1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Oct 1, 2009

Kes Kugan pun berjalan.

Konstabel polis mengaku tidak bersalah


PETALING JAYA 1 Okt. - Seorang konstabel polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menyebabkan cedera parah terhadap A. Kugan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada Januari lalu.

V. Navindran, 28 yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan cedera terhadap Kugan dalam usaha mendapatkan pengakuan salah mangsa serta maklumat tentang sesuatu kesalahan di bilik soalsiasat Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada pukul 7 pagi dan 4 petang 16 Januari lalu.

Mahkamah membenarkan Navindran dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes itu akan disebut semula pada 5 November ini.

Suspeknya kaum India juga. Bukan Melayu. Apa pangkat? balaci bawahan jugak jadi kambing. Setelah sekian lama, kes bermula kerana Bagan Pinang. Habis Bagan Pinang, suspek didapati tidak bersalah. Memang dah orang lain yang buat me..

7 komentar:

TokMudim said...

Blog hang ni macam orang mati pucuk...semangat & cakap aje berapi-api....tapi tak ada buat apa-apa....
awek cun pun boleh lari....setakat beromen aje lebih baik tak payah masuk blog ni...buang masa.

rosul said...

Ilmu pengetahuanlah yang menyebabkan rasa takut kepada ALlah, dan mendorong manusia kepada amal perbuatan.

ALLah telah berfirman yang bererti :

Sesungguhnya yang takut kepada ALlah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama' (Surah Fatir 35 :28)

Mutiara kata hikmah Abu Darda

Hendaklah engkau menjadi orang berilmu atau yang belajar atau mendengar ilmu dan janganlah engkau menjadi orang keempat iaitu yang tidak termasuk salah seorang dari kelompok di atas agar engkau tidak binasa.

Ke mana harta yang banyak itu akan dibawa, pangkat yang manusia pandang, segala jenis perbendaharaan di bumi ini jika dipunyai sekalipun. Tanpa ada ilmu, maka hilanglah segalanya itu sekelip mata.

Berapa ramai manusia yang tertipu kerana jahilnya diri, terkadang hanya sebutir gula disangka mutiara permata, duitnya dihabiskan untuk mendapatkannya. Bila tersedar ia menangis, menyesal. Kerana apa jika tidak melainkan TIADANYA ILMU.

Shannaro said...

nasihat lagi... mmg lu orang panas dgn aduka.. tp wa dah cakap, lu nasihat pon x guna. hati keras beb... sbb tu wa layan saja bebalnya. harap wa x ikut bebal... wakaakaka

Anonymous said...

yg aku pelik ada dua, kenapa satu pun tak tak dapat jawab poin duka kenapa name name yang benci duka tetap baca blog ni

rosul said...

Renungkanlah pendeknya umurmu. Andaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?

Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakan dalam hatimu :

"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk ebribadah, siapa tahu besok aku mati."


Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pasti datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?

Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada ALlah. Andaikata engkau ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemput kau akan berbahagia selama-lamanya.

Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu yang engkau tidak sangkakan, maka kau akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung..

Anonymous said...

Adukataruna,

Jangan heiran,jangan gundah-gulana dan jangan kecil hati(hingga dapat serangan jantung).Iniah yang dinamakan Negara Semua Bolih(The Bolihland) - Polis main politik,SPR main politik,DO-DO main politik,pejabat-pejabat agama main politik,mufti-mufti main politik dan sudah tentu mahkamah pun turut main politik - semua cari makan ma...

Anonymous said...

Anon 2:41:00 PM MYT, habaq sikit mana hujah aduka kami xleh jawab tuh? Habaq sket.

Mamat ni yg bodoh malas ngaji sirah kmdn tuduh2 isteri Nabi bangang. Bodo macam sial mamat ni. Dah la ngaji sirah x abis.