertai BN 2010/2011.

    ReplyDelete
  11. hu.. maza nih lantang. icon tajdid. gile terancam UMNO jika desas desus MAZA nak masuk PAS btol2 jadik. so tangkapan tanpa pertuduhan nih mungkin warning dr pihak tertentu. kalau hasan ali ada saham dlm citer nih, maybe dia cilok peluang nak kaver nama dia yg busuk tu. huhu..

    fight MAZA..

    fight fight fight!!

    ReplyDelete
  12. nak bagitau korang semua tak kira la JAIS ke MAIS ke semua diorang tu UMNO! kalau bukan ahli pun pro Umno!
    jangan terpedaya dengan kopiah dan "ana enta" diorang. mungkin pasal tu kot hasan ali jadi cam sekarang ni pasal dok pegang potfolio tu maka terkesan dengan aura UMNO diorang.

    tak caya? tanya orang2 masjid la, dulu kalau bab ceramah ustaz PAS laju giler diorang datang tangkap. penuh semangat lak tu, siap bertumbuk lagi. tapi bab maksiat? dua jam tu, couple tu dah berapa round tak sampai2 lagi.
    bab makanan tak halal? 6 bulan! tapi kalau khatib tak baca teks? ptg jumaat dah sampai

    pastu guna alasan "kami hanya ikut arahan" macam sial

    ReplyDelete
  13. bengong! nak tangkap ex-mufti macam penjenayah besar.. orang duk beromen sana sini tak kelam kabut nak pi tangkap... jais amal mungkar nahi makruf?

    ReplyDelete
  14. Samada JAIS dibawah kerajaan negeri atau pusat, hati kecil aku tetap mengatakan yg Hassan Ali terlibat dengan penangkapan ini...

    Sebab Hassan Ali ada connection dengan UMNO. Rasanya mereka ini ada agenda tertentu...tunggu sajalah...

    ReplyDelete
  15. gua pun rasa ini perangkap najib

    cuma otak melayu je bodoh tak boleh baca

    gua dengar kenyataan najib kat tv3, dia dah tuduh benda ni perbuatan kerajaan negeri.... so lu orang kena baca terbalik...."ini semua angkara najib"

    jibam

    ReplyDelete
  16. taruna..taruna.. hassan ali tu spesis lu gak...melayu..

    ReplyDelete
  17. Kat TKO dulu teruk forumer PAS hentam MAZA kata MAZA wahabi, kata MAZA pro-hadhari. AT pun wat thread bela MAZA tapi dia pulak kena hentam. Aku ingat lagi.

    ReplyDelete
  18. ADUKA TERUNA,hang kalau jahil sekalipun,jgn lah terang2 tunjuk dkt org,buat malu hang dan keluarga hang saja.Kalau hang tak reti dgn adab dan cara org agama berhujah dgn dalil dan ilmu,lebih baik hang duk diam,jgn duk tulis,mengata,maki hamun alim ulamak.Itu bukan cara org yg beragama islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.