Skip to main content

"Hadi bisu, singkirkan terus Hasan Ali." - Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Dengan itu, mungkin sudah sampai masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali atau menyingkirkannya terus."

"Bagaimanapun tidak mudah berlaku kerana Hasan dilihat mewakili pro UMNO dalam PAS seperti Hadi, Nasharudin dan penyokong mereka."

"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga dalam party sudah ada yang berkata bahawa Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi."

Bukan Selangor jer Prof.... hampir kesemua kes Hadi lembab, tido, penakut, etc. Malah banyak juga isu pecah yang dihasilkan diri sendiri.

"Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir, beliau tidak faham konsep tanggungjawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan."

"Perubahan kepimpinan penting bukan sahaja untuk PAS, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita."

Teringat dulu masa gua sensorang fight jatuhkan Hadi, sekitar tahun 2006. Macam lawan seluruh dunia di internet. Skang? Banyak juga lah yang nampak bangang ulama sekor nih. Just bebaskan diri jer, anda pasti akan lihat. Pasti.

Sumber : Sinar Harian muka surat N16.

Comments

  1. da baca da pagi tadi...

    syok oooo...

    lepas ni aziz bari tak boleh la masuk harakah lagi...

    ReplyDelete
  2. Sinar Harian siarkan berita ini?

    Bacaan simple: Orang memang dah tak leh sabar dgn Hj Hadi

    Bacaan complicated sikit: Dah ada usaha untuk naikkan Nasa jadi Presiden PAS. Hadi turun, Nasa naik. Kalau Nasa naik, gerenti UG akan jadi.

    Kalau bacaan pertama betul, wahai Hj Hadi, mana mau lari?

    Kalau bacaan kedua betul, padan muka. Dengar sgt cakap Cikgu Pa, nie Cikgu Pa dah tak sabar jd menteri. Hang pun kena turun psal tak leh bagi sampai Cikgu Pa jadi menteri.

    Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. utk mberi tekanan pd hadi..
    NGO luar leh diguna pakai.hehe

    mungkin geng PKR maupon DAP leh
    pakat2 dgn ngo luar sana tu.

    hadi amat sesuai
    dgn jawatan wakil PAS utk
    mjalinkan hubungan luar dgn gerakan islam seluruh dunia.

    prof
    ada myebut azizan mjadi calon utk
    ganti hadi..

    ReplyDelete
  4. PAS mmg bodoh, aku pun dah meluat dah dengan pemimpinnya, kutuk sikit dak wala' , hentam lebih katanya umno, celaka, orang tibai sb sayangkan PAS , kalau tak takde keje la nak sebok2 dalam urusan hang, sebab 2-3 okoq katak dalam pas habis semua kena.

    ReplyDelete
  5. penjilat hadi mana?
    back up la....
    ulamak ko kena kutuk tu...

    ReplyDelete
  6. aku ni org pas sjak dlu lg..tp sjak kluar isu ug hr tu bg aku dalam pas ni ada 2 org kuat...tok guru nik aziz ,,hj hadi..tp aku x skong mana la hj hadi...aku sokong tok guru nik aziz je..ckp la apa pn klu pikir dalam2 mmg yg aku kata ni btul..bg org pas lain tepuk dada tanya kaki klu x reti nk pk jugak....

    ReplyDelete
  7. Share This

    28 OKTOBER PERANGKAP PEMBUBARAN DUN PERAK

    One Malaysia dilancarkan di Perak. Negeri bergelora sejak Mac 2008. Gelora di Perak dirasai tempiasnya seluruh dunia. Pemerhati politik dan wartawan antarabangsa menjadikan Perak sebagai destinasi persinggahan hinggakan pokok yang dah lama bertapa di Medan istana disiar ke seluruh dunia gara gara sidang bawah pokok.

    PR telah lama mendesak agar DUN Perak dibubar susulan rampasan kuasa kerajaan Kudeta BN . Kuasa rakyat dirogol dengan ganas tanpa simpati terhadap rakyat. Kerajaan kudeta yang berslogan Rakyat diutamakan itu tahu sengsara rakyat Perak angkara perbuatan rakus mereka namun nafsu serakah gila kuasa telah menguasai mereka. Slogan rakyat diutamakan adalah topeng puaka yang dipakai najib bagi menutup wajah hodoh kerajaan pimpinannya.

    Ketika One Malaysia dilancarkan di Ipoh, rakyat keliru adakah ianya anjuran kerajaan atau umNO kerana lambang umNo tertera jelas. Namun wang yang digunakan mustahil milik umNO. 1500 buah bas disewa khas ke pelusuk kampung untuk mengangkut warga Perak. Ketika melalui Tol Ampang saya tersekat gara gara bas yang bersusun walaupun ketika itu maghrib telah masuk. Saya terlepas takbir awal gara gara bas sewa.

    Di fahamkan setiap pelajar yang diangkut akan dibayar rm 10 setiap seorang. Saya terlepas detik malam tadi kerana ada dua program yang terpaksa dihadiri. Kalau tidak tentu himpunan raksasa robot upahan akan saya kongsi bersama. itulah yang difahami sebagai gelombang pilihanraya Perak yang akan berlangsung bila bila masa. Ada yang meramalkan melalui mangkuk putih tarikhnya ialah 28 November... Saya juga cuba meramal, namun belalang yang saya cari di padang tidak saya temui...

    Mengikut maklumat yang diterima umNo negeri telah bersedia menghadapi pilihanraya yang dituntut. Ketika PR melalak menuntut pilihanraya negeri, umNo buat perangai lembu kenyang. Kita menyangka mereka tak peduli, rupa rupanya mereka merancang dan bekerja. Sebahagian kita sibuk melalak mencabar tanpa kerja namun mereka membina kekuatan. Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!! Maklumat PR menyatakan kita hanya mendaftar sekitar beberapa ratus orang melalui agen yang dilantik. Siapa yang mendaftar mereka... itulah kerja licik umNO dengan tangan SPR.

    Apapun perkembangan ini semakin menarik perhatian. umNO telah mencurah projek dari kerajaan pusat. Belanjawan negeri akan dibentang 28 Oktober ini. PR mesti waspada dengan perangkap 28 oktober.

    Saya sangat yakin peristiwa 28 oktober akan dicatur dengan pengarahan terbaik bagi memberi gambaran buruk PR di Perak. Di harapkan PR memberi perhatian persidangan kali ini bukan hanya untuk tunjuk kita berani, tetapi MESTI WASPADA dengan perangkap yang telah sedia di pasang begitu rupa... Percayalah... 28 Oktober akan menjadi detik bersejarah permulaan pembubaran DUN Perak...jikaPR tersalah langkah menangani situAsi di hari tersebut.

    ReplyDelete
  8. refresh Islam movement for the better future.Islamic state.hudud.

    please remove yg lembab2 dan yg gila kuasa.

    ReplyDelete
  9. Reformasi..
    sila ke PASreform.com

    mcm2 ada..

    ReplyDelete
  10. kalau sebut pasal PRK di Perak wa agak musykil...... kalau betul BN nak adakan PRK di Perak lu orang rasa 3 ekor katak akan bagi jalan mudah ke.... sebabnya.... barang tentu 3 ekor tu akan jadi katak kena lenyek lori.... lepas PRK nanti lenyap la katak² tu..... jadi untuk survival mereka, rasa wa dia orang takkan bagi jalan mudah untuk BN buat PRK tu....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  11. Aku tgk kat perak ni, mmg dah ada usaha puak ubn nih nak tarik undi melayu, cina dan india. Depa buat projek yg pr lancar, cam bagi tanah, pastu declare kata depa yg buat. kat kg2 pun dema dah buat program dah. kat radio perak lagi laaa, hari2 ada program depa. kat tpt aku kay simpang pulai ni, dah puluh tahun tak penah buat apa, tiba2 yb hamidah buat projek larian satu malaysia, buat kat sekolah cina. Jd kesimpulannya, aku rasa mmg akan ada plhanraya kat perak ni, cuma tak pasti bila, wallahualam.

    ReplyDelete
  12. mcmana citer hal AT nk langgar Hadi, atau cakap saja. atau penakut nk mampus, berani dalam blog aje, mana surat atau memo ke nk send hadi kt rusila, kemana barua-barua AT, tak akan diam aje, tak kn tak nk tumpang skali mai kat rusila, Kalau cakap pun budak terencat akal pun boleh, Buletin Online, Tkodaily mesti siarkan punya, kedua dua ini bukan pro UG, Green box pun boleh bagi siaran percuma. ADA berani?

    ReplyDelete
  13. Makin menarik.

    Berita lagi: Exco dikatakan menumbuk seorang hadirin yang datang majlis terbuka PAS.

    So Hadi kena serang, Husam pun kena, DUN Perak bakal dibubarkan tak lama lagi, ada siapa tahu apakah pendirian Pesuruhjaya PAS Perak yang baru Abu Bakar Hussain? Dia nie pro UG atau anti UG?

    Apa cara BN mesti menang. Semua taktik dari BN dah keluar, apa lak taktik pro UG dalam PAS? Ingat lepas pilihanraya dulu, awal-awal Harussani dah telefon Ahmad Awang mintak buat kerajaan campuran. Kali ini apa pulak yer?

    Apa-apa pun think tank Najib memang hebat. Malangnya PAS masih simpan Presiden ala-ala Pak Lah.

    ReplyDelete
  14. Itulah akibat orang PAS kuat mengata Pak Lah PM kaki tidur,sekarang penyakit ni dah pindah kepada Presiden PAS Hadi Awang.
    Prof.Aziz Bari ni dah nampak virus yang amat merbahaya akan melanda PAS iaitu virus UG.Riak-riaknya dah pun bermula dengan Ibu Pejabat PAS dikuasai olih geng UG dari Trengganu.Dalam pada itu,Hassan Ali membuka pula "medan perang" diSelangor untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Rakyat.Jangan percaya kepada kata-kata Hassan Ali baru-baru ni,konon dia bersama Pakatan Rakyat.Ingat pepatah Cina: Tiga orang pendek bolih menguasai langit ".
    Komen Prof.Aziz tu tepat pada waktunya sebab sekiranya virus ni tidak diubati dan dimusnahkan,PAS tidak punya masa lama untuk buat persediaan PRU13.Terdapat begitu ramai yang mencadangkan PAS mengadakan Muktamar Khas untuk membersihkan diri dari virus UG ini.Walau pun terpaksa mengorbankan Presiden dan Timbalannya - what must be done,should be done.
    Ikut saja hearaki parti - Salah seorang Naib Presiden jadi Presiden,seorang lagi Naib Presiden jadi Tim.Presiden dan 2 tempat kosong naib presiden digantikan dengan 2 orang bekas naib presiden yang lalu(yang bertanding melawan Tim.Presiden).Selesai masaalah.Biarlah team baru ini mencorakkan masa depan PAS (tanpa sebarang pengaruh dari geng UG).
    Adukataruna apa macam cadangan gua?

    ReplyDelete
  15. Berbagai pandangan, analisis, bedahsiasat dan berbagai terma di gunakan dalam penakulan daripada kecundang nya PAS di Bagan Pinang. Apa yang diperhatikan semua nya terarah kepada yang negative sahaja. Kenapa tidak mempersoalkan bagaimana mahu menang pada masa akan datang.

    Merintih dan berduka merupakan sifat orang berputus asa. Selayaknya hendaklah memperbetulkan semua yang pincang. Mana yang tidak perlu, tinggalkan sahaja. Teringat kepada amalan syarikat syarikat Jepun yang mengamalkan lima (5) S. S yang pertama itu, memilih barangan atau benda yang berguna dan buangkan barangan atau benda yang tidak membawa faedah. Dalam hal ini mungkin betul petikan yang diambil dari Prof Aziz Bari seperti berikut; "Dengan itu, mungkin sudah sampai masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali atau menyingkirkannya terus."

    PAS perlu meneruskan kemaraan nya dengan pendedahan identiti yang jelas dan tepat. Islam yang dibawanya itu hendaklah jelas dan tepat memberikan kebaikan kepada semua bangsa di Malaysia. Islam itu sempurna. Keikhlasan mestilah bukan sahaja dituturkan tetapi nampak dilaksanakan agar ianya dapat membuka minda, mengubah tingkahlaku serta perbuatan dan percakapan yang benar dan bukaan nya rekaan, retorik atau slogan semata mata.

    Rakyat memberikan pengharapan besar kepada Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan demi kesejahteraan bersama. Percanggahan pendapat atau berbeza pendapat amat di alu alukan bahkan sewajarnya perlu hadir dalam Pakatan Rakyat. Tetapi dimana ianya perlu di letakkan? Di media media utama Negara ? Apakah konsep perbincangan terbuka sahaja kah tempatnya atau perlu juga ada beberapa prinsip lain yang perlu juga di ambil perhatian. Apakah “ Need to Know”, “Need to Hold” dan “Need to Access” atau apa apa need lagi dalam perbincangan dapat di applikasikan ?

    Fikir fikirkan sekelian pemimpin Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  16. hoi lu orang semua... berani kutuk tg hadi kesayangan wa. wala beb... wakaka

    lu orang mmg dah tkena virus ostad aduka. virus maki ulamak. wa x heran la sket lg lu orang pon boleh maki aishah ister nabi, sbb lu orang wala dgn ostad seko nih. haha.

    wa nak tanya apa hubungan hasan ali dgn hadi? dulu anwar cdang nak lantik hasan ali jd mb selangor. tp tg hadi tak kasi, suruh khalid brahim yg naik jd mb. tak caya, lu orang tanya khalid. khalid bukan anwar yg nak lantik asalnya. tg hadi dah nampak sket2 siapa hasan ali.

    cuma wa pun nak tgk plak, tg hadi ni dah nampak ke blom kedudukan hasan ali yg sepatutnya. wa jenis tak suka maki ulamak mcm lu orang pengikut fanatik ostad aduka.

    ReplyDelete
  17. gua memang nampak ostad azizan ni lebih layak dari Hadi..lu tengok camne die handle kedah. walaupun slow, tapi stabil ma. dari segi berpolitik memang nampak licik.

    member gua kat UK kata orang gerakan islam (ikhwan) kat sana memang respek azizan masa dia buat master kat sana dulu. so ostad ni english boleh, arab boleh..melayu pun otai. bukan cam hadi.

    azizan walaupun keras kepala gak, tapi dia x senang kena main dengan mustafa ali n da gang. DAP gertak pun tak makan orang tua ni..gua rasa memang sesuai la pegang jap sementara tunggu ulama muda cam dr mujahid naik dalam pimpinan tertinggi. bottom line is, jangan kasi naik Hadi.wa tengok video rumah terbuka pas semalam nasha,cikgu pa dgn harun taib berbaris satu line..ceh..memang berpuak abes..blah la geng trganu!

    ReplyDelete
  18. Tuan Guru Syeikh Azizan mmg mantop.. MB all-rounder
    org kampung gua tu..
    jgn main2 ..

    ReplyDelete
  19. 1-"dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu (wahai Muhammad). annisaa' : 78
    2- "Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." al a'raaf:131

    cuba renung 2 ayat ini..menceritakan sifat buruk 2 umat terhadap nabi mereka..fikir2kanlah

    ReplyDelete
  20. alah, ostat azizan elok jaga negeri la dulu.... tak payah nak menyibuk kat pusat... tengok PRU 13 nanti.... pastikan kedah kekal ditangan PR... kalau dah kekal nanti pegi la menyibuk kat pusat nun..... seperti wa cakap sebelum ni..... pemimpin PAS jangan rasa selesa sangat.... bebila masa boley tumbang.... bukan jer kedah... di Kelantan pun sama gak.... kat pusat nun biar pemimpin² yang otai setelkan.... ramai lagi [pemimpin otai dalam PAS ni... contohnya Mat Sabu..... kesian wa kat kawan kita ni... sampai ari ni macam dipinggrikan jer.... padahal pengalaman dia sebagai pemimpin lama dah..... lebih lama dari sesetengah MP PAS sekarang yang kononnya hebat tu....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  21. Ustaz Azizan sokong UG. Sapa2 yg g muktamar S.Alam pasti tau.

    Us Azizan kalau dia nak jwtn Tmb Pres ke, mmg senang je dpt. Tp dia xnak. Tu pasal dia x brtanding. Kalau dia nak, aku pikir Us Nasha pun akan bg laluan. Ni nak bagi laluan kat Husam n mat Sabu? Uih, baik amik Nasha laa..

    Itulah ulamak sebenar. Dia xmo kepada jawatan. Tp jawatan yg mencari dia.

    Aziz Bari ni pun satu hal jugak. Hasan salah pd cara, tp dia betul pd isi kandungan. Knp asyik highlight pd cara dan bukan isi nya? Bila nak berubah kalau lagu tu?

    Yg Khalid Samad mmbebel dlm blog dia pasal isu ni walhal dah ada kenyataan rasmi PAS Selangor (yg involve dia sekali dlm meeting) camana plak? Itu ikut sistem tak Aziz Bari?

    Be fair la Aziz. Kamu academician. Jdla academician.

    ReplyDelete
  22. heheh.... apa masalah Husan or Mat Sabu jadi Timbalan????... dua² ada pangalaman cukup dalam dalam sepak terajang politik ni... si Nash???? kalau setakat kena terajang tu dua²tokoh tu masih rilek lagi.... si Nash.... sekali kena jerkah ker trus nak buat UG.... hahaha... PRU 13 nanti si Nash kena cari kerusi kat N9 la kalau nak bertanding....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  23. To : Pas Leaders
    Subject : Resign if you are not perform.

    ReplyDelete
  24. Dear Blood,

    Orang tu tegur pasal dia rasa Pas lebih terbuka. Jangan nak salahkan orang je. Ambiklah mana yang baik.

    ReplyDelete
  25. aziz bari dah jd peminat blog ostaz duka ni kut...hahah...terpengaruh dah la tu

    ReplyDelete
  26. ahhahaha....

    Bodoh punya aduka n gang...

    Tibai ikut kepala lutut....

    Rama jugak pengikut syiah sesat nih...

    Imam Aduka Al-Putar Belit!

    ReplyDelete
  27. Aduka ni Syeikh mazahab lar..
    Tok guru bab Fakap org..
    jgn mare..

    ReplyDelete
  28. tengok & fikir dulu apa yang kritik Prof Aziz Bari itu, jangan asyik melenting saja. Memang ada benarnya & rakyat, even Melayu pun dah menyampah dengan sikap PAS ini.

    jangan PAS hancur kerana sikap BODOH SOMBONG kepimpinan pas sendiri

    ReplyDelete
  29. CARA NAK JATUHKAN UG- HADI DAN BARUA UMNONYA IALAH PARA BLOGGER LANCARKAN KEMPEN BOIKOT HARAKAH SEHINGGA BALACI UMNO ITU LARI.
    SAYA DAH 6 KELUARAN TAK BELI HARAKAH

    ReplyDelete
  30. Aku setuju dengan BLOOD. Pas PArti King Maker. Dari dulu sampai sekarang. Jangan dengar AT. Dia orang jealos dengan Haji Hadi. Nasha usah cakap le. Ramai lagi musuh dia. Tu pasal tak mahu buat rumat terbuka di Bachok. Orang yang dengki ramai sangat. Tengok KJ tu. Kalau orang macam KJ tak dengki kat Nasha, pasal apa orang macam AT nak dengki. Teruskan perjuanganmu BLOOD.

    ReplyDelete
  31. masih ramai penyokong pas yang menyokong pemimpin mereka berbohong. mereka tak nampak 'pembohongan' yg dilakukan kerana wala', selagi mana pemimpin tidak menyeru kpd kemungkaran.

    bab berbohong ni tak masuk 'menyeru ke arah kemungkaran'. betul jugak ye.. so kena teruskan wala'.

    ok, bagaimana kedudukan seorang pemimpin yg berbohong? muzakarah, tak mengaku. paklah kata ada. kata pulak dipersetujui oleh majlis syura ulama. yg peliknya ada ahli majlis syura yang kata "tak pernah bincangpun!". ni pun tak ada seruan ke arah kemungkaran, boleh wala' lagi. boleh lagi?

    hmm, maknanya pemimpin boleh 'tipu' la... baru aku faham menatang apa 'wala' nih.

    atau mungkin macam kawin mut'ah juga lah kot? pas ni ramai ustaz2 yg hebat2, tentu boleh bantu aku faham pasal wala' ni. wala' lagi? ya la, bolehlah wala' kpd pemimpin yang berbohong, kerana berbohong bukan menyeru kearah kemungkaran, bukan gitu? isy, dulu masa kecik2 tak nak belajar sekolah arab, dah tua2 menyusahkan orang lak.

    pi pekena roti canai teloq lagi baguih. aduka, mai join sekali, sekali je ya, dua kali tak boleh///

    ReplyDelete
  32. Fitnah la sepuas2nya. Saudara hanya mampu jadi anjing salak bukit sahaja.

    ayat masing2 power.., dlm ni je laa. gebang, kencing.., boleh laa. teruskan usaha menyalak dlm ni..

    ReplyDelete
  33. Pimpinan PAS lidah bercabang!!! Kasar ke ayat tu? Reasonnya senang je.. Bila Profesor Aziz Bari puji melangit kat PAS aka YAB Nizar fight untuk maintain Kerajaan Negeri Perak, maka seluruh pimpinan PAS puji melangit prof ni, & quote statement dia. Tapi bila Prof kritik sedikit kepimpinan PAS rentetan drpd kekalahan PAS di Dun Bagan Pinang, semua juak-juak PAS melenting sampai kata Prof bukan ahlinya dalam bicara tntg politik. Aiyo, bila korang suka statement dia, korang puji melangit, tapi bila korang x suka statement dia korang kutuk dia. Kalau rasa tak leh terima pendapat jangan sebuk memegang jawatan kalau hanya mengharap pujian selangit

    ReplyDelete
  34. adukataruna.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading adukataruna.blogspot.com every day.
    payday loan
    faxless payday loans

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.